Monday, August 9, 2010

YESS BOSS!! BAB 15

Deringan telefon yang membingitkan telinga sengaja tidak dilayan. Geramnya pada bos masih bersisa biarpun peristiwa dia ditinggalkan di kelab tenis telah tiga hari berlalu. Berkali bos menyatakan yang dia bukan sengaja mahu meninggalkan Aryana seorang diri di sana. Bos bersungguh berkata yang kononnya waktu itu dia terlupa yang Aryana turut ada bersamanya. Ahh… Bos bila sudah bersama Si Tina yang bermini skirt putih dan bertshirt ketat tanpa lengan aku pun boleh dilupakan. Ngomel Aryana apabila deringan itu masih tidak henti berbunyi.
Menyedari alasan bos itu tidak cukup konkrit Aryana malas mahu melayan karenahnya sepanjang tiga hari ini.. Sengaja dia menunjuk perasaan. Malah sekarang ini pun dia sudah cukup menyampah nak melayan karenah girlfriends bos yang lain.
Deringan yang mati bunyi kembali. Bos juga seperti Abang Harun. Jenis yang tidak faham bahasa. Macam tak tahu nak menghormati waktu rehat orang lain. Jika bos yang menelefon Aryana sudah dapat mengagak yang lelaki ini pasti mahu menyusahkan hidupnya lagi. Waktu pejabat dia tak ada masalah untuk berkerja mengikut arahan bos. Tapi sesudah dia pulang ke rumah pastinya masa yang ada ini dia mahu merehatkan diri. Merehatkan minda. Dia tidak mahu menerima sebarang gangguan. Titik.
Kali ketiga deringan telefon berbunyi lagi. Arrgghhh… Aryana yang sedang bergolek-golek di atas katil sambil membaca majalah Intrend mencapai malas handphone yang memang diletakkan berdekatan dengan tempat dia berbaring. Dilihat nama pemanggil yang tidak faham bahasa. Lerr.. Abang Harun rupanya. Ingatkan tadi bos yang masih lagi berusaha untuk menghubunginya lagi, kerana yang dia tahu kalau ada yang menganggu tengah-tengah malam begini tiada orang lain lagi. Siapa lagi kalau bukan bos.
“Hello…” Malas-malas Aryana menjawab panggilan abang Harun.
“Yana. Dekat mana?” Soal Harun gopoh.
Sebelum menjawab Aryana melihat telefon ditangannya dengan dahi berkerut. Apa hal Abang Harun ni. Sudah buang tebiat ker? Sudah berapa kali Jumaat Abang Harun tempuh? Tengah-tengah malam bertanya dia di mana. Kak Leha balik kampung ke sehingga Abang Harun berani sangat menelefon dia di malam hari.
“Dekat rumahlah. Dekat mana lagi.” Jawab Aryana.
“Bagus. Yana siap sekarang jugak. Abang on the way jemput Yana.” Arah Harun.
“Apasal ni Abang Harun. Hai… Dah buang tebiat ker. Tiba-tiba malam ni nak mengajak orang keluar.” Kata Aryana sedikit berang. Abang Harun ini kata sahaja konon Kak Leha itulah jantung hati. Cintanya dunia akhirat. Perempuan lain takkan dia pandang, kerana hanya Kak Leha seorang sahaja bertakhta di hati, tapi berani pula tu mengajak anak dara orang keluar bersamanya pada malam hari. Tipikal lelaki. Dah kahwin pun masih lagi suka berlagak bujang.
“Haihhh…” Harun mengeluh. Aryana selalu sahaja ditimpa penyakit perasaan. Bukannya dia mahu mengajak Aryana dating pun. Itu namanya mencari masalah. Dia ajak Aryana keluar adalah untuk menyelesaikan masalah. Masalah besar baru sahaja datang.
“Yana, jangan nak over perasan. Cepat siap. Kita kena tolong bos. Bos berada di dalam kesusahan.” Kata Harun.
“Abang Harun, bos sedang berseronok dengan Tina mana entah. Tak ada maknanya dia tu berada di dalam kesusahan.” Balas Aryana. Jengkel pula dia bila mengingatkan bos yang sedang bergembira berdating dengan Si Tina pula.
“Yer. Sebab dia berdating dengan Tinalah teruk dia dibelasah dekat night club. Cepat siap!!”
“What!! Kena belasah? Teruk ker? Kat mana?” Soal Aryana bertalu-talu. Perasaannya dipahat rasa bimbang. Bimbang dengan keadaan bos sekarang ini. Patah tangan? Patah kaki? Atau patah hati?
“Cepat siap. Abang dah masuk lorong rumah Yana dah ni.”
“Yess Abang Harun!!”
Macam lipas kudung Aryana terus bersiap. Dicapai apa sahaja asalkan boleh menutup auratnya. Tergesa-gesa dia keluar apabila mendengar bunyi hon kereta Abang Harun dari luar.
“Yana nak kemana?” Tegur Samsiah apabila dia turut sama dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang tidak berhenti-henti dari luar rumahnya.
“Emergency Mak Ngah.” Meluru Aryana keluar mendapatkan Abang Harun.
Samsiah sekadar menggeleng kepala. Tak sempat nak dihalang Aryana sudah lesap. Kalau emak dikampung dapat tahu yang anak dara seorang ini semakin pandai keluar malam, pasti bukan setakat telinga Aryana sahaja yang kena tadah, dengan telinga dia juga bakal menerima nasib sama. Silap hari bulan Sakina yang tak tahu apa-apa dikampung pun tak terkecuali.


“Nama saper?” Soal Ilham sebaik sahaja dia membuka matanya.
Aryana yang sememangnya dari malam tadi tidak lena tidurnya terjaga apabila menyedari bos sudah mula bersuara. Matanya dibuka perlahan. Kelihatan bos senang hati cuba mengorat misi yang sedang memeriksa keadaannya walaupun di dalam keadaan berbungkus bangkas dan lebam-lebam sana sini.
Keji betul lelaki ini. Dah kena lepuk sampai pengsan malam tadi masih lagi tidak serik. Aryana bangun dari sofa yang menjadi tempat tidurnya sejak semalam. Dia menapak menuju ke katil bos. Nampaknya lelaki ini masih lagi mereng kut akibat terkena ketukan di kepalanya. Terasa Aryana patut mengetuk lagi sekali kepala bos. Baru sedar agaknya.
“Bos.” Panggil Aryana. Adik misi yang nampaknya sudah selesai menjalankan tugasnya Aryana suruh keluar. Yer. Nampaknya bukan lelaki sahaja yang salah. Perempuan juga. Adik misi yang sudah selesai kerjanya masih lagi mahu berlama-lama di sini. Selagi tidak dihalau alamatnya pasti gadis misi ini akan terus berada di sini. Mudahnya si gadis ini terpikat pada bos. Mahu sahaja diberitahu kepada misi ini yang mengakibatkan kepala lelaki ini berbalut, dan adanya kesan lebam di sana sini adalah disebabkan oleh dihempuk oleh lelak lain. Lelaki lain yang merupakan suami Si Tina tu. Bos pun. Dengan bini orang pun dia mahu hauk jugak.
“Eh…Aryana. Awak kat sini.” Tegur Ilham sebaik sahaja menyedari kehadiran Aryana.
“Yer. Yana ada dekat sini sejak dari semalam, bawak ke pagi, memang di sinilah Yana duduk. Bos boleh buat tak nampak, tapi sibuk nak mengorat nurse tadi tu pulak.” Bebel Aryana. Bos dijeling.
Jelingan Aryana dibuat tidak tahu. “Harun mana?” Soal Ilham. Melilau matanya mencari orang kanannya itu disegenap ruang bilik yang menempatkannya di Pusat Perubatan Islam. Bilik bertaraf executive yang hanya menempatkan seorang pesakit untuk satu masa. Lengkap prasarana seperti duduk di dalam hotel.
“Dah balik malam tadi.” Jawab Aryana malas. Macamlah mata bos ini buta selepas kena lepuk semalam. Tadi sudahlah dia yang terang-terang duduk di sofa dia tak perasan. Sekarang pula macamlah tak nampak yang di dalam bilik ini hanya dia dan bos ajer. Abang Harun jugak yang ditanya.
Ilham mengangguk-angguk kepalanya.
Aryana melihat keadaan bos. Nampak macam okey ajer.
“Yana…” Panggil Ilham panjang.
“Apa dia?”
“Tolong tanya misi tadi tu apa nama dia. Saya nak berkenalanlah dengan dia. Manis.” Pinta Ilham.
Mendengar permintaan bos itu membuatkan tangannya seolah mendapat tindakan reflex untuk mencapai laju majalah di meja sisi katil dan terus mengetuk tangan bos yang turut sama berbalut itu.
Wahhhh…dia… Malam tadi menyusahkan aku. Pagi ini pun sama. Ingat bila sakit tu boleh ingat tuhan. Boleh bertaubat. Tapi tetap sama jugak!! Getus Aryana.
“Sakitlah…” Ilham mengerang. Terasa makin sengal kesan lebamnya akibat diketuk oleh Aryana. Dalam keadaan lebam kebiruan macam ni, kena ketuk dengan majalah yang digulung macam kayu baseball ini pun turut mendatangkan kesan sakit yang amat sangat. Percayalah kerana ianya benar!!
“Aryana kenapalah kejam sangat sampai nak melakukan kecederaan fizikal ke atas diri saya yang lemah ni. Sakit tau Yana.” Kata Ilham. Sengaja dibuat-buat suara itu macam orang yang mengalami kesakitan yang amat sangat. Padahal bukannya boleh patah pun tangannya yang berbalut dan lebam ini apabila dipukul dengan senaskah majalah yang sudah ditransformasi menjadi kayu pemukul baseball. Sengaja. Mahu mendapat perhatian.
Aryana mencebek. Ahh.. Kecederaan fizikal yang ditempah sendiri. Tak patut nak rasa kasihan pun.
“Bos tu kan. Memang. Semalam macam nyawa tu dah sipi-sipi dah. Dah macam nak kena cabut dengan malaikat Izrail. Tapi hari ini sempat lagi tu nak mengatal.” Sedas Aryana bagai menceritakan keadaan bos selepas dipukul semalam. Teruk. Sampai lembek. Semasa Aryana dan Abang Harun tiba di kelab malam tempat bos dipukul itu pun sudah kelihatan lelaki ini separuh nyawa tidak mampu melakukan apa-apa. Mujur suami Si Tina itu tidak memukul bos sampai mati. Kalau tidak, kenduri arwah 44 harilah jawabnya.
“Yoo.. Aryana. Lazernya mulut awak. Cakap tu biarlah berlapik sikit. Yang tengah sakit ni bos awak tau.” Kata Ilham. Tangannya cuba meraba-raba rahangnay yang menjadi sengal akibat banyak bercakap dengan Aryana.
“Betulah tu. Lepas ni tak tahulah siapa pulak yang akan pukul bos. Hak orang buat macam hak sendiri. Suka-suka hati ajer.” Balas Aryana. Yer. Sebab bos Yanalah, suka-suka hati bos tu ajer nak susahkan hidup Yana. Ngomel Aryaan di dalam hati.
“Laa… Salah ker kalau saya nak berkenalan dengan misi tadi tu. Bukan buat apa pun. Saya ni nak merapatkan tali silaturahim. Itu ajer. Lagipun dulu saya ingatkan duduk dihospital ni sesuatu yang mengerikan. Tapi tak jugak. Tak sangka dekat hospital pun ada bidadari syurga.” Bersahaja Ilham menuturkan. Matanya dipejamkan bagi menambahkan feel di dalam membayangkan feelingnya ketika ini.
Papppp!!!
Sekali lagi majalah yang memang ada ditangan Aryana diketuk pada bahu bos pula.
Ilham menggosok-gosok bahunya pula. Bahu yang baru sahaja menjadi mangsa ketukan Aryana tanpa belas. Sakit dowhhh!!! Aryana memukul sekuat hati.
“Tak sangka dekat hospital puna ada bidadari syurga.” Ajuk Aryana dengan kata-kata bos tadi. Sinis dia meniru sebiji-sebiji gaya lelaki ini berkata. “Banyaklah bidadari syurga. Kena lepuk dekat night club. Bersuka ria dengan isteri orang. Masih ada hati nak berangan nak dapat bidadari syurga.” Perli Aryana.
“Amboii.. Pedas tu.” Kata Ilham bersahaja. Tangannya dikipas-kipaskan menunjukkan betapa panas dan pedasnya sindiran Aryana itu.
Aryana masih mahu membalas bila melihat kelakuan bos yang loyar buruk itu namun hajatnya terbantut apabila melihat pintu bilik bos dikuak. Meluru Datin Rokiah Kamsan dan Datuk Maarof masuk ke dalam.
“Aryana, kenapa tak bagi tahu saya. Mujur saya terdetik nak telefon Harun tadi.” Marah Datin Rokiah Kamsan kepada Aryana.
Aryana yang duduk di atas katil bos meloncat turun. Mata Aryana terpinga-pinga bila Datin Rokiah Kamsan terus menyerangnya. Masuk tak bagi salam terus nak serang orang macam tu. Terkesima Aryana sebentar.
“Sudahlah tu Yah. Nak dimarahkan Aryana buat apa. Yang terlantar atas katil ni yang salahnya sebenarnya.” Pujuk Datok Maarof cuba meredakan angin isterinya. Agak keterlaluan isterinya itu memarahi Aryana sedangkan dia sendiri tahu bagaimana perangai anak terunanya. Lagipun insiden ini berlaku di malam hari. Di luar waktu pejabat. Sudah tentulah yang apa yang berlaku ini di luar kawalan Aryana. Dia pun tahu, takkanlah gadis ini tidak ada hidup sendiri, takkanlah 24 jam mahu menjadi pengawal kepada anak terunanya yang amat sukar dikawal ini.
Aryana mengangguk mengiyakan kata-kata Datuk Maarof. “Datin tanyalah bos sendiri. Dia yang taknak datin tahu.” Aryana menjawab berani. Malam tadi juga, semasa bos sedang mendapat rawatan,bos masih lagi di dalam keadaan sedar. Sempat bos berpesan, agar jangan beritahu mama dan abahnya. Katanya tidak mahu kecoh. Betul pun. Bila Datin Rokiah Kamsan dapat tahu memang beginilah jadinya. Kecoh sekampung!!
“Menjawab!!” Getus Datin Rokiah Kamsan. Geram dengan mulut si gadis ini yang cukup gemar menjawab. Lagi geram gadis ini selalu sangat membacking anak terunanya. Macam Harun pulak. Patutlah kerja yang disuruh dahulu tak nampak hasil. Makin teruk perangai si Ilham adalah.
Aryana menjuling mata ke atas. Dia mencebek. Buat muka. Cukup punya baik dia sanggup menunggu anak kesayangannya itu sehingga ke pagi dari dibiarkan sahaja tinggal di hospital ke seorang seorang diri. Itu pun nak marah. Bukannya tahu nak berterima kasih. Ngomel Aryana di dalam hati. Inilah yang dia tidak gemar dengan sikap Datin Rokiah Kamsan. Anak sendiri yang salah, sibuk pula dia mahu mencari salah orng lain. Sepatutnya marahlah bos, kenapa marah dia pulak.
“Ni Aryana. Macam mana bos kamu boleh jadi macam ni nih?” Datin Rokiah sudah mula menyoal. Dipandang Aryana yang berdiri di belakang suaminya.
Datuk Maarof turut sama menoleh memandang Aryana. Mengharap penjelasan dari Aryana. Harun tak ceritakan sampai habis di dalam talian tadi. Harun hanya mengatkan yang anak teruna mereka dipukul orang sampai masuk hospital. Kena pukul dengan siapa, di mana? Harun tidak cerita. Harun yang menjadi penyelamat Ilham tu memang pandai sangat. Dibuat-buat talian seperti tidak mempunyai coverage terus diletak telefon. Bila cuba dihubungi semula suara perempuan Maxis pula yang menjawab. Itu yang buat panas dalam hati isterinya membara-bara. Harun hilang entah ke mana. Sampai ke sudah gagal dihubungi.
Aryana memandang bos sambil otaknya ligat berfikir isyarat-isyarat tangan yang dibuat oleh bos.
“Errmm…ermm..” Dia masih lagi cuba memahami apa bendalah yang bos tengah buat tu. Datin Rokiah Kamsan dan Datuk Maarof masih lagi menanti jawapan daripadanya.
“Bos…kena…aaa..errmmm…” Aryana menyambung dengan tergagap-gagap. Bos!! Bagilah isyarat yang senang-senang!! Yana tak penah belajar bahasa isyarat dari mana-mana sekolahlah!!
“Kena apa??!!!” Suara Datin Rokiah Kamsan meninggi secara tiba-tiba membuatkan Aryana terperanjat.
“Bos kena pukul dekat night club dengan suami perempuan yang dia bawak keluar semalam. Datin. Datuk.” Laju Aryana menjawab tanpa ada satu perkataan pun yang tertinggal.
Laju Datin dan Datuk berpaling menghadap Ilham yang sudah tersengih.
“Am.. ni memang tak pernah nak berubah kan.” Kata Datin Rokiah Kamsan dengan nada kesal. “Jom bang. Kita balik.” Terus tangan suaminya di tarik dan mereka meluru keluar. Kecewa dengan sikap Ilham. Tak habis-habis memberi masalah. Tak pernah nak fikir baik buruk setiap tindakannya itu.
Aryana hanya menjongket bahu memandang bos yang jelas terpamer rasa bersalah di wajahnya. Tak lama kemudian pintu bilik dikuak lagi.
“Balik Yana. Jangan dilayan bos kamu itu.” Arah Datin Rokiah Kamsan.
Kini tangan Aryana pula ditarik oleh Datin Rokiah Kamsan. Dia tak sempat nak berkata apa-apa. Hanya sempat membuat lambaian mesra pada bos yang masih terpinga-pinga apabila mamanya senang hati menarik tangan Aryana turut sama meninggalkannya. Babai bos…..



“Kak Nani, mama berangin lagi ker?” Ilham menyoal kepada Kak Nani yang datang melawatnya hari ini. Hari ini mama langsung tidak datang melawat. Rasa kecil hati pula dengan mama. Terasa kelebihan anak bongsu yang manja dan disayangi macam direntap pula.
“Tu la siapa suruh cari pasal.” Bagi Armani. Lebam di mata kiri Ilham dilihat. Dia sebagai seorang doctor melihat kesan lebam itu tidaklah teruk sangat. Hari ini boleh balik dah ni.
“Ini Yanalah ni. Tak boleh nak dibawa bersekutu.” Tiba-tiba Ilham memarahi Aryana yang sedang memotong buah epal yang dibawa Kak Nani.
Aryana berpaling pantas. “Orang pulak.” Getus Aryana. Piring berisi epal diletakkan di atas meja.
“Yerla. Kalau Yana diam-diam sahaja semalam temperature Datin Rokiah Kamsan tak adalah naik tinggi mendadak macam sekarang ni. Yana ni ikut parti mana ni?” Bebel Ilham lagi apabila merasakan Aryanalah punca mama jadi hot sampai memboikot anak sendiri.
“Parti Tupperware!!” Aryana menjawab. Bos dijeling.
“Aryana!!”
“Kak Nani, tengok bos ni.” Ngadu Aryana pada Armani.
“Am pun. Jangan nak menyalahkan orang lain. Awak tu yang salah.” Armani memenangkan Aryana.
Aryana tersenyum puas.
“Sudahlah. Kak Nani pun sama jer.” Ilham bersuara rendah. “Yana pergi tanya doctor, bila saya boleh keluar. Bosan dah saya ni tinggal dalam bilik ni lama-lama.” Ilham mengarah.
“Yess boss..” Aryana keluar meninggalkan bos dan Armani berdua sebaik menerima arahan.
Langkah Aryana diperhati Armani. Kemudian dia beralih pula kepada adiknya yang beriak bersahaja sambil makan buah epal yang telah dikupas oleh Aryana tadi. Armani menggeleng perlahan.
“Mengalahkan abah. Menyuruh Aryana memanggil bos.” Gumam Armani jengkel.
“So…” Ilham menaik kening.
“Am tak boleh nak buat Aryana macam kuli okey. Dia mesti ada life sendiri. Takkan nak menjaga Am sahaja. Ini masuk hospital. Kak Nani tengok Aryana pulak dah take over kerja misi kat sini. Ada sahaja dia menyediakan itu ini untuk Am.”
“Kak Nani ni. Membebel macam mama okey. Aryana tu sejak rapat dengan mama dan Kak Nani penyakit kuat membebel tu pun dah berjangkit. Dia setiausaha Am lah kak. Suka hati Am lah nak arah apa pun.”
Armani mengeluh kesal. “Am ni kan. Taksub sangat dengan jawatan dengan pangkat dengan kedudukan. Kak Nani takut, kalau satu hari nanti Yana tak ada Am tak boleh nak handle diri sendiri pulak.”
“Yana tak ada Am ambilah setiausaha baru.”
“Siapa jer yang dapat tahan dengan perangai Am ni. Harun dengan Aryana ajer yang boleh tahan perangai Am tu. Harun tu akak tahulah tahan dia dengan Am sebab kamu berdua tu memang sekepala. Yang Aryana tu entah-entah Am dah bagi dia apa-apa kut. Sebab tu boleh ikut semua telunjuk Am.”
“Dahlah Kak. Tak payah nak bising-bising. Am tahu apa yang Am buat okey. Aryana pun tak bising kak Nani pula yang lebih.” Ilham malas mahu mengambil pusing kata-kata Dr. Armani yang sememangnya sejak dahulu lagi dia sudah tahu akan kelazeran mulutnya itu. Amboi…Amboi..Amboi… Main cakap lepas!!
“Suka hatilah. Malas dah Kak Nani nak nasihatkan awak tu.”
Ilham buat tidak tahu.
“Boss!” Teriak Aryana dari muka pintu.
“What?”
“Esok bos dah boleh keluar.”
“Yess!!!”
Armani hanya memandang keduanya sambil menggeleng kepala. Nasib Aryanalah dapat bos macam adiknya itu…..




p/s:lambat masuk n3 adalah disebabkan lambat dapat idea. enjoy.

luv,
eila.

17 comments:

anna said...

suke!!!!!!!!!!xpe la lmbr,jnji ade kn....usaha tgga kejayaan....hehe(dh mcm bg smgt kt student nk exam jek)huhu

aqilah said...

best!!!!best!!!! yana dan am satu kepala pun sebenarnya........ .....hehheee

Nadiah said...

best la....gile2...

Miss Kira said...

o.0..
ego ya am...
yana tinggal aja am tu..
kekeke

Unknown said...

suke2,,,,

nk lg,,,

Anonymous said...

boss ni takde perasaan pada yana ker??? buatla perasaan bos ni teruji pulak kat yana...

MaY_LiN said...

wawawa..
kemain miang boss ni..
piat tinge nanti..

Unknown said...

wah! n3 pnjg!! i like! ahaha...cian yana..bos ni mlampau la..ke bos sje nk test yana? kot2 dh jth ati kt yana..nk tgk yana tahan x..lalalla..

waiting 4 de next n3..:)

lisa brunei said...

bestnya dpt baca entry baru...

Strawberi Comei said...

besh..nk lg..nk lg...:)

Anonymous said...

bila boss n aryana nie nk jatuh hati antara.....

Anonymous said...

bestnya..cepatla sambung

bidadari cinta said...

best betul la.sambung lg..
hehe..

miznza84 said...

best2... tp ble Am nak bukak ati untuk yana ni.. tak sabar la...

Anonymous said...

mkin menarik...ye la bos ni sllu je ambik ksmpatan...nk tgk cmne bos merana lau ariana xde..he3...cayoook...n selamat berpuasa semua

missn said...

bestnye..
suka2....

nadya said...

suker2!!!!!!sempoi lah aryana tu...beshhh!!!