Wednesday, March 11, 2009

Iman Suraya Bab 1

“Betul nak pergi jugak ni?” Suara dari hujung talian bagaikan tidak percaya dengan sms yang diterima sebentar tadi.
“Yup. Confirm. Memang nak pergi.” Sekali lagi Suraya Dania mengiyakannya. Sudah masuk sepuluh kali Azim bertanya soalan yang sama. Memang nak pergi. Nak pergi. Nak pergi. Rancangan telahpun diatur. Masakan mahu dibatalkan hanya kerana Azim tidak dapat turut serta. Penat-penat dia merancang itu ini, takkan nak senang-senang batal macam tu ajer.
“Sue, saya macam tak sedap hati nak biarkan awak pergi sorang-sorang ke tengah pulau tu.” Azim meluahkan perasaannya kepada Suraya. Gilalah dia sebagai tunang, memberi keizinan kepada Suraya untuk ke pulau itu seorang diri walaupun Suraya mengatakan yang dia akan diexcort dengan Anisa dan Zulaika. Mereka bertiga tetap perempuan. Anak dara berkelana sampai ke tengah pulau mahu dibuat apa. Macam-macam benda tak elok bermain di dalam kepala.
“Sayang, awak tak payah risau. Anne dengan Ika kan ada. Dia orang boleh jaga saya.” Suraya memujuk. Di dalam hati dia tersengih panjang. Hahaha… Untuk kesekian kalinya dia berbohong pada Azim. Tak apa. Azim jauh nun di Putrajaya. Bukan dia boleh hidu apa yang aku buat. Pandai buat, pandailah tanggung nanti kalau terkantoi dengan tunang tercinta. Mahu Azim mengucap panjang kalau dapat tahu dia ke Langkawi seorang diri. Anne dengan Ika nak teman. Hohohoo… Tak ada maknanya budak berdua ni nak temankan. Awal lagi mereka berdua dah siap bagi alasan tak mau join sekapal pergi jelajah pulau tu cari tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan kenangan pada sekeping gambar. Cuba kalau ajak turun KL. Tak payah jemput, dua-dua datang ke depan, angkat tangan. “Nak ikut. Nak ikut.” Kata-kata Anne dan Ika bermain di dalam kepala setiap kali cadangan turun KL diutarakan.
“Cikgu Azim, tolonglah izinkan.” Suraya merayu di dalam hati. Beg dah packing ni. Abah tak kata apa. Azim yang lebih. Risaunya mengalahkan aku ini isterinya. Jangan lupa Azim, aku ini hanya tunanganmu sahaja. Suraya masih lagi tegak berdiri bersama pendiriannya selama ini. Selagi belum diijab kabulkan dia punya hak untuk buat apa yang dia suka. Janji apa yang dibuat itu tidak melanggar batas-batas seorang perempuan Islam.
“Lagipun saya dah ajak awak sekali. Awak yang tak nak join. Saya dah janji dengan Anne dan Ika. Takkan nak mungkir janji pulak. Munafik namanya tu.” Suraya masih meneruskan sesi pujuk memujuk. Dikeluarkan segala apa fakta yang boleh menguatkan lagi hujahnya. Amboi. Kalau mahu cover diri sendiri, pandai-pandai sahaja ayat agama boleh keluar dari mulut. Benda-benda fakta yang berkaitan dengan agama mana berani Azim nak menyangkal. Hati Suraya ketawa lagi. Bakat lakonan yang tak tau diwarisi dari siapa.
“Pandailah awak bercakap.” Azim menggetus geram.
Dari hujung talian, jelas Suraya sudah pecah tawanya. Jika tadi hanya hatinya sahaja ketawa, tapi apabila lubang telinga ini jelas dapat menangkap intonansi Azim yang tengah naik geram, dengan sendiri ketawanya itu boleh terburai keluar. Memang tak mampu untuk ditahan.
“Tengok tu. Boleh pulak gelak kat sana.” Gumam Azim. Mode geram campur bengkek tadi masih bersisa lagi. “Sue, tak boleh ker kalau awak pergi bercuti dekat-dekat sini ajer. Kenapalah pulau itu yang awak pilih.” Sekali lagi Azim cuba menghalang. Digunakan bahasa selembut mungkin. Pelik Azim dengan perangai Suraya. Semakin dekat hari bahagia mereka, semakin kerap Suraya buat perangai. Semedang mahu ikut kepala dia sahaja. Cakap orang dia tak ambil pusing. Kalau setakat nak memuaskan hobi dia itu, di Putrajaya ini pun banyak tempat menarik dia tak habis jelajah. Sekali lagi Suraya Dania buat Ikmal Hazim pening kepala.
“Tak boleh. Sebab kita orang memang dari awal semester ni lagi dah plan. Tamat final pulau tu kita orang akan jejak. Lagipun, awak tau kan. Saya pergi sana just nak have fun ajer. Bukan nak cari lelaki lain pun. Dalam hati saya ni, cuma ada awak sorang ajer Encik Ikmal Hazim.” Penuh drama Suraya berkata-kata. Ini kalau Azim tak cair-cair jugak, sahlah apa benda yang dah masuk dalam molekul-molekul dia tu.
Silent mode.
Lima minit telah berlalu, masih lagi dengan mode senyap sepi. Sesekali deru angin dari luar menghembus perlahan sahaja yang menangkap masuk lubang telinga. Mata Suraya ditala pada beg troli dan beg galas yang sudah siap berkemas di tepi pintu bilik. Kamera digitalnya sudah diletakkan berdekatan dengan beg troli tadi. Segala macam aksesori kamera digital itu, awal-awal sudah dimasukkan ke dalam beg. Mana boleh tinggal. Hancus plan kalau benda-benda tu tertinggal nanti.
Bila sudah masuk sembilan minit lima puluh sembilan saat Azim masih lagi dengan mode diam seribu bahasa dia tu, Suraya mulalah terasa panas semacam. Apa kes buat amal jariah tengah-tengah malam buta dekat syarikat telekomunikasi yang tentu-tentunya sudah kaya itu. Pakai line ‘Aktifkan Dirimu’ pun Azim tetap pasif tak tau nak cakap apa. “Azim!! Awak dah tidur ker?” Jerit Suraya perlahan. Bibir bawah digigit. Geram.
“Ada” Azim menjawab sepatah. Tidak bernada.
Hush… Apa bendalah Azim ni fikir lama sangat. Ingat dia sudah goal tadi. “Azim, awak jangan risau.” Sekali lagi Suraya cuba meyakinkan Azim. Kenapa susah sangat nak faham bahasa ni. Adoyai… Please..Please…. Ini yang last.
“Yerlah. Saya izinkan.” Azim mengalah jugak akhirnya.
Bibir Suraya menarik senyum segaris. Alhamdulillah. Ingat nak goreng apa lagi tadi kalau Azim tetap tak bagi pergi jugak.
“Nanti kalau nak mandi laut kat Langkawi tu nanti, awak pakai bikini ker, pakai short.” Azim bertanya dengan nada penuh sarkastik. Bukan tidak tahu tunangnya itu. Daring tak bertempat. Ingat lagi, pertama kali bertemu Suraya ketika hari pendaftaran pelajar junior di UPSI beberapa tahun yang lalu. Semua mata-mata senior tertala pada gadis yang serba rugged dari hujung rambut ke hujung kaki. Suara-suara nakal sibuk berkata-kata bahawa Suraya itu, tersalah masuk universiti. Sepatutnya Suraya itu patut ambil jurusan Komunikasi dan Media sahaja di UiTM. Sesuailah dengan perwatakan dan penampilannya. Ini Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) yang dia pilih. Semua orang naik confius. Bolehkah orang jenis macam ni jadi seorang pendidik yang kerjanya mendidik anak bangsa. Anasir tak baik. Manalah ada cikgu yang selamba pakai gelang tangan hitam, gelang kaki hitam, rantai hitam, serba serbi eksesori color hitam melilit di badan. Ini macam tangkal jangan bagi kencing malam ajer.
“Azim…” Getus Suraya. Dia mencebik. Tak puas hati. “Saya tau lah saya macam mana. Tak ada maknanya nak pakai bikini ker, short ker. Awak ingat saya tak tau malu ker.” Suraya menggumam rendah. Macamlah aku ini tidak bermuka, boleh pakai macam tu. Gila apa. Aku ini orang Melayu. Tahulah etika berpakaian cara orang Melayu. Walaupun memang dah lama sedar yang ada satu yang tak kena pada diri. Sampai sekarang pun tak dapat seru lagi nak pakai tudung. Perlahan. Perlahan. Insyaallah. Sampai masa nanti aku pakailah. Kira okeylah tu, bila mula-mula jadi awek Azim dulu boleh tahan ajer telinga kena bebel itu ini. Kena cuci sampai bersih. Sampai semua aksesori hitam gaya mutu keunggulan tu pun dah simpan elok dalam tin Vochelle masuk dalam laci kat rumah. Dalam kepala pun dapat tangkap sedikit-sedikit yang tak ada cikgu dalam Malaysia tanah air tercinta pakai segala benda alah tu.
“Awak terasa ker?” Azim buat-buat tanya.
“Terasa ek? Ada. Ada.” Balas Suraya laju. “Terasa macam nak pelangkung ajer awak kalau awak ada kat depan mata sekarang ni. Bercakap ikut sedap ajer.” Marah Suraya akhirnya.
Azim hanya mampu menahan tawa. Cikgu Sue dah marahlah. “Saya main-main ajerlah.” Azim mengalah. Jangan sengaja-sengaja buat Suraya merajuk. Karang tak cukup minyak kereta nak drive dari Putrajaya balik Ipoh sebab nak pujuk Cikgu Sue yang kalau dah merajuk memang susah nak dipujuk. Nak bagi senang sikit kerja pujuk memujuk petuanya cuma satu, payungkan dia dengan dua belas kuntum bunga ros merah dalam jambak yang cantik menawan dan satu kotak besar coklat Ferrero Rochel. Bapak demand. Kopak. Kopak. Itupun hanya enam puluh peratus ajer merajuk dia tu dapat dipujuk, lagi empat puluh peratus tu, kena tunggu dalam satu dua minggu jugaklah baru dia boleh reda sendiri. Dan itu yang tak boleh tahan tu. Moralnya. Jangan sengaja cari pasal kalau tak nak kopak, taknak tanggung rindu lama-lama.
“Saya tahu. Awak kan sayang-sayang-sayang-sayang saya sangat-sangat.” Suraya bersuara manja. Di dalam hati berbunga girang. Mana nak cari lelaki yang sebaik Azim di dalam dunia ini. Nak jumpa lelaki macam Azim satu dalam seribu mungkin. Kerana itulah dia merasakan, dialah manusia paling bertuah di dalam dunia ini apabila dia yang terpilih untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Senyum masih mekar dibibir. Bahagia.
Azim geleng kepala. Suraya. Suraya. Macam-macam. Tahu. Dari segi penampilan ada sedikit perubahan tapi daring tu tetap ada. Kalau dulu rugged dia yang lebih. Tapi kini lebih feminim kadang-kadang maskulin jugak apabila boyfriend nombor dua dia itu sudah ada ditangan. Camera digital berbagai fungsi hadiah daripada abang sulungnya. Dimana sahaja Suraya pergi, kamera itu diusung. Hobi Suraya itulah satu. Gemar mengambil gambar tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Mengambil gambar pemandangan dan tempat-tempat cantik di dalam Malaysia adalah minatnya. Suraya boleh dikelaskan sebagai jurufoto amatur yang berbakat. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi digital. Itu alasan yang Suraya berikan ketika dia mula-mula menyatakan hasratnya untuk bercuti di Pulau Langkawi sebulan yang lepas. Tidak dinafikan, dia jugak sudah mula mengikut jejak Suraya yang suka mengambil gambar-gambar untuk diabadikan di dalam lensa kamera. Kami berkongsi minat yang sama.
“So ni dah habis packing barang dah ker ni?” Tanya Azim.
“Sudah. Petang tadi dah siap semua dah.” Balas Suraya bersahaja.
“Amboi. Exited sangat awak ni.”
“Memanglah. Tak sabar nak ambil gambar kat tempat-tempat yang cantik kat sana tu. Itulah awak. Saya ajak, awak tak mau. Aktiviti sekolah lah. Student nak exam lah. Apalah.” Ngomel Suraya macam makcik-makcik.
“Cikgu Suraya Dania, nanti kalau awak dah start mengajar nanti, tahulah awak macam mana. Ingat. Jadi cikgu ni, pelajaran pelajar adalah yang paling utama.” Azim berhujah panjang lebar. Suraya perlu diingatkan. Jangan dibuat perangai yang sama apabila sudah masuk mengajar nanti. Mahu haru jadinya apabila diajar para pelajar dengan kepala gila-gilanya itu kalau tidak pandai cover diri sendiri.
“Yes sir!!.. Paham sir!!” Suraya mengangkat tangan memberi tabik hormat walaupun tahu, bukan Azim boleh nampak pun. Aku punya tangan, aku punya suka.
“Naik bas pukul berapa esok?” Azim masih lagi tidak puas menyoal selidik Suraya sebelum Suraya berangkat esok.
“Express Perlis pukul dua belas malam esok. Sampai Kuala Perlis dalam pukul tujuh tu, lepas tu naik feri dalam empat puluh lima minit, lepas tu check in dalam Twins Peak Resort anggaran jam sembilan pagi selepas sarapan, lepas tu masuk bilik, baring-baring kejap, lepas tu…”
“Sudah..sudah..” Pantas Azim memotong. Sampai macam tu sekali dibacanya itenarary untuk tempoh percutian dia selama lima hari empat malam itu kepada aku. Memang sengaja betul Suraya Dania mahu mencipta rasa hangin dalam diri aku.
“Sue, ini yang terakhir kan?” Azim bertanya lagi.
“Yup.” Suraya menjawab dengan seribu keyakinan.
“Lepas ni…..”
Belum sempat Ajib menghabiskan kata, Suraya pantas memotong. “Lepas ni, walau apa pun, kita akan buat berdua. Saya tahu. Ini percutian terakhir saya sebagai Cik Suraya Dania. Lepas ni kalau nak pergi bercuti pun dah pakai title baru. Puan Suraya Dania. Lagipun bagilah can pada saya nak enjoy puas-puas dulu sebelum masuk mengajar.” Suraya mencuri nafas seketika. “Awak jangan risau banyak sangat. Balik ajer dari bercuti ni, kita uruskan soal majlis kita pulak. Okey. Saya janji. Dah tak ada main-main lagi.” Sambung Suraya lagi.
Ini adalah yang terakhir. Takkanlah apabila sudah selamat menjadi isteri kepada Ikmal Hazim nanti boleh buat perangai pelik pergi bercuti dengan kawan-kawan pulak (kawan-kawan itu untuk cover line, sebenarnya pergi sorang-sorang). Biarpun sudah berkali-kali Anne dan Ika tumbuh tanduk dikepala menyarankan yang bukan-bukan apabila dia menerima lamaran Azim untuk menjadi suri dihatinya. Macam-macam dia orang berdua momokkan Suraya tentang hidup berumah tangga. Jika sudah jadi isteri somebody, alamatnya akan terkongkonglah hidup. Semua hasutan itu Suraya buat-buat pekak ajer. Dia yakin dan percaya sepenuhnya pada Azim. Azim lelaki yang baik. Dia sempurna dimata Suraya. Semua kriteria lelaki idaman ada dalam diri Azim. Munculnya Azim sedikit sebanyak banyak mengubah diri Suraya. Dan Azim adalah seorang lelaki yang tahan sabar dengan setiap tindakan Suraya yang diluar dugaan dan ada masa (sebenarnya setiap masa) gila-gila bahasa, sepatah cakap, satu pun tak boleh pakai itu. Suraya bahagia kerana tuhan menemukan dia dengan Azim. Malah dia juga sudah berjanji pada diri sendiri, apabila sudah sah menjadi Puan Suraya Dania nanti, dengan segera dia memakai memakai tudung dikepala. No cap. No key. Tudung. Tidak kira tudung bawal ker, tudung kerapu ker, tudung Wahida ker, tudung Ekin ker. Janji tudung yang mampu menutup seluruh rambut panjang separas bahu ini. Itu pinta Azim. Hanya itu yang Azim inginkan dari Suraya sebagai hadiah perkahwinan mereka nanti. Manisnya Azim. Tanpa sedar Suraya memuji Azim di dalam hati.
“Betul ni.” Balas Azim.
“Betul lah. Awak kena percaya saya.” Suraya berkata. Sedikit tegas. Ternyata dia tidak main-main apabila perkara berkaitan dengan diri sendiri dan masa depan dibincangkan dengan Azim. Lagipun mereka berdua dalam fasa mencorak masa hadapan bersama-sama. “Awak nak saya nyanyi lagu Percayalah dari Datuk Siti ker malam-malam buta ni.” Suraya kembali senget macam biasa. Susahnya nak jadi manusia yang serius. Macam manalah agaknya kalau sudah mula masuk mengajar nanti. Agak-agak boleh tahan ker para pelajar dapat cikgu separuh tiga suku macam aku ini. Suraya ketawa di dalam hati. Dia memang tidak boleh lari dari menyanyi barang sebaris dua lagu-lagu Melayu apabila sudah asyik sangat bersembang dengan Azim di dalam telefon. Azim tentu sudah muak mendengar suara sumbangsih yang kalau masuk AF sudah tentu orang ramai-ramai pakat akan vote untuk Afkeluar-Suraya dan bukannya Afundi-Suraya Bombomkababoom (trademark yang macam budak-budak AF selalu buat. Eg: Stacy-Terlebih Sudah..).
“Tak payah. Tak payah. Hari ini, katak-katak SeMalaysia kerja shift malam. Tak payah awak volunteer nak panggil hujan.” Azim bersuara nakal.
Suraya mencebik. Tak patut betul punya cikgu. Cikgu tak pandai berbahasa betul. Cikgu yang dalam diri tu langsung tak berjiwa seni. Boleh dengan selambanya berkata suara aku disamakan dengan katak-katak SeMalaysia pulak. Suraya anak oranglah. Bukan anak katak.
“Sue…” Azim memanggil lembut.
“Yup.”
“Pergi tidurlah. Esok nak jalan jauh. Take care yer sayang.”
Sekali lagi senyum manis ditarik. Memang tengah bahagia sangat-sangat ni dapat lelaki macam Azim. “Okey” Suraya membalas sepatah.
“Gud nite.”
“Nite.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Talian dimatikan.
Suraya merebahkan badan ke atas tilam empuk. Lampu tidur dimatikan.



Pintu bilik dihempas kuat. Kemudian dia merebahkan badan di atas katil. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Remort controller penghawa dingin dicapai malas. Suhu penghawa dingin direndahkan sedikit. Sekejap-sekejap mata ditutup. Sudah masuk hari ke tujuh Amelia menjadi isteri kepada Abang Adam. Sakitnya di dalam hati apabila selama itu terpaksa menjadi penonton setia romantika de amor pasangan suami isteri itu di hadapan mata. Terseksanya diri kerana terpaksa duduk satu rumah dengan mereka. Sungguh terseksa batin seorang lelaki, apabila bekas kekasih sendiri kini telah selamat menjadi kakak ipar pula. Dia sudah tidak bisa mempercayai perempuan lagi. Mata masih belum mahu lelap. Masakan mahu lelap jika jarum jam dinding baru menginjak ke pukul sembilan malam. Segera dia bangun, menuju ke almari empat pintu dan mengeluarkan pakaiannya. Dilempar kasar ke atas katil. Kemudian beg galas di rak bawah almari empat pintu itu ditarik keluar. Pakaiannya tadi dimasuk kasar ke dalam beg galas tadi. Main masuk. Tidak perlu lipat-lipat. Esok dia akan keluar dari rumah ini seketika untuk mencari sedikit ketenangan. Tidak kiralah ke mana pun. Janji keluar.
Pintu bilik sedikit terkuak. Terpacul Hajjah Maimon dari balik pintu yang sudah terbuka sedikit itu. Perlahan Hajjah Maimom menapak masuk ke dalam bilik anak terunanya itu. Dia mengambil tempat disebelah Iman. Kepala Iman dibelai lembut penuh kasih sayang. “Nak ke mana ni Man?” Tanya Hajjah Maimon lembut.
Iman yang masih lagi memasukkan pakaian ke dalam beg mengalihkan pandang ke wajah ibunya. “Iman nak keluar sekejap ibu.” Jawab Iman. Wajah ibu yang sudah sugul itu membuatkan sedikit sebanyak hatinya dihambat perasaan sayu.
“Iman nak ke mana?” Sekali lagi Hajjah Maimon bertanya. Dirasakan Iman tidak menjawab sepenuhnya soalan tadi.
“Ke mana-mana ajerlah ibu.” Iman menjawab malas. Tangannya kembali rancak menyambung kerja mengemas pakaian di dalam beg galas.
“Iman, janganlah macam ni sayang. Risau hati ibu tengok Iman macam ni. Ibu faham perasaan Iman. Tapi dah takdir, jodoh Abang Adam dengan Amelia.” Hajjah Maimon memujuk. Tahu benar apa perasaan yang bersarang di hati Iman Radiff, anak keduanya itu. Semenjak Iman mendapat tahu yang Adam akan menikahi Amelia melalui kiriman email yang diutuskan, Iman terus jadi seperti ini. Dingin dengan ahli keluarga sendiri. Bagaikan semua orang dalam rumah yang merestui pernikahan itu dijadikan musuhnya. Pada ayahnya. Juga pada ibunya. Sudah puas dipujuk, barulah dia balik menjejakkan kaki balik ke rumah. Padahal sudah setahun lebih dia tamat belajar baru seminggu lepas dia pulang. Sampainya hati Iman buat ibu dan ayah begini.
“Iman tak ada apa ibu. Ibu janganlah risau. Iman tahu jaga diri Iman. Iman dah besar.” Iman jawab endah tak endah.
“Iman marahkan ibu dan ayah sebab kahwinkan Adam dengan Amelia?” Hajjah Maimon bertanya perlahan. Air matanya sudah mengalir perlahan.
Iman memandang sekilas ibunya. Berdosa besar rasanya membiarkan ibu menangis kerana sikapnya sendiri. “Ibu, janganlah macam ni. Benda dah jadi. Jangan panjang-panjangkan cerita.” Iman malas mahu berbicara mengenai perkara ini. Kalau ikutkan hati, ya dia memang sakit hati. Tergamak Abang Adam potong jalan masuk ke dalam hati Amelia ketika dia berada di luar negara melanjutkan pelajaran. Bukan Abang Adam tidak tahu Amelia itu buah hatinya yang ditinggalkan seketika hanya kerana mahu mengejar ilmu di rantau orang. Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Amelia itu pun satu. Patutlah beriya-iya benar dia mahu memutuskan hubungan atas alasan jarak yang jauh mereka sudah tidak sesuai untuk bersama. Alasan yang langsung tidak boleh pakai. Langsung tidak relevan. Kalau setia ada dalam diri, seorang di Kutub Utara, seorang di Kutub Selatan pun tidak ada masalah.
“Iman…”
Iman pantas memotong. “Ibu jangan risaulah. Iman bukan nak lari dari rumah. Iman Cuma nak keluar sekejap. Bagi fikiran Iman ni tenang sikit. Iman akan balik kalau perasaan Iman boleh jadi sedia kala.” Iman melabuhkan kepala pada bahu ibunya. Manja. “Lagipun Iman ni anak lelaki. Apa yang ibu nak risaukan.” Sambung Iman lagi.
Tangan Hajjah Maimon pantas menduku manja anak terunanya. Kemudian bibirnya mengukir senyum segaris. “Ibu takut Iman lari lagi. Lepas tu taknak balik rumah ni dah.” Balas Hajjah Maimon.
Iman angkat kepala dari bahu ibunya. Ibu direnung dalam-dalam. “Taklah ibu. Nak lari pergi mana. Iman mana ada kerja lagi kat Malaysia ni.” Jawab Iman.
Hajjah Maimon tersenyum. Jawapan Iman tadi sedikit sebanyak menyedapkan hatinya. “Ni agak-agak nak berjalan jauh ker ni?” Hajjah Maimon bertanya lagi. Tidak puas rasanya jika Iman masih lagi tidak memberitahu mana tempat dia ingin pergi.
“Tengok tiket apa yang ada dekat Pudu tu nanti.” Jawab Iman bersahaja. Main serbu datang Pudu, tanggung risikolah tiket apa ajer yang ada. Beg galas yang sudah siap dikemas dizip dan diletakkan ditepi katil.
“Takkan macam tu pulak. Sekurang-kurangnya mestilah tahu tempat yang nak tuju. Takkan main redah ajer pergi ke mana-mana macam orang kena buang daerah.” Suara Hajjah Maimon sedikit tinggi. Dari tadi Iman bagi jawapan yang langsung tak macam jawapan pada soalannya tadi.
Iman ketawa kecil melihat ibunya sudah mula naik suara. Lama tak dengar ibu membebel. Dulu dialah yang selalu kena bebel campur kena piat campur kena rotan masa kecil-kecil. Naik remaja sikit, lebih kena tadah telinga dengar ibu bebel lagi walaupun masa tu, ibu tak guna cara kekerasan. Bila dah belajar dekat luar negara, langsung tak dengar dah. Masa balik sini pun, ibu berhati-hati menjaga hati Iman. Maklumlah dia balik selepas merajuk yang panjang. Mana ibu nak menambahkan lagi sengsara dijiwa. “Ingat nak pergi Langkawi lah bu. Lama tak pergi.” Malas-malas Iman menjawab.
“Kat tempat orang tu jangan buat benda bukan-bukan.” Hajjah Maimon berpesan. Lega hatinya apabila Iman beritahu juga tempat yang dia ingin pergi.
“Alah ibu. Iman bertahun dekat Negara orang. Tak pernah pun buat bukan-bukan.” Balas Iman laju. Dia buat muka toya. “Iman ni ada rupa penjenayah ker ibu?” Sambungnya dengan pertanyaan nakal.
Peha Iman menjadi mangsa cubitan Hajjah Maimon. Kita betul-betul budak bertuah ni boleh pulak buat main-main. “Ibu tak adalah cakap yang anak ibu ni buat jenayah. Tapi…” Kata-kata Hajjah Maimon tergantung seketika. Matanya memerhati Iman dari atas ke bawah. Kemudian dia menggeleng perlahan.
“Tapi apa bu?” Iman mencelah.
“Tapi tengoklah ni.” Hajjah Maimon menarik lembut rambut Iman yang panjang aras bahu itu sedikit ke depan agar Iman boleh nampak dan boleh perasaan yang rambutnya itu sudah sama panjang dengan adik bongsunya. Adik bongsunya itu perempuan. Tidak mengapalah berambut panjang. Ini Iman anak lelaki. Serabut mata memandang. Ayahnya sahaja sudah sakit mata melihat rambut Iman yang panjang itu. Nak ditegur, takut nanti merajuk lagi.
Iman buat muka. “Alah bu. Ini style. Dapat kerja nanti Iman potonglah.” Balasnya spontan. Rambut panjang yang sedikit serabut bahana kena tarik dengan ibu tadi di rapikan dengan jari. Macam iklan Rejoice. Guna jari pun boleh.
“Yerla style. Ini.” Hajjah Maimon menunjuk pada cincin dan gelang di tangan Iman. “Yang ini. Ya Allah, Iman Radiff, tolonglah jangan pakai dah. Tak elok lelaki pakai semua ni. Dah macam mami jarum ibu tengok.” Sambung Hajjah Maimon. Kepala digeleng laju.
Iman sekadar tersengih. Cincin silver dan bangle di tangan pula menjadi menjadi mangsa yang seterusnya. “Biarlah bu. Iman janji, dapat kerja nanti dengan rambut, dengan barang kemas mami jarum ni semua tak pakai dah. Time-time ni ajer bu.” Iman menjawab bersahaja.
Hajjah Maimon sudah malas mahu bercakap panjang. Janji dia tahu, Iman masih tahu menjaga amalan solat hariannya sehari-hari dan tak buat benda jahat itu pun sudah cukup baik.
“Ibu..” Iman memanggil manja.
“Kenapa?”
“Ibu berkenan sangat yer dengan Melia tu sampai sanggup buat menantu. Kalau Iman, tak hingin berkakak iparkan Melia tu.” Ujar Iman penuh sarkastik.
Pantas tangan Hajjah Maimon memukul peha kiri Iman.
“Auchh!!” Iman mengaduh. Peha yang merah digosok laju. Perit sikit. Wah.. Marah sungguh ibu bila aku mengutuk menantu sulungnya itu.
“Tak baik Iman cakap macam. Melia tu sekarang dah jadi kakak ipar Iman. Ingat tu.” Hajjah Maimon bersuara datar tapi penuh ketegasan.
Iman garu kepala. Dia tersengih. Sayangnya ibu pada Melia. Hohoho.. “Yerla ibu.” Iman menjawab malas.
“Dahlah. Pergi tidur. Esok nak berjalan jauh.” Hajjah Maimon sudah mengangkat punggung dan menuju ke pintu. Sampai di muka pintu dia berhenti dan menoleh Iman yang masih duduk di katil. “Esok ni nak suruh ayah hantar ke Pudu ke tak ni?” Sambungnya kemudian.
“Tak apa. Iman pergi sendiri naik train.” Balas Iman.
“Ermm..” Hajjah Maimon terus keluar dari bilik.
Iman menghampiri pintu bilik yang ternganga luas. Segera pintu bilik tadi ditutup rapat. Takut sangat jika Abang Adam menjengah masuk ke biliknya. Kemudian dia menghampiri ke meja belajarnya. Laci ditarik. Bingkai gambar kayu di keluarkan. Gambar dia dan Melia dahulu di tatap. Bingkai gambar itu disimpan kembali ke tempat asalnya. Jangan Iman. Melia itu milik mutlak Abang Adam. Hatinya berpesan. Lampu bilik dipadamkan.

7 comments:

awanbiru said...

erm...

nnt suraya dgn iman ke??
xnaklah..

Anonymous said...

wa..da ader cite br..
suke2..thanks..
wak..da mcm kisah idup awak jer..
hihihi

Anonymous said...

Typo:

It should be excited...not exited...

buDaK maNis said...

best ah...
Bler pulak nk masuk dalam Alaf 21
hahhhahhha

Anonymous said...

huhu.. jgn marA~ ea..
juz nk komen ckit.. npe x jrak un 1prggan dengan prggan laen jauh ckit.. hehe~ agx penin r nk bce coz nmpk sume 2 cm x de jrak..
pe2 pown besh gax r citer nyh..

Anonymous said...

kalau nk buat buku, i am offering a free lancer editor job. pm me kotak_kasut@yahoo.com

Anonymous said...

kalau nk buat buku, i am offering a free lancer editor job. pm me kotak_kasut@yahoo.com