Friday, March 12, 2010

YESS BOSS!! BAB 2

Setiba sahaja di pejabat ini tadi, dia terus sahaja dia diperkenalkan oleh seorang kakak yang bernama Kak Hamidah pada semua kakitangan yang berkhidmat di dalam syarikat ini. Tersipu-sipu dia jadinya bila terpaksa memperkenalkan diri dengan gaya ayu penuh sopan santun pijak semut pun tak mati. Selesai sessi suai kenai, dia telah dibawa oleh Kak Hamidah untuk berjumpa dengan Datuk Maarof. Kalau ikut di dalam herarki organisasi ini, nama Datuk Maarof terletak di aras yang tertinggi sekali. Senang cakap, Datuk Maarof bos besar di sini.
“Selamat pagi Datuk. Ini Aryana. Setiausaha baru di syarikat kita.” Kak Hamidah memperkenalkan Aryana kepada Datuk Maarof.
“Selamat pagi Datuk.” Kata Aryana. Kepalanya ditunduk sedikit tanda hormat. Dia masih ingat lagi Datuk Maarof. Ketika temuduga di sini dahulu, Datuk Maaroflah orang yang bertanggungjawab menemuduganya.
“Silakan duduk Aryana.” Jemput Datuk Maarof bersama senyuman dibibir.
Aryana menganguk lagi sebelum tangannya menarik kerusi keluar dari meja. Dengan penuh tertib dia duduk perlahan-lahan di hadapan Datuk Maarof yang merangkap sebagai bos barunya itu. Bos baru yang harus dia jaga. Yang memerlukan dia untuk sentiasa setia dan berusaha, kerana dia adalah setiausaha baru Datuk Maarof.
“Baiklah Aryana, seperti apa yang pernah saya katakan semasa sessi temuduga dulu adalah syarikat ini amat mementingkan nilai-nilai integrity di dalam jiwa setiap kakitangannya. Tidak kira apa sahaja jawatan di dalam syarikat ini, amanah dan bertanggungjawab itu perlu diberi penekanan utama dalam setiap tugas yang dijalankan. Masih ingat lagi perkara itu.” Datuk Maarof mula berkata-kata.
Aryana hanya mengangguk. Di dalam hatinya, dia cukup kagum melihat cara orang-orang hebat seperti Datuk Maarof berkata-kata. Lancar sahaja. Sudahlah tu, setiap kata-kata terisi dengan segala benda yang membuatkan setiap yang keluar cukup padat intipatinya. Orang-orang hebat beginilah yang harus diteladani. Bercakap menggunakan otak.
“Saya faham datuk.” Jawab Aryana.
“Bagus. Kalau begitu, saya harap awak dapat menjalankan tugas awak dengan sebaiknya di sini. Selamat datang ke Alam Corporation. Saya harap awak akan bergembira berkerja di sini.” Ucap Datuk Maarof mengalukan kedatangan Aryana di syarikatnya ini.
“Terima kasih Datuk. Saya akan ingat semua kata-kata Datuk itu.” Balas Aryana penuh yakin. Melihat cara bos barunya ini, hilang rasa cuak yang melanda dirinya malam tadi. Datuk bercakap okey sahaja. Langsung tidak berlagak. Jadi apa perlu ditakuti lagi. Kalau dia pun berkerja secara berintegriti seperti harapan Datuk Maarof tadi, pasti dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkerja di sini. Harap-harapnya begitulah.
“Baiklah. Kalau begitu. Saya akan bawakan awak ke tempat awak bertugas.” Kata Datuk Maarof.
Dahi Aryana berkerut seribu. Bawa ke tempat bertugas? Desisnya di dalam hati. Ke mana lagi dia harus dibawa. Kalau sudah namanya setiausaha, pasti sahajalah tempatnya di sini sahaja. Lagi pun ketika masuk ke dalam pejabat Datuk Maarof ini tadi, dia sudah terperasan ada bilik kecil diluarnya. Sudah tentu itu tempat setiausaha Datuk Maarof. Jadi kemana lagi dia harus di bawa pergi? Aryana menjadi bingung sebentar.
“Tempat saya bukan di depan tu ker Datuk.” Teragak-agak Aryana bertanya.
Namun pertanyaan itu mengundang ketawa kecil Datuk Maarof dan Kak Hamidah yang masih lagi setia di dalam bilik ini.
“Aryana, itu tempat akak. Akak setiausaha Datuk Maarof.” Hamidah menjawab dengan bersahaja.
“Haahh..” Mulut Aryana luas melopong. Mukanya tentu sahaja sudah bertukar warna menjadi merah sekarang. Wahh… Sudahlah baru masuk kerja hari pertama ada hati mahu merampas tahta orang yang sudah senior. Patutlah macam pelik sahaja, masakan dia yang masih junior yang langsung tak tau apa-apa berkenaan bidang tugas seorang setiausaha boleh semudahnya sahaja menjadi setiausaha kepada seorang big bos macam Datuk Maarof. Cepatnya Aryana perasaan diri.
“Habis. Saya ni menjadi setiausaha siapa Datuk.” Soal Aryana ingin tahu.
“Sekarang saya akan bawa awak berjumpa bos baru awak.” Jawab Datuk Maarof sambil tersenyum.
Aryana mengangguk sambil tersengih.
Ketika keluar dari pejabat Datuk Maarof dan melalui bilik tempat setiausaha, baru Aryana terperasaan yang memang ada plat nama tertulis perkataan “SENIOR SECRETARY HAMIDAH WAHAB” di atas meja. Kenapalah benda macam ni pun dia tak perasan. Tak pasal-pasal dia malu sendiri di hadapan Datuk Maarof dan Kak Hamidah.
Ketika berjalan beriringan antara Datuk Maarof dan Kak Hamidah, Aryana perasaan yang dirinya seolah diperhatikan. Malah ketika sessi suai kenal tadi pun, ada sahaja mata-mata kakitangan di sini yang memandangnya atas bawah. Nak kata dia tidak berhidung, dia masih ada hidung walaupun tidaklah semancung Aishwarya Rai. Errmm… Mungkin ini sudah menjadi tradisi untuk orang baru kut yang pasti sahaja menjadi bahan tarikan. Fikir Aryana di dalam hati.
Datuk Maarof membawa Aryana ke satu bilik yang berhampiran dengan bilik perbincangan. Pada pintu bilik tersebut jelas bertampal plat yang bertulis “PROJECT MANAGER ILHAM IRFAN DATUK MAAROF” menunjukkan ini bilik pengurus projek. Melihatkan pada namanya sahaja, Aryana sudah tahu, pasti ini anak Datuk Maarof. Dan melihat terdapat satu bilik kecil seperti bilik Kak Hamidah, Aryana sudah dapat mengagak jugak, disinilah tempat dia akan berkerja. Tidak syak lagi. Cuma ingin sahaja dia bertemu dengan bos barunya itu. Hensemkah. Burukkah orangnya yang bernama Ilham Irfan itu. Dalam fikiran Aryana mula membayangkan rupa paras bakal bosnya.
Datuk Maarof terus memulas tombol pintu bilik Ilham tanpa perlu mengetuknya terlebih dahulu. Sebaik sahaja pintu terbuka, terkejut dua insane di dalamnya yang sedang berasmara ringan-ringan di dalam pejabat. Terkejut Ilham dengan kedatangan ayahnya secara tiba-tiba. Si seksi beramput perang mat Salleh cepat-cepat keluar meninggalkan bilik Ilham.
Aryana yang berdiri di sebelah Datuk Maarof melihat sahaja gadis itu keluar terburu-buru dari bilik ini. kemudian matanya mengalih pandang pada Kak Hamidah. Kak hamidah sekadar mengambil jalan selamat dengan menjongket bahu sahaja tanda tidak tahu apa-apa. Tapi dari gayanya macam dah selalu sahaja berlaku situasi begini di sini.
Ilham menelan air liur yang terasa tersekat di celah kerongkong. Melihat rupa ayahnya yang sikit lagi bakal berubah menjadi Incredibel Hulk membuatkan Ilham menjadi sedikit cuak. Walaupun dia bukan buat apa-apa pun dengan si Maya tu, tapi ayah memang pantang jika dia membawa perempuan sebarangan suka-suka hati masuk ke dalam pejabat.
“Kenapa tiba-tiba datang bilik Am ni yah.” Ilham bersuara untuk menutup gusar di hati.
“Ini syarikat ayah. Ayah boleh masuk ke sini bila masa yang ayah nak.” Jawab Datuk Maarof keras.
Ilham mencebek. “yerlah. Biasanya ayah minta Kak Midah intercom Am dulu sebelum masuk ke sini.”
Datuk Ilham hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dari siapa entah Ilham menuntut ilmu mempermainkan hati wanita. Serasanya tidak ada pula di dalam keturunan mereka yang berperangai seperti Ilham. Ilham pula yang jatuh special case. Teman wanitanya sahaja keliling pinggang. Namun bila mamanya menyuruh untuk berkahwin berbagai alasan pula yang diberikan. Pening Datuk maarof memikirkan perangan anak bongsunya itu. Mujur yang sulung tidak buat perangai macam ni.
“Ini ayah kenalkan. Aryana. Setiausaha baru seperti yang kamu minta.” Kata Datuk Maarof seterusnya memperkenalkan Aryana kepada Ilham.
Bulat Ilham memandang raut wajah ayahnya yang bermuka selamba. Gadis yang bernama Aryana itu dipandang dari atas ke bawah. Malah setiap inci anggota Aryana dia cuba tilik dengna pandangan mata. Perasaan geram menebak di dalam diri. Ayah ni…. Ini bukan kreateria yang dia inginkan. Adakah ayah benar-benar terlupa akan calon setiausaha peribadinya mestilah mengikut kreteria yang telah pun di emelkan pada peti emel ayah sebelum temuduga dijalankan. Ilham pasti ayahnya bukan terlupa tapi sengaja buat-buat lupa. Patutlah dia tidak dibenarkan untuk menjadi panel temuduga kerana ayah sendiri sudah punya syarat wajib yang tersendiri bagi sesiapa yang ingin diambil menjadi setiausahanya. Ayah ni memang sengaja!!!
“Ayah kita boleh bincangkan. Takkan ini secretary Am yah.” Bisik Ilham di telinga ayahnya.
“Masuk bilik ayah sekarang.” Arah Datuk Maarof tegas. “Midah tunjukkan di mana meja Aryana. Aryana kalau ada apa-apa yang tak tahu boleh terus bertanya kepada Hamidah.” Kata Datuk Maarof kepada setiausahanya dan Aryana.
“Baik datuk.” Aryana dan Hamidah menjawab.
“Tunggu apa lagi. Cepat ke bilik ayah.” Suara Datuk Maarof tinggi lagi apabila Ilham langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
Ilham mendengus kasar. Ketika dia lalu di hadapan gadis berbaju kurung merah hati ini, sempat pula dia menjeling tajam.
Aryana yang perasan jelingan itu, hanya menunduk wajah. Namun dalam hatinya sudah cukup membuatkan dia mengutuk lelaki itu berguni-guni. Dasar anak orang kaya sombong!!
“Yana buat tak tahu sahaja dengna Encik Ilham tu. Yang penting Datuk baik.” Tutur Hamidah lembut untuk mententeramkan hati gadis tersebut. Dari awal lagi dia sudah dapat agak yang pilihan Datuk Maarof ini tidak mungkin boleh serasi dengan Encik Ilham. Dia faham benar pilihan Encik Ilham. Pilihannya tentu sahajalah, yang badan cutting model, yang pandai bergaya tayang body, yang reti bermini skirt, yang berambut perang copperblonde ala minah Salleh celup. Bukan patern yang hanya berkurung teluk belanga dan berhias secara ala kadar yang ada macam di hadapan ini. sudah banyak kali dia mengingatkan pada Datuk maarof berkenaan kreteria calon yang Encik Ilham inginkan. Tapi datuk selalu buat bolayan sahaja. Datuk tetap dengan pilihannya yang inginkan yang macam ini juga. Kadang-kadang dia turut sama pening dengan sikap baik datuk mahupun anaknya. Nasib baik sahaja Doktor Armani tidak sebumbung sekali di sini. Kalau tidak pasti macam-macam hal kut yang bakal terjadi.
“Tapi kak. Dia tu macam apa jer. Sombong sangat.” Getus Aryana tidak puas hati kenapa dia yang baru hari ini menjejakkan kaki di jelling sedemikian rupa. Memang ini sudah menjadi penyakit orang kaya ker. Tapi Datuk maarof tidak pula bersikap demikian. Datuk Maarof dengan lapang hati mengalukan kedatangannya ke sini, tapi si anaknya pula macam tak puas hati. Errmm…
Hamidah hanya ketawa kecil mendengar ngomelan gadis manis ini. “Buat tak tahu ajer. Kalau ada apa-apa, yana boleh refer terus pada akak. Orang baru jangan malu bertanya. Lama-lama Encik Ilham okeylah tu.” Ujar Hamidah.
“Yerlah. Sabor ajerlerrr….” Aryana buat muka.
“Okey. Akak balik ke tempat akak dulu.”
Aryana sekadar mengangguk sahaja. Dia pun turut sama bergerak ke kerusi pusing yang beroda. Melabuhkan punggung di situ dan membuat apa yang patut.

“Yah..Takkanlah budak kampong tu kut yah.” Ilham bersuara seakan tidak puas hati. Dia ingin menegakkan haknya. “Ayah dah janji. Akan ikut semua syarat Am. Ini dah melanggar perjanjian namanya ni ayah.” Sambung Ilham lagi. Sengaja dia cuba mengingatkan ayahnya akan perjanjian yang pernah dirangka oleh mereka berdua. Ayah saat inginkan dia masuk ke syarikat ini dulu beriya-iya berjanji akan mengikut kemahuan dia di sini. Tetapi belum apa-apa ayah sudah memungkirinya.
“Ilham Irfan. Apa lagi yang kamu nak. Kamu nak driver, ayah dah siapkan Harun untuk kamu. Kamu nak secretary ayah adakan Aryana untuk kamu, walaupun kamu tu tak layak nak dapat keduanya tahu tak.” Kata Datuk Maarof tanpa mengangkat wajah. Dia tekun meneliti semula fail akaun belanjawan bulan lepas.
Ilham mendengus perlahan. Hal Harun tu dia tidak ambil pusing sangat walaupun driver yang ayah gajikan untuknya itu kadang-kadang sengal-sengal dan gila-gila bahasa, tapi hal secretary memang dia demand sedikit. Dia taknak fesyen macam tu. Dia nak fesyen ala-ala Mulan, Dayana, Amanda yang pernah diusulkan kepada ayahnya dahulu. Bukan yang macam tu. Dia taknak yang macam tu.
“Kalau macam ni Am nak keluar dari syarikat ni. Sudahlah di sini ayah kawal Am tak boleh buat itu ini, minta secretary pun ayah main ambil ajer tanpa rujuk sama ada Am suka ker tidak.” Sengaja Ilham mengugut. Manalah tahu ugutannya itu berhasil membuatkan ayah berubah fikiran.
“Ayah pilih Aryana untuk dijadikan secretary kamu sahaja. Bukan ayah nak jadikan dia bini kamu yang sampai ayah kena tanya sama ada kamu suka atau tidak.” Ujar Datuk Maarof bersahaja.
“Tapi kenapa mesti yang macam tu ayah….” Keluh Ilham.
“Sama ada kamu suka atau tak kamu kena terima. Itu keputusan ayah. Muktamad. Lagipun syarikat yang bayar gaji dia bukan kamu.” Selamba Datuk Maarof berkata-kata.
“Okey. Fine.” Ilham mengangkat tangan tanda mengalah. “Am keluar dari sini.” Ilham berpaling untuk keluar. Malas mahu berdiplomasi dengan ayah lagi. Buat buang karan sahaja.
“Kalau kamu keluar dari sini bermakna secara automaticnya saham kamu di dalam syarikat ini akan terhapus serta merta. Dan juga tidak aka nada lagi elaun ahli lembaga pengarah untuk kamu selepas ini. Kemudahan apartment dan kereta syarikat akan ditarik serta merta.” Kali ini nada suara Datuk Maarof bertukar tegas menunjukkan perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh Ilham.
Ilham berpaling lipat maut bila mendengar kata-kata ayahnya. Boleh tak kalau hari ini dia dilayan sebagai seorang anak dan bukannya pekerja. Ayah nilah…
“I really meant it what I said Ilham Irfan.” Datuk Maarof mengingatkan.
Ilham yang tidak punya pilihan hanya mampu mendengus geram. Segera kakinya melangkah keluar dari pejabat. Geram dan sebal menerjah di dalam diri. Kalau dia dipaksa-paksa untuk kerja di sini. Tapi kalau Kak Armani boleh sahaja bebas untuk melakukan apa yang disukai. Double standard!!!


************************************************************

Eh..eh...Macam rajin pulak..hahaha..
Layanlah..

Luv,
eila

11 comments:

Aishah Hamzah said...

Salam eila,

Sambung2 lagik.....best2 sgt....sye smpi tersenyum2 sorg diri dpn pc nie.....

keSENGALan teserlah.. said...

haha..suke2..
kak eila mmg rajin..
rajinkan la diri lagik..
i like..

epy elina said...

hohohoh....
best2x...
x sbr nak thu next n3...
so sweet....

iejay Zakaria said...

memangs angat rajinnnn... la ila ni... hahaha...

Anonymous said...

suke2
^_^

it's just my opinion.
harap sangat citer ni dapat dihabiskan kat sini.
sebab most of your stories dapat dibukukan and ada yang tak habis kat sini. ada sesetengah reader tak dapat nak baca your stories and at the same time tak dapat beli buku jugak. so, please.

like i said, this is my opinion

and i really do love your stories.

safya said...

cpat smbung..bez2 nak lagi...msti pasni aryana kene buli...heheheh

xana said...

waa..cptnya update..
terror2..hehe..
suka cita nie..

anna said...

sambung :)
best !!

Unknown said...

beshnye...ehehehe..akk..rajin lagi..sy ske akk rajin..sbb sy leh bce karya akk..ehehehe

akoo said...

salam kak eila...

sye dh bcedua2 novel akak..memang gempak tahap gaban laa kak...ble akak nk release kn novel ni????mmg besh laa kak...

Anonymous said...

Yeay ! tak rugi sye coment smlm :)
hee , thnks k. eila sbb da update . a big thnks :)best gilaa ! rjin2 continue lagi aww .
ohh lpe letak nma smlm .
-farrah-