Tuesday, April 28, 2009

Iman Suraya Bab 9

“Ibu!!!” Jerit Iman kuat. Hajah Maimon yang sibuk memasak di dapur tersentak dengan jeritan anak bujangnya. Segera dia menoleh. Matanya tidak berkelip melihat Iman yang sedang berdiri di hadapan pintu dapur rumah. Atas bawah dia memandang wajah anak bujangnya yang seorang itu. Hajjah Maimon diam tidak berkata apa-apa. Mulutnya sahaja yang luas terlopong. Macam ternampak hantu.
Iman berjalan menghampiri ibunya. Digerak-gerakkan tangannya dihadapan ibu. Kenapa ibu ni. Tiba-tiba jadi patung cendana. Apa? Tak cukup hensem ker penampilan aku yang baru ni. “Ibu!!” Iman memegang bahu ibunya. Lembut.
Hajjah Maimon tersentak sekali lagi. “Apa yang kamu dah buat ni Iman?” Dia bertanya.
Iman sekadar mengukir sengih selamba. “Buat apa bu?” Iman sekadar bertanya.
Ibu… Ibu… Hahahaha… Iman ketawa di dalam hati melihat riaksi ibu yang semacam ini. Ada ker patut ibu pergi Tanya soalan macam ni. Bukan dulu ibu yang suruh ker aku pergi potong rambut. Dan setelah hampir lima tahun aku bela rambut panjang ni, jam tiga petang tadi aku korbankannya. Memang satu pengorbanan besar setakat ni yang aku pernah buat. Dah tak nampak rock dah. Tapi nak buat macam mana. Kes surat temuduga di sebuah syarikat pembinaan yang diterima semalamlah yang buat aku rela dalam terpaksa pergi ke kedai gunting rambut hari ini. satu jam lebih duduk berteleku dekat kedai gunting rambut Muthu tu. Duk ralit melihat fesyen rambut-rambut yang terkini. Muthu pun macam bengkek ajer. Lama sangat nak pilih gaya mana yang aku nak. Aku bukan sengaja. Dah memang blur sebab tak tau nak potong ikut fesyen mana. Aku kalau boleh nak fesyen yang kalau pendek pun masih boleh nampak macho, handsome dan bergaya. Dan akhirnya, fesyen ini yang aku pilih. Ala-ala Angkasawan Negara punya rambut. Kira okey. Smart. Walaupun, memang nampak skema gila. Macam budak sekolah. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak pergi temuduga jadi jurutera dengan rambut panjang mengurai. Bukan nak pergi audition Rhythm of Champion yang memang tak kisah pun nak pakai apa janji jangan bulat ajer.
Hajjah Maimon memegang rambut Iman yang sedikit terpacak. “Apa yang kamu dah buat dengan rambut kamu ni Iman?” Sekali lagi Hajjah Maimon bertanya. Soalan yang berlainan. Tetapi inti pati maksudnya masih sama. Masih pasal rambut Iman yang sudah ditransformasikan dari gaya penyanyi rock kapak dah bertukar jadi Angkasawan Negara.
Pecah ketawa Iman akhirnya apabila melihat muka ibu berkerut-kerut begitu sambil membelek-belek rambut barunya. Kemudian dia beralih pada peti ais di dapur tanpa menjawab soalan ibunya. Mengeluarkan air sejuk di dalam botol. Gelas kaca di capai dari rak pengering di tepi singki. Air sejuk dituang. Kemudian di meneguk perlahan. Iman bersandar pada cabinet dapur.
Hajjah Maimon masih lagi memandang wajah anak bujangnya itu. Memanglah susah nak percaya Iman sanggup potong rambut kesayangannya itu. Kadang-kadang pelik juga. Iman macam dah berubah sikit selepas pulang dari Langkawi hari tu. Dengan abangnya pun dia sudah boleh bertegur sapa. Tidaklah seperti masa mula-mula Iman balik menjejakkan kaki ke Malaysia dulu. Dengan kakak iparnya, Hajjah Maimon tak berapa perasan pulak. Bukan apa. Dia pun jarang juga melihat Iman duduk bersembang, bermesra dengan menantu sulungnya itu. Mungkin Iman ikut cakap kut. Yerlah. Dia pun pernah berpesan kepada Iman jangan nak ada apa-apa dengan kakak ipar sendiri. Bagus kalau Iman tahu apa yang patut dan tak patut dia buat. Hajjah Maimon pun tau jugak. Bukan senang kalau nak terima bekas kekasih menjadi kakak ipar sendiri. Harap Iman boleh control perasaannya. Dia pun tak nak anak-anaknya bergaduh sebab seorang perempuan.
“Kenapa ibu Tanya macam tu. Tak hensem ker anak ibu kalau macam ni?” Iman bertanya balik tanpa menjawab soalan ibunya tadi.
“Bukanlah ibu cakap tak hensem, anak ibu kan ker memang hensem. Ibu pelik. Tak ada angin. Tak ada rebut. Kamu pergi potong rambut.” Sela Hajjah Maimon.
Iman melirik senyum segaris. Dia ke singki dapur untuk membasuh gelas yang digunakan tadi. Hajjah Maimon juga kembali menyambung kerjanya tadi. Dia nak menyediakan kuih gula Melaka untuk hidangan minum petang. Tapi kerjanya terbantut sekejap akibat dikacau anak terunanya. Masih ligat tangan Hajjah Maimon menguli adunan tepung pulut di dalam besen kecil. Sesekali Iman dilihat.
Iman masih di dapur. “Takkan nak tunggu angin rebut baru Iman boleh potong rambut bu.” Iman menjawab bersahaja.
Hajjah Maimon yang sibuk menggentel kuih gula Melaka berhenti seketika. Iman sudah pun melabuhkan punggung di kerusi makan. Berhadapan dengannya. “Cubalah kalau jawab tu, jawab betul-betul Iman Radiff oii….” Balas Hajjah Maimon. Kemudian dia menyambung kembali kerja gentel mengentel tadi.
Iman mencapai sedikit adunan kuih gula Melaka tapi pantas tangannya dipukul lembut oleh Hajjah Maimon.
“Dah basuh tangan ker tak?” Tanya Hajjah Maimon. Buatnya tadi Iman pegang benda-benda kotor tak kern anti keracunan orang yang makan kuih gula Melaka ni. Hajjah Maimon menggeleng kepala.
“Dahl ah ibu.” Iman menjawab datar. “Iman potong rambut sebab nak pergi temuduga.” Iman menyambung. Menjawab soalan ibunya tadi.
“Temuduga?” Hajjah Maimon mengangkat kening. Sekali lagi dia berhenti menggentel. Banyak betul iklan. Kalau macam ni bila mau siap daa……
Iman mengangguk. Dia masih lagi menggentel kuih gula Melaka.
“Temuduga apa?” Tanya Hajjah Maimon lagi.
“Temuduga kerjalah bu.”
“Kerja apa?”
“Adalah.” Iman cuba berahsia.
“Dengan ibu pun nak berahsia ker?”
“Alah bu. Kerja-kerja biasa ajer.”
“Kerja biasa tu kerja apa?”
“Ibu, Iman ka nada degree dalam Civil Enggineering. So temuduga jadi engineer lah.” Jawab Iman akhirnya. Iya-iya ajer nak buat part ‘Biarlah Rahsia’ tadi.
Mata Hajjah Maimon kembali bersinar. Alhamdullilah. Semoga dimudahkan segala urusan anaknya itu nanti. Iman pun sudah hampir enam bulan menanam anggur di rumah. Kalau sudah bekerja bagus juga. Tak adalah Iman pergi mengulat merata-rata tempat. Lagipun, Iman dah besar. Dah tamat belajar. Memang patut Iman bekerja.
“Dah siap baju, seluar semua ker? Pergilah beli baju baru. Baru semangat nak datang temuduga.” Hajjah Maimon bertanya girang. Memang dia paling gembira. Masa Adam hendak pergi temuduga dulu pun dia macam ni jugak. Macam hari raya. Siap beli persalinan baru lagi. Dan, dia pun tak berhenti-henti berdoa kepada tuhan agar memudahkan segala urusan anak-anaknya. Kali ini, turn Iman.
“Baju kan banyak bu.” Iman menjawab. Biasa-biasa sahaja. Alah. Setakat datang temuduga. Penting sangat ker pakai baju baru. Baju dalam almari tu pun melambak-lambak. Tak pun. Boleh selongkar wardrobe Abang Adam. Dia mesti banyak baju kemeja ala-ala skema gila tu. Pinjam ajerlah. Rembat barang sehelai dua pun, bukannya Abang Adam perasan. Lainlah kalau Amelia..opppss!!! I’m sorry, Kakak Amelia rajin sangat hari-hari pergi kira kemeja yang suami dia pakai.
“Ish.. Mana boleh macam tu. Temuduga tu penting. Kat situ orang nak menilai diri kita.” Balas Hajjah Maimon. Iman ni memang macam tu. Suka tak ambil kisah. Kalau boleh soal kerja, Hajjah Maimon mahu Iman lebih serius. Iman bukan budak kecil yang sampai benda yang mudah macam ni pun kena bagi penerangan A sampai Z.
“Yerlah bu. Tapi ibu sponsor ler. Iman tak ada kerja lagi. Mana nak ada duit nak pergi shopping baju baru.” Iman mengalah. Dalam mengalah pun dan lagi dia pergi ketuk ibunya. Memang pun. Orang yang tak kerja manalah ada duit nak shopping baju baru. Ibu yang suruh. Ibulah yang kena melabur.
“Yerlah. Kamu ni. Ada-ada ajer. Nanti ajak Abang Adam temankan. Dia mesti tau, baju apa yang kamu nak pakai nanti.”
Iman mengeluh perlahan. Alahai bu.. Takkan nak shopping baju kemeja kerja pun nak Abang Adam temankan. Macamlah aku tak tau nak bezakan baju orang nak pergi kerja dengan baju orang nak pergi…ermm…pergi bersukan. Hentam ajerlah Iman. Dah pening dengan ibu. Sikit-sikit Abang Adam. Sikit-sikit Abang Adam.
“Tak payahlah ibu. Iman taulah nak pergi sendiri.”
“Nanti baju yang entah apa-apa yang kamu beli.” Hajjah Maimon bersuara apabila usulnya tadi ditolak.
“Tau bu. Iman tau.”
“Ibu!!!!!!” Suara Umaira tiba-tiba bergema satu dapur. Terpacul wajah Maira di pintu dapur.
Iman menoleh. Anak dara apalah ni. Mau terkejut bakal mak mertua kalau menantu duk menjerit kat dapur tiba-tiba macam ni. Dan tiba-tiba…..Idea!!!... “Iman pergi dengan Maira ajerlah.” Iman berkata kepada ibu. “Maira teman abang ek. Kita pergi shopping.” Dia beralih pula pada Maira.
Maira yang sedang menuju ke peti ais tiba-tiba mati langkah. “Shopping?” dia bertanya. Macam tak percaya. Biar betul. Abang Iman ajak aku keluar shopping dengan dia. Tak pernah dibuat sebelum ni abang yang sorang ni nak beramah mesra dengan adik bongsu dia. Ini apahal ni. Ada tertelan apa-apa ubat yang buat hormon abang Iman jadi tak seimbang ker petang-petang macam ni. Sudahlah tadi masa terserempak di tangga rumah macam nak tergelak pun ada bila tengok rambut abang Iman dah jadi ala-ala budak sekolah. Maira patah ke belakang. Tak jadi ke peti ais. Kerusi meja makan ditarik. Dia duduk bersebelahan ibunya.
“Yerlah. Temankan abang. Nanti abang belanjalah makan.” Gumam Iman rendah. Nak ajak pergi shooping pun Maira boleh buat kerja pelik. Bukannya ajak pergi terjun bangunan.
“Shopping apa?” maira bertanya lagi.
“Temankan abang Iman pergi shoping baju kerja. Dia nak pergi temuduga.” Sampuk Hajjah Maimon pula. Dulang berisi kuih gula Melaka yang sudah siap digentel di bawa ke dapur. Air di dalam periuk telah pun mendidih. Kuih tadi dimasukkan satu persatu ke dalam air yang sudah mendidih panas.
Maira memandang abangnya. Memandang dengan dahi yang berkerut. “Abang Iman interview kerja apa?”
“Enggineer.” Jawab Iman sepatah. Jari-jemarinya bermain dengan adunan kuih yang sengaja ditinggalkan sedikit. Macam main tanah liat lah pulak.
“Wahh!!!” Maira tersenyum bangga. Yerlah. Siapa tak bangga. Dalam rumah ni. Ada dua orang jurutera. Abang Adam pun jurutera jugak. tapi Abang Adam jurutera mechanical di sebuah kilang yang boleh tahan besar jugaklah dekat Shah Alam tu. Ni abang Iman pulak. Sorang lagi jurutera kalau dia lepas lah temuduga tu nanti. Maira tersengih sendiri apabila mengenangkan abang-abangnya yang sudah memeterai perjanjian damai. Alhamdullilah. Kalau tak. Mendung semacamlah keadaan dalam rumah ni kalau dua-dua ada kat rumah.
“Tak payahlah buat muka macam tu. Nak teman ker tak nak ni.” Iman bertanya. Mahukan keputusan terakhir dari Umairah.
“Okey.” Maira mengenyit mata.
Hajjah Maimon meletakkan kuih gula Melaka yang sudah siap dimasak ke atas meja makan. Kuih gula Melaka yang sudah digaul dengan parutan kelapa muda. Umairah memandang pelik kuih gula Melaka di hadapan mata.
“Bu, apesal kuih ni ada besar ada kecik ni. Dah lah tu. Besar-besar gedabak pulak.” Tanya Maira. Yerlah. Macam bola golf ajer besarnya. Biasa kalau kuih ni, comel-comel ajer orang pergi gentel.
“Tu pergi Tanya abang Iman. Dia yang gentel sampai jadi bola golf.” Balas Hajjah Maimon.
Pecah ketawa Maira. Bakal jurutera, mana tau nak buat kuih. Nak jugak tunjuk skill kat dapur. Fail. Memang fail.
Iman yang bangun terus menuju ke singki. Mencuci tangan. Sebelum dia bergerak ke ruang tamu, tocang Umairah ditarik nakal.
“Oucchhh!!!” Jerit Maira.
“Ibu tengok abang….” Maira merenget manja.
Hajjah Maimon tidak ambil pusing. “Buat air. Nanti bawak kuih ni ke depan.” Segera Hajjah Maimon berlalu meninggalkan Umairah sorang-sorang di dapur.
Umairah mengetap bibir. Memang kalahlah macam ni bila anak bongsu lelaki ibu yang sorang tu dah balik. Hish… dia akur juga pergi menjerang air di dalam cerek elektrik. Buat air Nescafe susu seperti biasa untuk minum petang. Ayah pun sikit lagi akan balik dari masjid.

3 comments:

MaY_LiN said...

yeah yeah..
iman da encem..
pewwwiiit..
hahaha

alkene87 said...

bestnyer iman dh potong rambut..
mesti hensem ngn style rmbut baru..
dah lame den x mkn kuih gula melaka..
balik nak suruh mak buat la..
hehehe

k.e.k.W.a said...

best..