Monday, April 27, 2009

Iman Suraya Bab 8

Kepala Suraya ditunduk mengadap pinggan chicken chop yang baru sampai tadi. Chicken chop dah sampai. Fresh oren dah sampai, tapi dia dan Azim masih lagi tak cakap apa-apa. Dari dalam kereta tadi, masing-masing senyap ajer. Azim muka berkerut semacam. Mesti mamat ni hangin lagi pasal kes hari tu. Hish.. Macam perempuan. Aku dah seminggu selamat balik rumah. Tapi dia tetap nak berhangin apa hal. Suraya merengus di dalam hati.
Nak ikutkan hangin, dia pun hangin jugak. Bukan apa, masa Azim sampai rumah tadi, punyalah dia bermanis muka say hai sayang, hai darling, hai baby, tapi Azim boleh buat batu ajer. Buat dekk ajer mamat ni. Sudahlah tu. Beg kertas gambar love-love ni pun haram dia nak tengok isi dalamnya. Dah dibelikan buah tangan pun boleh buat muka macam tu. Muka empat belas yang tegang semacam, macam baru lepas kena cucuk dengan botox. Ni kalau tak fikir tunang sendiri, bakal suami, memang nasib-nasib kena tangan ajer mamat kat depan ni.
Suraya kembali merenung wajah Azim sekilas. Kemudian dia menghalakan kembali pandangan mata pada pinggan besar berisi chicken chop yang masih lagi tidak berusik. Tengok tu. Macamlah encem sangat buat muka garang macam tu. Tak takut pun. Ni diam ajer pun sebab saja, malas nak langgar daulat tunang sendiri. Kalau ikut tak tahan sabar, memang dah blah ajer dari restoran ni.
Sudah sepuluh minit berlalu selepas hidangan chicken chop sampai. Tu belum campur, minit-minit masa menunggu pesanan. Ah!! Sudah. Perut dah lapar. Dah berirama lagu yang tak tau apa jenis. Suraya mengangkat muka. Dilihat Azim masih lagi static macam batu. Tak tau ini ada rupa Si Tanggang ker atau Malin Kundang yang dah kena sumpah jadi batu. Bila sudah bosan jadi orang bisu, dia pun dengan selamba tanpa menghiraukan Azim terus mengangkat tangan. Baca doa makan. Baca doa makan kuat-kuat. Bagi Azim dengar. Selesai doa, dia mula memegang pisau dan garpu. Garpu dicucuk pada daging ayam, pisau memotong kecil. Cicah dalam black pepper sos. Kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Walawei… Tak hengat. Walaupun sudah suam-suam kuku, masih lagi sedap untuk dimakan. Sedap sehingga menjilat pinggan pun boleh ni kalau kena pada gayanya. Sesekali, Azim dilirik dengan ekor mata. Suraya ketawa dalam hati. Padan muka. Nak mogok sangat tak nak makan. Sekarang jadilah tukang tengok aku makan. Nak buat hal sangat. Rasakan.
Azim yang dari tadi memerhati Suraya hanya menggeleng kepala melihat tunangnya di hadapan. Punyalah dia tahan beku kat sini. Konon nak bagi Suraya takut sikit, tapi sikit pun Suraya tak makan saman. Sikit pun tak ada gaya macam nak rasa takut. Sikit pun tak macam orang bersalah. Ikutkan hati, hendak sahaja Suraya dimarah. Tapi dia bukan jenis lelaki macam itu. Dia bukan jenis lelaki yang gemar meninggi suara. Dia bukan lelaki yang senang hendak mengasari wanita. Tapi ada masa, dirasakan Suraya terlalu melampau. Tengok ajerlah. Ada pulak Suraya pergi ke Langkawi seorang diri tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Sudahlah ditipunya hidup-hidup kata pergi dengan Ika dan Anne. Taulah dia sekadar tunang. Tapi sedikit-sebanyak terasa juga di dalam hati kalau benda-benda macam ni Suraya membelakangkannya. Dia bukan mengongkong tapi sekadar mengambil berat. Dia ambil berat pun sebab dia sayangkan Suraya. Siapa tak sayang tunang sendiri. Orang yang paling dicintai.
“Sue, saya tak fahamlah dalam keadaan macam ni pun awak boleh ada selera nak makan.” Akhirnya Azim bersuara juga. Dia sebenarnya bengang jugak dengan Suraya. Suraya macam sengaja nak mencabar dirinya. Sudah separuh chicken chop ditelannya. Memang fesyen kepala batu betul.
Pisau dan garfu yang sibuk berkerja berhenti bila mendengar Azim tiba-tiba bersuara. Suraya mengangkat muka. Alhamdullillah. Ingat Azim sakit gigi sampai tak boleh cakap tadi. Bersuara jugak pakcik ni. Yes. Nampaknya dia berjaya. Azim kalah lah tu sebab dia bukak mulut dulu. Dan dia masih juara. Juara batu paling keras. Oppss… Juara kepala batu paling keras sebenarnya.
“Saya lagi tak faham dengan perangai awak ni Azim.” Suraya membalas balik. Kemudian dia menyambung menghabiskan sedikit lagi chicken chop di dalam pinggan.
Azim mendengus geram. Pinggan Suraya pantas ditarik dan diletak ke tepi.
“Apa ni.” Suraya bersuara keras. Keningnya terangkat sebelah. Owhh… Main kasarlah tu. Tak tau ker orang tengah makan. Yang pergi tarik-tarik pinggan ni apahal. Tau tak rezeki dalam pinggan tu ada lagi. Ni kalau nak ajak bergaduh pun tunggu-tunggulah orang habis makan. Suraya mendengus geram. Memang geram plus bengkek sekali kalau depan-depan rezeki yang tuhan bagi ada orang sengaja datang cari pasal. Memudaratkan selera nak makan walaupun sebenarnya chicken chop tadi hanya tinggal kalat-kalat ajer lagi.
“Sue, awak tau tak yang saya tengah marah dengan awak?” Azim bertanya.
Suraya yang masih lagi marah akibat pinggan chicken chopnya ditarik ke tepi melempar pandangan pada luar restoran. Keningnya masih terangkat sebelah. “Tau!!” Jawabnya rendah tapi kedengaran agak kasar.
“Sue, kenapa awak ni degil sangat hah?!!” Azim bertanya lagi. Keras. Memang dia ingin berjumpa dengan Suraya hari ini. Semalam habis sahaja waktu sekolah terus dia memandu dari Putrajaya ke Ipoh. Nasib Abang Norman ada di sini. Jadi dia tidak perlu risau akan hal tempat tinggal. Lagipun, dia sudah biasa untuk turun ke Ipoh jika ingin keluar dengan Suraya. Nak diangkut Suraya keluar sehingga ke Putrajaya nun, pakcik tak izinkan. Kata pakcik, kalau sekadar bertunang bukan lessen boleh buat sesuka hati. Dia faham dengan kata-kata pakcik. Yang dia tak faham sekarang ini, laku anak pakcik yang seorang ni. Makin dekat nak jadi bini orang, makin dia buat perangai. Bikin dia sakit kepala. Patutlah sejak kebelakangan ini kepala sering berdenyut-denyut. Sedikit-sebanyak Suraya jadi puncanya. Selain dari kena tahan perangai student yang kadang-kadang naik tocang juga kalau jadi cikgu yang terlalu baik ni.
Suraya mengeluh perlahan. Dia malas nak bertekak dekat tengah-tengah restoran ini. Malas nak buat siri Sembilu Kasih, Zetty bergaduh dengan Fendi kat sini. “Benda dah setle kan. Saya dah selamat balik. Dah elok-elok duduk kat depan awak ni. Cukup kaki tangan. Kenapa awak nak panjang-panjangkan hal ni.” Balas Suraya selamba. “Orang dah belikan buah tangan dari Langkawi pun tak cakap terima kasih.” Gumam Suraya rendah.
Azim memandang wajah Suraya dengan pandangan berapi-berasap-panas. Sekali lagi Suraya buat aku hangin. Sekali lagi Suraya menjawab dengan benda yang buat aku sakit hati. Tak boleh ker Suraya mengaku yang dia memang salah ajer. Pandai betul dia cover diri sendiri dengan ayat-ayat berapi dia tu. Menyakitkan hati aku. Azim menekan dahi dengan jari-jarinya. Seketika matanya dipejam celik dipejam celik. Tiba-tiba pandangan kelam. Sakit kepalanya datang kembali. Ah… Migrain datang tak kena tempat. Mungkin jugak migraine dia datang kena masa tapi tak kena tempat. Kena masa sebab sekarang ni dia memang tengah mode panas membara dengan budak kat depan ni. Tak kena tempat sebab sekarang bukan kat atas katil dalam bilik tapi kat tengah-tengah restoran. Sekali Azim memejamkan matanya. Cuba melawan sakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang isyarat.
Suraya menundukkan sedikit kepalanya. Mencari-cari wajah Azim yang menunduk. Dilihat Azim sedah memicit dahinya. Macam teruk ajer pakcik ni. Sebab aku ke dia jadi macam ni. “Azim, awak okey ker?” Suraya bertanya lembut. Tetapi tiada balasan. Kepala dia masih lagi menunduk cuba melihat wajah Azim yang berkerut seperti menahan sakit yang amat sangat. “Azim awak okey ker tak ni?” Suraya bertanya lagi. Kali ini lebih kuat. Lebih jelas. Sepatah-sepatah.
Pandangan mata Azim semakin kelam…kelam…kelam…dan gelap gelita. Dia pengsan.


“Macam mana boleh jadi macam ni?” Norman bertanya kepada Suraya sebaik dia tiba di Ipoh Specialist Centre. Hampir terlepas fail tebal di tangan tadi apabila Suraya mengkhabarkan dari hujung talian yang Azim sekarang berada di hospital. Dia yang dari pagi memerap di pejabat hari Sabtu begini dengan niat untuk membaca fail-fail berkenaan kes untuk hari Selasa ini terbantut macam tu ajer. Akhirnya fail-fail lama berkaitan kes yang akan naik court hari Selasa ini dimasukkan ke dalam beg troli untuk dibawa pulang ke rumah. Sambung revision di rumah ajerlah. Tanpa berlengah dia terus memecut memandu keretanya ke Ipoh Specialist Centre.
Suraya sudah menangis teresak-esak. Mak Ngah disebelah masih setia memujuk dari tadi. Mak Ngah pun tak tau apa dah jadi. Mak Ngah datang ke sini apabila abangnya memberitahu Azim masuk hospital. Tak bersebab tiba-tiba boleh masuk hospital. Memanglah dia pelik. Nak bertanya lebih lanjut Mak Ngah tak berapa nak berani. Bukan masa yang sesuai. Suraya pun dari tadi tak berhenti menangis. Abahnya pun tak tau nak buat apa. Inikan pula dia yang sekadar Mak Ngahnya sahaja.
“Sue, apa dah jadi dengan Azim.” Norman berbicara selembut mungkin. Dia pun tak tau jika adiknya itu ada mengidapi sebarang penyakit. Setahu Normanlah memang tak ada. Azim orang yang cukup menjaga kesihatannya. Rajin bersukan. Amalan-amalan yang boleh memudaratkan kesihatan memang dia tak pernah buat.
“Sue, Abang Man tanya elok-elok tu. Jawablah. Kalau nangis macam ni sampai kesudahlah kami tak tau apa yang dah jadi.” Abah pula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
Suraya mengesat air mata dengan belakang telapak tangan. Kemudian dia memandang abah, Mak Ngah, Abang Norman silih berganti. Betul dia tak tau apa yang dah jadi pada Azim. Yang dia tau, tadi dia orang ada bertekak sikit. Tapi ini bukan pertama kali dia dan Azim bertekak macam ni. Selalu ajer dia dan Azim buat gaya-gaya macam ni. Biasanya setiap kali jumpa benda macam ni mesti berlaku. Sebab suka sangat buat adegan merajuk manja. Bila bertekak mesti ada yang merajuk. Bila merajuk mesti ada yang datang pujuk. Ini, nak merajuk pun tak sempat tiba-tiba Azim pengsan macam tu. Memanglah dia kelam. Terus telefon abah. Terus telefon Abang Norman. Nasib ada dua tiga orang kat restoran tadi yang tolong hantarkan Azim ke sini, manakala pelanggan yang lain cuba menenangkan dirinya yang sudah meraung-raung bila melihat Azim tak sedarkan diri walaupun air fresh oren baki di dalam gelas dia curahkan ke atas muka Azim sebab kelam tak tau nak buat apa. Ingat kena fresh oren setengah gelas Azim boleh sedar, tapi memang Azim tak sedar. Dia yang tak tau apa nak buat dah terus menjerit meminta tolong dan meraung sekuat mungkin walaupun masa itu orang ramai dah berdiri keliling dia dan Azim yang sudah terbaring. Azim, jangan macam ni. Sue sayang Azim…. I love you. Love you. Love you. I love you very much sayang.
“Sue…” Panggil Mak Ngah lembut. Bahu Suraya dipegang lembut. Susahnya nak buat dengan budak sorang ni. Yang doctor ni pulak apakehalnya lambat sangat nak periksa Si budak Azim ni. dah hampir satu jam tunggu kat luar ni tapi sebarang berita pun tak ada lagi ni. teruk sangat ker sakit Azim ni. kalau teruk, sakit apa?
“Azim tiba-tiba pengsan masa kat restoran tadi.” Kata Suraya tersekat-sekat. Dia masih tersedu-sedu. Suara pun sudah bertukar sikit-sikit sengau akibat menangis tadi. Air mata memang masih mengalir. Takut sebenarnya jika ada apa-apa yang terjadi pada Azim. Mungkin salah dia Azim jadi macam ni. Azim jangan macam ni. Sue janji lepas ni Sue jadi tunang yang paling baik sekali. Tak buat benda-benda gila yang macam selalu Sue buat. Ini janji. Betul-betul. Tak tipu. Sebab tipu dosa. Sue tak kan tipu Azim lagi. Sue sayang Azim… I love you. Love you. Love you. I love you very much sayang.

“Sebab apa dia boleh tiba-tiba pengsan?” Tanya Norman lagi.
Suraya masih tersedu-sedu. Tangisannya sudah berhenti. Namun air mata masih tetap mengalir perlahan-lahan. Ishh… Abang Norman ni. banyak pulak benda yang dia nak pergi tanya. Salah oranglah. Manalah aku tau sebab apa Azim pengsan. Bukan aku doctor. Kalau aku doctor taulah aku apa sakit Azim. Ni bukan masa nak pergi marah orang Suraya. Suraya melepaskan keluhan lemah. Dia menggeleng perlahan. Azim jadi macam ni memang sebab aku pun. Mungkinlah sebab aku. Ya. Dan memang sebab aku. Tak ada benda yang boleh buat Azim pening, sakit kepala, migraine kalau tak sebab aku puncanya. Sian Azim. Selalu menjadi mangsa. Azim jangan macam ni. Sue janji lepas ni Sue tak buat Azim sakit kepala, pening, migraine lagi. Sue sayang Azim….. I love you. Love you. Love you. I love you very much sayang.
Bunyi pintu dikuak dari dalam membuatkan semua mata tertumpu pada satu arah. Kemudian keluar seorang lelaki yang berpakaian kemas bersama stateskop yang disangkut ke lehernya. Pantas semua bergegas mendapatkan doctor yang baru keluar dari dalam bilik Azim.
“Macam mana dengan adik saya doctor?” Norman bertanya.
“Macam mana dengan tunang saya doctor?” Suraya pantas menyambung. Pandangannya dijatuhkan pada doctor muda dihadapannya kini. Doctor, tolonglah cakap sesuatu. Apa dah jadi pada Azim sebenarnya. Dan benar, dia takut sangat sekarang ni. buatnya ada benda tak baik berlaku pada Azim… Ya Allah. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Azim… Janganlah buat Sue risau macam ni.
Doktor muda itu memandang raut wajah Norman dan Suraya silih berganti. Kemudian dia mengeluh perlahan.
Ya Allah. Sue memegang erat tangan Mak Ngah. Sue nak pengsan sekarang ni. apa dah jadi sebenarnya pada Azim ni.
“Macam mana dengan tunang saya doctor?” Bentak Suraya. Kuat. Ada mata-mata yang melihatnya. Ah pedulikan apa orang nak kata. Katalah aku tak cukup adab ker, tak tau nak hormat orang ker. Aku tak kesah. Yang aku tau, sekarang ni aku nak tau apa dah jadi dengan Azim. Macam mana keadaan dia sekarang ini.
“Sue..” Norman memandang Suraya. Tajam. Hish… Budak sorang ni. taulah yang dalam tu tunang dia. habis tu, yang dalam tu bukan adik aku ker. Aku pun risau jugak. Tapi tau macam mana nak kawal emosi walaupun rasa macam nak baling ajer cawan plastic kat doctor ni sebab bagi semua orang suspen macam ni. Control lah sikit. Betul lah perempuan ni, penuh dengan emosi.
“Encik Azim sudah sedar tapi dia terpaksa kami tahan di sini dahulu. Untuk pemeriksaan lanjut.” Akhirnya keluar juga butir bicara dari mulut doctor ini.
Suraya menarik nafas lega. Begitu juga Mak Ngah, abah dan Abang Norman. Bercakap juga doctor ini akhirnya. Ingat kat dalam mulut tu tadi ada emas 916 yang kalau ditempa boleh buat cincin belah rotan ker, rantai tangan ker. Nak cakap macam tu pun susah. Buat suspender ajer tadi. Alhamdulillah. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. Suraya, Mak Ngah, abah dan Norman melangkah ke bilik yang menempatkan Azim setelah doctor muda tadi berlalu.

3 comments:

wo said...

sambung lagi...
pe jd dgn azim...
n btl ker, suraya jaji nk jd bdk baik ni..huhuhh

MaY_LiN said...

Ala..nape la dak sue nie ketegaq sgt..
suspen2..hihihi..

alkene87 said...

adess..azim sakit ape?
jgn penyakit serius cm barah otak dah la ek
nnti x psl2 azim wat wasiat suruh abg die norman kawen ngn sue..
huhuhu..mintak dijauhkan