Tuesday, March 31, 2009

Iman Suraya Bab 3

Badan dihempas lemah ke atas katil beralaskan tilam empuk. Nikmatnya kalau dapat melelapkan mata barang sejam dua. Selamat sudah sampai ke resort. Malas dia bangun mencapai beg galas yang diletakkan di meja tepi katil. Telefon bimbit dikeluarkan. Segera nombor telefon rumah did ail.
“Hello abah. Call balik.” Laju-laju Suraya bercakap. Lepas itu talian dimatikan. Hahaha… Nak telefon abah sendiri pun berkira. Oppss.. Bukan berkira. Tapi kredit tak berapa nak cukup. Beberapa ketika kemudian telefon bordering.
“Abah. Sue dah sampai resort dah ni.” Kata Suraya. Telefon bimbit dikepitkan pada bahu kiri dan telinga. Pencuci muka, berus gigi dikeluarkan dari dalam beg troli. “Ermm..” Suraya berdiri perlahan. “Okey-okey.” Berjalan menuju ke bilik air. “Faham. Dun worry. Sue tahu jaga diri.” Talian sudah di matikan. Mandi dululah, lepas tu baru telefon Azim.

“Hello sayang.” Suraya bersuara manja. Telefon dikepitkan di telinga dengan bahu bila tangan sibuk mengeringkan rambut yang basah dengan tuala.
“Errmm..” Jawab Azim dari hujung talian.
Tangan yang rancak mengeringkan rambut terhenti. Hai. Lain macam ajer aura suara. Apa yang tak kena. “Awak okey ker?” Suraya bertanya.
“Awak kelentong saya yer. Kata pergi sama Anne dengan Ika. Tapi pergi sorang-sorang.” Azim menggumam rendah.
Alamak. Patutlah lain macam. Saper pulaklah yang pandai-pandai pergi sampai cerita ni. tak mungkinlah abah. Abah dah janji. Ini siapa pulak jadi agen Murai.Com cerita aku pergi sini sengsorang. “Alah… Sayang.” Manja. “Kalau saya cakap kat awak yang saya pergi sorang-sorang, confirm awak tak bagi.” Balas Suraya kemudian.
“Sue, awak tu perempuan.” Azim geleng kepala. Tak tau nak buat apa. Terlintas mahu menelefon dengan Hakim, buah hati Si Ika tu tadi. Dan-dan Hakim bagi tahu yang dia dengan Ika tengah keluar jalan-jalan di Kinta City. Mahu tak ternganga yang mana Hakim bagi tahu Ika tak join Suraya sekali ke Langkawi. Anne pulak dia orang bagi tahu tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan kakak dia. Sue. Sue.
“Taulah.” Jawab Suraya pendek. “Awak jangan risaulah. Saya dah besar. Tau jaga diri sendiri.” Sambungnya lagi.
Hush… Azim mengeluh perlahan tapi masih dapat didengari dari hujung talian sana. “Jangan risau kay. Bukan lama pun. Lima hari ajer.” Sela Suraya.
“Awak jaga diri. Kalau jumpa orang yang pelik-pelik tu jangan pergi dekat.” Pesan Azim.
“Kay.” Suraya mengangguk.
“Lagi satu, mak saya tanya, untuk hantaran masa majlis nanti tu, belah perempuan warna apa? Mak saya nak mula buat hantaran pihak lelaki.” Ujar Azim.
Suraya menggaru kepala yang tidak gatal. Warna apa? Tak fikir pun lagi nak letak warna apa untuk barang hantaran dari pihaknya. Errmmm… “Tak decide lagi.” Jawabnya.
“Macam mana ni Sue?” Tanya Azim geram. Dah berapa lama bagi masa pun tak ada satu warna lagi yang dia pilih.
“Awak plan pakai warna apa?” Tanya Suraya.
“Silver.”
“Okey. Saya gold.”
“Muktamad.”
“Yup.”
“Tak nak pakai talian hayat pergi tanya dekat Anne dengan Ika ker?”
“Tak perlu. Muktamad.” Putus Suraya.
“Okey.”
“Orait.”
“Take care.”
“You too.”
“Love you.”
Tersenyum sampai ke telinga. “I love you two, three, four…”
“Sudah-sudah. Assalamualaikum.” Pantas Azim memotong sebelum Suraya melalut lebih panjang.
“Waalaikummussalam.”
Talian dimatikan. Seketika kemudian dia menaip SMS pada telefon bimbitnya.
Siapa yang kantoikan saya?
Azim membalas.
Hakim dengan Ika.
“Hampeh!!” Suraya berkata sendiri.
Telefon tadi dilempar di atas katil. Kaki berjalan menuju ke meja solek. Rambut yang masih basah sikit-sikit itu dibiarkan terlepas bebas. Suraya mengenakan tee lengan panjang garis-garis lintang atas punggung yang agak sedikit ketat dengan seluar berpoket-poket berwarna coklat air. Cap Adidas berwarna hitam digantung pada tepi pinggang. Kamera digital di meja tepi katil dan talinya disangkut ke leher. Getah rambut kain sudah disauk masuk ke pergelangan tangan. Cermin mata hitam berbingkai besar ala-ala Paris Hilton yang dibeli di Gerbang Malam satu sepuluh ringgit sudah disangkut pada kolar tee yang dipakai. Selipar Crocs dikeluarkan dari beg plastic dan dibawa ke pintu bilik. Beg galas yang tidak berapa besar digalas dibelakang. Semua cukup di dalamnya. Dompet, stok makanan ringan, MP3 player, mineral water, bateri spare, bedak compact, sun block semuanya sudah dimasukkan. Telefon bimbit di atas katil, di capai bersama brochure yang dirembat dari receptionist resort tadi. Telefon bimbit dimasukkan di poket belakang seluar. Brochure ditangan dibuka. Suraya keluar dari bilik. Masa untuk jalan-jalan…………..
Suraya sekadar berjalan-jalan seorang diri di sekitar Pekan Kuah. Kamera ditangan tidak habis-habis mengambil gambar pemandangan di Pekan Kuah ini. Penat berjalan Suraya singgah ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Baru dia teringat semenjak sampai tadi hanya Mr. Potatoes yang sempat dijamah. Patutlah perut sudah berkeroncong hebat. Petanda suruh diisi dengan segera kalau tak nak kena gastrik. Suraya mengambil tempat di hujung gerai. Beg galas diletakkan dikerusi di sebelahnya. “Join sekali boleh?”
Suraya angkat muka. Errkk… Apa lagi dia ni nak. “Duduklah.” Balas Suraya.
Pelayan kedai makan datang untuk mengambil pesanan.
“Nasi goreng ayam dengan teh o ais.” Suraya mengalih pandangan pada Iman. Kening diangkat.
“Sama.” Iman berkata kepada pelayan tadi.
Setelah mengambil mengambil pesanan, pelayan tadi terus berlalu meninggalkan Iman dan Suraya berdua. Suraya tidak ambil pusing kehadiran Iman yang tidak diundang duduk semeja dengannya. Sorry ek. Tak ada opened table hari ini. Kamera ditangan dibelek. Gambar-gambar yang sempat diambil tadi dilihat semula. Yang mana tidak cantik bolehlah delete. Tidak memenuhkan memory stick di dalamnya.
“Lepas ni nak pergi mana?” Iman bertanya memecahkan tembok sunyi antara mereka berdua.
Suraya angkat muka naik kening sebelah. “Balik resort.” Jawabnya. Kemudian tangan kembali membelek kamera digitalnya. Masih tidak dihiraukan Iman.
“Takkan nak balik dah?”
“Baliklah. Rehat.” Malas Suraya menjawab soalan Iman tadi.
“Kat sini berapa hari?”
Tali penyangkut camera dileher dikeluarkan. Kamera diletak di atas meja. Iman dipandang. “Yang sibuk nak tahu tu buat apa?” Suraya bertanya penuh sinis. Suka hatilah nak duduk berapa lama. Bilik lain-lain.
Iman sekadar tersengih. “Garangnya.” Katanya pendek.
Suraya menggeleng perlahan. Tiba-tiba jadi mesra alam ni apahal. Mata Suraya merenung Iman atas bawah. Hush… Tak berat ker pakai benda alah tu semua. Tak rimas ker pakai besi-besi tu semua. Agak-agak kalau timbang kilo kat Jalan Bendahara berapa boleh laku? Nasi goreng ayam dan teh o ais sudah sampai. Suraya makan dengan berselera. Iman dihadapan masih dibuat endah tidak endah. Apa yang pasti. Selepas kenyang makan, dia akan segera pulang ke resort. Mahu merehatkan diri. Cukuplah sekadar pusing-pusing sekitar Pekan Kuah sahaja. Esok-esok masih ada. Lagipun lima hari di sini. Jalan pelan-pelan.
Pinggan nasi goreng ayam sudah licin. Teh o ais di dalam gelas sudah kering. Suraya angkat punggung dan menuju ke kaunter pembayaran. Ketika dia ingin membuka dompet duit, Iman terlebih dahulu mengeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada adik yang menjaga kaunter. “Sekali.” Katanya sambil jari telunjuk digoyangkan ke arah Suraya dan kembali kepadanya.
Suraya menjungkit bahu. Okey. Rezeki datang bergolek. Orang nak belanja. Takkan nak eksen tak bertempat pergi tolak rezeki yang datang. Terus dia berlalu keluar dari restoran.
“Sue, esok apa program?” Iman bertanya ramah tamah.
Suraya masih membisu. Hanya bahasa bahu yang dijungkitkan itu sahaja yang menjawab pertanyaan Iman.
“Esok kita keluar sama-sama. Saya pun tak ada kawan kat sini.” Pelawa Iman.
Suraya buat muka pelik. “Keluar sama-sama?” Suraya bertanya. “Sama-sama?” Ulangnya lagi dengan jari telunjuk digerak ke depan belakang. “Sama-sama, together-gether?” Lagi. Iman di pandang. Mata dijulingkan ke atas, kemudian dia menggeleng perlahan dan terus berjalan ke hadapan untuk menahan teksi.
Pantas kaki Iman mengekori Suraya dari belakang. Suraya yang laju ke hadapan tiba-tiba berhenti. Sebelah tangan dicekakkan ke pinggang. Sebelah lagi cuba menahan Iman dari terus datang dekat. Jari manis yang tersarung cincin tunang sengaja ditunjukkan dekat-dekat muka Iman. Iman mengerut dahi. Kerut dahi ek.. Ingat aku perempuan spesies yang suka simpan spare tyre ker kalau jauh sikit dari boyfriend atau tunang sendiri. Sorry sikit ek. Nak test ayat power cari orang lain bukan dengan Cikgu Suraya. Apa kes tiba-tiba mahu test market depan aku ni pun aku tak tau.
“Encik Iman, saya ni tunang orang. Jangan awak cuba-cuba nak menggoda saya pulak.” Kata Suraya keras. Lebih berbunyi kepada satu amaran. Jangan coba-coba datang dekat. Karang ada yang kena karang. Flying kick aku bagi karang ni.
Iman ketawa kecil mendengar kata-kata Suraya. Mak oiii… Bapak perah-santan budak Sue ni. Bila masa pulak aku nak menggoda dia. Hush… Ingat aku ini abang-penggoda-berbisa ker. Don’t be perasan la gurl. “Saya cuma nak ajak awak keluar sama-sama ajer. Tak terlintas pun nak menggoda awak tu. Mula-mula tengok cincin belah rotan kat jari manis awak tadi pun saya dah agak awak orang punya. Lagipun awak bukan taste saya, Cik Sue.” Iman menjawab bersahaja. “Lagipun kita sama-sama tak ada kawan kat sini. Apa salahnya kalau keluar sama.” Iman mencuri nafas seketika. “Saya ajak ajer. Cadangan ajer. Lagipun esok saya cadang nak sewa kereta kat sini. Kalau nak awak boleh join. Kalau tak nak saya tak paksa.” Sambung Iman kemudian.
“Betul ni.” Suraya bertanya. Tak yakin dengan ayat Iman tadi. “Betul ni tak ada udang dibalik mee ni?” Tanyanya lagi. Ah!! Takut jugak. Tengok gaya Iman ni pun macam apa ajer. Boleh pakai ker apa yang dia cakap tadi ni. Suraya menimbang-nimbang di dalam hati.
“Betul lah.” Balas Iman yakin.
“Okey.” Putus Suraya akhirnya.
“Tapi…”
“Tapi apa?” Pantas Suraya memotong.
“Sewa kereta tong-tong. Boleh?”
Suraya tersengih. Okeylah tu. Ada kereta senang nak berjalan. “Tak ada hal.”


Suraya menengadah langit malam. Rambut yang dilepaskan itu sesekali melayang lembut dibawa angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Ini kalau Azim ada kat sebelah mesti best. Sama-sama buat hobi kira bintang tepi swimming pool Twin Peak Resort. Tanpa sedar dia senyum sendiri apabila terkenangkan Azim. Indahnya perasaan apabila ada orang sayang, ada orang cinta macam gitu. Bahagia sangat-sangat. Tadi ajer baru lepas bersembang dengan Azim. Berapalah gamaknya bil telefon Azim setiap bulan kerana selalunya Azim yang jadi tukang telefon. Hahahah… Dan dia sekadar tukang hantar miscall minta dihubungi semula. Nasiblah. Belum bekerja lagi. Kalau sudah berkerja nanti, ada pendapatan sendiri, itu lain cerita. Sekarang ini, makan pakai pun masih pakai duit pencen abah jugak campur elaun bulan-bulan yang Along dengan Angah bagi. Suraya menginjak sedikit ke depan. Semakin menghampiri ke kolam renang. Track suit disenteng sehingga ke paras lutut. Kemudian kaki dicelup perlahan ke dalam kolam. Ngee… Sejuk. Kakinya mengkocak-kocak air di dalam kolam.
“Uittzz!!” Iman menyapa dari belakang.
Suraya tersentak. Cess.. Potong stim betul. “Ermm…” Suraya acuh tak acuh.
“Awak ni peliklah Sue?” Iman berkata sambil melabuhkan punggung di sebelah Suraya. Walaupun di sebelah, agak satu meter juga jarak antara mereka di antara mereka. Dia pun tahu jugak batas nak berbual dengan perempuan yang dah nak jadi hak mutlak kepada lelaki lain. Bukan tak tau. Lagi buat diri lebih berhati-hati, bila teringat siku Suraya yang tajam itu. Sampai sekarang kesan rasa senak pada dada pasal kes kena siku dalam feri tadi masih terasa.
Suraya menoleh ke arah Iman. Pelik? “Saya ada rupa alien ke? Saya tak ada hidung ker?” Tanya Suraya sinis. Bertubi-tubi.
Budak Sue ni lah. “Tunang awak tak risau ker bagi awak datang sini sorang-sorang?” Iman terus bertanya tanpa menjawab soalan kerek Suraya tadi.
Suraya menggeleng perlahan. Pandang ditala pada tengah kolam renang. Kakinya mengocak air di dalam kolam renang. Kemudian dia tersenyum sendiri. “Saya memang biasa buat macam ni. berani buat, berani tanggung. Jangan sampai terkantoi. Kalau dah terkantoi keadaannya macam sekarang ni lah.” Suraya angkat kening mengadap Iman. Iman buat muka selenga. Pelik. Tak faham maksud kata-kata Suraya. “Setiap sepuluh minitlah dia akan telefon. Tanya itu ini. Okey ker tak.” Terang Suraya. Hush.. Ini semua angkara Hakim dengan Ika. Langsung tak tau nak cover line member sendiri. Balik tadi tiga puluh miscall dalam handphone. Semua dari nombor yang sama. Nombor Azim. Lepas solat Maghrib tadi jenuh kena dengar ceramah dari Azim. Macam-macam pesanan penaja dia bagi. Katanya jangan sengaja buat silent mode. Peduli apa. Tak sanggup dengar telefon berbunyi setiap sepuluh minit. Azim kalau nak buat pemantauan berkesan pun agak-agaklah.
Iman ternganga mendengar cerita Suraya. Biar betul. Selamba gila. Tunang sendiri buat macam tu. “Dia tak marah ker?” Tanya Iman lagi.
Suraya tersengih. “Marah.” Jawabnya ringkas. “Marah tandanya sayang. So setiap kali kena marah saya tau dia sayangkan saya.” Kemudian dia ketawa. “Dan, sebab tu saya saja ajer suka buat dia marah. Lagi dia marah. Lagi saya tahu yang dia concern sangat-sangat dengan saya. Bila dia concern pasal saya, indeks saham dia akan naik…dan naik..dan naik…” Sambung Suraya lagi.
“Bertuahlah awak. Ada orang sayang.” Iman menutur rendah tanpa nada. Matanya pula ditala pada langit. Kedua belah tangan ditongkat ke belakang.
“Awak apa cerita datang sini sorang-sorang?” Giliran Suraya pula bertanya. Asyik dari tadi Iman yang bertanya itu ini. Dia juga ingin tahu serba sikit cerita kawan barunya itu. Yang mula-mula jumpa macam nak tonyoh muka kerek tak bersalah tu dengan penyental periuk. Tapi bila dah kenal, tak adalah teruk sangat orangnya. Cuma serabut dengan eksesori tu yang sakit mata sikit. Just sakit mata. Tak adalah sampai sakit hati.
“Sajer.” Iman jawab sepatah. Rendah.
Suraya mengerut dahi. Kenapa dia ni? “Hai.. Gaya macam putus sudah kasih sayang ajer. Mesti sebab perempuan ni.” Suraya meneka.
“Sepuluh markah.”
“Thank you.” Balas Suraya sambil tersengih. Memang macam Nujum Pak Belalang. Sekali teka dah boleh kutip sepuluh markah. “Apa cer?” Tanya Suraya lagi.
“Drop the subject, Sue.” Ujar Iman.
“Okey.” Suraya mengangkat tangan tanda tidak ada lagi soalan-soalan cepu emas selepas ini.
“Awak pulak apahal datang sini sorang-sorang. Berani betul. Adik saya yang lebih kurang sebaya awak, nak pergi ke mana pun, ibu saya excort.” Iman mengeluarkan kaki dari dalam kolam renang. Dikemaskan sila. Sedikit dia mengiring ke tepi agar Suraya dapat dilihat dengan jelas. Teringat Umairah di rumah. Umairah yang sudah berumur dua puluh tiga tahun itu. Masih lagi tidak bebas bergerak ke sana ke mari. Masih ditemani ibu walau ke mana sahaja dia pergi. Maira.. Maira… Anak bongsulah katakan.
“Awak ingat saya budak kecik ker? Saya dah besarlah. Janji pandai jaga diri. Abah saya tak kisah pun sebab dia tahu saya jenis yang macam mana. Saya bukan stok anak manja. Lagipun saya datang sini untuk melakukan hobi yang paling saya suka.” Balas Suraya. Sudah diajar dari kecil, agar pandai hidup berdikari walau dimana pun dia berada. Abah tak mahu dia terus menerus hidup bergantung pada orang lain. Itu cara abah mendidik Suraya selepas arwah emak meninggal dunia ketika dia berusia tujuh tahun. Semua benda dia buat sendiri. bila betul-betul sesuatu kerja itu tidak mampu dilakukan barulah dia akan meminta pertolongan dari Along, Angah ataupun abahnya. Tak ada alasan, anak bongsu tak boleh buat semua kerja, lebih-lebih lagi kerja rumah. Sudahlah Suraya ini satu-satunya anak perempuan abah. Nak taknak belajar masak tu memang wajib. Itu cerita bila mana usia baru menginjak ke angka tiga belas tahun. Bila dah masuk tingkatan satu. Ingat lagi macam mana Mak Yang marah-marah sebab naik hancur ikan kembung kena siang dengan Suraya. Hari tu, semua orang makan telur goreng ajer. Mak Yang adik abah. Tempat Suraya menumpang kasih seorang ibu. Pada Mak Yang tempat dia meluahkan perasaan. Nasib Mak Yang tinggal berdekatan dengan rumah abah. Selalu kalau boring-boring kat situlah port dia akan melepak. Bersembang merepek-repek dengan Mak Yang. Lagipun anak-anak Mak Yang semuanya lelaki. Kalau ikutkan pada pokok salasilah keluarga belah abah, memang Suraya sorang ajerlah cucu perempuan Arwah Haji Taib dan Arwah Hajjah Hasnah. Yang lain semua lelaki. Hohohoo… Itu sebab, ada masa, terlebih manja. Dan juga terlebih kasar. Tapi kalau belah emak tu ermm.. adalah dua orang sepupu perempuan perempuan. Tapi cousin lelaki tetap melebihi dari perempuan.
“Hello…”
Suraya tersentak apabila tangan Iman melambaikan ke mukanya. Hello.. Hello… Hello pergi cakap dalam telefonlah. “Errmm.. Apa dia?” Suraya bertanya malas.
“Awak ni. Ada masa pulak mengalamun.”
“Bukan mengelamunlah. Mengimbas memori.” Sangkal Suraya. Dua kali lima jugaklah mengelamun dengan mengimbas memori tu Suraya. Cikgu Bahasa Melayu yang dah mula pening lalat.
“Apa hobi awak tu?” Tanya Iman penuh minat.
“Ambil gambar.”
“Awak fotographer?”
Suraya menggeleng. Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak tangan. Mata ni dah berat sangat dah ni. Rasanya sesi temu bual, beramah mesra setakat ni ajerlah. “Saya mengantuklah. Esok-esok sambung ajerlah.” Pinta Suraya lantas bangun.
Iman mengangguk perlahan. “Esok macam mana?” Tanyanya kemudian.
“On.”
“Pukul berapa?”
“Pukul Sembilan pagi.” Suraya sudah mula ingin menapak ke bilik. “Awak tak nak tidur dah ker?” Dia berpaling sejenak apabila Iman masih lagi duduk bersila ditepi kolam sambil tangannya bermain air.
“Belum lagi.”
“Okey” Balas Suraya sepatah kemudian matanya memandang ke kiri ke kanan. Tangan kanan diangkat. Jari jemari dirapatkan dan diletakkan dekat tepi mulut. “Tapi awak hati-hati sikit kat sini. Kat sini tempat dia keras sikit.” Suraya berbisik.
Iman angkat kening. Dia turut sama memandang ke kiri dan ke kanan. Muka sudah berubah.
Pecah ketawa Suraya. “Apalah awak ni. Penakut!!!” Kuatnya suara Suraya. “Memanglah keras. Kat sini bukankah semuanya batu-bata-simen-konkrit. Memanglah keras.” Ketawa Suraya masih bercita. “Okeylah. Good night bro.” Suraya terus berlalu pergi.
Iman yang ditinggalkan seorang diri masih terpinga-pinga. Apa ajerlah budak Sue ni. Pandai buat lawak tengah malam buta cenggini.

1 comment:

Anonymous said...

hahaha..lawak etul suraya ni..suka menyakat org.
wah..takkan iman dgn sue ni?azim?hehehe..