Wednesday, September 2, 2009

2 X 5 Bab 11

Bunyi lagu dari micro mini di dalam bilik sedikit menceriakan suasana. Ini tabiat biasa. Kalau nak bersiap atau pun sedang berdandan di hadapan cermin, music background mesti kena ada. Orang-orang dekat flet belakang Minlon tu dah tak kesah. Tabiat di sana di bawa kemari. Di sini, masih baru. Jadi volume tak adalah kuat sampai boleh menggegarkan satu rumah. Tapi kalau dekat rumah lama, bergegar satu flet itu perkara biasa. Kalau tidak rumah dia yang kasi gegar, budak bujang tingkat atas tu akan menggegarkan suasana jugak. Jiran bersepakatlah katakan. Sama-sama kita kasi gegar!!!!
Muka ditilik di hadapan cermin. Faudation, bedak, blusher, mascara, eye-liner, eye shadow semua dah bertempek di muka. Dah namanya pun kerja depan kaunter pembayaran bilk an. Mekap-touch up ni benda basic kena buat setiap kali nak masuk kerja. Rambut sudah siap disanggul ala-ala pramugari MAS. Skarf berwarna biru dengan corak TM kecil-kecil dicapai dari penyangkut. Benda alah ni sebenarnya multi purpose. Kalau yang mana bertudung, buat tudunglah. Kalau yang mana tak bertudung buat scarf la. Senang ajer. Ikat dekat tengkuk cantik-cantik. Tada… dah siap. Blazzer berwarna kelabu pada penyangkut baju ditarik keluar dari dalam almari. Dikenakan ke badan. Final touch. Loose pawder dilekapkan ke muka. Siap. Syakirin keluar dari bilik dengan semangat baru. Dah lama bercuti ni. Kena positifkan kepala jangan nak malas-malas walaupun hakikatnya adoyai… sangat berat badan nak bangun tidur tadi.
“Lambatnya siap.” Tegur Zaim dari meja makan.
Syakirin sekadar tersenyum. Kelihatan Zaim begitu tekun menyapu roti bakar dengan seri kaya. Wah.. Ini betul punya bagus punya housemate. Ini cakap betul ni. Masa dengan Fiqa dulu pun tak adalah makcik tu sampai rajin bebenor mau siapkan sarapan pagi. Ini siap ada roti bakar, telur gegar. Ermm.. sedapnya…. Bau air Milo tu pun dah cukup buat terliur. Macam manalah Zaim tau yang pagi-pagi aku memang suka minum Milo. Minum Mila anda jadi sihat dah kuat!!! Macam ada instinct ajer Zaim ini. Belum apa-apa dah tau apa yang aku suka. Aku sebenarnya perasan diri ajer. Disebabkan pagi ini dapat layanan istimewa, tak jadi nak marah sebab tidur bilik asing semalam. Makin sayang kut. Ekekeke.. Sweet jugak husband siapkan breakfast.
“Berdiri apa lagi. Duduklah.” Pelawa Zaim.
Syakirin tersipu-sipu malu. Ini siapa jadi isteri siapa jadi suami sekarang ini. bukan patutnya yang kena siapkan semua ini aku ker. Dalam malu Syakirin duduk jugaklah di atas kerusi.
“Roti?” Tanya Zaim. Lembut.
Syakirin mengangguk. Dia sengih lagi. Sengih orang malu. Fiqa pun tak pernah melayan dia sampai macam ini sekali. Emak? Kalau nak makan pandai-pandailah buat sendiri. Baiklah Zaim ini. tak adalah teruk sangat pun. Kira okeylah.
“Air?” Zaim bertanya lagi. Macam gaya seorang pelayan kedai makan ajer.
“Mai sechewan…” Kata Syakirin mengajuk iklan Kopi Radix. Hidung dia tu siap dinaikkan sekali. Biar betul real cara dia mengajuk mat Salleh dalam iklan tu bercakap.
Zaim ketawa kecil. “Macam-macamlah awak ni.” Katanya sambil menuangkan Milo panas ke dalam cawan.
“Rajinnya awak. Pukul berapa bangun. siap buat breakfast lagi. Hari-hari awak memang macam ni ker.” Kata Syakirin tidak berhenti sebelum roti bersapu kaya itu dimasukkan ke dalam mulut.
“Tak adalah hari-hari. Hari ini ajer saya terlebih rajin. Mengalu-alukan kedatangan awak ke sini.”
Syakirin mengulum senyuman segaris. Sweetnnyer ayat. Kedatangan aku dialu-alukan. Hahaha… Patutlah belum apa-apa dah standby bilik kosong satu untuk aku. “Terima kasih.” Jawab Syakirin dengan senyuman tak lekang.
“Macam mana tidur semalam. Okey tak.”
“Okey. Tapi macam panas sikit. Nanti awak letak air-cond yer dalam bilik tu. Baru sedap nak tidur.”
“Banyak songeh awak.” Balas Zaim. “Sudahlah duduk free. Nak macam-macam pulak.”
“Main-main ajerlah.” Syakirin mencebek. Baru duduk satu hari pun dah mengungkit. Cehhh!!!
“Kat sini tempat dia seram sikit. Awak hati-hati. Kalau nak pergi toilet jangan pandang belakang. Tambah-tambah lagi kalau malam Jumaat.” Sengaja Zaim mengusik. Dia buka apa. Sejak kenal Syakirin sampai sekarang dirasakan gadis ini cukup tenang dalam apa ajer yang dia sudah lakukan. Macam sekarang. Kirin rilek ajer. Sikit pun tak melatah.
“Ha..ha..ha..” Syakirin ketawa sepatah-patah. “Takutnya saya dengar.” Dia buat-buat gaya takut. “Jangan pandang belakang!!!” Katanya lagi sambil disela dengan ketawa yang mengekek. Ada hajat nak momokkan aku dengan jangan pandang belakang tu. Sorry k. salah oranglah. Sikit pun tak takut.
“Jangan riak sangat.” Zaim cuba mengingatkan.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Dia bangun. cawan dan piring dibawa menuju ke sinki. Basuh ala kadar sebab bukannya kotor sangat pun. Dia kembali ke meja makan. “Okeylah. Saya nak gerak dulu ni.” Kata Syakirin. Beg tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Dia berlalu begitu sahaja meninggalkan Zaim dengan cerita jangan pandang belakangnya itu.
“Betul tak berperasaan.” Ujar Zaim di dalam hati bila terdengar Neo maroon itu mengaum kuat.



“Selamat pengantin baru cengcengceng. Selamat berbahagia.”
Syakirin membulatkan mata bila sampai ajer ke TMPoint terus semuanya buat koir menyanyikan lagu pengantin baru untuk dia. koir ini nampaknya telah pun dikuasakan oleh bos besar merangkap pengurus cawangan, diaktifkan oleh anak-anak buah yang tiga suku, dan diperhebatkan lagi oleh muzik iringan makcik cleaner yang siap bergendang baldi lagi sebaik sahaja dia melepasi pintu pejabat. Mentang-mentang kedai belum bukak dorang bukan main lagi bergembiranya. Lupa pulak, ketua kumpulan siapa lagi kalau bukan Cik Fiqa masuk air tu. Rasanya nak ajer baling kasut tumit tinggi dekat Fiqa ni. Langsung tak agak-agak buat kori macam tu untuk menyambut pengantin baru macam aku ni. Macam tak tau yang aku bukan suka sangat nak dengar ini semua. Tapi bila mereka ini dah tau benda yang aku tak suka, lagi dibuat. Suka buat orang malu tau. Jahat!!
Melihat muka Syakirin masam mencuka semua kembali senyap dan menjalankan tugas masing. Encik Malek tuan pengurus pun dah masuk balik ke dalam biliknya. Surprise macam tak menjadi. Operasi gagal. Fiqa menghampiri temannya itu. dilihat Syakirin sibuk benar gayanya mengadap computer. Tetikus digerak-gerak kasar. Seketika kemudian tangannya ligat sahaja mengemas kaunter nombor dua itu. Ini kalau dengar lagu orang kawen pun boleh sentap muncung panjang sedepa mesti ada yang tak kena. Fiqa kembali ke tempat duduknya. Kaunter nombor tiga. Betul-betul bersebelahan Syakirin. “Kirin rilek la. Emo pagi-pagi apa hal.” Tanya Fiqa.
Syakirin menjeling. “Banyaklah kau punya rilek. Cuba kalau kau ada kat tempat aku sekarang ni apa yang kau rasa.” Hambur Syakirin.
“Alah aku main-main ajerlah.” Kata Fiqa sambil tersengih. “Tapia pa hal. Zaim buat apa semalam.”
“Tak adalah buat apa-apa. Cuma…” Kata-kata Syakirin mati sekerat jalan. Masakan hendak membuka pekung di dada sendiri. Takkan cerita hal rumah tangga yang baru dua minggu dibina ini pun nak diceritakan pada Fiqa. Agak-agak sikit. Zaim tu dah pesan. Hal dalam rumah tu biar dia dan Zaim ajer yang tahu.
“Cuma apa….” Tanya Fiqa tidak sabar.
“Cuma…Cuma…Cuma…” Syakirin masih teragak-agak. Nak bagi tahu ker tak ni. Bagi tahu. Tak bagi tahu. Bagi tahu tak bagi tahu.
“Cuma apa!!” Soal Fiqa sedikit kuat.
“Cuma aku malu dia buat breakfast untuk aku pagi tadi.” Beritahu Syakirin laju. Macam bunyi kabalt meriam buluh yang tengah meletup.
Pecah ketawa Fiqa. “Aiyoo.. Orang buat breakfast pun nak stress ker. Bukankah best giler namanya tu. Kau tak payah susah-susah nak ke kafe.” Kata Fiqa bersama hilai tawanya. Nasib sahaja TMPoint belum buka. Kalau tidak pasti pelanggan tertanya-tanya sawan apa yang dah kena pada Fiqa pagi-pagi buta yang boleh buat dia ketawa macam orang gila separuh tiga suku ini.
Syakirin menarik sengih plastic memainkan peranan sebagai primadona drama swasta siaran televisyen tidak berbayar. “Tu lah. Zaim tu mesti bajet aku pemalaskan.” Syakirin cuba berdalih padahal itu bukanlah sebabnya. Sebal duduk bilik asing-asing tu yang jadi penyebabnya. Hilang sebalnya hanya sekejap. tu pun masa dapat breakfast free pagi tadi ajer. Benda ni bukan mudah nak lalui. Tak mungkin sebab dapat makan free semua boleh main lupa dan buat macam tak ada apa-apa. Tu gila namanya. Mungkin layanan Zaim tu nampak baik. Tapi pada dia semua tu tak ada maknanya kalau hati dia disakiti secara halus macam tu. Zaim tu tak pandai langsung nak menghormati isteri sendiri. Dah la dibiar tidur sorang-sorang. Lepas tu pagi-pagi buat lawak antarabangsa pulak pergi momokkan yang dekat kawasan tu tempat jin bertendang, bunian bergendang, hantu-hantu berdondang sayang.
“Bukan kau memang pemalas ker?” Fiqa sengaja mengusik.
“Blah la kau.” Ujar Syakirin. Pelanggan sudah pun memasuki ke dalam TMPoint. Kerja bermula. 2001 kaunter dua. Syakirin menjalankan tugas seperti biasa. Fiqa yang masih lagi tak lekang sengih mengusiknya dibiarkan sahaja.



“Hey pengantin baru. Amacam life. Ada seronok ker?” Hairi menegur sebaik sahaja terpandang kelibat Zaim yang baru sahaja memasuki pejabat.
“Gila best. Rugi kau tak kahwin.” Kata Zaim bersahaja apabila terserempak dengan Hairi di tengah-tengah pejabat. Best ker? Entahlah. Yang tau hari ini pagi-pagi sarapan ma’am besar tu dia yang sediakan. Kalau ikut tugas-tugas masak memasak ni memang terpulang pada isteri. Musykil apasal hari ini dia terlebih rajin untuk buat semua tu. Macam dah terbiasa kut dua minggu lepas bersarapan bersama sampai terbawa-bawa ke rumah sendiri. Tak ada hal sangat. Cuma bakar roti dengan buat air ajer tadi pun. Tak sempat nak berpeluh, air dah siap berbancuh, roti dah siap berbakar.
“Wahhh!!! Bahagia gila aku dengar. Kaki ada ketar ker. Patut pagi-pagi skema butang kancing sampai ke atas. Neck tie sampai nak mencekik leher sendiri.” Hairi bersuara nakal.
Ketawa Zaim pecah dengan tidak semena-mena. Biru kekuningan sungguh kepala otak engineer sorang ni. Kaki ada ketar. Butang kamcing ke atas. “Banyaklah kau.” Kata Zaim terus sahaja mengatur langkah ke bilik pejabatnya. Melayan lawak kotor Hairi belum tentu satu hari boleh habis. Enggineer sorang ni kalau dah start melawak speseis macam tu sampai habis waktu kerja belum tentu dia boleh berhenti. Makin giat.
“Hey member ceritalah sikit apa feel sekarang ini.” Hairi masih lagi menggiat pengantin baru yang baru hari ini masuk ke pejabat.
Reflex tangan Zaim mencapai highlighter dari bekas pen dan dibaling kea rah Hairi dimuka pintu bilik pejabatnya. Ingat tadi dah habis. Ingat tadi Hairi ni terus pergi buat kerja dia sendiri. Ini tak habis lagi nak menyibuk halo rang. Macam tak tau orang yang dah bercuti panjang tentu-tentu sahajalah banyak kerja nak kena buat. Boleh pulak Hairi datang nak tanya pasal perasan lepas kahwin macam mana.
“Agak-agak kalau kau nak rasa feel kau kahwinlah. Baru boleh rasa. Setakat dengar aku cerita mana nak best. Mana nak ada feel.” Kata Zaim sambil tangannya mula membentangkan pelan rumah teres kos rendah di atas meja kerjanya. Enggineer yang tak ada kerja dan makan gaji buta tu dia layankanlah jugak.
“Aku bukan taknak kahwin macam kau Im, tapi aku ni tak ada yang nak. Jenuh pusing satu Malaysia tapi tak jumpa-jumpa jugak.” Beritahu Hairi datar. Siapa yang tak nak kahwin. Tengah-tengah lagi umur dah mencapai angka tiga dekat depan. Emak di kampong tu dah bising ajer suruh dia berbini cepat. Tapi nak buat macam mana. Stok-stok yang dia kenal semuanya jenis rugged, daring, dan sangat-sangat up-to-date. Gaya memang terpesong ke barat habislah perempuan-perempuan yang dia kenal. Takkan nak bawak balik salah sorang jumpa emak dengan stok yang ada ni. mau kena penggal dengan parang. Mak dah pesan awal-awal calon menantu dia kenalah pakai tudung. Tak kisahlah kerja apa pun. Janji kelakuan dan tingkah laku dijaga. Bukan main rembat dekat mana-mana kelab. Tu yang susah tu.
“Kalau dah kau pusing masuk Hard Rock, pergi Castle, redah Modesto, keluar Mutiara Dangdut mana nak jumpa. Kalau ikut kreteria yang mak kau nak aku rasa kau patut masuk mana-mana kampong lepas tu bolehlah kau cari mana-mana gadis Melayu yang betul Melayu yang macam mana emak kau nak. Kat Bandar macam kat sini gadis Melayunya mana nak Nampak melayu dah. Semua dah jadi celup orang putih. Semua jenis Melayu lupa diri.” Sedas Zaim pedas. Sengaja dia berkata begitu. Dia bukan tak kenal dengan Hairi ini. Bukan main lagi setiap malam berlibur di kelab. Nasib ajer Hairi tak pernah terasa nak meneguk air setan tu kalau dia masuk ke dalam mana-mana kelab di ibu kota. Kalau tidak habislah setan tak tau nak minum air apa. Ada hati nak menyalahkan emak sendiri sebab letak kreteria yang sangat susah nak dicari. Sudah cari ditempat yang salah mana nak jumpa.
“Aku masuk ke sana tak pernah buat benda jahat Im. Aku masuk sebab suka-suka ajer. Nak release tension kerja. Kut yer pun awek kelab berderet nak dekat aku sebab diorang yang nak dekat aku. Bukan aku yang nak dekat diorang. Aku sebelah mata tak pandang jenis perempuan macam tu. Aku pun ada taste jugak.” Ujar Hairi.
“Banyak lagi tempat kau boleh pergi untuk release tension kau tu Ri. Masjid Putrajaya tu tak cukup besar ker untuk kau jadikan tempat untuk kau menenangkan fikiran dari masuk ke dalam kelab yang sesak dengan macam-macam jenis manusia tak tau halal haram.” Ceramah Zaim sudah berjela. Boleh dikira agaknya berapa kali ajer Hairi menjejakkan kaki ke dalam masjid Putrajaya yang tersergam indah itu padahal rumah dia dekat Pinggiran Putra ajer. Jarak masjid yang sekangkang kera tak tau nak jejak, kelab malam yang jauh berkilometer dengan nak lepas kena bayar dua tiga tol jugak dia masuk. Kurang bijak tang situ cara Hairi berfikir.
“Aku masuk pejabat aku dulu ar Im. Kena prepare untuk presentation depan consultant pukul sebelas karang.” Balas Hairi sebelum berlalu ke muka pintu. Bila Zaim dah masuk mode aura macam ustaz baru balik dari Al-Azhar bukan boleh dia nak duduk lama-lama di situ. Ini pun dah cair tahi telinga mendengar tazkirah. Kalau biasa orang bagi tazkirah hari Jumaat hari ini dia kena dengar tazkirah free di pagi Isnin yang indah. Dia nak membidas lebih-lebih tak boleh sudah semua benda yang Zaim ceramahkan tu benda betul. Mana berani dia nak membangkang gaya lawyer menegakkan kebenaran di dalam mahkamah. Jadi paham-paham sendirilah. Agak-agak tak tahan nak dengar lebih lama pandai-pandailah cari jalan nak melepaskan diri. selalu sangat kena ceramah dengan Zaim. Bukan dia jenis budak degil yang ketegak ya amat. Ada juga ceramah Zaim yang menusuk hati tu dia ikut jugak. Kalau dulu tiap-tiap malam merambu ke kelab, sekarang ini mungkin seminggu sekali. Paling tidak pun sebulan sekali untuk melepaskan gian.

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

baik la plak si zaim nieh..
haha..
kirin xjlnkan lagi operasi menjatuhkan zaim??
smbung2.

MaY_LiN said...

kemain lg dak im ngan hairi ni ye..
aish..oh mama..aku mahu kawin..
kawin dengan sapa..?
ngan sapa ye..
zaim ngan kirin la..

nacha said...

aduh! bertuahnya dpt hubby yg rajin sediakan bekpes. baguslah tu. amalkanlah slalu ye En. Zaim. hehehe..