Monday, February 8, 2010

Awatif Bab 5

BAB 5
Awatif berlari-lari anak untuk segera mendapatkan Jojie yang sedang melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Sampai di tempat Jojie sempat dia menarik nafas berkali-kali akibat lelah berlari. Matanya bersinar apabila melihat Jojie mengisyaratkan mulutnya menjuih kea rah tempat Amanda sedang berehat. Jelas terukir senyuman di bibir Awatif. Senyumannya sudah sampai ke telinga nasib baik sahaja masih muat muka. Namun begitu senyuman yang mekar tadi bagai bertukar kelat sedikit apabila dia terpandangkan PR Amanda yang garangnya mengalahkan ibu singa. Sudahlah ibu singat itu duduk bersebelahan Amanda. Terasa langkah Awatif perlahan menapak menghampiri Amanda. Dia sebenarnya takut apabila melihat muka Linda yang tak habis tegang itu. Entah botox apa yang masuk dalam kulit muka Linda sampai tak tahu nak senyum dengan orang. Sombong!!! Kutuk hati Awatif.
Sedaya upaya Awatif buat tidak tahu sahaja pada pandangan Linda yang menikam menusuk kalbu. Dia tegak ajer menonong terus mendapatkan Amanda. Ketika melintasi di hadapan Linda sempat pulak tu dia memberi jelingan maut.
Linda yang sekadar memerhati budak kampong yang bernama Awatif ini hanya menggeleng kepala. Nanti kalau ada yang sentap dengan sikap Amanda sekejap lagi jangan pulak nak datang mengadu dengan dia. Nak kata tak diberitahu, awal-awal lagi dia dah perhalau balik.
“Cik Manda!!” Tegur Awatif ramah. Dia dengan berani menjeling Linda lagi sekali.
Amanda yang sedang membelek-belek majalah Cosmopolitan yang kebetulan wajahnya menjadi penghias muka depan majalah itu mengangkat muka untuk melihat gerangan empunya suara yang menegurnya. Gerangan yang mengganggu waktu rehatnya juga. Pandangannya jatuh pada budak kampung yang telah mengotorkan bajunya semalam. Di paksa bibir mengukir senyum plastic yang nyata kelihatan cukup sumbing pada pandangan mata sesiapa yang melihatnya. Senyum tak ikhlas!!
“Awak…” Kata Amanda cuba berlakon bagai tidak mengenali budak yang sedang berdiri di hadapannya kini.
“Awatif.” Laju Awatif menjawab. Barangkali Amanda terlalu sibuk menghafal skrip agaknya sehingga nama dia yang sepatah itu pun Amanda tidak bisa ingat. Tak apalah. Dia bukan Misha Omar. Hatta bukan juga Siti Nurhaliza pun. Yang bila di sebut sahaja namanya terus semua orang tahu. Semua orang kenal. Dia sekadar Awatif Rahman. “Yang semalam tu. Yang jatuh. Yang penuh lumpur tu.” Awatif cuba menghuraikan kejadian yang menimpa dirinya semalam kepada Amanda. Sedaya upaya dia ingin Amanda ingat kejadian semalam. Dia juga mahu Amanda boleh ingat dialah insan yang Amanda tolong semalam.
“Owwwhhh…” Amanda sekadar mengangguk-anggukkan kepala. “Awak buat di sini?” Soalnya endah tidak endah. Sekejap-sekejapnya matanya jatuh kembali kepada helaian Cosmopolitan. Membaca apa yang ditulis oleh wartawan mengenai dirinya. Seperti biasa dia sedikit menyirap bila ada segelintir wartawan yang menulis gossip-gosip liar mengenai hidupnya. Wartawan ini memang tidak ada kerja agaknya. Hanya mengharapkan gossip murahan semata-mata untuk melariskan hasil jualan majalah. Untuk meningkatkan rating. Rungut Amanda di dalam hati.
Melihat Amanda kembali membaca majalah, membuatkan Awatif menjadi terpinga-pinga. Dia paksa bibirnya untuk tersengih manakala jari jemarinya mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Cik Manda. Saya datang sini nak jumpa Cik Mandalah.” Jawab Awatif kepada soalan Amanda tadi. Dia teragak-agak untuk menjawab tadi kerana Amanda kelihatan ralit sangat melihat setiap inci wajahnya yang terpampang di muka majalah.
Amanda mengangkat wajah lagi. Kali ini majalahnya sudah pun ditutup. Agak kasar cara dia menutup majalah ditangan. Dilempar di atas kotak alat solek Jojie.
Awatif menarik senyuman kecil. Dia tak mampu nak senyum lebar saat ini apabila melihat Amanda merenung dia macam itu. Dia takut. Tangannya menyua beg kertas yang berisi tuala yang digunakan semalam kepada Amanda. Entah kenapa mulutnya bagai terkunci untuk berkata apa-apa.
“Apa ni?” Soal Amanda sedikit dingin. Dia sudah tidak kuasa mahu melayan karenah peminat yang seorang ini. agaknya kalau sudah kampung itu kampung jugak. Pantang Nampak artis. Mereka pun mulalah mengelejat tak senang duduk. Kutuk Amanda. Jengkel dia melihat Awatif yang tidak habis-habis mengangguk urusan kerjanya di set.
“Tuala semalam.” Jawab Awatif lurus.
Amanda melepaskan keluhan. Dia mengangguk sahaja. “Lin ambil ni.” Arah Amanda kepada Linda disebelah tanpa menyambut huluran beg kertas dari tangan Awatif. Kini dia mula mencapai skrip yang terletak diribanya sejak dari dia mula berehat tadi. Dia ingin menghafal skrip untuk babak seterusnya. Dia mahu ambil feel. Dia tidak mahu take sampai sepuluh kali untuk satu babak yang sama. Dia sudah penat. Lagipun ikut jadual hari ini adalah hari terakhir proses pengambaran dilakukan di sini. Dia pun dah tak tahan duduk di tempat jin bertendang macam ni. dia rindu nak balik ke KL. Rindu dengan rutin harian di Kuala Lumpur yang bila-bila masa sahaja dia boleh berhibur. Boleh clubbing.
Awatif masih berdiri tegak. Dia benar-benar menjadi keliru dengan sikap dingin Amanda. Amanda bagai berubah sahaja hari ini. semalam Amanda bukan main lagi. Baik sungguh Amanda melayannya. Tapi hari ini jangankan mahu melayan, bercakap sahaja caranya sudah bagai orang yang meninggi diri. Watak Amanda berubah benar untuk hari ini.
“Bagi sini. Awak boleh pergi sekarang.” Linda bersuara tegas. Beg kertas dari tangan Awatif di ambil.
Awatif berdiri lagi. Hajatnya ke sini bukan sekadar mahu memulangkan tuala milik Amanda, tetapi dia ingin Amanda menurunkan tandatangannya ke atas helaian pertama buku skrap yang dibuat khas untuk Amanda. Tanda dia dalah peminat Amanda yang paling setia dan sentiasa mengikuti perjalanan seni Amanda dari dulu sehingga kini dan selamanya mungkin. Lagi satu tentu sahaja dia mahu bikin kecoh pada Nabila petang karang jika Nabila melihat dia sudah Berjaya mendapatkan autograph Amanda pada buku ini.
“Pergilah. Yang awak terpacak dekat sini lagi buat apa.” Linda berbisik agak keras di tepi cuping telinga Awatif. “Awak tak Nampak ker..”
“Nih..” Sela Awatif sebelum Linda menghabiskan kata-katanya. Ditunjukkan buku skrap di tangan kepada Linda. Matanya cuba merenung mata Linda. Mengharap ihsan agar dibenarkan dia untuk meminta autograph Amanda sendiri. sekejap ajer. Bukan lama.
“Awak ni. Amanda tengah rehat.” Bisik Linda.
“Tapi…”
“No tapi-tapi..”
Suara Linda yang sedikit kuat itu membuatkan Amanda tidak dapat menumpukan kosentrasi pada pembacaan skrip di tangan. “Apa lagi ni Lin?” Soalnya keras.
“Saya tak tahu. Budak ni…” Linda menuding jari kea rah Awatif.
“Apa yang awak nak lagi ni. awak tahu tak sekarang ini saya sedang berkerja. Saya tak suka bila saya tengah bekerja saya menerima gangguan dari luar.” Kata Amanda.
“Tapi saya hanya inginkan Cik Manda sign dekat sini jer. Nak sign….” Jawab Amanda dengan muka blurnya.
Amanda sekadar melihat buku di tangan Awatif.
“Pen?” Katanya sepatah.
Cepat-cepat Awatif mengeluarkan pen dari dalam kocek seluarnya lalu diberikan kepada Amanda.
Amanda mengambil kasar pen dari tangan Awatif. Sepantas kilat dia menandatangani buku skrap Awatif. Kemudian buku itu diserahkan semula kepada Awatif. Dia kembali duduk dan mentelaah skrip.
Awatif hanya memandang buku skrap yang sudah pun beralih tangan. Sedikit terasa hati kecilnya ini bila Amanda sikit pun tak tengok kandungan di dalamnya. Amanda sekadar menandatangani bagai nak tak nak sahaja. perlahan dia berpaling untuk pulang. Sebal rasanya. Sudahlah semasa kemari dia tidak menjamah apa-apa makanan. Selepas itu terpaksa pula menunggu berjam lamanya semata-mata untuk bertemu dengan Amanda. Akhirnya ini yang dia dapat. Dia kecewa bila tidak dihargai. Langkahnya dihayun longlai.
“Awatif!!!”
Cepat tengkuk Awatif berpaling apabila mendengar Amanda memanggilnya. Linda juga tersentap apabila Amanda memanggil Awatif secara tiba-tiba.
Mata Awatif bersinar apabila melihat Amanda tersenyum ke arahnya. Perasaan sebalnya hilang serta merta. “Yer Cik Manda.” Katanya penuh keterujaan melihat Amanda.
“Awak sekolah lagi?” Soal Amanda.
Laju Awatif menggeleng. “Saya tengah tunggu result SPM” Jawabnya.
“Nak kerja?” Tawar Amanda.
Dahi Awatif berkerut. “Kerja?” Soalnya.
“Kerja dengan saya. Ikut mana saya pergi. Uruskan segala kelengkapan diri saya. Jadi PA saya.” Terang Amanda.
Saat ini Awatif sudah terasa mahu melompat setinggi langit. Tawaran yang Amanda berikan sebentar tadi tak ubah seperti baru sahaja menang loteri tiket berjumlah satu juta ringgit. Dia memang berhajat mahu bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Tapi tidaklah sangka bakal menjadi PA kepada idolanya sendiri. dia sudah punya jawapan. Dia nak!!. Dia nak jadi PA Amanda!!!
Awatif pantas mengangguk kepala bak burung belatuk mematuk batang pokok. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Amanda yang mengamit dengan tangan agar dia segera ke tempat Amanda sedang berdiri.
“Kalau awak setuju, awak kena ikut saya balik KL.” Beritahu Amanda. Di dalam kepala dia sudah berkira-kira untuk apa yang dia akan lakukan kepada budak kampung ini. orang gajinya sudah sebulan lari pulang ke Indonesia, jadi dia memang memerlukan seseorang untuk menguruskan rumah, serta segala kelengkapannya. Dia mana tahu untuk buat semua itu. Jadi tak ada salahnya dia menggajikan budak kampung ini sebagai orang gaji.
“Manda, apa yang kau….” Linda cuba mencelah.
“You shut up. Zip it okey.” Pantas Amanda mencelah. Linda dijeling. “Macam mana Awatif. Kalau awak setuju awak boleh ikut saya balik KL esok. Hari ini last kami shooting dekat sini. Saya tak yakin yang awak akan dapat peluang sebaik yang saya hulurkan pada awak hari ini.” Sambung Amanda lagi. Matanya diarahkan kepada Awatif yang sedang menimbang-nimbang akan tawarannya sebentar tadi.
Dahi Awatif berkerut seribu. Dia gigit bibir bawah. Ikutkan hati dia nak sangat ikut Amanda ke KL. Tapi kalau dia suarakan pada abah, mahunya tak pasal-pasal kepalanya dipancung abah. Itu dia memang tak sanggup nak bayangkan.
“Saya rasa baik awak balik. Amanda dah nak shooting balik.” Linda cuba bercakap baik-baik dengan Awatif. Dia tolak perlahan gadis itu untuk menyuruhnya segera pergi dari sini. Dia tidak mahu Awatif yang lurus dan polos itu menjadi bahan untuk diguna-gunakan Amanda. Dia sudah tahu apa trick yang ada di dalam kepala Amanda tu. Tricknya semuanya kotor belaka. Langsung tak ada yang bersih. Masakan Rika Sumanti boleh lari kembali ke tanah airnya kalau tidak kerana perangai Amanda yang sangat melampau itu. Linda dapat agak dari awal, kalaulah Awatif ini yang Amanda ingin dijadikan PAnya sudah tentu jelas membawa maksud Awatif bakal menjawat jawatan selaku orang gaji, dan bukan pembantu peribadi. Amanda tindak tanduknya itu selalu sahaja bersifat untuk kesenangan hidup dia seorang. Perasaan orang lain langsung dia tidak pernah diambil pusing. Memang Linda sudah faham sangat sikat Amanda itu.
“Isshhh!!! Apa nih!!” Marah Awatif apabila Linda cuba menolaknya keluar dari set pengambaran. Nak kena Linda ni. tidak bertelinga ker Linda ni. Macam tak dengar yang baru sekejap tadi Amanda telah memberi jawatan PAnya kepada Awatif. Berani sungguh Cik PR yang over ini mahu menghalau PA yang telah pun mendapat mandate dari Amanda keluar dari set pengambaran.
“Awak ni memang jenis tak faham bahasa kan. Saya kata balik. Balik sahajalah.” Suara Linda sudah sedikit meninggi. Geram dia dengan Awatif.
“Saya PA Amanda. Mana boleh untuk awak suka-suka hati ajer nak menghalau saya macam ni.” Sinis Awatif berkata. Belum apa-apa dia sudah terlebih perasan diri.
Menggelegak darah Linda mendengar kata-kata Awatif. Kaduk sudah naik junjung. Belum lagi melakukan tugas seorang PA gadis ini sudah sombong dengan orang. Memang kenalah gayanya dengan sikap Amanda. Korang berdua memang 2x5!!
Terus Linda berlalu ke belakang van. Lebih baik dia menyusun wardrobe Amanda yang sedikit kucar kacir di dalam van. Bercakap dengan orang yang tidak bertelinga itu langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah. Dan…dia terpaksa mengakui apa yang Amanda pernah katakana. Kalau sudah dasarnya kampung itu, kampung jugak!!!
“Nampaknya awak memang dah setuju.” Kata Amanda menghampiri Awatif.
Awatif menarik senyum di bibir. Dia angguk kepala. “Tapi nanti kalau dekat KL saya nak tinggal dekat mana?” Polos dia bertanya.
“Tinggal dengan saya sahaja.” Jawab Amanda.
Senyum Awatif semakin melebar. Dia berpaling kebelakang. Kedua belah tangannya dirapatkan dan digenggam erat. Duduk dengan Amanda. Bestnya… Duduk dengan Amanda tentu sekali aku akan tinggal di dalam apartment yang ada swimming pool. Dia mula berangan-angan setinggi langit.
“Kalau awak setuju esok pukul sebelas pagi jumpa saya di Hay Resort. Kita pulang ke KL bersama-sama.” Kata Amanda.
Awatif berpaling kembali mengadap Amanda. Walaupun tanpa bertanya dengan abah terlebih dahulu dia sudah memberi kata setuju. Kepalanya mengangguk. Tak kira apa pun, dia nak ke Kuala Lumpur esok. Dia nak ikut Amanda. Dia nekad!!

No comments: