Wednesday, October 6, 2010

YESS BOSS!! BAB 17

Edisi lepas rindu. Silalah melayan.


Luvs,
Eila.



Ilham masuk ke pejabat dengan semangat baru. Peristiwa di kelab malam itu sedikit sebanyak membuatkannya insaf. Tak kisahlah jika dia insaf sekejap pun janji selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan perempuan. Dia tidak mahu lagi terlibat dengan skandal yang melibatkan awek dan isteri orang. Harus dielakkan.
Melangkah ke dalam pejabat, dia disapa mesra oleh semua pekerja. Semuanya mengalu-alukan kedatangannya semula di pejabat ini selepas diberi cuti rehat hampir dua minggu oleh abah selaku tuan punya syarikat ini. Ilham menyanyi-nyanyi kecil ketika melintasi bilik Aryana untuk masuk ke dalam pejabatnya.
“Good morning bos.” Tegur Aryana dengan senyuman mekar dibibir. “Welcome back.” Sambungnya.
Ilham membalas senyuman itu. “Bukannya saya balik bertapa. Cuti sakit jer.” Balas Ilham.
Aryana sekadar ketawa kecil.
Ilham mengeleng kepalanya perlahan. Macam-macam Si Aryana ini.
“Bos..” Panggil Aryana tiba-tiba.
“Apa lagi…” Ilham berpaling.
Bibir bawah digigit. Aryana menggeleng laju. Biar jadi surpriselah.
“Awak nilah…” lIlham berkata malas.
Aryana ketawa lagi.


Ilham tergamam sebentar apabila melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Macam pejabat baru. Macam pejabat orang lain. Major arrangement yang menampakkan bilik ini semakin tersusun. Cantik. Terhias rapi. Jemarinya menggosok pada permukaan meja kerja yang dilitupi cermin. Tak ada habuk. Ehh.. Ada pulak jambangan ros putih yang cantik digubah terletak cantik di atas meja kopi di dalam bilik ini. Dia keluar mendapatkan Aryana.
Apabila keluar diliihat Aryana masih lagi tersenyum memandangnya. “Surprise!!” Aryana menjerit kecil.
Ilham ketawa. Melihat sorakan Aryana yang ceria menyebut perkataan ‘surprise’ itu membuatkan dia tahu siapa punya kerja semua ini. Kerja yang hebat!!
“Kopi please.” Pinta Ilham seperti biasa. Rindu pula untuk menikmati kopi buatan Aryana.
“Yes boss!!” Aryana memberi tabik hormat sebelum berlalu ke pantry untuk membuat kopi. Pasti bos sudah merindui kopi buatannya. Sebaik tiba sudah tinggalkan pesan ‘kopi satu!!’. Hati Aryana berbunga girang kerana sikap pandai-pandainya mengubah susun atur di dalam pejabat bos mendapat pujian. Pujian melalui senyuman. Okeylah tuh!!!
Kredit juga pada Abang Harun dan office boy yang bernama Nabil tu. Kerana sepanjang minggu lepas, Aryana telah menyusahkan hidup mereka berdua untuk melakukan proses make-over ke atas pejabat bos. Mereka berdua yang sibuk angkat barang. Aryana tukang arah jer. 
“Bos kopi siap.” Kata Aryana lalu mug berisi kopi o kesukaan bos diletakkan di atas meja bersebelahan dulang kertas yang sudah hampir penuh dengna dokumen masuk. Dokumen-dokumen yang tidak memerlukan tindakan serta merta. Yang mana perlu tindakan segera, sudah Aryana bawakan ke rumah bos untuk bos teliti di rumah. Sebab itulah, selama bos bercuti setiap hari dia akan ke banglo mewah Datuk Maarof dan Datin Rokiah Kamsan untuk bertemu dengan bos. Hanya kerana urusan kerja. Bukan urusan lain. Kalau ada niat lain pun sekadar sambil menyelam minum air jer. Itu pun ada juga mulut-mulut pembawa di luar sana sibuk mencanangkan bahawa dia ini asyik merindui bos bila bos tiada dipejabat. Asyik mengejap ke rumah bos sahaja. Bongok!! Dia pergi sebab kerjalah!! Kalau tidak dia pun tak kuasa ke sana. Tambah-tambah bila terjumpa Datin Rokiah Kamsan yang tak habis-habis dengan rancangan itu ininya.
“Aryana, sepanjang saya tak ada apa jadi apa lagi yang berlaku dalam pejabat ni selain dari keadaan bilik saya yang dah berubah bentuk ni.” Ilham sudah mula menyoal. Satu kebiasaan dalam dirinya sebaik masuk semula ke dalam pejabat pasti Aryana akan ditanya tentang hal-hal di dalam pejabat sekiranya dia bercuti. Walaupun hanya bercuti sehari sahaja.
“Tak ada apa-apa bos. Semua under control.” Jawab Aryana yakin.
“Okey. Good.” Ilham mengangguk-anggukkan kepalanya. Kopi buatan Aryana yang berasap nipis dihirup perlahan-lahan. Aryana punya kopi kalah kopi yang dijual di Starbuck. Pekat. Likat. Tak hingat!! Setiap hari dia pasti mahu ‘mari sechewan…’.
“Ada sesiapa cari atau telefon saya di ofis sepanjang saya tak ada.” Soal Ilham lagi. Mug kopi diletak di atas meja. Dia mula meneliti surat-surat yang terdapat di dalam tray masuk.
Bola mata Aryana menari-nari. Jelas menunjuk di hadapan bos yang dia sedang terfikir-fikir untuk mencari idea.
“Siapa yang cari saya Aryana.” Soal Ilham lagi apabila melihat Aryana gelisah.
Aryana melepaskan keluahan lemah. Dia harap sangat bos tak tanya soalan ini. Tapi bos tanyalah pulak. Betul. Dua minggu bos tak ada, berderet-deret perempuan mencarinya. Aryana tipu kata bos pergi oversea. Dan, bila dia menipu sebegitu, perempuan-perempuan tak faham bahasa ini siap tinggalkan pesanan lagi untuk bos. Pesanan yang sama sahaja. ‘Nak Prada’, ‘Nak LV’, nak itu, nak ni. Vincci, Leno atau Rorine tak nak pulak. Materialistik dan plastik. Haiihhh…
“Sekejap.” Pinta Aryana berlalu keluar. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan diari hitam ditangan.
“Sepanjang dua minggu ni girls call.” Aryana memulakan mukadimah.
“Girls…” Ilham menjongket kening. Interesting!! Dia senyum meleret. Tapi tak lama kemudian senyuman itu mati. Teringat pula amanat mama masa sarapan tadi. No girls. Datang office adalah untuk berkerja. Mama nilah…
“Diorang nak apa?” Ilham menyoal serius. Kononnya dia seperti cuba mengikut amanat mama pagi tadi.
Aryana memandang pelik. Ada peningkatan. Tentu Datin Rokiah Kamsan menggunakan klorok Japax untuk mencuci otak anak dia sehingga bersih dan putih. Dua minggu yang penuh keinsafan. Dua minggu yang penuh pembaharuan.
“Amanda, Dayana, Mulan semua cari bos. Yana tipu kata bos pergi oversea. Bila dengar ajer bos pergi oversea mereka semua siap tinggalkan pesanan lagi.” Aryana menarik sengih. Dia tak sampai hati nak baca pesanan-pesanan yang berkajang tu. Agak kalau diikutkan semua apa yang diminta oleh mereka, mahu bankrapsi syarikat Datuk Maarof. Mana tidaknya, ada jugak dikalangan perempuan-perempuan tak faham tu yang tinggalkan pesan nak beg tangan LV seperti hantaran perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza. Yang penuh berbatu-batu keliling beg. Dan yang pasti harganya memang makan beriban-riban.
“Aryana awak tak ada kerja lain ker. Selain dari melayan perempuan tu semua awak tak boleh buat sesuatu yang boleh meningkatkan keuntungan syarikat ni. Awak kena ingat yer Aryana. Kalau Syarikat ini untung awak selaku pekerja juga akan merasai keuntungannya. Tapi kalau bankrap macam mana? Saper yang susah….Abah saya juga. Nanti siapa yang kena buang kerja?...Awak jugak... Cubalah lakukan anjakan paradigma sikit dalam diri tu. Jangan nak sama ajer setiap masa.” Bebel Ilham. Nampaknya dia telah cuba menuruti amanat mama sebaik mungkin. Syabas!!.. Syabas!!..
Aryana menggosok-gosok dagunya. Cerun matanya memandang bos. “Betul ker ni bos… Macam tak percaya ajer.” Aryana berkata lebih kepada nada menyindir.
Bola mata Ilham terangkat merenung tepat ke wajah Aryana. Gadis ini sedang tersenyum menyindir kepadanya. NST yang baru hendak dibaca dilipat semula. Dia letak ke tepi. Kemudian dia pandang wajah Aryana. Kedua tangan ditongkat di atas meja dengan kedua tangan digengam kemas.
Ilham menarik nafas panjang. “Duduk.” Arah Ilham. Ilham sudah bersedia mahu mencuci pemikiran Aryana. Ingat manusia tu tak boleh berubah. Manusia tu boleh berubah kalau keadaan yang mendesak.
Aryana akur. Ditarik kerusi keluar sedikit sebelum punggung dilabuhkan.
“Kita ni yer Aryana sebagai manusia perlu berubah. Perlu melakukan anjakan paradigma.” Mula Ilham bersama gaya pakar motivasi.
Aryana mengangguk tanda faham. “Yess boss!!.” Katanya perlahan. Fuhh… dia dah jadi macam Dato Dr. Fazilah Kamsah lah. Cayalah bos!!
“Manusia tu jugak perlu melakukan satu proses transformasi dalam hidup dia yer.” Sambung Ilham lagi.
Aryana menelan air liur. Dahinya berlipat melambangkan betapa otaknya sekarang ini sedang berkerja keras untuk mencerna nasihat bos itu. “Yess boss.” Aryana mengangguk lagi.
“Awak tahu tak ulat beluncas. Kenal tak? Yang kalau terkena tu boleh jadi gatal satu badan?” Soal Ilham.
Aryana buat muka. Kut yer nak bagi ceramah dekat dia perlu ker sampai nak masuk cerita pasal ulat beluncas pula. Ada kena mengena ker bos yang dah berubah dengan ulat beluncas. Dengan ulat yang boleh mendatangkan rasa gatal mengenyam kalau kena badan. Mula-mula Datuk Dr. Fazilah Kamsah sekarang masuk aura Cikgu Ilmu Alam pulak bos nih. “Tau bos.” Aryana sekadar menjawab.
“Bagus.” Ilham berhenti sebentar. Kopi buatan Aryana diteguk lagi. Kemudian dia memandang Aryana yang masih setia menanti untuk kata-kata dia yang seterusnya.
“Ulat beluncas ni Aryana lama-kelamaan dia akan jadi seekor rama-rama yang cantik. Yang boleh terbang. Satu perubahan yang memberangsangkan. Perubahan yang membuatkan semua orang suka.” Ilham berkata dengan penuh semangat. Bersungguh Ilham mengambarkan betapa dari seekor ulat beluncas tiba-tiba berubah menjadi rama-rama yang cantik sedang terbang hinggap di atas bunga-bunga.
Aryana mencebek mendengar kata-kata bos. Ulat beluncas tu memang bos dulu. Sudahlah gatal. Miang pulak tu. Tapi bab jadi rama-rama yang konon cantik dan terbang bebas tu dia tak berani nak cakap banyak. Baru sehari jadi lelaki yang baik-baik, riak bercakapnya bukan main lagi.
“Yess boss.” Aryana menjawab malas. Naik malas dia mahu mendengar bos yang sedang merepek-repek ini.
“Yana tu la. Bila saya cakap buat muka malas macam tu.” Ilham bersuara datar apabila melihat Aryana seperti tidak berminat dengan ceramahnya tadi. Terusik sikit hatinya apabila Aryana seakan was-was dengan transformasi dalam diri dia.
“Mana ada bos. Kalau bos nak berubah. Syukur Alhamdulillah. Besok Yana buat pulut kuning. Meraikan bos yang sudah berubah.” Ujar Aryana.
“Okey jugak tu. Pulut kuning dengan rendang ayam okey. Favorite saya tu.” Balas Ilham pula.
Aryana mengetap bibir. Orang main-main ajerlah tadi. Dia ambil serius. Siap request nak rendang ayam pulak tu. “Itu pun kalau bos betul-betul berubah.” Aryana bernada sedikit skeptikal. Susahlah nak percaya kalau bos ni berubah.
“Kalau tak percaya, belahlah dada, xraylah hati.” Ilham bermadah berhelah pula.
“Yo la tu bos. Baguslah tu. Baru ingat tadi nak bagi tahu bos yang Marsha Sandana pun ada datang ke pejabat untuk cari bos.” Sengaja Aryana mahu menguji bos. Si Marsha Sandana yang pernah dua kali menolak pelawaan bos untuk makan malam bersama tiba-tiba menyerah hadir ke pejabat saat bos bercuti. Ini adalah ujian pertama. Kalau bos menolak alamat besok memang dia kena bangun sebelum subuhlah untuk menyediakan pulut kuning dengan rendang ayam kegemaran bos. Tapi kalau bos terima alhamdullilah. Sekurangnya dia pula yang boleh paw bos untuk belikan pulut kuning dan rendang ayam di warung Hajjah Salmiah yang terletak di Kampung Baru tu.
“Marsha Sandana….” Ilham mengecilkan matanya. Cuba terfikir. Hampir dua minggu tidak ke pejabat hampir terlupa pula siapa Marsha Sandana. Maklum sahajalah stok dia bukankah berduyun-duyun.
“Marsha Sandana…yang errmm…errrmmm…errrmmm tu.” Aryana berteka teki dengan bos. Dia dah terbayang kepayahan untuk mengacau rendang ayam esok pagi ni.
Ilham memetik jarinya berulang kali seolah-olah bayangan Marsha Sandana sudah muncul dikotak fikirannya. “Yeah…yeaahh…yeaahh..Marsha Sandana…model…” Matanya dipejamkan. Bagai susah benar dia mahu menyebut perkataan yang ingin dikeluarkan dari mulutnya itu.
“Yeaa..Yeaaa.. Marsha Sandana model sabun susu kamping Kampung Ara Payung.” Aryana dan Ilham berkata serentak.
“Right. Right.. Line two please.” Balas Ilham ceria. Cerianya dia apabila mengetahui model idamannya itu sanggup ke sini semata-mata untuk bertemu dengannya. Tidak sabar rasanya mahu bercakap dengan Marsha Sandana walau hanya melalui telefon. Pasti suara Marsha Sandana lunak merdu lemak berkrim disukai ramai. Sepadan dengan wajah Pan Asian yang dimilikinya.
Haahh.. Mulut Aryana melopong.
“Sekarang Aryana.” Arah Ilham.
“Bos…anjakan…”
“Sekarang Aryana. Awak tahu kan dah berapa lama saya tunggu peluang ni.”
“Bos ulat bulu…rama-rama.”
“Sekarang. Lepas tu pergi betulkan make up. Lipstick dah habis tu.” Kata Ilham muktamad.
Aryana bangun dari duduk dengan keadaan kasar. “Yess boss!!” Cebiknya.
Dia berpusing untuk keluar dari pejabat bos. Huhh.. mata dijulingkan ke atas. Banyaklah bos punya anjakan paradigmalah. Transformasilah. Rama-rama terbang tinggilah. Berceramah sebanyak seratus patah perkataan seminit itu sia-sia sahaja. Hampeh. Ingat nak berubah tu bolehlah sampai satu hari, tapi sekerat hari pun tak lepas.
Aryana mengomel sendiri sementara jemarinya sibuk mendail nombor telefon bimbit Marsha Sandana untuk bos.
Bos…bos.. bilalah betul-betul nak berubah..

18 comments:

Strawberi Comei said...

yess..jd org pertama komen..hehehe..
besh2..klakarlaa ngn karektor yana..
nk lgi..plz...

saadiah~~ said...

sayer pon rindu dgn cite nih..dpat gk lpas rindu after bacer nih..hakhak..

sengal laa ilham nih..ntha bile2 ntah nk berubah, ceramah xpny rrr pjg..hihihi...

norsuriati said...

lamanya....lepas ni jgnlah bior lama sgt ...sukanya ngan yana...

Anonymous said...

salam..

huiii lega tul bler tgk ade n3 bru.
tiap2 ari check tkut tetinggal huhu.
bentnyer n3 kali ni. klarkar n mcm comel2 gitu.hikhik
nak lg! n jgn laa lamer2 sgt nk update n3 bru. geram! :D

lucy_persona@yahoo.com

alreinsy said...

rindunya kt yana & bosnya... kelakar la n3 kali ni... suka sgt... x sbr nk tau kisah seterusnya... eila, sila2 la smbg lagi yek...

mcna said...

at last ade gak n3...thanks ye cik writer.....ni nk tanya bila lah plak hubungan yana n ilham ni nk ade anjakan paradigma?????

hijriah said...

finally...tiap2 hari tgk blog ni...bila la nk apdet...

^_^

miznza84 said...

hahahhahaaa....
melampau btul ingatkan btul2 dah berubah rupanya.. hangat2 taik ayam je ilham ni.. adoiyaaa

Nadzeirra said...

mesti dpt idea ulat beluncas ni dari dialog afdlin dlm cite soal hati kan??tapi best!!!akhirnya lepas gak rindu ngan c ilham n aryana ni...

aqilah said...

hahaahaaaaa..................ilham...ilham.............apa da...............

farra ramli said...

jgn lama sgt nk kuar cite,lama2 dah lupa jln cite,kna baca balik sume,nk ambik mood .haha~

lisa brunei said...

terubat sikit rindu baca entry terbaru ni

MaY_LiN said...

amboi bos..
sampai hati xpandang yana..

Hanna Iha said...

ingatkan nak berubah betul2

cian kat yana~

Anonymous said...

bile ler boss nk pandang yana ni....

Unknown said...

wawawawa...yana 2 comey la! gaye die x bleh blah tol..kdh2 cm inesen..kdg2 cm lurus bndul sgt2..nape la bos x leh tgk keunikan yana 2..haih! rabun tol bos ni! sy ni dh x sabo tggu pertkran status hub dorg..ehehe

*thnx utk n3 ni..terlps skit rndu kt dorg..:)

mommy said...

besh sgt ngan yana...walaupn br bc tapi epy je..ley senyum sorang2

Sheeda Minhaj said...

kak..cter yess boss ni best gilos!!!cept2 bukukan ek..nak buat koleksi..YESS!!