Thursday, December 11, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 11

“Lambat.” Sepatah Cikgu Azizul berkata kepada pelajar yang datang lewat itu.
“Sorry cikgu. Hari ini saya terr..bangun lambat.” Orang yang bersalah memang pandai bagi alasan yang bermacam-macam bunyi.
“Bangun lambat tak sembahyang subuh la pagi tadi.” Cikgu Azizul bagi sebijik.
Alamak… Kantoi. Apa alasan mahu kasi ni. Aleeya terfikir-fikir sendiri mencari jalan. “Saya tengah..tuutttttttt…” Aleeya cuba mengelak ke tepi.
Gamat satu kelas 5 Sains 2 mendengar jawapan dari mulut Aleeya. Jawapan yang tidak disangka-sangka. Kroni sehati sejiwa Aleeya, tepuk dahi. Bad, Yas, Haikal, Mail tekan perut menahan ketawa.
“Berapa kena hari ini?” Cikgu Azizul bertanya kembali.
“Tujuh kupang cikgu.” Aleeya selumber menjawab dengan muka tidak beriak macam tak ada apa-apa yang terjadi.
“Tujuh kupang?” Cikgu Azizul memandang muka yang langsung macam tak berperasaan itu lagi.
Aleeya mengangguk. Malas nak kata apa-apa dengan cikgu muda handsome bergaya menambat hati.
Cikgu Azizul melepaskan keluhan lemah. Apa nak jadi dengan pelajar yang seorang ini. “Awak ni. Memanglah tak sayang duit. Buang macam tu ajer. duit tu parents awak bagi suruh buat belanja makan. Awak dengan bermurah hati buat bayar kompaun datang lambat.”
Aleeya mula buat muka bosan. Macam mana rupa entah. Buat amal jariah pun salah jugak ker? “Dah peraturan siapa datang lambat kena bayar kompaun. Nak buat macam mana. Nasib badan lah..” Aleeya masih punya modal untuk menempis soalan-soalan Cikgu Azizul itu tadi.
Keadaan di dalam kelas 5 Sains 2 masih lagi bising dengan suara para pelajar yang menjadi pendengar setia sessi soal jawab Cikgu Azizul Izlan dengan seorang pelajar yang bernama Nurul Aleeya itu.
“Class senyap!!.” Satu arahan keluar dari mulut Cikgu Azizul. Sungguhlah budak-budak 5 Sains 2 ini tak makan saman punya student. Sudah ditegur berkali-kali pun perangai masih tidak berubah. Apalah nasib aku terpaksa menjadi ibu bapa student yang keras kepala, tidak mendengar kata, suka-suka hati nak buat apa sahaja ini.
Aleeya terus menuju ke tempat duduknya di belakang kelas apabila Cikgu Azizul memberikan kebenaran untuknya berbuat demikian. Dia menarik nafas lega seperti baru selesai menjalani tempoh perbicaraan sahaja lagak gayanya.
“Cik, apa kes lambat.” Nana yang duduk bersebelahan dengan Aleeya bertanya. Abab dengan Julia yang duduk di hadapan mereka berdua segera menoleh ke belakang untuk sama-sama join semangkuk. Hajat di hati untuk sama-sama buat ketupat daun palas di dalam kelas matematik Cikgu Azizul.
Aleeya memandang Nana. “Aku kantoi lagi.” Separuh berbisik Aleeya menjawab soalan Nana itu tadi.
Nana mengerut dahi. Abab dan Julia masih menjadi pendengar setia. “Tiap-tiap hari kau kantoi Cik. Tapi sebelum cikgu masuk kelas, kau dah tersedia duduk diam-diam dekat bangku kau ni. Tapi hari ini sampati setengah jam kau terlewat, apa kes?” Abab pulak ambil turn bertanya pada pesalah yang hari-hari melakukan kesalahan yang sama itu.
Aleeya mengeluh perlahan. Buku Matematik diletakkan di atas meja . Pen mula menari di atas helaian buku tulis menyalin soalan yang tertera di papan hitam. “Kedai tutup lambat semalam. Habis tu, penat punya pasal aku pun terlajak tidur. Sampai pintu pagar sekolah, Pengetua punya cun dah standby macam tiang bendera. Kalau setakat dengan pengawas bolehlah aku goreng. Ini dengan Tuan Haji Syed Izzudin. Ketar lutut aku ni.” Perlahan Aleeya menceritakan apa yang telah terjadi dengan dirinya pada pagi tadi. Tangannya memegang kepala lutut yang sengaja digerak-gerakkan macam orang yang tiba-tiba terkena penyakit Parkinson akibat terserempak dengan hantu Mak Lampir. Tak tau apa punya malang nasib diri, kena denda berganda-ganda dari hari biasa. Baik punya denda Tuan Haji Izzudin bagi pada sesiapa yang dating lewat pagi ini. Set happy meal Tuan Haji bagi setiap seorang. Kompaun tujuh kupang plus jalan itek dua puluh pusingan mengelilingi Dataran Kejat SMK Kg Pasir Puteh. Macam nak tercabut skru kaki terpaksa berjalan macam itek sekali siap dengan bunyi Quack!!!...Quack!!...Quack!!! lagi. Malu-malu. Aku itek betina tunggal dalam group itu.
“Yang belakang tu ada apa-apa yang menarik ker nak dikongsi dengan semua.” Suara Cikgu Azizul muncul tiba-tiba. Bertanya soalan direct to the point buat pakatan berempat yang duduk di belakang kelas itu. “Amboi-amboi, sedap nampaknya budak berempat ini buat ketupat daun palas dalam kelas aku. Macam tak ada kerja yang kena di buat. Makin nak dekat exam, makin main-main. Entah bila dia orang boleh jadi serius dalam pelajaran. Takkan nak tunggu esok nak periksa, malam ini baru bukak buku.” Cikgu Azizul bermonolog di dalam hati sendiri.
Abab dan Julia cepat-cepat buat lipat maut, menoleh ke hadapan semula. Serentak mereka berdua menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apa, Cikgu.”
“Alah Cikgu, tu bukan apa. Sibuk bercerita la tu. Pagi tadi bukan ker ada anak itek sesat terlepas dekat Dataran Kejat.” Din Mercun yang duduk di bahagian hadapan kelas tiba-tiba buka mulut bagi ayat berapi terkena tepat pada batang hidung, masuk dalam lubang telinga Aleeya. Satu kelas bersorak. Gamat jadinya keadaan di dalam kelas 5 Sains 2.
Memang berasap telinga orang yang kena tuju dengan ayat berapi kari berasap itu tadi. Aleeya mengangkat kening sebelah. Itu tanda temperature dah mula naik. Hot. Hot. Hot. Hot. Sabar. Sabar. Bersabar itu separuh daripada iman. Tapi rasanya, angkara Din Mercun ini, tahap kesabaran iman aku dah mula kurang dari separuh ini. Ngeee….
“Kelas!! Bertenang semua.” Cikgu Azizul cuba untuk menenangkan keadaan kelas yang sudah jadi seperti Pasar Besar Ipoh itu.
Muka Aleeya masih masam mencuka menahan rasa geram pada Din Mercun. Matanya tidak lepas dari memandang Din Mercun yang di hadapan. Masuk toilet pergi melepas, sikit lagi aku balas. Tangan Aleeya meraba-raba mencari sesuatu dari dalam beg sekolah Adidas berwarna hijau miliknya. Satu plastik kecil yang mengandungi seekor lipas sudah siap sedia di atas telapak tangan. Aleeya memandang Nana di sebelah sambil menunjukkan lipas yang tengah bergerak-gerak untuk melepas diri di telapak tangan. Nana hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala . Dua pasang mata milik Aleeya dan Nana tertumpu pada Din Mercun yang masih lagi tersenyum sumbing macam anak kambing baru lepas menyusu. “Macamlah aku tak berani nak buat kerja-kerja jahat ini semua.” Aleeya berkata di dalam hati.

Langkah pertama nak menjalankan misi yang tak berapa nak mustahil ini adalah angkat tangan.
“Cikgu saya tak faham soalan nombor dua.”
Baru Cikgu Azizul mahu membuka mulut untuk menjawab soalan dari Aleeya, tiba-tiba Julia pula mengangkat tangan. “Saya pun tak paham, Cikgu.”
Yes!!!.. Langkah kedua selesai.
“Kita orang pun tak paham jugak.” Yas dengan Bad berkata serentak selepas mendapat isyarat mata dari Nana.
Ini yang tak berapa nak faham. Macam mana extra dua orang boleh masuk dalam ini mission imposible. Apa-apa ajer lah. Janji jangan bagi spoil programme.
Cikgu Azizul mengerut dahi. “Kalau ramai yang tak faham, saya akan terangkan di atas papan hitam. Tolong ambil perhatian.”
Hahahahaha… Chantek!!!!!!!!!!!!!!!
Kita ke langkah yang seterusnya.

“Cikgu.”
“Ya saya.”
Aleeya tersenyum. “Papan hitam tu dah penuh bertulis. Saya tolong bersihkan dulu ek.” Aleeya sukarela tanpa perlu dipaksa menjadi pembersih papan hitam.
“Okay.” Ringkas Cikgu Azizul menjawab.
Semuanya berjalan seperti dalam perancangan. Next step.
Perlahan-lahan Aleeya berjalan ke hadapan kelas. Sampai di sebelah kerusi Din Mercun, Aleeya mematikan langkah untuk mengikat semula tali kasut yang sengaja dileraikan tadi. Din Mercun hanya memandang dengan senyuman sinis mekar dibibir. “Oooo.. Senyum ek. Kau tunggulah turn kau nanti.” Aleeya berkata di dalam hati.
Akhir sekali.
Dengan perlahan-lahan Aleeya meletakkan lipas tadi di dalam kasut kanvas Din Mercun itu. Aleeya berdiri dan terus berjalan ke hadapan. Tangan mula ligat memadam papan hitam. Dan…. Tiba-tiba…….
Yess!!! Berjaya!! Misi selesai. Huhuhuhu…

**************
Semalam punya hal rasa macam nak bergegar bangunan blok A SMKKPPI itu dengan jeritan Din Mercun. Ek elleh… Mulut cabul tapi takut dengan lipas. Tak tau berapa frekuensi jeritan Din Mercun semalam. Janji, memang Aleeya puas sangat.
“Tak balik lagi?” Sapaan dari belakang mematikan lamunan Aleeya pada peristiwa yang berlaku semalam.
Aiseyyhh. Cikgu encem tegur la. “Sekejap lagi. Saya tengah tunggu Abab dengan Julia.” Aleeya menjawab.
Cikgu Azizul Izlan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Aleeya. Dua-dua mendiamkan diri.
Ya Allah. Kenapa jantung ni berdegup kencang semacam ajer ni. Dag-Dig-Dug.. Dag-Dig-Dug.. Sekali macam enjin motobot nak habis minyak daa…
“Seronok semalam awak ketawakan Din.” Cikgu Azizul memecah tembok kesunyian antara mereka.
Aleeya hanya tersengih. Memang benar. Semalam, dialah manusia yang ketawa tak ingat dunia melihat aksi luar biasa Din Mercun melompat-lompat sambil menjerit bahana lipas yang masuk ke dalam kasut dan seterusnya merayap naik ke dalam seluar. Tak sangka, manusia bermulut cabul itu punya kelemahan takut dengan lipas.
Cikgu Azizul memandang Aleeya yang masih dengan gaya bersahajanya. “Tak baik buat orang macam tu.” Cikgu Azizul menyambung bicara. Semua yang berlaku semalam, dia tahu siapa punya angkara. Aleeya and the gang yang bersepakat untuk mengenakan Hafizzudin. Konon-konon mereka semua buat pakatan ‘bersepakat membawa berkat’. Sebagai seorang guru yang tahu hujung pangkal jalan cerita apa yang telah terjadi, sengaja dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Memang Hafizzudin terlebih dahulu mencari pasal dengan Aleeya di dalam kelas. Cuma tidak disangka-sangka cempedak menjadi nangka apabila gadis itu dengan berani mengenakan Hafizzudin dengan cara sebegitu.
Aleeya mendengus perlahan. Agak tidak puas hati dengan sikap Cikgu Azizul yang menyokong Si Din Mercun itu. “Cikgu ni. Double standard.” Aleeya berkata perlahan.
“Double standard apa pulak ni.” Cikgu Azizul bertanya kembali.
Tumis tauge dengan tauhu. Ini apasal pulak buat-buat tak tahu. “Yer la. Cikgu tu. Yang backing Din Mercun melebih-lebih tu apa hal. Dia yang mulakan dulu.” Aleeya meluahkan ketidakpuasan yang bersarang di hati kepada Cikgu Azizul.
Cikgu Azizul mengukir senyuman segaris tatkala mendengar rungutan tak puas hati gadis manis di sebelahnya itu. “Ya ar auw la awak ni. Saya tak cakap apa pun. Saya cuma cakap tak baik gelakkan orang macam tu. Ini yang terasa lebih apa sebab ni. Buat tuduhan tak berasas mengata saya mengamalkan prinsip double standard. Tak pernah saya beza-bezakan student saya. Semua sama ajer. Ini mesti kes ‘siapa makan petai mulut dia yang berbau busuk’ ni kan. Entah-entah awak yang jadi mastermind pasal kes dalam kelas semalam kut?” Cikgu Azizul cuba main serkap jarang dengan Aleeya. Padahal awal-awal dah tau.
Aleeya menggaru kepala yang tidak terasa gatal itu. Dia tersenyum sendiri. Terkantoi dengan Cikgu sendiri. “Yer la tu. Saya janji. Tak buat lagi.”
“Ek.” Cikgu Azizul mengangkat kening sambil tersenyum.
Manisnya senyuman Cikgu Azizul ni. Malam ni confirm dengan pasti aku tak boleh tidur sebab asyik teringat senyuman semanis ais krim Buskin Robbins. “Yer cikgu. Saya janji.” Aleeya menegaskan sekali lagi.
Lagi sekali Cikgu Azizul mengangkat kening. “Betul ni?” Cikgu Azizul bertanya kembali untuk mendapat kepastian.
Ini tak faham atau pun buat-buat tak faham. Aleeya mengangguk laju.
“Buat tangan macam ni.” Cikgu Azizul memberi arahan kepada Aleeya. Tangan disuruh angkat seperti orang mahu membaca ikrar.
Aleeya mengerut dahi seribu. Ini apa sakit. Tiba-tiba disuruh buat gaya macam nak baca ikrar. Hari sukan dah lepas. 31 Ogos pun dah lama berlalu. Amat-amat tak faham apa yang Cikgu seorang ini mahu buat.
“Cepat Aleeya.”
“Ha!!!.. Okey. Macam ni ek?” Aleeya mengangkat tangan seperti yang di arahkan.
“Okey. Sekarang awak ikut apa yang saya cakap.”
Apa-apa ajerlah……
“Okey.” Aleeya berkata dengan kepala mengangguk.
Cikgu Azizul mengambil nafas dalam-dalam. “Bahawasanya saya.”
“Hah!!” Aleeya memang tengah pening tak faham apa benda yang tengah berlaku ini.
“Cepat ikut.” Tekan Cikgu Azizul sekali lagi. Ada ketegasan disebalik suaranya itu.
“Okey. Bahawasanya saya.” Malas-malas Aleeya menyebut patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
“Ini apa hal macam orang tak makan seminggu ajer. Cergas!! Cergas!!” Cikgu Azizul dah jadi sebijik macam Mejar Bersara la pulak.
Aleeya menelan air liur yang terasa kelat. “Bahawasanya saya.” Kali ini lebih bersemangat selepas kena sound dengan Cikgu Azizul sebentar tadi. “Cikgu Azizul mahu buat sound check ker dengan peti suara aku ni.” Ngomel Aleeya di dalam hati.
“Tidak akan.” Sambung Cikgu Azizul lagi.
“Tidak akan.” Aleeya ikut.
“Datang lewat dan...” Bicara Cikgu Azizul belum berhenti lagi.
“Datang lewat dan...” Errmmm…
“Buat nakal.” Ditekan sedikit.
“Buat nakal.” Ikutkan ajer.
“Saya juga akan berjanji..” Ada lagi.
“Saya juga akan berjanji..” Belum habis lagi kerww…
“Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya.” Baris terakhir.
“Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya.” Aminnn… Habis jugak. Ingat kena sambung hari Isnin minggu depan pulak. Macam-macam ar Cikgu Azizul ni.
Dari jauh kelihatan Abab dan Julia sudah pun melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar Aleeya segera ke pintu pagar sekolah. Masa untuk melarikan diri. “Okey, Cikgu. Balik dulu. Daadaaa…” Aleeya terus menggalas beg sekolah dan berlari menuju ke pintu pagar sekolah.
Cikgu Azizul menguntum senyuman yang sukar ditafsirkan makna yang tersembunyi disebalik senyuman itu tatkala mata melihat tingkah laku pelajarnya yang bernama Nurul Aleeya itu.
Abab dan Julia sama-sama buat muka senyuman tak ikhlas di depan Aleeya. Aleeya mengerutkan dahi. Mata dikecilkan sedikit. “Ini apahal senyum semacam ni.” Aleeya bertanya kepada Abab dan Julia.
“Wah.. Duduk dating dengan Cikgu pujaan hati nampak. Terlebih advance kau Cik.” Julia berkata.
Aleeya hanya menguntum senyuman segaris dan dia pun terus berjalan laju ke hadapan meninggalkan Julia dan Abab di belakang. Julia dan Abab berpandangan sesama sendiri. Sebabkan angau dengan Cikgu Azizul, Aleeya terus jadi macam orang sasau.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Aleeya pada kisah lalu zaman dulu-dulu. Zaman diri masih di alam persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Tanpa Aleeya sedari, tubir matanya mula beranak sungai. Aleeya menangis sendiri. Skrin telefon bimbit dilihat untuk mengetahui gerangan pemanggil dari talian di hujung sana. Zain. “Sorry Zain. Mood aku tak baik nak layan panggilan kau malam ni. Esok-esok ajerlah kau kacau hidup aku. Itupun kalau mood aku dah okey.” Aleeya berkata dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit di matikan agar dia dapat tidur dengan tenang. Jam loceng diletakkan di sebelah tilam tempat dia tidur agar pagi esok tidak akan ada yang terlewat bangun. Walaupun esok hari Sabtu, dalam kepala kena ingat, yang kuliah bermula pukul 8.30 pagi. Jangan cuba masuk lewat macam zaman sekolah dulu. Nanti tak pasal-pasal kena demerit.

5 comments:

Anonymous said...

sweeet..
sengih2 lak ni...:)

*swit hanna*

Anonymous said...

cpt2 smbung ar...
~shira nazrina~

-Ain-Dak In- said...

hulloh..
comey gila tang baca ikrar tu..
hahahaha...

Anonymous said...

uitz...
bukan ke klu dpt msj or call cr en zain ni hang yg smpai xingat dunia...
kira2 nyer dunia ini aku yg punya...kahkahakha...
anyway im proud of u la babe

areila sahimi said...

alah madam inflated ni..jangan ar kantoikan aku trang tang-tang dalam blog aku ni.. tu zain fc.. dalam ni zain engine.. lain mehh.. tq dear..