Thursday, April 23, 2009

Iman Suraya Bab 7

“Hai.” Amelia menyapa lembut.
Iman yang sedang berehat menikmati angin malam tersentak dengan kehadiran kakak iparnya itu. “Hai.” Dia menjawab sepatah.
“Thanks.”
Iman angkat kening. “For what?” Ringkas dia bertanya.
“Untuk scarf batik yang Iman belikan untuk kakak.” Tersekat-sekat Amelia berbicara. Ini adalah kali pertama dia berborak dengan Iman semenjak dia menjadi isteri Adam. Agak kelam kelibut jugak patah kata yang keluar. Maklumlah. Dulu bersaya-awak. Berdarling-honey. Sekarang jadi Iman-kakak pulak.
“Suka?” Tanya Iman.

Amelia hanya mengangguk perlahan.

Suasana malam dihambat sunyi. Abang Adam outstation di Johor Bahru. Mungkin dikesempatan ini, Amelia boleh terasa selesa untuk berbual dengan Iman. Bukan mahu membelakangkan suami apatah lagi mahu menduakan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu. Tetapi, dia sendiri sentiasa dihambat dengan perasaan bersalah, bila mana sehingga sekarang pun Iman dan suaminya masih tidak bertegur sapa. Dia adalah punca segala-galanya. Masakan soal hati yang terlalu subjektif ini boleh dihuraikan dengan mudah. Dulu bukan dia tak sayangkan Iman. Dulu bukan dia tak cintakan Iman. Tetapi, dia tidak sanggup lagi untuk terus membutakan mata, memekakkan telinga dengan cerita-cerita yang di dengari dari teman-teman yang sama-sama belajar dengan Iman diluar Negara. Iman selalu sahaja berkepit dengan junior-junior dari Malaysia yang baru menjejakkan kaki di sana. Konon-konon dia adalah abang senior yang paling hensem semua perempuan dia mahu sapu. Sapu bersih. Habuk pun tak ada. Dia sendiri tak pasti Iman mewarisi perangai siapa di dalam ahli keluarganya yang suka bermain perempuan. Iman tak setia. Iman menduakan kasihnya. Dia sudah tidak tahan lagi. Akhirnya dia terpaksa memutuskan untuk menamatkan hubungan ini.
Sakit. Memang sakit. Sakitnya hati. Terseksanya perasaan apabila cinta yang disemai itu putus ditengah jalan. Di saat hati dirundung pilu, Adam datang. Lelaki itu berusaha memulihkan keadaan. Lelaki itu juga yang berusaha memujuk dia untuk jangan bertindak terburu-buru. Hubungan dia dan Iman masih boleh diselamatkan. Dia tidak mengendahkan semua itu. Iman sudah terlalu banyak diberi peluang. Iman Radiff perlu diberi pengajaran. Adam menghormati pendirian dirinya. Tak tau kenapa. Sikap ambil berat Adam pada dirinya membibitkan rasa cinta untuk lelaki itu. Dia bukan berkahwin dengan Adam kerana ingin membalas dendam dengan Iman. Tidak sama sekali. Dia setuju berkahwin dengan Adam kerana lelaki itu cukup sempurna pada pandangan matanya. Jika dibezakan dengan Iman memang mereka berdua bagai langit dengan bumi.

“Iman, kakak minta maaf andai kehadiran kakak di dalam keluarga ini membuatkan Iman jadi tak selesa.” Amelia bersuara rendah. “Kakak faham jika Iman tak sukakan kehadiran kakak di sini. Tapi jangan kerana kakak, Iman dengan abang Iman jadi musuh. Sian ibu.” Sambung Suraya lagi.

“Tak ada apa nak dimaafkan. Kakak tak buat salah pun. Dah ditakdirkan benda ni nak jadi. Siapa kita nak menolak ketentuan yang Tuhan dah tentukan.” Iman bersuara datar.

Dia pun tidak berminat mahu mengulas lebih lanjut pasal benda ini. Dia pun tak pasti, sama ada Amelia itu sudah dimaafkan atau tidak. Dia pun keliru sama ada Amelia dulu pernah buat salah dengan dia atau tidak. Seingat-ingat dia tidak pernah sekalipun Amelia melakukan sebarang kesalahan semasa mereka masih bersama. Yang selalu buat salah pun dia jugak. Amelia memang tak pernah. Kesalahan yang dilihat pada diri Amelia yang dia perasan pun masa gadis itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan abangnya sendiri. Tu bukan benda salah. Dah hubungan mereka memang dah lama putus masa tu. Kira kalau dia rasa salah pun, sebab dialah yang perasan sendiri kut. Kalau tak perasan mesti dia akan jadi selamba ajer. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Agak-agaknya dulu tu, masa diorang kahwin dia terkena sawan meraban kekasihku-diambil-orang kut. Agaknyalah. Nasib sekarang keadaan sudah terkawal. Kalau tak. Memang jenuh.

Iman mendongakkan pandangan ke dada langit. Suasana kembali senyap. Dia sebenarnya malas mahu bersembang-sembang dengan Amelia. Nak kata dia masih berperasaan terhadap kakak iparnya itu, mungkin juga. Maklumlah, Amelia adalah perempuan yang paling lama bertahan dengannya. Pendek kata, Amelia ini memang jenis tahan sabar sebab boleh tahan dengan sikapnya. Lagipun dia memang dah lama couple dengan Amelia. Buat dia malas beramah mesra sangat dengan kakak iparnya ini adalah disebabkan tidak mahu Abang Adam salah anggap. Ibu pun sudah berkali bagi amaran, hari-hari bagi peringatan, yang Amelia itu sudah menjadi kakak iparnya. Jangan nak buat hal dengan isteri abang sendiri. Dan dia pun memang tak berniat atau memang pasang niat nak buat hal dengan perempuan yang sudah menjadi isteri orang itu. Apa barang. Taste dia, tetap anak dara, solid-molid, cutting cantik. Iman Radiff memang susah nak berubah. Hahahaha… Yang gaya frust berguling dulu tu hanya drama Akasia ala-ala SpaQ semata-mata.

“Kakak harap Iman boleh berubah. Jangan sesekali melukakan hati perempuan. Kakak takut nanti bila sekali Iman kehilangan orang yang betul-betul Iman sayang, yang Iman cinta, Iman akan merana.” Nasihat Amelia jujur setelah agak lama mendiamkan diri. Iman Radiff perlu berubah. Dia tidak mahu melihat Iman mempermain-mainkan perempuan lain seperti dirinya. Kalau boleh dia mahu Iman belajar menghargai apa yang dimilikinya. Walaupun pada dirinya cinta Iman tidak sepenuh hati, dia amat berharap Iman dapat menghargai dan mencintai wanita lain yang diciptakan untuknya dengan sepenuh hati. Cerita dia dan Iman sudah tamat.

Iman buat muka bosan. Sejak bila Amelia berubah menjadi seorang doctor cinta dia pun tak tau. Yerlah. Mesti belajar dari Abang Adam. Abang Adam bukankah memang terror bab-bab kasi nasihat dekat orang. Bernanah juga telinga duduk di sini lama-lama. Takut makin panjang pulak syarahan Amelia kepada dirinya. Memanglah dia pun ada buat salah. Salah pada kaum hawa. Tapi salah yang di buat tu pun asalnya dari perempuan-perempuan tu jugak. Habis tu yang datang menyerah diri semuanya kategori cek mek molek. Yang datang tu kategori berdahi licin. Yang datang tu kategori hot babes. Yang datang tu kategori aweks-aweks. Siapa dapat tahan. Dia pulak jenis kategori iman tak kuat walaupun nama kat surat beranak terang-terangan tertulis Iman Radiff. Lagipun semua ni dulu untuk suka-suka. Semua ni dulu untuk main-main. Tak pernah pulak selama dia buat semua ni dulu, dia pernah masuk sampai acara touch-n-go. Tak pun fesyen cuba-try-test. Tak pernah. Memang tak pernah kerana dia masih tau dosa pahala, syurga neraka lagi.

Iman melepaskan keluhan lemah. Kemudian dia bangun. Dia mesti beredar dari sini. Dah lama sangat pulak duduk diluar bertemankan rembulan purnama dengan Amelia. Tak manis. Lagipun, dia takut-takut, kalau Amelia berhasrat nak panjangkan lagi sessi syarahannya tadi.

“Kak, Iman masuk dulu ar. Ngantok.” Iman buat-buat menguap walaupun hakikatnya dia bukannya nak tidur pun. Cuma cari akal untuk melepaskan diri.
Amelia sekadar mengangguk perlahan.

Badan dihempas lemah di atas tilam. Tangan dilapangkan selagi mahu. Macam kapal terbang. Seketika kemudian lengan kanannya dibawa ke dahi. Dia menimbang-nimbang kembali apa yang dikatakan oleh Amelia tadi. Betul. Tadi dia cuma mengikut rasa egonya. Sebab itu tak nak mengaku salah sendiri. Lagipun, tiba masa untuk dia berubah. Umur pun dah tua. Dia perlu ada perancangan hidup.

Iman bangun dari baringnya. Dia menuju ke arah cermin panjang pada dinding bilik. Diri sendiri ditilik dari atas ke bawah. Hujung rambut ker hujung kaki. Kemudian dia tersenyum sendiri. Patutlah ibu bising. Tengok gaya pun macam samseng Kampung Dusun. Patutlah Suraya masa mula-mula jumpa dulu pun pandang lain macam ajer. Suraya??? Apa khabar gadis senget itu sekarang. Bertahan betul Suraya. Sampai sekarang, satu mesej, satu panggilan telefon pun tak ada dari dirinya. Iman mengetuk kepala. Ne no ne no. Twikle-twinkle little star keliling kepala. Pening. Sakit sikit. “Apakerhalnya tiba-tiba boleh naik nama perempuan yang dah jadi tunang orang tu. Agaknya aku dah mengantuk kut.” Iman berkata sendiri. Segera dia mematikan suis lampu. Baring. Dan.. kroh…kroh…kroh…

Wednesday, April 22, 2009

Iman Suraya Bab 6

“Ni abah punya. Ni Along punya. Dan yang ini untuk Angah.” Suraya mengagih-agihkan buah tangan yang dibeli untuk abah dan abang-abangnya.
“T-Shirt ajer?” Along Sham bersuara tidak puas hati. Tshirt gambar helang besar itu di bentang di atas karpet. Dahinya berkerut. Punya rajin tak rajin jugak tadi mahu ke rumah abah sebab adinda yang seorang ini beriya-iya suruh balik segera sebab ada hadiah istimewa dari Pulau Langkawi, tengok-tengok hanya tshirt berwarna hitam gambar helang besar ini ajer. Sudahlah sama pulak dengan Angah dan abah Cuma warna sahaja yang lain. Apa budak Suraya ini, mahu abah dan abang-abangnya buat trio masuk pertandingan boria anak beranak kea pa.

Suraya mencebik. “Dah orang nak bagi tu pun kira okeylah tu. Cakaplah terima kasih. Ini banyak bunyi pulak. Nak komplen-komplen. Angah dengan abah tarak hal pun.” Suraya menjuih bibir. Matanya melirik pada Alongnya. Angah yang duduk sambil menonton televisyen tidak cakap apa. Bukan malas mahu masuk campur, tapi sebab timing tak kena. Maklumlah siaran televisyen favarote dia tengah main kat tv. Bukan Suraya tak tahu. Angah paling minat gila pada pelakon Hollywood, Kakak Jessica Alba tu. Ini sudah kali ker berapa HBO buat siaran ulangan Fantastic Four pun dia main layan tak bedip mata pun tengok kakak yang seorang itu berlakon. Abah pula buat tidak tahu. Abah memang Suraya dah faham sangat. Memang tak akan ambil port kalau anak-anak dia buat hal, bikin kecoh satu rumah mulut pot-pet-pot-pet macam ni.

“Along nak perfume ni.” Pantas tangan Along Sham mencapai kotak Issey Miyaki berwarna putih itu. Rakus tangannya membuka kotak minyak wangi tersebut.
Macam terkena tindakan reflex Suraya merampas botok minyak wangi di tangan Along Sham sebelum sempat Along Sham menyembur pada pergelangan tangannya.
“Ni bukan Along punya.” Marah Sue. Kotak minyak wangi yang sudah sedikit terkoyak itu di ambil semula. Botok minyak wangi itu dimasukkan semula ke dalam kotaknya.
“Ini bukan lelaki punya ker?” Along Sham buat-buat tanya. Dia bukan tak tau. Itu mesti untuk Azim. Amboi special sungguh buah tangan untuk Azim. Ini buat dia jadi jealous. Azim dibelinya minyak wangi Issey Miyaki. Dia yang tukang keluar satu riban Ringgit Malaysia ini hanya dapat sehelai tshirt ajer. Tak aci.

“Untuk Azim tunangku yang tercintalah.” Suraya tersengih.

Dia sekarang memang direct ajer nak bercakap apa mengenai orang yang dia sayang. Langsung tak rasa malu nak bercakap pasal Azim dengan Along, dengan Angah ataupun abah. Siapa kata adik beradik lelaki tak boleh berkongsi perasaan dengan adik perempuan sebab ada yang kata lelaki lebih senang bercakap dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. Bahasa senang kalau dah sama jenis mudah nak faham apa yang dirasa. Tu teori yang tak boleh pakai. Sebab pada Suraya, Along dengan Angah adalah insan yang paling faham apa yang dia rasa. Perasaan dia. Mungkin kerana itu yang membuatkan kami bertiga rapat. Dan dia pun rasa sangat-sangat bahagia bila ada dua orang hulubalang yang menjaga keselamatannya. Yang sama-sama ambil berat kalau ada masalah. Dan yang sama-sama atur plan macam mana nak pujuk Azim kalau tiba tang mamat tu merajuk manja dengan dia.

Along Sham mencebek. Suraya masih tersengih. Nampaknya Along Sham memang tak puas hati.

“Abah tengok budak kecik ni. Untuk Azim bukan main lagi. Minyak wangi, minyak gamat, semua benda dia belikan. Kita ni abah dapat tshirt printed satu patern lain color ajer.” Along Sham buat-buat merajuk. Dia berdrama dengan memek muka yang memang tak tahan innocent. Dengan tune bunyi sadis sangat. Samarinda. Samarinda.

Suraya memandang Along Sham. Kekanda aku ni dah mula dah. Nak buat sinetron malam-malam buta macam ni ingat ada orang boleh layan ker. Suraya menjeling dengan ekor mata apabila Along Sham mula meminta simpati abah dan Angah. Nak buat pakatanlah konon. Dan nampaknya memang tak ada orang nak layan Along Sham malam ni sebab abah dengan Angah sibuk melayan Kakak Jessica Alba kat televisyen.

“Lan, kau tengok budak kecik ni bagi kita apa Lan.” Along Sham menyua tshirt berwarna biru itu kepada Azlan.

Suraya menarik senyum mengejek apabila Along Sham tengah berusaha sedaya upaya mendapatkan perhatian Angah Lan yang ternyata sikit pun tidak mudah terpedaya dengan kata-kata Along Sham itu. Ya. Nampaknya memang Angah Sham sedang kemarukkan Kakak Jessica Alba di depan mata. Tengok ajer gayanya. Langsung tak berganjak dari tadi. Pegun. Batu. Terarah pada satu hala matanya memandang Jessica Alba di kaca televisyen. Gila punya minat.

“Lan, kau tengoklah ni…” Along Sham berkata lagi. Masih lagi berusaha. Lengan Azlan ditarik.
“Apa ni Long. Kacau ar. Orang tengah layan cerita ni.” Marah Azlan. Nak kena ni. Adakah patut diganggu orang yang tengah layan feeling tengok pujaan hatiku dekat tv, Along Sham sibuk pulak nak suruh tengok tshirt yang Suraya belikan.

Meletus ketawa Suraya tanpa dapat ditahan-tahan. Padan muka. Kena sebijik. Tu la yang pergi kacau orang tengah tengok tv tu saper suruh. Kan tak pasal-pasal adik sendiri melangkah daulat pergi marah abang kandung dia sendiri. Suraya menjelirkan lidah. Hadiah untuk orang yang baru kena marah dengan Angah Lan tadi. “Buekk…”

Tangan Along Sham pantas mencapai kusyen kecil di atas sofa. Laju sahaja dia membaling ke arah Suraya. Dan memang pun balingannya tepat terkena pada kepala berjambul adik bongsunya. Suraya yang tersentak dengan tindakan Along Sham tadi segera memberi serangan balas. Dia tidak hebat dalam acara baling membaling ni. Tapi, sebabkan Along Sham yang mula dulu, dia mesti berusaha kuat supaya balingannya terkena tepat pada sasaran.

“Ass…” Mati salam yang diberikan secara tiba-tiba.

Gedebuk. Kusyen kecil tadi melayang tepat terkena pada tetamu yang tiba-tiba muncul di pintu rumah. Suraya menepuk dahi. Alamak!!... Bakal abang ipar kena baling dengan kusyen ar. Suraya sekadar tersengih memandang Abang Norman yang sudah masuk ke dalam rumah dengan kusyen terbang yang terhinggap ke kepalanya tadi. Abang Norman terlebih dahulu memberi kusyen tadi kepada Suraya sebelum dia bersalaman dengan abah, Along dan Angah.

“Sorry Abang Man. Sue tak sengaja.” Suraya masih tersengih. Abah menggeleng kepala. Along dan Angah sama-sama ketawa.
“Its okey. Macam mana holiday. Best ker?” Abang Norman bertanya ramah.
Suraya mengangguk perlahan. “Ooo…Ooo..Okey, Abang Man.” Suraya menjawab gagap.
“Sejak bila Sue jadi gagap ni.” Sengaja Along Sham cari sebab nak mengacau Suraya. “Takkan dengan bakal abang ipar pun dah cuak. Bukan depan bakal mak mertua.” Sambung Along Sham lagi.

Suraya mencebik geram. Dilihat Along Sham, Angah dengan Abang Norman sama-sama ketawa. Diorang dah jumpa kroni satu kepala. Habislah dia. Memang bungkus ar kalau dah tiga-tiga ekor ni boleh ketawa bersama-sama sambil tepuk-tepuk bahu ketawakan dirinya. Along ni memang nak kena. Tak agak-agak betul buat kelakar maut macam tu depan Abang Norman. Bukan malu. Tapi kurang selesa. Suraya melangkah kaki ke dapur. Terlupa yang tetamu tak diundang itu sudah hampir sepuluh minit tiba tapi secawan air pun tak dijamu lagi.

Norman yang masih bersisa tawanya menghantar Suraya ke dapur dengan pandangan mata. Dia pasti, Suraya mesti perasan dengan tindak tanduknya selama ini. Mana mungkin orang yang ada mata, tak perasan perubahan sikapnya. Dia bukan sengaja nak buat Suraya jadi tak selesa. Dia bukan tak tau yang Suraya itu bakal adik iparnya. Tapi entah tak tau apa jadi pada hati, pertama kali Azim memperkenalkan Suraya pada seluruh ahli keluarga membuatkan dia jadi tidak keruan. Tidak tau apa istimewanya Suraya. Tapi kenyataan yang susah untuk diterima adalah dia juga berperasaan pada gadis yang bakal dinikahi adiknya sendiri. Dan kehadirannya acap kali ke rumah di tanah lot Chempaka Sari ini, bukan sekadar nak tolong tengok-tengokkan Suraya seperti yang dipesan adiknya, tapi lebih untuk melepaskan rindu di hati sendiri.

Sementara menunggu air yang dijerang di atas dapur masak, Suraya memanjangkan leher menjenguk ke ruang tamu rumah. Dilihat Along, Angah, abah dan Abang Norman sedang bersembang. Entah apa butir bicara mereka berempat Suraya tidak ambil tahu. Apa yang pasti. Kehadiran Abang Norman ke sini benar-benar buat dia rasa serabut dan pening kepala. Tak tau nak halau macam mana dekat tetamu yang tak diundang ni. Tak tau nak cakap macam mana supaya Abang Norman tidak lagi datang ke sini. Kalau Abang Norman bukan abang Azim, dah lama mamat ni kena baling dengan selipar Jepun bila mana dia nak melangkah masuk ke dalam rumah.

Suraya melabuhkan punggung pada kaunter hidangan di cabinet dapur. Dia melepaskan keluhan lemah. Dia memang kurang selesa dengan pandangan mata abang Azim ini. bukan nak perasan. Tapi memang cara Abang Norman memandang dia sejak kali pertama diperkenalkan oleh Azim dahulu membuatkan dirinya rasa lain macam. Terasa lemas. Lagi tak tahan. Semenjak dia tamat belajar dan tinggal bersama abah di Ipoh ni, lagi kerap Abang Norman datang melawat di rumah. Pernah juga disuarakan rasa tak sedap hati ini pada Azim dulu akibat selalu sangat Abang Norman melawatnya di rumah, tetapi Azim hanya berkata itu hanyalah lawatan untuk beramah mesra. Azim menyuruh dia menganggap kehadiran Abang Norman ke rumah, sebagai merapatkan tali persaudaraan yang bakal terjalin tidak lama lagi. Azim menyuruh dia menganggap Abang Norman sama seperti Along dan Angah. Eh.. Hellooo… Along dan Angah abang kandung seabah seibu. Dan kalau nak ikutkan hukum agama pun memang mahram dia sendiri. Yang bersentuhan kulit pun tak akan batal air sembahyang. Yang Abang Norman ni pulak hanya bakal-abang-ipar.

Macam tak masuk akal ajer bila bakal abang ipar datang melawat dengan bawak bunga ros merah. Apa rasionalnya bunga ros merah tu. Kalau bagi Ferrari color merah tu sedap ar jugak. Abah pun memandang lain macam ajer. Dan tak pasal-pasal dia terpaksa merangka cerita bohong mengatakan bunga ros itu pemberian dari Azim yang mewakili abangnya sendiri untuk jadi tukang hantar. Dan tak pasal-pasal jugak dia mendapat dosa kering. Memang serabut dalam kepala otak ni, bila duk memikirkan buat apa Tuan Timbalan Pendakwa Raya ni selalu sangat datang ke rumah. Apa dah tak ada kerja nak kena buat ker kat Mahkamah Sesyen Ipoh tu. Dah tak ada fail yang nak kena baca ker. Dah tak ada kes yang nak kena settle ker.

Bunyi cerek air panas yang sudah masak mengejutkan Suraya yang dari tadi duduk termenung. Segera teko kaca dikeluarkan dari cabinet atas. Tangan mencapai botol kopi Che Nah dan gula pasir. Disudu kopi Che Nah dan gula mengikut sukatan yang betul dan dimasukkan ke dalam teko. Air panas dari dalam cerek dituang dengan berhati-hati. Kemudian tangannya mengacau perlahan bancuhan kopi di dalam teko. Siap. Suraya mengeluarkan pula empat biji cawan dan piring lalu di susun di atas dulang. Kopi yang siap dibancuh dituang ke dalam cawan yang sudah tersusun. Biskut empat segi Hup Seng dikeluarkan dari dalam tin dan diletakkan di atas piring. Piring biskut diletakkan di atas dulang bersama-sama dengan cawan yang sudah berisi air kopi panas. Perlahan-lahan dia mengatur langkah membawa dulang tadi ke ruang tamu rumah. Di ruang tamu, Suraya menyusun cawan kopi dan piring biskut di atas meja kopi. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Angah.

“Sue, hulurkanlah cawan kopi tu pada bakal abang ipar.” Along Sham bersuara apabila Suraya sudah pun duduk disebelah Angah.

Sekali lagi Suraya membuntangkan mata. Along ni memang saja nak kena tau. Dia sekarang pun dalam dilema sama ada patut bangun atau tak semata-mata nak hulurkan secawan kopi Che Nah ni pada Abang Norman. Akhirnya, Suraya akur juga. Dia bangun. Cawan kopi dihulurkan pada Abang Norman. Tiba-tiba…
“Ouchh!!!”

Habis tumpah air kopi di atas tshirt yang Abang Norman. Angah cepat-cepat menghulurkan kotak tisu pada Suraya. Suraya yang sedikit kalut segera mengambil kotak tisu tersebut dan mengeluarkan dua tiga helai lalu tangannya pantas mengelap air kopi yang terkena pada tshirt Abang Norman. Apa sudah jadi Sue. Macam mana boleh secuai ini.

“Sorry Abang Man. Sue memang tak sengaja.” Suraya berkata sambil tangannya masih lagi mengelap baju Abang Norman. Selesai mengelap baju Abang Norman, Suraya bergegas ke dapur untuk mengambil kain lap pula. Karpet di ruang tamu sudah habis kotor kena air kopi yang tertumpah tadi.



“Kalau iyer pun bengang dengan Norman janganlah sampai lecurkan dia dengan kopi panas.” Azlan menegur dari belakang. Memang dia nampak apa yang dah terjadi tadi. Memanglah patut Suraya tersentak campur terkejut bila tiba-tiba jari jemari Norman dengan sengaja menyentuh jari-jari runcingnya. Tapi tak sangka pulak kopi hitam likat itu boleh terlepas dari tangan Suraya dengan tindakan Norman tadi.
Suraya berpaling lipat maut. Memandang Angahnya yang duduk bersandar di cabinet dapur. Tuala Good Morning putih dikeluarkan dari laci. Kemudian dia mengisyaratkan dengan tangan agar Angah datang sedikit dekat dengannya. Di balik dinding dapur. Azlan yang faham isyarat yang diberikan segera menghampiri adiknya.

Suraya memandang kiri kanan. Line clear. “Angah nampak ker apa Abang Man buat tadi?” Suraya berbisik ke telinga Azlan.
“Nampak.”
“Nampak??” Suara Suraya sedikit kuat. Tapi masih lagi terkawal.
“Sue tak sukalah dia tu. Bengang betul. Ambil kesempatan tak kena tempat.” Suraya merungut-rungut mengutuk Norman di hadapan Azlan.
“Dia syok dengan Sue kut?” Azlan cuba menduga.

“Eeee… Please ar.. Mintak simpang. Sue dah ada Azim.” Suraya buat muka. Memang dia tengah geram. Apakehalnya jari-jari Abang Norman merayap sampai terkena jari-jarinya. Padan muka kena mandi dengan kopi. Sepatutnya Abang Norman itu dimandi dengan kopi yang betul-betul panas, bukan suam-suam kuku macam tadi. Menyesal pulak pergi tuangkan kopi ke dalam cawan awal-awal.

Azlan hanya ketawa melihat Suraya buat muka. Nak kata apa yang Suraya buat tadi salah, tak juga. Memang patut juga Norman disiram dengan air kopi. Yang nak miang sangat dengan tunang adik sendiri siapa suruh.

“Dahlah tu. Pergi lap kopi yang tumpah kat atas karpet tu.” Ujar Azlan perlahan.
“Angahlah pergi lap.”
“Apa pulak Angah. Sue yang tumpahkan tadi.”
“Sue tak bolehlah nak mengadap muka mamat tu. Rasa macam nak cungkil-cungkil ajer biji mata dia dengan scoop ais krim tau.”
“Buat-buat tak tau sudah.”

Suraya mendengus perlahan. Nak tak nak memang dia jugak yang kena ke depan dan mengelap kopi yang tumpah tadi. Harap hanya Angah ajer yang perasan. Dan hari ini dia memang sedang bengang sangat dengan Along. Kalau tak sebab Along yang suruh berikan cawan kopi kat Abang Norman tadi, mesti semua ni tak jadi.

Tuesday, April 21, 2009

Iman Suraya Bab 5

BAB 5
Suraya sudah siap berkemas. Lima hari empat malam sudah pun berlalu. Hari ini dah boleh balik. Semalam dia dan Iman jenuh pusing satu pekan Kuah. Macam-macam yang dia shopping. Untuk abah. Untuk Along. Untuk Angah. Untuk Mak Yang. Dan sudah tentu untuk yang tersayang Cik Abang Azim. Mana boleh lupa. Sumber inspirasi. Sampul surat bersaiz A4 di atas katil di ambil. Isi dalam dikeluarkan. Matanya melihat satu persatu gambar yang sudah siap dicuci. Kemudian dia tersenyum sendiri. Siap semua Suraya keluar dari bilik chalet. Iman sudah pun menunggu di luar. Iman membantu Suraya membawa beg troli miliknya. Amboi. Baik pulak mamat ni. Macam gaya budak AF kena tendang dari akademi ajer sebab tak dapat undian banyak.

“Tak ada yang tertinggal ker?” Iman bertanya apabila Suraya sudah selesai urusan di kaunter.
Suraya menggeleng perlahan.
“Dah cek betul-betul?” Iman bertanya lagi. Inginkan kepastian. Buatnya ada benda yang Suraya tertinggal nanti tidakkah jenuh mahu patah balik ke chalet.
Suraya sekadar mengukir senyuman segaris. Bukan main pulak mamat ni bersoal siasat. Pantas Suraya menganggukkan kepala. “Dah.” Jawabnya sepatah.
“Awak nak saya hantar sampai ke jeti ker?”
Suraya menggeleng. Ya Allah dia ni. Dah macam life guard pulak. Tak pun pak guard. Nak kasi up sikit macam body guard la pulak. Encik Iman, saya ini orang dah besar. Tak payahlah nak bersusah payah tak tentu hala. “Tak apa. saya boleh pergi sendiri.” Jawab Suraya. Kemudian tangannya menghulurkan sampul surat bersaiz A4 tadi kepada Iman.

Iman menyambut. Sampul surat A4 tadi sudah pun bertukar tangan. Dengan perlahan Iman mengeluarkan isi dalam sampul surat tersebut. Bulat matanya memandang gambar-gambar ditangannya. Dilihat satu persatu. Kemudian dia menghalakan pandang pada Suraya yang cuba sedaya upaya menahan tawanya.

“Untuk awak.” Kata Suraya. Masih ketawa.

Iman mengerut dahi. Kalaulah tidak mengenangkan yang tengah syok ketawa kat depan ni anak orang dan bukannya anak beruang, dah lama Suraya disekeh-sekeh. Slumber betul tunang orang yang sorang ni mengenakan aku. Muka tak bersalah ajer pergi gelakkan aku berbakul-bakul macam tu.

“Supaya bila awak tengok balik gambar tu, awak akan sedar yang awak tak handsome bila tengah marah. Tengah serabut.” Suraya mengangkat kening. Senyuman ditarik dipinggir bibir. Masih tidak lekang dari tadi.
“Dan gambar yang last sekali tu, pada saya paling cantik. Gambar seorang lelaki di dalam pencarian. Mungkin jugak sedang mencari cinta sejati.” Sambung Suraya lagi.

Sekeping gambar Iman yang di ambil dari jarak jauh ketika pemuda itu sedang menanti dia yang sedang pergi ke tandas. Gambar Iman di bawah helang gergasi. Masa itu, angin sedap menghembus perlahan. Iman yang duduk di atas dataran sambil memandang ke laut dengan seribu kekusutan bersarang di dalam kepala. Suraya tidak berminat mahu bertanyakan lebih lanjut apa lagi yang telah berlaku. Dia memang tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain. Kalau Iman ingin bercerita, dia boleh mendengar. Jika tidak, dia tidak memaksa. Tawaran untuk menjadi pendengar setia hanya di sini sahaja. Tidak selepas ini. Kerana itu Suraya tidak berhajat untuk memberi nombor telefonnya kepada Iman. Biar setakat di sini. Jika dipanjang-panjang sampai pulang ke rumah nanti, apa kata abah. Azim pasti mengamuk sakan jika nombor telefonnya diberikan kepada lelaki lain. Azim itu cemburu orangnya. Tak pasal-pasal dituduh main belakang pulak nanti. Tak sanggup. Biasanya orang darah manis memang macam-macam dugaan. Ini salah satu cara nak elak dugaanlah ni. Walaupun dalam hati memang dah tahu, dia dengan Iman tak ada apa-apa sebab dalam hati hanya Azim yang bertahta. Selama-lamanya. Forever and ever. Cehwah… Sue.. Sue. Sudah masuk mood jiwang karat.

Iman yang melihat gambar yang dimaksudkan oleh Suraya itu terus tersenyum. Pandai Suraya. Pandai dia menilik setiap gambar yang di ambil mengikut pada perspektif dia sendiri. Dan memang Sue ini memandai-mandai ajer mengemukakan pandangannya tadi. Yoyooooii ajer makcik ni bercakap. Padahal masa menunggu Suraya di Dataran Helang kelmarin bukan sebab dia tengah kusut sebab kes Amelia kahwin dengan Abang Adam. Dia tengah kusut sebab terpaksa menahan hajat akibat menunggu Suraya yang macam berak batu ajer kat dalam toilet tu. Dia pun tengah sakit perut jugak masa tu. Bukan tak nak masuk tandas. Tapi Suraya pandai-pandai ajer menyuruh dia menjaga tote bag penuh muka Sponge Bob dengan Patrick miliknya sementara dia memerut kat dalam tandas. Malu punya hal untuk mengangkut Patrick dengan Sponge Bob tadi masuk toilet lelaki terpaksa hajat yang nak-tak-nak keluar itu ditahan. Boleh tahan azab jugaklah. Sebab tu dahi berkerut-kerut. Itu sebab sebenar. Memang simpang sangat dengan apa yang Suraya gambarkan tadi. Memanglah Suraya sepatutnya menjadi orang seni. Kalau tak sebab yang kena nilai tu diri sendiri, memang bajet-bajet percaya ajer apa yang Cik Tukang Tangkap Gambar ni cakap tadi.
“Awak dah delete ker semuanya dalam kamera awak.” Iman bertanya.

Suraya mengangguk sambil tersenyum. “Sudah. Cuma yang sekeping itu sahaja yang saya tinggalkan. Sebab….”

“Sebab lelaki dalam gambar ni kecik ajer kan. Helang ni lagi besar kan. Sebab tu awak berani simpan.” Iman pantas memotong.
Pasti Suraya mahu berhati-hati. Apa kes dalam kamera sendiri penuh gambar lelaki lain. Mahu mengamuk tunangnya itu. Dalam hati Iman tersenyum sendiri, mengenangkan dirinya yang sebenar. Suraya macam pakai balik trick yang dia pernah guna dulu ajer. Memang dia kategori abang-penggoda-berbisa. Sebab tu Amelia tidak tahan. Sebab tu Amelia mintak putus. Sebab tu Amelia mengubah kasih beralih pada Abang Adam. Dan bila rasa diri tu terlepas sesuatu yang berharga sebab perangai mata keranjang sendirilah yang buat Iman betul-betul rasa kehilangan. Memang pun dia terasa sangat bila Amelia nak kahwin dengan Abang Adam. Macam tak ada lelaki lain. Tapi bagus jugak. Sekurang-kurangnya dia sendiri sudah terasa insaf sikit. Buat diri berubah. Sudah taubat dari pegang gelaran lelaki buaya darat. Nasib hakikat sebenar tidak dicerita pada ibu. Kalau tak. Jenuh kena brainwash.

“Tau tak pa. lagipun serius, gambar tu cantik. Sayang saya nak buang. Balik nanti saya kasi edit sikit, sure lagi lawa.” Ujar Suraya. Dia masih lagi berpegang pada teorinya yang tadi. Tidak berubah pandangannya mengenai gambar Iman yang satu itu.
“Baguslah macam tu. Saya taknaklah nanti tunang awak fikirkan yang bukan-bukan.” Iman menterbalikkan gambar tadi ke belakang. Tertulis sesuatu di setiap belakang gambar-gambar di tangannya.

Keep In Touch. ~Sue_Nia~

“Sue_Nia?” Iman bertanya. Keningnya terangkat sedikit. Siapa ini Sue_Nia? Lawyer. Majestric. Ahli muzik.
“Suraya Dania.” Beritahu Suraya.
Iman hanya mampu menarik senyum segaris. “Iman Radiff.”

Pecah ketawa mereka berdua. Hari terakhir baru mereka berdua tahu nama penuh masing-masing. Teksi sudah sampai. Suraya menarik beg trolinya perlahan menuju ke teksi yang sudah menunggu. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam perut teksi. Ketika pintu teksi ingin ditutup, Iman berlari sambil membawa sekeping kertas. Suraya mengangkat kening.

“Alamat, nombor telefon saya.” Beritahu Iman. Cebisan kertas kecil yang dikoyak dari sampul surat tadi diberikan kepada Suraya.
“Tak mintak pun.” Suraya berkata selamba.

Iman menjulingkan mata ke atas. Ni satu sebab kenapa sejak lima hari yang lalu mengenali bakal cikgu yang sorang ni membuatkan dirinya rasa senang. Ini kerana bakal cikgu yang sorang ni memang selamba. Tak pernah pun makcik ni tahu nak pakai filter bila dia bercakap. Relevankah makcik ni buat ayat penyata macam tu. Orang dah bagi tu. Ambil ajerlah.
“Saya tahu. Awak tak akan bagi alamat awak. Sekurang-kurangnya kalau nak kahwin nanti, jangan lupa kirim kad.” Iman menjelaskan keadaan. Ini mesti kes Suraya ditimpa perasan lagi. Konon-konon aku nak mengorat dia. Cehh…

Suraya tersenyum. Kemudian dia mengangguk perlahan. “Sorrylah Iman. Nombor telefon aku itu biarlah rahsia.” Bisik hati Suraya.

“Sue, kita kawan sampai mati kan?” Iman bertanya lagi. Bukan apa, pada Iman, Suraya itu teman yang baik. Sue gila-gila. Tapi Sue penuh dengan nasihat berguna. Sue itu kadang-kadang senget juga. Tapi Sue pandai menghidupkan suasana. Sue itu….. ermm… Sue itu lawa jugak. Tapi sayang dah ada orang punyalah pulak.

Suraya mengangguk. Senyuman manis terukir dipinggir bibir. “Ingat. Jangan kerana perempuan awak adik beradik berantakan. Apa-apa pun benda dah jadi. Awak kena terima. Mungkin jodoh awak dengan orang lain.” Sempat Suraya berpesan. “Jangan berdendam dengan darah daging sendiri.” Sambung Suraya lagi.

Iman sekadar tersenyum. Sebijak-bijak Suraya bercakap ada jugak ngok-ngeknya. Tak tau cerita sebenar Suraya boleh bagi nasihat macam tu. Tapi ikutkan ajer. Nasihat yang diberi tu pun berguna jugak. Tambah-tambah dah dekat sebulan lebih dia tidak bercakap denganAbang Adam. Agak-agak mesti Suraya mengamuk sakan kalau tau dia ni dulu orang gatal yang kerjanya duk kejar perempuan ajer.

Iman tak tau nak cakap apa dah. Kemudian dia mengangguk perlahan. Pintu teksi ditutup. Iman mengenggam tangan kanannya dan di bawa ke dada. Memberi isyarat kepada Suraya yang gadis itu akan sentiasa di ingati sebagai seorang sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya agar menjaga perhubungan dia adik beradik. Dilihat Suraya hanya tersenyum memandang apabila teksi yang membawa gadis itu sudah mula bergerak. Tangan dilambaikan. Sebaik sahaja teksi yang membawa gadis itu hilang dari pandangan mata. Iman segera melangkah menuju ke chalet untuk berkemas apa yang patut kerana penerbangannya akan berlepas ke KLIA pukul lima petang karang.

Monday, April 6, 2009

F1 Sepang 5 April 2009

Just nak kongsi pengalaman pertama pergi tengok F1. Excited? Opkos ar.. Dapat tiket rege RM800 free yg duduk kat grand stand dpn2 dgn crew Ferrari, Renault, Sauber,BMW bagai..mmg enjoy abis. keliling sumer mat salleh.. tak bajet pun leh dapat tempat cun sangat macam ni. ingat duduk atas rumput. ni nak kasi sikit ar nasihat pada org2 yg nak tgk F1, tak kira ar kat litar mana pun, make sure korang standby mende-mende kat bawah ni.
1. payung(tak kira korang akan duduk kat grand stand sekalipun, make sure standby payung awal2. sebarang kemungkinan mungkin berlaku. cam aku semalam, tgk F1 dalam keadaan basah lencun sebab hujan lebat sebab berlagak sangat dengan konfiden diri berkata cuaca ok. last2 sebelum masuk dah basah teruk kene timpa hujan)
2. penyumbat telinga (benda ni paling penting even tak ada dalam sejarah yg aku penah dgr org jadi pekak lepas tgk F1, tapi kalau korang rasa nak bergegar gegendang telinga sebab bunyi enjin kereta lumba ni boleh torai ar tak protect korang punyer telinga tu dengan apa2. aku semalam jenuh pekup dengan tangan. last2 sekali, sorang apek dari singapore bagi penyumbat telinga kat aku dgn mira coz sian kut kita orang duduk sambil tutup telinga dengan muka yang tatau expression cam ner dah)
3. air mineral dan segala benda makanan yang boleh dimakan (kat sini paham2 ajerlah. semua mahal2 giler. baik standby awal2 beli kat mini market dekat dgn rumah korang.)
4. sun glasses (keadaan dalam litar mmg panas terik. tu semua sedia maklum rasanya)
5. kipas cina (kalau panas leh kipas badan sendiri)
6. digital camera (abadikan kenangan. benda yang jarang kita pergi musti kena ambil gambar kan dan manalah tau kan kalau terjumpa saper2 yg kita kenal boleh ambik gambar sekali. cam semalam boleh pulak jumpe akim, aril, yazid af.)
7. jangan lupa pakai baju lengan panjang. kalau taknak tangan berbelang.
Rasanyer tu ajer kut. apaper mekacih banyak2 kat member yg kasi tiket free ni. kalau tak, takde maknenyer nak pergi tengok menda2 ni semua.

Baju merah yg konon2 penyokong Ferrari..ececehhh..


Kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 4-5 April 2009 Episod 2

Alhamdulillah...tamat jugak pertandingan ni...walaupun kita orang, kalah untuk tiga perlawanan, tapi tetap best sebab kita orang adalah team yg paling happening sekali...lalalal...abis satu game..kejernyer makan...habis satu game..pastu makan lagi...lalalala...anyway member2 satu team mmg enjoy giler...lawyer2 yang sporting ni pun best ajer...
apaper, rasanyer ini last MAKSWIP ar aku join...hatoii..nak pencen ar tahun depan...dah tak boleh main dah...semput...(kalau ada pertandingan main set-set-tom-tom tu boleh join...wakakkaka..)

azalila..lalalala..


our team

Friday, April 3, 2009

Kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 4-5 April 2009

Salam alaiki/alaika..
Ni kira nak bagi iklan ar sementara nak tunggu en3 masuk...lalalalala..nak bukak cerita sikit pasal game netball esok ni.. venue kat tasik titiwangsa. outdoor bukan indoor (walawei..boleh jelaga muka kalau main kat bawah panas matahari).. 2 minggu ni memang concentrated pada menda ni ajer... abis office hour terus pergi taman pancarona..training kat situ. training dalam setengah jam, pastu buat frenly macth dengan mane2 jabatan yang training sekali. stakat ni penah frenly macth dgn JPA, Wisma Putra, MOSTI, Veterina dan LLM.
Nak dijadikan cerita, yang buat diri tak konfiden nak main esok ni, alamak..kaki sakit sangat...bukan setakat kaki..tapi satu badan rasa macam sakit yg amat-amat sangat. dah lamer tak main, tiba2 disuruh main, mana badan tak rasa nak kondem. memang teruk tapi buat-buat tabah ar sebab kalo buat lembik sangat nanti, malu ar pulak dengan budak2 satu team. rasa-rasanya esok kalau request main GK ada orang layan tak...lalalala...macam tak sanggup nak jadi WD ni. GK just tolong defend dalam D ajer...tak penat...tak yah berlari...lalalala...tulunnnnnnn....
Tu satu hal. Esok ni, kita orang bakal berdepan dengan FELDA dan DBKL..Dah duduk dalam satu kumpulan..Kumpulan ABC, tak penah amik tau pun....lalalala...kalau nak tau, ni kira pasukan-pasukan yg terror ar jugak. last year punya makswip, penah lawan FELDA dan kita orang kalah. kalah berapa tu tak ingat ar pulak. bangga tau tengok pasukan FELDA ni. semua ahli dia kategori makcik2 belaka. tapi stamina, mak oiii...kalah kita orang yang muda ni. DBKL tak payah cakap ar.. memang terserlah kejuaraannya. sebab diaorang ni, kalau tak silap naib johan tahun lepas. dapat naib johan pun lepas kalah dengan budak2 MSN. no wonder la kalau budak2 MSN menang. dah name pun MSN kan...
Apaper...wish my team ada luck ar esok ni...apapa pun..kita orang main untuk merapatkan silaturrahim...kalau menang tu bonus la...(macam mimpi kalau esok boleh menang...hahahaha...nothing imposible)

Wednesday, April 1, 2009

Princess Wan-na-Be

“Woit.” Nana menyergah Ain dari belakang.
“Opocot!! Mak engkau!!.” Berterabur mulut aku melatah bahana dikejutkan oleh kroni sehati sejiwa teman dikala susah-susah senang bergumbira. Hampagas tak ada gas punya Cik Nana. Kejutkan aku macam tu.
Pecah ketawa Nana melihat telatah Nurul Ain yang melatah macam makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap itu. Apa punya princess wan-na-be entah. Mana ada tuan puteri melatah berterabur macam Cik Nurul Ain.
Muka aku dah naik merah macam duit tembaga satu sen. Geramnyer… Boleh pulak Nana gelakkan aku macam ni. Belasah karang baru tau. “Pesal lambat.” Ringkas aku bertanya.
“Jammed.” Jawapan yang keluar jugak ringkas sepertimana soalan yang diutarakan tadi.
Aku naik kening. Nak ketuk aku la tu. Apa dia ingat aku budak tadika, kanak-kanak Ribena apa yang senang-senang boleh kena ketuk tok-tok-tok macam tu. “Eh..helloo… Ini Ipoh meh.. Bukan KL. Jammed amendenyer.”
Nana mengukir senyum segaris. Dia tersengih macam kerang busuk. Betul lah Ain jenis yang kalis kelengtong. Tak lut kalau nak kelengtong dia ni. “Aku keluar dengan Shah tadi. Tu yang terlambat. Itupun dia yang hantar aku datang sini. Karang balik aku tumpang kau balik ek.” Sengih Nana makin panjang.
“Pesal dia tak join sekali. Ni apa kes aku pulak kena jadi Driver Miss Nana The Poyo-Poyo Main Yo-Yo ni.” Aku bertanya bersahaja.
Cess!!!.. Suka-suka hati tak gosok gigi punya Ain mengata aku Miss Nana The Poyo-Poyo Main Yo-Yo. Sungguh tidak berinsurans mulut dia ni. “Alah kau ni Ain. Dengan aku pun nak berkira ker. Rumah kau dengan aku satu jalan ajer la. Shah ada kerja. Lagipun kalau dia join kita sekali teruk dia kena hentam dengan kau.” Nana mencebik. Mulutnya merungut-rungut sebab tak puas hati dengan Ain. Buat-buat merajuk sikit. Biar Ain gelabah. Main cakap ikut sedap mulut dia ajer.
“Eleleehh.. Merajuk la pulak member aku yang sorang ni. Yer la. Yer la. Tapi kalau dengan aku, ko kena naik scooter la. Tak boleh la jadi ma’am besar naik kereta. Dengan Shah boleh la kau bergaya sakan naik kereta. Dengan aku layan scooter ajer lah yer makcik Nana.” Aku buat-buat pujuk Nana. Bukan tak tau. Tapi dah sedia maklum dengan perangai teman baik aku itu yang suka buat-buat merajuk kalau kena sound macam tu.
Nana tersenyum. Muka masam mencuka tadi dah bertukar ke muka manis gula pasir. “Tak ada hal la wei. Aku belasah ajer kalau dah time darurat.”
“Apaper ajerlah. Cepatlah order. Kau nak makan apa. Aku belanja hari ni.” Aku mempelawa. Memang niat di hati ingin belanja Nana makan. Dah lama mereka berdua tidak keluar bersama. Kalau dulu-dulu, time pakai baju sekolah aku, Nana, Julia dan Abab akan keluar lepak makan sama-sama dekat Restoran KFC Pasir Puteh ini. Kira KFC Pasir Puteh ni port baik punyalah untuk kita orang melepak. Dekat dengan sekolah. Tap sekarang, tinggal aku dengan Nana ajer lah yang boleh buat gaya-gaya budak sekolah melepak kat sini. Julia dengan Abab dah tak boleh join. Maklumlah dah jadi isteri orang. Mana boleh suka-suki duduk melepak macam aku dengan Nana. Nak keluar dengan Nana sekarang pun macam terbatas jugak. Nana dah jadi tunangan orang. Sibuk dengan tunang terchenta. Menyiapkan persiapan majlis bahagia mereka berdua. Aku jugaklah masih lagi pegang titile Miss Single And Available dekat daerah ni. Daerah??.. Macam melampau sangat pulak bunyinya tu.
“Wah. Ada orang nak belanjalah. Amin.. Murah rezeki kau Ain. Ni yang buat I LAP U FOREVER ni.” Mengekek Nana ketawa mendengar perkhabaran gembira masuk dalam telinga bila Cik Ain nak belanja makan KFC hari ini. Rezeki datang bergolek namanya ni.
“Yer la tu. Ni kes nak kipas aku pakai kipas angin jenama Panasonic la ni. Puji melambung-lambung yo yo oii ajer.” Aku tersenyum melihat aksi gedik manja Nana itu. Ngee.. Geli geleman aku dengan Nana ni. Tak pernah berubah manja-manja dia tu. Dari sekolah bawak ker besar. Tak ingat ker kes gaduh dekat kantin dengan Akma sebab mulut longkang minah senget tu mengata aku dengan Nana pasangan lesbi yang paling ideal dekat sekolah. Panas hati aku sampai air bandung pink colour aku simbah dekat uniform minah senget tu. Geram pun ada. Tuduhan tak berasas.
“Wei. Tak main la kipas pakai kipas angin jenama Panasonic. Aku kasi kau angin sejuk macam kat London guna aircond LG Art Cool Series tau.”
“Banyak lah kau punya LG Art Cool Series.”
Pecah ketawa kami berdua. Memanglah kalau dah berdua macam tak sedar diri. Ketawa happy-happy go lucky macam dunia kita orang yang punya. Tu belum masuk mulut ptot-pet-pot-pet Abab, cerita tak henti-henti Julia, kalau tak, mau terbalik KFC Pasir Puteh ni.
Aku dan Nana berjalan menuju ke kaunter restoran untuk mengambil pesanan. Macam-macam Nana pesan. Ni sapa yang nak makan entah. Mentang-mentang aku kasi offer baik punya. Sampai dinner set Shah pun dia ketuk aku jugak suruh bayar. Apaper ajer lah Nana. Janji kau bahagia.
“Wei.. Julia dengan Abab aper cer ek. Lama gila aku tak dengar cerita dia orang berdua tu.” Nana bertanya sambil tangan sibuk mencicah ayam goreng dengan sos cili dan di bawa masuk ke dalam mulut. Errmmm.. Nyam..Nyam..
Aku yang tengah makan berhenti. Kunyahan di dalam mulut di habiskan. Pepsi diteguk masuk ke dalam kerongkong. “Dia orang okey lah. Julia tengah mabuk sekarang ni. Tak lama lagi kita jadi aunti la. Abab, kan baru lagi. Mood honeymoon la.”
“Kau kerja macam mana. Banyak ker dapat sale. Komisyen macam mana.” Nana bertanya lagi.
Aku memandang Nana. “Boleh lah. Dari duduk tanam anggur kat rumah. Baik aku kerja dekat Courts Mammoth tu. Komisyen okey. Tapi aku kena berhempas pulas lah. Kau ingat senang ker nak jadi top sale kat situ.” Panjang lebar penerangan aku beri pada Nana. “Tapi kan. Aku rasa. Macam nak tukar kerja la. Malas lah buat sale kat Courts Mammoth. Aku ingat macam nak join Perodua. Lagi banyak komisyen kalau jual kereta dari aku jual tv semua tu.” Aku menambah lagi.
Ek ena.. Memanglah dari sekolah tak berubah. Materialistic plastic pakai lipstick betul. Keluar uni tapi nak jadi salesgirl. Ni apa kes entah. “Kau jangan cakap dengan aku, kau nak wat sale kereta sebab nak cari lelaki kaya. Prince charming idaman kau tu, Ain. Bukan aku tak kenal kau. Banyak agenda. Ni kes ada ekor dibalik bontot lembu la ni.”
Pecah ketawa aku tanpa dapat ditahan. Apa punya peribahasa Nana guna pakai ni. Baru balik bertapa dalam gua dengan Karam Singh Walia ker. “Aku dah bertaubat la buat kerja-kerja macam tu. Kau ingat aku ni macam dulu lagi ker. Tak adalah. At least, dapat lah pendapatan lebih sikit. Kerja sekarang pun susah nak cari. Yang mana boleh buat duit lebih apa salah aku cuba. Lagipun, aku kan ker ada skill mengayat berapi bab-bab nak jual barang ni.”
“Yer ker. Setahu aku kau kan ker Princess Wan-Na-Be. Tak malu ker buat kerja macam ni semua.”
“Tue dulu. Sekarang tak dah. Aku dah insaf. Bagi aku tu semua tak penting. Buat apa kalau kita tak bahagia.”
“Yer ker. Bagus lah tu. Kalau dulu kau cakap macam ni, tak adalah Amat merajuk bawak diri sampai pergi oversea.”
Ain hanya tunduk membisu diam menyepi apabila mendengar kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Nana itu.
********************
Dari jauh kelihatan Julia melambai-lambai ke arah sekumpulan remaja perempuan yang lengkap beruniform sekolah sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan makmal Sains. Terkedek-kedek dia berlari mendapatkan teman-teman yang tengah sibuk berborak. “Nah. Untuk kau.” Sampul surat pink colour di letakkan di atas riba aku.
“Apa ni?” Aku bertanya dengan muka blur tak paham apa-apa di atas kedatangan sampul surat pink colour yang baru diterima.
“Ang pow Gong Xi Fa Chai.” Julia ketawa. Senyuman seribu makna dihadiahkan buat teman yang ternyata telah pun mengerutkan dahi tanda tidak paham apa-apa.
“Apa ni? What-is-this?” sepatah-sepatah aku bertanya semula kepada Julia. Guna bahasa Melayu standard berserta translation in BI sekali aku bagi. Kalau Julia buat-buat tak paham. Memang dia tempah tiket nak kena luku kepala sebijik.
“Tak tau. Aku jumpa atas meja kau masa aku ambil purse yang tertinggal dalam kelas tadi. Aku bawak lah kat sini.”
“Bukaklah Ain. Bukaklah cepat.” Abab dengan Nana terlebih exited nak suruh Ain bukak warkah yang baru diterima.
Aku hanya mendiamkan diri. Sampul surat tadi dipandang dengan penuh tanda tanya. Siapa punya kerja ni. Hati tertanya-tanya. “Korang bukaklah.” Sampul surat itu dilempar ke arah pakatan bertiga yang duduk dihadapannya. Kacang goreng segera dilambung masuk ke dalam mulut.
Abab segera membuka sampul surat yang teramatlah sweet warnanya itu. Lalu isi warkah di baca kuat-kuat.
Salam alaiki buat Princess Wan-Na-Be,
Tujuan patik menulis warkah berlagu rindu ini adalah untuk meluahkan perasaan patik buat Princess Wan-Na-Be. Harap Princess-Wan-Na-Be faham maksud kiriman warkah pertama ini. Kiranya sudi menghulurkan salam perkenalan, rajin-rajinlah email patik di alamat Princecharming@yahoo.com
Yang Ikhlas,
Prince Charming
Pecah ketawa budak berempat setelah Abab menghabiskan isi warkah yang ditulis oleh putera raja dari negara entah mana-mana itu. Skema-master betul. Tapi, tak tipu jugak. Budak-budak berempat ini tertanya-tanya sesame sendiri siapa gerangannya prince charming the encem guy ini. Lagi pening, dah tentu-tentulah aku. Sebab aku penerima surat misteri berwarna merah jambu itu.
*******
“Ain. Tunggu apa lagi. Cepatlah taip.” Abab memberi titah perintah buat Nurul Ain. Nak taip ucap assalamualaikum pun terkemut-kemut.
“Malas lah aku.” Aku bangun dari kerusi.
Baru aku hendak bergerak, Julia telah pun menghalang laluan. Nana dah pegang bahu Ain mintak bertenang duduk kembali.
Tak aci betul. Tiga lawan satu. Kalahlah aku. Ni apa kes buat gaya ala mafia tali raffia dengan aku ni. Ngeee.. Pakatan bertiga ni memang nak kena betul la. “Korang ni kenapa hah…” Aku dah mula hilang sabar bila pakatan bertiga sama-sama berganding tenaga nak kenakan dirinya.
Abab, Nana dan Julia melepaskan keluhan sambil mata memandang ke arah aku. “Ain, taip ajerlah. Kawan-kawan ajerlah. Macam tak biasa pulak ber’chatting’ dengan orang yang kau tak kenal.” Abab berkata.
Aku mengerutkan dahi. Bukan aku tidak biasa berchatting, berbalas email tapi prince charming yang menghantar warkah pink colour itu terang tang-tang kenal siapa dirinya yang sebenar. Maknanya, aku tidak boleh menipu, menukar identity sebenar sepertimana yang aku biasa lakukan. “Perlu ker aku buat semua ni.” Aku bertanya kembali.
“Perlu!!!” serentak budak bertiga ini menjawab. Tokei cybercafé Golden Apple dah mula menjeling ke arah mereka apabila dari tidak berhenti-henti membuat bising. Aku, Nana, Abab dan Julia hanya tersengih memandang muka Mr. Lim.
“Okey.” Aku memberi kata muktamad. Jari-jari mula menari di atas papan kekunci menaip baris kata buat tatapan prince charming di sana.
***********
“Tujuh kupang.” Pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar hari ini menjalankan tugas seperti biasa. Siapa yang lambat akan dikenakan kompoun sebanyak tujuh puluh sen. Seperti biasa, aku tidak terkecuali.
“Hari-hari tujuh kupang. Macam ni, tokei kayu balak pun boleh botak.” Merungut-rungut aku di hadapan ketua pengawas yang sibuk menulis nama para pelajar yang datang lewat itu di atas buku disiplin. Rungutan aku itu jelas masuk ke telinga Si Ketua Pengawas.
“Kalau takut kepala botak, datanglah awal. Tak adalah masuk dalam sekolah kena bayar tujuh kupang macam masuk funfare.” Bersahaja Ketua Pengawas yang bernama Ahmad Ikhwan itu berkata. Ikutkan dia sendiri dah boring hari-hari kena menulis nama orang yang sama dalam buku ini setiap hari. Tak pernah serik. Kecik-kecik lagi dah degil.
Aku memandang gerangan yang bersuara itu. Eh.. Ini kes macam perli aku ajer. tuju tepat terkena dekat batang hidung aku ni. “Kau ni Amat, macam perli aku ajer.” Aku bersuara perlahan.
Amat hanya tersenyum. Slumber ajer princess wan-na-be ni bercakap. Aku ketua pengawas terbilang, sikit pun dia tak pernah nak respect. Berbahasa ikut sedap mulut ajer. budak sebaya dia ni semua panggil aku Abang Amat. Tapi, dibuat bahasa Adik Ain ini, Amat ajer yang dia sebut. “Mana ada perli, siapa makan petai dah tentu mulut dia yang berbau busuknya.”
Aku mencebik. “Apaper ajerlah. Nah tujuh kupang.” Aku terus berlalu masuk ke dalam kelas. Ellehh.. Mentang-mentang dia abang tertua dekat ini sekolah, boleh tunjuk kuasa dekat aku konon. Piirrahhh.. Tali barut sekolah tu.
**********************
Aku masih setia menanti kedatangan pelanggan. Dari tadi seorang pun tak melekat. Sales person lain bukan main baik punya menenyeh borang application customer. Aku dari tadi sibuk melayan customer tapi satu sale pun tak masuk lagi. Setakat jual rice cooker sebijik, berapa sen lah sangat komisyen yang masuk. Mintak-mintak Encik Razak tak masuk hari ini. Biarlah dia duduk lama-lama sedikit dekat cawangan di Giant, Tambun tu. Kalau tidak, mahunya naya aku kena brainwash dengan Encik Branch Manager itu. Mata terhala pada pasangan suami isteri separuh abad yang menuju ke pintu masuk Courts Mammoth Pasir Puteh itu. Aku cepat-cepat membuka pintu untuk pelanggan yang datang. “Selamat datang. Nak beli barang ker?” Ramah aku menyapa pasangan suami isteri itu.
Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum sambil mengangguk. “Yess.. harap-harap dapat sale besar jatuh tergolek lah hari ini.” Aku bersuara di dalam hati sambil bibir mengukir senyum lebar. Dari jauh aku mengangkat ibu jari ke atas mengisyaratkan sesuatu kepada Abang Sham di belakang. Abang Sham hanya tersenyum melihat gelagat sale person yang seorang itu.
“Makcik dengan pakcik cari apa?” Aku bertanya apabila dari tadi pasangan suami isteri itu hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka hanya berjalan-jalan melihat barang-barang yang elok terpamer di bilik pameran Courts Mammoth Pasir Puteh itu sahaja.
Wanita separuh usia itu tersenyum memandang wajah aku. “Makcik dengan pakcik tengah tunggu anak lelaki kami datang ni. Sebenarnya dia yang mahu beli barang-barang untuk rumah barunya.”
Aku mengangguk tanda faham. Walaupun kaki rasa macam nak tercabut dah ni mengikut makcik dengan pakcik ni jalan-jalan satu showroom, dibuat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku di hadapan pelanggan. Aku masih setia bersama pelanggan suami isteri ini. Harap-harap, anak lelaki pakcik dengan makcik ini belilah sesuatu bila dia sampai nanti.
“Mana anak makcik pakcik ni. Rasanya dah hampir satu jam aku mengikut mereka berdua ke hulu hilir macam buat lawatan sambil belajar dalam showroom ni. Tapi bayang anak pakcik makcik ni tetap tak nampak jugak.” Getus aku di dalam hati.
Telefon bimbit milik pakcik ini tiba-tiba berbunyi rancak. Lagu Jeffry Din lagi. Aku hanya memerhati sahaja pakcik tadi menjawab panggilan yang diterimanya.
“Anak pakcik tak dapat dating. Mungkin esok kut kami dating dengan dia.”
Aku hanya mengukir senyuman plastic. Adoyai.. Malangnya nasib aku hari ni. Ingat boleh dapat sale besar, rupa-rupanya hampeh belaka. “Tak apalah. Esok pakcik dengan makcik jangan lupa jumpa saya. Ini kad saya.” Aku membalas. Kad nama dihulurkan kepada pakcik tadi.
Kad nama sudah pun beralih tangan. “Nurul Ain.”
Aku hanya mengukir senyuman segaris. “Panggil Ain ajer pakcik. Pakcik dengan makcik apa nama?” Aku bertanya dengan penuh rasa hormat. Tadi memang rasa macam hot jugak. Dah bawak pusing satu showroom tapi satu apa pun dia orang tak beli. Tapi disebabkan keramahan yang ditonjolkan oleh pakcik dan makcik yang Ain sendiri tak tau siapa nama mereka, segera rasa hot tadi dah bertukar ke rasa sejuk ais blended.
“Nama pakcik Baharudin. Panggil Pakcik Din ajerlah. Isteri pakcik Mariam. Panggil Makcik Yam.” Pakcik Din memperkenalkan diri.
“Okey. Esok kalau Pakcik Din dengan Makcik Yam dating sini jangan lupa jumpa Ain. Maklumlah…” Aku tersengih sebelum menghabiskan kata-katanya. “Kat sini semua main komisen. Karang tak pasal-pasal sale depan mata kena rembat.” Aku menyambung seakan berbisik.
Tersenyum pasangan suami isteri di hadapan gadis yang bernama Nurul Ain itu. “Pakcik faham. Esok pakcik datang dengan anak pakcik.” Balas Pakcik Din.
“Okey.” Segera aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pakcik Din dan Makcik Yam.
“Macam mana?” Tanya abang Sham sambil tersengih mengadap muka aku yang sudah masam mencuka sebaik sahaja pasangan suami isteri tadi keluar dari showroom Courts Mammoth.
Aku hanya memberi isyarat ibu jari diterbalikkan ke bawah.
“Tu la. Lain kali sebelum ikut, sembur kiri kanan dulu. Baru boleh melekat.” Abang Sham sudah ketawa melihat budak Ain yang gagal mendapat sale dari pasangan tadi.
“Shut up.” Terus aku berlalu pergi.
***********************
Aku masih lagi membelek-belek handycam berjenama JVC di tangan. Seperti kebiasaan tugas sebagai sale person di sini, selain buat sale, aku juga perlu memastikan kawasan tempat dia di tugaskan sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Aku ditugaskan untuk menjaga tempat pameran barangan digital. Jadi tidaklah begitu bermasalah sangat, memandangkan semua barangan digital yang dipamerkan diletak di dalam almari kaca. Cuma hari-hari kena lap cermin kaca tersebut supaya nampak berkilat. Sedikit merumitkan apabila hari-hari kena periksa harga setiap barang digital yang dijual kerana hampir setiap hari harganya berubah-ubah mengikut promosi yang diadakan. Hari ini pun datang lagi satu handycam model baru. Kena buka manual book untuk mempelajari cara penggunaannya. Kalau cara-cara macam mana nak guna memang aku sudah master sangat, ini mahu meneliti apa lagi fungsi lain handycam tersebut.
Aku masih lagi leka dengan manual book yang dari tadi tidak habis-habis lagi khatam. Jenuh rasanya mahu faham ayat-ayat dalam manual book ini. Sesekali pandangannya ditala pada pintu masuk Courts Mammoth.
“Oitt!!” Jerkah Fariz dari belakang.
Secara reflex, manual book di tangan terpelanting di hadapan. Pantas manual book tadi dikutip dan di baling ke arah Fariz. Fariz yang terlebih dahulu dapat menghidu tindakan aku itu sempat mengelak.
“Kau ni Fariz adalah salah satu sebab kalau aku terkena penyakit darah tinggi.” Aku memarahi Fariz. Macam nak penggal ajer handycam yang ada di depan mata ni dekat Fariz sebab boleh ajer mamat ni buat muka toya orang tak bersalah.
Pecah ketawa Fariz melihat temannya itu sudah mula menyinga. Asyik sangat Ain berangan. Sampaikan kehadirannya tidak disedari.
“Kecohlah kau ni makcik. Patut tak ada saper yang melekat. Mulut pot-pet-pot-pet macam mak nenek.” Sengaja Fariz mahu mengusik Ain. Bukan apa, yang terasa seronok sangat apabila dapat mengenakan Ain, pasti Ain punya modal untuk menjawab balik. Pasti dia akan mencari point-point penting untuk menjadi pelindung diri sendiri. Itu yang best.
“Kureng kau Fariz. Mengata aku macam mak nenek. Aku dahlah tengah stress sangat ni. Kau jangan sengaja menaikkan temperature aku sekarang ni.” Aku masih lagi dalam mood hangat membara.
“Rilek. Rilek.” Fariz berpura-pura cuba menenangkan Ain. Betul punya stress member aku yang sorang ni. Patutlah muka macam tak ceria. “Apasal ni?” Tanya Fariz.
“Baru nak Tanya pasal apa?” Ain masih lagi bersuara kasar.
Fariz sekadar tersengih memandang Ain yang sedang meletakkan semula handycam tadi ke dalam peti pameran. “Ceritalah kat aku. Apa benda yang buat kau boleh jadi stress macam ni?” Tanya Fariz lagi. Lembut.
“Kau tengok sekarang ni. Dah pukul berapa?” Aku bertanya kembali tanpa menjawab soalan Fariz tadi. Jam tangan di tangan di tala ke muka Fariz.
Fariz mengerut dahi. “Pukul empat petang.” Jawab Fariz bersahaja. Kemudian dia beralih ke arah peti pameran telefon bimbit pula untuk memeriksa harga yang dipamerkan sama ada betul atau tidak mengikut harga promosi yang baru diterima dari HQ pagi tadi.
Aku sekadar memerhati Fariz yang sibuk memeriksa harga telefon bimbit. Dengan selamba, dia melabuhkan punggung di atas sofa kulit di ruang pameran. Sedapnya. Dari tadi berdiri tak duduk-duduk cukup buat kaki sudah terasa lenguh yang amat sangat.
“Wei!! Suka-suka hati kau ajer bersandar atas sofa tu. Buatnya Encik Razak masuk nanti, tak ker teruk kau kena bambu dengan dia nanti.” Marah Fariz. Ain. Ain. Sudah berapa kali diingatkan yang setiap jurujual adalah dilarang sama sekali untuk duduk di atas sofa yang berada di bilik pameran ini. Budak yang seorang ini tetap sama sahaja perangainya. Ketegak tak tentu pasal.
Aku hanya buat tidak tahu.
Fariz sudah malas mahu ambil pusing. Lantak kaulah Nurul Ain. Kena marah dengan bos nanti, aku dari jauh tepuk tangan ajerlah. Degil tak bertempat.
Aku mengeluh perlahan. “Wei.. Fariz. Dah pukul empat ni. Satu sale pun aku tak masuk lagi hari ini. sudah ler semalam aku hanya jual rice cooker ajer. Apalah malangnya nasib aku minggu ni.” Rungut aku lagi. Hari ini memang hari merungut sedunia agaknya.
Fariz yang dari tadi ralit memeriksa harga telefon bimbit segera angkat muka. Jelas, Nurul Ain sudah tidak bermaya. “Lor.. Itu sebabnya yang kau stress ni. Takkan dari tadi tak ada satu sale pun masuk.” Tanya Fariz lagi.
“Tak ada.” Aku membalas geram.
“Takkan tak ada langsung.” Tanya Fariz lagi seakan tidak percaya.
“Tak ada. Tak ada. Tak adalah.” Aku menjawab laju. Tolonglah faham bila orang sudah cakap tak ada tu.
“Aku nampak invois kau dekat kaunter tadi tu apa?” Fariz bertanya seperti tidak puas hati. Namun terukir senyuman nakal untuk Nurul Ain.
Aku membulatkan mata. Memandang muka Fariz dengan geram sekali. Nak kena kut mamat ni. “Aku jual rice cooker ajerlah tadi mangkuk.” Fariz kena marah lagi.
Pecah ketawa Fariz melihat rakan sekerjanya itu sudah naik angin. “Minggu ni kau ambil tender jual rice cooker ajerlah yer Ain. Nanti-nanti kalau ada customer yang nak beli rice cooker aku tolak dekat kau. Minggu ni aku ambil tender jual LCD ajer. Setakat hari ini ajer dah empat biji LCD aku jual.” Kata Fariz dengan bangganya. Matanya melirik pada score board di depan bilik pengurus cawangan.
Aku turut sama memandang score board yang cantik tergantung itu. Wah!!... Riak sungguh budak Fariz ni. Nampaknya graf dia naik semakin tinggi. Aku pulak yang tak naik-naik. Padahal hari ini sudah hari Khamis. Kalau tak perform minggu ni, alamatnya kena tadah telingalah lagi dengan Encik Branch Manager.
Aku menjuih bibir. “Elleh.. Graf kau naik sebab minggu ni ajer, dua sale LCD orang lain kau rembat. Aku tak main lah rembat merembat ni.” Ain membalas balik. Memang kenyataan pun. Si Fariz ni. Ada ker patut sale Kak Ika dengan Abang Didi dia pergi rembat semasa dia orang berdua off day. Kalau tak, tak ada maknanya pakcik sorang ni, boleh dapat jual empat LCD dalam seminggu.
“Tak puas hati lah tu.” Fariz membalas balik.
“Malas aku layan kau.” Aku terus berlalu menuju ke pintu masuk bilik pameran. Macam biasa. Menanti kedatangan pelanggan. Baru lima minit menanti, sudah kelihatan Encik Branch Manager menghampiri pintu masuk. Adoyai. Ayat kasi gempak Nurul Ain.
“Bos…” Aku menegur panjang bosnya yang baru masuk.
Encik Razak tanpa bercakap panjang terus memberi isyarat seperti biasa. “Berapa sale?”
“Boleh tahan banyak ar. Alhamdulillah.” Aku cuba berbohong walaupun aku memang tahu yang aku akan fail bab bohong membohong ni. Matanya ditala pada tempat lain.
“Banyak tu berapa?” Encik Razak bertanya lagi.
“Adalah.” Aku berbasa basi.
“Berapa?” Encik Razak bersuara agak meninggi.
“RM59.90, bos.” Aku menjawab laju.
“Ain, kalau minggu ni awak tak capai target, cuti Sabtu Ahad awak saya tarik balik.” Balas Encik Razak.
“Apa pulak macam tu bos?” Aku bertanya kerana tidak puas hati. Mana aci. Dah bagi ambil balik. Buruk siku betul lah bos aku ni.
“Kalau hari ni awak boleh dapat lima ribu. Awak selamat. Kalau tak. Tak ada cuti-cuti Malaysia Sabtu Ahad ni.”
“Bos cabar saya ker?”
Encik Razak hanya tersenyum. Budak kecil ni kalau tak menjawab memang tak sah.
“Okey. Hari ni kalau saya dapat lima ribu, Sabtu Ahad saya cuti.” Putus aku.
“Okey.” Encik Razak terus berlalu.
“Wah.. Aku rasa kau kena cancel program kau Sabtu Ahad ni awal-awal sebab aku rasa tak mungkin kau boleh dapat lima ribu hari ni.” Fariz menyiku Ain yang masih lagi tegak berdiri di depan pintu masuk.
Pantas Ain menoleh. Bercekak pinggang. Muka sudah merah menahan geram. “Kau ni, kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ker. Dah-dah. Pergi main jauh-jauh. Jangan nak kacau aku.” Sekali lagi Fariz kena dengan aku.
Fariz sekadar mengekek ketawa.
Aku mencebik melihat Fariz dari tadi ketawakan dirinya. Yerlah kau. Gelakkan aku yer. Nantilah. Akan aku buktikan. Seketika kemudian mata Ain bersinar-sinar. Amin. Mintak-mintak doa aku nak dapat lima ribu hari ni terlaksana. Pantas aku membuka pintu masuk.
“Assalamualaikum pakcik, makcik.” Aku menyapa penuh ramah.
“Waalaikummussalam.” Balas Pakcik Din dan Makcik Yam serentak.
Aku hanya tersenyum. “Semalam dah datang tengok barang. Hari ni mesti datang nak beli barang pulak kan pakcik?” Aku buat-buat tanya. Masa dah suntuk. Tak ada masa nak berbasa-basi nak beramah mesra lagi. Aku nak sale…..
“Lebih kuranglah tu Ain. Nanti sekejap. Anak pakcik dekat dalam kereta tu lagi.”
“Okey. Kita tunggulah dulu orang yang nak beli barang tu masuk sekali. Nanti senang. Sekali jalan ajer.” Aku menjawab selamba. Muka sudah berseri-seri. Ini gaya kalau tak sampai lima ribu ni macam tak sah ajer. Maklumlah. Menurut kata Pakcik Din semalam, anaknya ingin membeli perabut dan barang elektrik untuk rumah barunya. Kalau cash pun, mesti dalam enam ribu jugak. Kalau tak mampu bayar tunai pun tarak apa. Ansuran mudah kan ada. Hahahah… Selamat bercuti Nurul Ain.
“Hah!!! Tu pun anak pakcik dah datang.” Kata Pakcik Din sambil menalakan jari telunjuk pada seorang pemuda yang masuk ke dalam ruang pameran.
Tersekat air liur ketika melihat anak pakcik Din tadi. Ya ampun… Macam manalah pulak boleh terjumpa balik ni. Niat dihati, memang dah taknak jumpa dah lepas peristiwa dulu tu. Hari ni, takdir tuhan menemukan aku semula dengan Amat.
*****************
“Ain, dengar cakap saya. Salah ker orang macam saya jatuh hati dengan perempuan macam awak?” Tanya Amat.
“Memang salah. Suka-suka hati awak ajer yer main-mainkan saya.” Aku memarahi Amat.
“Kalau saya tak buat macam tu, awak nak ker kawan dengan saya.”
“Taknak!!!” Aku menjerit kuat.
“Sebab tu saya buat macam tu.”
“Lantak awaklah. Janji saya memang tak suka dengan awak.” Aku terus berlalu.
Pantas tangan aku disambar Amat. “Ain, jangan macam ni. Tak boleh ker kalau awak jadi macam Nurul Ain yang di dalam YM tu. Awak pernah cakap di dalam YM, yang awak tak kesah siapa pun Prince_Charming tu. Kenapa sekarang jadi lain.”
“Sebab masa tu, saya tak kenal siapa awak.” Aku membalas berani. Orang bodoh ajer yang akan percaya bulat-bulat apa yang orang lain taip dekat YM tu. Dan Ahmad Ikhwan salah seorang dari golongan itu.
Amat meleraikan pegangan tangannya. “Sebab saya macam ni. Sebab tu awak tak sudi nak berkawan dengan saya.” Balas Amat perlahan. “Tak apalah Ain. Awak berhak untuk dapat lelaki yang sepadan dengan awak. Saya doakan kebahagian awak.” Sambung Amat sebelum kakinya melangkah pergi.
Aku hanya memerhati Amat yang sudah jauh berjalan ke hadapan.
Sungguh aku tidak sangka, Prince_Charming itu adalah Amat orangnya. Sebenarnya, bukanlah aku tidak suka dengan Prince_Charming itu. Benar, di dalam YM, Princess_Wannabe memang suka dengan Prince_Charming. Pada Princess_Wannabe, Prince_Charming itu baik, gentleman, penuh nasihat dan mampu membuatkannya berasa gembira tatkala jari jemari menari di atas papan kekunci. Yang buat aku jadi tak tentu arah apabila dapat cerita dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan Prince_Charming itu sebenarnya adalah Amat. Si Ketua Pelajar tukang paw duit tiap-tiap hari. Lagi satu, Amat itu tidak pernah termasuk dalam daftar senarai abang-abang senior yang aku admire. Amat itu, sudahlah gemuk, gerhana pulak tu. Taknaklah jadi seperti Beauty and The Beast. Sewenang-wenangnya aku mengutuk Amat di dalam hati. Semenjak hari itu, aku dan Amat sudah tidak lagi berchatting. Hobi berchatting pun sudah lama aku tinggalkan. Cuma kadang-kadang ajer bila nak lepas gian. Tapi bila nampak Prince_Charming tu pun turut sama online jugak, cepat-cepat aku sign off. Sehinggalah pada suatu hari, sepucuk surat bersampul merah jambu tiba sekali lagi di bawah meja tulis aku di dalam kelas. Perlahan-lahan, aku membaca isi kandungan surat itu dihadapan Julia, Abab dan Nana.
Kehadapan Nurul Ain,
Saya sedar, saya bukan lelaki yang sesuai untuk awak. Maklumlah, masakan lelaki gemuk dan gerhana seperti saya bisa mendekati awak, Princess_Wannabe. Tapi, percayalah, sayang saya pada awak bukanlah semata-mata kerana luaran awak. Saya tahu, awak baik. Awak adalah awak. Tidak pernah sekali pun awak bersikap hipokrit untuk menjadi orang lain. Itu kekuatan awak yang membuatkan saya jatuh suka dan jatuh sayang dengan awak sehingga Berjaya membuat saya jatuh cinta dengan Nurul Ain a.k.a Princess_Wanabe. Hari ini, awak menolak saya. Saya akan pastikan, suatu hari nanti, awak akan saya miliki jua. Percayalah.

Semenjak dapat surat kedua dari Amat, aku sudah tidak lagi berjumpa dengannya. Aku hanya dikhabarkan berita perpindahan Amat dari Abang Saiful, teman sekelas Amat. Katanya, Amat bertukar sekolah kerana mengikut ayahnya yang telah berpindah ke tempat lain. Tak sempat nak mintak maaf dengan Amat membuatkan sampai sekarang aku masih lagi dihambat dengan perasaan bersalah. Akhirnya, dengan sikap memilih tak bertempat, sampai sekarang aku jadi Lone Ranger.
*********
“Kenapa menggigil?”
Amat bertanya selamba tatkala melihat tanganku yang sudah menggigil ketika menulis invois untuk barangan yang dibelinya tadi. Pakcik Din dan Makcik Yam turut sama memerhatikan keadaan tangan aku yang tiba-tiba menggigil itu. Apa dah jadi ni Ain. Bertahan. Bertahan. Bukan terjumpa dengan hantu pun. Mak Lampir pun bukan. Itu Amat. Adoi…
“Tak ada apa-apa.” Pantas aku menggeleng perlahan. Menyembunyikan rasa getar di dalam hati.
“Ain tak sihat?” Tanya Makcik Yam lembut.
“Si…sihat makcik.” Aku menjawab teragak-agak. Tangan aku bergerak pantas menulis senarai barang dan harga yang telah dibeli oleh Amat tadi. Cepat dia orang dapat invois. Cepat dia orang bayar. Cepat dia orang balik. Itu yang aku mahukan sekarang ini.

Selesai membuat pembayaran di kaunter, aku menghantar mereka ke pintu ruang pameran. “Sebelum budak-budak kita hantar barang, kita orang akan call dulu. Jangan risau. Esok petang semua barang sampailah. Apa-apahal, Encik Ikhwan boleh telefon saya. Nombor telefon ada dibelakang invois tadi.” Aku cuba berlagak formal. Amboi… boleh tahan gatal jugak aku ni. Kalau dengan customer lain, haram nak bagi nombor handphone peribadi. Nombor di meja Mala, si customer services beranak dua tu jugak yang akan aku bagi. Sampai Mala boleh naik bengang kerana, customer semedang datang mengganggu dengan panggilan yang tak ada kena mengena dengan urusan jual beli barang. Lebih kepada urusan jual minyak ajer. Kenapa tiba tang Amat, mantan ketua pelajar ini, nombor peribadi yang tercatat di belakang invois. Siap dengan email address yang sudah berlapuk akibat berzaman tak bukak tu pun ada sekali. Macam-macam….
*********************
Pagi tadi Amat ada telefon. Alah… Ingat nak Tanya pasal diri aku. Tapi dia just nak inform yang semua barang-barang yang dibeli sudah selamat sampai. Tak tahu apa kena dengan hati, sejak terjumpa, terbercakap, terberurusniaga dengan Amat semalam, dalam hati ni duk berdetak detik ajer. Semedang pusing ke masa lalu. Amat tak macam dulu. Eleeh.. Tahulah sekarang dah jadi orang yang berjaya. Taulah sekarang dah encem bergaya. Tahulah sekarang dah tak gemuk-gemuk montel. Tahulah sekarang dah tak gerhana bulan penuh. Tapi kenapa Amat jadi berlagak sangat. Ingat lagi. Bukan main sinis lagi dia tersenyum bila terpandang aku yang beruniform warna kuning, tertulis Courts Mammoth kat sebelah kiri tshirt yang aku pakai. Dengan seluar jeans dan calculator kat poket belakang tu. Nak ajer bagi tau kat Amat tu, yang ini cuma kerja suka-suka sebelum dapat kerja yang betul-betul kena selaku Degree Holder dalam Komunikasi Korporat tau. Nak marah nak melenting pun tak guna jugak. Mungkin Amat sengaja ajer. Nak balas balik apa yang aku pernah buat kat dia dulu. Tapi tak matured ar Amat tu kalau citer budak-budak sekolah dulu pun nak ungkit. Nafas lemah dilepas perlahan. Pantas tangan menekan butang on pada laptop di atas meja tulis. Memandang esok hari off day, tidur lambat pun tak ada saper nak marah. Lagipun, dah lama tak bukak internet, terasa malam ni nak beramah mesra dengan saper-saper yang belum tidor lagi tu kat dalam chattroom. Laman Anak Perak pun dah lama tak jengah. Entah apa forum hangat dan terkini budak-budak tu tengah bincangkan memang dah lama aku tak ambil port. Tangan mula menaip ID Yahoo Massenger yang biasa digunakan. Arrgghhh… Mana semua orang ni. Budak-budak Anak Perak ni, semua tidur awal ker. Yang ada pun cuma Uncle EE ajer. Tak boleh kacau Uncle Ee malam-malam macam ni. Dia mesti tengah studi tu. Almaklumlah, budak Langkap yang studi kat oversea ar katakan. Dah lama duk berforum sakan kat Laman Anak Perak, berchatting memanjang kat YM tapi sampai sekarang pun tak tau apa nama penuh si Uncle Ee ni. Terlintas sesuatu di kepala. Pantas tangan menggerakkan mouse. Sign off ditekan. Kemudian tangan menaip kembali ID yang dah berlapuk tu. Princess_Wannabe ID YM dolu-dolu. Zaman sekolah disebabkan selalu ditimpa perasan dek kerana selalu berangan nak jadi tuan puteri, tu yang melekat ID Princess_Wannabe tu. Mata tertancap pada satu ikon smile yang menyala terang benderang. Alamak. Walawei… Mamat ni still guna ID yang samalah. Prince_Charming. Nak tegur. Tak tegur. Nak tegur. Tak tegur. Aku berfikir-fikir sendiri. Belum sempat buat keputusan, Amat menengur terlebih dahulu.
Prince_Charming: Tak tidur lagi.
(Terasa macam nak makan biskut empat segi pulak)
Prince_Charming: Buzzz
(Lalalallala…)
Princess_Wannabe: Siapa ni? (ahakksss… dalam keadaan macam ni pun boleh buat-buat tanya pulak. Ni kalau Nana ada kat sebelah, confirm kena luku kepala lutut.)
Prince_Charming: Ni tau ker. Buat-buat tak tau.
(Lalallalaalla..)
Princess _Wannabe: Yayayayaya… Tahu. Esok cuti. Tidur lambat sikit ar. Per kes. Per cer.
Prince_Charming: Masih berminat lagi ker nak tau apa-apa pasal saya.
(Ni rasa macam nak tersedak biskut empat segi tadi)
Princess_Wannabe: Okey. Saya tau. Dulu memang salah saya. Sorry.
Prince_Charming: Apa dia?
(Errkk.. Dah nak tercekik dah ni.)
Princess_Wannabe: Nak tidur. Bai.
Melarikan diri adalah benda paling baik dan paling rasional sekali yang boleh dibuat dalam saat-saat macam ni. Malaslah nak mengungkit cerita lama. Buat apa. Menghabiskan beras ajer. Buang karan. Baru beberapa saat aku sign off, telefon bimbit berbunyi rancak. Nombor private. Segera panggilan tadi disambut.
“Hello.”
“Pesal off awal?”
“Saper ni?”
“Musuh lama awak.”
Errkk… Mulut memang jahat. Tapi jahat-jahat macam tu ajerlah. Tak adalah sampai boleh bermusuh. Ni saper ni. Bunyi macam serius ajer.
“Saper ni?” Aku dah terketar-ketar.
“Amat.”
Errkk… Bila masa pulak aku duk bermusuh dengan mamat ni. Memang dulu mulut ni yang jahat pergi kutuk-kutuk mamat ni debab ar, gerhana bulan penuh ar. Tapi tu dulu. Takkan Amat ni touching sampai sekarang.
“Hai…” Tu ajer yang mampu aku katakan.
“Saya tak habis lagi nak cakap dengan awak kat chattroom tadi.”
“Cakaplah apa yang nak cakap.”
“Good. Sekarang awak diam saya cakap. Awak tu sebenarnya bajet bagus. Awak tu sebenarnya bajet cun. Awak tu perasan semedang. Awak tu poyo…..” Amat menghamburkan kata-kata yang buat kasi panas telinga.
Tersentak aku mendengar Amat boleh kata begitu. Dia ingat dia siapa boleh kutuk-kutuk aku macam tu. Apa dia ingat dia tu bagus sangat ker. Aku benci Amat. Belum sempat Amat buat sambungan ke atas caci makinya itu, terus aku menutup telefon. Terasa tubir mata jadi panas. Dan meleleh siot….bila kena kutuk macam tu. Tak agak-agak betul. Laptop yang masih terpasang dirapati. Segera ID YM dimasukkan. Kali ini aku pakai ID yang biasa-biasa guna ajer. Maya_karan mula menaip sesuatu pada tetingkap YM.
Maya_karan: Uncle Ee. Tulun.
(Biarlah Uncle_Ee ni tengah studi ker, tengah berperang ker aku tak kira. Somebody mesti dengar rintihan aku malam ni)
Uncle_Ee: Apa kes. Belum dapat offer berlakon lagi ker?
Maya_karan: Tembak dengan senapang gajah karang.
Uncle_Ee: Lalalala… Apa hal?
Maya_karan: Ada orang gila marah kita tadi.
Uncle_Ee: Sejak bila ada best fren kat Tanjung Rambutan.
(Ngeee… ada yang kena ni malam-malam ni. Bikin hangin satu badan pulak Uncle Ee)
Uncle_Ee: Okey. Nak buat sesi luah perasaan. Boleh ajer. Saya dah selamat balik Mesia ni.
(Tiba-tiba aku terasa macam nak tersedak walaupun tak makan apa-apa sekarang ni hatta biskut empat segi sekalipun)
Maya_karan: Bila? Kenapa tak bagi tau. So kat Langkap ker sekarang ni?
Uncle_Ee: Nope. Ipoh. Dah sebulan.
Mulut aku dah ternganga luas. Uncle_Ee ni memang nak kena. Punyalah dulu duk berjanji kalau dia tu balik Malaysia, balik Perak nak jumpa aku, ini dah sebulan jejak kaki kat tanah air tercinta baru dia bagi tahu.
Maya_karan: Fail jadi member. Kalau balik sini tak bagi tahu.
Uncle_Ee: Sorry. Kekanganlah. So nak jumpa ker.
Aku tersenyum sendiri. Dah tak terasa sedih dah sebab kena marah dengan Amat tadi. Gilalah. Nak buat blind date dengan Uncle_Ee ni. Dahlah rupa pun tak kenal. Harap kenal dalam laman Anak Perak ajerlah. Dan dalam YM. Kalau Bai jual karpet tu mengaku yang dia Uncle_Ee pun memang bajet aku percaya seratus peratus sebab muka mamat ni memang tak pernah tengok. Even dalam Facebook dia pun tak ada sekeping gambar dia pun. Apa-apa pun dah hampir tiga tahun aku berhubung dengan Uncle_Ee pakai cara sebegini. Okey ajer. Tak tau rupa paras pun taka pa. sekurangnya hubungan persahabatan tidak dipengaruh rupa paras. Janji sama-sama boleh masuk. Kira satu kepala. Layan ajerlah. Aku menimbang-nimbang dalam kepala. Perlukah Uncle_Ee ini aku pergi jumpa.
Maya_karan: Bila?
Uncle_Ee: Esok.
Mak oii… cepat gila. Macam tau-tau ajer esok aku bercuti.
Maya_karan: Okey. Kat Nasymir Waterfront boleh. Kat Pekan Lama.
Uncle_Ee: Set.
Maya_karan: Okey.
Uncle_Ee: Tadi kata nak cerita pasal orang gila tu.
Maya_karan: Esok-esok ajerlah kita cerita. Macam mana nak kenal esok ni.
Uncle_Ee: Awak duduk diam-diam kat Nasymir tu. Nanti pandailah saya cari awak.
Uncle_Ee dah sign off. Ni menimbulkan persoalan di hati. Macam lain macam ajer ni. Nak buat blind date biasa orang dah tetapkan nak pakai apa. Supaya senang nak cam. Ini Uncle_Ee main belasah redah ajer ni. Ermmm… Memang betulah. Harap Uncle_Ee ni bukan Bai jual karpet ar. Kalau tak mahu tak hancus aku. Sudahlah pilih tempat pun kat Nasymir.

*************
Hampir satu jam lima puluh sembilan minit aku menanti Uncle_Ee ditempat yang dijanjikan. Berpeluh ketiak menunggu pakcik ni datang. Sah aku kena main. Uncle_Ee ko memang nak kena. Ketika aku dah bersiap sedia nak mengangkat punggung untuk pergi dari sini, aku disapa dari belakang. Segera aku berpaling lipat maut. Ceng..ceng..ceng… Amat? Amat dan bunga? Macam lagu Rahimah Rahim pulak. Dan secara tiba-tiba, jantung macam nak luruh ajer bila Amat jalan menghampiri aku yang dah terasa nak pitam. Amat ni tak puas lagi ker maki aku dalam telefon semalam. Ni nak buat siaran ulangan secara berdepan-depan ker.
“Hai..” Amat menegur.
Aku memandang tidak berkelip. Sakit apa ni. Semalam maki aku bukan main. Hari ni buat gaya kasanova pegang bunga say hai pulak. Kalau ikut dalam hati ada bara ni, mau ajer aku buat gaya Ezlynn nyanyi Hai-Hai Bai-Bai. Aku memang blur sekarang ni.
“Uncle Ee.” Amat memperkenalkan diri.
Ya Allah. Aku belum pekak. Memang aku dengar sejelas-jelasnya. Dia Uncle_Ee. Uncle_Ee yang belajar kat oversea tu. Uncle_Ee yang aku kenal dalam laman Anak Perak tu. Uncle_Ee yang selama ini tempat aku tuju setiap kali ada problem. Dia…….
“Apa?” Aku bertanya lagi sekali. Aku nak kepastian.
Amat mengangguk. Kemudian dia tersenyum. “Saya Ahmad Ikhwan. Saya Amat. Saya Prince Charming. Saya jugak Uncle Ee.” Jawabnya tenang.
Aku membuntangkan mata sebelum pandangan ini dilontarkan jauh ke sungai. Aku kena main. Tiga tahun aku kena main. “Kenapa buat saya macam ni?” Aku bertanya sebak. Memang dulu aku suka main-mainkan orang. Tapi tu dulu. Bukan sekarang. Kalau tak memikirkan sini tempat awam, dah lama budak Amat ni aku mandikan dengan air tembikai yang masih berbaki di dalam gelas besar ni. Aku dah panas. Aku nak blah tapi Amat sempat menghalang.
“Kenapa awak ni?” Tanya Amat kasar. “Salah ker kalau saya nak berkawan dengan awak Nurul Ain.”
“Tak salah. Tapi cara awak tu yang salah. Dulu pun awak macam ni. Sekarang pun awak macam ni. Awak memang sengajakan.” Aku dan Amat dah masuk adegan Sembilu Kasih.
“Saya buat macam ni sebab saya nak dekat dengan awak. Saya nak berkawan dengan awak. Dulu saya ingat bila saya dah jadi macam ni awak boleh terima saya. Tapi awak memangkan. Memandang paras rupa sebenarnya.”
“Apa yang awak cakap ni. Bila masa pulak saya pandang paras rupa. Kalau iya pun. Tu dulu. Bukan sekarang.” Aku membalas. Lantang. Mapley yang tengah tebar roti canai tu dah pandang lain macam ajer.
“Jadi kenapa awak nak pergi.” Suara Amat mula dikendurkan. Perlahan dan terkawal.
“Saya tak suka awak buat macam ni. Amat tak boleh ker kalau straight to the point ajer cakap yang awak nak berkawan dengan saya. Awak tu yang sama ajer dari dulu sampai sekarang. Macam pondan. Pengecut. Awak ingat ini cerita Biar YM Bicara ker. Main sembunyi-sembunyi sebalik ID.” Aku membalas. Ya. Nampaknya aku masih punya modal nak balas balik kata-kata malaon ni.
“Ain tak boleh ker kalau kita berkawan macam Princess_wannabe berkawan dengan Prince_charming dia. Macam Maya_karan berkawan dengan Uncle_Ee. Awak tak rasa ker mereka yang bukan-nama-sebenar tu seronok bila berkongsi kisah, berkongsi cerita sama-sama.” Amat bersuara. Memang betul jugak yang dia sengaja membuat begini untuk cuba mendekati Nurul Ain. Bukan sengaja terlintas dihati nak kenakan Nurul Ain, habisnya ini sahaja cara yang relevan dan boleh pakai untuk diri makin rapat makin rapat dengan Nurul Ain. Memang pun. Selama dia mula kenal Maya_karan yang konon-konon peminat setia Pontianak tercantik di Malaysia itu siapa lagi kalau bukan Maya Karin, mereka berdua sudah mula akrab. Boleh kongsi cerita. Si Maya_karan itu sahaja selalu berpesan ‘sharing is caring’ katanya.
Aku memandang Amat yang masih dengan muka berharap. Aku tahu sekarang ni dahi aku sudah berkerut seribu. Lalalalala…. Aku masih lagi berpeluk tubuh menimbang kembali apa yang Amat katakan tadi.

********
Badan sudah sedap landing di atas katil. Lengan kanan aku bawakan ke dahi. Satu hari suntuk aku dengan Amat duduk di Nasymir tadi. Macam-macam yang kami bualkan. Dari sesi suai kenal minggu orientasi sebab dah lama tak jumpa dan tiba-tiba mamat ni datang menjelma di depan mata. Sambung pula dengan sesi bermaaf-maafan di pagi raya sebab mulut aku ni dolu-dolu suka sangat mengata Amat itu ini, dan dia pun dua kali lima jugak main-mainkan aku dua kali kat dalam YM. Fair and square. Jadi antara kami berdua kosong-kosong.
Mula-mula memang susah jugak nak terima kenyataan yang Amat ini adalah Uncle_Ee. Bayangkanlah selama tiga tahun aku berhubung dengan Uncle_Ee, bercerita pasal diri aku, bercerita pasal zaman sekolah aku dan tidak ketinggalan jugak bercerita pasal rasa kesal aku sebab suka mengata orang terutamanya mengata bekas ketua pelajar SMKPPI yang gerhana bulan penuh tu rupa-rupanya aku membuka pekung di dada di hadapan Amat. Yang buat aku naik marah siang tadi pun sebab nak control rasa malu sebab dah terkantoi kerana selama aku berhubung dengan Uncle_Ee aku memang tak pernah nak berselindung apabila bercerita pasal Amat dengan Uncle_Ee. Pernah ajer aku bukak cerita pada Uncle_Ee yang aku sedih sangat bila tahu Amat pindah sekolah macam tu ajer. Dan aku sedih sangat sebab tak sempat nak mintak maaf dengan Amat dulu. Ahh… Malunya aku. Memang dah tak boleh lari ke mana.
Amat pula bersahaja ajer tadi. Memanglah kan. Ini dia punya rancangan. Kalau tidak kerana bantuan dari Nana yang memberikan ID YM baru aku ini, mungkin Amat pun tak dapat nak berhubung dengan aku lagi. Amat cakap, sejauh mana dia merantau merentas lautan, hanya kerana tersesat masuk dalam Friendster, dia berjumpa dengan Nana. Memanglah dunia ini tanpa sempadan. Pada Nana amat cuba risik khabar aku di sini. Lalalala… Aku terasa nak marah Nana sebab bersekongkol dengan Amat sampai aku pun tak boleh nak cium yang diorang berdua ni buat pakatan. Tapi aku pun terasa nak peluk Nana sebab Nana berjaya jadi orang tengah antara aku dengan Amat. Sekurang-kurangnya perasaan bersalah tu dah hilang sikit. Alhamdulillah. Amat itu memang gelojoh orangnya. Baru hari ini berjumpa, bersembang, bermaaf-maafan dia dah mula nak tau kalau dia masih punya peluang untuk jadikan aku princess di hatinya. Dia tu setialah. Terharu aku. Aku pun tak tau nak cakap apa sebab masa tu aku memang dah kelu lidah bisu seribu kata. Tapi aku mengakui, sepanjang berkawan di alam maya, aku selesa dengan Uncle_Ee yang bukan-nama-sebenar itu. Apa yang aku boleh beritahu pada Amat tadi, permintaannya akan dipertimbangkan. Aku mahu kami berdua saling kenal antara satu sama lain sebelum buat apa-apa keputusan. Amat ni baik. Amat ni setia. Kalau bawak jumpa mak abah pun confirm diorang tak tolak punya. Siapa taknak dapat menantu seorang doctor kat Hospital Besar Ipoh tu. Hari-hari mak boleh cek tekanan darah tinggi free. Aku cuma takut aku jadi main-main macam dulu walaupun rasanya sekarang ni aku dah jauh jadi lebih baik dari yang dulu. Kalau aku layak untuk menjadi princess di hati Amat, biar Tuhan yang tentukan. Perhubungan baru bermula. Apa-apa pun apa yang pernah jadi pada aku dan Amat dulu dan sekarang banyak mengajar aku agar lebih pandai menghormati orang lain. Jangan sesekali memandang pada paras rupa kerana itu semua bersifat sementara. Jangan sesekali bangga dengan apa yang kita ada. Tuhan tu kalau nak kasi balasan, bayar cash kat dunia pun boleh. Jadi apa-apa pun aku memang nak pinjam sekejap tag line Nabil. Lu pikir ar sendiri…..

********************************
Semekom...Just a few word. 1st nak say sorry kalau ada yang membaca cerita ini mengatakan yang ianya serabut. (tau. memangpun awal2 lagi dah terasa macam tu) Cerita ni dah lama sangat terperam kat dalam folder saya kerana masa menulis tu dah stuck jammed kat dalam kepala sebab dah tatau nak end of dis stori macam mana. lastnyer, baru dua hari lepas bukak balik dan main taip ajerlah apa yang rasa nak taip. dan hari ini pada 1st apr 2009 (dan hari ni jugak teruk kena april fool dengan cik pira) cerita ni siap. mula-mula saya menulis cerita ni, just untuk sharing dgn pembaca pengalaman saya masa jadi sale person dulu dan tak tau macam mana, terus termasuk cerita cinta romantika de amor pulak. (ada gaya romantik ker...lalalala..belasah ajer) jadi, yang membaca kalau sudah baca, harap boleh drop comment untuk saya terus membaiki segala kelemahan dan segala kekurangan. wassalam...