Monday, November 10, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 5

BAB 5
“Leeya bangun. Bangun!!.. Bangun!!... Nak jadi apa anak dara tidor sampai matahari dah naik ni. Aleeya bangun.” Suara emak bergema satu rumah untuk mengejutkan si dara yang sedang lena di tempat beradunya. Kalau nak di ikutkan suara emak ini dah macam nak kejutkan orang dalam semua rumah di lorong nombor sepuluh ini.
Aleeya yang sedap tidur di atas katil sikit pun tak terkesan dengan alunan suara emak tak tau irama apa sedang memekik di luar pintu bilik.
“Aleeya bangunnnnn!!!!!!!!!!!!.....” Naik lagi frekuensi suara emak.
“Arrgghhh!!!.... Radio Taman Temara dah berbunyi.” Serak-serak basah suara orang yang baru bangun tidur itu. Kemudian, mata dipejamkan kembali. Krohh..krohh…
“Aleeya!!!!!!!!!!........” Kali ini frekuensi suara emak bertambah lagi. Bergegar satu bilik dengan suara emak.
Aleeya terkejut. Mata disental-sental dengan tangan. Cuba dipaksa untuk dibuka luas-luas.
“Apa mak. Kacau orang tidorlah. Ngantuk lagi ni.” Malas-malas Aleeya bersuara. Kemudian, matanya dipejamkan semula.
Memang. Aku mengantuk sangat ni. Semalam dekat pukul tiga pagi baru balik rumah. Bayangkanlah. Nak siapkan Kak Lina si pengantin perempuan dengan tujuh pasang persalinan. Buat sorang-sorang tanpa ada yang membantu. Memanglah meletihkan. Macam nak tercabut semua skru di badan ni.
Emak macam dah nak naik angin. Hangin dengan perangai anak dara yang seorang itu. Dari budak sampai dah boleh jadi mak budak perangai tak pernah nak ubah. Aleeya memang. Kalau dia tengah tidur. Bom meletup sebelah telinga dia pun dia boleh buat dekk ajer. Emak masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu. Emak ambil sebijik bantal di atas katil lalu dipukul ke badan Aleeya.
Bedebuk!!..bedebuk!!
“Oooo.. mak engkau. Gempar bumi… gempa bumi…” Berterabur Aleeya melatah.
Emak ketawa.
“Apa mak ni. Kejut orang macam tu. Nak wrestling ker pagi-pagi ni. Ingat gempa bumi tadi.”
“Tak ada maknanya gempa bumi. Bangun. dah pukul sepuluh setengah ni. Kata nak pergi mengandam pengantin. Ni mak andam pun elok berbungkus lagi dengan selimut.” Arah emak.
Aleeya yang masih mamai bertanya kembali.
“Dah pukul berapa sekarang ni mak.” Mata cuba dibuka luas-luas, besar-besar.
Emak mendengus geram. Sebiji bantal dicampak ke muka Aleeya. Biar budak ni sedar sikit.“Dah pukul sepuluh setengah pagi.” Emak bersuara kuat sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah jam loceng ditepi katil.
Aleeya segera menoleh. Melihat ke arah jam loceng.
“Hah!!... Sepuluh setengah. Dah lambat ni. Alamak.. kenapa mak tak kejutkan orang awal-awal. Janji dengan pengantin pukul sebelas pagi. Macam mana ni.” Sepantas kilat Aleeya mencapai tuala yang elok tersangkut. Segera menuju ke bilik air. Mandi.
Kurang dari sepuluh minit Aleeya mandi. Selalunya kalau tak lebih dari setengah jam bertapa di dalam bilik air, memang tak sah. Hari ni kurang dari sepuluh minit catatan masa tak rasmi. Boleh cipta rekod baru.
Aleeya segera mencapai sehelai tee lengan panjang dan jeans. Tudung yang sudah sedia bergosok di pakai.
Semua kelengkapan untuk menyolek pengantin hari ini sudah tersedia di dalam kereta. Semalam semua kelengkapan itu dibiarkan sahaja di dalam bonet kereta.
Setibanya di rumah pengantin Aleeya segera ke bilik Kak Lina.
“You late.” Kata Kak Lina sambil menunjukkan jam di dinding.
Aleeya memandang ke arah jam. Lewat lima minit dari masa sebenar yang dijanjikan. Ek ena… cik kak sorang ni. Apa lima minit pun nak berkira jugak ker.
“Semalam Leeya lupa nak bagi tau dekat akak yang jam dinding dalam bilik akak ni cepat lima minit. So rasanya Leeya datang on time pukul sebelas kalau mengikut jam di tangan Leeya ni.” Slumber jawapan yang diberikan kepada Kak Lina. Sengaja digoyang-goyangkan jam tangan sporty jenama Adidas ke muka Kak Lina.
“Betullah kata Anis. Aku kalau bab mau cipta alasan memang juara.” Hatinya berkata. Aleeya tersenyum.
“Ooii cik kak. Senyum apa lagi tu. Cepatlah.”
“Heheheh…sorry kak.”
“Sorry-sorry naik lori la.”
Okey. Siap. Cun. Kak Lina dah siap berdandan cantik. Untuk majlis persandingan tengah hari ini, Kak Lina mengenakan sepasang songket tenunan asli dari Terengganu berwarna maroon. Top to toe semua sudah setle. Bolehlah aku rehat lepas ni. Tinggal untuk majlis potong kek malam ini sahaja lagi. Lepas tu. Semua kerja siap. Untuk kenduri pihak lelaki minggu hadapan Kak Ana akan mengambil balik tugas dia semula. Aku dah tak payah bersusah payah lagi duk sibuk-sibuk nak jadi mak andam bidan terjun untuk Kak Ana.
“Lina, pinjam mak andam awak kejap.” Datang satu suara dari tingkap bilik Kak Lina.
Aleeya yang sedang sibuk berkemas-kemas turut menoleh. Ini aperkerhal. Macam baru lepas masuk acara lari berpagar untuk Sukan Olimpik ajer tengok gayanya. Tercungap-cungap.
“Problem. Kat rumah tu tak ada saper tau pakaikan samping kat pengantin lelaki.”
“Habis tu tak siap lagi la ni.”
Atlit lari berpagar itu menggelengkan kepala.Mencuri nafas sebelum meneruskan kata.
“Itu yang saya datang nak pinjam mak andam ni. Tolong settlekan problem kiter orang kat sana.”
“Aleeya ikut Zain pergi tolong settlekan problem dia orang ni.”
“Hah..!!” Aleeya terpinga-pinga.
“Cepatlah.” Arahan tegas diberikan oleh si pengantin.
“Okey..okey.”

Di dalam kereta.
Aleeya: Macam manalah dalam ramai-ramai lelaki kat rumah tu tak ada sorang pun yang tau macam mana nak pakaikan samping. Habis selama ini korang pakai samping teknik macam mana.
Zain: Makcik sebelah aku ni membebel pulak. Plaster mulut tu dengan plaster luka karang baru tau. Di dalam hati.
Zain: Bising lah awak ni. Pengantin kena la pakai teknik yang jarang orang buat. Kalau stakat macam pagi raya tu, petik jari boleh siap. Ni nak berbunga-bunga pintal lah apa lah mana ada saper yang tau.
Aleeya: Hush.. (Bunyi dengusan yang macam-macam orang nak lepas geram tapi tak jadi)

Setibanya di rumah tempat pengantin lelaki bertanggak, Aleeya segera mendapatkan Abang Irfan. Samping dipakaikan seperti mana yang pernah Kak Ana ajar kepadanya dulu. Keris disemat di pinggang. Tanjak dipakai dikepala. Fuhh!!.. settle babe.
“Thanks ya Leeya.”
“Okey. Tarak hal bang.”
“Hey bro kau dah siap ker. Aku pinjam budak kecik ni kejap. Tolong pakaikan samping kat aku pulak.”
Aleeya menoleh kepada gerangan yang bersuara itu. Ini apahal pulak ni. Trick nak cari pasal atau trick nak kena penggal.
“Eh.. kenapa pulak saya kena pakaikan awak samping. Tak reti pakai sendiri ker. Saper pengantin ni. Encik ..ermm encik..” Jari telunjuk ditunjuk ke muka lelaki yang pandai-pandai bersuara itu.
“Zain”
“Hah.. Encik Zain ker atau Abang Irfan.” Ayat tergantung tadi disambung semula.
“Budak kecik Meenachi Leela Ji, abang ni telah dilantik oleh Abang Irfan suami Kak Lina awak tu untuk menjadi pengapit kepada pengantin lelaki.”
Aleeya buat muka. Sungguh menjengkelkan. Rasa nak baling ajer dengan selipar Jepun. Uweekk..
“Yer la. Setakat pengapit ajer. Yang nak melebih-lebih ni apa kes.”
“Tak ada kes. Ingat dalam court ker ker. High court. Badminton court.”
“Habis nak ada keris pakai tanjak semua ker ni.?” Sengaja Aleeya bertanya.
“Boleh. Kalau ada bawak lebih.” Lagi slumber Zain menjawab.
Arrgghh.. Poyo. Poyo. Ikut hati memang taknak. Tapi disebabkan sikap professional. Aku buat jugaklah macam mana mamat ni nak.
“Meenachi Leela Ji, nama betul apa.” Sengaja Zain buat-buat tanya. Padahal bukan dia tidak tahu siapa nama mak andam ni.
Aleeya buat tak tau. Sungguh tak berhemah betul dia ni. Aku tengah buat kerja lagi diajak bersembang. Cucuk dengan jarum pin ni karang baru tau.
“Kalau tak bagi tau nama. Nanti abang panggil awak Meenachi Leela Ji nanti macam pakcik kedai tu panggil boleh ker?”
Soalan bodoh. Permintaan bodoh yang tak patut dilayan. Pin yang digunakan untuk mengemaskan lagi kedudukan samping sengaja dicucuk ke badan orang yang banyak mulut menyakitkan hati orang tu.
“Adoii!!”
Aleeya tersenyum. Dilihat muka si banyak mulut itu berkerut menahan sakit.
“Sorry. Tak sengaja.” Sepatah-sepatah Aleeya berkata.
“Wah. Main kasar tu. Cakap ar. Nama saper.”
“Aleeya lah.” Malas-malas menjawab sebab dah malas nak layan.
“Ooo Aleeya Lah. Nama abang Mohd Zain. Panggil Abang Zain ajer.”
Ah!! Sudah.. Ini apahal ni. Sejak bila kau abang aku ni. Sejak bila kita berkongsi mak abah ni. Sungguh tidak faham.
“Apaper ajerlah.”
“Elleh.. Eksen budak kecik ni.” Zain berkata di dalam hati melihat Aleeya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan dirinya.

Alunan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Allahyarhamah Puan Sri Saloma memeriahkan lagi acara persandingan antara Kak Lina dan pasangannya Abang Irfan. Bagai pinang dibelah dua kedua mempelai yang sedang duduk bersanding di atas singgahsana. Sama cantik sama padan.

“Hai.”
“Hai.” Ditegur sepatah. Jawab pun sepatah.
“Dah makan.” Zain bertanya.
Aleeya sekadar mengangguk.
“Aleeya Lah dah lama ker buat kerja ni.”
Angin mana pulak yang bawak Mat Zain ni terbang datang duduk dekat-dekat dengan aku. Apahal entah. Tiba-tiba Mat Zain nak beramah mesra ala-ala duta kedai Mesra Petronas dengan Cik Aleeya. Bukan Cik Aleeya Lah.
“Aku ganti Kak Ana la. Dia ada kerja kat tempat lain. So aku tolong cover dia kat sini.” Biar kerek sikit. Biar Mat Zain berfikir sepuluh, dua puluh, tiga puluh kali sebelum kepala dia terlintas nak ketuk-ketuk aku.
Zain pandang Aleeya. Aleeya tetap buat muka tak bersalah. Wah!!!.. Dasyat ajer budak Aleeya Lah ini berbahasa. Muka kerek semacam ajer. Siapa Kak Ana tu. Jiran sebelah rumah aku ker? First time rasanya aku dilayan sekerek ini oleh seorang perempuan. Correction. Oleh seorang budak perempuan.
“Habis Aleeya kerja kat mana.” Zain bertanya lembut. Sebutan nama pun sudah dibetulkan.
“Kau ni sibuk mengalahkan perempuan. Aku kerja kat mana-mana pun biar ar. Aiseh.. serabut ar mamat ni.”
Aku dikatanya serabut. Aku tengok budak kecik ni yang berserabut. Sejak pertama kali jumpa dekat kedai runcit kelmarin dia ni nampak serabut. Hari ni dia kata aku pulak yang serabut.” Zain berkata. Tapi semua itu hanya di dalam hati.
“Eh.. sat ek.” Aleeya bersuara tiba-tiba sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam handbag Adidas yang setia di bawa ke mana-mana dia pergi ,kecuali ke pejabat. Mana ada Cik PA masuk office dengan handbag Adidas yang agak sporty ni. Boleh kena gelak selama hayat berada dalam bangunan tu selagi tak ada arahan kena tukar atau dah pencen.
“Nah.” Aleeya menghulurkan sekeping kad kepada Zain.
Pandangan mata Zain dituju kepada sekeping kad yang baru diterima tadi. Business kad. Kemudian, dia merenung semula ke arah Aleeya.
“Nanti kalau kau nak kahwin, kau contact la tokei butik ni. Dia boleh kasi offer baik punyer. Servis pun bagus.” Tanpa diminta Aleeya menerangkan sebab musabab kad itu diberikan kepada Zain. Kak Ana yang suruh. Trick orang bisness. Mana-mana pergi business kad jangan lupa bawak. Dah alang-alang aku jadi mak andam kat rumah pengantin ni, dengan aku-aku sekali kena jadi distributer tukang edar bisness kad tokei Butik Seri Pengantin.
“Okey ar aku nak chow dulu. Malam karang aku ada kerja lagi kat sini. Daaa..” Aleeya terus berlalu dan menuju ke kereta.
Sampai di kereta dia terus masuk ke dalam. Enjin dihidupkan. Baru masuk gear reverse, tiba-tiba..
“Aleeya.. Aleeya…”
Apa kena la Mat Zain ni. Apa lagi la yang dia nak.
Zain member isyarat tangan agak Aleeya menurunkan cermin tingkap.
“Apa lagi.”
“Nombor handphone.?”
“Dalam kad tu la.”
“Bukan nombor telefon tokei butik ni. Nombor telefon kau la.” Berlagak kerek sikit. Saper suruh dia kerek dengan aku dulu.
“Ada pen?”
“Ada.”Zain berkata sambil menunjukkan pen ditangan.
Aleeya senyum. Heheh… Suka-suka hati nak ketuk-ketuk aku yer. Macam lah aku tak tau trick orang lelaki ni. Datang idea nakal tapi best dalam kepala.
“0 1 2”seketul-seketul.
“0 1 2” Zain cuba mengikut apa yang keluar dari mulut Aleeya sambil menulis di belakang bisness kad tadi.
“5 9 4.”
“5 9 4.”
“Tekan-tekan tak dapat. Babai…” satu nafas sahaja Aleeya berkata. Terus kereta di reverse ke belakang dan dia terus meluncur laju. Hahahaha… Yes.. Berjaya!!!!!!!
Zain terpinga-pinga sambil memerhatikan Myvi SE merah itu meluncur laju hilang dari pandangan mata. Hampeh punyer budak perempuan. Berani main-mainkan aku. Macamlah susah sangat nak dapatkan nombor telefon kau tu. Zain geleng kepala dan tersenyum sendirian. Perkenalan yang cukup manis dirasakan ketika ini.

4 comments:

-Ain-Dak In- said...

hahahaha...
klaka giler citer ni,,,
wahahahaha,,,,,,,,

Anonymous said...

best2...hehehe...x sabar nk tgu sambungan!

Anonymous said...

bestttt sangat..sambunglah cepat2...

Anonymous said...

hehehe..lwak giler la suka sgt..
~shira nazrina~