Tuesday, December 11, 2012

Kupilih Hatimu 16

Bab 16


Dia rasa terasing.

Dia rasa terpinggir.

Dah hampir dua minggu dia tidak mendengar suara Umi. Marah Umi masih bersisa lagi.

Mak Wan?

Mak Wan pun macam tak mahu berkata apa-apa. Sampai masa untuk makan, Mak Wan panggil. Lepas tu Mak Wan menyambung kerja. Tak ada gurau senda Mak Wan seperti selalu.

Intan?

Dia malas nak layan perempuan seorang itu. Intanlah punca kejadian ini. Kalau bukan Intan yang mempengaruhi umi takkanlah selepas tiga tahun baru umi nak mengungkit yang tindakannya selama ini tindakan yang salah. Ikut hati nak ajer dia pecat Intan tapi tak boleh. Intan adalah yang terbaik setakat ini dalam meneladani karenah umi selepas Mak Wan. Umi pun sudah semakin serasi dengan Intan. Kalau dia pecat Intan, pasti Umi lagi sentap. Imran tak mahu mengecilkan hati umi. Dia rasa bersalah pada umi kerana meninggikan suara. Bila dia minta maaf, umi buat dek ajer. Imran kusut.

“Hey bos apahal ni.” Tegur Rafi dari muka pintu pejabat Imran. Selepas projek di Ipoh selesai, Rafi telah kembali menyambung kerjanya di sini.

Imran mencebek. Tidak menyahut teguran Rafi itu.

Rafi mengekek ketawa. Apabila tiba waktu kerja, dia dan Imran bukan lagi antara majikan dan pekerja. Mereka kembali menjadi sahabat selepas waktu kerja.

Imran memandang muka Rafi dengan bengang. Rafi masih lagi tidak mahu berhenti dari mentertawakannya. Menyesal dia menceritakan pada Rafi bagaimana satu rumah memboikot dia. Baik umi, baik Mak Wan dan Intan juga.

“Tak balik lagi kau. Bukan selalu kau balik awal ker sekarang ni.” Soal Imran. Sekarang rutin Rafi dah berubah. Semenjak ada anak kecil ni, dia selalu sahaja balik awal. Tak sabar-sabar mahu menatap wajah Muhamad Huqaish. Kadang-kadang masa makan pun tiada topic lain yang akan dibualkan. Hanya berkisahkan tentang Muhamad Huqaish sahaja.

“Aku dah cakap dekat Diana aku balik lambat sikit hari ni. Aku nak spent time dengan kau. Aku dah lama tak keluar dengan kau. Bolehlah kau belanja aku. Sambil-sambil tu boleh juga aku tolong leraikan apa yang kusut sangat dalam kepala kau tu Im.” Beritahu Rafi.

Imran ketawa mendengar kata-kata Rafi yang berbau prihatin itu. “Diana tak pernah cemburu dengan aku ke Fi. Yerlah, kau asyik dengan aku ajer.” Imran menyoal bodoh.

Giliran Rafi pula melepas tawa. Dia faham makna soalan Imran itu. “Tak. Dia tak heran pun dengan kau. Sebab dia tahu suami dia adalah seorang lelaki yang gagah perkasa.”

“Kau gagah?”

“Yerlah. Muhamad Huqaish buktinya. Kau ada?” Hidung Rafi kembang kempis.

Imran diam. Ya lah. Kelahiran Muhamad Huqaish tu menjadi simbol kegagahan Rafi sebagai seorang lelaki. Imran muak. Harap Rafi tak mengulangi ayat yang sama kali ini.

“Jomlah. Kita pergi minum.” Ajak Imran sebelum Rafi terus melalut dengan bercerita tentang pengalaman-pengalaman orang yang sudah berkahwin semata-mata mahu membangkit rasa cemburu dia.



“Apa salahnya kalau kau kikis sikit ego kau tu Im. Ikut ajer cakap umi kau.” Ujar Rafi ketika mereka berdua minum di cafĂ© berhampiran dengan pejabat.

“Aku kalau tengok si Intan tu, kecik besar.. kecik besar ajer tau. Ni sebab dia punya pasal lah ni. Owh… Tak dapat cakap dengan aku pasal ni, dia cakap dekat umi pulak.” Getus Imran. Dia menyandar malas pada kerusi. Rambut yang sedikit ke depan diselak.

Terbit senyum simpul dari bibir Rafi apabila sekali lagi nama gadis itu naik di bibir Imran. “Umi kau memang baikkan dengan Intan. Agaknya nak dijadikan menantu.” Kata Rafi melencong topik.

Imran memandang Rafi yang sudah mengekek ketawa. “She’s not my taste. Aku takkan nak perempuan yang hari-hari pakai baju kurung, lepas tu kelam kabut dan lepas tu hari-hari kerjanya bergosip dengan Mak Wan pasal aku dekat dapur.” Ujar Imran sedikit geram. Rutin Intan hari-hari macam tu lah. Ada sahaja benda tak elok tentang dia yang diceritakan pada Mak Wan.

Ketawa Rafi semakin galak. “Macam nilah Imran, kau bawak ajerlah Farhana tu duduk dengan kau kalau itu yang akan buat umi kau gembira. Lagipun sampai bila kau nak diorang dalam rumah tu layan kau macam tak wujud ajer. Farhana tu ada ker tak ada ker dalam rumah tu bukan merugikan kau pun. Budak tu kecil lagi. Tak tahu apa-apa. Mungkin yang kau marah tu mak dia, bukannya dia.” Rafi memberi nasihat.

“Aku pun rasa aku dah tak ada pilihan.” Imran bersuara lemah tanda dia seperti sudah mahu melakukan gencatan senjata terhadap perang dingin yang berlaku antara dia dengan seluruh isi rumah.

“Kan bagus kalau kau berlembut macam ni.” Rafi memuji.

“Kau dengan Lydia macam mana pulak. Dia ada cari kau?” Rafi mengalih topik. Rasanya sudah lama nama Lydia tidak bermain di bibir Imran. Sejak dua menjak ini yang dia perasaan hanya nama Intan sahaja yang selalu disebut-sebut oleh Imran. Intan itulah. Intan inilah. Semua negatif.

“Itu pun satu lagi masalah. Tapi dalam minggu lepas dia ada datang ke rumah aku. Dia terserempak dengan umi aku dekat hospital, teruslah dia hantar umi aku sampai ke rumah.” Beritahu Imran tentang perkembangan hubungannya dengan Lydia.

“Aku rasa dia nak cuba berbaik-baik dengan umi aku dululah. Lepas tu baru dia akan berbaik dengan aku.” Sambungnya lagi bersama senyum yang tiba-tiba muncul dibibir.

Rafi memandang muka Imran yang tiba-tiba berseri. “Kau masih berharap lagi ker dengan Lydia tu.” Rafi menyoal. Kali ini nadanya menjadi serius.

Imran diam.

“Imran kalau aku cakap ni aku harap kau tak marah.”

“Apa dia?” Imran menyoal serius seperti seriusnya suara Rafi berkata-kata tadi.

“Cari perempuan lain Imran. Lydia tak sesuai dengan kau. Takkan kau nak, bakal isteri kau senang-senang kena pegang dengan mana-mana lelaki dekat luar sana. Lydia memang cantik, tapi apa maknanya cantik yang dia ada kalau senang dipegang-pegang.” Luah Rafi cuba mengambil berat.

“Semua benda tu boleh diubahkan.” Sangkal Imran cuba memenangkan Lydia.

“Kau yakin dia boleh berubah. Sekarang ni aku tengok makin menjadi-jadi semenjak dapat offer buat fashion show dengan Milan tu. Bukannya aku ajer cakap kau dengan dia tak sesuai Im. Diana pun kata kau dengan Lydia tu tak sesuai.” Kata Rafi.

“Kau ni macam umi aku tau.” Sindir Imran.

“Suka hati engkaulah Imran. Jangan nanti cakap aku tak pernah nasihat. Lagipun aku taknaklah kalau nanti kau dapat balance-balance lelaki lain. Kau berhak dapat yang lagi baik lagi bagus dari Lydia.” Kata Rafi senada.

Imran diam. Cuba menghadam kata-kata Rafi itu.

“Eh… Tapi pasal Intan tu, aku rasa betul lah, umi kau memang berhajat kut nak kenenkan kau dengan dia.” Giat Rafi.

Kali ini Imran membuat muka risau. Dia menelan air liur. Memang ketara sejak dua menjak ini umi memang baik sangat dengan Intan. Apa sahaja yang Intan katakan, semua betul pada umi. Terbit pula perasaan bimbang jika apa yang dikatakan Rafi itu betul-betul terjadi. Imran tidak boleh bayangkan andai satu hari umi memintanya untuk menjadikan Intan sebagai isteri. Owhh.. Kalau dia dengan Intan, samalah macam pinang diblender halus. Itu mimpi ngeri!!

Rafi ketawa besar apabila melihat Imran bertukar riak sehingga begitu. Teruk sangatkan Intan sehingga Imran begitu takut untuk dikenenkan dengannya.

Ketawa Rafi yang kuat menyedarkan Imran yang temannya itu hanya sekadar berjenaka. Tetapi kenapa hatinya masih berdegup kencang. Entah-entah, memang itu yang sedang difikirkan oleh umi sekarang. Owhh… Semoga semuanya tidak seperti yang difikirkan.





Dia telah berfikir semasak-masaknya. Tak ada apa yang lebih membuat dia gembira selain dari melihat umi bahagia. Seawal pagi Imran telah bangun dan bersiap-siap. Dia turun ke bawah dengan berpakai kemas.

“Eh.. Im. Nak ke mana ni?” Tegur Mak Wan sebaik sahaja terlihat kelibat Imran.

Imran mengambil tempat duduk bersebelahan umi. Dia mengerling kea rah Intan yang sekadar buat tidak tahu dengannya. “Hari ni kan dah start cuti sekolah. Jadi…” Kata-kata Imran tersekat. Dia curi nafas dalam-dalam. “Jadi Im nak ambil Nana dekat asrama. Biar dia habiskan cuti sekolah dia dekat sini.” Sambung Imran perlahan.

Kata-kata Imran itu membuatkan Puan Rahimah mengulum senyum. “Betul ni Imran. Imran tak main-main kan.” Ujar Puan Rahimah gembira.

Imran pegang tangan umi perlahan. Dia senyum melihat umi yang gembira. “Imran tak main-main umi. Mulai hari ni, rumah ni akan jadi rumah Nana juga. Setiap kali cuti sekolah Imran akan bawak dia balik sini.” Ujar Imran tenang.

“Terima kasih ya Imran. Umi tahu, Imran anak umi yang baik dan tak akan bantah kata-kata umi.” Dalam hati Puan Rahimah memanjat rasa syukur. Alhamdulillah. Akhirnya Imran berlembut juga.

Intan yang turut sama mendengar keputusan Imran itu turut sama mengukir senyum. Tak sangka ice berg sudah mencair. Tidak rugi usahanya bersama-sama Puan Rahimah selama ini yang sengaja melancarkan perang bisu dengan Imran.

“Awak kalau nak ikut saya bagi masa sepuluh minit dari sekarang untuk siap.” Tiba-tiba Imran mengeluarkan arahan kepada Intan yang sedang berbalas-balas sengih dengan Umi.

Intan tersentak. Dia memandang muka Encik Imran yang selamba menikmati bihun goring.

“Sembilan minit lagi.” Imran bersuara tegas.

Intan menelan air liur. Dia memandang Puan Rahimah. Puan Rahimah sekadar mengangguk tanda memberi kebenaran kepada Intan untuk pergi bersama-sama Imran untuk membawa Farhana pulang.

“Lima minit lagi.” Suara Imran kuat.

“Tujuh minit lah!” Intan menjawab sebelum cepat-cepat masuk ke dalam bilik untuk bersiap ala kadar.





“Terima kasih.” Kata Intan sebaik memasuki ke dalam perut kereta Imran.

“Terima kasih untuk apa.” Imran bertanya.

“Terima kasih sebab kali ini Encik Imran nak dengar cakap orang lain.” Balas Intan. “Dengar cakap saya pulak tu.” Katanya lagi. Perlahan tapi boleh didengar.

Imran mengerling. Ada senyum sinis yang terukir di bibir gadis disebelahnya itu. “Lebih baik awak berhenti dari cakap benda-benda yang mengarut.”

Amaran dari Imran itu membuatkan senyuman yang terbit mati serta merta. Intan cuba mengajuk lelaki ini berkata-kata.

“Seat belt.” Arah Imran sebelum kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat ini.



Intan bengang melihat Encik Imran yang sedang makan dengan berseleranya. Macam mana lelaki ini boleh makan dengan berseleranya sedangkan Farhana masih lagi berada di dalam bilik. Ikutkan hati mahu sahaja Intan mengadu dengan Puan Rahimah tentang perangai Encik Imran. Baru pagi tadi buat baik dan dapat pujian, malam ni Encik Imran buat perangai balik.

“Apa pandang-pandang?” Soal Imran apabila perasan yang Intan sejak tadi asyik merenung dia makan sahaja.

“Nana tak makan lagilah.” Intan berkata geram.

“Takkan saya nak tunggu dia turun baru boleh makan. Ini kan rumah saya.” Imran menjawab.

Intan membuat muka jengkel. “Berlagaknya Encik Imran ni. Nasib baik puan pesan jangan ganggu dia baca Yassin, kalau tak…”

Imran mencelah tanpa sempat Intan menghabiskan kata-katanya. “Apa dia? Nak mengadu dekat umi? Mengadulah.” Kata Imran tidak takut. Dia sudah lali dengan sikap Intan yang sikit-sikit mahu mengadu domba dengan umi.

Intan berdecit. Dia meninggalkan lelaki itu. Kakinya mengajak naik ke atas. Pintu bilik Farhana diketuk dari luar. “Nana boleh Kak Intan masuk.” Intan meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik gadis manis ini.

“Masuklah Kak Intan.” Balas Farhana.

Intan mengambil tempat disebelah Farhana. Mata Farhana kelihatan basah. Ditangannya ada bingkai gambar dia bersama dengan ibu bapanya. Terselit perasaan sayu di hati apabila melihat Farhana begitu. “Nana, kenapa tak turun makan.” Kata Intan lembut seraya tangannya mengelus lembut rambut separas bahu Farhana.

Farhana senyum kelat. “Errmm.. Nana tak lapar Kak Intan.” Katanya perlahan.

“Tipu. Dari Nana sampai tadi Nana tak makan apa-apa pun.” Balas Intan.

Farhana diam. Dia menunduk wajah. Dia terasa asing tinggal di rumah besar ini.

“Tak apalah. Kak Intan dengan Mak Wan baru nak makan. Nana makan dengan kami sekali okey. Nanti kalau Nana tak makan, puan marah akak. Puan dah pesan tadi jangan biar Nana tak makan malam.” Kata Intan turut sama menitip pesan dari Puan Rahimah tadi.

“Jomlah. Nanti kalau perut masuk angin lagi susah.” Intan menarik tangan Farhana. Farhana serba salah untuk menolak. Dia menurut.

Ketika mahu turun dari tangga Intan dan Farhana terserempak dengan Imran yang baru selesai makan. Imran memandang tajam ke arah Farhana. Gadis kecil itu dijeling. Farhana berdiri dibelakang Intan. Dia takut memandang muka Abang Imran yang garang itu.

Intan menepuk-nepuk bahu Farhana. “Sudah-sudah. Buat tak tau ajer. Kat rumah ni memang ada orang tiap-tiap hari datang bulan.” Bisiknya perlahan.

Imran yang baru mendaki dua tiga anak tangga berhenti dan berpaling. “Saya dengar ni.” Katanya kuat.

Intan berdecit. “Telinga lintah.” Katanya sendiri.

“Intan!!!”

Teriakan dari Imran itu membuatkan Intan dan Farhana sama-sama mencicit lari ke dapur.



p/s: Saya upload seminggu 1 entry ajerlah ek.  :) Happy Reading.  Terima kasih juga pada siapa yang sudi jatuhkan komen. 





8 comments:

kak ida said...

salam dik..

E3 yg telah melenturkan sedikit ego mamat poyo tu..

Comel juga ek simamat poyo tu mengadu kat kawan baiknya pasal dia kena boikot dengan seisi rumah menyebabkan dia terpaksa beralah..

memang betui apa yg diperkatakan oleh kawan karibnya itu..kemarahannya hanya pada kedua ibubapa farhana tetapi yg terpalit rasa kemarahan itu adalah zuriat yg ditinggalkan oleh arwah..

Nasib baik intan ada ..kan..tak lah farhana terasa amat janggal tinggal dirumah agam itu..

Mungkin masa akan merubah pandangan abang tirinya pada dirinya kerana Farhana tidak mempunyai sesiapa utk melempiaskan rasa rindunya pada arwah ibubapanya kecuali keluarga ibu tirinya..

Aziela said...

Nice....tak pernah gagal untuk at least tersengih bila baca karya awak.

hk said...

comey pula pe'el si imran nie :)

Nia_Tia said...

ermm...sweet la prgai Imran 2..xsbar nk tau ble dyorg brsatu.. <3 <3 <3

Nia_Tia said...

cmel la prgai Imran 2..agk2 ble dyowg cple?? xsabar nk tau...

Anonymous said...

Eeeee Cik Eila, suka sangat tau. Awak ni sangat jujur & slumber in your writings.

They sounded so real and tak poyo.
Teruskan menulis untuk kita-kita ye.

:)

ainulrida said...

saya sentiasa tunggu karya-kaya u. semua novel dah ada ni. bila nak keluar buku baru?

Unknown said...

mr iceberg da cair ahak..ahak..

-~uly~