Thursday, February 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 23

BAB 23
Aleeya masih lagi duduk termenung. Pandangannya kosong. Yang kelihatan hanyalah bunga-bunga telur yang masih berterabur di atas meja kerja. Dah nak dekat dua jam, hanya dua kuntum sahaja bunga pahar yang dia siapkan. Berita yang diterima dari Nana tiga hari lepas membuatkan fikirannya pusing. Kebiasaannya, dalam masa dua jam dua dozen bunga pahar boleh disiapkan. Ini jangankan dua dozen, dua kuntum yang siap ni pun macam tak cukup sempurna ajer. Kerja seni perlukan kreativiti. Tapi, bila kepala tengah serabut macam ni, kreativiti amendanyer.
Semenjak habis sekolah dulu, seingat Aleeya, hanya sekali sahaja dia pernah menghadiri majlis reunion bekas pelajar 5 Sains 2 SMK KG Pasir Puteh. Itu pun masa masih bersama Azizul dalam empat tahun lepas. Semenjak putus dengan Azizul, Aleeya tidak pernah lagi menghadiri sebarang majlis reunion yang diadakan. Bukan nak boikot majlis yang di adakan itu, tapi sebenarnya malu yang mencengkam jiwa itu yang membataskan segalanya. Masa dulu, dengan Cikgu Azizul macam belangkas. Hadir ke reunion pertama dengan bekas cikgu sendiri sebagai pasangan kekasih. Masa tu pun, hidung dah kembang sebab terlebih bangga Berjaya menambat hati cikgu sendiri. Perhubungan Aleeya dengan Cikgu Azizul menjadi topik hangat sepanjang majlis berlangsung. Lebih menjadi sejarah dalam lipatan kenagan apabila merpati dua sejoli dapat anugerah pasangan paling ideal pada malam itu. Itu cerita dulu lah. Cerita zaman manis-manis yang indah-indah belaka. Sekarang macam mana muka tak rasa malu. Azizul sudah tentu datang dengan isterinya yang tercinta. Aleeya pulak datang seorang diri. Macam mana nak berdepan Azizul dengan isterinya nanti. Dengan bekas-bekas cikgu yang semua sudah sedia maklum mengenai hubungan kami berdua. Dan sudah tentu juga, bekas teman sekelas sibuk mengata dirinya. Bercinta bagai nak rak, tapi putus setengah jalan. Sebab itu, Aleeya tidak mahu menghadiri majlis reunion lagi. Macam-macam kemungkinan tu, kena ambil kira juga.
Tapi berita yang Nana bagi tiga hari lepas tu yang buat Aleeya tidak senang duduk. Majlis reunion nak akan di adakan pada hari Sabtu ini. Bermakna lagi tiga hari lagi majlis itu bakal berlangsung. Dapat sahaja berita dari Nana, terus bekas surat di selongkar. Nana kata kad jemputan sudah diedarkan sebulan yang lepas. Dan kad jemputan berwarna biru air itu memang masih elok lagi di dalam sampul tertulis nama penuh Aleeya di atasnya. Memang Aleeya tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Pada emak ditanya, mengapa tidak diberitahu mengenai majlis ini. Emak hanya menjawab, sudah tiga jemputan yang sama sebelum ini aku tolak. Tak nak pergi konon, kerana itu emak malas memberitahu aku. Memang betul apa kata emak.
Aleeya melepas keluhan lemah. Masih lagi terfikir-fikir apa yang patut dilakukan. Tapi sudah terlanjur aku berada di sini, apa alasan aku mahu bagi pada Nana. Pengerusi majlis, saudara Yasrul Shahrin juga sudah sibuk menelefon, walau apa pun aku kena datang juga ke majlis itu nanti. Semua orang nak jumpa. Abab dan Julia berusaha memujuk untuk aku turut serta. Serba salah untuk menolak kali ini. Majlis dulu-dulu, boleh mengarang ayat menipu mengata tidak ada cuti ataupun sibuk dengan kuliah, tapi sekarang ini sudah terang-terangan aku berada di kampong. Takkan nak menyorok bawah katil, jangan bagi ada yang dapat kesan.
Tangan Aleeya mula menyambung kerja yang tertangguh tadi. Segera kain organza yang sudah siap digunting di buat bunga. Kalau nak layan serabut ajer, sampai ke sudahlah bunga telur ni tak siap. Bunga tadi kemudian dililit dengan pelilit pada lidi. Hiasan tambahan seperti reben, manik di lilit sekali supaya ianya lebih kelihatan menarik. Siap lagi satu.
“Ini apahal ni. dari tadi akak tengok Leeya macam tak ada mood ajer. Buat kerja pun slow macam kura-kura baru belajar berjalan.” Tegur Kak Ana. “Sebab reunion tu ker?” Sambung Kak Ana lagi.
Aleeya hanya memandang Kak Ana yang sudah pun duduk di hadapannya. Tangan Kak Ana sibuk membuat bunga pahar. Kalau nak harapkan aku alamatnya tak Sabtu minggu pertama bulan depan pun belum tentu boleh siap kalau dah macam ni ajer gayanya. Pada Kak Ana tempat Aleeya meluahkan segalanya. Kak Ana kakak yang baik. Jika ada masalah, pasti Kak Ana tempat Aleeya tuju. Mengenai reunion hari Sabtu ini pun diceritakan pada Kak Ana juga.
“Pergi ajerlah. Apa masalahnya?” Kata Kak Ana lagi sambil tangan masih lagi sibuk melilit pelilit pada lidi. Wajah Aleeya tidak dipandang.
“Tapi kak…” Aleeya berkata separuh.
“Tapia pa lagi?” Kak Ana masih lagi kosentrate dengan kerjanya tadi. Aleeya dihadapan tetap dilayan.
“Yasrul bagi tau, yang Azizul pun datang jugak. Confirm datang.” Aleeya sudah menongkat dagu di atas meja. Dahi sudah berkerut seribu. Rasanya, tudung yang dipakai pun sudah senget benget. Sesenget dengan kepalanya sekarang ini.
Kak Ana hanya menarik senyum segaris. Wajah Aleeya dipandang sekilas. “So, what the problem?” Kak Ana bertanya.
Aleeya mengeluh perlahan. Tangannya memintal-mintal riben yang sudah berselirat dihadapan mata. “Problemnya dah tentulah dia datang dengan isteri dia. Cikgu Lily tu.”
“Memanglah sayang oii. Dah itu isteri dia. Takkanlah pulak dia nak bawak nenek dia kut.” Kata Kak Ana bersahaja. Bunga reben di baling ke muka Aleeya tapi sempat Aleeya mengelak.
Aleeya menjeling kea rah Kak Ana. Orang tengah serius ni, boleh pulak Kak Ana buat lawak. “Orang tak tau macam mana orang nak berdepan dengan dia nanti. Lepas clash, orang dah tak pernah jumpa dia. Dah empat tahun, Kak Ana.” Aleeya mula bercakap secara serius. Pandangan dilemparkan keluar kedai. Memerhati orang ramai yang lalu lalang.
“Leeya masih tak dapat lupakan dia lagi ker?” Tanya Kak Ana.
“Tak tau kak. Memang orang tak tau. Orang takut, nanti bila jumpa nanti, orang jadi down.” Aleeya menyembam muka ke atas meja.
Kak Ana yang hanya memerhati tingkah Aleeya geleng kepala. Parah jugak ni. “Sebenarnya, Leeya tu ikut perasaan sangat. Pergi ajer. Buat macam tak ada apa-apa. Tunjuk pada Azizul yang Leeya dah okey. Dah boleh hidup gembira. Dia tak ada pun Leeya tetap bahagia.” Tutur Kak Ana lembut. Kepala Aleeya diusap perlahan.
Aleeya mengangkat muka. “Boleh ker?” Tanya Aleeya kemudian.
“Mesti boleh. Chayok!!..Chayok!!.” Kak Ana berkata dengan penuh semangat. “Tapi akak nak Leeya ingat satu perkara ajer. Nanti, bila dah jumpa dengan Azizul, jangan pulak nak pandai-pandai bukak cerita baru pulak dengan dia. Akak tau, yang Azizul ada cari Leeya baru-baru ni kan. Leeya tak bagi tau akak pun akak tau. Azizul tu suami orang Leeya. Jangan cari pasal buat skandal dengan suami orang. Ingat tu.” Sambung Kak Ana lagi. Kali ini lebih kepada bunyi seperti amaran keras.
Aleeya menelan air liur. Macam mana Kak Ana boleh tahu mengenai perkara ini, Aleeya tidak tahu. Dasyat lah Kak Ana. Internet bergerak mana pulak ni yang menyampai berita. “Mana akak tau hal ni?” Tanya Aleeya.
Kak Ana hanya tersenyum. “Adalah. Rahsia.”
Aleeya mencebik.
“Tapi ingat Leeya. Jangan nak buat skandal. Ni akak bagi amaran ni.” Tegas Kak Ana.
“Tau. Emak pun dah ingatkan banyak kali.” Jawab Aleeya perlahan. Riben ditangan masih dipintal-pintal. Macam nak buat ketupat. “Tapi kak orang tak ada baju nak pakai. Mana ada standby semua tu.”
“Apa susah. Kat butik ni, melambak-lambak baju. Pilih ajer. Nak pakai sari, Cheongsam, songket. Semua ada.”
Aleeya memerhati baju-baju pengantin yang tergantung di dalam butik Kak Ana. Pecah ketawanya. Gilalah nak suruh aku pakai baju ni semua. Tolonglah. Janganlah nak over tak bertempat. “Taknak ar kak. Glamor sangat baju-baju ni semua. Baju biasa pun okey. Janji tema dia tradisional.” Mengada-ngada betul AJK majlis ni. nak bertema-tema pulak. Nasib tak dibuat tema macam Party Masqured tu. Kalau tak, mesti sorang-sorang macam budak Tadika Kemas masuk pertandingan pakaian beragam.
“Small matter lah. Dalam wardrobe akak ada macam-macam baju tradisional. Nak kebaya. Kurung. Baju Pahang. Kurung Kedah. Semua ada. Nanti akak buat fitting. Bagi masuk dengan badan Leeya.”
“Ek.” Aleeya angkat kening.
Kak Ana hanya mengangguk laju.
“Tapi kak..”
“Tapia pa lagi…….” Kak Ana terlebih dahulu memotong. Banyak bunyi betul Aleeya ni. tapi..tapi..
“Orang tak ada member nak pergi?” Aleeya mencebik. Sekali lagi dia meletakkan kepala di atas meja.
“Angah.” Cadang Kak Ana.
“Tak nak ar Angah. Angah perempuan.” Kata Aleeya.
“Ijat.”
“Under age. Tak sesuai.” Aleeya menggeleng kepala.
“Okeylah tu. Ijat temankan.”
“Mana ada orang pergi reunion bawak adik sendiri kak. Julia pergi dengan Afzal, Abab dengan Khairi, Nana dengan Shah… habis orang??” Aleeya menuding jari telunjuk tepat pada mukanya sendiri. “Orang pun nak jugak ada somebody yang temankan.” Aleeya menutur rendah antara dengar dengan tidak.
Kak Ana yang dapat menangkap, pantas membaling segulung riben ke arah Aleeya. “Gatal kamu ni Leeya.” Pecah ketawa Kak Ana.
Kali ini Aleeya tak sempat mengelak. Habis merah hidung kena baling dengan reben. Nasib segulung reben. Kalau batu sungai yang kak pergi baling tadi, mau patah batang hidung. Sudahlah hidung pun kemek nanti habis landai ajer. “Saki tar kak. Main kasar pulak.” Getus Aleeya.
“Zain!!!” Petik Kak Ana.
Errkk.. Zain!!! Macam mana Kak Ana boleh petik nama mamat ni. Nampak macam bernas. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjadi peneman atau dalam erti kata lain, untuk jadi partner pada majlis itu nanti. Zain calon paling sesuai. Perfect. Tapi takkan aku yang nak pergi ajak kut. Segan sangat tu.
Kak Ana angkat kening. “Call dia. Minta dia temankan.” Kak Ana sudah mengukir senyum segaris.
“Seganlah kak.”
“Segan apa pulak. Call ajer.” Telefon bimbit sudah disuakan kepada Aleeya.
Teragak-agak Aleeya ingin menghubungi Zain. Kak Ana dipandang.
Kak Ana hanya menganguk.
“Seganlah kak.”
Telefon bimbit ditangan Aleeya dirampas. Segera Kak Ana mencari nombor telefon Zain di dalam buku telefon. Kemudian terus Zain ditelefon. Aleeya hanya memerhati.
“Assalamualaikum.” Panggilan bersambut.
Kak Ana menarik senyum segaris. “Waalaikummusalam. Zain, ni Ana ni. ermm.. Ada orang nak mintak tolong.” Aleeya dipandang.
“Tolong? Tolong amendanyer.”
Kak Ana sudah mula berkira-kira mahu mengatur ayat. “Sebenarnya gini. Ada budak ni, nak pergi reunion sekolah, tapi tak ada teman. Nak suruh awak lah temankan dia.”
“Budak mana Ana?” Zain pura-pura tanya.
Ketawa Kak Ana pecah tanpa dipaksa. “Alah budak yang tu lah.” Mulut dijuih kea rah Aleeya yang sudah jelas berkerut dahinya.
“Owwhh.. budak tu ek. Okey. Tak ada hal. Tapi dengan syarat. Budak tu kena ikat kontrak selama satu bulan 30 hari keluar makan tengah hari dan makan malam dengan saya. Lagi satu, dalam masa tu jugak dia pergi kuliah kena saya yang hantar, saya yang ambil tanpa sebarang alasan. Tanpa sebarang bunyi. Boleh??”
Memang Kak Ana sudah tidak boleh menahan tawanya lagi. Bila Zain sempat berfikir semua ini? Masaklah Aleeya lepas ni. Kena dengan Zain. Sebulan tu.. “Okey. Budak tu kata bisa di atur.”
Aleeya angkat kening. Apa yang tiba-tiba bisa di atur ni? Dari tadi Aleeya hanya menjadi pemerhati terhormat memerhati Kak Ana yang sedang berbual dengan Zain ditelefon. Kejap gelak. Kejap senyum. Kejap mengangguk. Ermm…
“Kalau macam tu okey. Awak jadi saksi.”
Kak Ana tersengih memandang Aleeya. “Orait. Tak ada hal. Kalau tak ada apa-apa, nanti kita jumpa. Pasal nak pakai apa, don’t worry. Semua berehh!!”
“Okey. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.” Talian dimatikan.

No comments: