Wednesday, May 25, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 12

Pulang sahaja dari keluar makan dengan abang, cepat-cepat aku menelefon Kak Ina. Tidak sabar rasanya aku mahu update story dengan Kak Ina.
“Kak Ina, Sejak bila abang berkawan dengan dia ni!! Abang tak tahu ker yang dia ni bakal merosakkan akal dan fikiran abang!! Dan akan mengajar abang buat benda yang bukan-bukan!!” Semburku senafas sebaik sahaja talianku disambut Kak Ina.
“Ris…Dia yang mana satu ni??!! Salam tak, apa tak, main sembur ajer ni…” Marah Arina.
Aku ketawa. Baru tersedar aku bersikap kurang adab pula tadi. Main sembur sahaja tanpa tahu memberi salam terlebih dahulu.
“Assalamualaikum kak” Kataku tidak mahu terlepas mendoakan sejahteraan ke atas Kak Ina.
“Waallaikummusalam.” Arina menjawab salam. “Kenapa ni? Dia yang mana?” Arina kembali menyoal.
Aku merengus. “Halahh… Ee tu lah. Sejak bila Ee tu kawan dengan abang yer. Dia tu bakal merosakkan fikiran abang kita tau kak.” Kataku lagi. Aku tau agak kurang ajar aku menyebut nama Ee tu sebegitu sahaja memandangkan dia lebih tua dariku dan teman kepada abang. Dari tadi abang berusaha melembutkan lidahku agar memanggilnya Abang Ee. Tapi.. Uweekkk… Tolonglah… Aku nak termuntah. Aku panggil Ee sahaja sudah cukup baik, sudah cukup untung. Mana nak? Ee.. ker tau momok?
“Ini mesti abang bawak Ee tu jumpa Ris kan?” Teka Arina.
“Tau takpe! Menyampahlah abang ni. Ada ker nak kenenkan mamat macam tu pada Ris.” Bebelku lagi. Masih terngiang bisikan dari abang ketika mengambil ketam di kedai mamak tadi yang menyatakan Ee dan aku apabila duduk bersama macam pinang dibelah dua padahal hakikatnya kami macam pinang kena blender!
“Ris, dengar sini akak nasihatkan baik tak payah layan ajer Si Ee tu. Ee dengan semua ex boyfriend Ris sama jer hampehnya.” Hasut Arina yang sememangnya dari awal lagi sudah menghidu hasrat abang mahu memadankan Arisa dengan Izlan. Dulu-dulu pun abang macam tu jugak. Berhasrat memadankan dia dengan Ee di kedai mamak. Sekarang pun kedai mamak lagi. Ini serius!! Sejarah mungkin berulang.
“Kak Ina tak payah risau. Orang tak heran pun dengan Si Ee tu.” Jawabku pula. Angkuh sekali. Sudah pernah ku khabarkan sebelum ini. Ee tu. FOC pun aku tak mahu.
“Fariz macam mana?” Arina bertanya pula tentang perkembangan calon pilihannya itu pula.
“Errmmm…” Aku mengerutkan dahi. Berfikir, selepas kali pertama berjumpa dengan Fariz dulu, ada atau tidak lelaki itu menelefonku. Paling tidak menghantar SMS berbunyi, ‘wat pe tu’ bersama ikon smile dibelakangnya. Macam yang biasa-biasa seorang lelaki buat untuk langkah pertama mahu meluaskan ‘coverage’ dan merapatkan tali silaturahim.
“Entah. Dia senyap ajer.” Aku memberi jawapan pasti yang tidak bernada. Mana pernah Fariz itu menghubungiku baik dengan menelefon atau menghantar SMS. Tak pernah sekali. Biasa kalau jadi begitu selepas pertemuan pertama bermakna sah-sah aku sudah kena reject. Alah… ini bukan kali pertama aku bertemujanji begini. Aku sudah cukup punya pengalaman kerana sebelum ini aku pernah blind date dengan anak Pakcik Omar salah seorang customerku di Courts Mammoth dahulu. Selepas pertemuan tersebut, langsung si Firdaus yang mukanya ala-ala Zed Zaidi itu tidak menghubungiku lagi. Dari situ, aku tahu, aku telah direject kerana setiap kali aku cuba menghubunginya pasti panggilanku ditendang. Halah!!! Jikalau bukan kerana ayahnya itu yang beriya-iya mahu aku berkawan dengan anaknya, aku pun tak hengen terhegeh-hegeh padanya. Menyesal pula aku memberikan nombor telefonku kepada Pakcik Omar dahulu. Kerana peristiwa itu, aku belajar untuk sedar diri. Jika si Fariz itu pun kurang berminat untuk berkawan denganku kenapa pulak aku yang berharap-harap sangat. Tak kesahlah walaupun dia itu PTD Gred M48 sekalipun!
“Senyap?” Arina mengerut dahi. Tidak percaya. Baru dua hari lepas Fariz ada menelefonnya untuk bertanyakan hal Arisa. “Tak mungkinlah. Baru dua hari lepas Fariz tu telefon Kak Ina tanyakan pasal Ris.” Arina bercerita.
“Tanya pasal Ris dari Kak Ina?” Aku menyoal Kak Ina kembali. Sedikit kurang percaya apa yang aku dengar.
“Dia tanya macam-macam pasal Ris tau. Tanya Ris ni dah bersedia ker nak bercinta balik. Dia ni padan tak dengan Ris.” Galak lagi Arina bercerita dengan tujuan menaikkan saham Fariz di mata Arisa.
Aku buat muka boring. “Kenapa tak tanya sendiri. Tak gentleman langsung.” Kataku malas.
“Dia pemalulah. Itu kan bagus. Lelaki pemalu ni bagus tau Ris. Tengok macam Abang Shah. Tu salah seorang lelaki pemalu di dunia tau. Tengok kami sekarang. Kalau yang gentleman sangat pun susah. Macam…”
Aku pantas memotong. “Sudah Kak Ina. Janganlah nak menambahkan dosa kering mengata bekas-bekas Tupperware Ris yang dah jadi sejarah tu.” Sampukku laju apabila sudah aku jangkakan apa benda yang akan keluar dari mulut Kak Ina tu.
“Kalau dah faham bagus. Lagipun lelaki pemalu yang tak gentleman tu lagi bagus kan jika dibandingkan dengan calon yang abang kenalkan tu.” Kening Arina menari ronggeng.
Mendengar nada suara Kak Ina, aku dapat melihat wajah Kak Ina yang tersenyum simpul bersama keningnya yang sudah menari ronggeng walaupun aku di Seksyen 7 dan Kak Ina di Alam Suria, Puncak Alam. Dahiku berkerut. Betul. Selain dari Fariz seorang lelaki yang pemalu yang membuatkan sedikit markah terpaksa aku tolakkan yang lain lelaki itu agak sempurna. Dia tinggi. Walaupun wajah tidaklah langsung seiras Baim Wong yang kini telah menjadi kegilaanku buat masa sekarang ini, dia tetap berwajah bagus. Kalau mataku ini, aku katakan dia lelaki yang kacak dan boleh tahan. Dia pun seorang pegawai gomen yang sebelum pencen akan habis segala hutang rumah hutang kereta dengan pihak bank seperti maklumat yang disampaikan oleh kakak. Aku tersenyum nakal. Aku tahu, aku sedang menimbang semula calon yang dipilih oleh Kak Ina itu.
Tiba-tiba telefon bimbitku yang satu lagi berbunyi. Aku lihat nama si pemanggil. Fariz! Panjang umur.
“Kak Ina okey. Nanti-nanti kita sambung okey.” Aku cepat-cepat mematikan perbualan dengan Kak Ina. Sepantas itu butang answer pada telefon bimbit yang satu lagi itu aku tekan. Aku tarik nafas sambil berusaha mengkontrol suara wanitaku agar menjadi lemah lembut. Drama Queen!
“Assalamualaikum.” Kataku persis akulah Perempuan Melayu terakhir.
“You buat apa tu.” Tanyanya kepadaku.
“I baru mengumpat pasal you tadi.” Kataku dalam hati. Namun dibibir aku menuturkan. “Saya tak buat apa?” Malasku lembut. Wah!! Tiba-tiba aku jadi begini!
“Kalau you tak keberatan, malam ni I nak ajak you keluar dinner dengan I.” Katanya lagi.
Aku menelan air liur. Bibirku tiba-tiba mengukir senyum segaris. Jika sudah berani mengajak keluar makan malam tidaklah pemalu sangat pun lelaki ini. “Okey.” Jawabku setuju.
“Okey. You siap dulu. Lepas maghrib I datang ambik you.”
“Okey.”

6 comments:

hajar said...

kenapa Arisa tu benci sgt ngn Ee? diorg x smpt bercinta pun kan?

Unknown said...

ok..x suke fariz..nak ee jugak..ngeeeee~

mAdA said...

nk Ee jgk!!hehehe...

Jacquline said...

aahh...nak Ris tu dgn Ee...hehehe...c Fariz tlalu 'matang' & sempurna

Jacquline said...

aahhh...setuju2x....nk Ris dgn Ee tu...Fariz tlalu matang & sempurna hehehe....

nur nadiah said...

MESTI SWEET KN KALO RIS DGN EE 2....