Tuesday, September 8, 2009

2 X 5 Bab 12

“Baru pindah ker?”
Syakirin menoleh ke rumah sebelah. Kelihatan seorang wanita berumur penghujung tiga puluhan sedang tersenyum ke arahnya. Syakirin membalas senyuman itu. “Haah.” Jawabnya sepatah.
“Wife Zaim yer.” Tanya wanita itu lagi.
“Haah.”
“Saya Zainab. Panggil Kak Nab ajer.”
Syakirin tersenyum lagi apabila wanita itu memperkenalkan dirinya. “Panggil saya Kirin ajer kak.” Syakirin pula memperkenalkan dirinya. Dia bersalaman dengan Kak Nab.
“Tak patut betul Zaim tak kenalkan wife dia dengan akak. Sudahlah kahwin pun tak jemput.” Kata Kak Nab dalam nada bergurau.
Syakirin sekadar tersengih malu. Memang tak patut. Ada ker jiran tetangga pun tak nak jemput majlis kenduri kahwin sendiri.
“Nanti senang-senang jemputlah ke rumah kak.” Pelawa Syakirin ramah.
“Yerlah. Kirin pun bila-bila masa nak datang rumah akak jemputlah. Pintu sentiasa terbuka.”
“Yerlah kak. Masuk dulu yer kak.”
“Yerlah.”
Syakirin masuk memboloskan diri ke dalam rumah.
“Ini apa hal terhendap-hendap macam pencuri ini.” Dia bertanya kepada Zaim apabila melihat Zaim begitu asyik sangat mengintai Kak Nab dari balik tingkap rumah. Kalau yer pun nak skodeng, takkanlah nak skodeng bini orang. Apa punya taste entah Zaim ni.
Zaim yang sedang melutut di atas sofa sambil memerhati Kak Nab di luar terus sahaja duduk seperti biasa macam keadaan normal bila ditegur Syakirin. “Lambat balik.” Dia bertanya sebaik sahaja Syakirin melabuhkan punggung ke sofa satu tempat duduk di hadapannya.
“Biasalah. Ingat kerja jaga kaunter tu senang. Kena buat kira-kira. Tengok balik ada yang miss ker tak. Lepas tu kena rekod. Banyak kerja tau kena buat.”
“Selalu memang balik time-time macam ni ker?”
Syakirin yang sudah bersandar kepenatan hanya mengangguk.
“Dah makan?”
“Belum. Awak masak ker?” Laju Syakirin menjawab dan bertanya. Ini betul-betul bahagia. Kalau makan malam pun dah siap masak. Ini betul baik punya jaga makan minum.
“Awaklah pulak masak. Breakfast tadi saya dah sediakan.”
“Eh..Apasal pulak. Tak paksa pun suruh buat breakfast tadi.”
“Gilir-gilirlah. Tolak ansur kalau dah namanya duduk serumah.”
Syakirin mendengus perlahan. “Apa kata hari ini awak masak. Esok saya. Lepas tu awak. Awak. Awak lagi.”
“Ini fesyen apa ni. Kalau saya, saya, saya.”
“Demokrasi.”
“Demokrasi apa nyer.”
“Demokrasi terpimpin.”
“Demokrasi terpimpin ek…lah awak.”
“Habis tu kena masak jugak ker ni.”
“yerlah. Kira adil lah pagi saya dah sediakan breakfast. Malam awak sediakan dinner.”
“Kalau taknak.”
“Siapkan sebulan duit sewa rumah berserta deposit dua bulan.”
“Mengungut.”
“Yerlah. Sudah duduk free mana boleh malas-malas.”
“Mengungkit.”
“Pergi mandi cepat. Lepas tu masak untuk makan malam. saya tak suka makan dekat luar.”
Syakirin bangun sambil mendengus kuat. “Yerlah. Yerlah.” Dia akur juga bila mengenangkan nasib diri yang duduk free di dalam rumah kecik ni. Fuhhhh….



Mata memandang ke dalam cabinet dapur. Diam. Tegak. Dan static. Yang kelihatan di dalamnya hanya mee segera. Itu ajer. Pintu peti sejuk dibuka pula. Dia mengeluh perlahan. Dalam peti ais hanya ada telur, air sejuk. Atas peti ais, roti Gardenia stok breakfast pagi tadi. Nak masak apa kalau semua benda tak ada dirumah. Kabinet bawah dibuka. Bekas beras digoncang perlahan. Ringan gila. Beras pun langsung tak ada. Mati akal nak masak apa. Malas nak cakap banyak. Mee segera dua bungkus dikeluarkan. Telur dua biji diletakkan bersebelahan dengan peket mee segera.
“Okey puan-puan kaedahnya nak masak mee segera…” Syakirin berlawak antarabangsa sendiri di dalam hati. Dia mengulum senyum seorang diri di dapur. Namanya dah kahwin tapi masih lagi makan mee segera.
Periuk berisi air diletakkan di atas dapur penunu. Api sudah menyala. Air dibiarkan mengelegak seketika. Mee dimasukkan diikuti dengan perencah karinya. Selang lima minit, telur dipecahkan ke dalam mee yang sudah mengembang. Aroma kari berapi sudah menyusuk ke dalam rongga hidung. Tadda…. Siap!!!. Meggie kari telur gegar dua. Syakirin menatang dua mangkuk meggie kari dengan berhati-hati. Air milo yang sudah siap dibancuh satu sorang di dalam mug dibawa ke hadapan.
“Makanan siap.” Kata Syakirin sedikit kuat untuk menarik perhatian Zaim yang asyik menonton Buletin Utama.
Zaim bergegas bangun menuju ke meja makan. Mukanya manis berseri-seri tapi sebaik sahaja sampai ke meja makan muka yang manis berseri itu sudah bertukar jadi muka kelat-kelat masam. Mata tertancap pada dua mangkuk mee segera dengan telur mata kerbau bergegar di atasnya.
“Meegi ajer.” Soalnya sedikit kerek. Kalau setakat meggie lebih meggie telur gegar ni pun aku boleh buat.
“Meggie ajerlah. Sudah ini ajer yang ada dalam rumah awak ni.” Syakirin membalas dengan bersahaja. Dia duduk. “Tunggu apa lagi. Cepatlah duduk. Kata lapar tadi.” Arah Syakirin.
Tanpa membalas apa-apa balik, Zaim duduk di hadapan Syakirin. Tangan ditadah. Doa dibacakan. Selesai ajer berdoa mee segera tadi disudu perlahan masuk ke mulut.
Di meja makan masing diam ajer melayan mee segera perisa kari. Sungguh nikmat rasanya. Kalau sudah lapar, balun ajerlah apa yang ada walaupun tekak sebenarnya bukan boleh nak terima sangat makan mee segera. Licin mee di dalam mangkuk, Milo yang sudah menjadi suam-suam kuku diteguk perlahan. Kenyang jugak akhirnya. Alhamdulillah.
“Letak ajer. Nanti saya basuh sekali.” Syakirin berkata tatkala melihat Zaim yang sudah berkemas-kemas mangkuk dan mugnya untuk di bawa ke sinki.
“Sure?” Zaim bertanya kembali.
“Ya..ya.. Letak ajer. Nanti saya basuh sekali.”
“Thanks.”
“Welcome.”



“Kirin…” Panggil Zaim panjang.
“Ermm..” Syakirin mengangkat muka. Pembacaannya terhenti seketika apabila tiba-tiba Zaim memanggilnya. Lalu wajah lelaki yang duduk disebelahnya dipandang sekilas sebelum matanya kembali kepada novel cinta ditangan. Biarlah YM Berbicara dia baca kembali.
“Tak boring ker duduk macam ni.” Zaim bertanya. The Star dia sudah lipat dan diletak di bawah meja kopi.
“Kenapa? Takkan tak sampai sebulan hidup dengan saya awak dah jadi boring.” Syakirin menjawab acuh tidak acuh. Dia betul-betul tengah feeling lebih sekarang ini. Dia sekarang ni betul-betul sedang perasaan sendiri konon-konon Adiya Fatiha tu dia. Firdaus tu...errmmm.. Zaim kut. Hahahaha… Ketawa dalam hati nak samakan situasi diri sendiri macam dalam novel. Penyakit jiwang karat yang sangat merbahaya.
“Tak adalah. Kita ni macam kelakar pun ada. Yerlah. Kahwin. Tapi tidur bilik lain-lain. Nak kata kita gaduh tak. Baik ajer.” Zaim berkata sambil ketawa sendiri. Ketawa tak ikhlas yang dibuat.
Kata-kata Zaim tadi itu membuatkan sedikit sebanyak penumpuan menghayati jalan cerita novel yang dia tengah baca terganggu. Penanda buku diletakkan pada muka surat terakhir dia baca. Zaim yang sudah menghalakan aktiviti membaca The Star kepada siaran ulangan Bolos itu dia pandang. Zaim masih lagi pada Bolos di hadapan. “Tu tanya diri awak sendirilah. Yang buat cadangan kelakar tu saper suruh.” Syakirin bersuara rendah. Lagipun ini siapa punya idea kalau bukan kepala Zaim yang kononnya bergeliga yang boleh berfikir sampai macam tu sekali. Macamlah aku nak mengapa-apakan dia. Macam takut ajer teruna dia tu ternoda. Hello… Kalau tak nak orang pun tak paksalah.
Cepat Zaim memandang orang yang bersuara perlahan disebelahnya. Muka sardine ajer. Rilek ajer Syakirin menyambung bacaannya. “Awak ni nak perli ker atau nak mengata saya.” Gumam Zaim.
“Dua-dua.” Selamba lagi bersahaja dengan tak takut bersalah langsung Syakirin menuturkannya.
“Wah.. Jujurnya awak berkata-kata.” Kata Zaim sambil expresi mukanya buat-buat terharu di atas kejujuran yang dipamerkan Syakirin.
“Tulah. Awak ni kira untung tau dapat saya yang sangat jujur ni.” Syakirin masuk bakul angkat sendiri.
“Perasan.” Nakal tangan Zaim menarik rambut lurus Syakirin yang sengaja dilepaskan.
Oucchhhh!! Refleks Syakirin menjerit. Amboi.. Ingat jual mahal sangat. Ni main tarik-tarik rambut apa kes. Ni siapa yang mulakan dulu. Dia ker aku.
Zaim sekadar ketawa. Seketika kemudian dia tersenyum malu. Sedar tindakannya itu macam sudah melebih. Alamak!!! Terlebih sudah. “Sorry.” Katanya sepatah. Memang aku yang melampau pergi tarik rambut anak orang tu secara tak sengaja.
“Taka pa. Saya tak kisah awak nak tarik rambut ker. Nak tarik apa ker.” Kata Syakirin bersahaja dengan gaya yang sangat manja dan gedik jugak. Dia bukankah mahu melumpuhkan ego Zaim. Dia bukankah mahu lihat sampai mana Zaim boleh tahan. Tengok dia pakai spegety dengan seluar pendek pun Zaim dah macam tergugat ajer iman dia. belum lagi dia nak cuba pakai baju tidur satin dengan renda di keliling. Mahunya menangis pakcik ni sebab kempunan.
“Awak stop menggoda saya.” Ujar Zaim sambil menjauhkan sedikit duduknya di hujung sofa. Dia pandang semula ke kaca televisyen.
Syakirin ketawa menggoda. Penuh seksilah konon-kononnya. Rambut panjang mengurai dia selit ke tepi telinga. Dia liuk ke kanan. Dia liuk ke kiri. Macam pokok kelapa ditiup angin pantai. Dia buat iklan shampoo guna jari pun boleh. Sengaja dia mengiat Zaim. Tu lutut mesti dah ketar la tu. Syakirin tersenyum dengan gigi cantik tersusun dipamerkan. Adik penggoda berbisa.
“Kirin stop……..” Zaim memberi arahan.
Pecah ketawa Syakirin tanpa dapat ditahan. Baru acah macam tu pun dah cuak. Apa daa… Macamlah luak aku pandang, senyum tengok dia macam tu.
“Okeylah. Saya masuk tidur dulu. Gud nite.” Kata Syakirin manja sambil mengenyitkan mata. Dia berjalan berlenggang masuk ke dalam bilik. Sengaja. Sesudah pintu bilik di tutup rapat dia ketawa semahunya. Kelakarlah Zaim ni. Muka merah bila kena usik macam tu. Baru sikit ajer tu. Tengoklah nanti. Lagi teruk dia dikerjakan.
Astagfirullahulazim…Astagfirullahulazim.. Zaim beristigfar di dalam hati bila Syakirin sudah hilang di hadapan mata. Selamatkanlah aku dari godaan makhluk tuhan paling seksi itu. amin. Kalau hari-hari Syakirin buat perangai macam ni dia tak jamin iman dia mampu bertahan. Lama-lama boleh cair jugak.

18 comments:

LiNa said...

hahaha..nakal betul si kirin tue..
sambung lagi yer..

yunixx77 said...

hahahahaha
tak buleh tahan laa
selalunya lelaki goda pompuan
ni terbalik plak

sungguh lawak dan bestttttttttt
hahahahha
gelak lagi

nacha said...

wah! iceberg dah mula cair ke? hehehe.. Kirin kena usaha dgn gigih lagi nih.

Anonymous said...

wahaha...tu le..
wat lg rules
tah apa2...
kan dah jiwa kacau..

-ieja-

hafizah said...

kelakar tgok zaim tu...tapi mesti sweet...hehe...tu ar..ego sgt...teruskan dengan penulisan...

hafizah said...

best citer nie...

Unknown said...

wahahaha..lawak ah dorg ni..zaim2..kirin baru goda skit..blom lbh2 lg 2..hehehe..nk lg smb smbungannye!

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuu..
hhaa...noty gle kirin nieh..
mau tergugat iman zaim..
chayok2 kirin..
haha..ske2..
smbung2 cpt..

nailofargurlz said...

hahaha..lawak btoi r dua2 nih..zaim dah tgoda kat makhluk tuhan yg seksi..huhuhu..

Anonymous said...

Zaim.....Zaim..... habislaaa kamu

Anonymous said...

Zaim.....Zaim....Zaim..... nasiblaa kamu dapat kirin

Che Sue said...

wah..! nakal kirin tu yer.
hahaha...zaim habis la ko nnt klu hari2 kirin buat cam gitu!
tak per kirin..
yg ko goda tu bkn org lain tp laki ko gak kan..!
hak kiter mesti la nak kena dptkan walau macamane pn....

nie yg tak sabar nak tau lg...seronok sbb kirin dah pandai sakat zaim tu...

alreinsy said...

hahhaa... lawak btl kirin ni... akak sokong kirin tuh... goda sampai cair si zaim tuh... nk gak tgk ego zaim ni setinggi mana... wakaka

pu3indah said...

hahaha tu lah ego sangat, kan dia kan, dah tak tahan tengok kirin.
go kirin go... biar zaim cair LOL

saadiah~~ said...

lawak dowh..klaka giler part kirin nk goda zaim tuh..sengal..hahaha..

MaY_LiN said...

adehhh~
pandai nye c kirin layan watak penggoda..
hahaha
baru tau zaim..

ha-ra said...

hahaha...
sengal la due2 nie...

ha-ra said...

smbg2...cpat la smbg....