Wednesday, January 7, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 22

Aleeya merebahkan badan yang terasa cukup penat ke atas tilam empuk di dalam bilik. Sedapnya. Bolehlah longgar-longgarkan sedikit urat saraf yang sedang tegang ni. Solat Zohor sudah. Tidur sekejaplah sementara nak tunggu ke pukul lima.

Sampai ajer rumah tadi, emak dah standby depan muka pintu. Dibuat jugalah gaya selamba tak beriak lalu depan emak. Macam-macam jugaklah yang emak bebelkan. Tak tau nak telefon rumah lah. Buat orang risau lah. Itu lah. Ini lah. Biar ajerlah. Dah memang suara emak tu yang aku rindu. Tadah ajerlah telinga. At least lepas juga kerinduannya selama ini. Pulang bercuti kali ini, agak seronok juga. Angah pun ada sekali. Angah a.k.a Cik Anis Fatiha. Adik aku yang nombor dua. Muda setahun ajer dengan aku. Kita orang plan ambil cuti sama-sama. Dia pun sedang bercuti semester juga. Angah pun buat PJJ jugak macam Along dia ni. Kita orang sama ajer. Cuma yang lain, aku orang gomen, dia orang private. Aku kat Putrajaya. Dia kat Skudai, Johor. Aku pilih UKM. Dia dah tentu-tentu masuk UTM. Sudah itu yang terdekat .

“Along. Along. Malam ni jom all out dekat karoke GM tu.” Angah memberi idea pada Alongnya yang baru hendak lena itu. Digerak-gerak badan Aleeya yang sudah siap berselimut.

“Apa ni?” Aleeya mendengus geram. Apahal Angah ni. Debik sekali karang. Baru tahu. Aku nak tidur ni. Pantang kena kacau kalau dah start tarik selimut.

“Jom lah. Lama dah kita tak berlatih vocal sama-sama dekat situ.” Gesa Angah lagi.

“Malaslah. Along ada kerja nak buat petang karang. Sampai malam.” Jawab Aleeya dengan mata yang masih terpejam.

“Kerja apa?” Angah bertanya lagi.

“Banyak bunyilah Angah ni. Janganlah kacau orang tidur.” Rungut Aleeya.

“Yerlah. Orang tanya. Kerja apa?” Angah tak puas hati. Orang tanya dia taknak jawab.

“Pasang pelamin. Nak ikut jom.” Jawab Aleeya laju. Bantal busuknya ditekup ke muka.

Muka Angah sudah bersinar-sinar. Syok jugak ni. Cuti-cuti pun boleh buat part time. “Nak ikut. Nak ikut.” Angah sudah bersuara girang. “Pukul berapa?” sambungnya lagi.

Aleeya hanya mengangkat tangan tanda high five sahaja. Muka masih ditekup dengan bantal. Nak tidur. Jangan ada gangguan lagi.
“Okey.” Terus Angah keluar dari bilik.


“Mana ni Angah. Macam Sungai Rokam dengan Pasir Puteh tu jauhnya macam nak pergi Manjung ajer. Tak sampai-sampai lagi.” Rungut Aleeya disebelah. Matanya masih melilau-lilau mencari rumah yang hendak dituju. Macam sudah menjadi kebiasaan pulak. Setiap kali nak pergi buat kerja-kerja orang kawin ni, pasti masalah yang sama akan timbul. Masalah tersesat tak jumpa rumah pengantin.

“Diam boleh tak. Orang tengah cari lah ni.” Angah mendengus geram.

“Kata terror sangat area sini. Takkan baru setahun lebih keluar dari PUO dah lupa jalan-jalan kat sini?” Aleeya bertanya sinis kepada adiknya yang tengah duk pusing-pusing stereng kereta.

“Memanglah. Tapi orang duduk dekat Pekan Razaki. Bukan Sungai Rokam.”

“Samalah tu. Satu kawasan ajer.”

“Ishhh… Nak gaduh ker time-time macam ni. Tak sesuai!!!” Angah sudah naik geram. Along ni tak tau penat ker bercakap tak berhenti-henti. Aku yang mendengar pun terasa penat.

“Hah!!... Tu … Tu… Van Rozy dah nampak tepi jalan.” Jerit Aleeya tatkala ternampak van milik Rozy tersadai di tepi jalan. Segera Angah mengambil port di belakang van Rozy. Ternampak Rozy sorang-sorang sedang mengeluarkan barang dari dalam van.

“Hai Zie.” Aleeya menyapa.

“Hai Abang Zie.” Angah turut sama menyapa.

“Nasib on time.” Rozy berkata.

Rozy mengangkat kening kepada Aleeya. Buat apa Si Angah ni sekali ke sini.

“Assistant. Kak Ana dah tahu. Orang dah kasi tau dia tadi.” Ringkas Aleeya berkata. Macam tau-tau ajer isyarat kening angkat sebelah Rozy tadi. Memang sebelum dating ke sini tadi Kak Ana telah diberitahu terlebih dahulu yang Angah pun nak join sekali.

“Apaper ajerlah. Nah tolong angkat ni.” Segera Rozy memberi arahan. Hari ini dia di beri mandat besar oleh Ana tadi. Jadi bos pada Aleeya. Ya. Jadi bos pada Aleeya dan adik dia ni. Kalau budak berdua ni banyak bunyi, Ana suruh marah ajer.

“Okey bos!!!” Aleeya dan Angah berkata serentak. Sama-sama ketawa.

“Kiri..kiri sikit. Atas lagi. Atas lagilah orang kata. Tak dengar ker?” Rozy memberi arahan kepada Aleeya yang sudah berada tinggi di atas tangga untuk meletakkan jambangan bunga di atas dinding pelamin.

Aleeya sudah buat muka. Dia mencebik. Ngeee… Apahal Si Rozy ni. Patut dia yang kena naik atas ni, bukan aku. Dia tu lelaki. Ini aku yang perempuan disuruh panjat-panjat semua ni. Masa pasang langsir dan kelambu dalam bilik pengantin tadi pun aku juga yang kena buat. Yang Rozy tau main bagi arahan ajer. Angah pulak, bukan boleh harap buat semua ni. karang senget benget diletaknya jambangan bunga yang sudah siap digubah ini. Tak pasal-pasal kena bukak balik.

“Tak cukup atas lagi ker ni?” Aleeya mendengus geram. Nak kasi sama tinggi dengan KLCC ker?...

“Atas lagi. Jangan degil lah. Bertindak mengikut arahan boleh tak.” Tutur Rozy selamba. Kepalanya didongak ke atas untuk memastikan jambangan bunga yang akan diletakkan itu berada tepat di tempatnya.

Aleeya naik lagi satu anak tangga. Diletakkan bunga tadi seperti yang diarahkan oleh Rozy. Dan… siap sudah!!!! Perlahan-lahan Aleeya menuruni anak tangga lipat itu. Lagi tiga anak tangga mahu sampai ke bawah, kakinya tersangkut pada lebihan kain organza yang tersangkut pada tangga lipat tadi.

“Arrgghhh…” Jerit Aleeya kuat.

Tiada siapa yang sempat menolong. Terus Aleeya terjatuh ke bawah dan tangga lipat tadi terhimpap ke badannya. Adoiiii… sakitnya. Ini barulah betul namanya sudah jatuh ditimpa tangga. Nasib tak kena kepala. Kalau tak, mau dua tiga hari jugaklah aku mereng dibuatnya.

“Aloongg!!!!” Segera Anis mendapatkan Alongnya yang sudah mengerang kesakitan itu. Memang macam lawak pun yer, tengok Along terjatuh tadi. Macam nangka busuk. Kesian pun ada jugak. Entah-entah patah kut kaki Along aku ni.

Rozy yang sedang mengangkat kerusi pengantin segera ke atas pelamin. Apa sudah jadi. Semua saudara mara pengantin, ahli penanggah mengerumuni kawasan pelamin.
Aleeya masih mengerang kesakitan. Sesekali kakinya digosok-gosok. Sakitnya.
“Ada yang patah ker?” Tanya tuan rumah seraya membawa minyak urut. Minyak urut tadi dihulurkan kepada seorang makcik yang memang pandai bab urut mengurut ni.
Makcik tadi terus mencapai minyak angin dan terus menyapu ke kaki Aleeya. Kaki Aleeya diurut perlahan-lahan. “Tak ada. Terseliuh sikit ajer ni. tahan sikit yer.” Kata makcik itu. Urutannya dikuatkan sedikit.

“Arrgghh….” Aleeya sudah mengerang kesakitan. Suaranya sudah naik lagi.
Angah dan Rozy hanya menggeleng kepala. Gaya macam kaki Aleeya sudah patah ajer. Padahal baru terseliuh. Tapi tahap jeritan dia, memang tak boleh tahan. Nasib pelamin tak roboh tadi.

“Tahan lah Along.” Angah bersuara datar. Along bukan boleh tahan sakit. Ingat lagi masa tangan Along luka terkena kaca tingkap. Buat kecoh satu lorong rumah ajer. Semua orang datang tengok. Kebetulan semasa kejadian itu, mak dengan abah pergi kenduri. Tinggal dia dengan Along ajer. Dan-dan time tu jugak kemalangan nak jadi. Dipaksanya aku pergi panggil semua orang dekat lorong sepuluh ni, tolong tengokkan lukanya. Sampai dah nak pengsan Along tengok darah yang tak berhenti mengalir. Air mata dia pun sama. Tak berhenti-henti menangis. Memang tragedy betul. Sampai di klinik pun Along memang tak habis menangis lagi. Lagi nampak kelakar, sampai kena pimpin masuk ke dalam klinik sebab Along sudah pitam kerana tak tahan melihat darah. Luka tak seberapa. Drama yang lebih.

“Angah bawak Along awak balik.” Rozy berkata. Dah sakit-sakit macam ni, nak kerja macam mana.

“Ni semua?” Angah bertanya pada Rozy.

“Takpa. Dah siap dah ni. nanti Abang Zie kemaskan. Pergi bawak Along balik.” Arah Rozy. Nasib semua dah siap. Tinggal nak kemas ajer lagi.

“Okeylah.” Segera Angah memimpin Alongnya yang sudah siap berurut dengan makcik tadi.

Terhinjut-hinjut Aleeya berjalan. Azabnya nak berjalan. Masih terasa sengal. Kalau macam ni, mau dua tiga hari jugak kena pergi berurut ni.

Hari ini Aleeya hanya duduk di rumah sahaja. Stressnya. Ikut plan asal, hari ni aku keluar pusing-pusing Ipoh dengan Nana. Dah lama rasanya tak jumpa Nana. Banyak benda nak dicerita. Tapi sebab semalam punya kes, terpaksa duduk bertapa di dalam rumah. Malam tadi sudah pergi berurut di rumah Makcik Lat. Hari ni rasa macam dah okey sikit walaupun rasa sakit tu masih ada. Malam ni pun kena pergi berurut lagi.

Bosannya. Dari tadi mengadap televisyen ajer. Lepas tu makan. Lepas tu layan game dengan Adeq. Sekarang ni dah selamat berguling atas katil. Tunggu masa nak gol ajer ni.

Baru terasa nak lelapkan mata, pintu bilik diketuk kuat. Segera pintu bilik dibuka.

“Apahal ni?” Tanya Aleeya pada Angah. Dilihatnya Angah macam tak tentu arah.

“Kak Ana dengan Rozy datang.” Jawab Angah.

Aleeya geleng kepala. Angah ni, Rozy dengan Kak Ana datang pun boleh jadi tak tentu arah. Pergilah buat air untuk tetamu yang dua orang tu. Terhinjut-hinjut Aleeya berjalan ke almari pakaian. Steng yang dipakai diganti dengan track suit panjang. Tudung kepala yang tersangkut di birai katil dipakai.

“Kak Ana dengan Rozy datang dengan seorang lagi lelaki.” Sambung Angah lagi.

Memang Angah tak kenal siapa lelaki bersama Kak Ana dengan Rozy tu. Tapi tadi Kak Ana kata itu kawan Along. Along tak pernah cerita pun dia dah ada boyfriend baru.
Aleeya membuntangkan mata. Dahinya berkerut. Lelaki? Lelaki mana pulak ni. dilihat Angah yang sedang senyum simpul penuh makna disebelah.

“Tak patut betul. Jumpa boyfriend baru tak bagi tau orang pun.” Angah bersuara sinis. Dibuat-buat mulut juih seperti Donald Duck.

Sehelai lagi tudung yang tersangkut di birai katil di ambil dan di baling ke muka Angah. “Pakai ni.” segera Aleeya berlalu ke pintu bilik. “Pergi buat air untuk tetamu.” Sambung Aleeya lagi sebelum kaki melangkah keluar bilik.

Aleeya mengambil tempat duduk di sebelah Kak Ana. Terkejut pun ada masa keluar bilik tadi, bila Zain dah siap berdiri tegak bersalaman dengan abah. Kak Ana pulak dari jauh sudah tersenyum sinis memandang Aleeya. Begitu juga Rozy.
“Macam mana mamat ni boleh dengan Kak Ana?” Aleeya berbisik kepada Kak Ana disebelah.

“Kebetulan tadi Zain ada menelefon Kak Ana, kerana dari semalam dia Cuma menghubungi Aleeya tapi tak dapat. Akak cakaplah Leeya accident semalam.” Kata Kak Ana perlahan.

Aleeya hanya memerhati Zain yang ramah bersembang dengan emak dan abah. Memang sengaja Aleeya mematikan telefon bimbit malam tadi. Sebab sakit punya pasal langsung dia tidak mahu diganggu dengan sebarang jenis gangguan yang tak diingini. Hari ini pula dia terlupa mahu menghidupkannya semula. Tak tau pulak, Zain masih menyimpan nombor telefon Kak Ana. Zain ni lah. Tau ajer mana lubuk nak jejak aku kalau tak jawab calling dia.

“Dia risau betul tau.” Giat Kak Ana.

“Ek..” Aleeya angkat kening. Matanya masih memerhati Zain yang tidak berhenti lagi bersembang dengan abah. Rozy pun sama dilayan. Sesekali, mata Zain itu jahat jugak. Depan-depan abah dengan mak dia main-main mata dengan aku. Usha baik punyerrr… Ketumbik karang baru tau.

“Akak yang ajak dia datang sekali. Dia terus setuju. Segan pulak kalau dia datang sorang-sorang. Akak pun nak kenal juga orangnya. Asyik mintak input pasal Leeya dari telefon ajer.” Sambung Kak Ana lagi.

“Macam mana akak boleh tahu itu Zain?” tanya Aleeya perlahan.

“Dia datang butik la tadi sebelum datang sini.” Kak Ana menjawab datar.

“Akak ni kan pandai-pandai ajer atur-atur kan semua ni..” Aleeya mendengus geram. Volume suara masih dalam kawalan. Kalau tak dijaga volume suara mahunya mengganggu perbualan rancak antara Zain, Rozy, abah dan emak. Entah apa yang dia orang sembangkan Aleeya tak tau. Apa yang pasti dia tidak betah Zain terlalu lama di sini.

Kak Ana hanya tersengih.

Aleeya menjelir lidah kepada Kak Ana. Laju tangan Kak Ana mencubit lengan Aleeya.

Aucchhh!! Refleks.

Semua mata tertumpu pada Aleeya kini. Emak sudah angkat kening. Aleeya hanya tersengih. Angah datang sebagai penyelamat keadaan. Diletak air Nescafe panas dan cucur udang yang berasap nipis di atas meja kopi.

“Pandai masak Angah.” Puji Kak Ana.

Angah hanya tersengih.

Aleeya mencebik. “Tak ada maknanya. Tolong goring ajer tu.”

Angah menjeling kea rah Alongnya. Cehh!! Kantoikan aku depan tetamu.

“Okey la tu.” Rozy pula menyela.

“Best lah abang Zie. Give me five sikit.” Angah bersuara. “Along siapa ni? Tak nak kenalkan ker?” Tanya Angah. “Boyfriend baru ek….” Giatnya lagi.
Laju tangan emak menyubit belakang Angah. Sama ajer dua-dua. Leeya dengan Angah masing-masing dua kali lima.

“Sakitlah emak.” Rungut Angah. Digosok-gosok belakang badan yang sedikit sakit akibat kena hinggap dengan cubitan emak tadi.

“Ini Zain. Kawan Along..” Aleeya bersuara. Datar.

Zain hanya mengangguk. “Panggil Abang Zain okey.” Katanya.

“Okey. Panggil saya Angah ajer.” Angah memperkenalkan diri.

Hari ini sudah jadi seperti sessi suai kenal antara ahli keluarga Aleeya dengan Zain. Kelmarin sessi yang sama berlangsung di rumah Zain. Emak dan abah tak habis memuji Zain. Angah pun sama. Zain itulah. Zain ini lah. Nasib tadi Adeq pergi tuisyen. Ijat pulak keluar ke pekan. Kalau tidak mereka berdua ni pun akan join sekali satu team dengan emak dan abah. Malas mahu ambil pusing. Dari awal sudah diberitahu tentang hubungannya dengan Zain tidak lebih dari hubungan atas dasar persahabatan.

Sebelum Zain pulang tadi, sempat dia berpesan kepada Aleeya agar jangan tidur awal malam ini. Katanya mahu berborak. Tadi depan emak abah dia segan hendak berborak panjang Aleeya. Takut apa pulak yang akan emak dan abah fikir. Ellehh.. plastic semata-mata. Segan konon. Yang main-main mata tadi tak segan pulak. Aku pun satu, yang tak tidur lagi ni apasal? “Nampak sangat aku pun dengan rela menunggu panggilan dari Zain.” Aleeya berkata sendiri. Kadang-kadang dia pun tak faham dengan perasaannya sendiri. Apa sebenarnya dia rasa apabila bersama dengan Zain. Nak kata menyampah pun yer. Nak kata happy pun yer. Arrgghh.. serabut. Kusut dibuatnya bila dah main bab-bab feeling ni.

Deringan telefon dari orang yang dinantikan segera dijawab. “Assalamualaikum.” Aleeya memberi salam.

“Waalaikummussalam. Kaki dah okey ker?” Tanya Zain.

“Okeylah sikit. Tadi pun baru balik berurut. Esok-esok okey la tu.”
“Aku baru sampai Bangi ni.”

Aleeya mengerling jam di atas meja. Sudah pukul Sembilan malam. “Owwhh.. Esok kau kerja kan. Pergilah tidur. Kau pun mesti penat. Drive jauh-jauh.”

“Leeya..” Tutur Zain lembut.

“Ermm…”

“Mesti aku rindu kat kau nanti. Yer lah. Seminggu kau duduk Ipoh. Siapa nak teman aku pekena teh tarik dekat mapley nanti.” Zain bersuara rendah.

Errkkk… Aleeya mengerut dahi. Bajet macam hari-hari pulak aku pergi temankan dia minum teh tarik kat mapley. “Mengadalah kau ni Zain.” Jawab Aleeya bersahaja.

“Betul apa aku cakap ni. kau balik lah sini cepat Leeya.” Pinta Zain.

Diam. Malas Aleeya mahu melayan karenah Zain. Gilak apa. Malam-malam ni nak bermanja dengan aku. Aku dah lah nak balik kampong pun mana bulan baru boleh balik. Suka-suka hati dia suruh aku balik sana cepat-cepat. Bos pun tak bising masa sign borang cuti. Dia pulak yang sibuk-sibuk.

“Leeya, emak ayah aku macam lah kan…macam suka ajer kat kau.” Kata Zain lagi apabila Aleeya hanya mendiamkan diri.

“Owwhh..” Aleeya bersahaja walaupun sekarang ini dah memang terasa lain macam ajer. Ikutkan emak abah aku pun macam lah kan… macam suka ajer kat Zain tu. Tapi takkan nak cakap macam tu pulak dengan Zain. Ishhh… tak mau aku.

“Mak aku kata kau lulus kalau nak dibuat calon menantu.” Giat Zain lagi.

“Owwhh..” malas rasanya mahu melayan merepek Zain malam ni.

“Macam dah boring ajer.” Zain menggumam rendah.

“Ngantuk.”

“Nak tidurlah ni.”

“Eh tak lah. Nak pergi jogging.” Sarkastik Aleeya bersuara.

“Pergi jogging pagi esok. Lepas sembahyang Subuh. Tidurlah. Aku pun dah nak beradu dah ni.” Balas Zain.

“Orait. Assalammualaikum. Gud nite.”

“Waalaikummusalam.”

Talian dimatikan.

10 comments:

nana_yoong said...

Kdg2 bagus gak wat mcm ni.. Jangan cepat sangat terima lelaki jadi pacar.. hehehhe biar susah ckt.. itu akan buat die lebih menghargai..

Lelaki ni awal2 je beri komitmen lebih..nant da sah jadi kekasih.. da start wat perangai..

eija said...

btul 2 nana, dgn laki nie msti kne jual mhal ckit..tpi jgn lah telalu mhal nti xlaku ssh plk hehe..

eija said...

btul 2 nana, dgn laki nie kne jual mahal ckit, lg mahal lgi di hargai..tpi ati2 r jgn smpai xlaku plk..hehehe ssh nti...xpsl2 jd dot dot..

akubintangbiasa said...

Haah..betui tu..(chewwah..tiba2 boleh masuk pulak..)

bkn aper..lumrahnyer lelaki ni sebelum dapat..hamboii..bukan main lagi..bintang sanggup pergi petik..lautan api sanggup direnangi..(geli kalo dengar ada yang guna ayat2 gini lagi..tak sesuai!!!) tapi bila dah dapat..tengok sendiri ar..

kan..kan..kan..

Anonymous said...

tp zain bkn laki cmtu kn??
hehe..ske r org cm zain
even nk ngorat tp xlupe ingtkn hal2 ibadah..
bkn takat mak ayh leeya je yg berkenan ni..
ngn aku skali da bekenan..huhu
smbg lg..nk tau kisah selanjutnyer~

-che na-

Anonymous said...

sy sokong 1000%.... lelaki biasalh..
[feri]

aqilah said...

hai starluvu. akak mmg follow up dgn cite ni. mmg best dan ada citarasanya yg tersendiri. maksud akak, cite ni best dan dpt menjiwai cite ini. all the best to you dik!

wosamurai said...

sambung lagi...sy xpnh lg miss citer ni...sambung lg kerap lg bagus...huhu

wosamurai said...

nape tak sambung...

cik ana said...

next.. next...
xsabo nk baca smpi ending dia...
huhu..
release sket tension bace cite nih...
gud work!!