Wednesday, December 17, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 14

“Siapa bilang gadis Melayu tak menawan. Tak menarik hati tiada memikat. Kalau lah sungguh tak mungkin aku tertarik. Kalau lah sungguh tak mungkin aku kan jatuh…” Zain berlagu riang sambil tangan sibuk menyikat rambutnya yang sudah dipotong pendek petang semalam. Nak jadi pekerja cemerlang, pekerja contoh kenalah jaga attitude dan penampilan diri. Bila perasan rambut sudah mencecah ke kolar baju pandai-pandailah pergi kedai gunting rambut. Sendiri mahu ingat. Gel disapu ke atas rambut biar nampak terpacak sikit. Macam iklan Brylcream, Barulah stylo.
Memegang jawatan sebagai seorang jurutera di syarikat pembinaan yang agak terkenal itu memaksa dirinya untuk kelihatan segak selalu walaupun skop kerjanya adakala menuntut dia untuk selalu ke tapak projek yang sedia maklum tahap kepanasan sinaran mentari. Lagipun, sudah lumrah, jika menjadi seorang ketua, perlulah menunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Mana boleh ikut suka sahaja.

“Happy nampak. Sejak bila Akademi Fantasia buat audition tengah-tengah malam ni.” Badri mengejutkan teman serumahnya yang kelihatan seperti baru menang loteri itu dari arah belakang. Badri menggaru kepala yang tidak gatal. Apa kena dengan mamat ni. Dua tiga menjak ni lain benar perangai dan tingkah lakunya.

Dah lama Badri tidak melihat Zain seronok seperti sekarang ini. Apa fenomena telah melanda. Kalau dulu, Badri sudah sedia maklum. Tentu-tentu sahaja temannya itu sedang hidup berbahagia dengan insan tersayang bergelar kekasih hati walaupun semasa itu Zain hanya menyanyi lagu-lagu cinta versi nasyid seperti Nur Kasih, Impian Kasih dan macam-macam lagilah. Walaupun Zain berjiwa rock kapak parang kontot, diikutkan juga mendengar lagu-lagu nasyid. Maklumlah kekasih hatinya itu bakal ustazah. Nak mengorat bakal ustazah, kenalah belajar dengar lagu nasyid. Dendangkan lagu-lagu nasyid yang indah itu buat halwa telinga insan tersayang. Tapi, itu cerita dua tahun lepas. Semasa itu ada Aisyah Syuhada disisinya. Sekarang, amboi-amboi-amboi-amboi……. Sudah pandai menyanyi lagu Gadis Melayu nyanyian asal Othman Hamzah dipopularkan kembali oleh Jamal Abdillah. Macam manalah Badri tidak garu kepala.
Zain menarik nafas dalam-dalam. Kus semangat. Boleh luruh jantung aku tadi dibuatnya dengan Si Badri. Masuk bilik orang main terjah ajer. Tak tau bagi salam. “Kau ni datang dari mana? Tiba-tiba muncul masuk dalam bilik aku tak bagi salam.” Zain merungut-rungut memarahi Badri. Setahunya, tadi Badri tiada di rumah. Katanya ingin keluar dengan buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar. Ini tiba-tiba dah elok berdiri tegak depan mata apa cerita. “Kata nak keluar dengan Zahira.” Sambung Zain lagi apabila melihat Badri hanya memerhatikan dirinya yang sedang bersiap. Asyik sangat Badri memerhati Zain. Apa kena dengan housemate aku yang seorang ini. Sudahlah dia seorang sahaja teman serumah yang tinggal selepas Farhan berpindah rumah kerana telah berumah tangga. “Jangan nak buat hal Bad. Aku masih teruna.” Hati Zain berkata. Ya Allah. Apa yang aku melalut ni. Minta dijauhkan benda-benda ini semua. Geli tengkuk bila mengingatkan tentang hubungan sejenis yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa mereka ini sudah tidak tahu untuk membezakan yang halal dan haram. Aku teruna sejati. Bukan kategori lelaki suka lelaki. “Apa kau pandang-pandang aku macam ni Bad.” Zain memukul bahu Bad.
Pukulan itu membuatkan Bad tersentak. Sakit. “Apa ni Zain. Nak buat macam WWF ker?” Bad menahan geram. Penumbuk di tala dekat ke muka Zain. Sebelah lagi tangannya menggosok-gosok bahu yang sakit tadi bahana kena pukul dengan tangan Zain.
Zain mengekek ketawa melihat muka Badri berkerut-kerut menahan sakit. “Sorrylah. Malam ni tak boleh. Aku buzy. Kau duduklah rumah layan WWF sorang-sorang. Aku nak keluar.”
Badri mencebik bibir. Ek ena.. Kerek semacam ajer gayanya. Zain nak keluar malam dengan siapa? Timbul persoalan di hati. “Kau nak keluar dengan siapa?” Badri menyoal. Hajat dihati nak korek rahsia teman baiknya itu. Tidak pernah mereka berdua merahsiakan apa-apa. Maklumlah. Dua-dua sudah buat perjanjian untuk memegang jawatan tambahan sebagai penasihat kiri kanan depan belakang masing-masing. Ini tuan penasihat pun tak tau apa yang dah terjadi apa kes?
Zain mengukir senyum yang tak tau macam mana rupa. “Adalah.” Itu sahaja jawapan yang diberikan buat soalan Badri tadi.
“Cakaplah kau nak keluar dengan siapa?” Badri bertanya lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang diterima.
“Nanti aku ceritalah. Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu.” Zain terus keluar dari bilik menuruni anak tangga. Dibiarkan Badri terpinga-pinga di atas katil. Enjin kereta dihidupkan. Mapley time!!!!!!!!!!!!!

Sekali lagi Aleeya melihat jam di pergelangan tangan. Ini yang paling aku pantang. Janji pukul Sembilan tapi dah pukul 9.30 masih tak nampak bayang lagi. Dia terlupa ker? Tak mungkin. Sebelum Maghrib tadi Zain terlebih dahulu telah menelefon Aleeya tentang rancangan mahu keluar makan bersama di mapley An Nazmaju Prisint 9 malam ini on. Aleeya menyelak-nyelak buku menu yang ada di atas meja. Sudah sepuluh kali dia melihat menu yang ada di dalam buku itu. Rasanya sudah dihafal setiap menu yang terdapat di restoran mapley ini. Lagipun, sudah acap kali Aleeya makan di sini, sehinggakan anei tukang ambil order pun dari jauh sudah melambai tangan tanda Aleeya pelanggan setia yang tak jemu-jemu datang.
“Sorry. I’m late darling.” Slumber Zain berkata dengan riak muka tak bersalah.
Aleeya mencebik bibir. Ini apahal speaking London tak tentu pasal. Muka macam tak berperasaan ajer, atau Zain tak perasan yang dia dah terlewat hampir 45 minit. “Apahal lambat.” Aleeya bersuara keras.
Zain hanya tersengih. Tangannya melambai-lambai ke arah anei yang tengah elok berdiri di tepi kaunter pembayaran. Segera anei tadi datang ke meja Zain dan Aleeya untuk mengambil pesanan.
“Kau nak makan apa?” Zain bertanya.
“Anei, kasi saya cheese nan sama itu ayam tandoori. Minum saya mau teh tarik kasi besar punya gelas. Okey.” Aleeya mengenyitkan mata ke arah anei yang sedang mengambil pesanan itu. Bukan sengaja mahu menggatal dengan anei itu, tetapi dia sendiri sudah kenal sangat dengan pekerja-pekerja di Restoran An Nazmaju ini. Sudah terbiasa bergurau macam itu.
Anei tersebut mengalihkan pandangan matanya ke arah Zain pula.
“Sama.” Pantas Zain menjawab.
Aleeya mengetuk-ngetuk meja dengan jari. Sebelah tangannya menongkat dagu. Nak borak apa ni? Mati kutu aku. Pandangannya di tala ke muka Zain pula. Lantas dia hanya mengukir senyum sumbing. Kepala yang tidak gatal digaru. “Apahal rambut mamat ni dah macam duri landak ajer. Entah gel apa yang dia pergi sapu.” Hati Aleeya berbisik nakal.
Zain dihadapan hanya memerhati tingkah laku Aleeya itu. Pasti gadis itu tidak selesa bersamanya. Sudah seperti cacing kepanasan sahaja gayanya. Gelisah semacam.
“Kalau kau lambat lagi lima minit tadi, aku balik terus.” Akhirnya Aleeya memecahkan tembok kesunyian yang melanda mereka berdua.
Zain hanya buat tak tahu. Dari tadi dia begitu asyik memerhati setiap tingkah laku Aleeya. Timbul juga rasa tidak faham di dalam diri. Masakan Aleeya yang selalu buat kerja part time sebagai seorang mak andam itu akan keluar dari rumah tanpa sebarang solekan yang menempek di mukanya. Ketika Zain pergi buat serang hendap ke pejabat Aleeya dulu pun, Aleeya tidak mengenakan sebarang solekan. Cukup sekadar hanya bedak muka dan lip gloss sahaja. Tapi mala mini, jangankan lip gloss. Bedak pun dia tak sempat pakai agaknya. Muka pucat semacam. Inilah akibatnya kalau selalu sangat mengenakan solekan. Habis hilang serinya. Nasib kulit muka bersih tanpa sebarang cela. Tapi, hati Zain turut mengakui, tanpa sebarang solekan pun, gadis itu tetap manis. Tambah-tambah lagi apabila dia ketawa. Timbul lesung pipit yang melekuk di kedua-dua belah pipinya.
Aleeya mengerutkan dahi. Apa aku tengah bercakap dengan kerusi dah meja ker? Zain boleh buat tak tau ajer ni. Sejak bila dia jadi OKU ni. Tangan dilambai-lambaikan ke arah muka Zain. “Halloo..” Tegurnya.
Ternyata, tindakan Aleeya tadi membuatkan Zain tersentak. Kemudian dia mengukir senyum segaris. “Apa kau tanya aku tadi?” Zain bertanya kembali. Minta diulang semula apakah pertanyaan Aleeya kepadanya sebentar tadi.
Aleeya mendengus geram. Mana planet Zain jejak tadi. Sampai aku cakap pun dia tak dengar. “Aku cakap, kalau kau lambat lagi lima minit tadi, aku terus balik.” Ulang Aleeya satu persatu.

Zain tersengih. “Mana aku tau kau datang on time. Biasa kalau orang perempuan ni. Pantang diajak keluar. Bersiap punyalah lama. Aku saja bagi kredit time dekat kau tadi tu. Tu yang aku lambat sikit. Takut nanti aku yang terpaksa menunggu kau lama. Tapi aku tetap terharu sebab kau terlebih exited nak jumpa aku sampai sanggup tunggu lama.” Zain mula tersengih nakal.
Aleeya menghadiahkan jelingan maut buat Zain. Zain ni. Memanglah. Ada sahaja modal nak kenakan aku. “Aku ni berpegang pada janji. Bukan macam kau. Cepat sangat lupa. Ini mesti kategori Melayu mudah lupa.” Sekali Aleeya sound Zain dengan ayat berapi.
Perbualan mereka terhenti seketika kerana memberi laluan kepada pesanan penaja. Anei yang mengambil pesanan tadi datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas teh tarik gelas besar dan dua pinggan besi berisi cheese nan dan ayam tandoori. Setelah anei tadi pergi, Aleeya sudah mula mahu membelasah chesse nan dan ayam tandoori yang sudah elok terhidang di depan mata. Baru dia hendak berbuat demikian, Zain sudah berdehem memberi isyarat untuk menadah tangan. Ya Allah. Malunya aku. Ni sah-sah sikit lagi Zain akan mengata aku gelojoh sangat sampai tak ingat nak baca doa. Bukan gelojoh. Tapi lapar sangat. Punyalah jual mahal tadi dengan Iwa, Anis dan Aida menolak pelawaan untuk makan malam bersama di rumah. Bukan apa, kalau awal-awal dah bedal nasi, macam mana nak pekena cheese nan dan ayam tandoori. Dari petang tadi sudah teringin nak makan makanan favourite aku tu.
“Lapar sangat ker?” Tutur Zain lembut. Timbul pula rasa kasihan pada Aleeya. Pasti Aleeya tidak makan apa-apa lagi sejak dari tadi.
Aleeya hanya menganggukkan kepala. Terasa wajah sudah mula membahang kerana menahan rasa malu. Biarlah. Dah memang aku kelaparan.
Melihat pinggan besi Aleeya yang hampir licin itu, Zain memulakan sesi suai kenal, beramah mesra. “Leeya, kenapa kau tak bersolek malam ni?” Tanya Zain. Kemudian dia tersengih sendiri. Apa soalan aku tanya entah. Hentam sajalah Labuuu…
Aleeya mengangkat muka memandang tepat ke muka Zain. “Kenapa? Kau ada masalah ker kalau aku macam ni?” Aleeya tidak menjawab soalan Zain itu tadi, sebaliknya diberi soalan lain pula untuk lelaki itu menjawab.
Zain tersenyum. Susah sangat ker nak jawab soalan aku tadi. Aku bagi dia soalan, dia pulak bagi balik soalan pada aku. Sah-sah tak faham dengan kehendak soalan aku tadi. “Saja tanya.”
“Kalau saja tanya tak payah lah aku susah-susah nak jawab.” Kata Aleeya. Cebisan cheese nan terakhir masuk ke dalam mulut.
Zain membulatkan mata. “Aleeya.”
“Zain.”
“Aleeya.”
“Zain.”
Tersembur ketawa ke dua-duanya.
“Kadang-kadang aku pelik tengok kau ni.” Sambung Zain dengan ketawa yang masih bersisa.
Aleeya mengerutkan dahi. “Aku macam alien ker? Rasa aku sama ajer macam kau. Ada mata, ada telinga, ada hidung, ada mulut. Kalau aku macam alien, kau pun alien jugaklah kan.” Aleeya berkata kepada Zain.
Zain mengetap bibir. Lawyer buruk punya budak. Ada ajer nak menjawab cakap orang. “Tak adalah. Kau buat part time jadi mak andam. Tapi kau sendiri tak bersolek. Kadang-kadang aku tengok kau terlebih mesra alam sampai anei ambil order pun kau boleh main kenyit-kenyit mata. Kadang-kadang kau jadi dingin macam air botol dalam freezer.”
Aleeya ketawa melihat muka Zain berkerut-kerut menahan geram. “Itu yang kau pelik? Apalah kau ni Zain. Aku malaslah nak pakai make up hari-hari. Aku kalau pakai make up terasa macam bintang melekat dekat muka lah. Tapi kalau nak pergi mengandam orang tu, nak tak nak aku pakai jugaklah. Nanti, kalau aku pergi mengandam dengan muka pucat lesi, orang pun tak yakin yang aku ni mak andam. Walaupun jadi mak andam terjun. Kena buat pelanggan yakin.” Panjang lebar penjelasan yang diberikan.
“Ek?..” Zain angkat kening. “Habis yang kadang mesra kadang dingin tu kenapa pulak? Aku jealous tau kau kenyit-kenyit mata dengan anei tu tadi. Bukan main lagi. Ketumbik mata tu karang, baru padan muka. Dengan aku punyalah kau kerek semacam. ” Nada suara Zain sengaja dibuat macam orang tengah merajuk minta segera dipujuk.
Tersembur ketawa Aleeya mendengarnya. Apalah Zain ni. Ada ker dengan anei yang datang dari Madras itu pun dia nak jealous. Sah ada satu wayar sudah short dalam kepala dia tu. “Mana ada aku dingin dengan kau. Kalau aku dingin dengan kau, tak ada maknanya aku keluar dengan kau malam ni tau. Kau buat tuduhan tak berasas tau dekat aku.” Jelas Aleeya.
Zain tersenyum. “Jadi kau keluar dengan aku malam ni apa maknanya? Atas alasan apa?” Zain kembali menyoal. Bagi soalan berbelit-belit sikit. Biar Aleeya pening kepala nak bagi jawapan yang paling kreatif untuk soalan aku ini.
Aleeya mengeluh perlahan. Ditenung wajah Zain yang tenang tidak berkocak itu. “Alasan nombor satu. Sebab kau nak belanja aku makan. Mana boleh tolak rezeki datang bergolek. Alasan nombor dua. Sebab kau yang beriya-iya sangat nak ajak aku keluar. Aku tak biasa nak hampakan harapan orang. Jadi aku ikutkan jugak. Alasan nombor tiga. Sebab kau kawan aku. Apa salahnya keluar dengan kawan sendiri. Puas?” Macam bertih jagung mulut Aleeya memberi penjelasan sekali gus menjawab pertanyaan dari Zain tadi. Apa Zain ingat dia seorang ajer boleh reka soalan KBKK untuk aku. Macam aku tak boleh nak berfikir secara kritis dan kreatif. Ini Nurul Aleeya lah. Small the pieces la soalan Zain tadi.
“Kawan?” Zain bertanya kembali.
Aleeya mengangguk. “Ya. Kawanlah.”
“Kau tau sebab apa aku beriya-iya sangat nak keluar dengan kau?” Zain sekadar menyoal.
Teh tarik diteguk perlahan. Aleeya memandang kembali Zain dihadapannya. Kening diangkat.
“Sebab aku nak kenal kau dengan lebih rapat lagi. Sebab aku rasa…” Kata-kata Zain mati disitu.
Aleeya mengerut dahi. “Kau rasa apa?” Aleeya menyoal Zain apabila kata-kata lelaki itu tadi mati di separuh jalan. “Rasa teh tarik, cheese nan ataupun ayam tandoori.” Aleeya menyambung lagi.
“Sebab aku rasa aku suka kau.” Rendah Zain menuturkannya.
Aleeya menelan air liur. Wajah sudah mula membahang. Darah panas sudah menyerbu naik ke muka. Sudah aku jangkakan. Terfikir-fikir Aleeya sendiri, jawapan apakah yang patut diberikan kepada Zain ketika saat ini. Zain terlalu drastic. Terlalu cepat seperti KLIA Express. Barangkali terlalu pantas seperti Soyuz yang memasuki ke ruang angkasa. Masakan baru dua kali berjumpa secara berdua-duaan, SMS kadang kala, telefon ikut mana dan, Zain sudah mula menyukai aku. Kalau suka berkawan. Aku boleh terima. Memang aku juga menyukai dia sebagai seorang kawan yang baik walaupun baru sahaja berkenalan. Tapi, daripada nada Zain menuturkan kata sukanya itu tadi menimbulkan syak wasangka. Tentu suka Zain itu membawa makna lebih dari sekadar suka sebagai kawan. Tetapi lebih kepada suka sebagai….
“Suka?” Aleeya sekadar berpura-pura bertanya.
Zain mengetap bibir. Dia tahu. Aleeya faham maksud kata-katanya tadi. Tapi, Aleeya.. Biasalah. Gadis itu pasti punya macam-macam alasan untuk mengelak. “Lu pikirlah sendiri.”
Aleeya hanya tersenyum nipis. Senyuman plastic yang sengaja dibuat untuk menyembunyikan rasa getar di dalam hati. “Zain.” Tuturnya sedikit lembut. “Apa-apa pun, biarlah kita berkawan dulu. Aku lebih selesa kalau kita jadi kawan. Itu lagi seronok. Aku tak bersedia dengan sebarang komitmen pada relationship. Aku harap kau faham. Lagipun kita baru kenal kan.” Terang Aleeya satu persatu. Besar harapannya agar Zain dapat faham dan tidak terlalu menaruh harap.
Zain hanya mengangguk lemah.
Aleeya tersenyum. Baguslah Zain boleh faham.
“Tapi aku tak akan putus asa. Selagi boleh aku akan cuba. Cuma aku harap kau boleh bagi aku peluang. Jangan nanti kau boikot tak nak keluar dengan aku lagi, sudahlah. Aku baru nak mulakan langkah pertama nak tackle kau ni.” Zain kembali bersuara ceria.
Aleeya ketawa, apabila kata-kata Zain itu tadi menerjah masuk ke dalam telinga. Zain memang pandai buat trick untuk menjadi pencuri hati wanita. Tentu dia player terbaik dalam permainan hati dan perasaan. Pasti dia sudah punya pengalaman sebegini semasa belajar di UTM dulu. Patutlah gaya expert sahaja. Tidak macam seorang amatur yang baru mula mahu belajar bercinta.
“Kau nak tackle aku?” Soal Aleeya.
Zain mengangguk. “Kenapa? Tak percaya?” Tuturnya.
Aleeya tersenyum. “Tengoklah macam mana nanti. Kalau kena caranya.”
“Cara?”
Aleeya mengangguk.
“Nak pakai kapak? Parang kontot? Senapang patah? M16? Meriam buluh? Bom tangan?”
Aleeya mendengus geram. Ada sahaja modal Zain untuk buat lawak bodoh peringkat antarabangsa dengannya. Tak macam gaya orang tengah frust. “Kau ingat aku awek Taliban ker sampai nak siap sedia dengan semua tu.” Kata Aleeya geram.
Zain hanya tersenyum. “Habis tu macam mana? Dah itu ajer cara yang aku rasa boleh pakai. Kalau aku pakai ayat jiwa-jiwa, berbunga-bunga nanti kau kata aku mat jiwang karat pulak.”
Aleeya mencebik bibir. “Apaper ajerlah.” Malas Aleeya mahu melayan Zain. Zain bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan. Makin menjadi-jadi. Siang jadi engineer. Malam jadi pelawak antarabangsa.
“Dah lah tu. Jom balik. Dah pukul sebelas dah ni. Tak baik anak dara berembun malam-malam.”
Aleeya tersengih. Tau takpe. “Okey.”
Aleeya dan Zain terus bangun dari kerusi setelah selesai membayar semuanya. Mereka jalan beriringan menuju ke kereta.
“Berkilat kereta.” Tegur Zain apabila melihat kereta MyVi SE merah cili milik Aleeya itu berkilat seperti baru keluar dari kilang.
Aleeya mengangkat kening. “Mestilah. Ini boyfriend aku tau.” Tutur Aleeya sambil tangan mengusap-ngusap badan MyVi SE kesayangannya itu.
Zain mencebik. “Owhh. Kalau aku, ini isteri nombor dua aku.” Katanya pula sambil tangan mengetuk perlahan Chevrolet Optra di sebelah.
Aleeya mengetap bibir. Tak habis-habis nak menunjuk. “Habis. Isteri nombor satu kau siapa pulak.” Tanya Aleeya kembali.
Zain tersenyum. “Wife-in-the-making. Adalah.” Zain menjeling kepada Aleeya sambil tangan membuka pintu kereta. Sempat dia menghadiahkan senyuman nakal buat Aleeya.
Aleeya sudah hilang modal untuk membalas balik. “Okeylah aku balik dulu.” Terus Aleeya masuk ke dalam perut kereta.
Sebelum Aleeya masuk gear reverse, telefon bimbitnya berbunyi. Mesej dari seseorang. “Pagi esok bangun awal. Jangan lupa sembahyang Subuh.” Mesej penutup dari Zain barangkali untuk malam ini. Aleeya memandang Zain di dalam kereta di sebelah. Zain hanya melambai tangan dan tersenyum. Terus mengundur ke belakang dan meluncur laju.

Mesej yang diterima dari Zain sebelum pulang ke rumah tadi amat-amat mengusik jiwa wanitanya. Mesej yang hampir sama bunyinya yang pernah di terima dulu ketika bersama Azizul. Selalu sahaja lelaki itu menghantar mesej peringatan agar bangun awal dan jangan lupa untuk solat Subuh sebelum pulang dari dating. Kehadiran Azizul dalam hidup Aleeya dahulu, benar-benar membawa perubahan yang besar ke atas dirinya. Kalau dulu sampai naik berbuih mulut emak menyuruh, sampai abah kena guna kekerasan untuk menyuruh anak dara yang seorang ini untuk sembahyang menyembah Allah yang Maha Esa, tetapi hadirnya Azizul mengubah setiap inci tingkah laku Aleeya. Sudah mula membuka semula Al-Quran yang telah lama ditinggalkan semenjak khatam ketika darjah empat. Paling ketara adalah Aleeya mula mengenakan tudung di dalam kehidupan sehariannya. Tiada lagi gaya rambut mengurai macam Pontianak. Aleeya berubah untuk insan yang paling disayangi.
Aleeya meraup muka dengan kedua telapak tangan. “Ya Allah. Kenapa dia yang aku ingatkan? Aku pohon, kau jauhkanlah dia dari hati dan ingatanku ini.” Doa Aleeya di dalam hati.
Terselit juga rasa bersyukur teramat sangat, walaupun tiada jodoh antara dia dan Azizul, Aleeya tetap tidak berpaling pada gaya Nurul Aleeya yang dahulu. Kalau dulu, perubahan dilakukan atas sebab untuk nampak elok dihadapan Azizul, nampak sempurna di mata Azizul, tapi kini semuanya ikhlas kerana Allah. Bukankah pujangga Islam pernah berkata ‘Wanita adalah hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah.’ Aku bukanlah tergolong dalam golongan wanita solehah. Tetapi akan ku cuba ke arah itu. Insyaallah. Kalau sudah pasang niat yang baik dalam hati. Pasti Allah akan memberi jalan, pemudah cara untuk ke arah itu. Bila Aleeya sudah pandai berfikir secara rasional seperti ini, itu tandanya Aleeya sudah mula menjadi anak gadis yang dewasa. Dewasa? Memanglah sudah dewasa. Padanlah dengan umur yang bakal menginjak ke angka 23 tahun dalam beberapa bulan lagi. Cuma untuk menjadi wanita yang dewasa dan matang itu… Ermm.. Wallahualam.

4 comments:

nana_yoong said...

BEST..harap2 hati aleeya cepat2 terbuka utk zain

Anonymous said...

emm bhrp gak jodoh dorang..hehe..

swt per..:)

*swit hanna*

Anonymous said...

bestttt

Anonymous said...

cuke meh ngan citew ni..suke zain n aleeya tuh..comel sungguh mereka..