Thursday, February 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 25

BAB 25
Aleeya masih menanti Zain dengan sabar di pondok bas berhadapan dengan UKM. Sudah masuk minggu ke empat Zain menjadi pemandu peribadi kepada Aleeya. Bukan Aleeya sengaja tergedik-gedik nak berhantar berambil. Sudah termaktub di dalam kontrak halimunan yang Kak Ana buat dengan Zain. Selama sebulan Aleeya terpaksa menjadi mak turut, menuruti setiap titah perintah dari Mohd Zain Ibrahim ini. Sengaja tau Kak Ana ni. Boleh ikat kontrak antara aku dengan Zain ikut suka dia ajer. Kalaulah aku tahu tentang konspirasi rahsia ni, dah tentu-tentu aku ajak orang lain ajer yang temankan untuk pergi ke majlis reunion hari tu. Patutlah Zain yang terlebih semangat masa hari tu. Rupa-rupanya sudah dirangka rancangan awal-awal. Ada udang disebalik mee udang Kuala Sepetang. Aku pulak tak pasal-pasal terkena.
Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Ngeee… mana Zain ni. Lambatnya. Pantang betul lah kalau kena tunggu menunggu ni. Mata Aleeya masih lagi memerhati kea rah jalan raya. Kereta lalu lalang adakala menyesakkan pemandangan.
“Hai..” Tegur Adam. Terus dia mengambil tempat duduk di sebelah Aleeya.
Aleeya hanya memandang Adam yang sudah pun duduk di sebelahnya. “Hai..” Jawabnya sepatah.
“Lama tak jumpa.” Adam membuka bicara.
Aleeya hanya mengukir senyum. Ek elleh.. Ayat… Tak hengat. Lama amendernya entah. Bukan ker pagi tadi baru terserempak dekat café ker. Siap balas-balas senyum lagi. “Yang pagi tadi tu, awak jumpa saper pulak kat café?” Tanya Aleeya sinis.
Pecah ketawa Adam. “Awak ni kan, memanglah.”
Aleeya menarik senyum plastic. Malasnya nak beramah mesra dengan Adam ni. Dibuatnya Anita Nampak nanti, bukan ker naya namanya. “Apasal tak balik lagi?” Aleeya sekadar bertanya.
“Nak balik lah ni.” Adam menjawab selamba.
“Pergilah balik. Yang lepak kat sini lagi buat apa.”
“Awak halau saya ker?”
“Ini tempat menunggu bas awam. Tak tulis pun tempat bas ni saya yang punya. Awak nak berumah tangga, nak makan tidur kat sini pun tak ada hal. Saya suruh awak balik sebab tadi awak kata awak nak balik. Ada paham…”
Adam hanya ketawa. Kerek semacam ajer gayanya PA dari Putrajaya ni bercakap. Kalau pun dia tu sudah bekerja, career woman, tolonglah respect sikit aku yang tua setahun dari dia. Main belasah ajer apa yang dia terasa nak cakap. “Saya nak teman awak. Bahaya kalau awak tunggu sini sorang-sorang.”
Aleeya mencebik. Macam aku budak tadika pulak. “Saya dah besar ler. Tau jaga diri sendiri. Terima kasih ek. Sekarang awak boleh lah balik.” Kata Aleeya. Sebenarnya dia sendiri sudah terasa malas nak melayan Adam ni.
“Taknak. Nak teman jugak.” Adam menjelir lidah.
Uweekk…. Geli pulak dengan Adam ni. Main jelir-jelir pulak.
“Bee..” Terdengar satu jeritan dari arah pintu pagar utama UKM.
Aleeya segera menoleh gerangan pemilik suara yang nyaring itu. Air liur ditelan. Kelihatan Anita sedang menapak menuju ke perhentian bas. Nampak sudah berasap ajer. Ya Allah.. selamatkanlah hambamu ini. Aleeya buat muka selamba.
“Bee!!.. Kat sini you rupanya. Tau tak dah berapa lama I tunggu you dekat kereta.” Bentak Anita.
“Honey.. Apa you buat kat sini?” Tanya Adam. Bersahaja.
Yuuhuu… Bee and Honey. Nasib baik aku tergolong dalam golongan cerdik pandai. Paham apa maksud Bee dengan Honey yang dia orang pakai ni. Adoii. Apa ni Adam? Baru couple sudah kena queen control. Aleeya masih lagi berwajah selamba. Sesekali pandangannya dilontar pada jalan raya. Mana Zain ni?..
“You ni kan sengaja lepak sini sebab nak menggatal dengan perempuan ni kan.” Anita sudah berbulu. Jari telunjuk dituding kea rah Aleeya.
Aleeya buat-buat tak dengar. Masih lagi duduk diam memerhatikan jalan raya. Ngee.. Lambat gila Zain ni.. Singa betina depan aku ni dah mengamuk besar ni.
“Hey you. Berani you kacau boyfriend I.” Kata Anita kasar kepada Aleeya.
Aleeya mengangkat wajah merenung muka Anita yang sudah merah padam menahan marah. Awek beg Prada Jalan TAR nil ah. Nak cakap, cakap ajerlah. Tak payah ler menjerit-jerit. Habis tempias aku. Aleeya masih lagi dengan gayanya tadi. Selamba dan bersahaja. Macam tak ada apa-apa. Jari telunjuknya ditala ke mukanya sendiri. “Awak cakap dengan saya ker?” bertanya soalan bodoh. Biarlah soalan bodoh pun, janji buat minah ni sakit hati lagi.
Anita mengetap bibir. Ngee.. Yerlah pompuan. Aku tengah cakap dengan kau la ni. Takkan aku tengah cakap dengan kerusi batu ni pulak. Diam.
Aleeya hanya tersenyum melihat Anita yang masih lagi berkerut-kerut dahinya menahan rasa marah. Setakat kena tengking macam ni. Apalah sangat. Dah terbiasa dengar mak duk berleter macam ni. Boleh tahan lagi. Telinga pun boleh lagi berfungsi dengan baik lagi. “Cik Anita, saya dengan Adam tak ada apa-apa. Kalau awak sayingkan Adam, belajar-belajarlah percayakan dia.” Tutur Aleeya lembut. Ini trick mahu berdiplomasi. Diplomasi secara terpimpim. Mengikut flow dan peraturan yang ditetapkan. Kalau sekali lagi kena sergah. Aku guna cara diplomasi main hentam ajerlah. Aku sergah balik ajer minah ni.
Anita memandang wajah Aleeya yang masih lagi bersahaja. “Yang you melayan dia tu kenapa?” Tanya Anita lagi. Tune suara sudah dikendurkan sedikit.
“Dah Adam ni ajak saya bersembang. Takkan saya tak layan. Karang orang ingat dia gila. Cakap sorang-sorang kalau saya buat tak tau.” Balas Aleeya. Mata dijeling sekilas pada Adam yang hanya menikus. “Awak nak ker orang-orang kata awak couple dengan orang gila. Nak ker?” Sambung Aleeya lagi.
Adam hanya tersenyum. Macam-macamlah Aleeya ni. “Betul tu Honey. I saying you sorang ajer. Percayalah.” Adam memujuk Anita.
Lelaki kalau bercakap memanglah. Pijak semut tak mati. Yo la tu… “Haah. Betul tu. Adam saying awak sorang ajer.” Sela Aleeya.
Aleeya memandang wajah Anita yang sudah mencebik. Tengah merajuklah tu. Dari jauh sudah kelihatan kereta Zain. Yess!!.. Superman, Batman, Ultraman, Cicakman aku sudah sampai. Zain memberhentikan kereta depan mereka semua. Keluar sahaja Zain dari kereta terus Aleeya berlari mendapatkannya. “Hai saying. Why you lambat..” Aleeya merengek manja. Matanya dikenyitkan kepada Zain. Action Zain. Action.
Jelas Zain sudah terpinga. Apa kena dengan budak ni. Sakit mata ker. Dahi sudah berkerut. Memang tak paham apa yang sudah terjadi sekarang ini.
Aleeya membelakangkan Anita dan Adam. Zain dipandang. Kemudian dia tersengih. Mulutnya dikumat-kamit mengisyaratkan sesuatu.
Zain yang dapat menangkap isyarat yang diberikan terus main peranan. “Owhhh… Sorry I’m late darling..” Terus lengan Aleeya dirangkul erat.
Terkesima Aleeya sejenak. Ngee.. Nak kena pijak ker kaki dia ni. Orang suruh action yang biasa-biasa ajer. Ni siap kait-kait lengan apahal pulak ni. Aleeya memandang Zain. Dibulatkan mata sebagai tanda amaran agar segera dilepaskan tangannya. Nasib pakai baju kurung. Berlapiklah juga. Melebih-lebih ar Zain ni.
Zain buat-buat tidak Nampak tanda amaran yang diberikan itu. Segera dieratkan lagi rangkulan tangannya. Barulah Nampak natural. Betul-betul macam ‘Sayang-Darling’.
Wajah Aleeya betul sudah membahang. Sudah-sudahlah tu Zain. Gigil siott…. Kena pegang macam ni.
“Siapa ni?” Anita bertanya rendah.
“Darling.. Apalah you ni. Kenapa tak bagi tau yang I ni your boyfriend.” Zain pantas mencelah.
Ngee… Tau lah mangkuk. Yang kau pergi potong part aku tu apahal. Aleeya hanya tersenyum. “Ini boyfriend saya.” Teragak-agak Aleeya menjawab pertanyaan Anita tadi.
Anita hanya menarik senyum segaris. Lega. Sudah berpunya rupanya Aleeya ni. Adam pula sudah berubah air muka. Tak tau nak tafsir apa pada perubahan yang jelas kelihatan pada raut wajah anak muda ini. Aleeya hanya buat tidak tahu.
“Zain.” Zain memperkenalkan diri sambil menghulurkan salam kepada Adam.
Zain dipandang. “Adam. This is my girl. Anita.” Sekilas Aleeya dijeling.
“Hai.” Sapa Anita. “Nice to meet you.” Sambungnya lagi.
Aleeya sudah mula rasa lain. Adam dengan Zain lain macam ajer gayannya. Yang sorang sudah member jelingan maut. Yang sorang lagi sudang memandang macam nak ditelan ajer orang yang dipandang. Tak boleh jadi ni. “Okeylah. Kita orang balik dululah ek.” Akhirnya Aleeya bersuara. Segera ditarik Zain masuk ke dalam kereta.

Kereta terus meluncur laju meninggalkan Adam dan Anita yang masih lagi tegak di perhentian bas.
“Siapa tu.” Tanya Zain ketika di dalam kereta.
“Adam. Budak UKM jugak.” Aleeya menjawab bersahaja.
Pedal minyak ditekan. “Taulah budak UKM. Tapi dia tu siapa dengan kau.” Getus Zain
Aikk.. berbau cemburu Nampak. “Kawan.”
“Kawan?” Zain bertanya sinis.
“Yerlah kawan. Macam kau jugak.” Aleeya masih lagi selamba.
“Macam aku?” Zain bertanya kembali.
Aleeya melempar pandangan ke luar tingkap. “Kau kawan aku. Dia kawan aku. Tak ada bezalah.”
“Owwhh.. Tak ada beza..” Zain bersuara datar. Cool sahaja.
Aleeya hanya ketawa di dalam hati. Sah!!. Zain memang tengah cemburu tu. Sengaja control macho. Buat-buat cool konon. “Eh.. Nak ke mana ni?” Tanya Aleeya apabila kereta Zain sudah membelok ke laluan lain.
“Pergi makan.” Zain sekadar menjawab ringkas. Masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya.
“Kat ner?”
“Kelana Jaya.”
Mak ooiii… Jauhnya. Ini baru betul namanya jalan-jalan cari makan, sambil tu jalan-jalan cari pasal sekalilah tu. “Kau nak belanja aku makan dekat Warung William tu ker?” Aleeya sekadar meneka. Itu port selalu Aleeya melepak dengan Iwa kalau dalam poket sudah terlebih duit. Makanan di situ memang best sangat. Harga memang boleh tahan, tapi berbaloi.
“Mana tau?”
“Betul ek?” Aleeya bertanya kembali.
“Tak. Pekena mapley.”
Errkk.. kalau setakat makan kat mapley, Pricint 9 tu pun melambak restoran mapley. Pilih ajer. Aleeya hanya mendiamkan diri. Ikut ajerlah. Dah orang tu nak belanja.
Aleeya merenung sepinggan besar Arabeata Seafood yang terhidang di depan mata. Doa dah habis baca. Ambil bau dulu. Wallah!!!.. Marvelous. Bayangkan, di dalam satu pinggan ada udang biasa, udang galah, sotong, siput, scallop di masak dengan ramuan rahsia. Memang tak boleh tahan. Makan time!!.
Sesekali, Zain melirik pada Aleeya yang tengah berselera sangat makan Arabeata Seafood yang dipesan. Pelik pun ada. Badan kecik. Makan banyak. Tolak batu, kayu dengan besi ajer. Yang lain semua dia bedal. Memang Zain bercadang untuk mengajak Aleeya makan di Warung William hari ini. Dia sendiri sudah teringin sangat hendak menikmati nasi goring ketam di sini. Tak tau pulak, Aleeya pun memang suka makanan-makanan di warung ini. tak payah tengok menu, lancer sahaja mulut Aleeya membuat pesanan. Kalau sudah sampai ke William ni, tidaklah Aleeya spesies ‘frog underground’ seperti yang disangkakan dulu.

1 comment:

Anonymous said...

omg..u remind me bout seafood arabiata..plus ribena longan n peach..wahhh marvelous..windu gle mkn kt williamss..nwy nice story..Gd Lck