Friday, March 12, 2010

YESS BOSS!! BAB 1

Surat tawaran kerja di Wisma Alam dipandang sepi.
Kedengaran keluhan halus keluar dari celah kerongkongnya. Kenapa mesti pilihan terakhir itu yang berjaya. Dan bukan pilihan pertama, kedua atau ketiga. Jadi setiausaha di sana itu idea Mak Ngah bila dia acap kali terkandas sahaja ketika sessi temuduga untuk jawatan lain. Mak Ngah yang beriya menyuruh dia bekerja di sana memandangkan ijazah Sains Pentadbiran yang ada di dalam genggamannya amat molek sekali disuaikan dengan jawatan itu. Dia sekadar menurut. Mahu mencuba nasib kerana sudah bosan duduk dirumah menanam anggur. Lagipun, takkanlah sampai sekarang mahu mengharapkan ehsan Mak Ngah dan opah untuk menumpang hidup. Sakinah sendiri sudah menginjak ke Tingkatan Lima. Sikit lagi mahu SPM. Selepas itu ke university pula. Masih terngiang ditelinga bagaimana arwah ibu pernah berpesan semasa hayatnya agar jangan abaikan Sakinah. Ibu mahu Sakinah juga boleh belajar sehingga ke puncak menara gading seperti dia. Ibu pernah berkata andai ibu tiada nanti jangan sesekali biarkan hidup Sakinah terumbang ambing. Ah… Kenangan bersama ibu seringkali menerpa ke minda tak kira waktu.
Berbalik kepada cerita tawaran kerja di Wisma Alam, kenapa temuduga yang langsung tak ada persiapan itu pula yang berjaya sedangkan semasa mahu menghadiri temuduga sebagai pegawai gomen tujuh bulan lepas tidak tidur malam dia dibuatnya semata-mata mahu menghafal semua nama-nama menteri di dalam cabinet Malaysia. Malah dalam tempoh masa menunggu temuduga juga naik lunyai carta cabinet menteri Malaysia dibaca. Bukan itu sahaja, berkepuk surat khabar dibeli untuk mengetahui isu semasa, agar mudah menjawab soalan dari penemuduga. Tapi nasib tidak menyebelahi dia untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam barangkali. Entah mana silapnya, habis soalan yang ditanya oleh penemuduga berterabur dia menjawab. Sudahlah tu, nama menteri pengajian tinggi pun dia boleh terlupa. Sedangkan dia adalah fresh graduate yang baru keluar dari university waktu itu. Bikin malu sahaja kata Mak Ngah bila dia meluahkan cerita disebalik proses temuduganya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dahulu.
Dia menjadi risau untuk ke Wisma Alam esok. Sudahlah semasa sesi temuduga soalan entah apa-apa yang ditanya. Tapi soalan entah apa-apa itulah yang berjaya dia jawab. Kalau tidak masakan surat tawaran ini boleh tiba di alamat rumah Mak Ngah kelmarin. Dia juga risau kerana dia langsung tidak tahu apa bidang tugas sebagai seorang setiausaha. Dia hanya bayangkan menjadi setiausaha perlu cantik, bergaya, sofitikated, dan menampal mekap 24 jam sahaja. Macam mana gamaknya kalau dia menjadi setiausaha ya. Sudahlah tak pandai bergaya, nak mekap apatah lagi. Bagai bintang melekat dimukalah jawabnya. Lagi satu, selalu yang ditonton di dalam drama tv, watak-watak seorang setiausaha selalunya pasti sahaja bermini skirt dan blazer cantik, berkasut tumit tinggi, sedangkan dia pula hanya ada lambakan baju kurung dan sepasang sepatu hitam satu inci sahaja. Boleh ker pakai baju kurung. Tak nampak kampung sangat ker nanti.
Ngee…Tak sedar Ariyana menggosok kepalanya. Rambut separas bahu yang dilepaskan sedikit serabai akibat kena gosok dengan tangan tadi. Ariyana jadi stress hanya kerana tawaran ini. Dia sepatutnya buat sujud syukur kerana doa untuk mendapat perkerjaan telah dimakbulkan ini terbalik pula. Tiba-tiba dia jadi seorang yang stress.
“Ehh anak dara. Buat apa.” Tegur Samsiah di muka pintu bilik.
Ariyana berpaling. Dengan wajah sugul dia memandang raut wajah Mak Ngah. “Mak Ngah, takutlah nak masuk kerja esok.” Katanya lemah.
Samsiah menapak masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan di atas katil Ariyana. “Lerr… Apa kes. Kata nak kerja. Ini dah cukup baik dapat kerja nak takut kenapa pulak.” Jawab Samsiah.
“Mak Ngah tahukan. Ini bukan jiwa Yana. Yana tak retilah nak bergaya-gaya, nak cantik-cantik, nak seksi-seksi ni semua. Tak reti.” Luah Ariyana.
“Ishhh…Budak ini. Siapa kata jadi setiausaha kena bergaya-cantik-seksi. Janji penampilan kemas tu dah okey dah.”
“Tapi Mak Ngah dalam cerita Melayu semua macam tu.”
Samsiah menggeleng perlahan melihat anak sulung arwah kakaknya itu. Ariyana…Ariyana. “Dah jangan nak banyak cakap. Tadi opah telefon. Suruh pesankan pada Yana supaya kerja elok-elok.”
“Mak Ngah, boleh ker Yana jadi setiausaha ni.” Kata-kata Mak Ngah dibuat tidak tahu. Dia masih gusar lagi mahu menempuh hari esok. Aci tak kalau saat ini dia katakan pada Mak Ngah yang dia rasa macam taknak kerja esok. Errmm… Lebih baiklah buat baca yassin dan doa pelindung dulu. Kalau Mak Ngah hantar laporan pada opah dikampung, walaupun opah di Parit dia pasti di sini pun turut sama merasakan putting beliung opah yang garang tu. Adoii… Dia sudah tak ada pilihan. Bermakna dia pasrah ajerlah. Tapi andai tak serasi dengan kerja ini, dia pasti akan cabut lari. Macam yang pernah dia lakukan sebelum ini. tak sesuai berkerja di Pizza Hut, dia masuk Mc Donald. Tak sesuai di Mc Donald dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang Berjaya dikutip pun adalah selama 2 bulan berkhidmat. Ingat lagi macam mana opah membebel sampai naik bernanah telinga kerana dia yang acap kali bertukar tempat kerja kerana tidak tahan dengan suasana dan persekitaran.
“Orang Malaysia pun dah boleh pergi ke angkasa, takkan buat benda kecik macam ni pun Yana tak boleh. Lagipun Mak Ngah yakin Yana boleh lakukannya. Kata nak kerja yang setaraf dengan kelayakan. Ini kira setaraflah. Yang lain-lain boleh belajar. Mak Ngah yakin di sana nanti pasti aka nada orang yang akan guide Yana.” Samsiah memberi kata-kata semangat dengan panjang lebar. “Jangan lupa tau, gaji yang ditawar di sana lebih tinggi dari menjadi pegawai gomen.” Sambung Samsiah lagi. Sengaja mahu memancing minat Ariyana.
Bila diingatkan soal gaji yang tertulis pada surat tawaran itu, membuatkan sedikit sebanyak rasa takut itu bertukar menjadi rasa excited. Yerlah. Dia pun ingin juga berbakti kepada opah dan Mak Ngah yang sudah bersusah payah membesarkan dia dan Sakina. Lagi satu, amanah ibu untuk dia menyekolahkan Sakina setinggi boleh itu pun mengembalikan semangatnya. Ariyana menarik nafas dalam-dalam. Tidak kira walau apa pun halangan dia pasti dapat menempuhinya. Arwah ayah dulu bekas askar. Takkan anak bekas askar mahu tunduk mengalah tanpa berjuang. Jangan takut Ariyana. Kamu pasti boleh. Chayokkk!!!... Ariyana menjadi bersemangat dengna tiba-tiba.
“Mak Ngah. Yana nak tidurlah. Esok nak kerja.” Katanya sambil tersenyum.
Samsiah menggeleng kepala lagi. Itu pasti baru tersedar bila soal gaji dibangkitkan. “yerlah. Tapi sebelum tu ini dia.” Samsiah meletakkan beg kertas di atas riba Ariyana.
Mata Ariyana memandang beg kertas dan wajah Mak Ngah bersilih ganti. “Apa ni?” Soalnya pendek.
“Hadiah.” Balas Samsiah sambil tersenyum.
Ariyana menjenguk isi dalam beg kertas tersebut. Kelihatan sepasang kurung riau berwarna merah hati dan sepasang sepatu high heel berwarna hitam didalamnya dikeluarkan. Cantik. Sepadan sekali keduanya jika digandingkan bersama. “Wauu…Hari raya.!!!” Ariyana bersorak kegirangan bagai anak kecil yang mendapat baju baru untuk menyambut hari lebaran.
Samsiah sekadar ketawa kecil sahaja. Ini pemberian ikhlas darinya agar esok Ariyana lebih bersemangat dengan tugas barunya dan tidak main-main lagi. Jika Ariyana sudah berkerja elok, terlepaslah sedikit tanggungjawabnya ke atas amanah Kak Long. Tinggal untuk Sakina sahaja selepas ini.
“Mak Ngah terima kasih.” Ariyana memeluk erat Mak Ngah. Bersyukurnya dia. Walaupun tanpa ibu dan ayah disisi dia masih punya Mak Ngah dan opah yang garang tu untuk menumpang kasih sayang. Kasih sayang Mak Ngah dan opah melimpah ruah buat dia dua beradik. Tanpa sedar air mata Ariyana menitis dibibir mata.
“Laaa… Kenapa pulak ni.” Samsiah berkata seraya tangannya mengesat manic halus yang sudah mula menitis dari kelopak mata Ariyana.
“Kalau ibu ayah ada mesti mereka pun gembira kan Mak Ngah.” Sebak Ariyana berkata-kata. Entah kenapa perasaannya ditebak dengan rasa terkilan kerana tak sempat untuk membalas jasa ibu dan ayah, mereka berdua telah pergi meninggalnya buat selama-lamanya.
“Rileklah. Jangan sedih-sedih. Ayah ibu Yana pasti bangga dengan Yana. Cuma macam yang opah pesan, kerja tu biar ikhlas, jangan dibuat main-main. Amanah yang orang galaskan pada bahu kita tu lunaskan sebaik-baiknya.” Pujuk Mak Ngah sambil menepuk lembut bahu Ariyana.
Ariyana sekadar mengangguk perlahan. Opah punya nasihat tu sejak kemari lagi dia sudah menadah telinga mendengarnya. Opah kalau bagi nasihat memang kalah Dr. Fadzilah Kamsah!!
“Dah. Pergi tidur. Esok pastikan bangun awal. Jadi penyapu baru kena tunjuk rajin.” Pesan Mak Ngah.
“Okey.” Bibir Ariyan mula mengulum senyum kembali. “Gud nite Mak Ngah.” Ucapnya.
“Gud nite.”
Terus Samsiah keluar dari bilik Ariyana.

******************************************************

Harap2 sangat saya dapat tulis cerita ringkas ni sampai habis supaya tak jadi macam Awatif *sampai sekarang pun tatau mau letak tajuk apa* yg entah bila boleh dapat idea menyambung cerita tu balik.

Untuk korang yang suka baca, harap2 enjoy. Yess Boss versi novel tak sama dengan Yess Boss versi cerpen. Ada sikit-sikit yg berbeza. Paling ketara dalam versi novel saya jadikan Aryana anak yang tidak punya ibu bapa yang hanya menumpang kasih Mak Ngah dan opah sahaja. Tu ajer kut yang lain.

Sebab ramai sangat nak suruh Aryana dan Ilham jatuh cinta jadi saya couple'kan diorang dalam versi novel. Tapi sebelum couple tu ada macam-macam kut *akan difikirkan nanti* yang bakal terjadi.

Luv,
eila

11 comments:

SHa said...

permulaan yg best...
msti best citer nie....

iejay said...

wah..wah... mencurahnya idea dia... anyway keep up the good work...

...CiKdiDa... said...

yeye!! sy sgt ske bce cite ni!! heheheh

Anonymous said...

fisrt baca best je..part kat tgh2 tu sedih la skit menitik jugak air mata huhuhu...rasa mcm diri sdiri je...bila dh dpt keje bgus x dpt kongsi kegmbiraan dgn ayah & mak....
apa2 pun teruskanlah cite ni hope novel ni pun leh terbit mcm novel BPMA n 2x5 best sgt!!!

~pandan~

Anonymous said...

no wonder la saya rasa mcm terdeja vu seketika..rupanya dh baca versi cerpen..

Sue said...

dah ada dlm versi novel lak!
tak sabar nk tau lanjutan dpd cerpen tuh!

teruskan yer... :D

bidadari cinta said...

menarik gak permulaan citer ni..

tarisuria said...

menarik...harap smpai habis la cerita nie..

Cik Ayu potpet said...

salam eila....saya memang minat dengan buah tangan dari eila...hampir kesemua buku yang telah berada dipasaran saya telah miliki...namun...biler saya membaca novel yes,boss!!!cetakan ke-9, oh...frustnyer saya..coz...bukan sebab cerita tak best..kualiti pencetakan yang bikin hati panaz...tuk muka surat 413 hingga 428...tonggeng tebalik...hilang feel...sori ye..anyway....tak sabar nak dapatkan karya terbaru eila...

salam sayang

kak ayu.melaka

nasha sanza said...

Hai dan salam..saya salah seorang peminat novel awak..novel awak yess boss! saya dah beli dan baca sampai habis..memang best citernya! tak rugi membeli dan membacanya ada mesej dan sangat relax bila bacanya!

iqah tidy said...

cerita ini best sangat