Wednesday, November 12, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 9

BAB 9

Bau tumisan cili kisar membuat hidung terasa hendak bersin dan mata pula pedih sudah mula nak berair. Hasheemmm!!! Aleeya menutup hidung dengan telapak tangan. Alhamdullillah. Remote controller ditala ke arah decoder Astro yang elok terletak di atas rak tv itu. Tercari-cari siaran yang boleh dilayan sebelum Aleeya dengan hormatnya dijemput makan. Memang betul telahan yang aku buat pagi tadi, hari ini matahari sudah terbenam baru aku boleh balik ke rumah. Aleeya mengeluh kepenatan. Nasib jugaklah Anis dengan rela hati sudi datang menjemput Aleeya dari pejabat tadi. Itupun setelah puas Aleeya pujuk rayu baru dia bersetuju. Kalau tidak, mahunya lepas Isyak pun belum tentu boleh sampai ke rumah. Faham-faham sahajalah kalau nak balik naik bas dalam waktu sebegini.
Kelihatan Anis sedang sibuk mengangkat pinggan dan gelas ke meja makan. Sibuk nampaknya Anis yang tengah setting meja untuk makan malam. Aleeya bangun, langkah dihala menuju ke dapur. Iwa sedang memasak sayur kangkung goreng belacan. Mesti malatop!!! Ayam goreng kunyit yang sudah siap terletak di atas kabinet dapur dibawa ke meja makan. Hari ini makan bertiga ajerlah. Aida selepas Maghrib tadi sudah keluar. Katanya mahu makan malam dengan buah hati pengarang jantung pisang.
“Siap!!!.. Makan time.” Iwa bersuara sambil perlahan-lahan dia menatang mangkuk berisi sayur kangkung goreng belacan ke meja. Aroma dari sayur kangkung goreng belacan itu sahaja sudah menyucuk-nyucuk lubang hidung. Itu tandanya sudah pasti ianya malatop pedas berapi.
“Amboi.. Dua-dua macam ma’am besar.” Iwa berkata tatkala melihat muka seorang-seorang berlagak macam Cik Puan Besar sahaja.
Aleeya dan Anis saling berpandangan. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
“Sedia!!... Angkat tangan!!.. Up!!..” Aiseyh… Sekali Anis bagi arahan macam zaman-zaman PLKN dulu-dulu lar.
Doa makan dibaca. Bismillahirrahmannirrahim… Masing-masing menjamu selera dengan hidangan yang tersedia di depan mata. Seperti yang telah dijangka. Penangan sayur kangkung goreng belacan Iwa buat masing-masing terasa sayu sehingga mengalirkan air mata. Bukan buat drama sedih tak dapat makan tapi air mata keluar sebab tahap kepedasan sayur kangkung goreng belacan Iwa memang malatop!!. Tapi best!!... Kira okeylah dapat makan ayam goreng dengan sayur kangkung goreng belacan hari ini. Kalau tidak layan Meggie mee sajalah. Dalam seminggu macam tak lengkap hidup jika tidak makan Meggie mee. Sampai Cik Anis Fadzdia itu berjaya membawa gelaran sebagai Duta Mee Sedap kerana mee Sedap tak pernah terputus dalam simpanan dia. Dari asrama bawak ke rumah sewa. Mee Sedap dah jadi macam sebahagian makanan ruji Anis. Meggie goreng, Meggie rebus, murtabak Meggie semua dah rasa. Ya lah, kalau balik kerja, masing-masing dah penat tak larat nak masuk dapur . Kalau dah lapar bedal sahajalah Meggie mee yang senang, cepat, mudah dan enak dimakan. Tapi tak tipu, tekak masing-masing sebenarnya dah naik muak telan Meggie mee. Kalau sudah darurat nak buat macam mana terpaksa belasah sahajalah apa yang ada. Biskut kering dengan air suam pun jalan ajer…

“Leeya, tadi lunch kau pergi mana?” Anis bersuara dari arah belakang.
Aleeya yang tengah mencuci pinggan mangkuk berpaling mengadap Anis dibelakang. Dilihatnya Anis sedang tersengih-sengih. Kemudian dia berpusing balik menghabiskan basuhannya tadi. “Tak pergi mana-mana.” Lancar mulut mengarang ayat menipu sebab takut terkantoi dengan Anis.
Anis mengerut dahi. Kemudian dia tersenyum. Ooo… cik kak ni nak ketuk aku konon. Macamlah aku tak kenal kau. “Habis yang aku nampak dekat McD Alamanda tu siapa?”
Hampir tersedak air yang diminum. Cawan dibasuh dan diletakkan di atas rak pinggan. Segera Aleeya berlalu ke hadapan. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Iwa sedang elok bersila di atas carpet sambil menyelak-nyelak majalah Wanita. Anis terasa macam nak baling sahaja kuali yang elok-elok tergantung di tepi tingkap dekat Aleeya sebab biarkan soalannya tadi tidak berjawab, terus ikut ke hadapan. Lalu dia mengambil posisi duduk bersebelahan dengan Aleeya di atas sofa.
Anis membetulkan duduk mengadap Aleeya yang masih dengan muka yang slumber seperti tiada apa-apa. “Leeya, baik kau cakap dengan aku cepat. Kau keluar dengan siapa tengahari tadi?” Sekali lagi Anis cuba bertanya. Iwa yang elok-elok tengah selak menyelak majalah Wanita tadi terus menutup kalam lalu mengadap Aleeya dan Anis seperti ada sesuatu yang menarik buat dia tertarik untuk mendengar sekali.
“Keluar.. McD.. Alamanda.. Lunch tadi. Apa kau cakap ni. Confuse aku.” Aleeya masih lagi cuba berlagak bersahaja. Cuba lagi berselindung. Remote controller ditekan. Saluran AXN menjadi pilihan.
Ishh!!.. Anis mendengus geram. “Sekejap.” Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik. Selang beberapa saat Anis keluar semula dengan telefon bimbit di tangan.” Dia duduk di atas lantai bertentangan dengan Iwa. Telefon bimbit di tangan ditekan-tekan. Kemudian dia menunjukkan sesuatu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu kepada Iwa. Iwa ternganga dengan mata tidak berkelip-kelip. Telefon bimbit itu ditala ke muka Aleeya dekat-dekat. Terbeliak mata Aleeya melihat gambar yang elok terpampang pada skrin telefon bimbit milik Anis itu.
Sudah terang benderang dengan cahaya spotlight, lagi mahu di suluh guna lampu torch light. Dah terang-terang yang dalam gambar itu aku tengah makan berdua, takkan nak kata itu mungkin pelanduk dua serupa. Haru. Aleeya mengetap bibir. “Sejak bila kau tukar profesion jadi mamapaparazzi ni.”
“Sejak bila aku tukar profesion itu bukan masalahnya. Sejak bila kau pandai keluar makan berdua-dua tak bagi tau kita orang tu yang aku nak tau sebenarnya. Siapa mamat tu.” Anis mengukir senyum segaris dipinggir bibir. Sungguh siang tadi rasa macam nak terkeluar biji mata bila ternampak Aleeya boleh duduk berdua dengan seorang lelaki di Restoran MacDonald Alamanda. Sebab sengaja nak bukak cerita pada malam Rabu yang tak tau nak buat apa ini, sengaja dia mengambil gambar Aleeya yang pada waktu itu sedang sibuk bersembang dengna teman barunya, sehingga Anis pun Aleeya tidak perasan. Rasanya itu bukan teman sepejabat dengan Aleeya kerana Aleeya pernah cakap dulu yang dia sentiasa berpegang pada satu prinsip bahawa dia tidak akan menjalinkan hubungan hati dan perasaan dengan teman satu pejabat. Katanya untuk mengelakkan menjadi skandal dalam office yang boleh menjadi topik hangat bahan gosip. Memang kena dielakkan. Itu semua pada Aleeya hanyalah publisiti murahan semata-mata. Jika Aleeya masih lagi berpegah teguh pada prinsip yang satu itu, siapakah lelaki yang makan semeja elok bersembang dengan Nurul Aleeya tengahari tadi? Itu yang timbul big question mark dalam kepala ini.
“Zain.” Jawab Aleeya pendek.
Anis mengerut dahi. “Zain?” Anis bertanya kembali. Siapa itu Zain. Ayah kepada Ziana Zain, Anuar Zain atau Nora Zain.
“Zain mana pulak ni?” Belum sempat Aleeya menjawab soalan Anis tadi Iwa terlebih dahulu memotong.
“Mohd Zain. Aku terr..kenal dia masa aku jadi mak andam dekat rumah pengantin hari tu.” Sengaja Aleeya menekankan imbuhan ‘terr’ itu supaya Anis dan Iwa tahu yang perkenalan antara dirinya dengan Zain itu adalah secara tidak sengaja.
“Lepas tu?” Anis bertanya lagi.
“Lepas tu kita orang kenal lah. Tapi mula-mula tegang sikit sebab dia berlagak poyo control macho depan aku.”
“Lepas tu?” Iwa sudah mula tunjuk minat hendak mendengar cerita yang seterusnya.
“Lepas tu masa nak balik sini, aku terr..serempak dengan dia dekat RnR Tapah masa nak beli buah jambu.”
Anis sudah menongkat dagu. “Lepas tu?” Dia tanya lagi.
“Lepas tu dia ajak makan sekali. Aku pun join lah semeja dengan dia.”
“Lepas tu?” Tanya makcik ni lagi.
“Lepas tu nak balik, dia mintak nombor telefon aku. Aku pun bagi ajer lah.”
Belum sempat Anis bertanya lagi Iwa sudah terlebih dahulu memotong. “Lepas tu?”
“Lepas tu pagi tadi dia call ajak lunch sama-sama. Aku tolak sebab aku banyak kerja.”
“Lepas tu?” Anis macam dah tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya. Exited semacam.
“Lepas tu Kak Wahida yang jaga kaunter lobi call aku. Kata ada orang cari aku. Aku pun turun, sekali tengok mamat tu dah tegak berdiri. Dia paksa jugak aku temankan dia lunch.”
“Lepas tu?” Soalan yang sama juga keluar dari mulut Anis.
“Lepas two, three.. lepas three, four. Banyaklah kau punya lepas tu, lepas tu, lepas tu.” Kusyen kecil dibaling ke muka Anis. Terus dia angkat punggung dari sofa dan berlalu masuk ke dalam bilik. “Aku nak tidur. Good night.”

“Leeya turun. Ada orang nak jumpa.” Suara Kak Wahida dihujung talian bergema digegendang telinga. Sudah secara azalinya sejak aku jejak masuk dalam Jabatan Peguam ni suara dia memang macam tu. Kuat semacam kalau bercakap dengan orang.
Aleeya mengerut dahi. Siapa pulak yang datang nak berjumpa dengan aku time-time orang tengah sibuk nak pergi lunch ni. Takkan Anis datang sini pakai protokol ikut etika hantar pesan pada Kak Wahida. Biasa makcik tu kalau datang office aku, buat muka slumber macamlah dia itu ahli keluarga AGC sedangkan pejabat dia elok tersergam indah berhadapan dengan bangunan office aku ini. MOSTI bukankah berjiran dengan AGC. Biasa kalau Anis datang ke sini, dia main tinggal IC, ambil pass pelawat, terus redah masuk pejabat aku. Mana tau nak telefon dulu sebelum masuk. Memanglah dia ikut peraturan tinggal IC ambil pass pelawat tapi yang slumber redah masuk office aku tu yang buat aku tak berapa selesa. Tapi kalau iya pun Anis yang datang dah tentu dengan jelas-jelas Kak Wahida akan sebut nama Anis, sebab Kak Wahida memang kenal sangat dengan minah MOSTI yang seorang itu. Aleeya masih berteka-teki ketika kaki sedang menapak menuju ke lobi. Siapakah gerangan yang datang ke office time macam ini. Sampai di lobi, Kak Wahida menjuihkan bibirnya ke arah gerangan orang yang masih setia menanti.
Macam nak terkeluar biji mata bila orang yang menunggu ketibaan tuan puteri turun berpaling menunjuk muka. “Zain.” Gulp.. Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit kelat apabila Zain perlahan-lahan mengatur langkah menghampirinya. Aleeya membulatkan matanya tatkala melihat Zain tersenyum meleret yang tak tau nak tafsir apa maksud senyuman itu. Dia ni memang teringin nak kena baling dengan sepatu high heel warna hitam jenama Vincci yang aku pakai. Buat muka toya macam tak tau apa yang dibuat ini namanya salah walaupun tak akan ditangkap dengan Pak Polisi. Main serbu office aku tak bagi tahu dulu. “Zain, kau buat apa kat sini?” Rendah Aleeya menuturkannya. Takut jika ada yang mendengar perbualan antara mereka berdua. Lagi menakutkan, sampai buat bulu roma semua berdiri tegak jika ada officemate yang nampak dia bersama dengan seorang lelaki yang entah dari mana-mana datangnya.
“Nak jumpa kau lah. Pagi tadikan dah cakap nak lunch together- gether.” Slumber macam tak ada apa-apa sahaja lagak gaya Zain menuturkannya.
Aleeya dah rasa seperti mahu bertukar jadi anaconda. Mahu ditelan Zain hidup-hidup. Rasa-rasanya pagi tadi dengan jelas, terang dan nyata aku cakap dekat dia lain kali. Lain kali. “Aku cakap lain kali kan.” Suara Aleeya sedikit menekan tetapi alunan suara masih dalam keadaan terkawal.
Zain hanya tersenyum. Lucu melihat muka Aleeya yang tegang kerana menahan geram. Memang dia sengan membuat plan last minute. Sudah alang-alang dia ada kerja di Putrajaya, lebih baik singgah sebentar di Jabatan Peguam Negara. Singgah sebentar berjumpa Cik Nurul Aleeya. Bukan dia punya masalah sound trouble tak dengar apa yang Aleeya katakan di dalam telefon pagi tadi. “Jomlah cepat. Orang dah ramai serbu café tu.”
Aleeya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Aleeya masih mendiamkan diri. Jari telunjuk dihalakan ke arah café. Zain mengangguk. Hahh!!.. “Alamanda. Tunggu kejap aku pergi ambil beg dekat atas.” Satu nafas tanpa henti Aleeya mengeluarkan kata-kata berbau seperti satu arahan yang patut dipatuhi. Pantas Aleeya terus menuju ke pintu lift untuk naik ke atas. Memanglah Zain ini suka buat ikut rentak kepala dia ajer. Aleeya mendengus geram. Ngee….
Senyum tak lekang dibibir mengekori langkah Nurul Aleeya ke pintu lift. “Budak perempuan keras kepala macam ini jangan diikutkan sangat kerenahnya. Dia taknak, aku paksa.” Zain berkata-kata di dalam hati.

Di dalam kereta dua-dua hanya diam membisu membatukan diri. Sesekali Zain menjeling dengan ekor mata penumpang di sebelah. Monyok semacam. Nasib tak bertukar jadi momok. Muncung pun dah panjang sedepa. Bukan. Tapi dah panjang dua depan. Mesti tak puas hati pasal tadi. Zain mengukir senyum dipinggir bibir.
“Ini apa hal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni.” Aleeya bertanya. Entah apa yang Zain tengah fikir sekarang ini pun Aleeya tidak tahu.
Mendengar soalan yang tiba-tiba terkeluar itu, segera senyuman tadi cepat-cepat dimatikan. “Mana ada. Ooo… Kau curi-curi tengok aku ek..”
“Tak ada sebab aku nak curi-curi tengok muka kau tu.” Geram Aleeya dengan Zain. Tak pasal-pasal aku dituduhnya cuba curi-curi pandang wajah dia. “Elleh apa dia ingat muka dia encem sangat apa.” Getus Aleeya di dalam hati.
Pecah ketawa Zain melihat muka Aleeya yang sudah mula merona merah. Lawak betul. Lagak macam batu brutal, rock kapak, heavy metal tapi baru kena usik sikit macam tu, muka dah naik merah. “Alah.. aku tak kesah kalau kau nak tengok muka kau selalu pun. Tengoklah…Tengoklah..” Lagi galak Zain ketawa sambil mukanya di tala ke arah Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Ngee.. Aku debik karang baru tau. “Zain tengok jalanlah. Kau ni tengah drive pun lagi boleh buat lawak bodoh.” Sakit jiwa kerana terpaksa naik satu kereta dengan orang macam ni. Tak tau ke yang dia tu tengah bawak anak dara orang. Hati-hatilah sikit. Cubalah ingat, yang aku ni belum kahwin lagi. Zain buat dekk ajer dan dia terus tersenyum.

“Nak makan kat mana.”
“Fast food ajerlah. Biasa time lunch macam ini food court penuh.”
“Okey.”
Aleeya dan Zain menuju ke Restoran MacDonalds.
“Makan ma’am?” Zain bertanya.
“Aku nak makan Big Mac. Tapi aku tak nak kecil, tak nak medium aku nak large set punya sebab kau bermurah hati sangat nak belanja aku makan hari ini kan.”
“Hush.. Badan cekeding. Tapi kuat makan.” Perli Zain sebelum ke kaunter untuk membuat pesanan.
Seketika kemudian Zain datang sambil menatang duluang yang berisi makanan. “Nah. Kau punya.” Zain menyuakan burger Big Mac kepada Aleeya.
Big Mac telahpun bertukar tangan.
“Zain lain kali janganlah buat macam ni. Malu aku.” Tutur Aleeya rendah sebelum burger di tangan masuk ke dalam mulut.
Zain berhenti sejenak. Segera mengunyah burger di dalam mulut. Coke di depan disedut. “Kenapa pulak?” Zain buat muka tak faham.
Susahnya nak pahamkan Mat Zain ini. Dah pakai Bahasa Melayu standard pun dia tak boleh nak pick up lagi ker. Karang nak kata slow keterlaluan pulak. Padahal dah jadi engineer pun. “Kau ni tak faham ker atau buat-buat tak faham.” Frekuensi suara di naikkan sedikit. “Tak eloklah kalau kau datang office aku macam tadi. Nanti apa orang kata.” Kali ini nada suara dah direndahkan sedikit. Dari high key kepada low key. Harap-harap dengan taktik berlembut ini Zain bolehlah faham.
“Aku kan kawan kau.”
Jelas sekali Zain masih tidak faham. Aleeya mengeluh. “Kalau kawan aku tolonglah dengar cakap aku. Jangan buat lagi ek…” Aleeya separuh merayu.
“Yerlah.. Yerlah.. Okey bos.”
Aleeya tersenyum. Akhirnya dia paham jugak Bahasa Melayu yang aku pakai ini.

Aleeya sendiri tidak faham mengapa dia boleh dengan rela hati pergi makan tengahari dengan Zain hari ini. Mereka berdua kenal belum sampai seminggu tapi sudah pandai makan bersama, duduk semeja, bercerita entah apa-apa. Kawan. Ya. Aku keluar dengan Zain atas dasar kawan. “Kawan??” Hati Aleeya terdetik. “Ya. Kawan.” Aleeya berkata sendiri menjawab soalan dari hati. “Atau??..” Hatinya berdetik kembali. Stop Aleeya. Berhenti berfikir tentang dia. Kenangan lama hanya buat hidup kau kembali terseksa. Nampaknya aku memang kena tidur. Cepat Nurul Aleeya. Kira satu sampai seratus. Kalau sampai seratus pun masih tidak boleh lena lagi, kira satu sampai dua ratus, tiga ratus dan bla..bla..bla.. Get. Set. Go!!!. Satu, dua, tiga, empat, lima…….krohhh…krohh…

2 comments:

Anonymous said...

ehm...kelakar tapi ejaan byk silap la adik...ehm nk cepat pun tgk ejaan...apa pun best..good job!

ShAydA said...

best la2 .......cepat la sambung..