Monday, December 15, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 13

Zain menengadah ke siling bilik melihat kipas angin yang sedang ligat berpusing. Bibir mengukir senyuman segaris. Dekat dua minggu dia tidak menghubungi Aleeya. Terasa rindu pulak tidak berborak dengan gadis itu. Rindu dengan bahasa kerek , ayat slumber, main cakap tak pakai filter Nurul Aleeya. Sikap dingin gadis itu, membuatkan Zain amat berminat untuk mengenali tuan empunya nama Nurul Aleeya itu. Malam semalam dia telah cuba menghubungi Aleeya, tetapi panggilannya itu dibiarkan tidak bersambut. Pada malam ini, dicubanya lagi. Pantang menyerah sebelum mencuba. Itu prinsipnya yang dipegang selama ini. Dari dulu sampai sekarang. Sampaikan nak memikat anak gadis orang pun, prinsip itu masih lagi dipegang kuat, buat peransang diri agar berjaya mencapai matlamat yang diingini. Dan.. usahanya itu berjaya. Panggilan malam ini elok bersambut oleh Aleeya walaupun macam biasa bahasa kerek menerjah masuk ke dalam lubang telinga. Tapi ditadahkan juga. Janji boleh bersembang dengan Aleeya.
“Hello. Whuzzup. Apa cer? Long time no story morry, naik lorry, emak kat rumah masak kari.” Suara dari talian di sebelah sana mula masuk ke dalam telinga.
Macam nak tersembur tahi telinga mendengar suara Aleeya. “Kenapa? Kau rindu aku ker?” Zain bertanya soalan nakal. Sengaja dia ingin mengusik jiwa Aleeya.
Aleeya mencebik. Dibuat muka yang entah macam mana gaya rupa. “Tak ada sebab aku nak rindu dengan kau. Kenal pun tak sampai sebulan, nak rindu apa kes.”
Zain tersengih sumbing mendengar suara Aleeya yang seperti orang tengah merungut itu. Dapat dibayangkan muka Aleeya tengah menahan geram pada dirinya. Ternyata. Soalan nakalnya tadi sedikit pun tidak berbekas di hati Aleeya. Ingatkan trick masuk jarum tadi boleh berjaya. “Semalam kenapa kau tak jawab panggilan aku?” Zain bertanya.
Aleeya terfikir-fikir apa jawapan yang patut diberikan. Tibai ajerlah. “Aku penat. Pagi ada kuliah. Hari ni pun aku ada kuliah jugak.”
Zain mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Aleeya tadi. “Kuliah?” Soalnya lagi.
“Yer la. Aku buat PJJ dekat UKM.” Pantas Aleeya menjawab.
“Owwhhh.. Tak penat ker? Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad kuliah pulak.” Zain masih punya modal untuk bersembang dengan Aleeya lagi.
Aleeya mengeluh perlahan. “Dah ini yang aku pilih. Buat ajer lah yang terbaik untuk diri sendiri.”
“Aku suka cara kau. Berdikari untuk memajukan diri. Bagus betul.” Ikhlas pujian yang diberikan.
Dari hujung talian terdengar suara Aleeya mengekek ketawa. “Ni puji-puji ni mesti ada makna lain?” Aleeya masih lagi mengekek ketawa. Zain bukan boleh diduga. Pasti ada agenda tersembunyi di dalam kepala dia tu.
Zain pula ketawa mengekek mendengar ayat yang keluar dari mulut Aleeya. Macam tau-tau ajer.
Aleeya mendengus geram. “Tu dah gelak tak pasal-pasal tu, betul la ada makna lain dalam kepala kau tu.” Aleeya bersuara cuba menek apabila mendengar Zain sedang seronok mengekek ketawa.
Ketawa Zain makin galak. Pasti sekarang ini, muka Aleeya sedang berkerut-kerut menahan geram dengan aku. Entah-entah gadis itu sudah bertukar rupa menjadi Incredible Hulk gamaknya. Nasib aku berada jauh dari dia. Bukan di depan mata. Kalau tidak… Tapi itu yang aku suka. Itu yang buat Aleeya begitu istimewa berbanding gadis lain yang pernah dia kenal selepas pemergian Aisyah Syuhada dari dalam hidupnya. “Esok jom lunch sama-sama.” Pelawa Zain ikhlas.
“Malas lah.”
“Kalau esok malas, lusa kita lunch sama-sama.” Zain tidak putus asa lagi.
Aleeya tarik nafas dalam-dalam. “Lusa sibuk lah.”
“Kalau lusa sibuk, tulat kita lunch sama-sama.” Zain usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Chayok!!.. Chayok!!..
“Zain.”
“Aleeya.”
Aleeya melepas keluhan lemah. Kenapa dengan Zain ni. Aku dah sampai hilang modal nak cakap apa. Zain tetap macam tak berapa nak faham lagi. Dah aku kata dulu, semasa pertama kali keluar makan dengan Zain. Sudah dipesan agar jangan pandai-pandai mahu mengatur rancangan makan tengah hari bersama kalau hari bekerja. Masa tu Zain lupa nak korek telinga ker. Atau saja buat-buat macam sebulan tak buang tahi telinga sampai tak dengar apa orang kata. Dibuatnya kata-kata aku dulu seperti masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri.
“Zain, kau tak ingat ker aku pernah bagi tahu kau dulu. Aku tak selesalah keluar makan dengan kau.” Terkeluar juga bicara Aleeya setelah agak lama berfikir.
Zain pula melepas keluhan lemah. Apalah minah seorang ini. Macamlah aku nak buat apa-apa yang tak elok dengan dia kalau keluar makan dengan aku. Macam aku ni tak ada otak nak fikir. Tak ada didikan agama. Punya cukup didikan agama mak dan ayah kasi. Bekas pelajar sekolah agama lagi. Masa studi dekat UTM dulu pun aku pegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa surau di kolej. Macam-macamlah Nurul Aleeya ni. “Tak selesa amendanya. Bukan kau keluar makan dengan Anuar Zain. Kau keluar dengan Zain. Z-A-I-N.” Zain mula menekan sedikit nada suaranya. Nama yang dibawa sejak dari lahir dieja satu-satu. Tak dinafikan juga, dalam hati terasa geram dengan sikap yang Aleeya yang suka mengelak. Terlampau jual mahal.
Aleeya menggaru kepala. Kepala yang tidak terasa gatal itu digaru laju-laju. Semoga bila ada sedikit rasa sedap naik atas kepala, otak pun boleh ligat berfikir apa ayat nak bagi dekat Zain ini. Aleeya tahu. Pasti lelaki itu terasa dengan sikap dinginnya itu. Sudah di latih di dalam diri agar jangan bersikap terlalu lembut dengan lelaki. Apa yang boleh dibuat lagi. Itu yang Aleeya cuba latih di dalam dirinya agar berbuat demikian selepas putus cinta separuh jalan dengan Azizul. Setakat ini, belum terbuka lagi pintu hati untuk membenarkan sesiapa cuba masuk. Menakluki hati wanitanya. Bukan Aleeya anti pada lelaki. Abah juga seorang lelaki. Aleeya juga punya seorang adik lelaki. Cuma, biarlah dia begini. Bagi Aleeya, dia lebih seronok berkawan dari menjalinkan hubungan perasaan. Aleeya tidak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Sungguh dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan perkara yang sama. Bukan senang ingin merawat luka dihati. Sekali terluka, parutnya masih berbekas. Biar dia ketawa setiap hari, bergurau senda suka-suki tetapi luka dihati tak ada siapa yang pernah tahu. Biar Aleeya pendam semua ini seorang diri. Itu lebih baik. Buat apa mahu menunjuk rasa sedih hanya kerana seorang lelaki. Kali ini, apa yang boleh dibuat adalah berhati-hati.
“Ah!!.. Zain cuma mahu berkawan. Tak ada salahnya berkawan. Mak sendiri pernah cakap, berkawan biar beribu, tetapi bila nak bercinta, jujurlah pada pasangan yang satu itu. Jangan sesekali memainkan perasaan orang.” Hati kecil Aleeya berperi. “Betul ker?”
Ya Allah. Kenapa ni. Ingat nak cakap dalam hati. Tapi boleh pulak buat loud speaker keluar ikut mulut pulak ni.
“Betul lah. Kau ingat aku main-main ker?” Tutur Zain sedikit lembut. Macam-macam taktik mengayat aku dah pakai ni. Bila nak jalan, masih menjadi tanda tanya.
Aleeya tak tau nak cakap apa dah. Tak perlah. Anggap sahaja aku keluar dengan kawan. Selepas putus dengan Azizul, mana pernah dia keluar dengan lelaki lain lagi. Kira Zain lelaki pertama yang berjaya keluar dengan Aleeya semenjak Aleeya memegang title Miss Single and Available. Zain berjaya pun, sebab dia main kotor. Main serang sampai ke office terus. Nak mengelak pun tak boleh. Harap-harap jangan ada heart feeling. Sama ada aku atau Zain. Walaupun dapat dirasakan tindak tanduk lelaki itu semacam ajer gayanya. Bukan mahu perasan diri. Tapi itu namanya instinct.
Pengalaman dulu, banyak mengajar Aleeya tentang lelaki. Azizul juga dulu begitu. Walaupun hakikat semasa bersama Azizul dahulu, Aleeya yang terlebih expose menarik perhatian untuk masuk ke dalam hati lelaki itu. Tapi, bila dah dapat feed back positive dari Azizul nak kata apa lagi. Kira on ajerlah. Walaupun semasa itu, hidup masih ditanggung mak abah lagi. Orang kalau nak menggatal bukan kira umur. Yer lah. Time tengah suka. Tengah sayang. Tengah tangkap cinta. Semua indah. Kentut pun mengaku wangi. Tapi bila hati dah hilang rasa cinta. Mulalah. Semuanya salah. Semuanya tidak kena.
Semasa Azizul minta untuk memutuskan perhubungan yang dibina atas alasan lelaki itu tersepit dengan permintaan kedua orang tuanya untuk menjodohkan dirinya dengan wanita pilihan mereka, ditabahkan juga hati ini untuk menerimanya. Siapa Aleeya untuk memberontak memarahi Azizul. Azizul punya alasan kukuh untuk menjaga hati kedua orang tuanya. Aleeya tidak mahu Azizul menjadi anak derhaka hanya kerana dirinya. Nak dijadikan cerita, yang membuatkan sampai sekarang Aleeya tidak berani meletakkan kepercayaan kepada orang lelaki adalah apabila Azizul sendiri terkantoi di depan matanya sendiri. Disangka lelaki itu bersama wanita pilihan orang tuanya rupa-rupanya dalam senyap menjalinkan hubungan dengan Cikgu Hazlili. Bekas guru Bahasa Melayu sekolah aku dan juga bekas kekasih Azizul semasa mereka berdua belajar di USM. Mereka sama-sama buat praktikal di sekolah dulu. Terasa macam nak tembak sahaja Azizul dengan senapang gajah masa itu. Pandai betul dia mereka cerita kononnya aku bukan calon menantu pilihan. Padahal, dia yang dah curang, berpaling arah pada bekas kekasihnya semula. Dia menerima aku sebagai kekasihnya ketika itu hanyalah untuk membuat Cikgu Hazlili tidak senang duduk dan berasa cemburu. Terasa perasaan menyesal menguasai diri apabila merasakan diri telah ditipu hidup-hidup dan dipermainkan sewenang-wenangnya. Tapi Aleeya terpaksa mengakui, rasa sayang untuk lelaki yang bernama Azizul itu masih kuat sehingga kini. Masakan mampu dia melupakan lelaki itu semudah ABC 123 sahaja. Azizul cinta pertama Aleeya. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulang orang yang kita sayang.
“Leeya.”
“Hah!!” Aleeya tersentak. Automatik lamunannya terhenti.
“Kau dah tertidur ker?” Soal Zain.
Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman tatkala mendengar soalan Zain. “Belum lagilah.”
“Habis, apasal tetiba jadi senyap. Sunyi sepi.”
Aleeya mengekek ketawa.
“Sah la kau kena makan ubat. Biar kasi betul sikit kepala kau tu. Dah senget menghala ke kiri atau ke kanan?”
Aleeya mengetap bibir. Punya ajer modal nak ketuk-ketuk aku. “Banyaklah kau.”
“Jadi ker tak jadi ni. Jawapan tak bagi lagi. Jomlah. Bukan buat apa pun. Nak beramah mesra pun salah ker.” Zain sudah separuh merayu berharap Aleeya akan sudi untuk keluar makan dengannya.
Aleeya sudah mula menimbang-nimbang tentang pelawaan Zain itu tadi. Susah kalau Zain sudah buat gimmick merayu-rayu macam ni. Aku pun satu. Yang senang sangat jatuh layu apa hal. “Errmm.. Okey. Tapi bukan lunch. Dinner boleh tak. Aku sekarang banyak kerja lah dekat office.”
Sekarang ini, memang jelas Zain sudah tersenyum riang. “Dinner pun dinnerlah. Janji jalan.” Hatinya berkata.
“Okey ajer. Boleh lah” Pantas dia menjawab. “Kau nak aku ambil kau di rumah pukul berapa?” Sambung Zain lagi.
“Eh!!!.. Tak payah susah-susahkan diri. Aku ada kereta. Boleh pergi sendiri. Kau set ajer mana tempat nak pergi. Nanti aku datang.” Balas Aleeya cepat-cepat. Tak selesa rasanya. Apa kata jiran-jiran nanti. Elok sangatlah tu. Anak dara keluar malam-malam dengan lelaki. Kalau nak keluar pun pandai-pandailah cover. Kalau terang-terangan lelaki datang ambil nak cover macam mana. Drive ajer kereta sendiri. Itu selamat. Boleh pergi ikut suka. Balik pun aku punya suka. Kalau dah menumpang orang, tak kan nak buat mengada-ngada ikut suka hati sendiri nak balik pukul berapa.
Zain mendengus. “Kenapa pulak?” Dia bertanya.
Ngee.. Aku dah setuju nak keluar banyak tanya pulak. “Kau nak keluar ker tak ni?” Aleeya bertanya kembali. Malas nak menjawab soalan Zain tadi. Elok elakkan diri dengan bertanya soalan kepada dia pulak.
“Apaper lah. Macam-macamlah kau ni.” Zain malas dah nak bertekak bertegang urat dengan Aleeya. Karang, elok-elok Aleeya dah setuju nak keluar dinner bersama terus dia cancel. Kalau Aleeya kata aku tak boleh di duga nak buat apa. Dia pun sama.
Aleeya mengekek ketawa. Nampak sangat kemenangan berada di pihaknya. “Good boy.”
“Apa kau ingat aku kanak-kanak riang Alam Ria ker.” Zain mencebik.
Dihujung talian sana, tersembur ketawa Aleeya.
“Elelele.. Sukanya my baby girl ni.”
Ketawa yang rancak tadi mati tiba-tiba. Aleeya menelan air liur yang terasa pahit. “Apa ni Zain. Kau ingat aku budak kecik ker panggil macam tu.”
“Eh!! Salah ker?” Usik Zain.
Darah panas dah mula naik ke muka. Saat-saat macam ni, bersyukur sangat yang dia tengah bercakap dalam telefon dengan Zain. Bukan secara berdepan-depan atau buat video conference. Kalau tak mana nak diletakkan muka yang terasa dah macam udang galah kena bakar ajer ni. Hanya sebab telinga menangkap jelas ‘My Baby Girl’ Aleeya dah mula jadi gelabah.
“Salah lah.” Kata Aleeya geram. Aku bukan baby girl siapa-siapa. Aku baby girl mak dan abah. Eh!!.. Baby lagi ker. Kes tak dapat terima kenyataan diri dah tua la tu.
Zain masih mengekek ketawakan Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Apalah yang suka sangat tu. Sampai tak tau nak berhenti ketawakan orang. Plaster mulut tu dengan plaster luka nanti baru tau. “Dah ler Zain. Aku nak tidur ni. Kau ingat aku burung hantu ker. Berjegil mata layan kau malam-malam buta macam ni.”
“Okeylah. Aku pun nak tidur.”
“Orait. Apa-apa hal, kau roger aku nanti. Good night. Assalamualaikum.”
“Orait. Good night my baby girl.”
“Zain!!!!!!!!” Jerit Aleeya kecil tetapi Zain terlebih dahulu telah mematikan telefon.

No comments: