Wednesday, April 29, 2009

Iman Suraya Bab 10

“Saya nak tau apa sakit saya doctor?” Azim bertanya kepada Doktor Syafiq yang merawatnya. Sudah seminggu dia menerima rawatan di sini, masakan sampai sekarang pihak doctor tidak tahu apa penyakit yang dia alami.
Doktor Syafiq merenung wajah sugul pesakitnya. Kemudian dia merenung kembali laporan kesihatan Azim di tangan. Pemeriksaan rapi telah dibuat ke atas diri Azim. Dan dia sudah ada jawapan untuk penyakit Azim itu. Tetapi, perkara yang paling berat sebagai seorang doctor adalah terpaksa memberitahu penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu. Apatah lagi, penyakit Azim amat kronik.
“Saya harap Encik Azim dapat bersabar dengan apa yang akan saya katakana ini.” Balas Doktor Syafiq. Dia harus professional walaupun lidah terasa berat mahu mengatakan yang hayat Azim tidak lama.
Azim melihat wajah Doktor Syafiq yang masih tenang tidak berkocak. “Apa sakit saya doctor?” Tanya Azim lagi. Dia tidak betah untuk tinggal di sini lagi. Dia tidak betah untuk terus dicucuk dengan jarum. Dia tidak betah untuk hari-hari makan ubat. Dan… Dia tidak betah melihat Suraya datang ke sini dengan wajah yang sedih setiap kali melihat keadaannya yang terlantar di katil hospital. Dia harus segera pulang. Banyak yang perlu diselesaikan. Tentang tanggungjawab di sekolah. Tentang persiapan perkahwinan. Semuanya perlu diberi perhatian dengan segera. Emak pun sudah seminggu berkampung di sini. Tentu kalau boleh emak pun ingin segera pulang ke rumah.
Doktor Syafik menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. “Encik Azim menghidap penyakit barah otak peringkat akhir.” Tutur Doktor Syafik lancar dengan satu nafas.
Hampir luruh jantung Azim mendengarnya. Ya Allah. Betapa besarnya dugaan yang engkau galaskan dibahuku ini. “Apa cara yang saya boleh buat untuk sembuh doctor.” Azim bertanya. Lirih. Ada getar. Dan air mata lelakinya tumpah ke bumi.
Doktor Syafik hanya mendiamkan diri untuk seketika. Dia faham apa perasaan pesakitnya itu sekarang ini. “Encik Azim hanya boleh bertahan dalam jangka masa tiga ke enam bulan sahaja lagi.” Ujar Doktor Syafik berhati-hati.
Bagai halilintar membelah bumi dirasakan, saat mendengar perkataan ‘bertahan’ dari mulut Doktor Syafik. Azim meraut wajahnya dengan telapak tangan. Dia redha jika ini yang Tuhan turunkan untuk dia selaku hamba dimuka bumi ciptaanNya. Dia pasrah andai ini yang terpaksa dia hadapi. Tetapi, bagaimana dengan emak. bagaimana dengan abang. Dan… Bagaimana dengan Suraya. Bagaimana penerimaan mereka semua.
“Doktor…” Panggil Azim perlahan.
“Saya.”
“Saya harap doctor dapat rahsiakan penyakit saya dari pengetahuan ahli keluarga dan tunang saya.”
“Tapi…”
“Tolong doctor. Saya taknak melihat mereka semua bersedih. Saya tak mau mereka semua simpati pada saya.” Terang Azim. Apa-apa pun, biarlah dia sendiri yang memberitahu semua ini. Itupun jika dia sudah bersedia.
Doktor Syafik tidak ada pilihan. Dia mengangguk lemah. Azim bangun dari duduknya. Terus melangkah longlai keluar pintu bilik Doktor Syafik. Kemudian dia berpaling seketika. “Saya nak keluar dari sini.” Katanya.
“Tapi..”
“Saya nak keluar doctor. Biar saya habiskan hayat saya di rumah saya sendiri. Bukan di sini.” Balas Azim. Kaki terus melangkah keluar. Dia perlu berkemas. Dia perlu pulang.


“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.”
Suraya memandang Azim yang sedang sibuk berkemas. “Awak dah boleh keluar ker?” Dia bertanya.
Azim tidak menjawab. Dia hanya mengangguk perlahan. Tangannya masih lagi memasukkan baju-baju yang sudah siap dilipat ke dalam beg.
“Dah sihat?” Tanya Suraya lagi. Lembut.
Azim menghalakan pandangan ke arah Suraya. “Sudah.” Dia menjawab ringkas.
Suraya menghela nafas lega. Alhamdulillah. Syukur. Gembira rasanya apabila Azim sudah sihat. Dah seminggu Azim duduk di hospital, tentu Azim pun sudah bosan. Tetapi sampai sekarang, Suraya pun tak tau, apa sakit Azim yang sebenarnya. “Doktor ada bagi tau, awak sakit apa?”
“Migrain biasa.” Tipu Azim. Dia tidak akan memberitahu perkara ini kepada Suraya. Belum masanya lagi.
Suraya mengangguk perlahan. “Tue lah awak. Banyak sangat fikir. Bila dah kena macam ni… Siapa yang susah. Saya….jugak.” Suraya berseloroh. Saja nak menimbulkan suasana gumbira hari ini. Suraya membantu memasukkan termos minuman ke dalam bakul kecil. Tuala Azim dilipat dan diletakkan sekali bersama-sama termos tadi.
Azim hanya membatukan diri. Dia hanya memerhatikan Suraya.
Tangan Suraya berhenti bekerja apabila dia perasan dengan renungan mata Azim. Aikk… Salah ker apa aku cakap tadi. Ermmm… Suraya menimbang-nimbang di dalam kepala. Kenapa Azim pandang macam tu. Nak kata apa dia cakap tadi salah, dia pun tak perasan apa yang dia cakap tadi. Rasa macam cakap biasa-biasa ajer. Macam cakap dengan Azim selalu. Gamaknya orang sakit ni mungkin mudah tersentuh kut.
“Azim, kalau Sue salah cakap, sorrylah. Sue tak sengaja.” Suraya memukul lembut mulutnya. Tulah. Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut padan muka Azim buat tak layan ajer.
Azim menghadiahkan senyuman untuk Suraya. Dia menggeleng perlahan.
“Awak tau kan. Saya suka awak yang macam ni. Awak tak hipokrit. Awak jadi diri awak yang sebenarnya. Tu sebab saya sayangkan awak.” Balas Azim. Masakan dia perlu tunjuk perasaannya saat ini kepada Suraya. Dia tidak mahu kantoi di awal-awal begini. Dan kalau boleh, sikit pun dia tidak mahu Suraya sedih dengan apa yang dia tanggung.
Suraya tersengih. Tersengih gaya orang malu-malu kucing. Lembutnya Azim ni bercakap. Memang bertuah badan jumpa lelaki macam Azim ni. “Sue sayang Azim.” Suraya berkata cepat-cepat. Satu nafas tanpa henti. Terang dan jelas.
Azim mengangguk. “Tau.”
Kemudian pecah ketawa mereka berdua.
“Dah siap?” Suara Abang Norman yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik mematikan ketawa Suraya dan Azim.
“Dah.” Jawab Azim.
Norman membantu Azim membawa beg pakaiannya. Sempat dia mengerling kea rah Suraya. Suraya buat-buat tak nampak. Dia buat muka bila kena kerling macam tu. Dibelakang Norman dan Azim yang sudah bergerak ke hadapan dia mengetap bibir. Hish… Mamat ni. Pantang tengok Romeo dengan Juliet tengah syok-syok dia pulak boleh muncul kat tengah-tengah ni. Jadi extra yang mengacau daun.
“Sue nak Abang Man hantarkan Sue balik sekali?” Norman bertanya apabila mereka sudah sampai ke tempat parking kereta.
Suraya menggeleng perlahan. “Tak payahlah. Sue drive kereta abah hari ni.” Suraya menolak. Selamat aku. Nasib hari ni terdetik nak pinjam kereta abah. Kalau tak mahunya kena naik sekali satu kereta dengan Abang Norman. Tak rela I.
Norman menjongket bahu. Suraya dan Azim dipandang sekilas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Suraya dan Azim diberi ruang seketika untuk berbicara sesame mereka. Dia pun tau jugak etika bila jadi orang yang berada kat tengah-tengah pasangan yang bercinta. Takkan nak menyibuk mencapap kat tengah-tengah diorang. Dia suka Suraya. Boleh juga dikatakan dia pun sayang Suraya. Tapi Suraya, Azim punya. Dia tidak tergamak mahu mengambil kepunyaan adik sendiri. Biarkanlah.
“Sue, saya nak terus balik Putrajaya ni.” Beritahu Azim.
Suraya mencebik. Dia memandang Azim. “Takkan cepat sangat….” Dia berkata manja.
“Sue, saya dah lama duduk kat sini. Saya dah malas nak susahkan Abang Norman. Emak. Dan awak Sue.”
“Sue tak pernah pun rasa susah sebab Azim tau. Abang Norman tu bukankah abang Azim. Takkan dengan adik sendiri pun dia nak merungut susah.” Suraya bagai membebel satu ribu patah perkataan. Mulutnya pot-pet-pot-pet tanda tak puas hati. Mulut Suraya sudah menjuih. Panjang sedepa. Muka yang tadi manis terus jadi masam mencuka. Bagai baru kejap tadi dia pergi telan sebotol cuka Cap Tamin. Dia memeluk tubuh. Dia nak merajuk. Azim ni tau. Memang tau. Suka macam tu tau. Extralah dua tiga hari kat sini lagi. Biar betul-betul sembuh. Aku pun senang nak datang melawat. Kalau dah balik Putrajaya tu nanti, takkan nak datang melawat hari-hari. Nak tidur rumah parents dia kat sana mesti segan gila. Abah pun mesti awal-awal akan tolak usul yang akan dikemukakan untuk bermalam di rumah keluarga Azim. Abah bukan suka.
“Sue janganlah macam ni. Banyak benda saya kena siapkan kat sana.” Azim memujuk lembut. “Jauh dimata dekat dihati kan….” Sambung Azim lagi. Matanya dikenyitkan.
Suraya menggigit bibir bawah. Ni ar yang buat teman sayang bebenor dengan miker ni Azim. Ishhh… Malunya kena pujuk macam tu. Hati Suraya berbunga gembira walaupun dia memang tak berapa nak bergembira bila Azim bagi tau nak balik Putrajaya terus. Ingat bila Azim dah sembuh boleh ar jugak ajak dia pergi pekena laksa kat Taman Polo sambil menghirup udara nyaman kat situ.
“Tak apalah. Nak buat macam manakan.” Lemah tanpa nada Suraya menuturkan. Sebenarnya Suraya memang tak ikhlas pun nak sebut perkataan ‘tak apa’ tu. Macam dah menyerah kalah ajer bunyinya.
“Nanti saya telefon bila dah sampai sana.”
Suraya mengangguk.
Azim membuka pintu hadapan. Cermin diturunkan separuh. “Jaga diri yer…” Sempat dia berpesan.
Suraya sekadar mengangguk sahaja. Kereta Abang Norman sudah keluar dari parking. Dan terus memecut laju. Suraya hanya menghantar dengan pandangan mata. Setelah bayang-bayang kereta Abang Norman hilang, tangan kanan menyeluk ke dalam saku belakang jeans yang dipakai. Telefon bimbit dikeluarkan. Pantas jari jemari mencari nama Anne di dalam directory.

“Hello… Jom teman aku.” Suraya berhenti sejenak. Memberi ruang orang dihujung talian sana pula bercakap. Seketika dia mengangguk. Kemudian mencebik. “Jomlah… Inilah kawan. Time aku tengah keseorangan tak ada sorang pun nak tolong temankan. Nak tolong hiburkan hati yang sedang berduka nestapa ni.” Berdramalah pulak. Over acting. Melebih-lebih. Biarkan. Biar Anne jadi serba salah. Dan itu memang point Suraya. Tak sampai setengah minit Suraya berdrama tadi, bibirnya menguntum senyum segaris. Nampaknya lakonan tampak berkesan dan sudah menjadi. “Tempat biasa. Pekena laksa buyung kat Taman Polo.” Setting port. Port biasa kalau teringin nak makan Laksa Penang yang boleh dikatakan famous jugak dekat Ipoh. “Aku belanja.” Putus Suraya lagi. “Okey. Chow…” Talian dimatikan. Segera Suraya melangkah ke kereta abah yang di parkir di belakang hospital.

15 comments:

aqilah said...

cian azim, tapi mesti lepas ni sue dgn iman kan, tajuk tu????? apapun best. i follow................

MaY_LiN said...

ala...xmo la azim mati..
cian suraya..
xmo la die kawin ngan abg norman..
klu ngan iman xpe...
hihihi..
siap request lg..

homosapiens87 said...

huhuhu..
x nak azim mati..
sedihnyer..
azim baik sgt..
mintak2 jgn la si azim tu wat wasiat suruh norman kawen ngn sue..
den tak rela..
bagi la sue posting mengajar dkat skolah yg area dkat ngn iman..
pastu dorg trjumpe..
hehehe suke2..
anyway up to penulis nk wat jln cite cmne..
chaiyok, chaiyok!

sajesinggah said...

huhu...ape ke sedey bebeno nih...

::cHeeSeCaKe:: said...

sedihnye azim sakit..
tp tjuk cite pon iman suraya..bkn azim suraya..so,hero mstilah iman bkn azim..huhu..

husna amira said...

nape tk bley bukak page 11 smpy epilog nie..sdey..huh

tia said...

aah..knp x bole bkk ni..sedih2..nk sambung baca ni..best2

Anonymous said...

apsal page len xleh bkak nie???

bwu nk feel smpai abes cite

syOk gler kowt cte neh

plezzz bg la view page len

tQ.-jue zurhanisza-

Anonymous said...

apsal page yg len xleh view??

huhu sdey gler bwu nk feel smpai abes cite

hope cpt2 dpt view plzzz

cite nie sgt best cantek menarik trtarik penulis mmg da boom...!!!hehee=)

-jue_zurh@n!sz@-

Anonymous said...

nk tnye..nape epi 10 smpai abis langsung xleh buka?hope writer pt tgkkn..nk tau ending die..

cikgulizz said...

wah..best arr cite ni..ayat2 dia..slamber jer..tergelak2 baca sorang..tp knapa sampai part 10 jer?? macam byk jer...marathon baca ni...hehe...sbb baru jumpa bolg ni..best3x...

Anonymous said...

aiseh.....rugi x dpt baca..bila nk publish???x sabo nk beli..

fify_b said...

alahaiii!!
nape page pas 10 xleh bukak..
tgh feeling nie..
huhuhuhuhu..
ctr nie dah publish blum??
nak bli la t..

naie said...

lmbt betul cita ni nk publish..
agak2 bila eyh..
nk mintak tolong boley x?
kalo dah publish sesapa emelkan ke saya..
naie_iem90@yahoo.com

NukSe said...

nape nk tgk bab 10 ke atas dah xbleh???nk tgk....