Thursday, February 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 24

BAB 24
Zain menumpukan pada pemanduannya. Sesekali Aleeya disebelah dikerling nakal. Cantik pulak Aleeya mala mini. Semasa mengambil Aleeya di rumah tadi, memang dia terpegun dibuatnya. Mana pernah Aleeya pakai macam ni semua. Grand sangat. Dengan kebaya Indonesia dari kain lace dipadankan pula dengan kain batik Jawa susun bertingkat di hadapan menyerlahkan lagi seri pada Aleeya yang tinggi lampai. Tudung yang dipakai dibelit entah apa cara tetap cantik digayakan. Heel setinggi tiga inci yang tersarung pada kaki menambahkan lagi ketinggian Aleeya yang sememangnya sudah tinggi itu. Sudah separas pulak Aleeya dan Zain berjalan seiringan. Nasib tidak tenggelam aku dibuatnya di sebabkan kasut tumit tinggi yang Aleeya pakai. Kalau biasa Aleeya hanya mengenakan solekan nipis, tetapi mala mini, berubah benar wajahnya. Memanglah dia berbakat menjadi mak andam.
Kereta Zain membelok masuk ke dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh. Saving gila buat reunion dekat dewan sekolah. Biasa orang buat dekat hotel-hotel. Errmm… mungkin best jugak. Mengingat kembali memori lama semasa berada di sekolah ini dulu barangkali. Kereta sudah sedia diparkirkan di tempatnya. Segera Zain keluar. Banyaknya kereta. Mesti besar jugak majlis ini. Fikir Zain di dalam kepala.
Aleeya masih lagi duduk terpaku di dalam kereta Zain. Teragak-agak sama ada mahu keluar ataupun tidak. Belum apa-apa lagi sudah terasa cuak semacam ajer ni. “Kenapa ni?” Getusnya di dalam hati.
Zain mengetuk cermin tingkap dari luar. Memberi isyarat menyuruh Aleeya keluar. Ini apakerhalnyer. Dah sampai taknak keluar pulak. Zain pening kepala.
Aleeya keluar perlahan. Mereka berdua berjalan beriringan. Terasa payah sangat nak menghayunkan langkah.
“Apahal ni?” Tanya Zain apabila melihat Aleeya yang seperti tidak bermaya itu. Selalunya time reunion nil ah orang paling exited nak pergi. Boleh jumpa teman-teman lama. Ini aleeya, sebaliknya pulak.
“Aku takut…” Aleeya menjawab rendah.
“Rileks la. Aku ka nada.”
Aleeya hanya memandang Zain di dalam samar-samar cahaya. Sedikit sebanyak kata-kata Zain itu tadi member sedikit keselesaan buat dirinya. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“That’s my girl. Jom.” Ajak Zain.
Aleeya menarik nafas dalam ketika kaki mula melangkah masuk ke dalam Dewan Seri Intan. Bismillahhirrahmannirahimm… Ucapnya perlahan.
Masuk sahaja Aleeya ke dalam dewan, semua mata tertumpu ke arahnya. Mula rasa nak pitam. Ini belum terserempak dengan Azizul lagi. Seketika kemudian, terdengar namanya dipanggil. Kelihatan Abab, Julia dan Nana serta pasangan masing-masing melambai-lambai ke arahnya. Yess!!.. tu dia kroni aku sudah memanggil. Segera langkah di atur menuju kea rah mereka. Zain hanya menuruti dari belakang.
“Tak sangka kau dating cik.” Abab bersuara girang. Begitu juga Julia.
Aleeya hanya tersenyum. Ish..ish budak berdua ini. Sudah menjadi isteri orang pun perangai tak berubah.
“Persal lambat. Majlis nak mula dah ni.” Tanya Nana. Mata Nana dikerling kea rah lelaki yang hadir bersama Aleeya malam ini.
“Teknikal problem.” Jawab Aleeya berseloroh.
“Taknak kenalkan ker?” Afzal suami Julia mencelah.
Aleeya hanya ketawa. “Sorry. Okey. Ini Zain. Zain ini Julia, yang ini husband dia Afzal, ini pulak Abab, yang ni husband dia Khairi and last sekali ni Nana dengan her boyfriend, Shah.” Aleeya memperkenalkan teman-temannya satu persatu kepada Zain.
“Tau tak cik. Bekas Cikgu Sayang kau tu, kali ni dia dating sorang tau.” Julia berbisik perlahan ke telinga Aleeya. Abab dan Nana segera dating dekat supaya tidak terlepas berita hangat yang disampaikan itu.
“Persal? Mana isteri tercinta dia tu.” Aleeya mencebik. Setakat ini dia tidak terserempak lagi dengan Azizul.
“Orang lah katakana, dia orang tengah berantakan sekarang ni.” Nana pulak menyambung.
“Eh. Kau tau ker?” Julia bertanya kepada Nana.
“Tau lah.” Nana menjawab.
“Aku pun tau.” Abab berkata pantas.
“Persal aku sorang ajer tak tau?” Aleeya bertanya.
“Dah engkau tak pernah nak ambil tahu pun.” Julia berkata dengan bersahaja.
“Tak payah ambil tahu la. Buat serabutkan kepala otak kau ajer.” Nana pula mencelah.
Aleeya mengangkat kening. Diukir senyuman sinis. Patutlah sibuk ajer Azizul tu mencari aku. Pandai dia ek. Ada problem, dating cari aku. Cehh!!..
“Betul jugak kan.” Aleeya mengiyakan kata-kata Nana tadi.
“Yang tu stok mana kau rembat.” Selamba Abab bertanya sambil mata dikerling kea rah Zain yang sedang rancak bersembang dengan Afzal, Khairi dan Syah.
Aleeya membulatkan mata. Ketawa pecah tanpa dapat ditahan. Segera ditekup dengan telapak tangan. Abab disiku perlahan. “Suka-suka hati ajer kau kata aku rempat kat mana-mana. Itu stok baik-baik lah.” Aleeya berkata perlahan.
“Kau sukalah tu.” Nana bertanya. Dihadiahkan senyuman nakal untuk Aleeya.
“Entah.” Aleeya bercakap antara dengar dengan tidak.
“Entah?” Julia bertanya semula.
“Ellehh.. sukalah tu. Kalau tak, takkan bawak sekali dating majlis ni.” Giat Nana lagi.
“Teman tapi mesra.” Aleeya berkata selamba.
“Wei..” Terdengar satu suara memanggil dari sebelah kiri dewan. Kelihatan Din Mercun melambai-lambai kea rah mereka bertiga.
“Balak lama kau.” Abab menyiku Julia disebelah.
Nana dan Aleeya sudah ketawa besar. Semasa tamat menjawab kertas soalan SPM yang terakhir Din Mercun tleah meluahkan perasaannya pada Julia. Sampai demam makcik ni kena propose dengan Din Mercun.
“Tolonglah jangan nak buat cerita ‘Beauty and The Beast Episode Two’ pulak kat sini.” Julia mendengus geram sambil menjeling kea rah teman-temannya yang masih giat ketawa.
“Okey apa dia sekarang.” Aleeya cuba mengusik. Ek ena. Perasan diri pulak makcik ni. Konon-konon dia tu Beauty.
Julia membuntangkan mata. “Okey. Tapi aku dah ada Afzal. Tak nak aku Din Mercun tu. Mulut tak boleh blah.” Julia mencebik lagi.
Ketawa mereka pecah lagi. Kesian Julia. Tak pasal-pasal jadi mangsa.
“Korang ni. Selalu terpinggirlah. Dari zaman sekolah sampai sekarang asyik kena pinggir ajer.” Din Mercun bersuara sebaik sahaja dia menghampiri Aleeya and the gang.
“Kurang ajar punya Din Mercun. Kau ni. Mulut tak berubah.” Balas Aleeya.
“Eh aku memang kurang ajar pun. Sekarang ni pun tengah tunggu permohonan untuk buat master.” Kata Din Mercun sambil mengangkat sebelah kening.
Aleeya mencebik. Nak termuntah pun ada. Tak abis-abis nak menunjuk.
“Tak payah lah korang buat muka macam tu. Aku dah insaf la. Mana ada macam dulu lagi. Aku minta maaf lah kalau dulu aku selalu buat korang sakit hati.” Din Mercun menuturkannya rendah.
“Yer la tu. Kita orang pun sama. Nak minta maaf jugak kalau ada buat salah masa kita sekelas dulu.” Balas Aleeya. “Saper ni.” Tanya Aleeya pula sambil menjuihkan mulut kea rah seorang gadis disebelah Din Mercun.
“Eh!!.. Lupa pulak aku. Ini Intan Khairina. Wife aku.” Zain memperkenalkan isterinya kepada bekas teman sekelasnya dahulu.
“Teruknya. Wife sendiri pun boleh lupa.” Nana berkata sambil bersalaman dengan isteri Din Mercun.
“Wah!! Dah kawin kau yer Din.” Julia yang dari tadi hanya senyap, tiba-tiba bersuara. Nasib baik mamat ni dah kawin. Kalau dia duk mengharapkan aku lagi. Mahunya tak naya.
Din Mercun hanya tersengih. “Kau pun dah kawin kan. Mana suami?”
Julia hanya mengangguk. “Tu hah.”
“Taknak kenalkan ker?” Din sekadar bertanya.
Julia mengukir senyum segaris. Afzal dipanggil. Segera Afzal dating bersama Khairi, Syah dan Zain.
“Ini husband aku.” Julia memperkenalkan suaminya kepada Din.
Mereka berdua berjabat tangan. “Yang lain ni?” Din bertanya. Takkan suami Julia bawa bodyguard sampai tiga orang dating ke majlis reunion ni. Bukan aku nak mengorat bini dia lagi.
“Hish kau ni. Yang ni suami aku. Khairi.” Abab pulak mengambil turn memperkenalkan suaminya.
“Yang ni aku punya. Bakal..” Nana tersengih memandang Syah disebelah.
“Zain.” Ringkas Zain memperkenalkan diri sendiri sambil berjabat tangan. Tak payah tunggu Aleeya untuk memperkenalkan dirinya. “Kawan Aleeya.” Sambung Zain lagi apabila dia dengan jelas dapat melihat dahi Din Mercun yang sudah mula berkerut.
“Owhh..” Din tersenyum.

Sudah hamper satu jam majlis berlangsung. Aleeya mengaku yang majlis sebegini agak seronok jugak. Pandai Yasrul mengacara majlis. Tak kering gusi para hadirin yang dating dek kerana lawak spontan yang bersahaja darinya. Tapi mula-mula tadi macam nak baling ajer heel yang aku pakai ni kat muka dia, sebab selamba badak ajer pakcik ni pergi umumkan kuat-kuat dekat pembesar suara untuk mengalu-alukan kedatangan aku yang dah lama menghilangkan diri. Apa Yasrul ingat aku Datuk Siti Nurhaliza ker sampai nak kena bagi liputan meluas bila buat comeback. Nasib jugak Zain yang menjadi peneman dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan aku. Kira boleh masuk sekapal lah dengan kita orang semua. Boleh berborak sakan sama Afzal, Khairi, Syah dan Din Mercun. Itu okey lagi. Yang sedikit tak okey, bila Azizul yang duk usha-usha aku dari jauh. Sempat aku membalas renungan Azizul itu dengan jelingan tajam. Tak betah duduk lama-lama dalam ni.
Sekarang ini jam sudah pun menunjukkan ke pukul sepuluh malam. Majlis reunion masih lagi rancak berjalan. Di atas pentas utama, berlangsung acara ‘siapa nak menyanyi, ikut suka’. Julia dengan Afzal pun tidak melepaskan peluang. Berkaroke maut, sumbangsih pun tarak apa. Janji seronok. Aleeya hanya menjadi penonton setia. Begitu juga Zain yang begitu setia dengannya dari tadi. Sesekali pecah ketawa antara mereka berdua melihat aksi penyanyi amatur yang menyanyi main hentam kromo tak ikut tune.
“Taknak ker?” Sambil tersenyum nakal, Zain bertanya apabila melihat Aleeya asyik sangat menonton dari bawah.
“Malas lah.” Zain disiku perlahan. Matanya masih lagi tertancap pada persembahan Ayu Nazira. Juga teman sekelasnya dahulu. Sedap pulak suara minah ni.
Selesai nyanyian dari Ayu Nazira, Yasrul naik semula ke atas pentas.
“Booo…” Yasrul sudah kena boo..
“Rilek ar.” Yasrul masih bersahaja. “Ingat tak lagi masa kita sama-sama buat fire camp di padang sekolah sebulan sebelum SPM dulu?” Tanya Yasrul lantang. Sudah mahu jadi Aznil Hj Nawawi sahaja gayanya.
“Ingat!!!” Semua menjawab. Begitu juga Aleeya.
“Ingat tak siapa yang menyanyi malam tu?” Tanya Yasrul lagi kepada para hadirin.
“Cikgu Azizul!!!” Semua menjawab serentak. Reflex. Aleeya turut sama menjawab. Tapi apabila tersedar, terus dia menjadi senyap.
“Nak dengar suara Cikgu Azizul lagi tak?” Yasrul masih lagi giat bertanya di atas pentah.
Kali ini semua bersorak gembira. “Nak!!!!!!” Nasib tak roboh dewan sekolah ni.
“Dipersilakan Cikgu Azizul!!!!!!” Ini sudah macam gaya Faisal Ismail mengacarakan Muzik-Muzik pulak.
Azizul naik jugak ke atas pentas selepas teruk kena paksa dengan Yasrul tadi. Ikutkan memang dia taknak menyumbangkan suara pada malam ini. Melihat kehadiran Aleeya pada mala mini membuatkan dia tidak senang duduk. Tidak rindukah Aleeya pada dirinya. Terasa berapi juga di dalam hati melihat Aleeya asyik berkepit sahaja ke sana ke mari dengan teman barunya itu. Azizul sedia maklum bahawa dia sedikit pun tidak ada hak untuk merasa cemburu dengan teman Aleeya itu, tetapi dek kerana rasa rindu, rasa saying pada gadis itu membuatkan dia sedikit keliru. Yang pasti, memang sudah lama dia ingin berjumpa dan bertentang mata dengan Aleeya. Hari ini, semuanya terlaksana. Tetapi Aleeya sering mengelak dari bertemu dengannya sepanjang majlis ini berlangsung.
“Cikgu nak nyanyi lagu apa?” Yasrul bertanyakan soalan kepada Azizul yang sudah pun berada di atas pentas.
“Belaian Jiwa dari Innuendo sebab lagu ini mengingatkan saya kepada seseorang.” Bersahaja Azizul menjawab sambil mata tepat memandang kea rah Aleeya yang duduk di meja belakang sekali.
“Bini kat rumah ek cikgu.” Yasrul meneka. Semua yang ada bersorak.
Azizul hanya ketawa. Pandangan matanya masih lagi terarah pada Aleeya.
Segera Aleeya melarikan pandangannya. Pandangan yang dilarikan tadi, jatuh pula pada mata Zain. Mereka saling berpandangan. Akhirnya pandangan matanya dijatuhkan pada bawah. Biarlah tengok kasut yang cantik berkilat ni. Sebab dah tak tau nak lari ke mana lagi.
“Rileks ar.” Zain bersuara perlahan.
Aleeya dapat mendengar jelas suara Zain disebelah. Segera kepalanya didongakkan semula.
Zain hanya tersenyum. Okeylah jugak Aleeya ni. Tak adalah parah sangat. Kalau sudah masuk parah tahap kritikal check in dalam ICU, rasanya dah lama minah ni blah ajer dari dewan. Kira, Berjaya jugaklah Aleeya mengawal perasaannya sendiri. Gud job gurl!!..
“Leeya, buat bodoh Leeya. Kasanova betul. Nak jual minyak art u.” Getus Nana.
“Jangan buat bodoh. Nanti biul jadinya. Buat pekak ajer. Bukannya menyumbangkan lagu, mensumbangkan lagi adalah.” Sela Abab kemudian.
“Jangan buat pekak. Nanti pekak betul-betul nanti susah. Buat tak tau sudah.” Julia pula mencelah.
Aleeya hanya tersenyum. Rasanya sekarang ini, temperature teman-temannya lagi tinggi dari dia sendiri. Semuanya angkara Azizul. Pasangan mereka bertiga sudah geleng kepala tidak tahu nak buat apa. Memanglah kita orang ni. Pantang berjumpa. Macam nil ah selalunya.
Zain juga turut tersenyum sendiri melihat keletah teman-teman Aleeya ini. direct betul dia orang ni semua. Main kutuk depan-depan. Langsung tak cover-cover.

Zain dan Aleeya mengorak langkah berjalan beriringan menuju ke kereta. Tamat sudah majlis tadi. Memang seronok. Paling seronok sebab rasa takut masa mula-mula sampai tadi Berjaya di atasi dengan baik. Nasib ada Zain. Menyokong kuat di saat memerlukan. Baik dia ni. Pada Nana, Abab dan Julia juga Aleeya amat berterima kasih. Dia orang pun pandai ajer cover line aku dengan teman-teman sekelas yang lain. Sampaikan cerita yang aku pernah couple dengan Azizul pun boleh jadi senyap sepanjang majlis berlangsung.
Ketika menghampiri ke kereta, langkah mereka berdua di haling oleh Azizul. “Leeya, sekejap.” Pintanya.
“Taknak.” Terus Aleeya berlalu. Zain hanya menurut dari belakang.
Pantas tangan Aleeya disentap oleh Azizul.
“Apa ni. Tak paham bahasa ker?” Aleeya sudah mula hilang sabar. Setakat main usha-usha tu, okey lagi. Tapi kalau sudah masuk bab sentuh menyentuh ni, memang boleh buat aku hangin. Segera Azizul ditolak kasar sebaik sahaja tangannya dilepaskan. Zain di belakang sudah bersedia mahu membuka langkah.
Terus Aleeya berjalan ke depan. Laju. Azizul masih cuba mengajar tetapi sempat dihalang oleh Zain.
“Kau siapa?” Azizul bertanya kasar. Bahu Zain ditolak.
Zain yang sedikit terkebelakang hanya berlagak selamba. “Boyfriend dia.” Zain masih bersahaja.
“Aku tak percaya.”
“Terpulang.” Zain melempar senyuman sinis. Terus dia berlalu.
Azizul terus berjalan laju memotong langkah Zain. Lantas, gedebuk.. Zain terkena sebijik. Aleeya yang Nampak terkejut dengan tindakan Azizul terus mendapatkan Zain yang sudah jatuh terjelepok.
“Kau ni apahal. Ingat yer. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Jadi jangan kacau aku lagi.” Bentak Aleeya keras. Aleeya cuba membantu Zain untuk berdiri.
“Owwhh.. Awak dah berubah. Ini mesti sebab dia ni..” Sekali lagi Zain ingin ditumbuk. Tetapi Aleeya sempat menghalang.
“Dah gila ker?” Suara Aleeya meninggi. Azizul ditolak kebelakang. “Memang dia boyfriend aku. Bakal suami aku. Ingat yer. Jangan berani lagi masuk di dalam hidup aku. Aku benci kau.” Tegas Aleeya. Segera Zain di papah menuju ke kereta. Azizul dibiarkan sendiri.


“Sakitlah. Perlahan sikit boleh tak!” Rungut Zain. Berkerut-kerut dahinya kerana menahan sakit akibat kena penumbuk sulung dari Azizul tadi.
“Macam pondan.” Aleeya menggumam rendah. Tangannya masih lagi menuam pipi Zain yang sudah lebam itu. Memang tak faham. Orang suruh pergi ke klinik kalau ada terasa sakit. Tapi Zain boleh pulak melencong sampai pergi ke Dataran Ipoh pulak ni. Dalam sakit-sakit pun ada ajer idea gila dia ni. Nasib Seven Eleven buka lagi time-time macam ni. Boleh beli minyak Cap Kapak buat ubat bagi surut sikit pipi yang dah mula nak membengkak itu.
“Apa kau cakap?” Zain bertanya. Wah!! Sedap-sedap ajer mengata aku Abang Pon.
“Aku kata kau tu macam pondan. Apasal kau tak balas ajer mamat tu tadi.” Minyak angin Cap Kapak disuakan kepada Zain.
Minyak Cap Kapak sudah pun berubah tangan. Zain menyapu perlahan minyak angin tadi ke pipinya. Sudahlah bengkak. Terasa membahang pulak terkena minyak angin. “Aku malas ar nak bukak langkah depan bekas boyfriend.”
“Elleh.. Kenapa?”
“Aku takut nanti dia teruk aku kerjakan.”
Errkk.. dah kena sebijik pun nak berlagak lagi. “Dia tu cikgu silat tau.”
Zain mencebik. “Aku ni dulu pernah belajar kung fu tau dengan Bruce Lee.” Riak sikit. Adoii.. sengalnyer pipi ni.
Aleeya buat muka. “Bruce Lee ker Berus Gigi..” Sinis.
“Aku takut saham aku jatuh kalau aku debik dia balik tadi.” Zain berkata selamba. Pipinya masih diusap-usap perlahan.
Aleeya memandang Zain. “Saham?”
“Yerlah. Takut saham aku jatuh dimata kau kalau aku guna kekerasan dengan Azizul tu tadi. Aku gentleman. Tak mainlah pukul-pukul ni semua. Biar guna akal.” Jelas Zain.
Aleeya hanya tersenyum. “Habis kalau dah sakit macam ni?” Tanya Aleeya lagi.
“Tak apa. At least kau risau gila jugak tadi masa aku kena debik dengan Azizul.” Zain sengaja ingin menyakat.
Muka Aleeya sudah terasa membahang. Yerlah. Memanglah aku risau Zain kena pukul tadi. Anak orang kena pukul sebab aku. Memanglah risau.
Diam.
“Leeya.”
“Ermm.”
“Azizul tu jiwang lah. Ada ker pergi nyanyi lagu macam tu depan-depan semua orang.”
“Biarlah. Yang kau susahkan apahal.”
“Tak adalah. Yang aku susahkan, sebab dia tujukan lagu tu untuk kau. Susah hati aku ni.” Zain berkata selamba tapi penuh drama.
Pecah ketawa Aleeya mendengarnya. Macam-macamlah Zain ni.
“Kalau kau nak. Aku pun boleh jugak nyanyi macam Azizul tu tadi.”
Erkkk.. aleeya membuntangkan mata. Zain nak nyanyi? Biar betul ni. Semua katak sedunia tak kerja malam ker. Sampai Zain volunteer nak pergi panggil hujan. “Yer ker kau boleh nyanyi. Setahu aku, golongan professional macam kau ni, entertainment zero.” Aleeya membalas sinis.
“Eh..tak betul tu. Aku pun ada penyanyi pujaan jugak tau.”
“Saper?”
“Tekalah.”
“Errmm.. Siti Nurhaliza.” Aleeya berkata pantas.
“Tak. Itu Datuk K punyer.” Zain geleng kepala. “Penyanyi lelaki.” Sambungnya lagi.
“Anuar Zain.” Petik Aleeya.
“Naa..”
“Enrique Inglesias.”
Zain geleng kepala.
Aleeya mengerutkan dahi. Terfikir-fikir lagi nama penyanyi yang ada di dunia ini. “Hazami, Mawi, M. Nasir, Faizal Tahir…” Petik ajerlah Aleeya.
“Naaaa…naaa…naa…”
“Habis siapa.” Tanya Aleeya. Rasanya semua dah petik ni. Takkan satu pun tak kena.
“Datuk M. Daud Kilau.” Konfiden Zain menjawab.
Ketawa Aleeya pecah tanpa dapat ditahan lagi. “Bukti.”
“Senyumlah..Senyumlah..Ahai Cek Mek Molek.. Senyumlah..Senyumlah.. Ahai Cek Mek Molek.”
Aleeya menahan tawa dengan telapak tangan. Lawak gilalah Zain ni. Nasib dia tak pergi bergelek sakan depan aku sekarang ni. Kalau dia bergelek. Aku lari dulu.
“Leeya.”
“Apa dia.”
“Sekejap.” Segera Zain berlari anak menuju kea rah sekumpulan remaja lelaki yang sedang melepak sambil memetik gitar tidak jauh dari tempat mereka duduk. Gitar milik salah seorang dari mereka sudah siap berada di tangan Zain. “Dengar tau.”
Aleeya mengubah sedikit kedudukannya sedikit ke depan.
Zain mula memetik gitar.
Di manakah pemandangan terindah di dunia
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta
Sedikit ternganga Aleeya mendengar suara merdu Zain mengalunkan lagu nyanyian Adam AF itu. Tak sangka, mamat ni ada bakat terendam dalam besen rupanya. Habis sahaja menyanyi, semua disekeliling mereka menepuk tangan. Pakcik dengan makcik yang tengah duduk berborak sedikit jauh dari situ, juga turut sama member tepukan atas nyanyian Zain tadi.
“Macam mana?” Zain kembali duduk disebelah Aleeya.
“Pitching lari. Tak cukup feel. Kawalan vocal tak berapa bagus.” Pot-pet-pot-pet juri jemputan member komen.
Aleeya nil ah.. “Elleh.. Yang kau ternganga tadi tu apa?”
Segera Aleeya angkat punggung. “Jom balik. Dah pukul berapa dah ni.” Terus Aleeya berjalan menuju ke kereta meninggalkan Zain. Jiwang first class betul. Nasib Zain betul-betul menyumbangkan lagu. Dibuatnya Zain mensumbangkan lagu tadi, mahunya seminggu Ipoh kena hujan.

No comments: