Wednesday, January 19, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 7

“Tak keluar Ee.” Azmer bertanya apabila melihat Izlan hanya terlentang di tengah ruang tamu rumah sambil menonton dvd.
“Minggu ni aku nak rehat dekat rumah jerlah Mer.” Jawab Izlan bersahaja.
“Pelik pulak aku bila kau tak keluar malam-malam minggu macam ni. Biasa kau kalau keluar malam-malam minggu macam ni memang pakat terus tak balik rumah.” Balas Azmer. Gelas berisi air suam diletakkan di atas meja kopi sebelum punggungnya dilabuh malas.
“Alahhh… Kau ni Mer, aku bayar sewa rumah ni jugaklah. Macam tak suka pulak aku duduk di rumah.” Ngomel Izlan.
“Aku bukan tak suka. Aku cuma pelik jer.” Kata Azmer lagi.
“Shah kata kau baru clash. Betul ker?” Azmer bertanya berkenaan hubungan jadi tak jadi Izlan yang seringkali bertemu titik noktah sebelum ada happy ending yang menarik.
“Aku mana pernah kekal lama.” Kata Izlan bersahaja seperti dia sudah biasa dengan soalan yang diajukan oleh Azmer itu.
“Jadi betullah ni. Aku pun tak tahulah kau ni Ee. Nak kata skill tak mantap, aku rasa sejak dari zaman belajar lagi kaulah lelaki pujaan satu UiTM dulu. Mana awek yang tak pernah nak menolak setiap kali kau ajak couple. Kau kena mandi bunga ni Ee. Biar boleh melekat sorang.” Kata Azmer.
“Aku tak jumpa yang sesuai lagi. Nanti aku dah jumpa yang sesuai nanti aku kawenlah.” Balas Izlan acuh tidak acuh.
Azmer mencebek. “Banyaklah kau tak jumpa yang sesuai. Berapa banyak dah anak dara orang yang kau heret ke sana ke mari? Tak sesuai konon.”
“Aku heret jer Mer. Tapi aku tak pernah buat apa-apa. Aku masih ada moral yang tinggi lagi Mer.”
“Yer. Tu aku tau. Kau memanglah sahabat aku yang paling tinggilah sangat moral tu. Main-mainkan hati perempuan lain kau kata kau bermoral tinggi.” Azmer berceramah.
“Mer, aku duduk kat rumah hari-hari minggu ni untuk menenangkah fikiran aku. Bukan nak dengar kau membebel macam ni. Potonglah kau ni.” Izlan menggumam. Konsentrasinya pada filem yang ditonton sedikit terganggu pula dengan bunyi suara dari penceramah bebas yang tidak ada payment tu.
“Ee…” Panggil Azmer.
“Apa dia. Potonglah kau ni. Tak senang betul aku nak tengok tv.” Gumam Izlan lagi.
“Aku nak tanya sesuatu.”
“Apa dia?”
“Kau bukan gay kan?”
“Choiiii!!!!!!!!!!!” Tanpa sedar kotak dvd plastic itu dibaling ke arah Azmer.
Azmer meletuskan tawa. “Bila aku tengok keadaan kau yang macam ni, aku teringat pulak pada adik aku.” Tanpa sedar dia menutur rendah.
“Eh…Ina apa khabar yer sekarang. Agak kalau aku datang kat depan dia ada tak harapan untuk aku kena baling dengan kasut ker, dengan pasu bunga ker.”
“Aku rasa dia akan baling kau dengan parang.”
“Adik kau tu menakutkan aku sungguhlah. Tapi aku salute pada Shahrul sebab boleh tahan dengan dia.”
“Aku tak cakap pasal Inalah.”
“Wahhh… Maju setapak bro! Sejak bila kau ada adik angkat ni. Tak update dengan aku pun.” Izlan sedikit teruja apabila teman baiknya itu sudah menunjukkan tahap peningkatan terhadap perhubungan dengan makhluk yang bernama perempuan. Dia duduk mengadap Azmer.
“Aku tak ada masa nak mengangkat anak orang menjadi adik aku. Cukuplah yang ada ni jer.” Balas Azmer.
Izlan mengeluh. “Laaa…Tapi tadi kau tak cakap pasal Ina. Habis, kau bercakap pasal adik kau yang mana pulak ni.”
“Kau dah lupa ker. Aku kan ada dua orang adik. Yang seorang lagilah.”
Izlan menepuk dahi. “Owhh.. Aku lupa. Yerlah. Dah kau tak kenalkan dekat aku kan. Mana aku nak tau. Aku tahu Ina ajerlah. Apa kena dengan adik kau tu.”
“Macam kau. Baru lepas putus cinta. Tapi dia tak adalah macam kau yang masih boleh happy happy menonton Adnan Sempit sambil makan kerepek ubi chap Cikgu Hendon dan Suami ni.”
“Kau nak cakap, situasi adik kau dan aku tu berbezalah yer. Normallah. Perempuan. Penuh dengan emosi. Putus cinta menangis. Putus cinta menangis. Aku lemaslah dengan perempuan yang asyik sangat nak keluar air mata ni.” Kata Izlan.
“Kau tu tak bercinta sungguh-sungguh. Aku rasa satu hari nanti kalau kau bercinta dengan sepenuh hati baru kau tau macam mana sakitnya hati bila kena tinggal kau tau.”
“Bro, kau cakap banyak. Kau tu jangankan bini, makwe pun aku tengok tak pernah ada, nak menasihatkan aku.” Bidas Izlan.
“Tapi betullah perempuan ni makluk tuhan yang paling complicated. Dua tiga bulan lepas, awek mana entah, serang aku dekat bank. Marah-marah aku. Katanya akulah punca dia break off dengan boyfriend dia. Sebab aku putus dengan Fazuralah Fazura tu caras boyfriend dia.” Cerita Izlan sambil ketawa. Lucu setiap kali mengingatkan wajah berkerut gadis bercelak hitam atas bawah itu.
“Girlfriend kau bukan Amelia ker?”
“Aku belum pernah menggunakan istilah girlfriend.” Izlan membetulkan kenyataan Azmer itu. Tak. Fazura adik angkat aku sebelum aku mengangkat si Amelia tu pulak.” Balas Izlan lagi.
“Tengok. Sikap kau ni mendatangkan kesan pada perhubungan orang lain.” Azmer tidak habis membebel.
“Sebenarnya orang perempuan ni memang macam tu. Pada aku senang jer. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum.”
“Aku ni berdoa sangat agar ada antara adik-adik angkat ko tu yang boleh buat kau tertunduk.”
Izlan ketawa besar mendengar doa dari Azmer itu. Doa dari seorang sahabat. Hebat! “Ubat?” Izlan menyoal apabila melihat Azmer mengambil dua tiga biji pil di dalam bekas ubat.
“Sumpliment.” Balas Azmer bersahaja.
“Sejak bila kau pandai makan benda-benda ni semua.”
“Menjaga kesihatan. Apa salahnya.”
Izlan mengangkat bahu malas mahu mengambil tahu sumpliment apa yang diambil oleh Azmer itu. Silap hari bulan kalau dia bertanya, mahu Azmer boleh bertukar menjadi pakar kesihatan pula selepas tadi jenuh juga dia mendengar ceramah percumanya. Dia mahu menonton dengan tenang. Matanya kembali menonton Adnan Sempit di kaca lcd. Azmer juga walaupun sudah menonton filem ini banyak kali. Kemudian mereka sama-sama ketawa apabila mendengar dialog Saheizy Sam yang berbunyi ‘banana fruits two times’.

Sedang rajin sikit-sikit. :P

Luvs,
Eila.

4 comments:

Unknown said...

wah! suke3..mst izlan dgn arisa nnt ni..waaaaaaa...cm swit je..*byg lebih2*

btw cik eila..rajin la byk skit lg ea? ehehehehe

keSENGALan teserlah.. said...

sila rajin banyak-banyak pulak..
hahah..

skali izlan jadi adik ipar azmer.
hahaha.

hajar said...

best2... cepat2 sambung lagi eh...

Unknown said...

yup.msti izlan dgn arisa kan?
tp sape pulak mamat dkat mcd tu?