Thursday, December 17, 2009

Awatif Bab 4

Bab 4
Hari ini pagi-pagi lagi Awatif sudah menyiapkan semua kerja rumah. Selepas subuh, dia terus melakukan tugas mengemas rumah. Tidak seperti selalu, biasanya selesai sahaja solat Subuh dia pasti akan berlingkar semula di atas katil. itulah kerja yang dilakukan semenjak tamat SPM. Dia menjadi suri rumah tangga meringankan kerja emak di rumah. Bila menginjak ke petang pasti dia kaan tolong menyibuk di kolam ikan keli abah. Nak bekerja di Bandar abah tak bagi. Abah suruh duduk diam-diam di dalam kampong ini sementara menunggu result peperiksaan keluar.
Di dapur, Awatif lincah membantu emak memasak. Agak kelam kelibut juga Awatif di dapur kerana mahu cepat siap semuanya. Cepat dia masak, cepatlah dia boleh ke lokasi pengambaraan tersebut. Dia bagai sudah tidak sabar lagi mahu bertemu dengan Amanda. Maklumlah malam tadi dia sudah berjaga sehingga ke pukul empat pagi kerana mahu menyiapkan buku skrap khas untuk ditandatangani oleh Amanda. Bila mengenangkan buku skrap yang sudah hancur bahana angina bah tu buat dia sedikit sebal. Tak pasal-pasal dia kena buat buku skrap baru pulak. Nasib baik sahaja Nabila sudi memberi secara percuma majalah-majalah lama miliknya itu. Kalau tidak mana nak dicari gambar-gambar Amanda zaman dahulu kala. Berkat usaha kerasnya semalaman buku skrap tersebut Berjaya juga disiapkan.
“Emak, semua dah siap. Tif nak keluar.” Awatif berkata kepada emak sebaik sahaja selesai menghidangkan makanan tengahari di atas meja.
“Nak ke mana kamu?” Mak Siah bertanya pelik. Matahari sedang naik di atas kepala ada hajat pulak anak daranya yang seorang ini mahu keluar.
“Alah mak ni.. Macam tak faham. Nak ke tempat Amanda tu la.” Beritahu Awatif dengan senyuman meleret di bibir. Dia bersandar malas di tepi meja makan sambil memandang emak yang bersungguh menumbuk sambal belacan di dalam lesung batu.
Lesung di tangan berhenti sambil mata memandang Awatif yang senang hati bersandar di tepi meja makan. Makcik Siah hanya menggeleng perlahan. “Kamu ni Tif. Itulah sebabnya abah kamu berhangin dengan kamu. Tak habis-habisnya dengan Amanda.” Ngomel Makcik Samsiah. Tangannya kembali menumbuk sambal belacan yang masih belum lumat lagi.
“Bolehlah yer mak. Dah janji dengan Amanda ni.” Ujar Awatif lagi.
“Baju yang teruk kena lumpur semalam dah basuh?” Soal Makcik Samsiah. Kini dia senang memasukkan air asam jawa ke dalam lesung pula.
“Malam tadi jugak Tif dah basuh mak. Boleh ye rmak. Kejap jer.” Jawab Awatif.
“Kamu jangan nak balik lambat. Karang bising lagi abah kamu tu. Semalam tu nasib ajer mood abah kamu tu baik. Kalau tidak memang bungkus kamu.” Pesan Makcik Siah. Semalam mujur sahaja angin suaminya okey bila melihat Awatif pulang dalam keadaan basah dan badan habis kotor terkena lumpur.
“Yerla mak.” Awatif terus naik ke atas. Dia mahu menyalin pakaian. Di atas katilnya sudah sedia berlipat tuala mandi milik Amanda yang digunakan untuk mengeringkan tubuhnya yang basah semalam. Buku skrap setebal lima puluh halaman penuh warna warni juga ada diletakkan sekali di atas tuala biru itu. Keduanya di bawa masuk ke dalam beg kertas. Awatif bersiap ala kadar. Hanya selesa bertocang tinggi dan bertshirt besar dan berseluar track dia sudah bersedia untuk bertemu Amanda.
“Mak pergi dulu.” Jeritnya dari halaman rumah saat kaki sudah pun mula mengayuh laju pedal basikal mauntain bike miliknya.


“Hey!!”
Awatif berpaling bila bahunya ditepuk lembut dari belakang. Melihat gerangan yang menepuk bahunya itu membuatkan Awatif mengukir senyum segaris. Kemudian dari senyum bertukar kepada sengih.
“Awak buat apa dekat sini?” Soal Linda apabila melihat Awatif Berjaya menyelinap masuk ked alam kawasan yang telah dipagar agar orang awam tidak mendekati pihak produksi membuat kerja mereka. “Macam mana awak masuk ke sini?” Linda tidak habis menyoal.
Awatif mengerutkan kening. “Masuk ajerlah. Lagi pun bukan ada tembok. Saya langkah ajer line merah yang ada ni.” Awatif menjawab polos.
Linda mengeluh perlahan.
“Saya nak jumpa Amanda. Bukankah Amanda sendiri yang suruh saya datang hari ini bawak buku untuk dia tandatangan.” Kata Awatif.
Linda mencebek. Dia kurang gemar bila ada peminat fanatic Amanda yang suka-suka hati memasuki kawasan pengambaran. Nanti tak pasal-pasal pulak dia kena marah dengan Ringgo tuan pengarah yang berkuasa kat dalam set pengambaran ini.
“Awak tau tak awak tak boleh masuk ke dalam set masa diorang tengah sibuk shooting?” Soal Linda.
“Alahh…Kak…Sekejap jer. Nak jumpa..”
“Bukan masalah sekejap atau lama masalahnya sekarang Amanda sedang berkerja dan awak tak boleh suka-suka hati masuk ke sini.” Cepat Linda memotong.
Awatif mencebek. Mulutnya diherot-herot mengajuk Linda berkata-kata. Dia geram dengan sikap Linda yang nak menyiga tak bertempat. Lebih sudu dari kuah. Memang betul apa yang wartawan tulis dekat dada majalah yang ada segelintir PR yang lebih sudu dari kuah. Amanda tak cakap apa, Linda pula yang melebih-lebih.
“Pergi duduk sana. Dekat orang ramai-ramai tu.” Arah Linda. Bibirnya dijuihkan kea rah sekumpulan peminat Amanda yang duduk berteduh di bawah pohon rendang di tepi tali air. Semuanya tidak tahan panas barangkali di sebabkan sekarang ini matahari sudah terpacak di atas kepala.
“Taknaklah kak. Cik Manda tu yang suruh ke sini tau.” Tukas Awatif.
“Jangan degil boleh tak. Kalau awak degil saya boleh panggil krew-krew di sini untuk halau awak.” Marah Linda. Temperaturenya naik tidak semena-mena bila melihat kedegilan budak hingusan ini.
“Panggillah. Ada saya kisah???..” Balas Awatif bersahaja.
“Eyhhh…Noks-noks sekalian. Kecoh-kecoh kat sini apa kes nih!!!” Sampuk Jojie yang kebetulan ingin mengambil kotak tisu baru di dalam van.
“Jie kau surah budak ni pergi dari sini. Karang bising director. Tu belum masuk mulut si diva popular tu.” Linda bersuara rendah kepada Jojie.
Jojie mengerling kea rah Awatif yang masih lagi bersahaja. “Adik…Dengar cakap mak ni yer….”
“Mak???” Soal Awatif sengaja.
Papp!!!
Bahu Awatif dipukul lembut oleh Jojie. “Jahat tau!!” Kata Jojie mesra. “Dengar cakap mak ni okey. Adik pergi duduk dekat orang ramai tu dulu. Nanti kalau shooting dah habis, mak panggil okey.” Sambung Jojie dengan mengangkat isyarat okey pada kedua belah tangannya. Matanya dikelip-kelipkan. Menari-nari bulu mata palsu ala Rozita Che Wan itu apabila matanya dikelip-kelipkan.
“Tapiiii…” Awatif menekan suaranya sedikit.
“Na..na..na.. No tapi-tapi.. Pergi tunggu dekat situ. Mak janji lepas Amanda habis shooting mak panggil. Okey!!” Pantas Jojie memotong sebelum sempat Awatif menghabiskan kata-katanya.
“Okey…” Awatif bersuara lemah.
“Kelas??” Soal Jojie lagi.
“Kellllll…..llllaaassss….” Balas Awatif. Dia terus berlalu ke arah pokok di mana ramai penduduk kampong berkumpul di situ untuk menyaksikan pengambaran babak untuk hari ini. Sempat juga Awatif menjeling kea rah Linda yang masih tegang lagi mukanya itu.
“Ngeee…” Linda mengetap bibir. “Geram betul aku dengan budak tu.” Kata Linda.
“Alahh kau ni Lin. Biasalah tu. Fanatiklah katakan. Macam kau dulu.” Kata Jojie sambil tersenyum meleret.
Pappp!!!
“Eyyhh..Sakitlah!!” Marah Jojie apabila belakang badannya menjadi mangsa pukulan Linda. Kalau dengan tangan tak apalah. Ini dengan diari berwarna hitam yang tebalnya tak agak-agak itu Linda gunakan untuk menguji kekerasan belakang badannya ini. Tak patut betul!!
Linda buat muka tak berdosa. Sardin ajer gayanya.
“Nasib tak mendatangkan kecederaan yang serius, kalau tak mak saman kau sejuta Lin.” Ngomel Jojie lagi.
Hampir ketawa Linda dibuatnya. Dasar sotong kering betul. Kena pukul sikit macam tu pun sampai nak saman-saman.
“Samanlah berapa juta kau nak saman Jie. Ada aku kisah.” Jawab Linda dan terus melangkah ke depan. Ketika lalu di sebelah Jojie mindanya mengisyaratkan sesuatu yang nakal. Sengaja tangannya kanannya yang jahat itu meluku kepala Jojie. Habis terpelanting barrey yang dipakai oleh Jojie lalu jatuh ke atas tanah.
“Lin!!!” Jerit Jojie apabila kali ini kepalanya pula menjadi mangsa tangan Linda yang jahat itu. “Puaka punya perempuan. Habis barrey mak nyah!!” Ngomel Jojie sendiri ketika mengutip semula barreynya yang jatuh ke atas tanah tadi.


---------------------------------------------------------------------------

Salam.

Terlebih dahulu Selamat Tahun Baru Maal Hijrah pada semua. Saya nak mintak maaf andai cerita Awatif ni nampak macam sikit kelam kabut. Macam yg sebelumnya, cerita ini terbina tanpa sebarang plot yg nyata. Hasil daripada kepala senget tukang karang yang suka-suka hati dia ajer nak menaip apa bila dia tengah boring. Maapkanlah makcik tu kalau ada yang dah terasa cerita ni macam tak realistik.

N3 slow sorry sesangat. Insyaallah tahun depan speed typing akan diperhebatkan.

Kepada yang nak balik kampung hati2 k. Saya pun dah tak sabor nak balik kampung malam ni. Hik3.

Salam sayang,
Eila.

1 comment:

MaY_LiN said...

amboi2...
kemain tif ni..
fannnnatic nye