Monday, March 22, 2010

YESS BOSS!! BAB 4

“Aryana okey kerja dekat sana?” Soal Samsiah ingin tahu. Menurut kata Hamidah teman rapatnya itu, hubungan Aryana dan bosnya bukan bagus sangat. Bercakap pun hanya bila melibatkan kerja sahaja. Aryana banyak menurut sahaja apa yang disuruh oleh bosnya. Mala mini terdetik rasa ingin tahu jika Aryana tidak selesa berkerja di sana. Maklumlah ini cadangan dia yang menyuruh Aryana berkerja di satu tempat dengan Hamidah walaupun Aryana tidak pernah tahu yang dia dan Hamidah adalah kroni sehati sejiwa semasa di UiTM dahulu. Laporan yang diberikan oleh Hamidah ketika dia terserempak dengan teman lamanya di Carrefour petang tadi menimbulkan sedikit perasaan kurang enak dibenaknya. Takkanlah sudah hampir empat bulan berkerja di sana Aryana masih belum dapat menyesuaikan diri lagi.
Aryana berpaling mengadap Mak Ngah yang baru menyertainya menonton televisyen. “Kenapa Mak Ngah tanya macam tu?” Soalnya pelik. Tidak pernah-pernah Mak Ngah bertanyakan hal kerjanya mala mini timbul pula soalan ini daripada ibu saudara kesayangannya itu.
“Midah cakap dengan Mak Ngah, Yana dengan bos Yana tak ngam. Bukan sebulu.” Kata Samsiah.
“Midah?” Aryana menjongket kening.
“Hamidah Wahab.”
“Mak Ngah kenal Kak Midah?” Soal Aryana.
“Midah tu kawan Mak Ngah dulu.” Beritahu Samsiah.
“Laa…Teruknya Mak Ngah. Langsung tak bagi tahu dekat Yana yang Mak Ngah kenal dengan Kak Midah tu. Kak Midah tu pun dua kali lima sahaja.” Ngomel Aryana tidak henti. “Agak Yana dapat kerja dekat sana sebab ada kabel besar kut yer Mak Ngah.” Sambungnya lagi. Sekarang ini bukan mudah dapat kerja. Biasa pun kalau senang dapat kerja di sesuatu tempat itu pasti sahaja kerana mempunyai kabel besar di sana. Dia tak mahulah kerana Kak Midah dia dengan mudah boleh berkerja di syarikat Datuk Maarof. Biarlah dia diterima di sana kerana kelayakannya bukan atas bantuan orang lain.
“Hey..Cik Kak. Jangan nak perasan. Midah tu hanya cadangkan sahaja Mak Ngah menyuruh Yana cuba interview di sana. Yang lain, Datuk Maarof tu sendiri yang tentukan.” Balas Samsiah.
“Owwhhh…” Aryana mengangguk-angguk faham.
“Macam mana kerja? Okey ker tak okey?” Soal Samsiah berbalik pada topic asal.
“Bolehlah…” Aryana menjawab senada. Matanya kembali menatap rancangan televisyen di hadapan.
“Macam lemah ajer bunyinya. Bos okey?” Soal Samsiah lagi.
“Okeylah…” Nada Aryana masih sama seperti tadi.
“Ofis?”
“Okey jer…”
“Midah cakap bos Yana tu boleh tahan orangnya.” Samsiah bersuara nakal. Sengaja dia ingin menggiat anak buahnya itu.
Cepat Aryana berpaling. Kelihatan Mak Ngah tengah sengih-sengih umpama kerang busuk sahaja. “Apa maksud Mak Ngah?” Soalnya.
“Yerlah. Midah cakap bos Yana tu boleh tahan kacaklah orangnya.”
Kacak??...Pecah ketawa Aryana apabila mendengar Mak Ngah yang belum pernah melihat wajah Encik Ilham tiba-tiba sahaja memuji kekacakkannya. Tak sesuai langsung nak kata Encik Ilham tu kacak. Kak Midah pun satu. ada ker buaya tembaga bertali leher dikatanya kacak. Mata rabun tak pakai contact lense kut Kak Midah ni.
Samsiah merenung Aryana dengan pandangan mencerun geram. Dia berkata betul-betul. Tapi Aryana dibantainya gelak pula.
“Aryana Mak Ngah cakap betul-betul ketawa pulak dia.” Getus Samsiah. Seraya itu hinggap cubitan kecil pada lengan Aryana.
“Sakitlah Mak Ngah.” Aryana mengaduh. Lengan yang merah digosok laju. Mak Ngah punya kepit ketam dari dulu sampai kini sama sahaja. Kalau kena pada kulit badannya pasti akan terasa perit.
“Tahu pun sakit.” Balas Samsiah.
“Kenapa Mak Ngah nak tahu sangat sama ada bos Yana tu hensem ke tak. Mak Ngah teringin nak masuk jarum ker. Kalau mak Ngah ada pasang niat macam tu yana nasihatkan baiklah mak ngah rentikan ajer.”
“Kenapa Yana cakap macam tu?”
“Sebab dia tu adalah lelaki yang langsung tak ada kualiti. Buat perempuan macam lampin pakai buang. Tak reti nak menghormati perempuan. Bajet dia tu kaya dia boleh buat apa dia suka.” Laju Aryana menyenaraikan keburukan Encik Ilham.
Samsiah mendengar dengan teliti. “Takkanlah teruk sangat.” Katanya bersahaja.
“Kalaulah dah buat semua benda tu takkanlah tak teruk Mak Ngah.”
“Habis dengan Yana pun dia try test jugak ker.”
Aryana menggeleng perlahan. “Dengan Yana tak lah. Tak kuasalah dengan bos tu. Lagipun Yana ni bukan taste dia pun. Taste dia semua edisi-edisi model-model seksi. Yana ni memang out terus.”
“Kadang-kadang taste orang ni berubah-ubah. Mana tahu nanti seleranya berubah. Edisi macam Yana ni pulak ker yang dia berkenan.” Usik Samsiah.
“Taknaklah Yana. Biarlah Yana sekadar menjadi setiausahanya. Nak jadi kekasih memang Yana tak sanggup.”
“Yerla tu.” Kata Samsiah sambil terukir senyum mengusik.
“Mak Ngah betullah.” Aryana berkata kuat. Tak suka pula bila Mak Ngah sengaja mengenenkan dia dengan Encik Ilham. Dia bukan nak cakap besar. Kalau stok macam Encik Ilham tu, dia memang tak mahu. Mungkin jika di dalam dunia jika ada Encik Ilham sorang sahaja lelaki, masa tu barulah dia akan pertimbangkan.
“Yer. Yer. Mak Ngah pun tak kisah siapa yang Yana pilih untuk jadi teman hidup Yana nanti.” Kata Samsiah.
Aryana terkedu. “Teman hidup?” Katanya perlahan.
“Yerlah. Takkan nak hidup bujang sampai ke tua pulak. Jangan jadi macam Mak Ngah.”
“Mak Ngah ni. Yana muda lagilah. Tak fikir pun semua tu.”
“Kena fikir sayang. Umur makin lama makin meningkat. Mak Ngah teringin juga nak tengok cucu saudara. Opah pun mestilah nak tengok cicit dia.”
“Mak Ngah stop okey. Dah jauh sangat melencong dari tajuk asal perbualan kita tadi.”
Kata Aryana untuk mematikan perbualan berkaitan soal teman hidup. Sungguh sekarang ini dia belum terbuka untuk jatuh cinta apatah lagi sampai nak berumah tangga. Semasa di university dulu dia bukanlah mahasiswi yang langsung tak laku mahupun selalu dipandang sepi oleh mahasiswa-mahasiswa lelaki. Walaupun peminatnya tidaklah seramai peminat Sharifah Najwa perawan cantik dari utara yang memiliki wajah seiras pelakon Thailand Aom Piyada, sekurang-kurangnya ada jugalah dua tiga kerat yang berhajat ingin menjadikannya teman rapat. Kekasih mungkin. Tapi semuanya dia sekadar menganggap sebagai teman sahaja. Dia belum mahu jatuh cinta selagi belum tiba masanya. Dia tidak akan jatuh cinta semasa zaman belajar. Takut tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Sekarang bagaimana pula dia harus memikirkannya sedangkan dia masih punya tanggungjawab pada Sakina. Kalaulah dia berkahwin sekarang, bimbang pula tanggungjawabnya pada Sakina akan terabai.
“Mak Ngah Yana mengantuklah. Nak tidur ni.” Tipu Aryana apabila melihat Mak Ngah masih lagi tersenyum simpul ke arahnya. Walaupun Mak Ngah tidak berkata apa-apa dia bukannya budak kecil yang tidak faham makna senyuman itu. Mak Ngah memang begitu. Suka mengorek rahsia berkenaan pilihan hatinya. Bukan dia pernah menipu pun. Selama ini apabila dia katakan dia masih single makanya memang dia masih single. Tapi entah mengapa Mak Ngah selalu tidak percaya. Mak Ngah selalu beranggapan yang buah hatinya itu terlalu eksklusif sampai nak disorok-sorok. Memang tak adalah Mak Ngah!!!
“Nak mengelaklah tu.” Balas Samsiah.
“Mak Ngah nak tidur ni.” Aryana berpura-pura menguap. Matanya digosok-gosok perlahan.
“Yerlah. Yerlah. Tak bolehlah nak sembang lebih-lebih sikit. Mulalah buat taktik.” Kata Samsiah. Masak sangat dengan taktik anak buahnya itu. Aryana selalu sahaja mengelak apabila diasak soalan berkenaan teman hidup.
Aryana tersengih apabila taktiknya berjaya. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik walaupun matanya belum lagi terasa hendak tidur.
Aryana merebahkan badan di atas katil. Di mindanya silih berganti wajah-wajah yang pernah dikecewakan dahulu. Dari Azmer, Aizat, Rafiuddin, Jamil sehinggalah kepada Faizul. Tanpa sedar dia melukakan hati mereka-mereka yang menyimpan perasaan terhadapnya. Soal hati bukan boleh dipaksa-paksa. Dia tak reti mahu memberi harapan palsu kepada orang. Jika dia kata dia tak suka. Itu bermakna dia memang bermaksudkannya walaupun mungkin dari cara dia meluahkan rasa tidak suka itu terlalu direct yang membuatkan mereka semua berasa jauh hati.
Aduhai..Berterus terang pun salah jugak ker?
Bunyi deringa telefon bimbit menyedarkan Aryana dari terus memikirkan mereka-mereka yang sudah menjadi sejarah lama. Telefon bimbit dicapai malas. Nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon diperhati. Bulat matanya. Boss??
“Assalamualaikum bos.” Tersusun Aryana mengucap salam. Penuh adab dan protocol.
“Waalaikumussalam. Yana esok maybe saya MC.” Beritahu Ilham ringkas dari hujung talian.
“Kenapa bos. Tak sihat ker?” Soal Aryana menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan Encik Ilham.
“Food poisoning. Kalau Datuk tanya awak cakaplah dekat dia saya MC dengan surat doctor kerajaan bukan surat sakit yang boleh beli cuti sehari RM10.00” Jawab Ilham.
Aryana ketawa kecil. Lucu mendengar kata-kata Encik Ilham. Ada beza rupanya surat cuti sakit ni. Tak tahu pula dia yang Datuk Maarof hanya menerima surat sakit dari hospital kerajaan sahaja jika Encik Ilham yang sakit. Nampak sangatlah Encik Ilham tu adalah pembeli cuti sakit sehari RM10.00 tegar.
“Awak ketawakan saya Aryana.” Kata Ilham apabila jelas dia menangkap suara orang sedang mengekek ketawa dari sana.
Ketawa Aryana terhenti. Mati tiba-tiba apabila ditegur oleh Encik Ilham. Kantoi!!
“Yerlah bos. Nanti saya bagi tahulah Datuk.” Jawabnya. Dia faham yang Encik Ilham dan Datuk masih belum boleh berbaik lagi selepas kes dia diterima sebagai setiausaha peribadi untuk Encik Ilham. Sudah hampir empat bulan dia berkerja, selama itu jugaklah Encik Ilham memboikot ayahnya. Kalau nak berbincang urusan kerja dua beranak ini pasti hanya akan menggunakan medium YM sahaja. Kalau tidak pun dia dan Kak Midahlah yang terpaksa menjadi orang perantara kepada Datuk Maarof dan Encik Ilham. Malah bukan itu sahaja, Encik Ilham langsung tidak mahu pulang ke rumah keluarganya. Encik Ilham ini berhati batu rupanya.
“Good. Anything pasal kerja, Awak telefon saya.” Kata Ilham.
“Yess boss.” Balas Aryana.
“Gud nite.”
“Nite.”
Talian dimatikan. Aryana memandang telefon digenggaman. Bibirnya mengukir senyuman gembira. Yesss.. Pasti esok adalah hari bahagianya kerana tidak ada orang yang akan memantau apa yang dia lakukan. Pendek kata esok adalah hari untuk dia jolly sakan!!! Esok dialah bos...Yeehhhaaa!!!

5 comments:

Aisha @ Sara Hamza said...

best2....sambung2 lagik.....haha x saba tggu bab seterusnya....

...CiKdiDa... said...

lmbtnye ilham nk jth ati kt yana...hehehehe...akk...sy dh abs bce 2x5..ada kesalahan skit kt blkg..page 428 if im not mistaken..pttnye arkitek..tp kt dlm buku 2 tulis akauntan..*mse zaim msk wad kalu x slp*...tp cite die smpoi gile!! ske! ehehehe

*mtk maap sbb komen kt cni..huhuhu..sy tggu iman suraya lak..=)

MaY_LiN said...

alahai~
boss sakit ya bos..?
tula..makan macam2 lagi..

missn said...

salam... bru abis bc gak 2x5..
sonot bangat..
eh, bkan part akauntan tu ditujukan utk 'Peah' ke...?
NAk tunggu next novel plak... huhu...

areila sahimi said...

akauntan tu mmg utk Peah. :)