Wednesday, July 15, 2009

2 X 5 Bab 3

Syakirin menanti dengan penuh sabar. Fiqa last minit ada hal. Jadi tak dapat nak menemani dia untuk pergi berjumpa dengan Zaim hari ini. Jantung berdegup kencang tuhan ajer yang tahu. Tak tahu sama ada Zaim masih boleh cam atau tidak muka dia ni. kalau Zaim tak cam pun bukan salah dekat mata mamat ni. Dah lama tak jumpa. Memang lama gila walaupun macamlah rumah dekat kampong tu jauh sangat. Beberapa langkah dah boleh sampai. Kalau jerit bagi salam pun boleh dengar dari berenda rumah.
“Kirin?” Tegur seorang lelaki yang sudah terpacak berdiri bagaikan tiang bendera di tengah padang merdeka itu.
Syakirin menelan air liur yang terasa sedikit pahit. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Jantung makin laju berdegup. Dup-dap-dup-dap macam enjin motorboat kehabisan minyak subsidi kerajaan Malaysia. Perlahan-perlahan Syakirin mengangkat wajah. Melihat gerangan empunya suara itu.
Alamak wei. Betul dah terasa macam poyo gila bila angkat muka pelan-pelan macam ni. Apa dah jadi ni Syakirin. Control ayu. Control jiwa. Control emosi. Control jangan tak control.
Syakirin mengangguk perlahan.
Tanpa perlu disuruh Zaim duduk di kerusi dihadapan Syakirin. Syakirin sekadar memerhati. Dia lihat Zaim dari segala sudut pandangan mata. Zaim macam dulu jugak. Tak ada banyak yang berubah. Tingginya masih sama. Hitam manisnya jugak masih lagi sama. Ingat duduk dekat negara empat musim ni boleh mengubah Zaim yang agak gerhana bulan penuh ini jadi putih melepak macam tepung gandum Cap Sauh. Alah… Zaim ni pun dah berapa tahun balik Malaysia. Tak heranlah jugak Zaim boleh kembali kepada rupa asal. Cuba kalau jumpa Zaim masa dia mula-mula balik Malaysia dulu tu, confirm macam MJ baru lepas operation putihkan kulit muka. Tiba-tiba teringat pulak teka-teki bodoh yang Zaim pernah bagi masa zaman muda-muda dulu. Masa tu kalau tak silap Zaim balik bercuti dari asrama kut. Masa tu kira masih bertegur sapa lagilah sebab masa tu mana ada Sofea lagi dalam hidup Zaim. Soalan yang Zaim bagi apa benda yang kecik-kecik dia hitam bila dah besar dia jadi putih. Masa tu rasa macam bodoh sungguh teka-teki budak STAR ni. Bila ingat-ingat balik banyak jugak kenangan dengan Zaim ni semasa zaman kecil aku dan dia.
“Kirin sihat?” Soal Zaim.
Syakirin mengangguk lagi. Eyyhhh!!! Tak ada mulut nak jawab ker. “Sihat” Katanya sepatah.
“Kirin, Zaim tak tau kenapa parents kita nak sangat jodohkan kita. Padahal mereka tahu yang kita sebenarnya tak ada langsung perasaan sesama sendiri.” Zaim memulakan bicara pada topic utama.
“Tu lah pasal. Kirin ni lagilah tak faham.”
“Ayah Zaim betul-betul paksa Zaim kali ini.”
“Abah Kirin pun.”
“Apa yang kita boleh buat?”
Syakirin menjongketkan bahu. Entahlah. Dia pun dah jenuh fikir apa yang patut dia buat. Tapi satu jalan penyelesaian pun tak nampak lagi. Harap-harap dah jumpa Zaim pada petang ini bolehlah mamat ni menyumbang sedikit buah fikirannya.
“Kirin ada boyfriend lain ker?” Tanya Zaim.
Syakirin tersentak dengan soalan yang tiba-tiba itu. Tak sangka langsung yang Zaim nak bertanyakan hal itu. “Tak ada?”
“Tipulah.” Zaim tersenyum.
“Betullah. Mana ada.” Jawab Syakirin tegas. “Dia tu. Takkan tak ada girlfriend lain kut?” giliran Syakirin pula bertanya.
Zaim sekadar tersenyum. Tangan dia bawa ker rambut dan direhatkan sebentar ditengkuk manakala siku menopang kepala. Dia senyum lagi. Soalan budak ni betul tak boleh blah. Macam tak tau lepas insiden dulu tu mana pernah aku berani nak cari buah hati lain.
“Hah!! Ini mesti tak boleh nak lupa dengan budak Peah tu kan.” Syakirin meneka. Seketika kemudian dia menelan air liur. Adoi.. Asal boleh terlepas Peah pulak ni. Itu nama samaran masa tengah bengang gila dengan budak Sofea tu dulu. Itu pun Fiqa yang memandai ubah nama orang. Aku ikut ajer. Peah. Sofia. Lebih kurang.
“Peah??” Zaim muka sudah blur. Peah mana pulak ni. Yang aku tau Peah tu nama kucing dekat rumah umi. Bila masa pulak aku jadi angau dengan kucing dekat rumah kampong tu.
Syakirin ketawa kecil. Zaim memang macam dulu. Walaupun kategori budak pandai, tapi tetap selalu blur. “Sofia lah” Jawab Syakirin laju.
Zaim mengangkat kening. “Tak baiklah main-mainkan nama orang macam tu.” Tegur Zaim.
Sekelip wajah Syakirin berubah. Sengih tak ikhlas. Senyum plastic bila dengar Zaim cakap macam tu. Dah kena tinggal pun masih nak backing lagi ker budak Peah tu. Dah dapat malu berlori pun ada hati nak membela lagi ker budak Peah tu. Ikutkan aku tak adalah nak terus menerus menolak usul abah nak menjodohkan aku dengan Zaim. Aku okey ajer. Tapi tengok ajerlah macam sekarang ini. macam manalah aku tak sangsi nak kahwin dengan Zaim, kalau baru nak main-mainkan nama bekas kekasihnya itu sahaja, Zaim sudah bagi warning.
“Yer..Yer.. I’m sorry.” Jawab Syakirin. “Sofea.” Dia memperbetulkan balik sebutan nama Sofea itu.
“Sebenarnya Kirin, Zaim masih sayangkan Sofea tu lagi.” Zaim cuba berterus terang.
Syakirin buat dekk ajer. Buat endah tak endah. Dah agak dah. Macam mana nak kahwin ni kalau bakal suami sendiri asyik duk teringat dekat ex dia. “Jadi?”
“Kirin cakaplah dengan abah dan emak Kirin mintak diorang tak payah nak teruskan rancangan ni semua.” Pinta Zaim.
Cepat-cepat Syakirin memandang muka Zaim. Ehh… Asal aku pulak. Kalau tak ayah umi dia yang datang merisik benda ni tak adalah nak jadi. “Zaimlah cakap dengan ayah umi Zaim. Dia orang yang datang merisik untuk Zaim.”
“Kalau benda tu senang dan boleh jalan dah lama Zaim buat.”
“Habis tu kalau Kirin yang buat ingat benda ni boleh jalan dan bergerak laju macam KLIA Express ker.”
“Kirin cakaplah Kirin dah ada somebody.”
“Cakap tu senanglah. Masalahnya mana nak cekau somebody Zaim tu. Kirin ni masih single lagi.”
“Kelentonglah.”
Hisshhh… Jahat betul kepala otak mengajar anak orang kelentong. “Kenapa tak Zaim ajer yang kencing kata dah ada pengganti.”
“Bajet umi dengan ayah nak percaya ker.”
“Habis tu bajet emak dengan abah nak percaya ker kalau Kirin cakap macam tu.”
“Tak!!”
“Tau takpe.”
Masing-masing mendiamkan diri. Jalan penyelesaian memang tak nampak lagi ni. Masih samar-samar. Serius muka seorang-seorang. Berkerut semacam. Masa mukadimah bercakap tak ke sikit punya sopan. Masuk point penting masing-masing dah keluar aura kerek semacam. Macam masa jadi budak berhingus dulu.
Syakirin memandang Zaim. Zaim balas balik dengan pandangan Syakirin itu. Dua-dua melepaskan keluhan lemah. Keadaan masih senyap lagi.
“Syakirin!!” Tegur seseorang dari belakang.
Macam pernah aku dengar suara ini…tapi di mana ya.. Syakirin berpaling lipat maut. Sekali pandang, ngee…macam manalah pulak mamat ni pun boleh tersesat sampai ke mari. Syakirin sekadar menjeling sahaja Megat Zakuan yang sudah berdiri di tepi meja. Zaim sekadar memerhati.
“Heyy!! Makin sombong you yer.” Kata Zakuan penuh dengan cirri-ciri seorang lelaki buaya darat yang bukan stok mak janda kaya ajer dia sapu, lelaki kaya pun dia bedal jugak.
Syakirin menaikkan kening macam The Rock is Cookin. Dia pandang Zakuan dengan pandangan tajam. Akulah. Tak tau macam mana boleh tersalah masuk plug terbekenalan, terjatuh hati dengan mamat jenis yang macam ni. Sudahlah kasanova kelas pertama. Gelaran gay dan anak ikan pun dia pegang juga. Betul kata Fiqa. Bahaya kalau kita duduk dekat-dekat dengan lelaki metrosexual berwajah jambu ni.
Syakirin membatu ajer buat tak tau.
Zakuan tersenyum sinis. Makin kebal perempuan ini.
“Heyy!! Kenapa ni sayang.” Kata Zakuan menggoda sambil jari jemarinya mengelus rambut hitam Syakirin.
Syakirin menepis laju. “Apa ni!!” bentaknya geram.
“Sejak bila you pandai marah-marah ni sayang.”
Syakirin bingkas bangun. “Zaim balik!”
Zaim sekadar menurut. Mengikut Syakirin dari belakang.
“Sayang!!” Tangan Syakirin disentap.
“Lepaslah Zack.” Suara Syakirin kedengaran disebalik gigi yang dikatup rapat itu. Dia sedikit meronta. Zakuan buat tak dengar. Mata-mata keliling dah mula usha semacam. Buat drama sebabak dekat sebelah kedai jual majalah ni apahal.
“Ini bukan cara nak layan seorang perempuan brother.” Perlahan tangan Zaim cuba melepaskan pegangan tangan antara Zakuan dan Syakirin.
“Kau siapa?” Soal Zakuan kepada lelaki yang bersama Syakirin ini tadi.
“Pak Su dia.”
Hahh!!.. Syakirin ternganga. Pak Su? Adoi.. Bila masa aku ada Pak Su ini. Setahu aku Chu Adda tu pun sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Kut yer pun tak ada hati dengan aku takkanlah boleh senang-senang mengaku diri tu Pak Su aku. Cubalah cakap abang angkat ker. Abang sedara ker. Okeylah jugak. Sedap telinga ni dengar. Ini Pak Su.
Zakuan serba salah. Terus dia pergi meninggalkan Syakirin dan Pak Sunya itu.
“Siapa tu?” Soal Zaim.
“Bekas boyfriend.”
Mata Zaim bersinar. “Hah!! Okeylah tu.”
“Apa yang okey.”
“Zaim tengok mamat tu macam nak balik ajer dekat Kirin. Apa salahnya kalau korang berdua bersama balik. Selesai satu masalah.”
Langkah yang dihayun perlahan terhenti. Kaki macam sudah kena semen di atas lantai Alamanda di tepi Habib Jewels. Banyaklah Zaim punya selesai masalah. Ini namanya keluar dari mulut buaya masuk dalam mulut bapak buaya. Ada ker nak suruh aku bersama balik dengan mamat gay tu. Ayoii.. Tak rela. Lagi tak rela. Aku rela kahwin dengan dia dari nak bersama dengan Zack tu. Tak mau!!!
“Kira mamat tu okey apa?”
“Tak naklah.”
“Kenapa?”
“Dia tu gay lah.” Bisik Syakirin sambil memerhati keadaan sekeliling.
Pecah ketawa Zaim tanpa dapat ditahan. “Macam mana Kirin boleh tersalah orang ni.”
Syakirin hanya diam. Melihat Zaim ketawa rasa memang nak ajer marah mamat ni. Main gelak orang nombor satu. tapi lama-lama dia pun gelak jugaklah sama-sama dengan Zaim. Nak kata frust dengan Zack memanglah frust. Tapi nak kata benda ni jadi macam cerita lawak pun okey ajer. Tak taulah macam mana mata yang elok terang boleh tak dapat nak bezakan lelaki yang betul-betul lelaki dengan jenis lelaki yang fesyen lelaki suka lelaki ini. Macam tak boleh syak masa mula-mula couple dulu dia sibuk nak beli pencuci muka L’oreal, Zack pun sama tak mahu kalah. Nak jugak. macam tak boleh nak agak takkanlah mamat kerja jual insurans ini mampu ajer pakai Accord dan tinggal di apartment mewah siap ada swimming pool kat bawah rumah kalau tak ada orang yang nak support. Dah tentu-tentu ar ada penaja utama. Tapi saja ajer buat-buat tak nampak. Tuhan nak tunjuk terang-terang kut. Jadi depan mata baru nak percaya. Zakuan kantoi depan Hilton sambil bercumbu dengan seorang perempuan tua tu yang buat Syakirin buka mata luas-luas. Tak sangka. Perempuan tua pun Zakuan sanggup. Lepas tu apa lagi. Siasat punya siasat. Dengan kaum sejenis pun Zakuan sosak jugak. Betul haru biru kenal dengan mamat ni.
“Tak baiklah gelakkan orang macam tu.” Kata Syakirin rendah. Nak gelak tu agak-agaklah. Yang dah macam kena sawan gelak tengah-tengah pintu masuk Habib Jewel tu sakit apa.
“Kak jemput masuk kak. Abang mari masuk abang. Kita sekarang sedang buat promosi cincin perkahwinan.” Tiba-tiba tegur adik jurujual Habib yang cantik berbaju uniform biru tua itu.
Syakirin dan Zaim sama-sama menggeleng laju. Terus mereka berlalu bersama tawa yang masih bersisa membuatkan adik Habib Jewels tu terpinga.


*******
Cerita Eila

Semekom..Ayooo...Lagi cerita pasal budak Ipoh. *kenyit2* sori2...bukan takmau buat pasal cerita budak kelantan ker, budak johor ker, budak nogori sembilan ker..tapi rasa macam susah sangat nak describe tempat2 tu semua. sebab tak penah tinggal dekat sana kan. lagi satu, sebab tak habis lagi nak bawak semua pembaca jalan-jalan satu perak lagi ni. bila saya duk bercerita pasal negeri tempat lahir saya yang memang terkenal dengan bijih timah ni jangan ar pulak terus menerus cop saya jenis kenegerian sungguh..insyaallah untuk lain2 cerita saya cuba cari tempat lain pulak.

2x5 ni tak tentu masa bila n3 dia akan masuk. susahlah sekarang ni mau menulis. masa memang banyak. tapi idea tu macam tertahan-tahan. harap ada yang faham. kalau agak2 sampai sebulan tader n3 baru jangan ar boikot blog saya ni.

yang menjatuhkan komen terima kasih banyak2. yang komen dekat chatbox pun terima kasih jugak. saya tak tau lah kalau ada yang komen atau wish dekat situ. sebab sampai sekarang saya masih belum boleh nak bukak chatbox tu. kalau tak keberatan mintak ar korang yang nak jatuhkan komen ni jatuhkan ajer dekat ruangan komen yang tersedia dibawah ni sebab kalau dekat chatbox tu tak tau bila tahun saya akan berkesempatan nak baca.

apaper pun harap enjoy ar baca cerita ni.

salam manis,
eila

12 comments:

iyads said...

k jela cte nie..
sy pn teringn gk nk knl perak..
xpnh pn g sn ag..hehehehe..
keep up the good work..chaiyok2x!!

Anonymous said...

pasni wat le cuti2 kat phg lak...
nk tanya skit...kalo nak beli novel
baju pengantin mak andam sekali ngan sign tuan conteng...camne yea...

yg selalu panjat...
-ieja-

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaaa..
gay??
hahaa..
kirin n zaim sweet pe..
huhu..troskan jela..
cinta xcinta..
pas kawen bru cite..hehe..

nacha said...

huh! payah ni kalo Zaim x leh nak lupakan Sofea. nanti jd kes 'disini menanti, disana menunggu'. eeiiii... akak x rela youuuuu..

in_wired88 said...

yup..kawen jela..at least dah kenal mak bapak memasing..
so hidup tu mcm terjamin skit kalo si sofea tu nk dtg ganggu

ha-ra said...

masa ade..idea xde...
pon mslah gak..
xpe la kak eila...
relax ye...
tp nk post new n3 pon jgn la smpai 1bln...
demam sye...hehehehhe

petite A said...

~betul tu k.eila..
kta perkenalkan perak kat dorank.
bila lagi nk femes kan perak.~

kesian kirin.
dpt ex yang gay.
ish3
paper pon nnti klo dork kawen agknye lg havoc yerk.

alreinsy said...

ok gak citer nih... perak ke, kelantan ke... akak x kisah lgsg... janji best... betul tak?

Che Sue said...

lahai syakirin...zaim pun sama gak..!nie mesti parents masing-masing memang dah suka kat dorng nih...!

citer nie tak ada lah sianggap sbg citer berunsurkan kenegerian. oka lah tu tolong promote negeri sendiri. memang terasa nak ke perak pun tapi ntah la bila kan sampai ke sama...soa2kanlah yea eila....

Anonymous said...

bessstt...
tp nape kg.chempaka sari..
sedih la..:p

MaY_LiN said...

alololo..lame xbuka blog ni..
lappy adik bwk g kusus..
eila..
lame xchat..
nnti akak round2.. perak..
leh la kite jejalan sesame..
hikhikhik

cactaceous opuntia said...

xkesah la kt mne pn tmpt...perak ok pe...yg pntig cte sonok...=p