Wednesday, November 19, 2014
Yes, Ma'am versi novel bercetak
Akhirnya......
Boleh order online di laman web Penerbitan Kaki Novel.
Kalau nak order direct dari saya boleh pm di alamat emel: akubintangbiasa@gmail.com
Friday, November 14, 2014
Yess Ma'am : Part 2 : Bab 9
Bab 9
“Mas,
saya dah siapkan senarai barang kering yang awak kena order dari supplier.” Aryana letak senarai bahan-bahan mentah yang
perlu dipesan oleh Mastura di tepi mesin
wang.
Mastura
yang baru selesai memulang duit baki kepada pelanggan merenung Aryana dengan
pandangan mencerun tajam. Wajah Aryana
ditenung garang silih berganti dengan senarai barang di atas meja kaunter.
“Lan
suruh saya tolong awak periksa stok-stok bahan kering. Ini saya dah siapkan list. Nanti bolehlah awak hantar pada supplier.” Tutur Aryana senang. Asalnya kerja-kerja memeriksa stok bahan
kering bukanlah termasuk dalam tugas hakikinya, tetapi sebab Razlan dah suruh,
dia buat jugaklah.
Sejak
dua menjak ini Razlan agak sibuk dengan tugasnya sebagai CEO di Bersatu Teguh
Bercerai Roboh Properties sehingga jarang ada waktu untuk ke mari. Sebenarnya Aryana baru tahu yang Razlan juga adalah
CEO di Bersatu Teguh Bercerai Roboh Properties. Dia memang tak sangka lelaki simple seperti
Razlan merupakan anak lelaki Tan Sri Ahmad Bakhtiar. Rupa-rupanya restoran ini dibuka adalah sekadar
tempat untuk Razlan menghilangkan stress dengan kerja pejabatnya sahaja.
Chef
Mior pula sibuk memantau kerja-kerja mengubahsuai cawangan terbaru House of
Grill di Wangsa Maju jadi semua hal berkaitan dengan restoran di sini diuruskan
oleh Mastura selaku orang kepercayaan Razlan.
Terasa bukan senang nak urus semua benda, bagi meringankan bebanan tugas
yang ditanggung oleh Mastura, Razlan telah meminta Aryana untuk membantu Mastura. Bagi permulaan, Aryana cuma diminta sekadar
memeriksa stok bahan kering dan basah di dalam pantry sahaja. Lain-lain benda Mastura
yang uruskan. Lagipun Mastura sudah
biasa untuk deal dengan supplier.
“Ehh…Kau
ni dah kenapa nak arah-arahkan aku pulak ni.
Kau bos ker.”
Jerkahan
Mastura yang tidak semena-mena itu membuatkan Aryana terkebil-kebil. Beberapa pasang mata di dalam restoran ini
semua terarah ke kaunter bayaran.
Pekerja-pekerja di dapur turut sama bergegas apabila mendengar suara Mastura
tiba-tiba memetir.
Aryana
pandang wajah Mastura yang macam nak telan dia hidup-hidup. “Tak adalah.
Lan bagitahu saya, kalau pasal deal or order bahan dari supplier tu
kerja awak. Jadi saya bagilah senarai
yang dah buat ni.” Balas Aryana dalam
nada yang terkawal walaupun saat ini dia memang dalam keadaan bengang yang amat sangat.
“Ehhh…Kau
tak nampak ker aku tengah sibuk dengan customer nih. Supervised budak aku kena buat. Jaga kaunter aku kena buat. Order barang aku kena buat. Habis kau buat apa jer. Sia-sialah Lan gajikan kau kerja dekat sini
kalau semua benda tetap juga kau nak suruh aku buat.” Hambur Mastura lagi.
Mata
Aryana terasa panas. Ada titisan halus
menitis dari tubir matanya. Aryana malu
sangat bila dicerca di hadapan orang ramai macam ni. Macam dia ni tak ada maruah ajer. “Mas, saya tak kisah tau kalau awak nak saya
tolong order bahan-bahan mentah ni semua tapi tak perlu la jerit-jerit dengan
saya macam tu. Saya bukan pekak.” Tutur Aryana terus berlalu masuk ke dalam
pejabatnya. Di situ dia menangis
sepuas-puasnya. Sudah dikatakan, hati
wanita bergelar ibu tunggal ini sensitif.
Sedangkan dijentik sikit pun air mata boleh menitis hiba, inikan pula
terkena tikaman kata-kata pedas lagi menyakitkan hati itu. Sekejap lagi banjirlah tempat ini!
Entah
kenapa dalam keadaan sedih-sedih begini, yang terlintas di kepala adalah
Ilham. Aryana keluarkan telefon dari
dalam beg tangan. Dalam keadaan tersedu
sedan dia mencari nombor telefon Ilham di dalam direktori.
“Hello
abang…” Ucap Aryana. Tisu dipekup pada batang hidup. Sekuat tenaga dia menghembus hingus yang
sudah mula bersarang di rongga hidung.
“Yana….Kenapa
nih???” Ilham menyoal risau.
“Abang…Yana
sedih sangat hari ini.” Ujar
Aryana.
“Kenapa
nih. Yana cakap dengan abang.”
“Yana
baru lepas kena maki ni abang.” Aryana
mula mengadu domba.
“Kena
maki? Siapa yang maki Yana. Berani orang tu yer maki-maki Yana.” Ilham mula tunjuk emosi. Terasa dia juga turut sama merasai
kesengsaraan yang dialami oleh Aryana kini.
Ini bukti. Jiwa yang sudah cukup
sebati sukar untuk dipisahkan.
Aryana
kesat air mata. Hingus dihembus
lagi. “Adalah minah satu tempat kerja
dengan Yana nih. Yana sedih la
abang. Yana tak pernah pun buat salah
dengan dia kenapa dia mesti nak marah-marah Yana. Depan customer pulak tu.” Adunya lagi.
“Yana,
Yana jangan risau. Abang akan cuba
dapatkan peguam yang terbaik untuk Yana.
Kita buat saman malu. Suka-suka
hati ajer.” Balas Ilham tunjuk gaya hero.
“Saman?” Aryana pelik.
“Yerlah. Saman tetap saman!!!” Ilham seperti sudah nekad. Dia tidak boleh terima andai Aryana dimalukan
sedemikian rupa.
“Abang
ni dah kenapa melebih-lebih pulak. Takkanlah benda macam ni pun nak panggil
lawyer sampai nak saman menyaman ker.
Ingat hakim dekat mahkamah tak ada kerja lain ker?” Tutur Aryana memindahkan rasa bengang dengan Mastura
tadi kepada Ilham pula. Memang
benganglah kan kalau tengah stress-stress macam ni ada orang buat lawak bodoh
yang tak lawak tu!
Ilham
tahan rasa nak ketawa bila mendengar suara bengkek Aryana. “Alahh…Abang prihatin dengan Yana jer. Tapi abang pelik la, sebab kena maki sikit
macam ni pun Yana nak meleleh-leleh air mata dah kenapa. Setahu abanglah Yana ni iron lady. Payah nak mengalir air mata.”
“Yerlah. Yana sedihlah. Yana ni baru lepas kena tinggal dengan laki
tiba-tiba ada orang marah-marah Yana macam tu.
Yana ingat boleh lah dapat kawan baru tapi belum apa-apa dah kena
sembur.”
Dahi
Ilham berkerut memandang telefon bimbit di tangan. Ehh…eh…Kau ni kan Yana dalam mengadu domba
sempat lagi perli-perli aku. Ilham
berkata sendiri.
“Apa
abang cakap tadi??!” Aryana bersuara
nyaring di hujung talian.
Ilham
tampar mulut sendiri. Dia cakap kuat ker
tadi? “Dah lah. Tak payah nak sedih-sedih sangat. Kalau rasa tak tahan kerja dekat situ
berhenti ajer kerja. Selesai
masalah.” Akhirnya Ilham memberi jalan
penyelesaian.
Aryana
gigit bawah bibir.
“Tak
pun, mari sini kerja dengan abang.
Tempat PA abang ni masih kosong lagi.”
Cadang Ilham dengan senyuman nakal.
“Jangan
nak ambil kesempatan di atas kesakitan yang Yana tanggung sekarang yer
abang.” Pesan Aryana.
“Encik
Ilham meeting nak mula dah.”
“Abang
ada meeting yer.” Aryana menyoal apabila dia mendengar suara Kak Midah.
“Haah.” Jawab Ilham.
“Okey
tak apalah. Abang pergilah
meeting.”
“Yana
dah okey ke ni. Kalau tak okey abang
sanggup tak pergi meeting semata-mata untuk ‘okey’kan Yana.” Bersungguh Ilham mahu membantu.
“Yana
dah okey. Rasa dah puas hati dah dapat
luah dengan abang walaupun hakikatnya tak membantu apa pun.” Balas Aryana.
Ilham
mengekek ketawa. “Okeylah kalau macam
tu. Abang masuk meeting dulu. Babai.
Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Aryana
pandang sepi telefon yang dah mati.
Tanpa sedar bibir menyuring senyum.
Nasib baik ada best friend tau!
“Awak…”
Sapaan
di ambang pintu pejabat membuatkan Aryana tersentak. Senyuman terukir dibibir hilang. Aryana simpan kembali telefon bimbit.
“Lan” Aryana sekadar menyapa kembali bila Razlan
datang menghampirinya. Terkejut juga
bila tengok Razlan tiba-tiba ada di sini.
Biasa waktu begini lelaki ini sepatutnya berada di pejabat. Untung jadi bos-bos ni. Boleh berada di mana-mana dan bila-bila masa
tanpa ada yang marah.
“Apa
dah jadi tadi nih. Betul ker Kak Mas
marah awak depan pelanggan.” Razlan
terus bertanya. Sebaik tiba tadi, heboh
di dalam dapur tentang pertelingkahan yang terjadi antara Aryana dan Mastura.
Aryana
menggeleng perlahan. Dia ukir senyum
kelat. “Tak ada apalah. Mungkin salah saya jugak kut tadi tu. Dia tengah sibuk-sibuk layan pelanggan saya
pergi letak list barang depan dia. Saya
okey. Awak jangan risau okey.” Tutur Aryana tidak mahu mengeruhkan
keadaan. Ikut hati memang bengang sangat
dengan Mastura, tetapi disebabkan niatnya adalah untuk berkerja dan bukan nak
mencari musuh, tidak mengapalah. Biarlah
orang buat kita asal kita tak buat orang.
“Tapi
Sarah cakap awak menangis tadi. Tengok
mata awak merah. Sembab pulak tu.” Razlan memandang wajah Aryana.
Pandangan
lembut Razlan buat Aryana jadi tak selesa.
Saban hari layanan Razlan pada dia semakin pelik. Caring lebih pula. “Ngeee…Budak Sarah ni kan. Saya dah pesan pada dia banyak kali tadi tak
payah nak kecoh-kecoh. Tak ada apa-apa,
awak. Nangis sikit ajer. Perempuan…Biasalah…Tapi sekarang saya
betul-betul dah okey. Serius.” Tutur Aryana bersungguh.
Razlan
mengangguk-angguk kemudian dia berdehem.
“Tadi tu awak cakap dengan siapa?”
Soalnya teragak.
“Bila?” Soal Aryana sepatah.
“Dalam
telefon tadi? Saya terdengar perbualan
awak tadi. Awak cakap dengan siapa. Abang awak?”
Aryana
ketawa kecil. “Abang? Bukanlah.”
“Habis
tu dengan siapa?”
“Tadi
tu saya cakap dengan bekas suami saya.”
Aryana menjawab jujur.
“Hah…” Mulut Razlan sudah ternganga.
Aryana
angguk kepala. “Ya. Bekas suami saya.”
“Awak
tak pernah bagi tahu yang awak pernah berkahwin.”
“Awak
tak pernah tanya.”
“Okey,
kalau dia bekas suami awak kenapa awak perlu bercakap dengan dia.”
Aryana
makin pelik. Eh…Suka hatilah kan nak
cakap dengan siapa pun. Sah-sah bil
telefon aku yang bayar. Getus Aryana
sekadar di hati. “Awak…tak boleh ker
kalau saya nak bercakap dengan bekas suami saya. Lagipun saya dah terbiasa setiap kali kalau
saya tengah ada masalah memang dengan dia saya akan kongsikan. Lagipun masa
saya tengah emosi tadi, saya cuma ingat dia sorang ajer.”
“Errmm…” Razlan hilang kata. Dia mengeluh perlahan.
“Lan.” Panggil Aryana pendek.
“Apa dia?”
“Saya
nak mintak sangat dengan awak, tak payahlah nak besar-besarkan isu ni ya. Saya pun malas nak ambil port sangat dengan
hal tadi.” Pinta Aryana.
Razlan
sekadar mengangguk. “Sambung
kerja.” Ujar Razlan sebelum meninggalkan
Aryana.
“Yes
boss!!”
Tuesday, November 4, 2014
Yes Ma'am : Part 2 : Bab 8
Bab 8
“Okey
abah. Good night abah.” Adib dan Adalia sama-sama bersalaman dengan abah mereka. Aryana sekadar memerhati. Terasa sayu pula hati. Selesai good night kiss antara anak dan bapak
Aryana arah Adib dan Adalia masuk ke dalam rumah.
Ilham
menyorot pandang langkah Adib dan Adalia sehingga masuk ke rumah sebelum
pandangan itu terarah pada Aryana yang bersandar di tepi pagar.
Dia
bersandar malas pada badan Alphad. Kedua
belah tangan dimasukkan ke dalam kocek.
Kepala tercari-cari ayat yang sesuai bagi menceriakan suasana. Mood Aryana nampak baik. Gaya tidak macam akan ‘menyinga’ malam ini. “On time.
10.00 malam.” Ilham
bersuara. Kening menari ronggeng sambil
bibir menyuring sengih nakal.
Aryana
ketawa kecil. Buat pertama kali, Ilham
berjaya menepati waktu untuk menghantar Adib dan Adalia pulang. Selalunya terbabas sahaja.
“Kenapa?” Aryana menyoal pelik apabila Ilham
memandangnya tidak berkelip.
“Yana
senyum. Akhirnya. Akhirnya selepas lima bulan, Yana senyum
dengan abang balik.” Ilham bersuara
tidak percaya.
Mata
Aryana juling ke atas. Kepala
menggeleng-geleng perlahan. “Tak payah
nak drama sangat boleh tak?” Ujarnya
meluat.
“Yana,
abang tahu apa yang jadi pada kita tak boleh nak ubah dah tapi kita masih boleh
berkawan kan. Demi Adib dan Baby.” Ilham mengharap.
Aryana pandang mata redup Ilham. Eh…Macam ulang ayat Mak Ngah pulak. Perlahan dia mengangguk. Satu hari suntuk dia cuba hadam nasihat Mak
Ngah semalam. Rasanya dia berjaya. Gaduh-gaduh lama-lama pun bukan boleh dapat
apa pun. Balik-balik dia yang
stress. Lebih baik berdamai demi
anak-anak.
“Okey. Demi Adib dan Baby.” Ujar Aryana rendah.
Ilham
mengangguk. Untuk seketika dia dan
Aryana sama-sama berbalas senyuman. Malam
ini, selepas hampir lima bulan berpisah, perjanjian damai termeterai
akhirnya.
Sebelum
tidur, Ilham terasa mahu menelefon Mak Ngah.
Lantas tangan mencapai telefon bimbit.
“Hallo
Mak Ngah.”
“Hah
Am. Kenapa malam-malam telefon Mak Ngah
nih.”
“Mak
Ngah, Am nak ucap terima kasih pada Mak Ngah sebab dah tolong slow talk dengan
Yana. Mak Ngah pun tahu kan Yana dengan
Am tu macam mana lepas selesai kes cerai kat mahkamah tu. Dah puas Am cuba berlembut tapi dia tetap
dengan keras kepala dia. Hari ni baru
nampak Yana cool sikit. Yang ajaib siap
boleh senyum tu Mak Ngah. Dah tak kekwat
macam selalu.” Ilham galak
bercerita.
“Mak
Ngah tolong sikit jer yang lebih kalau kamu rasa masih sayang Yana kamu
usahalah sendiri.”
“Faham
Mak Ngah. Terima kasih Mak Ngah, sebab
Mak Ngah percaya Am. Apa yang jadi
sebelum ni semua di luar kawalan Am Mak Ngah.
Am yang salah sebab terlepas cakap.
Kalau masa boleh diundur Am takkan senang-senang lafaz talak Mak Ngah.”
“Yerlah
Am. Dah seratus dua puluh kali kamu
asyik ulang benda yang sama ni ajer. Yang
dah lepas tu biarkan. Tak payah nak
kesal. Nasi dah pun jadi bubur. Apa yang penting sekarang ni, adalah usaha kamu untuk bagi Yana percaya
pada kamu balik.”
“Insyaallah
Mak Ngah. Am akan cuba buat yang
terbaik. Am sayang Yana. Am sayang anak-anak Am. Am nak kami macam dulu kembali. Mak Ngah tahu kan, kasih sayang cinta Am
memang untuk Yana dengan anak-anak ajer Mak Ngah. Tanpa Yana, tanpa anak-anak rasa tak sempurna
Mak Ngah….. Yana tu segala-galanya untuk…”
“Ilham…Ilham…” Samsiah dari hujung talian cepat memotong
sebelum Ilham merapu lebih panjang lagi.
“Ya
Mak Ngah.” Sahut Ilham.
“Am
boleh tak kamu sambung cerita Cinta Agung kamu dengan Yana ni esok siang ker,
minggu depan ker…Mak Ngah dah mengantuk ni.
Kamu tahu tak sekarang ni dah pukul berapa.” Balas Samsiah geram.
“Sorry…Sorry
Mak Ngah. Assalamualaikum Mak Ngah.”
Ilham
rebah badan atas katil empuk selepas menamatkan talian dengan Mak Ngah. Lengan diletakkan di atas dahi. Cinta agung aku dengan Yana? Ilham tergelak kecil dengan kata-kata Mak
Ngah tadi. Seketika ketawa kecil
mati. Ilham jadi serius pula. Ya Mak Ngah.
Cinta Agung Part II baru sahaja bermula.
Yeahh!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)