Monday, May 11, 2009

Kompilasi Siti Nurhaliza dari Nurhaliza

Kompilasi Siti Nurhaliza Dari Nurhaliza
“Hari ni lagu apa kau hantar dekat itu Maybank moi?”
Aku pandang anak tokei kedai bunga ni. Yuen namanya yang sangat fasih berbahasa Melayu. Bekas kawan sekelas aku yang memang baik sangat-sangat dengan aku walaupun kami berlainan bangsa dan agama. Orang Malaysia kan ker bersatu padu. Soal agama, bangsa, benda-benda tu semua letak ke tepi. Sudah hampir sebulan aku bekerja di sini. Lepas habis SPM. Sementara menunggu keputusan lebih baik aku kerja. Tu benda yang berfaedah dari menghabiskan beras di rumah. Bekerja di kedai bunga Auntie May tu bukan bermakna aku minah bunga. Sudah Yuen yang beriya-iya mengajak aku bekerja dengan ibunya. Aku ikutkan ajerlah. Lagipun kerja tak susah mana. Cuma tolong aturkan bunga, ambil order pelanggan, siram bunga, dan adalah kerja-kerja lain yang tak payah pakai banyak tenaga pun. Ada jugaklah bila mana tiba masa Auntie May terlalu sibuk mengubah bunga, nak-tak-nak aku dengan Yuen pun kena turut sama tolonglah walaupun kami berdua memanglah tidak berseni langsung bab-bab nak gubah menggubah ni. Aku logic jugak kalau tak pandai menggubah. Yang anak tokei pun dua kali lima apa kes. Saper nak jawab tu? Kira peribahasa orang puteh yang Mr. Popeye selalu pakai ‘like father, like son’ tu tak boleh pakai jugak kan. Sebab manusia ni ada minat tersendiri.
“Aku hantar lagu Bukan Cinta Biasa.” Aku menjawab soalan Yuen tadi. Nasi bungkus yang aku tapau dari warung Mak Esah sudah habis aku makan. Aku masuk ke belakang kedai, untuk mencuci tangan.
“Siti Nurhaliza lagi?” Yuen bertanya dengan suara yang agak tinggi.
Aku tersengih ajer. Macam mana amoi mata sepet ni tak meninggi suara macam tu. Kalau tak silap aku, masuk yang ini, sudah dua belas lagu Siti Nurhaliza aku hantar pada dia. Si Dia pujaan hatiku. Si Dia yang teramatlah handsome dan macho. Dia bukan muka fotostat artis popular, tapi dia tulah yang selalu buat aku makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena (hakikatnya aku mana pernah makan tak bertambah, mandi kalau tak lebih dari setengah jam dalam bilik air, dan kalau tidur bom meletup disebelah pun belum tentu aku akan sedar).
“Tak ada lagu lain ker Liz. Kenapa Siti Nurhaliza?” Yuen bertanya lagi. Sengih yang terpamer pada wajah Liz tadi sudah cukup memberi jawapan untuk soalan dia yang tadi.
“Kenapa?” Aku bertanya pulak tanpa menjawab soalan Yuen tadi. Salah ker aku hantar lagu Siti Nurhaliza dekat dia yang aku suka tu. Apa salahnya. Takkan polis nak tangkap. Lagipun bukannya membahayakan kesihatan orang yang terima lagu tu pun (kalau dia termuntah hijau sebab dapat lagu ni aku tak tau lah pulak). Aku memang peminat Siti Nurhaliza. Lainlah aku buat bisnes cd ciplak, lepas tu bagi satu dekat mamat tu. Aku hanya bagi lirik lagu Siti Nurhaliza yang aku copy-paste dari laman website penyanyi itu sahaja yang kemudian aku print di atas kertas warna dan aku liminatedkan sekali. Yuen ni jeles la tu. Jeles sebab tak ada idea kreatif macam yang aku buat ni.
“Kat Malaysia kan ker banyak penyanyi lain. Kenapa Siti jugak yang engkau pilih.”

Aku senyap ajer. Mestikah aku bagi tahu perkara yang sama lagi kepada Yuen untuk kesekian kalinya. Rasa tak perlu. Sebab dah berbuih mulut bagi tau perkara yang sama:
1. Aku peminat setia biduanita muda Negara itu.
2. Aku tak reti nak buat ayat jiwang, bermadah-madah cinta jadi kerja senang aku hantarlah lirik lagu pada dia.
3. Aku hantar lagu best aper. Semua lagu-lagu yang top-top berlaka. Yang pernah menang AJL, AIM pun aku hantar jugak.
4. Akhir sekali sebagai simbolik nama pengirim lagu tu lah. Aku Siti Nurhaliza walaupun kat surat beranak nama aku hanya Nurhaliza sahaja tetapi aku dengan suka-suka hati memberi mandat kepada diri sendiri untuk letak Siti kat depan nama aku. Siti Nurhaliza celup pun jadilah.
“Yuen, aku nak buat kerja. Nanti mummy kau bising. Potong gaji aku pulak.” Aku bingkas bangun. Time rehat dah habis. Kalau nak dilayan soalan macam-macam Yuen ni bulan depan pun belum tentu habis.
Yuen geleng kepala. Dia pun tak tau apa special mamat yang Liz tergila-gilakan itu. Muka pun biasa-biasa ajer. Cuma Liz yang beria-iya benar kata mamat tu handsomelah bergayalah, apalah. Orang kalau dah sukakan, kentut pun dia kata wangi macam sembur Issey Miyaki satu badan. Itu Liz. Yang selalu gila-gila yang sekarang tengah gila bayang dengan mamat kerja Maybank tu. Kerja sebagai apa sama ada dia atau Liz memang tak pernah tau. Nak kata mamat ni tellerman tak mungkin. Sebab tak pernah pun nampak Maybank ni di hadapan kaunter masa dia menemani mammy memasukkan duit ke dalam bank tempoh hari. Nama mamat Maybank tu pun sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Hanya pakai kod Maybank ajer sebagai kata ganti diri buat mamat yang memang bekerja di Maybank tu.
***************
Malam ini aku makan dengan berseleranya. Emak masak special sebab Along balik bercuti. Along akan balik pada setiap minggu kalau dia tidak sibuk dengan tugasannya di kampus. Alah.. senang ajerlah pakcik ni kalau nak balik. Dia bukannya belajar jauh mana pun. Buat Mechanical Enggineering setakat dekat UTP tu ajer. Setengah jam perjalanan ajer. Tapi best jugak. Ambik berkat. Boleh makan special tiap-tiap minggu. Emak masak pun sebab Along tu semedang merungut kata makanan dekat kafe asrama dia tu tidak langsung memenuhi kehendak anak tekak dia. Ehh… Hello… Kalau nak makan masakan yang boleh ikut cakap anak tekak awak tu, kahwinlah cepat. Makwe keliling pinggang. Yang mana satu bakal kakak ipar aku pun aku tak tau. Pun tak berani jamin dengan yang mana satu Along aku ni serius.
Selesai membantu ibu mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk aku masuk ke dalam bilik. Aku malas nak berebut remote controller tv kalau Along ada di rumah. Kita kasi can lah pada orang yang konon-konon hidup jauh dari keluarga tu tengok tv siaran yang dia suka. Janji malam esok, malam Ahad jangan sesekali ada yang mengganggu aku nak tengok AF. Aku suka ajer tengok AF ni tapi barang nak Afundi budak-budak ni sorry to saylah, tak ada maknanya nak buang kredit sebab benda ni. Tengok untuk suka-suka.
Komputer aku buka. Folder ‘CTBest’ aku tekan. ‘Jerat Percintaan’ berkemundang. Tak puas dengar pakai speaker kecil ni, aku cucuk earphone pada lubang telinga. Benda paling selamat. Nak dengar kuat mana pun tak saper nak marah. Aku buka line internet. Seperti biasa. Kalau dah bukak internet, memang tak sah kalau aku tak masuk ke laman web penyanyi kesukaan aku tu. Saja. Nak tau apa aktiviti terbaru yang Siti Nurhaliza buat. Mana tahu kalau dia ada buat promosi dekat Ipoh. Boleh aku pergi. Mata tertancap pada bingkai gambar bersaiz A4 yang tergantung pada dinding bilik. Gambar aku dengan Siti Nurhaliza yang diambil semasa penyanyi itu mengadakan rangka promosi albumnya sikit lama dahulu. Masa itu aku baru tingkatan 3. Aku betul-betul suka pada Siti Nurhaliza.
Fail purih di atas meja belajar aku capai. Isi dalamnya aku keluarkan. Lirik-lirik lagu yang sudah di print di letak di atas katil. Selagi tak habis lirik lagu ni, selagi tu lah aku akan berikan kepada dia. Ini kalaulah Along dapat tahu, mesti Along akan mengata adik dia ni seorang yang sangat jiwang, jiwa-jiwa dan berbunga-bunga.
“Arrgghhh!!” Aku menjerit secara tiba-tiba. Earphone aku tanggalkan dari telinga. Aku pandang belakang. Nampak Along mempamerkan gigi putih berserinya. Hampagas punya abang. Pergi kuatkan sound sampai nak terpecah gegendang telinga aku ni. Nasib cepat bertindak tadi. Kalau buatnya aku jadi pekak, siapa yang nak bertanggungjawab.
“Buat apa?” Along bertanya.
Aku terperasan akan lirik lagu yang sudah bersepah di atas katil segera mengemaskannya. Aku jadi cuak. Baru tadi terlintas dalam kepala takut terkantoi dengan Along. Dan rasa-rasanya aku memang sedang terkantoi sekarang ini bila Along dengan terlebih pantas mengambil helaian lirik lagu itu dari atas lantai. Mungkin terjatuh di tiup angin kipas kut.
“Untuk sayangku?” Along angkat kening. Dia senyum mengejek.
Aku mencebek bibir. Ngeee… Tolonglah jangan nak buat senyum macam tu kandaku. Hilang handsome awak. “Meh la sini.” Aku terjengket-jengket mahu mencapai helaian lirik berkenaan bila Along dengan sengajanya menggunakan ketinggian yang dia ada untuk mengacah-acah aku sedemikian rupa. Aku fed up. Aku duduk kembali di atas katil. Dan aku memeluk tubuh. Aku pun mendengus geram.
“Untuk saper ni?” Along bertanya.
“Untuk siapa apa Along kisah.” Aku menjawab geram bila Along dari tadi masih dengan sengih mengejeknya.
“Mestilah Along kisah kalau ini untuk bakal adik ipar Along.”
Muka sudah merah. Aku jadi malu sendiri. Yer lah. Dah tertulis pada header setiap helaian ‘Untuk Sayangku’ mestilah Along syak ini untuk somebody yang special. Yang pasti ‘yang special tu mestilah orang, dan bukannya Si Mimi hamster yang aku sayang tu. Mimi mana tau baca lirik lagu Siti Nurhaliza.
“Cakaplah siapa dia. mana tau Along kenal.” Tutur Along dengan lembut. Dia dua beradik ajer dengan Liz. Liz memang manja. Liz pun tak pernah berahsia apa-apa perkara pun sebelum ni dengan dia. Mungkin sebelum ini perkara-perkara tu tidak melibatkan hati dan perasaan kut. Tu sebab Liz lepak ajer nak cerita benda-benda tu semua. Ermm… Tapi dia pun pelik jugak. Sejak bila Liz yang baru habis SPM ni boleh tangkap cinta pulak. Yang dia tahu, Liz jenis kaki studi walaupun di masa yang sama dia kaki enjoy. Enjoy cara Liz tidaklah melebih-lebih sampai masuk night club ke aper ker. Enjoy cara Liz setakat hang out dengan kawan-kawan dekat Kinta City, Ipoh Parade ajer.
“Tak ada siapalah Along.” Aku memberitahu lemah. Nak bagi tau macam mana. Takkan nak bagi tau itu untuk Maybank. Nanti Along banyak tanya pulak. Paling tak pun Along akan tanya Maybank cawangan mana. Dia mesti nak bawak kawan-kawan engine dia tu buat penyiasatan. Macam Detective Conan and the gang.
“Takkanlah tak ada siapa. Takkan ini untuk Mimi kut. Taulah Liz sayang dekat Mimi tu.”
Aku ketawa kecil bila Along sebut pasal Mimi. Macam tau-tau ajer apa yang aku fikir tadi.
“Deyyhh Along. Mimi tu hamster. Dia mana kenal Siti Nurhaliza. Dia mana tau membaca. Si Mimi tu cuma tahu main dalam roller dia tu, dengan makan kuaci ajerlah.” Selamba aku menjawab.
“So kalau bukan untuk hamster, mesti untuk anak orang.”
“Memanglah untuk anak orang, takkan untuk anak beruang.” Aku menjawab geram. Banyak tanya pulak Along ni.
“Habis tu ini untuk siapa sebenarnya, Liz.” Along bertanya lagi. Sedikit tekan satu persatu perkataan yang dia nak cakap.
“Liz tak tau siapa dia.”
Along mengerut dahi.
“Secret admire yang Liz sendiri tak tau siapa nama dia. Tapi memang hari-hari Liz jumpa dia.”
Along tepuk dahi. Adoii… Adik aku ni terkena panah arjuna daripada siapa pulak ni. Sampai begitu sekali. Liz adik Along yang paling Along sayang, takkan nak memikat hati lelaki pakai lirik Siti Nurhaliza kut. Along geleng kepala lagi.
******
“Auntie tolong gubahkan saya bunga ros merah. Dua belas kuntum yer?”
Aku yang tengah sibuk menyusun atur bunga-bunga yang baru sampai dari Cameron Highland segera berpaling. Yuen juga.
“Andainya engkau ku milikki.. terdahulu.. sebelumnya..” Yuen menyanyi perlahan.
Aku memandang Yuen dengan geram. Amboi…amboi…amboi makcik sorang ni. Sejak bila peminat Sammy Cheng pandai nyanyi lagu Siti ni. Nasib aku dan Yuen jauh sikit dari Maybank tu berdiri. Tak ker boleh menimbulkan syak wasangka dalam diri si Maybank tu kalau tiba-tiba dia datang amoi Cina ni nyanyi lagu Siti secara tidak semena-mena. Yuen ni memanglah. Yuen kalau masuk AF memang aku akan undilah. Tapi bukan untuk AFUNDI tapi untuk AFKELUAR. Sumbangsih. Pichtcing lari. Tak sedap langung.
“Diamlah.” Aku berkata sambil mengetap bibir. Mata aku bulatkan sebagai signal agar Yuen segera berhenti menyanyi. Kut yer pun Maybank ni tak syak apa-apa aku takut Ipoh seminggu dilanda hujan pulak sebab suara amoi ni.
“Berkecailah impian kau Liz. Maybank beli 12 kuntum bunga ros merah. Apa maknanya tu. Dah tentu untuk yang istimewa. Yang pasti bukan kau.”
Yuen berbisik dekat telinga aku. Dekat dengan telinga. Sampai dihati. Dan, aku rasa pedih sangat-sangat. Takkan aku nak salahkan hepotesis yang Yuen buat. Boleh jadi betul. Boleh jadi tak betul. Kenapa aku tiba-tiba jadi sangat sedih. Aku terus berlalu. Buat-buatlah trick nak pergi toilet janji aku menghilangkan diri sekejap dari sini sampai si Maybank ni pergi.
“Liz..” Panggil Auntie May,
“Yes bos!!” Aku berpaling. Bonda Yuen nil ah. Muka aku ni tak de rupa orang sakit perut makan sebotol julap ker sampai Auntie May tiba-tiba boleh panggil aku yang berlalu nak ke toilet ni. maknanya tak boleh jadi pelakon yang terbaiklah.
“Liz tolong gubahkan bunga untuk encik ni. Auntie nak siapkan gubahan pelanggan yang tadi tu. Sikit lagi dia nak datang ambil.” Arah Auntie May.
Aku terkedu. Aku kena siapkan gubahan untuk encik ni? Gubahan untuk special dia seperti apa yang Yuen kata tadi. Tak sanggup rasanya. Tapi amat-amatlah tidak professional. Auntie May sajer ajer tau. Suruh aku tak kena masa. Yuen tak pulak dia suruh.
“Okey.” Aku menjawab lemah.
“Encik nak bunga apa tadi.”
“12 kuntum bunga ros.” Ulang Si Maybank ni lagi.
Aku tekun menggubah 12 kuntum bunga ros merah seperti permintaan Maybank ni. Aku main buat ajer. Langsung macam tak ikhlas rupanya. Kalau dia komplen aku cakaplah aku ni amatur. Budak baru belajar.
“Nak bagi untuk girlfriend ker encik?” Aku bertanya. Saja taknak bagi pelanggan boring. Nanti Auntie May perasan pulak yang aku sekarang ni memang tak ikhlas nak gubah bunga untuk girlfriend Maybank ni.
Dia mengangguk. “Ya.” Sambil tersenyum.
Aduhh… Pedih hatiku ini. Aku dah terasa macam nak menyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu ajer. Bicara Maybank ni manis, sopan. Tapi amat-amat menyakitkan hati.
“Siap.” Aku menyerahkan jambangan bunga yang telah siap digubah kepada Maybank. “Bayar pada tokei.” Sambung aku lagi. Aku yang konon-konon nak ke toilet tadi terus terbantut. Maybank nak pergi dah tu. Cancel ajerlah rancangan nak bertapa dalam toilet tadi.
“Thank Liz.” Sapa lelaki itu sebelum dia berlalu.
Aku membuntangkan mata. Liz? Aku lihat Auntie May tersengih. Aku dan Yuen saling berpandangan.
“Dia bagi Liz.”
Auntie May menghulurkan sekeping name card kepada aku. Aku ambil. Aku lihat. Owhh.. Zaid Shauki. Ermm… Ah peduli apa aku. Zaid Shauki ker. Afdlin Shauki ker. Dia tu dah berpunya. Aku bukan fesyen main rembat hak orang. Spesies macam tu Nurhaliza Abdul Rahim tak joint venture.
**************
“Zaid ni duit bunga tadi. Lebih keep the change.” Adam meletakkan not lima puluh ringgit di atas meja makan. Dia duduk disebelah Zaid di atas sofa. “Ni apahal. Dari tadi duk tersengih ajer aku tengok.” Sambung Adam. Dia pun pelik. Apa kena budak sorang ni jadi macam ni. tadi masa minta tolong dibelikan bunga untuk proses memujuk Elyana bukan main bising lagi mulutnya. Nak buat macam mana? Siapa suruh kerja dekat bank yang terletaknya di depan kedai bunga.
“Aku jumpa awek cun baik punyer tadi.” Beritahu Zaid tanpa segan silu dengan sepupunya itu. Mereka tinggal serumah. Maklumlah dua-dua bukan orang sini. Dua-dua dari KL. Datang sini pun sebab kerja. Adam dah dua tahun menetap di sini. Dia ajer yang baru sebulan datang ke mari. Sudah rezeki, selepas menamatkan pengajian dalam bidang kewangan dari Universiti of Tasmania dia terus diterimakan bekerja sebagai Jr. Officer di Maybank cawangan Ipoh ini. Lama dia luar negara, tapi citarasanya masih mahukan seorang gadis Melayu. Tadi baru dia terjumpa. Sebelum ni jumpa jugak. Tapi tidaklah seperti yang dia baru jumpa hari ini. Macam mana dia tak perasan ada bunga yang cantik dicelah-celah bunga-bunga yang melambak-lambak dekat kedai bunga depan bank dia bekerja. Liz. Itu ajer nama yang diberitahu oleh auntie tadi bila dia dengan beraninya bertanya siapa name cik adik yang menggubah bunga untuk Elyana buah hati si Adam itu. Liz nampak macam masih mentah. Barangkali baru lepas habis sekolah. Tapi dia suka pada cara Liz yang macam tak berapa nak pandang dia sebagai lelaki yang boleh tahan jugaklah ni. Liz tu biasa ajer. Dia pakai tshirt dengan jeans pun nampak manis jugak. Baru sekali jumpa, dia dah memikirkan macam-macam pasal Liz Bunga tu. Alahai.. Macam kemaruk ajer gayanya.
“Awek?” Adam bertanya.
Zaid mengangguk. Dia senyum lagi. Dari tadi pipi dia tak crem sebab senyum tak berhenti-henti.
“Habis Miss X yang hantar lirik Siti Nurhaliza tu macam mana?”
Zaid memandang Adam. Aduss.. Tengah masyuk macam ni, kenapa Cik X yang sampai sekarang jadi tanda tanya yang dibangkitkan oleh Adam.
“Tu lagi satu yang aku pelik. Tadi aku dapat lagi. Kali ini aku dapat sampai lima lagu sekali. Tak ker gila namanya. Nak aku buang, lirik tu semua cantik berliminated. Aku kalau tau lah siapa punya kerja yang pergi letak lirik lagu tu semua dekat viper kereta aku tu memang betul aku kerjakan.” Ujar Zaid. Dia sampai sekarang masih lagi tercari-cari orang yang meletakkan lirik-lirik lagu tersebut pada viper keretanya itu. Sudahlah itu kereta ayah yang dipinjam buat sementara waktu. Dibuatnya bercalar ker apa ker apa nak jawab dengan ayah pula nanti. Cik X ni memang peminat Siti Nurhaliza betullah. Dia sendiri sudah mengumpul hampir 20 lirik lagu Siti Nurhaliza. Dia simpan jugaklah lirik-lirik tu semua. Mana tahu. Boleh jual kut.
“Kesianlah Miss X tu kalau tau kau dah tangkap cintan dengan awek kedai bunga tu.” Adam bersuara.
“Benda tu gilalah. Aku rasa Cik X tu mesti ada wayar short dalam kepala dia.” Zaid membalas selamba.
“Wah..Kau.. Mulut. Buatnya Miss X tu betul-betul macam Siti Nurhaliza, kempunan kau Zaid.” Ujar Adam berunsur peringatan kerana muda sangat Zaid mengata orang macam tu. “Dahl ah aku nak masuk tidur. Esok aku ada dating dengan Elyana tersayang. Tu lah. Perempuan memang akan cair kalau dapat bunga.” Adam terus berlalu masuk ke dalam bilik meninggalkan Zaid seorang diri mengadap televisyen.
******
Aku sibuk berkemas. Tinggal lagi sedikit. Aku awal-awal dah save folder CTBest pada laptop barunya. Abah hadiahkan sempena kejayaannya yang cemerlang di dalam SPM. Sama jugaklah masa Along dulu. Along dulu pun abah belikan laptop jugak. Esok nak bertolak dah. Nasib dapat dekat UKM. Buat dapat mana-mana university di Sabah ke Sarawak ker teruk jugak tu. Takkan nak balik selalu. Siapa nak support duit tambang air asia.
Aku pandang folder putih yang masih setia pada meja belajarku. Ditepi pc. Masih terdapat lagi saki baki lirik lagu yang tidak sempat aku titipkan buat dia. sejak ajer kes dia datang ke kedai untuk dibelikan bunga buat buah hatinya itu aku sudah tidak lagi buat kerja gila tu. Hari tu lah hari terakhir aku mengirimkan lirik buat dia. Sampai lima lirik tu. Tak ada jodoh la tu. Nasiblah tak terbawak-bawak sedih saat tu sampai ke matriks. Jadi sekarang matriks pun dah lepas, UKM menunggu. Aku memang nak studi betul-betul. Accountancy memang bidang yang aku minat. Aku tanam azam dalam diri, tak ada lelaki time studi.
********
“Auntie..”
“Yes. Mahu bunga ker encik.”
Zaid menggeleng perlahan. “Mana Liz. Saya rasa dah lama sangat saya tak nampak dia.” Dia bertanya. Memang sudah lama. Dia nak tau. Kemana Liz menghilangkan diri. Sudah berapa lama baru hari ini dia berani bertanya pada tokei kedai bunga ini.
“Owwhhh…Mahu cari Liz. Liz sudah tidak kerja sini lagi encik.” Auntie May memberitahu Zaid dengan pelat Cinanya.
“Dia pergi mana?”
“Dia sambung belajar.”
“Kat mana.”
Auntie May garu kepala. Dia sebenarnya tidak ingat di university mana Liz belajar. Yuen ada bagi tahu. Tapi sudah tua. Memori pun sudah slow.
“Tak apalah auntie. Saya pergi dulu.” Kata Zaid sedikit hampa. Patutlah dah lama sangat dia tak Nampak batang hidung budak Liz ni. kenapalah Liz pergi tanpa dengar apa yang dia ingin katakan. Sekarang ni Liz Bunga tak ada. Miss X yang selalu bagi lirik tu pun dah tak ada. Liz tak ada sebab dia pergi belajar. Miss X ni pulak entah-entah sudah masuk Tanjung Rambutan kut. Itu sebab dia tak ada.
*******
“Mana emak abah kau Wafi.” Adam bertanya.
“Diorang pergi melawat adik aku dekat UKM.”
“Siti Nurhaliza tu?” Adam bertanya dengan ketawa kecil. Masakan dia boleh lupa pada Siti Nurhaliza klon yang sangat-sangat fanatic dengan penyanyi pujaannya itu. Gila punya adik Wafi. Sampai begitu sekali minatnya pada penyanyi no satu Negara itu.
Wafi turut sama ketawa. Semua kawan-kawannya kenal dengan Liz. Yang letak panggilan Siti Nurhaliza itu pun kawan-kawannya juga. Dia dengan Adam memang sudah lama berkawan. Adam ini seniornya semasa di UTP. Senior yang banyak membantunya semasa mula-mula nak menjejakkan kaki di university milik sepenuhnya syarikat petroleum Negara itu. sepupu Adam yang senang disapa Zaid ini pula dia memang kenal. Tapi kenal gitu-gitu ajerlah. Hari ini tak tau macam mana Adam boleh bawak sekali sepupunya ini untuk turut serta sama tidur di rumah emak abah pun dia tak tau. Errmm… Yang dia jemput Adam seorang. Buat-buat teman untuk menonton perlawanan bola pagi ni di ESPN. Tak apalah. Lagi ramai. Lagi bagus.
“Kau ada adik ker?” Zaid bertanya. Mana dia tahu Wafi ada adik perempuan. Klon Siti Nurhaliza seperti yang dikatakan oleh Adam tadi.
“Tu ajerlah sorang adik aku.” Wafi menjuihkan muncungnya kea rah gambar family yang tergantung pada satu sudut dinding rumah yang terlindung.
Zaid mengalihkan pandangan pada gambar yang tergantung itu. bulat matanya. Liz?
“Macam-macam betul lah adik kau tu Fi.” Ujar Adam lagi.
“Tau takpe. Aku pun pening. Kalau kau nak tahu, Liz tu pernah buat benda gila tau. Adakah dia pergi hantar lirik lagu Siti Nurhaliza yang sedap-sedap pada lelaki yang dia minat. Aku betul-betul geleng kepala dengan budak ni.” Balas Wafi masih lagi dengan tawanya. Bakal accountant yang sangat gila itu selalu juga bikin kepala dia turut sama gila.
Adam turut sama ketawa. “Wahh… Macam Zaid dia dulu selalu ajer dapat lirik lagu dari secret admire dia.” Tanpa sedar Adam membuka cerita.
Mata Zaid masih terpaku pada gambar yang satu itu. dia berpaling lipat maut apabila mendengar apa yang Wafi dan Adam sembangkan tadi. Masing-masing saling berpandangan. Pandangan yang menyimpul seribu tanda tanya.
“Adik kau Liz, Wafi?” Zaid bertanya.
Wafi mengangguk.
“Kau dulu dapat lirik Siti kan?” Adam mencelah. Dia bertanya pada Zaid.
Zaid mengangguk.
“Kau kerja dekat Maybank mana?” Wafi bertanya. Dia tahu Zaid pegawai bank di Maybank. Tapi tak tau pula di cawangan mana.
“Ipoh. Depan kedai bunga tempat adik kau kerja dulu.” Beritahu Zaid.
Wafi terus naik ke atas. Pecah masuk bilik adiknya. Fail putih dibawa keluar. Dia turun semula. Fail putih itu diserahkan pada Zaid.
“Lirik ni ker yang kau dapat?” Wafi bertanya.
Zaid menyelak satu persatu. Header yang tertulis ‘Untuk sayangku’ itu benar-benar buat dia seperti ingin terus berjumpa dengan Liz. Tak tau pulak Miss X, itu adalah Liz yang memuja dia dalam diam. Yang menghantar lirik Siti ini sebagai tanda perkenalan. Kalaulah dia tahu, pasti dia tidak akan sewenang-wenangnya mengata Miss X itu ada satu wayar short dalam kepala. Kalaulah dia tahu juga yang Liz tu memang dah lama suka pada dia, takkanlah dia boleh jahat mulut mengaku jambangan yang dulu itu untuk kekasihnya.
“So dah bersedia ker nak jumpa Miss X a.k.a Siti Nurhaliza tu?” Adam bertanya sambil mengenyit mata.
Zaid sudah tidak tahu nak kata apa lagi. Dia angguk ajerlah.
“Nanti…Nanti..Nanti..” Wafi cuba menahan.
“Kut yer pun kau suka pada adik aku tu, bagilah dia habis belajar dulu. Lagipun Liz tu dah berazam yang dia taknak bercinta-cinta bagai ni time studi.” Beritahu Wafi prinsip adiknya yang baru.
“Buat kena sambar macam mana bro. melepas cousin aku ni.” Adam cuba menyebelahi Zaid.
“Aku kenal Liz lah. Dia kalau dah suka tu memang terus meneruslah dia akan suka. Tak payah risau. Taulah aku adjust Liz tu kat kau nanti.” Wafi menepuk bahu Zaid.
“Terima kasih abang.” Bersahaja Zain berkata. Tangan Wafi diraih untuk bersalaman.
“Apa abang-abang. Belum kahwin jangan berani panggil aku abang. Kau tu tua barang dua tahun dari aku tau.” Sela Wafi. Akhirnya ketawa mereka pecah di malam itu.
*************
“Nak pergi makan kat mana ni Along? Pakai cantik-cantik ni semua.” Aku bertanya kepada Along. Along ni. apakerhalnya tiba-tiba bermurah hati nak ajak aku keluar makan. Taulah tunang dia ada dekat Terengganu. Takkanlah tak boleh bawak kawan lain. Dengan adik sendiri pun jadi ker.
“Adalah.” Along berkata sambil senyum melirik.
“Macam ada apa-apa ajer ni.” aku mula syak sesuatu. Tapi tak dapat pula aku hidu.
“Big surprise.”
Aku sabar menunggu tiba sahaja tempat yang Along nak bawa. Big surpriselah sangat. Apa yang surprise tu pun aku tak tau. Birthday aku lambat lagi. April Fool pun dah lepas. Lawak apalah Along nak buat malam-malam macam ni.
Kereta Along membelok kea rah kanan. Kereta diparkirkan di tepi jalan. Aku mendengus kuat. Apalah Along ni. kalau setakat nak pergi makan Chow Kuew Tiaw dekat padang DBI ni, pakai track suit dengan tshirt pun boleh. Ni beriya-iya sangat suruh aku tukar baju yang elok sikitlah. Make up sikitlah. Kat sini suasana malap-malap lampu jalan. Mana nak Nampak kalau pakai make up tebal seinci pun.
“Jom kita pergi sana.” Arah Along.
“Kata nak makan?” Aku bertanya bodoh. Kalau nak lepak makanlah dulu abangku sayang. Perut dah lapar ni.
“Jomlah.” Along menarik tangan adiknya.
******
Aku terkedu bila ternampak dia dalam kelompok Along-Abang Adam-Tunang Abang Adam yang aku tak tau namanya ini. Bila masa dia jadi satu kroni dengan Along aku pulak ni. Tunang Along di Terengganu. So dia tak ada di sini. Abang Adam dengan tunang dia. Yang dia ni, kenapa tak bawak girlfriend merangkap bakal tunang calon isteri tu sekali. Aku makin tak tau apa yang dah bermain dalam kepala. Berbelit.
“Along rasa Liz dah kenal dengan orang ni kan?” Along bertanya. Sambil menepuk bahu Zaid disebelah.
Aku blur. Tapi aku mengangguk juga.
“Ada benda dia nak cakap dengan Liz.” Abang Adam pula mencelah.
Sekali lagi aku pening. Nak cakap, cakap ajerlah. Disebabkan perut aku pun dah lapar aku mengangguk jugaklah. “Cakaplah. Orang dah lapar ni.” Taka dap perasaan ajer aku berkata.
Along mengetap bibir. Adik aku nilah. Tau tak orang susah payah nak aturkan semua ni. bukan sekejap plan dirangka. Selama nak tunggu baki dua tahun dia nak abis belajar. boleh pulak sampai waktu, makan benda yang dia ingat.
“Jom.” Along memberi arahan. Semua bergerak menuju ke stall Chaw kuew tiaw yang panjang di tepi padang DBI. Sekarang tinggal aku dan dia ajer. Dia yang bernama Zaid.. Ermm… entah. Aku pun dah lupa fullname si Maybank ni.
“Awak nak cakap apa ni?” aku mula bertanya. Aku tak suka betullah kalau orang buat mode diam tak bercakap apa-apa lebih dari sepuluh minit. Eyyy… Tahu tak sepuluh minit tu sepinggan kuey tiaw boleh habis. Silap hari bulan boleh ada time lagi nak tambah sepinggan lagi. Cepatlah.
“Saya ada benda nak bagi pada awak?” Zaid berkata dengan berhati-hati. Yerlah. Dulu dia beranilah nak berkata main-main. Masa tu Liz budak. Masa tu pun dia ingat Liz memang pekerja tetap di kedai bunga tu. Mana tahu Liz Cuma pekerja sambilan. Sekarang ni yang berdiri di depan bukan lagi Liz Bunga, tapi elok juga kita panggil dia Liz Mesin Kira. Kenalah dengan degree accountancy yang dia pegang tu. Bidang kita sama Liz. Sehati sejiwa. Tapi kalau nak letak Siti Nurhaliza klon tu, dia tak berapa nak berani. Adam sendiri pernah berkata di belakang Wafi, Liz punya suara out lah. Itu Adam yang kata. Dia tak tau. Sebab tak pernah dengar pun Liz ni menyanyi.
“Bagi apa?” Aku bertanya pelik. Aku betul-betul tak selesa sekarang ni. Pandang mata Zaid ni macam tengok aku ni alien ajer. Tak berkelip. Cik Abang tahu tak kalau tengok anak dara orang macam tu boleh jadi zina mata dan tahu tak kalau tengok anak dara orang macam tu buat aku rasa macam nak cucuk ajer mata yang jahat tu dengan sudu garfu. Biar jadi macam Kassim Selamat.
“Ni dia.” Beg kertas dihulurkan.
Aku menyambutnya. Dahi masih berkerut. Isi dalam aku keluarkan. Aku bagai mahu pengsan sahaja apabila melihat isi dalam beg kertas itu. Lirik-lirik lagu Siti Nurhaliza yang aku pernah berikan padanya dulu kini sudah cantik berbinding. Siap ada cover depan lagi. Dan …. Ada tajuk lagi. Macam tugasan assignment yang kena hanya hantar pada pensyarah. Macam buku scrapt yang nak kena hantar pada cikgu sekolah pun yer.
“Kompilasi Siti Nurhaliza dari Nurhaliza.” Aku membaca perlahan tajuk yang tertulis di atas kulit hadapan. Amboi. Sudah macam tajuk album Siti Nurhaliza pulak bila aku baca tajuknya tadi. Siap dengan gambar Siti lagi. Kalau Zaid boleh bagi benda ni pada aku maknanya….
“Saya dah tahu segala-galanya.”
Aku terkedu. Dia dah tahu. Malunya. Aku terasa ajer sekarang ni muka dah merah. Rasa nak balik ajer menyorok dalam selimut. Aku malu betul kalau tuan punya diri sudah tahu aku syok dekat dia yang tak mungkin boleh aku miliki tu. Kasihannya aku, sudahlah sampai sekarang menanti bagai pungguk rindukan bulan. Berharap ada keajaiban yang berlaku.
“Saya nak beritahu Liz. Sebenarnya dari dulu saya ni belum berpunya.” Zaid menuturkannya rendah tanpa nada.
Aku yang menunduk terus angkat kepala. Aku tak faham apa yang dia sedang cakap. “Dulu tu?” Aku bertanya.
“Saya main-main ajerlah. Bunga tu bukan untuk girlfriend saya. Saya cuma tolong belikan untuk Adam. Dia nak berikan pada girlfriend dia yang dah jadi tunang dia tu.” Zaid berkata sambil matanya melirik pada Adam, Wafi dan Elyana di salah satu gerai di situ.
Aku memandang mengikut lirikan mata Zaid. Amboi diorang ni. sedang enak menjamu selera. Aku dibiarkan kelaparan di sini.
“Saya sebenarnya dah lama suka pada awak. Masa first time saya datang kedai tu. Saya memang dah suka pada awak. Saya suka awak yang pandai menggubah bunga. I love you.”
Aku mencebek. Ahh… Baru hari ini berjumpa semula sudah pandai cakap I love you. “Mana awak tau saya pandai gubah bunga. Dulu tu saya buat tak ikhlas tau. Terpaksa!!” Aku menekan perkataan itu. Tapi aku tak nafikan. Hati aku sekarang memang sedang berbunga girang. Macam bahagia pulak bila dengan tak disangka-sangka, orang yang kita harap-harapkan akan cakap perkara yang satu tu cakap jua akhirnya. Mimpi jadi kenyataan.
Zaid tersenyum. “Saya masih ada peluang lagi ker Liz. Saya sanggup ajer hafal lirik-lirik tu semua kalau awak nak.”
Aku tersengih. Eleeh.. Poyo betul. Gelilah kalau ada lelaki yang macam Zaid yang macho tiba-tiba bukak mulut nyanyi lagu Aku Cinta Padamu. Tak sesuai. Cari lagu lainlah cik abang. “Tak payah. Lebih baik awak pergi hafal 30 juzuk Al Quran tu. Lagi bermakna.” Aku sudah jadi seperti seorang ustazah pencen pulak. Aku pun taulah. Minat tu biar berpada-pada. Hiburan itu hanya untuk di dunia. Yang akhirat tu kita kena jaga jugak. Aku tahu. Cuma sebagai manusia biasa aku juga ada minat aku sendiri. Janji jangan sampai melebih-lebih sudah.
“Maknanya masih ada peluang lah tu? Jangan hampakan saya Liz. Dah lama saya menunggu. Abang awak yang suruh saya bersabar sampai awak habis belajar. Kalau tak dah lama ajer saya redah.”
Aku tunduk malu. Wah… Maknanya dia orang ni semua sudah lama kenal. Maknanya memang macam-macamlah yang Zaid ni tahu pasal aku daripada abang. Cehhh… Sudah tahu banyak benda macam tu pun masih nak tanya ada peluang lagi ke tak. Mestilah ada mangkuk….. Aku mengangguk perlahan. Indah perasaan saat ini.
Zaid meraup muka. “Amin.”
Aku sekadar ketawa.
“Sudahlah tu. Jangan nak buat drama Hindustan pulak. Kue tiaw dah sejuk ni?” Jerit Along dari meja makan.
Aku dan Zaid menoleh. Pecah ketawa kami serentak. Terus aku dan dia berjalan beriringan menuju ke sana.
“Agak-agak kalau kita kahwin nanti nak jemput Siti Nurhaliza jugak ker?” Zaid bertanya nakal.
Aku memandang Zaid. Amboi dia ni. Sambil nak ke gerai tu pun dia boleh tanya soalan macam tu. Tak tau ker aku baru terima dia secara rasmi hari ini. Belum apa-apa dah keluar aura kerek bertanya soalan yang berbau memerli aku ajer tu.
“Awak kena standby dua puluh ribu lah kalau nak jemput Siti Nurhaliza datang. Confirm satu kampong kena jemput.” Balas aku kemudian.
Zaid tepuk dahi. “Pengsan.”
Aku dan dia ketawa lagi.

*************************************************************************************
Next cerpen untuk mereka yang masih tak jemu mengunjungi blog ini [Iman Suraya belum stop lagi. Masih panjang ceritanya. Tungguuu....]. 'Kompilasi Siti Nurhaliza Dari Nurhaliza' ini saya karang bukanlah untuk tribute pada Datuk Siti [siapalah penconteng kecil ini, mahu org besar seperti itu membaca karyanya]. Ini sekadar bacaan ringan untuk korang release tension study, kerja, etc. Korang enjoylah bila baca. Tak mau stress-stress. Jadi kepada yang bukan peminat Datuk Siti, sorrylah. Mungkin korang boleh cadangkan artis lain kut. Mana tau, lepas ni ada cerita pasal 'Filem Hitam Putih P.Ramli' kut. Hehehehe... Enjoy reading.

Pesanan Penaja: saya bukan fanatik Datuk Siti.

Mata Pen,
akubintangbiasa

6 comments:

aqilah said...

besst , bessssssst. akak suka. semua akak suka. apapun, akak follow........................

MaY_LiN said...

amboi...
lepas tensen la tu...

yanty_yoshicat said...

best2... mmg release tensen... liz mmg gila2.. :D tahniah.. :)

Anonymous said...

aku pun gila juga...tp so far xberhasil lg.... :(


~nurul 32~

Anonymous said...

gila semangat si liz ni
lepas ni sy nak hantar lagu metallica plak kat secret admire sy
bahaha xD

alkene said...

berair mata aku.
adehh..bkn sedih.
tp mulut tak cukup nak sengih luas2.terkoyak kang.naya.
aku selalu gak gi maybank
tp xdela smpai angau kt abg2 maybank yg jage kaunter tu.
muka pon serius tunjuk garang konon.
x berkenan la heh.