Friday, November 7, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 3

BAB 3
Kad berwarna merah jambu yang hampir lunyai itu dibelek sekali lagi. Lakaran peta ke rumah pengantin perempuan cuba diamati dan diteliti untuk kesekian kalinya. Masuk kali ini, sudah tiga kali kad itu dikaji, diamati diteliti untuk mencari lokasi sebenar tempat yang ingin dituju. Tapi sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa lagi. Jangankan rumah pengantin, satu khemah orang kawin pun masih tak nampak lagi. Sah. Nampak sangat dah lama tak balik kampung sampai nak mencari sebuah rumah dekat Kampung Sri Kinta ni pun boleh jadi sesat larat. Sebijik macam masa mula-mula masuk Kuala Lumpur dengan memandu kereta sendiri. Masa tu kereta pun masih bau kilang lagi. Biasa kalau turun KL dari rumah naik Bas Nadiputra turun Putrajaya Sentral naik ERL turun Bandar Tasik Selatan ambik LRT lepas tu turun la kat mana-mana rasa nak turun. Nak turun kat Masjid Jamek boleh. Nak turun kat Hang Tuah boleh. KL Sentral boleh.
Aleeya cuba berfikir-fikir mengingati semula keadaan yang pernah dialami semasa mula-mula masuk Kuala Lumpur dengan tangan sendiri yang duk pusing-pusing stereng kereta sendiri. First time drive kat bandar metropolitan tu memang kecoh. Kecoh sekampung dibuatnya dengan teman-teman serumah aku yang sedia maklum kekecohannya itu. Yang menumpang mulut tak berhenti-henti membebel mengomel itu ini macam mak nenek. Konon nak suruh aku try pandu uji kereta baru dekat jalan-jalan Kuala Lumpur. Lepas tu bising-bising kata naik train lagi senang dari drive sendiri. Memanglah senang kalau mau turun KL naik train. Tak payah bersusah payah menempuh jammed. Cit!!... Ni semua idea Cik Anis yang mau shopping kat Jalan TAR. Sebelum pergi sorang-sorang muka dengan konfiden bajet master jalan-jalan area KL. Bila dah sesat larat semua tuju dekat Cik Driver yang drive kereta. Aku la tu. Mengata aku drive macam kura-kura kena sakit asma yang buat telinga ni naik berdesing dengar. Itu cerita lama. Sekarang cakap ajer mana tempat, mana lubuk, mana area KL mahu pergi. Pendek kata semua jalan-jalan KL ni dah master. Itupun lepas dua tiga kali ambik risiko cuba masuk KL lagi.
Tapi itu KL. Bukan tanah tempat lahir diri sendiri. Aleeya garu kepala yang sebenarnya tak terasa gatal pun. Adat ar tersesat kalau first time masuk. Tapi kali ni tersesat kat tempat sendiri. Kata anak jati Kampung Pasir Puteh tempat asal suku sakat family sendiri. Walaupun rumah mak abah dekat Taman Temara tapi apalah sangat jauhnya Kampung Pasir Puteh tu dengan Taman Temara. Kampung Pasir Puteh berjiran dengan Kampung Sri Kinta. Kampung Sri Kinta kalau dikira pakai jari kaki jari tangan tak payah susah payah tekan-tekan kalkulator dalam sepuluh langkah dah boleh sampai ke Taman Temara. Adoyai… macam tak biasa naik basikal jalan-jalan round-round kampung masa muda-muda dulu dengan Ecah, Salwa, Norma, Yin semua. Penat round singgah Warung Mak Uda tepi lombong pekena ais kepal gula merah atau ais katuk dengan laksa. Pergghh… Masa tu.. memang tak hengat menghirup kuah laksa Mak Uda. Best giler. Sekarang mana nak jumpa lagi ais kepal ais katok lagi. Budak-budak sekarang semua layan ais blended ajer. Windunyer saat-saat tu.
MyVi SE berwarna merah cili itu sudah tersadai berhampiran Kedai Runcit Che Mat. Stress…Stress sungguh kalau terus menerus keadaan macam ini. Jam dipergelangan tangan dilihat sekilas. Sudah hampir pukul enam petang. Apa kes ni. Majlis akad nikah lepas solat Isyak nanti tapi sampai sekarang bayang rumah pengantin pun aku tak nampak.
Aleeya melepaskan keluhan. Macam mana ni. Ingat senang ker nak solekkan bakal pengantin. Aku ni bukan bertaraf pro macam Kak Ana. Mahunya dua jam pun belum tentu pengantin perempuan boleh siap. Pening..pening. Terasa time-time sekarang ni macam nak telan Panadol ActiveFast ajer. Biar kepala ni dapat berfungsi balik secara normal supaya tau apa yang patut apa yang tak patut nak dibuat dalam keadaan yang genting dan serabut macam sekarang ni.
Kali ke empat kad kahwin itu dibelek lagi. Dahi dah berkerut-kerut. Perut dah mula berkeroncong tak tau irama lagu rentak apa. Haru punya hal. Jalan terakhir yang nampak adalah ringan-ringankan mulut pergi tanya pada sesaper yang ada kat sini. Aleeya keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke Kedai Che Mat. Kalau tak tau buat cara orang tak tau. Malu bertanya sesat jalan. Ni yang jadi kes sesat jalan ni sebab malu sangat nak tanya orang kampung mana tempat yang nak dituju. Sekarang rasakan.
“Assalamualaikum Che Mat.” Salam dihulurkan kepada lelaki yang hampir seusia dengan abah itu. Lama tak masuk kedai Che Mat ni. Banyak yang dah berubah. Dulu-dulu time kecik-kecik selalu ikut mak shooping barang dapur kat sini. Yer lah, dulu mana ada Tesco mana ada Giant dekat Ipoh ni. Kalau datang kedai Che Mat tak sah kalau tak beli biskut kapal terbang yang rasa pedas-pedas tu singgit. Makin tua Che Mat sekarang. Ish.. yer la.. Mana ada orang dalam dunia ni makin muda. Semuanya makin tua. Dah lumrah alam. Yang tua berjiwa muda, miang-miang keladi tua tak sedar diri tu ramai. Makin ramai. Cuba ajer tengok dekat Mutiara Dangdut. Confirm yang spesies rumah kata pergi kubur kata mari melambak-lambak bergelek di tengah-tengah dance floor.
“Waalaikumussalam.”Lelaki yang dikenali dengan nama Che Mat itu menjawab salam yang diberikan.
Cermin mata yang tadinya terletak elok diatas buku log tebal dipakai semula. Mahu mengecam wajah gerangan yang tiba-tiba datang member salam. Ingat-ingat lupa. Muka macam kenal tapi tak ingat siapa.
Aleeya tersenyum melihat gaya Che Mat yang berada dihadapannya itu. Lawak betul la Che Mat ni. Iye-iyer ajer dia nak cam muka aku ni.
“Che Mat ini Leeya la. Anak Sahimi yang berniaga kedai makan kat tepi lombong Taman Temara tu dulu.”
Che Mat garu kepala. Barangkali Cuma mengingati siapa budak yang datang dari ceruk mana memperkenalkan diri sebagai Leeya ini.
“Leeya mana ni.” Che Mat cuba bertanya sekali lagi.
“Aiseyh Che Mat ni. Leeya pun boleh lupa. Ni Leeya. Aleeya. A-L-E-E-Y-A.” Sengaja Aleeya menekankan sebutan namanya itu dan mengeja seketul-seketul. “Anak Sahimi yang dulu berniaga kedai makan kat tepi lombong Taman Temara tu. Yang kecik-kecik dulu selalu beli biskut kapal terbang pedas-pedas.” Masih mengulangi dialog yang sama macam tadi cuma kali ini dengan lebih terperinci dengan gaya yang bersungguh-sungguh. Bukan senang nak mengingatkan golongan veteran macam Che Mat ni yang confirm memory dah berkarat.
Che Mat masih cuba mengingati siapa budak perempuan yang tiba-tiba datang ke kedainya ini. Dahi berkerut-kerut. Ketika itu, masuk seorang pemuda ke dalam kedai runcit Che Mat.
“Pakcik ubat nyamuk kat mana.” Pemuda itu bertanya.
“Dekat belakang tu.” Jari telunjuk Che Mat dihala ke satu rak di bahagian belakang tempat ubat nyamuk diletakkan. Kemudian matanya kembali menala kea rah Najiha.
Kemudian dia tersenyum.
“Oooo… ni Leela anak Abang Mie yang dulu tu berniaga kat kedai makan tepi lombong Taman Temara tu yer.”
Akhirnya. Ingat juga Che Mat ni dekat aku. Dah berapa kali dibetulkan. Nama aku Leeya. Bukan Leela. LEEYA. LEEYA..LEEYA... Tapi nak buat macam mana dah dari aku kecik lagi lidah Che Mat ni panggil aku Leela. Dah macam nama anak menachi mana entah. Yer la tu Che Mat oii.. Aku pun tak tau macam mana boleh terkeluar nama Leela ni. Kalau asal usul nama Nurul Aleeya tu aku tau la. Mak pernah bagi tau dekat aku dulu. Itupun lepas aku tanya kat mak macam mana boleh letak nama aku jadi Nurul Aleeya. Aku tanya pun lepas kawan-kawan dekat sekolah tanya mana datangnya nama Nurul Aleeya sebab diorang kata nama aku lari jauh sangat dengan nama adik-adik aku yang lain. Lari jauh sampai tak boleh nak kejar sebab dah termaktub dalam surat beranak. Nama adik-adik aku Anis Fatiha, Aizat Fahmi dan yang bongsu sekali Ain Farhana. Kenapa aku seorang ajer Nurul Aleeya sedangkan yang lain semua pakat konon-konon generasi AF. Mak kata nama tu arwah opah belah abah yang kasi.Keluar-keluar ajer dari dalam perut terus arwah opah tabalkan aku dengan nama Nurul Aleeya. Kebetulan masa tu mak dengan abah pun masih tercari-cari nama apa yang nak diletak pada puteri sulung dia orang. Jadi bila arwah opah beria-ia benar mahu letak nama Nurul Aleeya tu, mak dengan abah terus setuju. Sampai sekarang aku bawak nama Nurul Aleeya. Tapi biasa orang panggil Leeya sahaja.
“Ini memang Leeya anak Mie yang berniaga kat kedai makan tepi lombong Taman Temara. Ni tak tau dah berapa kali repeat dialog yang sama.” Aleeya berkata di dalam hati.
Pemuda tadi datang ke kaunter hadapan tempat Che Mat dan jiha bersembang. Diletakkan ubat nyamuk, berus gigi dan ubat gigi dihadapan di atas meja kaunter.
“Berapa pakcik.”
Che Mat mengira harga satu persatu barang-barang yang dibeli oleh pemuda itu. sambil mengira mulutnya masih lancar mahu bersembang dengan Aleeya.
“Lor Leela dah besor panjang kamu sekarang ni. Dulu-dulu ni encik si Leela ni selalu datang kedai pakcik ni dengan mak dia. Muka masa tu selekeh, selenga, selebek semacam ajer. maklum ah masa tu kecik ajer lagi. Hingus pun tak kering lagi. Kalau datang kedai pakcik mesti mintak biskut kapal terbang singgit kat mak dia.” Lancar mulut Che Mat bercerita kepada pemuda yang dia sendiri tak kenai. Siap buat lakonan semula flashback balik macam mana aku merengek mintak mak belikan biskut favourite aku tu. Muka pemuda itu pada mulanya nampak macam blur sebab tak tau hujung pangkal cerita terus ikut sama gelak apabila mendengar cerita Che Mat tentang gadis disebelahnya itu. Aleeya naik geram. Apa kena Che Mat ni boleh pulak bukak cerita sejarah aku kecik-kecik kat mamat ni. Adoyaii.. Dah ler bagi aku tiga ‘SE’ sekali gus. Bukan Special Edition. Tapi ‘Selekeh’,’Selenga’, ‘Selebet’. Ngeee…geramnya aku.
“Apa Che Mat ni cakap orang macam tu. Itu dulu la.”
“Semua RM11.20 encik” Che Mat memberitahu harga kesemua barang yang dibeli oleh pemuda itu. Kata-kata Aleeya dibiarkan sebentar. Pelanggan mesti diutamakan dahulu.
“Ini dia duitnya pakcik.” Selepas membayar pemuda itu terus berlalu pergi. Sebelum berlalu, sempat dia menoleh dan tersenyum ke arah Aleeya. Aleeya yang terperasan dengan reaksi pemuda itu terus membulat kan mata tahan marah dengan senyuman sinis yang sah-sah nak mengejek lepas dengar cerita sensasi Che Mat itu tadi.
“Apa Leela cakap tadi.”Che Mat menyambung kembali perbualan yang tertangguh sebentar tadi.
“Leela..Leeya.. Leeya la Che Mat. Berapa kali nak dibetulkan lidah Che Mat supaya sebut nama orang betul-betul.” Aleeya mengetap bibir. Bengang pun ada. Dah la kena gelak dengan mamat entah mana-mana tadi. Harap-harap lepas ni tak jumpa lagi mamat yang tadi tu. Kalau tak mahunya aku kena gelak lagi.
Che Mat senyum sumbing melihat gadis dihadapannya itu membebel pot pet pot pet. Dulu masa kecil jika disakat pasti meleleh air mata air hidung semua keluar. Bila dah besar kena sakat, dah pandai menjawab balik. “Alah Leela.. Che Mat gurau-gurau ajer la tadi. Sekarang Che Mat tengok dah lawa makin manis. Tu yang Che Mat tak perasan tadi tu.” Che Mat betul keadaan.
Aleeya dah naik boring bersembang dengan Che Mat. Tengok tu. Memanglah. Lidah Che Mat ni dah keras sebut nama aku Leeya. Dah tak boleh dipinda dari Leela jadi Leeya. Belasah ajer lah. Che Mat ni bukan boleh dilayan sangat. Aku ada kerja nak kena buat.
“Cam ni la Che Mat. Aleeya cari rumah ni. Che Mat mesti tau punya. Mesti kenal dengan orang ni.” Aleeya bertanya kepada Che Mat sambil menunjukkan kad yang sudah hampir lunyai itu. Sebenarnya itulah tujuan Aleeya pergi berjumpa si tuan empunya kedai runcit ini. Untuk bertanya dimanakah lokasi sebenar tempat yang dari tadi cari tapi tak jumpa-jumpa. Macam mana entah boleh bersembang panjang dengan Che Mat pun Aleeya tidak tahu.
“Oooo.. ini rumah Pak Azit. Kamu jalan terus ajer. Lepas tu belok kiri. Dah jumpa. Anak perempuan dia nak bernikah malam ni. Esok makan kenduri la Che Mat.”kata Che Mat kepada Aleeya.
Aleeya mengerutkan dahi. Muka nampak macam dah confius. Nak confius apa lagi ni. Bukankah tadi Che Mat dah bagi tau. Ini rumah Pak Azit. Pak Azit mana aku pun tak tau. Bukan kenal sangat dengan pakcik-pakcik Kampung Sri Kinta ini. Pakcik-pakcik Taman Temara tu pun tak habis beramah mesra lagi. Macam ada yang tak kena la dengan peta dalam wedding kad ni. Errmm…
“Tapi Che Mat, peta dalam kad ni kata jalan terus jumpa simpang lepas tu masuk kanan. Bukan kona kiri.” Aleeya cuba membetulkan pandu arah Che Mat tadi yang dirasakan tak berapa nak betul kalau mengikut lakaran peta asal yang terdapat pada muka surat akhir wedding kad ditangan.
“Lar kamu ni Leela. Kalau dah jalan terus tu mana nak jumpa simpang ke kanan. Kalau kamu ke kanan jugak jawabnya masuk dalam lombonglah. Kalau kamu terus jalan ke depan nak cari simpang kanan alamatnya sampai bebila la tak jumpa simpang kanan kamu tu. Kalau jalan terus, terus jumpa jalan mati.”Che Mat menerangkan satu persatu arah jalan kepada Aleeya.
Yer tak ya jugak cakap Che Mat ni. Nak mampus apa belok ke kanan. Memang ke lombong la jawabnya. Adoyaai… sah. Ni mesti ada error kat peta dalam wedding kad ni. Nasib la buat orang jauh macam aku nak datang kenduri ke rumah Pak Azit ni. Jenuh semua masuk lombong.
Aleeya tersenyum. “Ok lah Che Mat. Dah tau dah nak ikut jalan yang mana satu. Jumpa lagi ek. Terima kasih.” Aleeya terus berlalu keluar dari kedai Che Mat. Sebelum keluar matanya tertancap pada balang-balang biskut yang elok teratur dihadapan kedai. Salah satu daripada balang-balang biskut itu menarik perhatiannya.
“Che Mat kasi biskut kapal terbang pedas-pedas ni singgit.”pinta Aleeya kepada Che Mat. Che Mat yang berada di dalam kedai terus keluar. Menyenduk biskut yang diminta ke dalam plastik kecil dan memberinya kepada Aleeya. Bungkusan biskut beralih tangan. Not satu ringgit dihulurkan dan terus berlalu menuju ke kereta.
Di dalam perut kereta Aleeya tersenyum melihat bungkusan biskut ditangan. Dulu masa aku kecik-kecik singgit biskut kapal terbang ni penuh satu plastik. Sekarang nak kata separuh plastik pun tak sampai. Wujud lagi rupanya biskut ni. Memang nampak klasik. Sekarang nak cari kat mana lagi biskut seklasik macam ni. Pusing satu Malaya pun belum tentu boleh jumpa kalau tak kat kedai Che Mat. Enjin kereta dihidupkan. Tanpa berlengah kereta terus menuju ke rumah pengantin perempuan.

3 comments:

Anonymous said...

c'yo..sis sokong ila..cita makin best nampak?

-Ain-Dak In- said...

huhuhuhu...
leeya jd leela...
lantak ar.
jnji x msok lombong...
wahahahaha.......

Anonymous said...

hai...
ermm eQin org yg bru nk bc ur novel..but eQin tak pham la...y tak leh nk bukak pon episod 4 smpe 22 cite ni??ermm np erk..plz2...tlg check kan..realy2 nk bc ni...