Monday, November 3, 2008

Cinta Itu Milikku Akhirnya

“Woi Eila bangun wei…ko tak nak pergi kelas ker….”.
Dalam keadaan tidak bermaya aku melihat jam di atas meja.
“Hah! Dah pukul 7.45 pagi…Wei Oya kenapa kau tak kejutkan aku hah…alamak mati ler aku…kau tau kan hari nie first day attend Kelas Kenegaraan tue.”
Bengang betul aku dengan minah ni. Bukan nak kejutkan orang awal-awal. Dia dah nak pergi kelas baru nak kejutkan aku.
“Aduh! Macam maner nie. Okey-okey releks Eila…tak payah mandi..cuci muka dan gosok gigi ajer,” aku berkata sendiri.
Part nie la yang paling aku malas sekali. Kena berebut-rebut naik bas untuk pergi ke Kolej Cempaka tempat kelas Kenegaraan diadakan. Nasib baik ada ruang untuk diri aku ni.
Nasib baik la aku sampai ke kelas sebelum ada facilitator yang masuk. Apa pasal la mamat-mamat dengan minah-minah dalam kelas aku nie pandang aku semacam ajer. Memang la aku tak mandi pagi tadi, tapi rasa-rasanya minyak wangi dekat setengah botol jugak lah aku spray kat badan aku nie. Takkan ler berbau lagi.
“Cik adik boleh jalan cepat sikit tak?”
“Hah!”
Nasib baik tak der sakit jantung..kalau tak mesti hari tu jugak aku jadi arwah. Terkejut gila aku tadi.
“Er..erm..maaf.”
Siapa pulak mamat sorang nie. Dia pun lambat jugak ker. Takkan la pelatih kut. Kalau dia pelatih kenapa tak pakai uniform ni.
“Awak nak jadi patung cendana ker kat depan ni.”
Dia bertanya kepada aku. Serentak dengan itu, semua pelatih-pelatih yang berada di dalam kelas Kisana 04 ketawa. Sabar ajer lah aku dengan dia ni. Aku terus berlalu dan duduk di kerusi belakang sekali. Sebelah budak perempuan India. Nak kena budak ni tersengih-sengih lagi kat aku. Macamlah lawak sangat tadi.

“Baik lah nama saya Ikhwan Affendi bin Abdul Aziz dari Universiti Putra Malaysia dan saya akan mengajar awak semua modul Kenegaraan. Diharapkan tidak akan ada seorang pelatih pun yang cuba ponteng dalam kelas saya. Tentu awak semua sedia maklum apa tindakan yang akan dikenakan jika ada yang cuba ponteng.”
“Alamak poyo nyer mamat ni. Nak tunjuk kuasa la tu.”
Aku berkata dalam hati. Hehehe..
“Ya, awak ada apa-apa masalah ker atau sesuatu nak dikongsikan bersama?”
“Hah!.Erm…erm..tak….”
“Kalau ada sesiapa yang macam tak bersedia nak masuk ke dalam kelas saya dengan segala hormatnya dipersilakan keluar.”
Aduh! Pedihnya ayat dia ni. Naik tebal muka aku. Macam mana nak cover ni.
“Sebenarnya saya nak tanya, kami semua nak panggil Encik ni apa. Nampak macam muda ajer lagi.”
Slumbernya aku bertanya.
“Takkan disebabkan saya ni nampak muda awak nak panggil saya sayang kut”.
Apalah masalah yang menimpa dia ni. Aku pulak tempat lepas tension. Sekali lagi aku diketawakan.
“Saya tanya ajer. Saya pun taknak panggil cikgu sayang.”
Nasib baik masa sekolah dulu aku pernah masuk pertandingan perbahasan. Jadi tak ada masalah lah nak balas apa yang dia cakap. Cuma berani atau tak sahaja.
“Hah..pandai pun awak, panggil saja saya cikgu.”
Dia kata aku pandai. Eh! aku panggil dia cikgu ker tadi. Ah! Lantak lah.

“Sekarang giliran awak semua pulak untuk mengenalkan diri masing-masing. Bak kata orang ‘tak kenal, maka tak cinta.”
Semua pelatih mengenalkan diri masing-masing kepada Cikgu Ikhwan Affendi.
Amboi aweks-aweks kat kelas aku ni bukan main lagi bila Cikgu Ikhwan Affendi ni mengusik semasa memperkenalkan diri. Boleh tahan jugak dia nie. Tiba turn aku.
“Nama saya Nur Eila bt Ahmad Saari. Asal Ipoh”.
“Okey”.
Hah..okey ajer. Macam tak ikhlas ajer. Kecik hati aku ni tau. Dengan pelatih perempuan lain bukan main lagi. Tapi bila tiba turn Nur Eila yang perkenalkan diri, dia jawab okey ajer. Sedih siot. Tau la aku ni rock ajer. Tak nampak macam perempuan yang lemah lembut. Tak macam perempuan Melayu terakhir. Eee..tapi tak baik tau dia buat aku cam tu.
********************
“Eh..makcik kau buat apa tu. Tak habis-habis duduk termenung. Kau ingatkan siapa ni”.
“Kau ni boleh tak kalau tak kejutkan aku macam ni. Nasib baik aku ni bebas dari sakit lemah jantung.”
Aku memarahi Anis, teman serumah aku. Tak suka dikejutkan macam tu selalu. Sekali-sekala tu boleh lah. Daripada tak der sakit jantung boleh kena aku penyakit tu kalau hari-hari dikejutkan sedemikian rupa.
“Tak der la, aku tengok engkau dari tadi asyik ajer mengalamun. Come on la babe…cuti-cuti macam nie jom ar kita pergi jalan-jalan pusing Putrajaya ni. Cuba kau bagi tau aku, ko ni teringatkan saper sebenarnya ni”.
Macam-macam betul la idea yang ada dalam kepala makcik ni.
“Aku teringatkan dia.”
“Dah agak dah. Ni mesti teringat kat cikgu kesayangan kau tue kan. Sudah-sudah la tu Eila. Dah lima tahun engkau tunggu tapi apa yang kau dapat. Tak ker engkau rasa rugi membazirkan lima tahun untuk tunggu orang yang belum pasti akan jadi milik engkau.”
Perghh….Ayat Anis ni betul-betul buat aku terdiam. Ada betulnya apa yang Anis katakan. Tapi soal perasaan adalah sesuatu yang subjektif untuk dihuraikan. Aku sendiri tak tau selepas habis sahaja Program Khidmat Negara tersebut, aku rasa rindu sangat dekat Cikgu Ikhwan Affendi. Terlalu banyak pengalaman manis aku dengan dia. Walaupun hanya sekejap tetapi setiap kenangan itu cukup manis bila dikenang. Aku tahu dia adalah cinta pertama aku. Dialah lelaki pertama yang datang dalam hidup aku.
********************
“Hai! Kenapa duk sorang-sorang kat sini. Tak nak balik ker. Kelas kan dah abis. Tadi macam mengantuk sangat masa saya tengah mengajar dalam kelas”.
“Eh..Cikgu. Sajer ajer. Nak tunggu kawan”.
Dia mengambil tempat di kerusi hadapan aku.
“Orang Ipoh memang pendiam ker”.
Soalan apa ni. Aku merenung dia tanda tidak faham apa yang dituturkannya.
“Tak der la saya tengok Nur Eila asyik diam ajer bila dalam kelas. Tak aktif langsung macam pelatih lain. Kelas saya membosankan ker ?”
Skema betul la ayat dia ni. Dah lah panggil nama penuh pulak tu. Alamak apa la pulak aku nak jawab. Takkan nak jawab yang memang kelas dia membosankan. “Eh..maner ada cikgu. Kelas cikgu best. Sebab tue ramai orang suka. Saya Cuma teringatkan family kat rumah ajer cikgu.”
Pandai betul aku mereka ayat. Hehehee….
“Takkan la dah besar panjang macam nie pun nak duduk bawah ketiak emak ayah lagi. Tak boleh ker belajar hidup berdikari.”
Dah agak dah. Mesti aku akan terkena lagi dengan dia ni.
“Bukan satu kesalahan pun kalau kita sentiasa mengikati keluarga kita. Tu bukan ker lagi baik dari kita asyik dok teringatkan boyfriend atau pakwe. Lagi pun saya tak ponteng kelas cikgu kan. Jadi apa masalah nyer.”
Dia ketawa melihat cara aku membalas setiap apa yang dikatakannya. Pelik betul aku dengan dia ni. Aku cakap apa yang boleh buat dia ketawa sampai macam tue sekali. Tapi dia nampak sweet sangat bila ketawa macam tu. Boleh gugur jantung aku.
“Boleh tahan jugak awak nie bila menjawab. Jadi awak tak ada boyfriend la yer.”
“Erm...”
Dari jauh aku lihat Sanisah dan Shima melambai-lambai ke arah aku.
“Okey lah cikgu. Kawan saya dah panggil tu. Balik dulu yer. Assalamualaikum.”
“Esok jangan lupa datang awal. Kita ada lawatan ke Putrajaya. Nanti ada pulak orang yang kena tinggal kalau datang lambat.”
Aku memandang sambil menjeling ke arahnya. Eleh…..perli aku la tu.

********************
“Wei Eila kau ni per hal….dari tadi senyap ajer. Takkan la aku cakap macam tu pun engkau nak merajuk kut.”
Apa lagi la dengan Anis ni. Melihat aku senyap dari tadi mungkin dia merasakan aku merajuk dek kata-katanya pagi tadi.
“Merajuk apa nyer. Aku okey la. Cuma aku tak der mood nak keluar ajer. Tapi korang ajak jugak.”
Kesian jugak tengok muka Makcik Anis ni. Dah macam orang bersalah pulak aku tengok muka dia.
“Rilek la Eila. Kumbang bukan seekor. Cari ajer yang lain. Kau bukan tak cantik. Full package. Kau bukan ker macam Miss Universe. Gaya jalan pun ala-ala model gitu. Dengan full package yang kau ada ni aku rasa ramai lagi lelaki kat luar sana suka dengan engkau. Engkau ajer yang tak pernah nak bagi peluang. Bukan aku tak tau berapa ramai budak-budak dekat ofis kau tu admire kau. Yer la kan siapa tak kenal dengan Cik Nur Eila binti Ahmad Saari. PA yang vogue dan glamour yang menjadi kesayangan bos. Ini tak asyik Ikhwan Affendi…Ikhwan Affendi…Ikhwan Affendi. Macam ler dah tak der lelaki lain dalam dunia ni.”
Amboi-amboi, bukan main pulak Si Iwa memuntahkan segala yang terbuku di dalam hati dia. Patut la minah ni diam ajer tadi. Rupanya cari point nak kenakan aku. Mentang-mentang ler pakwe dia Si Kamil tue sayang kat dia. Sama lah jugak macam Anis. Semenjak couple dengan DD asyik nama DD ajer yang dia sebut. Aku sebut nama Ikhwan Affendi marah pulak. Aida ni dari tadi asyik bergayut ajer dengan boyfriend dia. Nasib baik dia pun tak hentam aku.Tapi aku pun seronok jugak tengok diorang bahagia. Kebahagian aku? Masih dalam pencarian.
*******************
“Awak nie sweet la. Suka saya tengok lesung pipit awak tu bila awak senyum. Kan manis. Ni asyik masam ajer. Sejuk hati saya tengok awak senyum macam nie.”
Eh! Cikgu Ikhwan Affendi puji aku la. Apa kes pulak dengan dia nie. Tiba-tiba ajer puji-puji aku ni. Ikhlas ker tak puji-pujian dia ni. Aku memandang ke arahnya dengan muka yang nampak macam blur tanpa sebarang perkataan pun keluar dari mulutku. “Jom teman saya jalan-jalan. Bukan senang orang Ipoh nak datang Putrajaya ni.”
“Hah! Jalan-jalan berdua ajer.”
Macam tak percaya. Dalam ramai-ramai pelatih perempuan kat sini, dia ajak aku seorang ajer teman dia jalan-jalan. Macam insan terpilih pulak rasanya. Bestnyer…. Tapi aku buat-buatlah macam tak sudi. Huhuhu….
“Cik Nur Eila boleh tak kalau awak tak buat muka blur awak tu depan saya. Jomlah.”
Dia terus menarik tanganku. Aku terkesima dengan aksi spontannya. Macam tak percaya. Tapi kenapa aku merelakannya memegang tangan aku. Tiada seorang lelaki pun sebelum ini berani menyentuh aku. Apatah lagi berani memegang tangan aku. Silap hari bulan boleh kena penampar sulung aku la kalau ada yang berani buat macam tu. Tapi kenapa dengan dia aku bagi pulak. Bila aku tersedar, aku terus menarik tanganku. Dia tersentak.
“Nak ajak orang jalan-jalan cakap la elok-elok, tak payah la sampai main tarik-tarik tangan pulak. Sakit tau.”
Terpaksa buat-buat marah. Walaupun sebenarnya aku tiada sedikit pun rasa marah terhadap dirinya kerana berkelakuan begitu. Tapi kalau emak dekat rumah tau mati aku. Suka-suka hati ajer bagi orang pegang tangan.
“Bukan ker tadi saya dah ajak elok-elok. Tapi awak buat tak tau. Saya tarik la tangan awak.”
Ewah…ewah…dia ni pandai pulak menjawab. Aku diam.
“Okey la Cik Nur Eila, saya mintak maaf banyak-banyak pasal hal tadi. Sudahlah tue. Jangan la buat muncung itek tu. Tak comel pun.”
Aku ketawa. Pandai betul la dia ni buat ayat.
“Hah… Kan manis kalau senyum macam tu.”
Dasyat ayat power dia ni. Tapi perasaan aku saat itu cukup bahagia. Rasanya macam first date pulak.
********************
Kenapa la kepala aku nie kerap sangat teringat kat dia nie. Bukan ker dah 5 tahun berlalu. Aku berkata sendirian.
“Woi Makcik! Engkau ni masak ker berangan. Karang tak pasal-pasal pulak makan ikan hangus.”
“Eh! Engkau ni dah macam mak tiri pulak. Terpekik-pekik. Kau ni dah macam Rika Sumanto pulak. Aku nak masak ni pun kira dah cukup bagus la tau.”
Anis tersengih melihat aku marah-marah. Yer la kan, aku mana lah pernah nak marah-marah kawan-kawan serumah aku ni. Bila marah pun tak pernahnya serius. Walaupun ada ketikanya mulut aku ni bising tapi hati tetap baik. Anis, Aida dan Iwa mereka ni la tempat aku mengadu. Kita orang dah macam adik-beradik. Maklumlah duduk jauh dari keluarga. Dengan kawan-kawan lah tempat meluah perasaan.
“Eee…ko nie Eila dah makin sensitif aku tengok sejak akhir-akhir nie. Belajar lah melupakan lelaki tu. Engkau pun sedia maklumkan yang dia tak nak ada apa-apa komitmen dengan sebarang bentuk perhubungan. Lagipun korang berdua kan jauh. Mana mungkin cinta dapat disemai kalau seorang kat Semenanjung dan seorang lagi kat Sabah nun.”
“Aper la engkau ni. Aku tak cakap apa-apa pun pasal dia. Kenapa lah engkau ungkit balik. Itu cerita lama. Dah jadi sejarah pun. Cuma kalau sekali-sekala terkenang tue biasalah kan. Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pulak orang yang kita sayang.”
Aku kadang-kadang tak faham betul dengan budak Anis ni. Apa sahaja yang aku cakap dia mesti gelak. Tak gelak pun mesti tersengih. Sengal betul la.
“Eila kalau la tiba-tiba sekarang ni engkau jumpa Ikhwan Affendi tu, apa engkau nak buat hah?.”
Ini lagi seorang, Miss Aida. Ada sahaja nak jadi nasi tambah. Pelik aku.
“Kalau ada jodoh, ada la……”
Malas aku nak layan soalan-soalan mengarut ni.
********************
“Opppsssss sorry…sorry.”
Alamak macam mana la pulak aku boleh terlanggar orang ni. Habis baju mamat ni terkena air tebu.
“Encik mintak maaf encik. Saya tak sengaja.”
Aku meminta maaf. Sambil itu tangan aku ligat mengelap bajunya yang basah dengan tisu.
“Its okey. Lain kali jalan elok-elok.”
Fuh! Lega. Nasib baik aku tak kena maki dengan mamat ni.
“Sorr…”
Aku terdiam tatkala memandang wajah lelaki tersebut. Mata kami bertaut. Lama. Entah mengapa tiba-tiba lidah aku kelu untuk berkata-kata.
“Sorry again.”
Aku terus berlari keluar. Lelaki tadi terkejut melihat reaksi aku. Anis, Aida dan Iwa mengejarku dari belakang.
********************
“Hello. Assalamualaikum.”
Siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni. Tak tau ker orang nak tidur. “Waalaikummussalam. Nur Eila apa khabar.”
Hampir luruh jantung aku tatkala terdengar suara itu. Bertahun sudah aku cuba melupakan suara dan wajah yang pernah aku sayangi suatu ketika dulu. Kenapa hari ini dia muncul.
“Baik.”
Aku tahu mesti dia memperoleh nombor telefon aku dari teman-teman serumahku tadi. “Boleh kita jumpa. Saya teringin sangat nak berjumpa dengan Nur Eila.”
Tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan. Benar aku terlalu merindui dirinya. Tetapi jika aku berjumpa dengannya pasti kenangan lalu datang kembali. Aku tidak mahu terluka sekali lagi. Cukup lah sekali. Itu sudah cukup memberi pengajaran untuk diriku.
“Untuk apa, nak sakitkan hati saya lagi ker. Cukup lah awak permainkan perasaan saya dulu.”
“Jangan cakap macam tu Eila. Saya nak jumpa dengan Eila ni pun sebab saya nak terangkan pada Eila apa yang berlaku dulu.”
********************
Aku menanti Ikhwan Affendi di tempat yang dijanjikan. Aku bersetuju untuk berjumpa dengannya atas nasihat teman-teman serumahku.
“Assalamualaikum.”
Dia memberi salam sebaik sahaja tiba di tempat yang dijanjikan itu. “Waalaikummussalam.”
Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Tidak aku sangka yang aku akan bertemu semula dengannya selepas lima tahun berlalu. Langkah terbaik adalah mendiamkan diri. Biarlah laki-laki itu yang memulakannya.
“Cantikkan pemandangan di sini. Sama macam dulu. Tak pernah berubah.”
Dia memulakan bicara apabila aku hanya berdiam diri sahaja. Memang benar apa yang dikatakan. Tiada apa pun yang berubah di sekitar taman di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya ini. Tempat yang menyimpan seribu memori di dalam hidup aku. Disinilah bermulanya kisah cinta pertama dalam hidup aku yang akhirnya menjadi sebuah episod duka.
“Memang tempat ni tak pernah berubah. Cuma manusia sahaja yang cepat berubah.”
Aku berkata-kata. Dia memandang ke arahku. Pandangan mata kami bertaut. Aku paling benci dengan pandangan itu. Pandangannya itu cukup berbisa aku rasakan.
“Tujuan saya berjumpa Eila hari ni adalah untuk meminta maaf atas apa yang pernah berlaku antara kita dulu. Saya tidak menyangka secara tidak sengaja saya melukakan hati Nur Eila. Saya amat kesal dengan apa yang telah terjadi dulu. Mungkin disebabkan itu Eila menjauhkan diri Eila dari saya.”
Ada nada kesal disebalik kata-katanya itu. Tapi aku cuba untuk tidak menghiraukan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. Ikhwan Affendi cukup pandai berkata-kata. Cukup pandai menyusun ayat.
“Tiada apa yang perlu dimaafkan. Awak tak salah pun dengan saya. Mungkin ketika tu saya masih terlalu mentah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan cinta. Terlalu mengejar cinta dari seorang yang bernama lelaki. Bagi saya itu semua sejarah lalu buat diri saya. Semuanya kenangan lama yang telah mematangkan diri saya dalam menilai cinta seorang lelaki. Awak dah lama saya maafkan.”
Aku meluahkan segala apa yang terpendam.
“Saya rindu awak, Nur Eila. Saya sayang awak.”
Benci sungguh aku mendengar perkataan sayang itu dari dia.
“Tolonglah jangan cakap pasal sayang dengan saya. Awak tak faham apa itu sayang. Cukuplah. Episod kisah kita dah lama berakhir. Terlalu banyak pengajaran yang saya terima dari kisah kita. Saya doakan awak bahagia. Saya pergi dulu.”
Aku terus berlalu pergi. Tidak sanggup rasanya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu. Takut aku akan sekali lagi lemah mendengar pujuk rayunya.
“Nur Eila! Nur Eila binti Ahmad Saari saya tahu awak masih sayang dan cintakan saya lagi. Saya akan berusaha untuk menawan hati awak kembali. Itu janji saya.”
Dia berteriak kuat kepada aku. Sayup aku mendengar kata-kata itu. Ah! Biarlah. Semua ini telah berakhir. Mungkin antara aku dengan dia tiada jodoh. Aku terus melangkah tanpa memandang ke belakang lagi. Dan…..airmata pun jatuh ke pipi.
********************
“Baguslah kau buat perangai macam tu. Dia ikhlas nak mintak maaf dengan engkau, kau boleh buat dia macam tu pulak.”
“Aku pun tak faham la dengan kau ni Eila. Engkau kata sayang kat Ikhwan Affendi tu. Ini dia dah datang kau tolak pulak. Apa kes ni?”
Bukan main lagi Anis dengan Iwa ni tembak aku. Macam peluru torpedo. Tak sempat aku nak mengelak.
“Korang berdua tak faham. Lima tahun aku merayu pada dia supaya terima cinta aku. Aku letakkan ego aku sebagai seorang perempuan serendah-rendahnya di depan dia. Tapi dia sikit pun tak pernah tahu menghargai. Aku betul-betul terluka dengan apa yang dia buat pada aku.”
“Eila…Eila..engkau tak boleh cakap macam tu. Korang berdua jauh sangat sebelum ni. Aku pernah cakap dulu tak mungkin korang boleh bercinta kalau seorang di Semenanjung seorang lagi di Sabah. Kau kena faham tu.”
“Itu alasan ajer Anis. Kenapa mesti jadikan jarak itu sebagai penghalang. Sudahlah. Please live me alone. Aku nak rehat sekejap. Berserabut kepala otak aku ni.”
Sungguh. Selepas aku pulang dari menemui Ikhwan Affendi petang itu, kepala aku bertambah serabut. Macam-macam perkara aku fikirkan tentang dirinya. Lima tahun tidak berjumpa terlalu banyak perubahan pada dirinya. Dia nampak semakin matang. Penampilan serta gayanya juga semakin segak. Mesti ramai pelajar dan guru-guru perempuan di tempat dia mengajar menyimpan perasaan pada dirinya. Ah! Biarlah. Urusan dia. Kenapa pula aku perlu sibuk memikirkannya.
********************
“Eila….Petang karang aku balik pun tumpang engkau jugak yer. Kereta aku tak siap lagi la. Tak tau la apa problemnyer kereta aku tu.”
“Yer la tu. Duit minyak tong-tong okey.”
“Alah…..berkira betul la engkau ni. Engkau tumpang kereta aku tak der pun aku kenakan sebarang charge tambahan tau. Sedap ajer engkau menyandar. Dah macam bos. Ni aku tumpang kereta kau pun nak tong-tong duit minyak jugak.”
Kelakar betul la Anis ni. Aku main-main pun ambik serius.
“Apa kes la korang berdua ni. Bising pagi-pagi. Aku rasa kereta kat luar tu pun boleh dengar apa yang korang berdua gaduhkan tadi tau.”
Eh! bersuara pulak Cik Mar Rozaiwa kita ni. Ingat tidur. Maklumlah sedap duduk menyandar dekat belakang tu sorang-sorang.
“Eh…kau tak tidur ker. Selalunya bila kau duduk dekat belakang sorang-sorang mesti terlelap punyer. Engkau ni apasal tak nak drive pulak hari ni hah.”
“Malas lah. Minggu ni bukan ker turn kau, jadi driver.”
Lupa pulak aku. Untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas di Putrajaya ni, kami bertiga telah menyahut seruan kerajaan untuk berkongsi kereta. Selain itu duit minyak pun boleh jimat jugak. Cuma Aida sahaja kena memandu sendiri ke tempat kerja. Ini kerana jalan untuk ke pejabat dia tidak sehaluan dengan kami bertiga.
“Alah…kau ni Anis. Aku main-main ajer lah. Pernah ker aku berkira dengan korang semua hah…..”
********************
“Eila…Eila cuba kau tengok pemandu kereta yang sebelah kau tu.”
“Kau ni apasal la hah... Suka terkejutkan aku macam tu. Aku tengah drive ni kan.”
“Eila tengoklah siapa yang bawak kereta kat sebelah engkau tu.”
“Siapa mamat tu. Popular sangat ker hah…Cik Anis.”
“Tu lah yang aku suruh kau tengok tu. Cepat lah Eila.”
Aku menoleh. Alamak. Ikhwan Affendi lah. Macam mana pulak boleh jumpa dia kat tengah-tengah jalan raya ni. Dia juga terkejut melihat aku.
“Jauh di dasar hatiku, ingin ku teriak….AKU CINTA KAMU.”
Tiba-tiba Anis dan Iwa menyanyikan baris lagu Sayang Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi muda dari Singapura, Aliff Aziz. Siap ketawa sakan lagi diorang berdua ni kenakan aku.
“Eh! Belakang kita ni bukan kereta Cikgu Ikhwan Affendi tadi ker. Dia ikut kita ker Eila.”
Aku segera memandang cermin di hadapan. Proton Waja berwarna hitam. Sah. Memang dia. Apa pulak yang dia nak ni. Sebaik tiba di rumah, aku mematikan enjin kereta dan terus meluru keluar. Kereta dia juga turut berhenti di situ.
“Awak ni kenapa hah… Awak nak apa sebenarnya dari saya ni. Tadi awak telefon saya pakai direct line ofis saya. Mengacau saya kerja. Sekarang awak cuba mengekori saya sampai kat kawasan rumah saya apa hal.”
“Cik Nur Eila binti Ahmad Saari, bila masa pulak saya mengekori awak ni.”
Eh! Tanya kita pulak dia ni.
“Habis awak buat apa dekat sini hah…”
“Awak tanya saya buat apa dekat sini. Cik Nur Eila yang cantik manis, bukan rumah awak seorang ajer tau dekat Pangsapuri Putra Damai ni. Rumah saya pun dekat sini jugak. Tu hah..Blok C.”
Malunyer…. Dekat manalah aku nak sorokkan muka aku ni. Iwa dengan Anis boleh pulak ketawa dekat belakang.
“Macam mana awak boleh tahu direct line ofis saya?”
Aku lihat dia memandang ke arah Anis dan Iwa di belakang. Aku turut menoleh. Ini mesti kerja diorang berdua ni bagi nombor telefon ofis aku dekat dia. Siaplah korang berdua dalam rumah nanti.
“Eila kita orang naik atas dulu yer.”
Oooooo…..nak lari la tu. Nantilah.
“Excuse me.”
Aku terus berlalu. Tiba-tiba dia menyentap tanganku. Cis! Berani sungguh lelaki ini.
“Hei! Engkau apa hal. Apa masalah engkau dengan aku sebenarnya ni.”
Aku mula hilang sabar di atas kelakuan Ikhwan Affendi sebentar tadi.
“Kenapa awak jadi macam ni. You are totally different. Tak macam dulu.”
“Habis kalau aku macam dulu engkau nak buat apa.”
Aku terus berlalu. Malas nak bercakap dengannya. Buang karan ajer.
“Tak payah ler awak nak berlakon depan saya. Tak sesuai pun awak nak berlakon watak ganas dan garang macam ni. Buat kena gelak ajer nanti.” dia berteriak sambil ketawa.
Kurang ajar betul la ayat dia ni. Tak pernah berubah. Bila bercakap mesti ada benda yang menyakitkan hati. Sengal betul. Tak tau la apa lagi yang akan berlaku lagi selepas ni. Tak sangka pulak aku boleh tinggal satu tempat pulak dengan dia. Dalam banyak-banyak rumah di Putrajaya ni kenapalah Pangsapuri Putra Damai ni jugak yang menjadi pilihan. Entah-entah jodoh kut. Jodoh??? Tak mungkin.
********************
“Hei Wan, kau ni kenapa. Kau tengok tv ker tv tengok kau.” Ariff Mikail bertanya.
“Tak der apa-apa. Tak der siaran yang menarik pun hari ni.”
Ariff Mikail berasa hairan melihat perubahan dalam diri teman serumahnya itu. Sejak sebulan lalu begitulah perangai Ikhwan Affendi atau lebih mesra dengan panggilan Wan itu. Selalu berkhayal.
“Engkau ada masalah ker Wan. Cuba kau ceritakan pada aku. Kita dah lama berkawan. Sejak dari universiti lagi. Takkan dengan aku pun kau nak berahsia kut.”
“Kau ingat lagi tak awek yang pernah aku ceritakan dekat kau dulu. Alah…budak tu dulu pelatih aku masa Program Khidmat Negara tu.”
“Ohh…awek yang admire dekat kau tu kan. Yang minat gila dekat kau tu kan.” Ariff mencari kepastian.
Ikhwan mengangguk.
“Kenapa tiba-tiba kau cakap pasal dia. Aku tau lah sebenarnya engkau pun suka jugak kan dengan awek tu. Tapi sebabkan jauh jadi kau biar ajer dia tertunggu-tunggu tanpa jawapan yang pasti. Eh! Siapa nama budak tu. Mesti dah besar panjang dia kan.”
“Nur Eila. Aku jumpa dia.”
“Hah! Kau jumpa dia. Bila?” teruja Ariff bertanya.
“Bulan lepas.”
“Oooo…..patutlah engkau ni dah macam ayam berak kapur semenjak dua menjak ni. Hai kawan cinta lama berputik kembali ker?” Ariff cuba bertanya berserta senyuman di wajahnya.
“Entah. Tadi aku jumpa dia lagi. Rupa-rupanya dia pun menyewa di sini jugak tau dengan kawan-kawan dia.”
“Macam mana dia sekarang.”
“Lebih dewasa dan…” kata-katanya terhenti.
“Dan makin cantik.”
Ikhwan tersenyum mendengar kata-kata Ariff.
“Mulakan dengan langkah pertama. Kau pun memang menanti saat ini pun kan. Dia dah ada boyfriend ker? Lupa pulak aku nak tanya.”
“Menurut kata teman-teman serumah dia, dia tu masih single lagi. Dia kecewa sangat dengan aku sampai tak mampu nak bercinta dengan orang lain. Itu aku dengar dari kawan-kawan dia lah. Tapi…..”
“Tapi apa lagi pulak ni.”
“Kali ni susah sikit la. Tak macam dulu. Makin garang. Aku cakap sikit dia dah menyiga. Lagipun dia pernah cakap masa aku jumpa dia dulu yang dia tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan aku lagi walaupun hanya sekadar kawan.”
“Aku tau engkau sayangkan dia kan. Kalau tak engkau pun takkan memilih untuk terus membujang sampai sekarang. Yer lah itupun selepas kau putus dengan Ayu, junior kau masa dekat UPM dulu kan. Kau putus dengan Ayu pun sebab kau keliru dengan feeling kau sendiri. Aku ingat lagi masa kau di Sabah dulu pun kau ada email dekat aku yang mengatakan kau rindu sangat kat Nur Eila tu kan. Tapi masa tu kau dengan dia dah lost contact dan langsung tak dapat dihubungi. Selagi Nur Eila tu belum jadi milik saper-saper engkau masih ada peluang. Dah ada depan mata. Jangan cepat mengalah.”
Ariff memberi semangat kepada Ikhwan. Dia tahu Ikhwan Affendi memang menyayangi gadis itu. Tapi di mana silapnya dulu dia tidak tahu. Mungkin disebabkan jarak menjadi penghalang mereka berdua.
******************
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Awak?.”
Terkejut beruk aku melihat Ikhwan Affendi berdiri di depan pintu rumahku. Ni nak apa lagi ni. Sampai depan pintu rumah datang cari aku ni.
“Awak nak apa ni.”
“Eila…saper yang datang tue.”
Anis muncul dengan tiba-tiba.
“Eh! Cikgu…apa khabar. Jemput masuk.”
Chewah…chewah Anis ni. Melampau betul. Sampai nak jemput masuk dalam rumah pulak. Dia lupa ker peraturan nombor 2 dalam rumah ni. Lelaki no entry!!!!
“Cik Anis Fadzdia awak lupa ker yang ni rumah perempuan. Mana boleh lelaki masuk. Kau nak aku bacakan peraturan nombor 2 dekat kau ker.”
“Eh..aku lupa lah. Sorry yer cikgu.”
“Tak payah panggil saya cikgu. Panggil saja saya Ikhwan. Saya faham. Saya pun tak nak masuk dalam rumah orang perempuan ni. Saya datang ni pun sebab nak jumpa Eila sekejap. Eila saya tunggu awak dekat taman permainan kat bawah ni. Cepat sikit yer.”
Eh! Dia ni. Suruh orang cepat-cepat pulak. Kalau tak disebabkan paksaan dari Anis dengan Iwa tadi tak kuasa aku nak turun jumpa dia.
“Apa hal awak nak jumpa saya ni. Cepat lah. Saya tak der masa ni.”
“Saya nak mintak tolong awak sikit.”
“Hah!!..Tolong apa ni.”
“Malam minggu ni awak teman saya. Ada majlis di sekolah. Saya takder teman.”
“Saya tak senang lah.”
“Saya dah tanya Anis tadi. Dia kata awak tak pergi mana-mana malam minggu ni. Ambik ni. Saya taknak awak pakai baju lain. Nanti lari tajuk pulak. Malam minggu ni lepas Maghrib saya ambik awak.”
Dah lah ajak aku temankan dia. Lagi mahu perli-perli aku. Nak pergi ker tak nak. Ni semua Anis punya pasal. Ahhh……Anis!!!!!!!!!!!!!!!!
********************
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Cantik awak malam ni.”
Hai…puji-puji aku mesti ada makna lain ni. Bagus jugak pilihan dia ni. Baju kebaya warna biru air berserta tudung bawal batu dengan warna yang sama. Memang warna favaurite aku. Paling tak boleh blah…sedondon dengan baju Melayu cekak musang yang dia pakai. Alamak! Lepas habis majlis ni nanti kena pulangkan balik ker baju kebaya ni????
“Thanks. Esok lepas cuci saya pulangkan balik baju ni pada awak.”
“Tak payah. Memang saya beli untuk awak pun. Simpan saja elok-elok. Mana tau nanti boleh pakai masa kahwin pulak.”
Masa kahwin? Siapa nak kahwin dengan dia. Uwekksss….
********************
“Hai!”
Siapa pulak dia ni. Ikhwan ni pun satu. Ajak aku teman dia. Tapi dia entah ke mana.
“Hai!”
“Adam Farhan.”
Sedapnyer nama dia.
“Nur Eila.”
“Awak datang dengan Ikhwan kan.”
Aku sekadar mengangguk sahaja.
“Mana dia.”
“Entah.”
Itu sahaja yang mampu aku jawab.
“Awak girlfriend dia ker?”
“Girlfriend?? Nope….saya kawan dia”
Nasib baik ada mamat ni. Eh..siapa nama dia??..Adam Farhan. Boleh tahan orangnya. Cikgu Add Maths. Macam-macam lah jugak benda yang kami borakkan. Kalau tak mesti aku mati kebosanan kat sini.
“Excuse me.”
Tiba-tiba pulak Ikhwan ni datang. Dari mana munculnya aku pun tak tau. Kenapa muka dia macam marah ajer. Takkan jealous kut….
“Jom balik.”
“Kan tak habis lagi. Mana boleh balik macam tu ajer kan.”
“Esok pagi saya ada hal. Cepat lah.”
“Yer..yer la.. Saya balik dulu yer Adam. Jumpa lagi.”
********************
“Amboi bukan main lagi bersembang dengan Adam tadi. Seronok nampaknya.”
“Memang seronok pun. Dia tu tak pandai menyakitkan hati.”
“Habis saya ni menyakitkan hatilah yer.”
“Sendiri mahu ingat lah.”
Tiba-tiba Ikhwan terus menekan pedal minyak dan memecut laju. Kecut perut aku. Macam nak termuntah pun ada. Kenapa dengan dia ni. Marahkan aku ker.
“Awak kalau rasa nak mati, pergi mati sendiri lah. Jangan nak libatkan saya pulak. Eh!.....Awak nak bawak saya pergi mana ni?”
Aku mula rasa tidak sedap hati apabila kereta yang dipandu Ikhwan tidak melalui jalan biasa. Sebaliknya membelok ke tempat lain.
“Saya tanya awak ni. Awak nak bawak saya kat mana ni. Awak ni pekak ker?”
“Diam!!! Tak habis-habis bising,” dia menengkeng aku.
Aku terdiam. Tak sangka dia akan menengkeng aku sebegitu. Rasa mahu sahaja aku menangis. Cis! Berani sungguh dia menengkeng aku macam tu. Emak dengan abah pun tak pernah meninggikan suara mereka kepada aku. Akhirnya dia memberhentikan kereta di Dataran Putrajaya. Nasib baik malam-malam minggu ni ramai orang melepak di dataran ni. Nanti tak pasal-pasal aku dengan dia kena ambush dengan Jabatan Agama Islam pulak. Mintak simpang.
“I’m sorry. Saya tak berniat pun nak marah awak tadi.”
Mungkin dia rasa bersalah. Ah! Lantaklah engkau. Malas aku nak layan. Aku terus membatukan diri.
“Eila, saya betul-betul mintak maaf dengan awak. Saya tak sengaja. Please…”
Aku tersentak apabila Ikhwan memegang tanganku dan meletakkan di mukanya. Nasib baik aku cepat sedar. Pantas aku menarik kembali tanganku.
“Saya tak faham kenapa awak marah sangat dengan saya. Awak cemburu ker bila saya bersembang dengan Adam tadi.”
Dia membatukan diri.
“Encik Ikhwan Affendi, saya tanya awak ni, awak jealous kan tadi.”
“Ya. Memang saya cemburu. Saya cemburu tengok cara awak melayan Adam tadi. Tapi bila dengan saya awak jadi macam orang lain. Tak macam dulu. Saya suka awak yang dulu. Manis dan manja.”
“Kenapa mesti awak cemburu. Kita tiada apa-apa hubungan yang yang istimewa. Jadi tak perlu nak rasa cemburu. Tentang macam mana saya yang dulu tak payah lah awak persoalkan. Manusia boleh berubah. Lagipun awak kena ingat. Semua ini berlaku pun atas permintaan awak dulu.”
“Eila saya cintakan awak. Saya ikhlas menyintai diri awak, Nur Eila. Percayalah.”
“Jangan cakap pasal cinta pada saya. Kerana cinta awaklah hidup saya merana. Semua dah berubah. Kalau lima tahun dulu awak katakan cinta pada saya, mungkin saya lah manusia yang paling gembira..paling bahagia. Tapi sekarang semuanya dah terlambat.”
“Masih belum terlambat lagi Nur Eila. Saya tahu awak juga masih tak mampu melupakan saya lagi. Saya tahu awak masih lagi mencintai diri saya sama seperti lima tahun yang dulu. Betulkan.”
“Sudahlah Ikhwan. Awak buat kepala saya ni berserabut. Tolonglah hantar saya balik sekarang. Dah lewat ni. Tak elok orang tengok.”
Akhirnya dia akur dengan permintaanku. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kami berdua hanya mendiamkan diri. Entah mengapa ada air jernih mengalir ke pipiku. Luhurkah kata-kata cinta yang aku dengar tadi dari dia?
********************
Sudah genap sebulan Ikhwan tidak menghubungi aku semenjak peristiwa malam itu. Aku jadi tidak senang kerana asyik memikirkan tentang dirinya sahaja. Sudah habiskah usahanya untuk menawan hatiku kembali? Ah! Dia memang lelaki yang pandai berkata-kata.
“Eila ada orang cari engkau.”
Anis memanggil aku dari ruang tamu rumah. Dia ni memang tak boleh tengok orang senang.
“Siapa.”
“Entah.”
Aku segera keluar dari dalam bilik. Siapa pulak lah yang datang mencari aku hari-hari minggu ni. Orang nak berehat pun tak senang.
“Encik cari saya ker?” aku bertanya.
“Nur Eila ker ni.”
“Ya saya. Ada apa hal ni encik.”
“Saya Ariff Mikail. Teman serumah Ikhwan. Saya datang ke sini kerana nak sampaikan pesan dari Ikhwan untuk awak.”
Pesan? Dah sebulan tak dengar berita tiba-tiba hantar pesan ni apa hal. Aku mula gelisah.
“Pesan apa. Kenapa dia tak datang sendiri.”
“Sebenarnya Ikhwan on the way untuk ke KLIA. Dia kena transfer ke Sabah. Dia pesan supaya sampaikan salam dia pada awak. Dia juga berpesan supaya beritahu kepada awak yang dia terlalu menyintai dan menyayangi diri awak dari dulu sampai sekarang. Sayang dan cinta dia tak pernah berubah.”
Dia menyayangi dan mencintai diri aku dari dulu sampai sekarang? Aku tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Ariff Mikail sebentar tadi.
“Encik Ariff, apa yang awak cakapkan ni. Mana mungkin Ikhwan Affendi mencintai diri saya.”
“Percayalah cakap saya Eila. Ikhwan benar-benar mencintai diri awak. Saya kenal dengan dia sejak dari universiti lagi. Hanya awak sahaja yang bertahta di hatinya. Dari dulu sampai sekarang. Ikhwan takut untuk memberi sebarang harapan kepada awak. Dia takut jika dia tidak mampu memenuhi harapan itu kerana faktor jarak antara awak berdua. Tapi bila dia jumpa awak sekarang, dia ingin memulakannya semula. Tapi awak menolak. Kerana itulah dia membuat keputusan untuk pulang ke Sabah semula.”
Betulkah apa yang aku dengar ni. Kenapalah Ikhwan tidak berterus terang. Apakah yang mesti aku lakukan?..
********************
“Ariff awak boleh drive laju sikit tak. Saya takut tak sempat nak jumpa Ikhwan nanti?”
“Sabarlah Eila.”
Anis dan Iwa cuba menenangkan aku.
“Aku nak mintak maaf dengan dia. Aku dah banyak salah sangka pada dia. Aku rasa bersalah sangat. Aku taknak kehilangan dia lagi.”
Airmata yang cuba aku tahan tertumpah juga akhirnya. Aku benar-benar takut jika terlepas peluang untuk berjumpa dan memohon maaf darinya.
Setibanya di KLIA aku terus meluru keluar dari kereta untuk mencari Ikhwan. Mataku melilau mencari dia. Akhirnya aku terlihat Ikhwan yang sedang duduk sambil membaca majalah sementara menunggu penerbangannya. Nasib baik sempat. Aku segera menghampirinya.
Dia terkejut melihat aku berada di hadapannya kini. Dia segera bangun. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba….Panggg!!!! Satu tamparan hinggap di pipinya. Dia terkejut dengan tindakanku itu malah semua yang berada di situ juga turut terkejut termasuklah Ariff, Anis dan Iwa.
“Awak ingat awak tu siapa hah! Awak datang dalam hidup saya lepas tu awak hilang kemudian awak datang semula dan sekarang awak nak pergi lagi. Awak ingat diri awak tu siapa…. Sampai hati awak nak tinggalkan saya lagi. Awak fikir saya ni apa.”
Aku mula hilang pertimbangan. Aku terduduk dilantai sambil menangis. Tidak aku sangka aku bakal ditinggalkan sekali lagi oleh lelaki itu. Sama seperti apa yang pernah dia lakukan lima tahun yang dulu.
“Hei…,” dia menyapaku lembut.
Ikhwan cuba untuk mendirikan aku semula. Lalu bahuku dipegang. Air mataku dikesat.
“Kenapa ni. Saya tak faham apa yang awak cakapkan tadi.”
“Kenapa awak tak bagi tahu saya awak nak balik Sabah? Kenapa awak nak pindah balik sana? Kenapa awak nak tinggalkan saya?”
Bertalu-talu soalan ku lemparkan kepadanya. Airmataku juga turut mengalir.
“Memanglah saya nak balik Sabah. Itu bukan ker kampung halaman saya. Lagipun sekarang ni bukan ker dah start cuti sekolah Cik Nur Eila ooii… Lagi satu ni, siapa pulak yang bagi tahu awak yang saya nak transfer ke Sabah. Khidmat saya masih diperlukan di sini lagi.”
Hah!!! Sah aku kena main dengan Si Ariff Mikail ni. Siot betul mamat ni. Malunya aku. Dahlah menangis bagai nak rak depan Ikhwan, depan semua orang kat sini. Dah macam filem Hindustan pulak. Bila aku toleh ke belakang kelibat Ariff, Iwa dan Anis tiada di situ. Oooo…korang semua dah lari yer. Nanti lah kalau aku jumpa korang bertiga, teruk aku kerjakan nanti.
“Awak mintak maaf. Sakit ker.”
Aku hanya mampu untuk meminta maaf sambil tanganku mengusap lembut pipinya. Kasihan Ikhwan tak pasal-pasal kena penampar. Kuat pulak tu. Dia memegang lembut tanganku dan memandang ke wajahku. Aduh! Janganlah pandang aku macam tu. Malu aku.
“Awak sayang saya, Eila?” dia bertanya.
Aku hanya mampu mengangguk.
“Saya sayang awak dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah.”
Syahdunya kata-kata dia. Aku dapat merasakan kata-kata dia itu benar-benar ikhlas. Kalau tak pasti aku tidak akan tangkap syahdu sampai macam ni sekali.
“Balik dari Sabah nanti saya bawak emak dengan ayah saya pergi Ipoh.”
“Buat apa.”
Aku tak faham. Setahu aku Ikhwan mana punya saudara-mara di Ipoh. Buat apa pulak dia nak bawak emak dan ayahnya pergi ke Ipoh.
“Awak ni memang blur lah. Saya nak bawak emak dengan ayah saya pergi Ipoh untuk suruh diorang pinangkan awak untuk saya lah. Saya dah tak larat nak bertekak dengan awak lagi. Kalau dah kahwin nanti tau lah macam mana saya nak control angin awak tu nanti.”
Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Terasa cukup bahagia saat ini.
“Ooo…berani awak kata saya blur yer,” aku membalas kata-katanya berserta satu cubitan di lengan kanannya.
“Eh…sakit lah.”
“Padan muka. Itulah padahnya kalau mulut tu takda insurans.”
Kami ketawa bersama. Tiba-tiba satu pengumuman kedengaran untuk makluman para penumpang yang akan ke Sabah agar segera memasuki balai berlepas. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi. Walaupun untuk seketika.
“Saya nak pergi dah ni.”
“Ok. Take care. Kirim salam pada keluarga awak di sana ya.”
“Boleh tak kalau saya nak panggil awak sayang. Macam awak pernah request dekat saya dulu.”
Aku tersenyum. Tak sangka dia ingat lagi permintaan bodoh aku untuk memanggilnya sayang dulu. Aku mengangguk.
“Sayang tunggu saya nanti ya. Saya janji, habis cuti saya balik sini. Tak sabar nak suruh parents saya pinang awak. I will miss you, sayang.”
“I will miss you too.”
Dia melambaikan tangannya sebaik sahaja masuk ke balai berlepas. Aku tersenyum manis ke arahnya. Terima kasih Tuhan kerana memakmulkan permintaanku selama ini. Lima tahun sudah berlalu….Cinta itu milikku akhirnya…

Tamat.

8 comments:

Anonymous said...

giler btul eila tu... adake men penampar je c ikhwan tgh org ramai... tp best, lwk gak la...

Anonymous said...

jalan cite dh best, tp penyusunan cerita x berapa faham la & x berapa nampak kenapa iela begitu bencikan ikhwan. kenapa x ceritakan waktu eila dikecewakan oleh ikhwan. pastu x berapa jelas naper iela kte 5 thn dia mengadaikan ego dia utk ikhwan. padahal x penah jumpe pun selama waktu itu. klu blh perjelaskan lagi keadaannya.

buLan said...

slm..
hurm..akk..
leh ltk cter princess wan na be dkt blog ni?
nak print..hehe..klu bleh..
nme akk nnt sye ltk skali..heheh

♥corcraze♥ said...

actually,menengking kan and bukan menengkeng..xtaw la kalo loghat Sabahan..hehe

ape yg anonymous2 ckp tu mmg btol lah..
ade kureng sket lah citer nih..
tak seperfect Gitar Akustik,awak buat jgk tu kan?
yg tu mmg wat kite nanges,sumpah sy xpenah nages wpon tgk cte korea yg superb sedeyh..

thx anyway,suke name2 watak awak..
tersangat lah cantik..

akish.. said...

well..personally quite ok..walaupn dah biasa dgn jalan cerita mcm ni..anyway gud job :-)

iema said...

Mak La cita ni best tp sprti biasa kita ttp suka tang nama eila tu ttp ada ;) cop cop mak la perasan tak mak la mcm tlupa nk bg tau knp si hero tu tinggl kn eila dolo??&gaya bhs mu mmg mjd pujaan hati ku ;P sempoi ala2 rmj seusia ku aja.

aku Rosa ! said...

personally crta nie cm tak lengkap ! .

Unknown said...

Sape ikhwan affendi cik eila kite ni.? Hehehe