Monday, July 12, 2010

YESS BOSS!! BAB 12

Aryana menyusun sepuluh keping gambar di hadapannya ini menjadi satu barisan panjang. Dahinya berkerut-kerut. Ini adalah calon saringan pertama yang telah dipilih oleh Datin Rokiah Kamsan tadi. Datin ni pun tastenya boleh tahan jugak. Bila diteliti setiap particular jelitawan-jelitawan bak finalis Gadis Melayu ini, semuanya hebat-hebat. Mereka semua berkelulusan dari universiti. Wajah sudah tentulah cantik-cantik belaka. Haihhh… Kalau bos tak nak jugak salah seorang daripada mereka tak tahulah dia nak cakap apa.
“Yana buat apa nih? Sejak bila jadi agen modeling pulak nih?” Soal Samsiah. Sejak beberapa hari ini, ini sahajalah kerja Aryana di malam hari. Sibuk menyusun atur gambar-gambar wanita cantik.
“Alahh.. Mak Ngah ni. Tengah buat kerjalah.” Kata Aryana acuh tidak acuh.
“Sejak bila pulak kamu kerja dengan agensi modeling.” Balas Samsiah. Tangannya mengambil gambar ketiga dalam barisan untuk dilihat. Tertarik pada gambar yang agak familiar itu. Pada belakang gambar tersebut sudah tercatat sedikit maklumat peribadi berkenaan tuan punya gambar.
“Syarifah Nor Azean Syed Al-Yahya.” Samsiah bersuara rendah menyebut satu persatu nama gadis dari keterunan Syarifah itu. “Macam kenalah Na.” Berkerut dahi Samsiah memikirkan siapakah wanita di dalam gambar ini.
Aryana ketawa kecil. Mak Ngah ni pun. Cepat sangat lupanya. Baru tadi tengok Awan Dania ulangan episode 23 boleh lupa pulak.
“Scha Al-Yahya.” Beritahu Aryana apabila merasa sedikit simpati apabila melihat Mak Ngah payah sangat nak mengingat bekas kekasih Fahrin Ahmad itu.
“Hai… Scha Al-Yahya pun kamu nak adjust untuk bos kamu ker Yana.” Samsiah bersuara yang sudah sedia maklum dengan kesanggupan Aryana untuk menjadi pencari jodoh buat bos kesayangannya itu.
Aryana ketawa. Dia sengaja mahu main-mainkan Datin Rokiah Kamsan. Sebab itulah tersesat gambar Scha Al Yahya terselit dalam banyak-banyak gambar yang diberikan. Tak sangka pulak, Scha pun Datin Rokiah Kamsan berkenan. Hahahah… Biarpun Scha sudah termasuk dalam saringan pertama, dia tahu apa yang patut dia lakukan. Takkan nak adjust Scha yang sedang mengenali hati budi Awaludin Ashaari tu pada bos. Tak sesuai. Gambar Scha yang telah diletakkan Mak Ngah kembali ke tempatnya ditarik ketepi. Sepuluh tolak seorang, tinggal sembilan. Okey. Aryana mencatat sesuatu pada diari hitam bos yang dibawa pulang. Mula masukkan nama-nama mereka yang terlibat ini ke dalam diari bos. Setiap minggu bos diwajibkan keluar berkenalan dengan wanita-wanita ini. Lepas tu bos boleh buat pilihan siapa yang dia suka. Lepas tu Datin Rokiah Kamsan dan rombongannya bolehlah terus pergi pinang siapa yang bos suka. Lepas tu, hidup Aryana akan kembali tenang tanpa sebarang gangguan dari Datin Rokiah Kamsan!!.
Aryana bagai mengira-ngira detik yang mebahagiakan itu.
Mulan, Dayana, Amanda, Maya???? Ah..Kalau bos bertanyakan ke mana perginya mereka semua ini dia dengan mudah akan menjawab stock-stock tu semua sudah dihilangkan dari senarai calon pasangan hidup bos. Mereka semua telah diblacklist oleh Datin Rokiah Kamsan. Arahan dari Datin Rokiah Kamsan. Tak siapa berani membantah walaupun anaknya sendiri. Nampaknya selepas ini semakin senang sikit kerja Aryana kerana tidak perlu lagi berurusan dengan Mulan, Dayana, Amanda dan Maya. Mereka-mereka itu adalah jenis gediks yang mengjengkelkan.
“Aryana..” Panggil Samsiah lembut.
“Apa dia Mak Ngah.” Aryana menjawab tanpa mengangkat mukanya. Dia masih lagi mencatit sesuatu di dalam diari bos. Kali ini dia bagai bersungguh-sungguh pula mahu membantu Datin Rokiah Kamsan. Terlebih rajin sampai semua kerja ini dibawa ke rumah. Sampai dia tak ada masa nak tengok televisyen pulak tu. Untuk bos… Apa pun sanggup. Macam yang pernah dijanjikan pada Datin Rokiah Kamsan.
Hahahah.. Apa pun sanggup.. Ulang hatinya lagi sekali. Geli hati pulak mendengar statement itu. Sangguplah sangat. Sanggup dalam terpaksa. Sanggup dalam terseksa. Eh.. Puitis sangatlah pulak bunyinya.
“Aryana…” Panggil Samsiah lagi apabila Aryana ternyata masih acuh tidak acuh pada dia yang sedang duduk memerhati di sini sejak dari tadi.
“Yer.. Mak Ngah. Nak apa.” Balas Aryana lagi. Masih seperti tadi. Cosentrate seratus peratus pada ‘kerja’ yang bersepah-sepah di atas permaidani.
“Kenapa Mak Ngah tak nampak pun gambar Yana dalam banyak-banyak gambar ni?” Soal Samsiah.
Aryana mengalih pandang pada Mak Ngah yang sedang buat-buat sibuk menyusun gambar-gambar di dalam sampul surat pula.
“Tak ada kena mengenalah.” Jawab Aryana. Dia meneruskan kerjanya.
“Yana tak pernah sukakan bos Yana tu”
Aryana terdiam sebentar mendengar soalan Mak Ngah itu. “Apa ni Mak Ngah tanya macam tu. Yana ni secretary dia ajerlah. Suka-suka tak mainlah. Kerja is kerja. Ada ker nak cinta-cinta pulak.” Ujar Aryana cuba berselindung.
“Kenapa pulak tak boleh. Ada peraturan ker pekerja tak boleh nak bercinta dengan bos.”
“Mak Ngah…” Aryana mengetap bibir.
“Mak Ngah bukan kenal bos.”
“Yana yang tak nak kenalkan.”
“Nak kenalkan seorang lelaki yang kaki perempuan, yang kaki clubbing, dengan Mak Ngah?” Aryana bertanya sarcastik. Dia hela nafas lemah. “Itu bukanlah sesuatu tindakan yang baik.” Sambungnya rendah.
“Yana boleh ubah dia jadi lelaki yang baik. Tak mustahil.”
“Mak Ngah even dia jadi lelaki baik sekali pun, kita ni kenalah ingat. Dia tu enggang. Orang ni pipit. Mana boleh nak terbang seiringan. Tak sesuai okey.” Tegas Aryana.
“Itulah masalahnya. Pegang pada peribahasa lama sangat. Aryana sayang, sekarang ni Air Asia pun boleh terbang beringinan dengan MAS tau.” Samsiah tidak mahu kalah.
Aryana mendengus geram. “Mak Ngah ni. Tak ada jiwa sastera langsunglah. Dah ar. Jangan kacau orang. Orang kena siapkan semua ni cepat. Esok nak tunjuk dekat bos.” Kata Aryana. Berharap sangat supaya Mak Ngah henti-hentikanlah mengeluarkan spekulasi-spekulasi yang kononnya dia suka dan seumpamanya pada bos. Dia tak suka sebarang spekulasi yang macam ni kerana selagi Mak Ngah tak habis mengenenkan dia dengan bos, hatinya pasti akan berasa berdebar-debar. Tak tau apa maknanya.
Suka?
Of course sebab bos baik. Semua orang suka dia.
Sayang?
Mestilah sebab bos tu bos dia yang paling understanding dan tak berkira apa-apa.
Cinta?
Statement yang merujuk pada spekulasi Mak Ngah yang sebenar. Entah!! Tak tau!! Tolong jangan tanya lagi!! Fullstop!!
Aryana mengeluh. Dia sudah diajar untuk menjadi manusia yang tahu sedar diri. Bos tu pandang dia pun tak sudi kenapa pula dia harus menaruh hati pada lelaki itu. Alahaii… Kecil diri ni kalau nak dibandingkan dengan bos tu. Tapi hakikat hati……errrmmm…..
“Fikir-fikirkanlah yer. Hari ini cakap tak suka esok belum tentu lagi.” Samsiah berkata seraya meninggalkan Aryana seorang diri di ruang tamu.
Aryana menelan air liur. Metafora berbunga-bunga pulak Mak Ngah ni. Tapi betul ker dia hanya sekadar suka gitu-gitu pada bos? Kenapa mesti berdebar tatkala nama bos dibangkitkan? Kenapa mesti terasa diri berada diawangan setiap kali teringat cerita manis malam hanya ‘aku,dia dan char kuew tiaw’ itu? Dahi Aryana berlipat empat. Haihh.. Tak ada maknanya!!! Aryana menidakkannya lagi kerana dia tidak mahu terus rasa terbuai dan perasan diri.


---------------------------------------------------------------

salam,

sori berjuta2 lemon buat yg dah lama menunggu sambungan citer ni..

aduhai...kalaulah korang tau betapa terseksanyer saya bila mana terdapat sekatan di atas beberapa website yg tidak dibenarkan apabila satu2nya benda alah yg membolehkan saya membuka laman terlarang ini terdelete dari pc saya *sigh*.... :)

walaubagaimana pun hari ini saya berjaya membukanya semula jadi kupersembahkan buat kalian episod ke 12 untuk tatapan bagi menghilang kerinduan *kut la ada yg rindu*

saya berharap korang tidak akan mengharapkan n3 sekerap mungkin kerana saya terpaksa imbangkan pengeluaran n3 dgn speed typing saya. owhh..yerr...speed typing saya semakin slow sekarang ni.. *sesiapa yg ada mavis beacon boleh tolong forword tak, untuk saya melajukan speed typing saya yg rasanya dah kurang dari 45wpm.*

owhh yer...buat peminat cik cucuratap yg mengadu tak boleh masuk blog dia, disini saya menarik perhatian cik cucuratap jika anda terbaca n3 saya ni tolong2lah izinkan kami masuk blog anda. u/p cucuratap : kita pun tak boleh bukak per kes. kata adik beradik lain mak lain bapak.. :)

rasanya terlebey panjang pulak. so korang enjoylah...

salam sayang,
eila

16 comments:

ibuRayy4n said...

salam...x puas la...nk lagi
^_^

atiQah said...

finally..dpt jgk membaca..rindu seyh...thnks eila for tiz n3...gian mau bc..n mmg xleh msuk cucur pya..ape kes la kan???

Miss Kira said...

x puas la..
akhirnya yana jtuh cinta dkt bos dia..
huhuhu

cucur kata, nnt ada entry, dia bkk balek blog dia..

alreinsy said...

eila cayang... huhuhu... dah ada smbgn yess boss!!.. suka2... makin best la pulak... akak tgh gak tunggu kemunculan iman suraya versi cetak... akak dah ada BPM & 2x5

mmg x dpt masuk blog cucuratap.. huhuhu... x best la cam ni...

hani said...

salam...leh smbg g.??? tak puas lah...

Anonymous said...

nk lagi....rs sikit sgt...

Anonymous said...

rasa sikit sgt n3 ni....nk lg..

Lotus said...

alahai cam tak ckuplah... lagi sikit blhtak ?

Anonymous said...

sgt2 best......

...CiKdiDa... said...

hohoho...akirnye ada jgk n3 cite ni..rndu btol kt dorg ni..em..ape kate srh mak ngah yana mskkn gmbo yana skali? hahaha...

cik eila..xpe2..kami sabo tggu n3 bru..*walopon sy sbnrnye x de la sbr sgt..ehehe*..mtk2 halangan2 yg dtg bleh d atasi dgn jayanye..ehehe

em..x leh msk jgk blog cucuratap walopon kami bkn adk badik len mak len bapak..rndu gk karya2 die..huhuhu..

pnjg lak komen..hehehe...papepon..wil b waiting 4 ksh yana n bos! :)

MaY_LiN said...

alololo~
yana suke bos ye..
bagi tau kat bos...

Aidanna said...

huhuhu...hrp sngt cite de smbungan.. cam x puas ati.. tp kesian lak kat kak eila.. fighting kak iela.. !! ^^

~caHaYa MaTaKu~ said...

salam kak iela...saya memang mengikuti siri novel akak...so far..sambung la lagi..suweet sgt2..
ermm aah t tolong sampaikan pada cik cucuratap...rindu ngan karya die...xde n3 baru..bace yg lame pon xpe....atleast dpt lepaskan wendu...
papepon t akak sambung k yess boss ni..suweet sgt2...

aNYsa said...

sikit sangatlah iela..nak lagi

Anonymous said...

salam.. nk lagik2 nk lagik2
cepat2 sket aeh :D

lucy_persona@yahoo.com

miznza84 said...

akhirnya... muncul juga... npe la mak datin tu tak nampak si yan utk anak dia ya??