Tuesday, November 4, 2008

Cerita Cinta Aya Dan Pian

“Idok ler kamu ni tau jemu yer Aya asyik membelek-belek album lama tu. Rungsing mak ni nengok nyer dari tadi.”
Pekat slang Perak Mak Mah menegur anak daranya yang satu itu. Al maklumlah asal Paris.. ooppsss…hehehe… bukan Paris la.. tapi Parit, Perak. Tapi sekarang dah menetap di Ipoh. Ipoh ni kira pusat bandar la. Ada Ipoh Parade, Kinta City, Yik Fong. Macam-macam lagi la yang ada kat bandar Ipoh ni. Kat Perak ni macam-macam nama tempat diorang dah tukar. Parit jadi Paris, Bota jadi Boston. Boleh pulak tu, Manjung dah jadi Manchester. Ish.. saper la yang pandai-pandai tukar semua nama tempat ni.
“Nengok gambor-gambor lama ni mak. Sajer ler. Nak nengok gambor Aya dengan member-member lama dulu masa kat Sekolah Menengah Kampung Pasir Putih. Cuba mak nengok ni, comel gak Aya ni dulu ek.”kata Aliya kepada Mak Mah sambil menunjukkan sekeping foto.
Foto bersama teman-temannya semasa Sambutan Hari Ko-kurikulum bagi tahun 1999 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh itu. Semasa itu, Aliya baru sahaja di tingkatan 1. Memang nampak cute. Orang kata, cute gilerrr… Dengan kain warna biru turquoise singkat sampai ke buku lali. Lengan baju kurung putih yang sengaja disentengkan sampai ke siku. Paling tak boleh blah.. pakai stoking gambar Pooh dengan kasut putih Pallas Jazz. Sekali pandang dah macam arwah opah nak pergi sawah ajer. Aliya memang jenis yang slumber tak bertempat. Sebab pakai stoking Pooh tu la, satu hari dia terpaksa berkaki ayam di sekolah akibat kena kantoi dengan guru disiplin, Cikgu Azizan. Dah lima kali kena kantoi. Tapi kebal. Konon dalam badan tu dah cukup antibiotic. Sebab kalau kantoi pun, paling-paling kuat akan diberi ceramah percuma. Tapi tak sangka pulak. Kali ke enam kantoi, Cikgu Azizan suruh tanggalkan kasut, stoking semua. “Ada ke patut cikgu disiplin tu rampas kasut dengan stoking aku. Tak patut.. tak patut.. Apa dia fikir aku ni ayam ker berjalan tak pakai kasut.” Dua tiga lori jugak la cikgu disiplin tu kena mengata dengan Si Aliya ni. Berkaki ayam pun, satu sekolah jugak Aliya and the gang boleh tawaf. Tapi selepas kena kantoi dengan Cikgu Azizan, Aliya dah tak pakai lagi stoking Pooh tu. Bukan takut kena berkaki ayam lagi. Tapi takut kena rembat dengan abah untuk kesekian kalinya lagi. Berbisa tu. Satu botol minyak gamat abis. Ni semua Si Din Mercun yang tua empat tahun dari Aliya punya hal. Mulut cabul. Habis diceritakan pada abah semuanya. Kes berkaki ayam, kena kantoi sebab menyusur keluar pagar macam-macam lagi la. Yang paling tak tahan, banyak yang auta dari yang fakta. Abah pun bulat-bulat percaya. Din Mercun… Din Mercun…. Memang kena dengan nama kau tu. Kalau bab bercakap meletup-letup. Macam bunyi mercun Gong Xi Fa Cai ajer.
Tapi dengar cerita sekarang Din Mercun dah jadi lawyer tau di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Tak sangka. Kecik-kecik punyer la cabul mulut dia. Menokok tambah yang auta tu juara. Dah besar boleh jadi lawyer. Dah rezeki dia. Harap-harap Din Mercun ni tak akan memutar belitkan fakta masa hearing kes dekat mahkamah. “Kalau lepas ni terserempak dengan mamat ni nak panggil dia Din Mercun ker atau Encik Ahmad Syafik Rafiudin.” Sampai ke situ pulak Aliya memikirkan pasal Si Din Mercun ni.
Memang seronok jika sesekali mengimbas kenangan lama. Semua rakan-rakan seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh dulu dah pun ada kehidupan sendiri. Ada yang dah berkahwin, sambung belajar, kerja…. Aku??? Aku tetap aku. Habis studi dekat Poli terus kerja dengan government. Dah tak pakai kain singkat baju senteng dah. Pakai baju kurung. Nak lagi vogue pakai kebaya. Hari Khamis wajib pakai baju batik. Kasut??? Oh.. no..no.. tidak.. tidak… Sekarang pakai heel tali halus tinggi 3 inci. Stoking Pooh tu dah lama buang dalam tong sampah. Heheheh…
“Udah ler tu Aya. Jangan kamu nak kelentong mak ni. Keluar ajer dari perut mak ni, sebesar tapak kaki dua jari mak jaga kamu sampai lah dah jadi besar panjang. Sampai dah nak jadi bini orang. Apa dalam kepala kamu tu pun mak boleh baca, Aya. Ini mak. Bukan mak tak tau. Kamu tu ghalit sangat nengok gambor lama kamu dengan Si Agar-agar Terlebih Air tu.”
Hush… Tue diaa… Mak Mah bila bercakap memang tak berhenti-henti. Macam senapang mortar…dush..dush…dush.. dush…booommm!!!..kebabooommm!!!...Aliya tak sempat nak mengelak. “Agar-agar Terlebih Air??? Pandai-pandai ajer mak aku ni letak gelaran pada orang. Macam bagi kurnia pulak. Yang peliknya, setiap gelaran tu macam kena la pulak dengan orang yang menerima tu. Macam Si Agar-agar Terlebih Air ni…Oooppsss… Nama dia Muhamad Sufian Hadi bin Muhamad Nazri. Hai Aliya. Sampai nama ayah dia pun boleh ingat. Eh.. mestilah ingat. Ayah dia pengetua paling kamcing tau dengan aku masa dekat SMK Kampung Pasir Puteh tu dulu.” Kata Aliya di dalam hati.
“Tak baik lah mak kata Pian tu macam tu. Memang la dia tu terlebih air. Tapi dia baik lah mak.”
“Yang kamu panggil dia tu Jellyfish takpa pulak yer. Bahasa orang putih mak ni memang tak tinggi Aya. Tapi mak tau ler apa ke benda nyer binatang jellyfish tu. Macam spesies Si Pian tu la.”
Sengaja Mak Mah berkata begitu kepada Aliya. Niat di hati untuk melihat riaksi anak dara yang seorang itu mengenai teman yang telah lama tidak ditemui. Memang bersungguh-sungguh benar Aliya cuba menyebelahi teman lamanya itu. Pian…Pian… Manalah kamu ni pergi. Mak Mah juga merindui Sufian. Rindu untuk melihat gelagat lembik tak bertempat Sufian. Badan yang kurus cekeding itu sengaja dilentok-lentokkan apabila bercakap. Kalaulah diikat dengan benang boleh dibuat layang-layang budak Si Pian ni. Bukan badan sahaja, tapi complete satu pakej. Dengan kaki tangan pun diliang liukkan seperti mahu menari tarian Mak Yong sahaja gayanya. Itulah Sufian yang Mak Mah kenali.
“Macam-macam la mak ni. Dahlah. Aya nak keluar kejap yer mak. Nak jumpa Nana kejap.”
“Itu ajerlah kerja kamu kalau balik kampung. Tak habis-habis menyongket.”
“Merapatkan perhubungan. Rindu kat Nana.”ringkas jawapan yang diberikan.
Aliya terus menuju ke bilik. Tuala dicapai. Bilik air dituju. Selesai solat Maghrib, Aliya bersiap lebih kurang. T-shirt lengan panjang dan seluar jeans menjadi pilihan. Biarpun nampak simple, Aliya sudah cukup kelihatan menarik. Ditambahkan pula dengan solekan yang agak nipis diserikan lagi dengan tudung bawal warna sedondon yang menutupi kepala. Memang nampak manis.
“Girl-girl…. Girl-girl kan nampak sweet sangat pakai tudung.” Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga Aliya pujian yang diberikan oleh Sufian kepada dirinya tatkala pertama kali mengenakan tudung semasa jamuan Hari Raya di kediaman keluarga Sufian sepuluh tahun yang lalu. Ada senyuman terukir dibibir. Di dalam hati, tertanya-tanya. Kemanakah engkau menghilang.
*************************
“Ermm… Excuse me… Girl…….”
“Siapa pulak la yang punya suara mendayu-dayu ni. Tiba-tiba naik geli-geleman tengkuk aku.”Nana berkata sambil mempamerkan aksi geli-gelemannya. Abab, Julia dan Aliya ketawa bagai nak rak.
Aliya bingkas bangun. Menoleh ke arah empunya suara. Alamak…….ku sangka kau rakan sejenis tetapi manusia berlainan jenis. Sayang seribu kali sayang.. Rupamu… Ermmm… Rupamu apa yer… Hah… Rupamu kira ok la.. tetapi sayang, terlebih air la pulak. Lembikkkkkkkkkk……….Amboi Aliya, bukan main lagi yer mengata orang.
Dengan gaya yang sama lembik Aliya berjalan menuju ke arah mamat yang terlebih air itu. Memanglah budak Aliya ni tak boleh pakai. Hish… boleh pulak dia mengajuk cara mamat lembik ni. Siap style berjalan pun bertukar. Sengaja dia berjalan terkepit-kepit sama seperti gaya berjalan mamat lembik terlebih air tu.
“Yes. Boleh saya bantu.”Lembutnya suara Aliya. Pelik.
Nana, Abab dan Julia dibelakang dah nak pecah perut melihat gelagat teman mereka. Aya… Aya… Kau ni memang gila. Over sangat la lakonan kau tu. Ni kalau jadi pelakon ni mahunya berbakul-bakul kau kena kutuk dengan penonton. Kekekekek….
Sufian tersenyum. Tau. Gadis di hadapannya ini sedang mengejek dirinya. Lantak kau lah nyah... Janji masalah mak boleh settle nyah…. Susahnya nak cari pejabat pengetua. Ayah pun satu, tiba-tiba pulak ada appointment dekat Pejabat Pendidikan Daerah.
“Ermm… kita nak tanya ni. Ermm.. pejabat pengetua kat mana hah. Actually kita budak baru. Tak tau kat mana ofis pengetua.”Sufian berkata.
“Adoi jantan ni. Kau kalau nak bercakap biar mulut ajer yang bercakap. Ni siap dengan tangan, jari-jari kau ni pun ikut gerak apa kes. Nasib baiklah tak tercucuk mata aku dengan jari kau tu. Kalau tak aku saman kau.” Kata Aliya di dalam hati.
“Oooo…awak nak cari ofis pengetua yer… Ok. Awak jalan depan, lepas tu awak ikut kiri, lepas tu jumpa simpang awak ikut kanan, lepas tu awak ikut suka lah.” Kata Aliya. Abab, Nana dan Julia di belakang dah pecah perut ketawa. Melihat aksi tergedik-gedik Aliya yang tak berapa natural tu satu hal, dengan lawak bodoh peringkat antarabangsa Aliya tu pun satu hal jugak dan tengok muka mamat terlebih air tu kena lauk cukup-cukup dengan Aliya tu pun boleh jadi satu hal jugak. Pendek kata Cik Nur Aliya ni memang pandai buat hal. Panjang tak kata apa. Diam ajer. Bukan nak tolong settlekan problem Si Jellyfish tu. Lagi dimain-mainkannya adalah. Tak baiklah buat orang macam tu.
Sedar diri dipermain-mainkan, Sufian segera berlalu.
“Takpa kau nyah… main-mainkan mak yer. Nanti mak bagi tau kat ayah mak tau nyah…..”Sufian berkata kepada Aliya. Sedikit kuat.
Ewah..ewah..ewah… bukan main lagi kau yer Jellyfish. Berani pulak tu menjawab.
“Hei… Suka-suka hati ajer kau panggil aku nyah yer. Nama aku bukan nyah lah. Sejak biler pulak kau jadi mak aku ni.”Jerit Aliya apabila Jellyfish itu terus berlalu meninggalkannya.
“Tak kuasa mak nak layan korang tu. Daaa…”Sufian berkata kepada mereka berempat.
“Hampeh punyer Jellyfish. Berani pulak dia melawan dengan aku. Sekali aku bagi karang.. Baru kau tau.” Aliya berkata kepada temannya bertiga.
“Kau ni Aya. Agak-agak ler sikit kalau nak kenakan orang pun. Ini sampai nak terputus urat kentut aku ni tengok kau laukkan mamat tu tadi. Buatnya dia bagi tahu ayah dia nanti, abislah kau.”Abab berkata dengan ketawa yang tak berhenti-henti dari tadi. Dasyat betul la makcik sorang ni kalau dapat gelakkan orang. Ekekekek.
**********************************
“Letak sini ek Cikgu Nazri.”Aliya bertanya sambil tersengeh-sengeh kepada pengetua baru di sekolahnya itu. Sebijik macam kerang busuk kat Pasar Besar Ipoh tu.
Sudah masuk dua minggu Cikgu Mohamad Nazri bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir, Ipoh ini. Orangnya masih segak walaupun umur sudah hampir mencecah setengah abad. Muda sikit kut dari abah rasa-rasanya. Agak friendly dengan para pelajar. Kerana itu, Aliya dengan sukarelanya menawarkan diri untuk membantu Cikgu Nazri membawa fail yang agak banyak itu ke kereta.
Hai.. Aliya. Memang kaki bodek. Memang kaki kipas…Nak kipas pengetua barulah tu. Pakai aircond sudah…Ish..ish… Memang suka mengampu betul la minah ni. Ingat boleh dapat back up besar la tu ek kalau kena kantoi dengan Cikgu Azizan lagi nanti. Aliya.. Aliya.
“Terima kasih yer Aliya. Susah-susah ajer. Boleh dibuat menantu ni.”kata Cikgu Nazri.
Tersipu-sipu Aliya mendengar kata-kata Cikgu Nazri itu. Malu la konon. Piirraahhh…
Aiseyman… Baru tolong bawa fail pun dah boleh jadi calon menantu pengetua la. Jangan main-main, bakal menantu Tuan Pengetua SMK Kampung Pasir Putih tau. Kalau anak teruna Cikgu Nazri ni tegap, tampan dan bergaya macam ayah dia confirm aku terima. Mak nak kata aku gatal pun takpa. Kekekekek… Hai Aliya… Sampai ke situ berangan ek…
“Ayah……ayah masuk ofis tadi pukul beraper. Teruklah tadi Eddy kener main dengan student kat sini. Sajer tau ayah ni.”Sufian memberitahu ayahnya mengenai insiden yang menimpanya pagi tadi. Manja. Merengek-rengek. Dah macam budak umur tiga tahun mintak nenen ajer gayanya.
“Alamak!!!!!!!!.........Kantoi!!!!!!!!!!!....... Ini ker anak teruna Cikgu Nazri??. Aku mula confius ni macam dah tercabut fius. Ini anak teruna ker anak dara Tuan Pengetua ooiii…. Confirm aku reject. Eeee….. tak mau aku kawin dengan mamat lembik ni. Mengada-mengada dia mengalahkan aku. Eh…perah santan pulak aku ni. Heheheh…. Eee.. mintak simpanglah kalau nak kawin dengan orang macam ni. Matilah aku kalau dia report kat bapak dia ni. Baru ingat dapat back up besar tadi. Aduss….” Kata hati Aliya.
Aliya..Aliya… Baru form one dah fikir sampai ke situ. Matured tak bertempat. PMR pun tak lepas lagi. Sufian yang baru tersedar kewujudan Aliya hanya menjeling. Dia juga hampir terkejut melihat budak perempuan yang mempermain-mainkannya pagi tadi ada bersama dengan ayahnya.
“Oooo…nyah… kau nak mengorat ayah mak yer nyah….eeee…taknak mak.. Tak malu. Kecik-kecik dah pandai nak mengorat orang tua.”kata Sufian. Tetapi kata-kata itu hanya di dalam hati sahaja. Belum sampai keluar dari mulutnya lagi.
“Eddy, mari ayah kenalkan. Ini Aliya. Student kat sini. Aliya ni baik. Tolong ayah bawakan fail ni semua masuk dalam bonet kereta.”Cikgu Nazri memperkenalkan Aliya kepada anak terunanya itu.
Sufian buat bodoh. Buat dek ajer. Payung pink yang menjadi pelindung di tengah panas terik dikincupkan. Terus berlalu masuk dalam kereta.
“Alahai… merajuk pulak dia. Protes la tu bapak dia baik dengan aku. Hehehehe… Tak boleh blah betul la dia ni. Ada ker pakai payung pink. Tak cukup payung, beg sekolah brand Nike complete dengan teddy bear kecik pun warna pink jugak. Berpinar mata aku tengok dia ni. Adoii… Mr. Pinky.. Mr. Pinky… Nasib baik aku tak panggil kau Pink Panther tau. Kusut.. Kusut. Heheheh…”Aliya berkata sendiri di dalam hati.
“Sorry yer Aliya. Memang macam tu. Nanti Aliya kawan ler dengan Eddy yer. Eddy tu tua tiga tahun dari Aliya. Mari saya hantar Aliya balik.”
Ah!! Sudah. Ini baru betul bapak punya bala datang. Kena berkawan dengan Jellyfish ni. Tak mahu la. Hilang rock aku kalau berkawan dengan dia ni. Mahunya aku kena gelak selama hayat berada kat sekolah ni sebab berkawan dengan dia ni. Sorry yer Tuan Pengetua. Orang Perak kata ‘tak ker siornyer teman nak berkawan dengan anok miker ni…Kejor Yoep Kejor..’ Ish.. Macam manalah pulak tagline keramat skuad Seladang boleh masuk ni. Hehehhehe . Apa-apa ajer lah… Yang penting tak mahu… Tak mahu.. Tak mahu..
“Takpa lah Cikgu Nazri. Saya balik naik bas ajer la.” Aliya menolak pelawaan Cikgu Nazri itu. Ingat Aliya… Jangan termakan budi, nanti tergadai body. Tak takut ker?? Hah!!... Takut. Takut. Takut.
“Ayah!!!... Cepat ler yah… Panas ni. Dah berpeluh-peluh dah ni. Bedak pun dah cair dah ni. Cepat ler yah.”Sufian menjerit dari dalam kereta. Apalah ayah ni. Dengan girl-girl yang selebet tu pun boleh layan. Kalau mak .. tak lalu nyah… Eee… takda personaliti langsung.
Ellehhh…mengada-ngadanya. Bedak cair konon. Sah pakai bedak yang jual kat Gerbang Malam ni atau pun pakai bedak yang ada gambar Nyonya Cina yang mak sedara aku selalu pakai tu. Oiii…. Kalau takut bedak cair pakai ler brand Loreal. Kerana dirimu begitu berharga. Confirm sampai ke malam pun maintain ajer. Silap hari bulan kau pun boleh jadi Duta Loreal jugak. Heheheh…
“Pasti ya Aliya taknak saya hantarkan? Saya balik dulu la.”
“Yer Cikgu. Saya pasti dengan keputusan saya ini. Saya boleh balik sendiri.”
Slumber.. Slumber. Apa budak Aliya ni ingat dia dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire ker.
*********************************************
“Hai awak. Thanks ya tolong saya semalam. Kalau awak tak tolong saya semalam mesti hari ni saya jadi bisu sekejap. Hilang suara sebab menjerit semalam.”
Semalam punya kes. Mangkuk ayun mana entah yang berani meletakkan cicak bawah meja Aliya. Teraba-raba Aliya mahu mengambil pencil case miliknya dari bawah meja. Sekali teraba sesuatu. Sejuk. Apa ker benda yang sejuk, lembek bawah meja aku ni. Argghhhh!!!!!!.... Aliya menjerit. Patut ler sejuk semacam. Cicak rupanya. Meloncat-loncat Aliya melihat cicak itu. Argghhhh!!!!... Bertambah lagi frekuensi jeritan Aliya apabila cicak tadi masuk ke dalam beg sekolah miliknya. Bergegar bangunan Blok A SMK Kampung Pasir Puteh dengan jeritan Aliya itu.
Nasib baik Sufian ada. Ketika Sufian lalu dihadapan kelas Aliya. Suasana hingar bingar. Saper la pulak punya suara ni. Boleh pecah gegendang telinga ni. Melihat Aliya yang meloncat-loncat di atas meja menyebabkan Sufian segera masuk ke dalam kelas 1 Elit itu. Melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Cicak. Itu ajer sebabnya. Dengan berani Sufian mengeluarkan cicak dari dalam beg sekolah milik Aliya dan membuangnya keluar. Patut lah cicak nak masuk dalam beg sekolah Aliya, dah macam lori sampah Dewan Bandaraya Ipoh ajer. Macam-macam ada. Warna beg sekolah Aliya dengan lori sampah Dewan Bandaraya Ipoh pun sama. Hijau. Memang masuk.
“Takpa. Lembik-lembik mak ni pun nyah.. Masih jantan lagi tau.”
“Alamak!!!... Terkena aku. Padan muka aku.”Aliya berkata di dalam hati.
“Friend.”Pendek kata-kata Aliya itu berserta huluran tangan. Tanda perkenalan. Tanda persahabatan.
“Dia buat bodoh pulak. Mentang-mentang aku yang nak berkawan dengan dia.” Hati Aliya berkata apabila melihat Sufian tidak menghiraukannya.
“Awak… mak saya cakap tak baik tau kalau kita bersikap sombong. Memang tak baik. Tak elok tu. Nanti jadi lone ranger tau. Takda saper nak kawan.”hehehehe…. Eh.. Sejak bila mak aku cakap macam tu. Ah!! Tibai ajer la.
Sufian berpaling melihat Aliya. Dia tersenyum.
“Dia dah senyum. Yeyeyey…. Dia dah senyum.. Yes!!!”Aliya berkata dalam hati. Tangan dihulurkan sekali lagi.
“Ok. Tapi awak jangan panggil saya Jellyfish lagi. Pink Panther pun jangan. Agar-Agar Terlebih Air pun tak nak.”
Macam-macam syarat pulak dia ni. Sabor ajer ler Yong….
“Abis nak panggil awak apa. Saya tau. Saya panggil awak sis. Boleh tak?”heheheh. Ambik kau. Banyak sangat syarat.
“Apa sis-sis ni. Saya kan kalau kawin dengan awak boleh bagi awak anak tau. Panggil Eddy ajer.”
“Eddy?? Ish..Ish.. Tak rock langsung. Saya panggil awak Pian la ek. Baru la rock. Boleh ek.”
“Suka hati awak lah.”Sufian buat muka empat belas.
“Alalalala…cutenyer Cik Pian Lenggang ni buat muka macam tu.”
“Apa awak kata??” Sufian berkata sedikit menjerit sambil menampar manja lengan Aliya.
“Takda apa-apa.”hehehhehe…Eeee… geli pulak aku mamat ni main pukul-pukul manja. Flying kick nanti, baru tau.
Sejak hari itu Aliya dan Sufian berkawan rapat. Memang kamcing gila. Bertambahlah seorang lagi di dalam senarai teman rapat Aliya. Kira macam masuk carta la. Heheheh..
Di mana ada Aliya mesti ada Sufian sekali. Amboi mesranya. Macam belangkas. Seronok jugak Aliya melayan Si Sufian ni. Bukan Aliya ajer. Nana, Abab dan Julia pun sama. Teruk budak berempat ni laukkan Si Pian ni. Alah gurau-gurau apa salahnya. Agak-agak tak boleh nak bergurau pergi duduk kat belakang surau lah. Hidup mesti bergurau-senda. Bila mati tinggal sependar. Tettt……….. Alamak!! Terlebih sudah…Heheheh…
*******************************
“Awak.. saya kan minat la kat sorang girl-girl ni. Tapi saya tak tau dia minat kat saya ker tak. Awak rasa macam mana ek. Ada ker girl-girl yang suka kat saya.” Sufian bertanya kepada Aliya.
Aliya ketawa mendengar pertanyaan dari Sufian itu. Biar betul dia ni. Demam ker. Cikgu Nazri!!!... anak dara.. eh…tetttt…… anak teruna cikgu ni demam la. Aper ker helnyer ni yoep tetiba nanyer teman soalan gred bodoh ni. Karang aku cakap yang betul karang confirm merajuk panjang. Tapi kalau aku tipu nanti dia perah santan pulak. Macam mana ni. Bernaluri lelaki jugak ek si lembut ni. Tapi takpa confirm Si Pian ni dah kena potong. Maksud aku dah sunat ler. Kira dah akhil baligh. Kira dah boleh lah nak menggatal. Tapi siapa pulak girl-girl yang dia minat ni. Nie yang timbul persoalan di hati ni. Alahaiii… Malangnya nasib girl-girl yang dia minat tu. Heheheh…
“Awak ni gelak pulak tau. Eeee… geram saya tau. Saya cakap betul la.” Sufian merajuk.
Ah!! Sudah. Kan aku dah cakap. Baru gelak ajer tu. Dah merajuk. Letihnya nak layan mamat ni. Tak pasal-pasal aku kena pujuk pulak ‘kakak angkat’ aku ni. Sengal betul lah.
“Alalalala…manja sayang, intan payung.. jangan ler merajuk. Mesti ada punya lah girl-girl yang minat kat awak tu.”
Tak pasal-pasal kena bohong sunat pulak. Dapat dosa percuma ajer. Takpalah. Janji mamat ni tak merajuk dah.
“Tapi kalau awak nak girl-girl suka kat awak, awak kenalah ubah cara awak ni. Janganlah lembut macam ni. Cuba jadi lelaki yang gagah perkasa. Cara pakaian biar yang stylo. Barulah ramai yang nak jadi awek awak .”
“Takkan nak suruh saya pakai seluar dalam kat luar macam Superman tu. Baru boleh nampak macam gagah perkasa. Eeee…malulah saya.”
“Eh!!!... Bodoh!. Setahu aku, kau ni genius. Tapi apasal lah boleh jadi bodoh ni. Bukan aku suruh kau pakai macam Superman tu. Nak masuk Tanjung Rambutan ker? Adoii.. Pening kepala teman ni di buat budak Pian ni.” Gumam Aliya di dalam hati.
“Melampau lah kalau awak pakai macam Superman tu. Saya pun lari. Nanti orang ingat ada orang gila baru terlepas dari Tanjung Rambutan pulak.”
“Habis. Macam mana.”
Aliya memang pening kepala dibuat oleh Sufian. Sah!. Memang aku lah yang kena jadi perunding imej dia ni. Takpa. Takpa. Nanti aku mintak dia gajikan aku. Heheheh…
“Awak jangan risau. Biar saya uruskan.” Aliya berkata sambil mengenyit mata kepada Sufian. Tau lah apa aku nak buat kat ko nanti. Ermmm.. benda first yang kena buat. Ermmm… Hah!! Beg pink ni. Tolonglah tukar dengan warna lain. Feminim sangat color pink tu. Tak sesuai!!!!........
******************************************
“Ok. Semua dah ready. Dengan hormatnya dipersilakan Encik Muhamad Sufian Hadi bin Muhamad Nazri. Huhuhu..”jerit Aliya.
Cikgu Nazri dan Kak Nina tak sabar mahu melihat perubahan yang telah dilakukan oleh Aliya kepada Sufian. Kak Nina memang tak sabar mahu melihat penampilan terbaru satu-satunya adik lelaki yang dia ada. Adik lelaki yang terlalu manja dengan dirinya. Sejak arwah ibu mereka meninggal dunia, pada Ninalah tempat Sufian meluahkan perasaan selain ayah yang sentiasa disisi. Dari kecil Sufian agak dimanjakan. Dia tidak pernah mendapat belaian dari seorang ibu. Mungkin kerana itulah perwatakan dan jiwanya begitu lembut. Sufian pernah demam panas selama seminggu apabila terpaksa berpisah dengan Nina ketika Nina berangkat ke Australia kerana menyambung pelajaran. Begitulah rapatnya hubungan mereka dua beradik. Sekarang, Nina tidak perlu risau lagi. Aliya ada di sisi Sufian. Macam-macam perkara mengenai Aliya telah diceritakan kepada Nina menerusi email-email yang telah dihantar oleh Sufian. Sehinggalah sebulan yang lalu, selepas pulang dari Australia, barulah Nina berkesempatan bertemu dengan Aliya. Aliya memang budak baik. Walaupun perwatakannya agak sedikit kasar tetapi bagi Nina keikhlasan Aliya untuk berkawan dengan adiknya itu sudah cukup memadai. Jika tidak masakan Sufian boleh selesa berkawan dengan Aliya.
“Hai semua.”
Cikgu Nazri dan Kak Nina tercengang melihat penampilan terbaru Sufian. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Semuanya telah berubah. Aliya tersenyum bangga.
“Hebat jugak aku ni kan. Lihatlah dunia.”Aliya berkata di dalam hati.
“Macam mana Kak Nina. Cikgu. Boleh Aya hantar resit pembayaran sekarang ker?”kata Aliya kepada Kak Nina dan Cikgu Nazri sambil menumbuk ke perut Sufian.
“Auw…apalah awak ni. Sakit tau.”Sufian berkata.
Aliya tepuk dahi. Hancus. Kenapalah kau tak buang ‘Auww!!’ kau tu. Adoi. Buat spoil betul la dia ni.
Cikgu Nazri dan Kak Nina ketawa melihat gelagat Aliya dan Sufian.
************************************
“Awak… Awak janji ek. Jangan rindu kita banyak sangat.”Sufian berkata kepada Aliya. Pedih sungguh apabila terpaksa menempuh detik-detik perpisah.
“Awak pun. Jangan rindu saya banyak sangat.”Aliya menangis. Hakikat perpisahan. Memang pedih untuk diterima.
“Thanks ya awak sebab sudi berkawan dengan saya. Saya akan ingat awak sampai bila-bila.”
“Saya pun. Janji dengan saya. Nanti dekat sekolah baru nanti jangan pakai beg pink tu lagi tau. Teddy bear pink tu pun jangan gantung dekat beg sekolah tu jugak tau.”
Sufian geleng kepala menandakan dia tidak akan lagi memakai beg berwarna pink itu lagi. Satu beg plastik besar dihulurkan kepada Aliya.
“Ini untuk awak. Tanda ingatan. Awak tetap dalam hati saya.”luhur kata-kata yang keluar dari mulut Sufian itu.
“Saya tak tau nak bagi awak apa.”Aliya berkata. Seketika kemudian jam dipergelangannya ditanggalkan dan dihulurkan kepada Sufian.
“Simpan tau. Jam ni saya beli pakai duit belanja sekolah yang mak saya bagi. Empat bulan saya simpan duit nak beli jam ni.” Kata Aliya sambil tersenyum. Namun airmata tetap mengalir.
Sufian tersenyum melihat jam tangan Adidas milik Aliya yang kini telah menjadi hak milik mutlaknya.
Semenjak hari itu, mereka berdua telah terputus hubungan. Sufian terpaksa mengikut ayahnya pindah ke Kuala Lumpur kerana Cikgu Nazri akan menjadi pengetua baru di sebuah Sekolah Bestari di ibu negara. Aliya menangis teresak-esak ketika hari terakhir mereka keluar makan bersama di Restoran MacDonald Kinta City. Sedih benar Aliya apabila terpaksa berdepan dengan detik-detik perpisahan yang ternyata amat memilukan ini.
*********************************
Kotak di bawah katil ditarik keluar. Masih tersimpan rapi lagi beg sekolah dan teddy bear berwarna pink itu di dalam plastik. Aliya tersenyum sendiri. Walaupun telah tersimpan lama, keadaannya masih lagi baik sama seperti tujuh tahun dulu ketika dia menerimanya dari tangan Sufian. Masih segar di fikiran, ketika Sufian menghulurkan beg plastik ini di Restoran MacDonald Kinta City. Katanya sebagai tanda ingatan. Memang benar. Di kala Aliya rindu teringat Sufian. Beg dan teddy bear inilah yang akan menjadi penawarnya. Adakah Sufian juga begitu? Masih menyimpan jam tangan pemberiannya dulu? Aliya tidak tahu. Yang pasti dia amat merindui Sufian.
Irama lagu Seribu Tahun nyanyian Imran Ajmain dari telefon bimbit mengejutkan Aliya dari khayalan. Panggilan segera disambut.
“Wei makcik. Bila nak datang ni. Jadi ke tak. Lama dah aku tunggu ni. Kata nak ambik aku kat rumah. Kau jangan Aya. Aku ni dah ler teringin bebenor nak makan chow kuew tiaw Dataran Ipoh tu.”
“Jadi lah. Aku pun nak makan chow kuew tiaw Dataran Ipoh tu jugak ler. On the way ni.”
“On the way?? Heheheh… On the way apa ke mendanya. Kat rumah lagi ni. Habislah aku kena sembur dengan Cik Nana ni nanti. Tue la pasal. Berkhayal lagi.”Aliya berkata di dalam hati. Kunci kereta segera dicapai.
*******************************
Tiga jam memandu dari Ipoh ke Putrajaya memang memenatkan. Sampai sahaja ke rumah sewanya, Aliya terus masuk ke bilik merebahkan badan. Ketika baring di atas katil, Aliya teringat kata-kata yang keluar dari mulut Nana ketika mereka berdua keluar makan di Dataran Ipoh semalam.
“Kau tu dah fallin in love dengan Pian. Kalau tak takkan lah sampai sekarang kau tak boleh lupakan dia.”itulah kata-kata yang keluar dari mulut Nana.
Betulkah aku telah jatuh cinta pada Pian. Jatuh cinta pada Pian sejak tujuh tahun dulu. Aliya tewas apabila cuba menidakkan kenyataan itu. Aarggghhhh……. Tak mungkin aku boleh jatuh cinta pada dia. Tapi…. Kenapa mesti dia yang aku rindu.
****************************************
“Aliya!”satu suara menyapa Aliya dari belakang ketika Aliya sedang berjalan-berjalan di kompleks membeli-belah Alamanda, Putrajaya.
Segera Aliya menoleh untuk melihat siapakah gerangan tuan yang empunya suara itu. Dahi Aliya berkerut melihat lelaki yang menengurnya tadi. Cuba mengingati sesuatu. Handsome. Segak. Ermmm.. Macam pernah ajer aku jumpa muka ni. Tapi di mana yer. Hai Aliya. Itu dialog Yassin Senarion dalam filem Lagi-lagi Senario. Ciplak ek….
“Nur Aliya. Kan.”lelaki itu bertanya lagi apabila melihat Aliya diam membisu.
Aliya mengangguk. Aik!!!! Nie namanya hairan bin ajaib. Sejak bila Aliya jadi bisu. Ooo… bisu seribu bahasa la tu yer.
“Aya, awak tak ingat saya ker. Ni sayalah. Saya!. Pian. Muhamad Sufian Hadi Muhamad Nazri.”
“Pian.”Aliya seakan tidak percaya.
“Yer lah. Saya Pian. Sekejap-kejap. Girl……………….. Jom kita enjoy!!!!!!!..”
Eh.. Si Sufian ni. Boleh pulak dia buat perangai lama yang lembut tu balik depan Aliya. Tujuannya cuma satu, untuk meyakinkan kepada Aliya bahawa dialah Muhamad Sufian Hadi.
“Aahhhh!!!.. Ya Allah Pian. Awak dah berubah sangat. Lain sangat. Sampai saya tak boleh cam awak tadi. Nasib baik awak buat trade mark awak tadi. Kalau tak sampai ke sudah ler saya tak tau awak ni saper.”jerit Aliya. Tidak dihiraukan orang disekeliling. Takpalah buat Alamanda ni macam bapak aku yang punya sekejap.
“Saya dah berubah ker.”Sufian bertanya.
“Haah. Berubah sangat.”
“Handsome tak?”
“Boleh la… Perah santan betul.”jawab Aliya malas.
Sufian ketawa. Memang Aliya tak pernah berubah. Yang berubah cuma penampilannya sahaja. Kan betul aku cakap. Kau tu manis sangat bila pakai tudung. Kalau tak dah macam Pontianak ajer rambut mengerbang kau tu. Tapi kau tetap Pontianak paling cantik. Kaulah Maya Karinku.. Eh.. Apa kes Maya Karin sesat pulak dalam cerita ni. Ni cerita aku dengan Aliya. Kau lah Aliya pujaan hatiku… Hehehe…
**************************
Aliya dan Sufian duduk minum di Selera Putra, Dataran Putra, Putrajaya sambil menyaksikan pemandangan tasik yang indah. Aliya yang mencadangkan untuk ke mari ketika Sufian mengajaknya duduk bersembang sambil menjamu selera. Bukan tidak mahu makan di Alamanda. Tetapi hari minggu begini pusat membeli-belah ini agak sesak dengan orang ramai.
“Aliya buat apa sekarang.”
“Tengah makan. Hehehe… Ok. Ok. Dah kerja lah. Kerja biasa ajer.”
“Oooo… Masih loyar buruk lagi yer.”
“Awak pulak?”
“Tengah makan.”slumber Sufian menjawab.
“Eh.. mana aci. Ciplak ayat saya tu.”
“Saya kerja dengan Petronas. Enggineer.”
Mak oii.. Berjaya jugak Si Jellyfish ni jadi engineer ek.
“Oooo..”
“Sombong.”Pendek perkataan yang keluar dari mulut Sufian itu.
“Siapa yang sombong. Saya ker awak. Lost contact macam tu ajer. Yer la kan. Saper lah kita ni. Tak padan nak kawan dengan awak tu.”Aliya bercakap perlahan. Macam merajuk pun ada. Cik Aya.. oo .. Cik Aya.. Sejak bila kuat merajuk ni.
“Bukan sombong. Cuma tak berkesempatan ajer. Lepas SPM saya terus sambung study dekat US. Hidup sebagai seorang pelajar. Buzy.”
“Oooo… Yer la tu. Eh.. Awak buat apa kat sini.”
“Ermm.. aaa… Sa.. sa.. Saya ada kursus kat sini.” Jawab Sufian sepatah-sepatah.
“Kursus kat maner?”
Ah!! Sudah kau Pian. Nak temberang apa pulak ni. Kalau Aliya tau plan aku ni maunyer mengamuk dia.
“Hallluuu… Sejak bila awak hilang fokus ni. Awak kursus kat maner?”sekali lagi Aliya bertanya soalan yang sama.
“Ermm…dekat-dekat sini lah.”
“Yer lah. Dekat sini tu dekat mana.”Aliya tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
“Ermmm… Mak abah awak macam mana. Sihat ker.”
“Mak sihat. Abah pun sihat. Maintain ajer semenjak jadi dealer Kopi Lasindah tu. Tak abis asyik duk nyanyi lagu macam dalam iklan tu ajer.” kata Aliya sambil ketawa. Geli hati melihat gelagat abah menyanyikan lagu di dalam iklan Kopi Lasindah tu. Alah… Iklan yang ada M. Rajoli tu la. Takkan tak tau kut. Hehehe…
“Selamat aku. Kalau tak kantoi.”kata Sufian di dalam hati.
“Cikgu Nazri dengan Kak Nina macam mana pulak?” giliran Aliya pula bertanyakan soalan.
“Ayah sihat. Kak Nina pun sihat. Kak Nina dah kahwin tau. Ingat tak lelaki yang kita pernah terserempak dengan Kak Nina masa jalan-jalan dekat Ipoh Parade tu. Abang Hakim. Itulah suami Kak Nina sekarang. Dah ada tiga orang anak dah pun. Semua hero.”
“Wah… best la awak. Dah ada anak buah. Awak bila lagi. Nak kahwin.”
Nak kena Aliya ni. Ada ke tanya aku bila nak kahwin. Aku nak kahwin dengan kau lah makcik. Sebab tu lah aku datang sini.
“Memang nak kawin.”
Aliya terdiam. Dia nak kahwin. Melepas aku. Sia-sia ajer aku tunggu kau. Hampeh betul.
“Oooo…dengan siapa.”tanya Aliya perlahan.
“Dengan awak.”
Hampir tersedak Aliya mendengar jawapan Sufian tadi. Betul ker apa yang aku dengar ni. Sufian tersenyum melihat gelagat Aliya.
“Apa awak cakap ni.”
“Sejak bila awak jadi pekak ni. Saya nak kahwin dengan awak lah.”
Hampeh.. Dia kata aku pekak.
“Aliya. Dengar ni. Saya dah lama suka kat awak. Sejak zaman sekolah lagi. Awak ingat lagi tak saya pernah bagi tau dekat saya minat pada sorang girl-girl ni. Awaklah orangnya. Saya tak pernah lupakan awak tau. Kalau awak tak percaya awak tengok ni.”segera Sufian menunjukkan jam tangan Adidas milik Aliya itu.
Aiseyman…. Dia simpan lagi la jam tu. Macam mana aku boleh tak perasaan tadi.
“Awak pun suka kat saya kan.”
Muka Aliya merona merah. Eeee…. Kenapa tanya macam tu. Suka. Memang aku suka kat kau lah mangkuk. Tapi takkan aku nak cakap macam tu kut. Malulah aku.
Sufian tersenyum lagi.
“Adoii. Janganlah senyum macam tu. Cair aku.” Kata Aliya di dalam hati.
“Saya tau awak pun suka kat saya. Kalau tak awak takkan simpan lagi beg dengan teddy bear pink tu lagi kan. Tapi tak patut la awak letak barang-barang tu kat dalam kotak bawah katil rumah awak. Jam tangan awak ni tak lekang tau dari tangan saya ni.”
“Hah!!... Macam mana awak tau saya letak barang-barang tu bawah katil rumah saya.”Aliya pelik. Apa ilmu dia pakai ni. Sampai boleh tahu tempat aku simpan harta karun aku tu.
“Mak Mah cakap.”
“Mak cakap.”Aliya bertanya lagi.
Sufian mengangguk.
Oooo… mak buat konspirasi ek. Pandai betul la mak aku ni kenakan aku.
“Kalau awak nak tau, saya masih lagi contact dengan Mak Mah. Pandai mak awak berlakon. Dengan Nana pun sama. Dengan awak ajer tak. Saja saya nak duga awak. Keras hati lah awak ni. Taknak mengaku yang awak sebenarnya suka kat saya. Kan. Kan.”
Ramainya yang terlibat. Tak patut betul.
“Tak baik awak buat saya macam tu. Takkan lah saya nak cakap saya suka kat awak. Malulah saya. Saya kan perempuan. Awak lah kena start dulu.”
“Sebab tu saya datang sini. Sebab saya nak jumpa awak. Nak luahkan perasaan saya kat awak. Kalau harapkan awak. Sampai ke tua ler awak dengan saya tak kawin.”
“Awak kata awak kursus.”
“Saya kencing awak lah. Point saya datang sini memang nak jumpa awak pun. Jenuh tunggu awak tadi. Housemate awak bagi tau kat saya tadi yang awak dah pergi Alamanda. Nasib baik jumpa.”
“Awak cari saya sampai ke rumah?”Aliya seakan tidak percaya.
“Yup. Awak terima saya ke tak ni.”
“Ermm..”
“Terima ke tak ni.”Sufian bertanya agak kuat.
“Terimalah.”
“Bagus. Sudi tak awak jadi isteri saya, Aya.”Sufian berkata sambil menunjukkan sebentuk cincin emas putih kepada Aliya.
“Hah. Awak ni biar betul. Awak tengah propose saya ke ni.”
Sejak bila la pulak Aliya ni boleh jadi slow. Yer lah makcik. Aku tengah propose kau la ni.
“Ayah dengan Kak Nina suruh saya propose awak cepat. Takut awak kena kebas dengan orang lain. Cepat lah. Nak ke tak nak ni. Sudi ke tak ni.”
“Eh…main paksa-paksa orang pulak.”detik hati kecil Aliya.
“Saya kira sampai sepuluh ni. 1,2,3,4,5,6,7,8,9,…..”
“Nak…nak…lah. Ok. Saya sudi. Cepatlah sarungkan.”kata Aliya sambil tersenyum manja. Jari dihulurkan.
Sufian segera menyarungkan cincin ke jari manis milik Nur Aliya. Betul kata pepatah. Ikan di laut. Asam di darat. Dalam periuk bertemu jugak. Ini cerita, cerita cinta. Cerita Cinta Aya dan Pian. Semoga kebahagian itu milik mereka berdua.

4 comments:

Anonymous said...

not bad....
sweet sgt citer ni.
nur_rien

Unknown said...

swit la cite ni..sy ske sume cite2 awk..evn sumtimes 2 ada cm x kne dgn cite2 awk..tp sy ttp ske..swit sgt2..bace 2 leh buat sy gelak..hehehe..truskan usaha anda..=)

husna amira said...

baca cerita nie terigt kat rumah..dh lama tak blek..rindu teman nk ckp perak weyh..

cikgulizz said...

haha...kelakar betul la cite ni..beg pink..mcm cite kt penulisan2u..pakwe dia pakai helmet pink naik motor pink...haha...lawak giler..cite ok..cuma kdg2 byk iklan..overall BEST..