Monday, March 15, 2010

YESS BOSS!! BAB 3

Hari ini awal-awal pagi lagi Aryana telah tiba di pejabat. Seperti Mak Ngah kata, penyapu baru kenalah tunjuk rajin berkerja. Pandangan pertama dari kakitangan di sini sangat penting. Tapi bagus juga datang awal, sekurang-kurangnya dia tidak perlu bersesak untuk menaiki komuter dari Sungai Buluh ke KL Sentral sebelum bertukar train Monorail untuk ke pejabat. Mak Ngah tak boleh nak hantar sekali. Kerana tempat kerja kami berlainan jalan dan berlainan tempat.
Sementara menunggu masa kerja yang sebenar bermula Aryana mengemas-ngemas meja kerjanya. Jambangan bunga plastic yang baru dibeli dari Lovely lace semalam diletakkan ditepi meja agar naik sedikit serinya. Wangian aroma terapi di renjis sedikit di atas kelopak-kelopak ros plastic tersebut agar wangian tersebut mampu membuatkan biliknya sentiasa berbau harum bak berada di tengah kebun ros di Tanah Tinggi Comeron. Apabila bilik kemas dan berbau harum pasti bersemangat untuk berkerja.
Selesai berkemas dia mula membuka computer. Memandangkan selepas peristiwa semalam itu dia langsung tidak tahu ke mana menghilangnya Encik Ilham, jadi sehingga kini dia tidak tahu lagi apa bidang tugas yang harus dilakukan. Mengikut kata Kak Midah, kerja-kerja biasa yang dilakukan oleh seorang setiausaha adalah seperti membancuh air, mengemas bilik, menetap temujanji dan mengatur jadual. Kalau kerja-kerja lain perlu menunggu arahan bos dari semasa ke semasa.
Memandangkan Encik Ilham pun tak memberi arahan lagi jadi maknanya dia memanglah boleh bersenang lenang sebentar. Itupun kalaulah Encik Ilham nak masuk pejabat. Entah-entah lesap. Menunjuk protes ke atas tindakan ayahnya. Semalam sempat juga dia bergosip mengorek cerita dengna Kak Midah apa sudah jadi pada Encik Ilham. Kak Midah bercerita dari A sampai Z. Alahaii… Seronoknya menjadi anak bos. Kerja dalam syarikat bapak sendiri. Suka-suka hati boleh keluar masuk pejabat.
Bosan menangut menunggu kedatangan Encik Ilham, Aryana mula menggerak-gerakkan tetikus. Ikon Facebook ditekan. Sementara menunggu kedatangan bos rasanya tak salah kut nak main game di dalam Facebook sebentar dari duduk termenung macam ni. Aryana mula menjalankan misi bercucuk tanam, berkebun di dalam Farmville.
“Masuk bilik saya!!” Ilham bersuara keras. Arahannya kedengaran tegas.
Aryana tersentak. Benda ni memang boleh buat jadi ralit sampai dah tak perasan apa siapa yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Aryana menelan liur mendengar suara garau Encik Ilham yang menerjah masuk ke dalam telinga. Sebelum mengekori langkah Encik Ilham dari belakang, dia sempat berdoa agar sembuhkanlah angin kus-kus yang melanda Encik Ilham semalam. Dia masih baru di sini. Belum lagi belajar jurus-jurus yang mampu untuk mengelak serangan balingan fail-fail yang menimbun di atas meja Encik Ilham. Ya Allah ya tuhanku. Ampunkanlah hambamu ini…
Pintu bilik diketuk sebelum Aryana masuk. Kelihatan Encik Ilham sedang mengenakan tali leher berwarna merah menyala pada kolar kemeja hitam yang dipakai. Sudahlah di luar cuacanya gelap. Melihat di dalam bilik ini pun gelap sahaja gayanya. Janganlah gelap masa depan kalau terus menerus kena berkerja di bawah orang yang macam ni. Aryana masih berdiri. Terpacak bak tiang bendera di tengah-tengah dataran merdeka. Jantungnya berdebar-debar menunggu arahan dari Encik Ilham.
“Duduk.” Arah Ilham. Nada suaranya masih tidak berubah. Keras dan tegas. Selesai mengikat tali leher dia menghenyakkan punggung ke atas kerusi kulit. Kerusi kulit itu digerak-gerakkan ke kiri ke kanan sambil matanya merenung tajam ke arah secretary baru pilihan ayah. Kemudian tangannya mengambil Sheafer dari rak alat tulis dan di pusing-pusing dan diketuk-ketuk perlahan di bibir. Aksi ini dilakukan berulangkali hampir 15 minit.
Aryana yang duduk di kerusi berhadapan dengna Encik Ilham terasa bagai ada tidak kena dengan duduknya. Bukan disebabkan kerusi ini berpijat tetapi disebabkan pandangan mata Encik Ilham yang macam nak telan orang ajer tu. Saat ini dia nak bernafas pun macam lelah ajer. Dia tak mampu nak memandang renungan Encik Ilham yang tajam menyucuk tu lalu dibawa sahaja bola mata merenung ke bawah. Kepalanya ditundukkan. Takut tengok bapak singa yang bakal mengamuk sekejap lagi.
“Baiklah saya taknak cakap banyak. Sekarang awak setiausaha merangkap pembantu peribadi saya. Jadi apa sahaja arahan saya awak perlu ikut. Faham.” Kata Ilham masih lagi mengekalkan nada yang sama macam tadi.
“Faham.” Antara dengar dan tidak Aryana menjawab. Kecut perutnya bila mendengar orang meninggi suara sebegitu. Opah yang garang pun setakat melaser sahaja jika ada yang tak kena, tapi tak pula pernah meninggikan suara semacam ini.
“Faham ker tidak.” Soal Ilham. Frekuensi suaranya naik sedikit bila kata-kata Aryana kurang jelas dipendengaran.
“Faham Encik Ilham.” Jawab Aryana lebih kuat dari tadi. Wajahnya diangkatkan melihat wajah Encik Ilham. Jengkel pula rasanya melihat Encik Ilham dengan muka garangnya itu. Jika Encik Ilham bukan bosnya sudah pasti laki-laki ini akan dia fired balik. Amboii… Bukan main lagi Encik Ilham menunjukkan kuasanya pada orang bawahan seperti dia. Pasti lelaki ini akan cepat tua kalau rajin marah-marah orang macam ni. Nanti muda-muda pun boleh kena penyakit darah tinggi.
“Bagus kalau awak sudah faham. Ambil handbook ini. di dalamnya sudah saya senaraikan apa yang patut awak buat sebagai setiausaha saya.” Suara Ilham dikendurkan sedikit. Buku nota bersaiz gambar 3R dicampak di depan Aryana. Semalaman dia telah menyenaraikan apa yang terlintas di kepala untuk mengenakan setiausaha barunya itu. Inilah hasilnya. Tidak sabar dia mahu melihat bagaimana reaksi Aryana ketika membaca satu persatu tugasan yang perlu dilakukan olehnya. Dia ingin lihat sejauh mana perempuan yang ayah katakan mampu bekerja ini mampu melakukan tugasan yang diberikan. Konon ayah kata perempuan ini mampu menjalankan tugas dengan berdedikasi. Dia nak tengok sejauh mana dedikasinya perempuan ‘asal dari kampung’ ini berkerja.
Aryana mengambil buku nota yang baru dicampak oleh Encik Ilham. Buku nota yang up sikit dari buku hutang tiga5 tersebut dilihat sebelum isi dalamnya dibaca. Apa barang employee handbook pakai buku nota macam ni. Ngomel Aryana di dalam hati. Dia perasan yang Encik Ilham sedang memerhatikan tingkahnya namun sengaja dia buat-buat tidak nampak. Dari air muka Encik Ilham ini, dia dapat mengagak pasti ada muslihat yang baru lelaki ini rangka. Tambah-tambah lagi ada segaris senyuman mengejek dari bibir lelaki itu tatkala buku nota ini berada di tangannya. Cermat Aryana menyelak helaian pertama yang terdapat senarai tugas untuknya yang ditulis dengan tangan. Mulutnya kumat kamit membaca satu persatu arahan dari bos barunya.
Aryana menarik nafas dalam-dalam selepas selesai membaca ke semuanya. Berusaha dia berlagak selamba bagai tidak ada apa-apa. Dah agak dah. Memang ada yang tak kena.
“Saya faham semuanya Encik Ilham. Insyaallah saya akan lakukan semua yang Encik senaraikan ini dengan sebaik mungkin.” Aryana berkata dengan bersahaja. Tiada berubah riak mukanya. Jika tadi rautnya sedikit kelihatan cuak tatkala Encik Ilham meninggikan suara, sekarang diajar wajahnya agar boleh berlagak setenang yang boleh walaupun di dalam hati ini mahu sahaja dikoyak-koyakkan helaian buku nota ini kemudian direbus bagi Encik Ilham minum. Apa punya arahan entah. Sudahlah tu pada postscript siap mengugut jangan sampai datuk tahu. Geram Aryana jadinya. Encik Ilham ini sengaja mahu melihat kesanggupan dia barangkali. Ingin test sama ada dia sanggup atau tidak dengan arahan bodohnya itu. Di atas rasa tercabar, Aryana menyahut cabaran Encik Ilham itu. Apalah sangat dengan semua ni jika dibandingkan dengan gaji yang ditawarkan. Boleh.. Boleh.. Mesti boleh punya. Chayokk Yana!!
Mendengar kata-kata Aryana yang tenang itu membuatkan Ilham menjadi sedikit pelik. Takkanlah gadis ini tidak merasa marah dengan apa yang tercatat pada buku nota tersebut. Kalau orang lain silap hari bulan pasti dia kena lempar semula buku itu ke muka. Tidak pada Aryana. Malah gadis itu dengan senang hati terus menyimpan buku nota itu di dalam genggaman bagai benar itu handbook employee yang mengandungi senarai peraturan dan tugas yang patut dilakukan. Ilham menarik nafas perlahan. Berfikir lagi apa yang patut dilakukan agar gadis ini tidak betah untuk terus bekerja di sini.
“Encik Ilham ada apa-apa lagi ker?” Soal Aryana apabila Encik Ilham hanya senyap membisu. Matanya sahaja yang tidak habis mencerun memandang Aryana.
Aryana menggigit bibir bawah. Ishh… Cucuk karang mata tu baru padan muka. Memandang anak dara orang sampai mahu terkeluar biji mata.
“Encik Ilham…” Panggil Aryana lagi. Kuat.
Tersentak Ilham mendengar namanya dipanggil oleh Aryana.
“Ahh..Apa dia…” Soalnya tergagap. Hilang macho!!
Aryana menarik senyum segaris. Cuba berbaik-baik. “Saya tanya ada apa-apa lagi ker. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.” Tuturnya lembut. Trick mahu buat baiklah katakan. Itulah namanya skill.
“Owhhh..Lagi satu. Saya taknak awak panggil saya Encik Ilham. Memandangkan saya bos awak jadi saya nak awak panggil saya bos. B-O-S. Bos!!” Balas Ilham dengan tune ala-ala bos garangnya itu. Peringatan ini sudah terlintas di kepala sejak semalam lagi. Dia mahu Aryana membahasakan dirinya dengan bos. Tak perlu berencik-encik.
Aryana memalingkan muka ke tepi seketika. Cuba diselindung riak wajah yang bagai mahu termuntah itu. Bos konon. Bos tahi kucing. Datuk sahaja tidaklah riaknya sampai mahu semua orang berbahasakannya dengan bos. Tapi anak datuk ini overnya lain macam pula. Bos lah sangat. Pirrrahh… Desis Aryana. Hilang niat hatinya mahu berbaik-baik dengan Encik Ilham bila mengenangkan banyak sangat taik minyaknya. Tadi hal arahan tugas. Kini soal panggilan pula. Huhh…
“Baiklah Encik Ilham..”
Opppsss…Tersasul.
“Bukan Encik. Tapi Bos. Bos.. Bos.” Ulang Ilham lebih dari dua kali.
“Yess bos..” Aryana menjawab malas. Matanya dijulingkan ke atas.
“Baik. Awak boleh keluar sekarang.”
“Yess bos.” Aryana mengangkat punggung. Ketika membelakang encik Ilham sempat dia buat muka mengajuk cara Encik Ilham yang beriya-iya memintanya memanggil bos. Bos-bos-bos!!


Sampai ditempatnya semula buku nota ditangan dilemparkan di atas meja seperti gaya Encik Ilham tadi. Di sebabkan biliknya sedikit terlindung dari pandangan staff yang berkerja di partition luar bersahaja sahaja dia mengajuk cara Encik Ilham yang meloyakan itu. kira dia melakukan aksi lakonan semula. Pleaselah ada lagi jenis lelaki yang berlagak macho sebegini. Memang terkeluar dari senarailah lelaki macam ini.
“Kenapa ni Yana.” Tegur Hamidah dari belakang.
Terkejut Aryana dengan teguran Kak Midah yang tiba-tiba. Diurut dada perlahan-lahan. Mujur dia tidak pernah mempunyai penyakit lemah semangat, hatta lemah jantung sekali pun. Jika tidak dah wassalamulah di tengah bilik.
“Akak tengok kamu tu membebel sorang-sorang dari tadi. Tu yang akan tanya kenapa. Bos macam mana.” Tanya Hamidah. Sepanjang sebulan datuk mempertanggungjawabkannya untuk guide Aryana. Jadi adalah menjadi tanggungjawabnya untuk sesekali membuat lawatan mengejut ke sini untuk memastikan Aryana mampu menjalankan tugas tanpa sebarang masalah. Lebih penting lagi, Datuk meminta agar dia memerhati apa yang Aryana lakukan kerana datuk sudah sedia maklum perangai anak bongsunya itu. Datuk takut nanti yang bukan tugas pun Ilham menyuruh Aryana lakukan. Datuk memang faham benar dengan sikap anaknya.
Ibu jari Aryana ditunjuk kebawah menandakan mood bos kecil di dalam bilik tu tak berapa okey. Mulutnya jugak diherotkan bagai mengejek lelaki itu.
Hamidah sekadar ketawa kecil sahaja.
“Nanti-nanti tu okeylah tu. Yana, kalau Encik Ilham suruh buat yang bukan-bukan jangan di layan sangat. Encik Ilham tu banyak sangat helahnya.” Pesan Hamidah.
Dahi Aryana berkerut. Owhhh… Apa yang tersenarai di dalam note book yang diberikan tadi termasuk dalam helah mamat tu lah yer.
“Tak apalah Kak Midah. Saya akan cuba lakukan yang terbaik.” Balas Aryana.
“Lagi satu Aryana janganlah terkejut nanti kalau terpaksa melayan panggilan-panggilan telefon girlfriends Encik Ilham.” Beritahu Hamidah.
Aryana tersenyum sambil mengangguk. Ya. Melayan panggilan telefon dari girlfriends Encik Ilham terletak pada tangga ke dua senarai tugasnya selepas tangga pertama di dominasi dengan tugas-tugas yang telah Kak Midah ajar terlebih dahulu semalam.
“Dan juga tak mustahil Aryana juga yang perlu menjadi peneman mereka-mereka tu ke shopping complex.” Tambah Hamidah lagi.
Aryana angguk lagi. Itu dalam ranking ke tiga. Menemani girlfriends Encik Ilham keluar shopping.
“Dan jangan terkejut pula nanti kalau terpaksa menjadi pengadil jika ada girlfriends Encik Ilham bertarik rambut sesame sendiri. Tidak pun menjadi cover line untuk Encik Ilham.”
Kata-kata Kak Midah itu benar-benar mengungdang tawa dibibir Aryana. Itu memang masuk senarai. Tangga ke empat. Cayalah!! Pasti dia akan menjadi setiausaha serba boleh.
“Kalau Aryana nak tahu, besar harapan datuk semoga Aryana yang datuk pilih dapat mengubah sikit-sikit sikap Encik Ilham terutamanya sikap kaki perempuannya itu. Kalau boleh Datuk minta Aryana tolong tengokkan perempuan-perempuan yang kerap sangat menghubungi Encik Ilham. Datuk dah tak tahu nak buat macam mana jadi terpaksalah Aryana menjadi mata-matanya. Datuk kalau boleh nak Aryana monitor apa sahaja yang Encik Ilham lakukan kemudian cukup bulan hantar laporan bertulis kepada datuk.”
Aryana menelan air liur. Amboi … besar sungguh tanggungjawabnya. Siap disuruh menjadi mata-mata lagi. Takkanlah sehinggakan nak mengubah Encik Ilham itu pun dia yang terpaksa lakukan. Patut datuk gajikan sahaja Dr. Fadzilah Kamsah untuk membetulkan kepala anaknya. Lagipun mampukah dia mengubah orang yang dah besar gajah tu. Kalau rebung bolehlah dilentur-lenturkan lagi. Tapi encik Ilham sudah jatuh kategori buluh. Buluh yang keras kematu yang hanya boleh buat meriam buluh sahaja.
“Yana cuba akak.” Tidak sedar itu yang terkeluar dari mulut Aryana. Alahaii.. Lagi mahu mencuba-cuba ker Aryana. Tengoklah tahap kesabarannya nanti macam mana dalam menangani karenah Encik Ilham yang bermacam ragam. Kalau tahan, lamalah dia di sini. Kalau agak sudah tidak tahan, dia akan angkat kaki.
“Baguslah Yana. Akak memang suka tengok ada juga orang yang bersemangat macam Yana. Sebab datuk sendiri pun dah berbuih nasihatkan anaknya tu. Harap Yana boleh serasilah berkerja dengan Encik Ilham. Akak pergi dululah. Ingat, kalau ada apa-apa yang kurang faham boleh terus tanya akak. Pintu bilik akak sentiasa terbuka untuk Yana.”
Aryana mengangguk. Menghantar pandang pada Kak Midah yang telah berlalu pergi. Hilang sahaja Kak Midah dari pandangan mata, dia mengeluh lemah. Macam-macam perkara betul telah dimomokkan kepadanya hari ini.


“Hai darling”
Teguran dari lelaki yang tiba-tiba sudah tercegat dimuka pintu bilik membuatkan Aryana tersentak. Dia mengangkat wajah merenung gerangan orang yang menegurnya itu. Sudahlah tidak pandai memberi salam, pakai darling-darling lagi pulak tu. Suka-suka hati ajer!!
Kelihatan lelaki itu menarik sengih mengusik. Mudah dia bersandar pada tepi pintu sambil kaki disilangkan. Keningnya terjongket-jongket manakala bibir bersiul girang.
Mata Aryana masih tidak habis melihat lelaki ini. Dia tidak kenal siapa lelaki ini. tapi dari pemerhatian atas bawah ke atas lelaki yang sengihnya masih tidak mati lagi tu, dia dapat rasakan ini Abang Harun. Pemandu bos kecil. Biasanya memang begini dress up seorang pemandu. Berkemeja putih lengan pendek serta berslack hitam. Bola mata Aryana menuruni ke arah jemari lelaki tersebut yang lincah memusing-musing kunci di tangan. Sah. Tepat sekali. Ini memang Abang Harun.
“Buat apa kat sini? Tak ada kerja ke?” Soal Aryana kerek. Hari ini moodnya tak berapa nak baik selepas sesi suai kenal dengan Encik Ilham pagi tadi. Lagi satu dia bencilah melihat Abang Harun merenungnya sebegini. Ingat dengan renungan menggoda seperti akan buat dia cair dan tergoda ker. Tak ada maknanya!!
“Alah Yana ni. Abang Harun usik sikit pun nak sentap.” Kata Harun bersahaja bagaikan dia sudah sepuluh tahun mengenali gadis yang baru sahaja berkerja di syarikat ini. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Aryana. Kunci kereta dicampak di atas meja kopi sebelum dia melabuh punggung di atas sofa 2 seater yang terdapat di dalam bilik Aryana.
Kerusi yang boleh dilaraskan dipusing ke belakang. Aryana merenung Abang Harun. “Mana Abang Harun tahu nama saya Yana?” Soal Aryana pelik. Dia dengan Abang Harun belum sempat berkenalan tapi Abang Harun pandai pula berbahasa menggunakan nama manjanya.
“Macam mana Yana tahu nama Abang Harun, Harun.” Soal Harun selamba. Soalan Aryana dia balas dengan soalan yang sama juga.
Aryana mengetap bibir. Matanya dicerunkan. “Kak Midahlah bagi tahu. Lagipun Abang Harun memang pemandu dekat syarikat ni kan. Semua orang tahu.” Getus Aryana geram.
“Habis tu, saper lagi nak bagi tahu semua ni kalau bukan Si Midah tu.” Balas Harun.
Yer tak ya jugak. errmm.. “Abang Harun ke sini buat nak apa? Tak ada kerja nak kena buat dah ker?” Tanya Aryana.
“Sebab abang ada kerjalah abang naik ke atas ni. Bos mana?” Harun menyoal kembali.
Aryana sekadar menjuihkan bibirnya kea rah bilik Encik Ilham.
Harun menilik jam dipergelangan tangan. “Lambat pula bos ni. Tadi kata macam nak cepat sangat.” Ngomel Harun sendiri.
“Nak ke mana?” Soal Aryana ingin tahu apabila telinganya dapat menangkap suara halus Abang Harun mengomel sebentar tadi.
Harun sekadar tersengih sahaja. Perjanjian antara lelaki dan lelaki. Private and confidential.
Aryana mengangkat kening. Patutlah bos mudah sangat nak buat perangai. Ada orang tolong cover line rupanya. Desisnya.
“Harun jom!!” Arah Ilham sebaik sahaja dia keluar dari biliknya.
“Apasal lambat bos. Kata nak cepat.” Balas Harun.
“Kau macam tak tahu. Aku kena siapkan laporan project kuarters kerajaan tu dulu. Hari ini dateline. Karang mengamuk pula datuk kalau aku tak siapkan.” Balas Ilham bersahaja.
Aryana sekadar memerhati Abang Harun dan Encik Ilham bersembang. Mereka seperti rapat benar. Selain driver abang Harun pasti orang kepercayaan Encik Ilham. Tengok cara pun dah tahu.
“Aryana saya nak keluar. Nanti awak hantar report project kuarters kerajaan di Putrajaya atas meja kepada Datuk.” Ilham memberi arahan kepada Aryana sebelum dia keluar dari pejabat.
“Yess boss.” Jawab Aryana ringkas.
“Gud. Jom Harun.”
“Okey boss. Babai Aryana.” Balas Harun. Sempat dia memberi lambaian mesra kepada Aryana.
Aryana mencebek. Yakin sangat selepas ini bukan Encik Ilham sahaja yang akan menyusahkan hidupnya. Pasti Abang Harun yang gatal tu juga.


************************************************************

Enjoy reading...

Luv,
eila

14 comments:

me0w said...

besh3!!!

iejay Zakaria said...

lajunye dia...
idea tgh mencurah2 ya?

Unknown said...

beshnye!! sy ske sbb pnjg! huhuhu..thnx!

Aishah Hamzah said...

best2.....sambung lagik!

halisha said...

saya sukaceta yg mnarik. gud job. sambg cpt aaa

halisha said...

menarik cpt smbg

halisha said...

suka, menarik dan cpt smbg

halisha said...

bila nk smbg?

halisha said...

bila nk smbg?

MaY_LiN said...

alahai~
ilham..ilham..

Ai said...

woahhh.. best..

kak cepat sambung kak.. hehe..

agent_sesat said...

eeeiii... :) suka..suka..suka

Anonymous said...

best..best..nk lagi....
em writer nk tye..nape iman suraya pas episod10 xleh nk baca ye..cowi ler..org baru..hehehe..

~ Autumn ~ said...

Suke bace 2x5!