Monday, February 8, 2010

Awatif 8

Bab 8
“Tif!!” Jerit Amanda dari ruang tamu rumah.
“Yer Cik Manda.” Sahut Awatif dari dapur. Dia sedang menyediakan salad buah-buahan bersama sos thousand island untuk hidangan makan malam Amanda.
“Tif!!” Frekuensi suara Amanda kuat lagi.
Cepat-cepat Awatif berlari ke hadapan. “Yer Cik Manda.”
“Siapa bagi bunga ni.” Soal Amanda. Jambangan ros merah dipandang dingin di atas meja kopi.
“Owhh…Tengahari tadi masa Cik Manda shoot, ada seorang lelaki hantar.” Balas Awatif.
“Siapa?”
Awatif sekadar menjungkit bahu. Dia menggeleng perlahan. “Tapi ada kad.” Tangan Awatif menunjuk kea rah sampul surat comel berwarna merah jambu yang terselit dicelah-celah jambangan ros tersebut.
Mata Amanda menyorot pada sampul surat comel itu. tangannya mengeluarkan sampul surat comel itu lalu isi dalamnya dibuka. Terkumat-kamit bibirnya membaca kata-kata yang tertulis pada sampul surat itu. beberapa ketika kemudian kedengaran ketawa Amanda yang mula meletus kuat.
Awatif sekadar mengerut dahi seribu. Pelik benar hari ini. biasanya Amanda kalau di rumah stressnya memanjang. Kalau di luarpun jika Amanda tersenyum hanya sekadar berlakon di hadapan public sahaja. kerana itulah apabila Amanda berlakon pun tak Nampak palsu kerana dia memang pandai berlakon baik di hadapan kamera mahupun di dunia nyata.
“Cik Manda okey?” Teragak-agak Awatif bertanya.
Amanda memandang Awatif. Dia tak habis ketawa lagi. “Buang sahaja bunga ini.” Arahnya. Remote controller televisyen ditekan. Malam ini dia mahu menenangkan minda dengan menonton rancangan tv. Tidak mahu sesak-sesakkan fikiran kerana esok dia akan berangkat terbang ke Milan untuk menghadiri pertunjukkan fesyen di sana.
“Buang?” Soal Awatif.
“Buang ajerlah. Lepas tu jangan lupa. Periksa semua kelengkapan aku. Esok aku akan fly ke Milan. Aku tak mahu ada yang tertinggal. Kau bila duduk dekat rumah jangan nak jadi raja pulak. kemas apa yang patut. Lagi satu kalau Linda telefon kau pasal apa-apa show dekat sini jangan lupa tengok schedule aku dulu. Ingatkan Linda jangan sampai bertindih dengan mana-mana show aku yang lain. Linda tu pun namanya sahaja dah bertahun buat kerja ni, tapi selalu buat salah jugak.” Panjang lebar Amanda berkata-kata.
“Baik CIk Manda.” Jawab Awatif. Jambangan ros di atas meja kopi di ambil dan di bawa ke dapur.
“Ni. Kad pun buang sekali.” Kata Amanda lagi. Kad comel itu dicampak dekat tempat Awatif berdiri. Matanya berpaling menghadap siaran televisyen kembali.
Awatif membongkokkan badan mengutip kad comel itu.

Di dapur, terus sahaja jambangan bunga ros dank ad comel itu dibuang ke dalam tong sampah seperti yang di arahkan Amanda. Namun ketika ingin berlalu ke hadapan kepalanya seakan terpanggil untuk kembali ke tong sampah itu untuk mengambil semula kad yang telah dibuangkan itu. Awatif memerhatikan Amanda yang masih lagi ralit mengadap televisyen. Kemudian dia senyum sendiri. cepat-cepat sahaja dia mengambil semula kad tersebut dan disorokkan ke dalam poket seluar. Dia nak tahu sangat apa yang tertulis di dalamnya sehingga Amanda boleh ketawa macam tu.
Selesai mengemas semua kelengkapan Amanda untuk ke Milan esok, Awatif masuk ke dalam bilik. Esok Amanda akan ke Milan selama dua minggu. Sekurang-kurangnya selama dua minggu ini dia hanya perlu menguruskan hal rumah sahaja. Cuma jika Linda ada menelefon untuk membantu menyusun jadual Amanda dia perlu memberi kerjasama. Memang kerja menguruskan setiap temujanji, dan show Amanda diuruskan oleh Linda, tapi dia perlu juga membantu Linda. Seperti yang Amanda katakana tadi, Linda walaupun telah bertahun bekerja di dalam bidang ini namun pernah juga membuat salah. Tapi pada Awatif, dia kagum cara Linda berkerja. Walaupun dia tahu Linda dan Amanda bukan sebulu, namun Linda tetap professional di dalam urusan kerjanya. Kalau tidak, masakan setiap urusan show, temuramah dan pengambaran baik filem atau drama di susun sebaik mungkin. Cuma jika sesekali ada yang tersalah adalah perkara normal. Nama pun yang buat kerja itu seorang manusia dan bukan robot mana pernah sempurna. Paling sikit pasti ada celanya.
Perlahan-lahan badan dibaringkan di atas katil. Setiap hari inilah masa yang dinanti-nantikan. Dapat baring di atas katil adalah satu kenikmatan setelah penat berkerja sepanjang hari. Lampu kalimatang sudah lama terpadam. Yang ada hanyalah lampu tidur yang ada di tepi katil bujang tempat dia tidur. Lengan di letakkan di atas kepala. Fikirannya mula melayang jauh. Dia terbayang apa yang abah, emak, Udin, Hida dan Aisyah buat di kampung. Jauh di sudut hati dia benar-benar setiap wajah-wajah itu. Rasanya sudah hampir enam bulan dia lari dari kampung tanpa mengirimkan sebarang khabar berita.
Bukan dia sengaja mahu membuang seluruh ahli keluarganya. Tapi dia malu untuk mengkhabarkan apa-apa kepada mereka semua. Tidak ada apa pun yang dapat dibanggakan sepanjang dia berkerja di Bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur ini. di sini semua manusianya lebih bersikap plastic semata-mata. Walaupun dia tidak mengirimkan berita kepada abah dan emak dikampung, namun setiap bulan dia tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang gajinya untuk mereka di kampung. Walaupun Amanda membayar tidak banyak, namun yang tak banyak itulah dia berikan pada orang tuanya dikampung. Sekurang-kurangnya itu boleh membayar niatnya ketika mahu ke sini satu waktu dahulu. Memang dia ke sini tanpa restu, namun di dalam hati dia sudah pasang tekad yang niatnya ke sini adalah untuk membantu keluarga. Walaupun sedikit sumbangannya pada keluarga, namun harap beban abah dan emak dapat berkurangan pun jadilah.
Sedang ralit melayan perasaan, Awatif kembali teringat pada kad comel pemberian peminat Amanda tadi. Peminat fanatic barangkali. Maklum sahajalah melihat jambangan bunga yang mahal itu pun sudah menunjukkan pemberinya begitu menyanjungi bintang yang bernama Amanda itu. awatif mengeluarkan kad comel itu dari poket seluarnya. Dibawa kad comel itu dekat pada lampu tidur. Cermin mata dikeluar dari dalam laci meja tepi katil dan disangkut ke telinga. Kecil matanya membaca baris-baris kata di atas kad kecil itu dengan hanya bertemankan cahaya dari lampu tidur yang samar-samar.
Alamak!!! Sekali macam lagu daa…..
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Bibir Awatif mula menarik senyum panjang bila membaca baris-baris ayat yang tertulis di atas kad comel itu. Walaupun ianya hanya sekadar potongan lirik Itu Kamu nyanyian Estranged yang Berjaya memecah tradisi menjadi band indei pertama yang memenangi AJL tahun 2007, cukup untuk membuatkan semua yang membaca kad ini mengandaikan penulisnya itu begitu memuja ‘kamu’ yang dimaksudkan itu. Ya. Semua orang begitu memuja Amanda Dayana. Itu dia tahu.
Lirik lagu itu sudah biasa sangat dia dengar, padanya tidak ada apa yang istimewa. Namun yang menarik perhatian Awatif adalah pada tulisan terakhir di atas kad comel itu. tidak ada apa-apa, hanya ada alamat emel pengirimnya. Tanpa ada nama yang spesifik untuk menjelaskan jantina sebenar penghantar bunga yang sebenarnya namun Awatif mengagak tentu sahaja yang boleh buat kerja begini seorang lelaki. Kalau perempuan yang minat Amanda paling tidak pun pasti akan buat sepertinya dahulu. Paling tidak pun setakat kumpul gambar sahaja. tidaklah sampai mahu menghantar bunga dank ad comel sehingga ke lokasi pengambaran.
Errmm…Kalau jenis perempuan suka perempuan boleh jadi imposible juga. Desis hati Awatif.
Naluri Awatif kuat mengatakan yang mengirimkan bunga siang tadi adalah lelaki. Pasti sahaja lelaki itu kategori lelaki jiwang sampai boleh terfikir untuk meminjam lirik Itu Kamu.
Senyum Awatif menjadi semakin melebar. Entah kenapa dia pula terasa perasan sendiri selepas membaca potongan lirik lagu itu. indahnya jika ada yang betul-betul menyanyikan lagu itu kepadanya sekarang ini.
Seketika Awatif hanyut lagi. Jika tadi dia hanyut kerana terkenangkan keluarga di kampung, kali ini dia terhanyut dibuat angan-angan sendiri. Tanpa sedar Awatif terus terlena bersama angan-angannya itu.


***************************************************************************

Salam,

Yang dah baca sampai sini, terima kasih.

Minta maaf, kerana tulisannya sedikit serabut.

Minta maaf lagi, kerana dah lama tak jenguk ke blog yg dah bersawang ni.

Lagi nak minta maaf, sebab perjalanan cerita ini sedikit meleret.

Ini cerita biasa-biasa, komen yang bakal dijatuhkan merupakan sumbangan kalian buat saya yang masih lagi dalam proses pembelajaran.

Sekian,
Eila

p/s: saya masih menyusun kira pada bab berapa saya nak munculkan heronya :)

3 comments:

Che Sue said...

mmg teruk betul amanda tu buat awatif cam tu kan!

sabar jer la awatif... dah sendiri yg carik pasal lari dr rumah! tp dpt pengajaran kan?

linda la jd penyelamat awatif gaknya bila dier tak sampai hati tgk amanda buat cam tu pd awatif....

Unknown said...

bila nk sambung cite nie...

Unknown said...

Lama dah x ada apa nukilan dalam tahun 2014 ini. Kebanyakan blog blog penulis yang lain pun x ada perkembangan. Akir tahun 2013 dan tahun 2014 ini sepi tanpa novel ataupun enovel hanya satu blog aje yang boleh buat pengubat hati. Kenapa ye?