Wednesday, September 16, 2009

2 X 5 Bab 13

Tok..Tok..Tok..

Bunyi ketukan pintu bilik membingitkan suasana hening pagi. Syakirin mengeliat malas. Siapa budak tak sekolah pergi mengganggu tidurnya hari-hari cuti macam ni.

Tok..Tok..Tok..

Sekali lagi pintu bilik diketuk. Kali ini bunyinya sedikit kuat dari tadi. Malas-malas Syakirin bangun. matanya digosok perlahan. Mulut yang menguap cepat-cepat ditutup dengan telapak tangan. Dengan langkah longlai dia menapak perlahan menuju ke pintu bilik.

Oppss.. Matanya bulat bila pintu dibuka. Buku lima Zaim sipi-sipi nak kena tang muka. Serta merta matanya jadi segar bugar. Ya Allah. Ini kalau betul kena ketuk batang hidung mahunya landai jadinya. Sudahlah dari caranya macam nak diketuk sekuat hati. Nafas Syakirin turun naik. Nasib dia menjerit terlebih dahulu sebelum ketukan maut itu betul-betul terkena batang hidungnya.

“Dah sembahyang Subuh?” Soal Zaim persis seorang warden asrama perempuan sedang buat spot check.
Syakirin mengerutkan dahi seribu. Saja tau. Habis yang tadi terserempak dekat bilik air masa tengah ambil wuduk subuh tadi tu saper. Kembar aku ker. “Dahlah.” Syakirin menjawab malas. Dia pun taulah tanggungjawab jadi orang Islam. Sembahyang lima waktu tu perkara wajib. EO pencen tu pantang tau kalau anak –anak dia tong sembahyang.
“Bagus.” Kata Zaim sepatah. Dia sengaja bertanya. Dia tahu Syakirin solat subuh pagi tadi. Eloknya cara orang perempuan yang seorang ini. Dia yang lelaki pun lepas subuh terus bangun. yang Kirin pulak sedap ajer landing balik.
“Jom.” Arah Zaim sepatah.
“Pergi mana.” Syakirin masih terpinga-pinga. Dia mamai lagi ni. Tetiba jom.. Dia pun blur.
“Pergi pasar.” Jawab Zaim.
“Buat apa?”
“Shopping baju raya.”
“Hahh!!” Mata Syakirin membulat.



“Banyaknya awak beli.” Syakirin bertanya pelik. Kiri kanan tangan Zaim sarat dengan barangan dapur. Tangan dia jugak. Macam nak buat kenduri satu taman perumahan ajer ni.
“Senang. Stok untuk seminggu. Tak adalah tiap-tiap hari makan meggie.” Jawab Zaim. Barang-barang ditangan dimasukkan sahaja ke belakang Storm yang terbuka. Beg plastic di tangan Syakirin dia ambil lalu dimasukkan sekali kebelakang.
“Stok seminggu?”
“Yerlah. Senang awak nak masak kalau semua barang ada dekat rumah. Saya dah muaklah makan meggie.”
“Saya yang kena masak.” Syakirin membulatkan mata dengan jari telunjuk dihalakan ke dirinya sendiri.
“Masuk kereta.” Zaim mengarah.
Syakirin menurut. Dia masuk ke dalam Storm milik syarikat Zaim bekerja.
“Takkanlah hari-hari saya kena masak.” Syakirin membebel tidak puas hati.
“Yerlah. Awak isteri saya. Jadi awaklah kena masak.” Zaim menjawab selamba tanpa menyedari apa yang dia katakan itu. Enjin Storm dihidupkan.
“Isteri?” Syakirin bertanya dengan kening terjongket di sebelah.

Zaim memandang Syakirin disebelah. Adoii.. Kirin sudah jadi macam Ziana Zain ajer keningnya itu. Sedar dia sudah terlepas cakap. Isteri? Dia guna pakai istilah isteri pada Syakirin. Padahal dari mula dia sudah katakan anggap sahaja Syakirin itu sebagai teman serumah jika tidak yakin pada perasaan sendiri. Kenapa lancar sahaja mengatakan perkataan isteri itu dihadapan Syakirin. Apa jadi pada perasaan dia sekarang ini. Sungguh cakap. Bila sudah hampir sebulan tinggal bersama dia memang menyenangi sikap Syakirin kecuali gaya menggoda Syakirin itu sahaja yang buat dia rasa iman tak cukup mantop nak tepis perasaan yang halus itu. Yang lain Syakirin okey ajer. Sangat seronok dibuat kawan. Lagipun Syakirin ni mulut ajer pot-pet-pot-pet. Tapi bila orang suruh buat itu. buat ini, makcik ni ikut ajer. Tak melawan pun. Cuma mulutnya ajer yang akan bising. Tapi lama-lama diam sendiri. ataupun Syakirin buat semua ini sebab terpaksa kut. Maklumlah setiap kali ingin menyuruh Syakirin buat sesuatu kerja pasti disertakan sekali ugutan sebulan sewa rumah berserta dua bulan deposit kepada Syakirin. Takut benar Syakirin bila diugut dengan bayaran sewa rumah. Sebab itu dia buat. Kalau ikut logic akal bila kena ugut baru buat memang macam tak ikhlas. Tapi rasanya Kirin tu buat apa sahaja kerja yang disuruh dengan cermat, elok dan teratur. Contohnya. Masa masak meggie kuning telur yang bergegar tu tak pecah langsung. Bila gosok kemeja kerja. Orang bergesel sebelah pun boleh luka tangan dari side tajam yang dia gosok tu. Sempurnalah kan namanya tu.

“Saya ni cuma teman serumah awak ajer tau.” Syakirin cuba mengingatkan apabila Zaim sudah terdiam tidak berkutik. “Tapi saya tak kisah pun kalau setakat nak masak untuk awak. Janji awak jangan paksa saya masak gulai tempoyak sudah. Tu saya tak sanggup.” Syakirin cuba berjenaka walaupun hakikatnya dia rasa macam timing tak berapa nak tepat ajer nak buat lawak antarabangsa dalam-dalam kereta ini. Itu untuk menyedapkan hatinya sendiri. Dia tahu Zaim masih belum bersedia. Lagipun Zaim bukan mudah kena goda. Sudah pakai seksi. Sudah cukup manja pun lelaki ini buat tak tau ajer. Paling-paling kuat pun setakat muka Zaim jadi merah. Tak apalah. Dia cuba cara lain. Dia gunakan kepakaran masak memasak yang tidak seberapa ini. Yang best. Zaim hargai. Buat bekal roti sapu Nutella pun Zaim belasah ajer. Sebulan 30 puluh hari makan Mee meggie pun dia bedal ajer. Tak banyak cakap pun. Cuma hari ini bila sudah dibeli macam-macam barang tu buat kecut sikit. Masak meggi dua minit ajer. Sapu Nutella pada roti kurang dari satu minit. Habis tu, kalau dimintak masak ayam masak merah, daging masak hitam, rendang tok Mak Nik, nasi bukhari, sayur lemak ikan masin, paling ngeri gulai tempoyak ikan patin tu macam mana pulak. Mahu tak tumpo. Dia dulu dekat dapur sekadar tukang menyibuk dan tukang tengok ajer. Tukang masak memang jarang melainkan kalau suruh masak mee segera ataupun nasi goreng perencah Adabi. Itu memang terror. Dialah juara.
Zaim ketawa kecil bila Syakirin membangkitkan soal gulai tempoyak kegemarannya itu. Dia tahu Syakirin tu punya elergic pada buah durian dan suku sakatnya sangat melampau. Cium bau pun boleh pengsan. “Alah awak masak ajer apa yang awak rasa awak nak masak. Saya makan ajer. Janji jangan masak mee segera lagi sudahlah. Saya dah nak naik botak makan mee segera hari-hari.”
Syakirin turut sama ketawa. “Haahlah. Dah macam uncle Zaibo saya tengok.” Katanya bersahaja dengan tawa masih berbisa.
“Hey.. Melebih tu. Tak adalah sampai macam Uncle Zaibo.”
Syakirin menjelirkan lidah.
Zaim sekadar ketawa sambil tersenyum. Kosentrasinya kembali pada pemanduan. Itu dia Syakirin yang semakin dia kenali luar dan dalam. Dia mengaku Syakirin memang manis apabila dia ketawa dan tersenyum seperti tadi. Maklumlah ditambah pula dengan barisan gigi putih yang tersusun cantik dah lesung pipit yang melekuk di kedua belah pipinya membuatkan gadis ini bertambah manis. Cuma dia ajer yang masih lagi tidak mampu untuk memberikan sedikit ruang buat Syakirin untuk tinggal di dalam hatinya. Sebab hatinya sentiasa berperi ruang itu masih setia pada Sofea lagi.


“Uitt….Baru balik pasar ker.”
Zaim dan Syakirin berpandangan.
“Haah….”
“Bahagianya. Beli barang dapur sama-sama.”
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Kepalanya digeleng perlahan. siapa sangka, mula-mula berkenalan dengan Kak Nab sebelah rumah ni dulu bukan main lagi dia tunjuk muka manisnya. Belum sampai sebulan tinggal berjiran Kak Nab dah mula menyampai-nyampaikan cerita rumah tangga aku dengan orang disekitar taman perumahan ini. Teruk betul. Pandai-pandai mereka cerita hal rumah tangga orang. Patutlah Zaim tak berapa berkenan bila aku berbaik-baik dengan Kak Nab masa mula-mula dulu. Kak Nab tu bukan apa. Dia bengang bila Zaim menolak cinta adik bongsunya yang baru tamat belajar di UiTM dulu tu. Itu sebab dia buat cerita yang bukan-bukan. Zaim suruh aku bersabar ajer dengan mulut Kak Nab tu. Tapi kalau orang tu dah heboh menjaja cerita aku satu taman ni siapa dapat bersabar. Sekarang ini bila Kak Nab fire aku. Aku fire dia balik. Bila dia pakai leser. Aku meleserlah balik. Etika bersama pelanggan di tempat kerja aku lupa bila dah berjumpa dengan Kak Nab. Mulut jahat tu. Buat apa nak diam. Dia caras kita. Kita caraslah balik. Baru adil dan saksama.
“Mestilah Kak Nab. Kami ni pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi dan saling cinta mencintai.” Kata Syakirin sambil manja ajer tangan dia merangkul tangan Zaim yang sedang memunggah barang dari dalam kereta. Dia menunjukkan kemesraannya bersama Zaim di hadapan Kak Nab. Kemesraan melampau di depan public.
Zaim yang sedikit tercengang bila tiba-tiba tangan kena rangkul itu memandang Syakirin. Bukan rangkul ajer lagi ni. Sudah kena lock. Tak boleh nak melepaskan diri.
“Kan darling kan…” Kata Syakirin lagi disertakan dengan sengih. Matanya berkelip-kelip memandang Zaim.
Zaim hanya tersenyum lucu melihat mata Syakirin yang sudah berkelip-kelip itu. Kak Nab yang tengah berasap tu dia pandang. Ready for take. One two three n action….
“Haah Kak Nab. Kami ni saling sayang menyayangi. Cinta mencintai. Kan sayangkan.” Zaim dan Syakirin sudah bersekongkol untuk mengenakan Kak Nab. Sesekali nak kenakan jiran sebelah rumah yang bermulut jahat ni pun apa salahnya. Bukan selalu.
“Tu lah ling. Kita ni hidup bahagia suami isteri ada pulak yang jahat mulut buat cerita. Tu lah kan. Hal orang sibuk ajer nak ambil tahu. Hal rumah tangga sendiri tak tau nak jaga.” Syakirin mula mencuci Kak Nab. Pedas ajer dia menyindir Kak Nab.
“Ngee.. Korang berdua ni kan….” Kak Nab mengetap bibir menahan geram bila kena sindiri dengan suami isteri itu. Ngee… Laki bini dua-dua sama.
“Kami berdua ni memang pasangan contoh sehati sejiwa kan Kak Nab. Dah agak dah Kak Nab nak cakap benda tu.” Syakirin menambah pantas. Dalam hati dia ketawa lucu bila melihat muka kak Nab yang sudah berkerut-kerut menahan geram.
Makin berasap telinga Kak Nab mendengarnya. Ngeee… Terus dia masuk ke dalam rumah sambil menghentak-hentakkan kaki. Automatic ketawa Syakirin dan Zaim pecah. Padan muka. Ingat mulut dia ajer yang jahat. Mulut aku lagi jahat. Jangan dicabar.
“Saya rasa lepas ni mulut Kak Nab mesti stop dari bercakap hal kita.” Kata Zaim bila mereka berdua telah pun masuk ke dalam rumah.
“Saya tak rasa macam tu. Orang macam tu bukan mulut boleh duduk diam.” Syakirin menyanggah. Dia faham benar dengan mulut sesetengah orang yang suka duk menghebohkan cerita orang. Buat ketupat tak menyempat nak tunggu raya. Kalau tidak, ahli mesyuarat tingkap tak adalah kerja mau dibuat. Menyampai cerita lebih cepat dari berita.
“Tapi saya tak berapa gemarlah awak duk membalas balik kata-kata Kak Nab tu. Awak diam ajerlah.” Tegur Zaim. Dia tidak mahulah sampai ada insiden tarik menarik rambut antara Kak Nab dengan Syakirin suatu hari nanti. Syakirin ni pulak pantang ajer bila Kak Nab berkata-kata. Dia pun tak mau kalah jugak. Patutnya hidup berjiran haruslah bermuafakat. Ini duk kata mengata sesama sendiri apa ker halnya.
“Saya kalau Kak Nab tak bersuara saya diam ajer. Dia tu yang mulakan dulu.” Kata Syakirin geram. Mulutnya diherot-herot mengajuk cara Kak Nab beranak tiga itu bercakap. Sambil-sambil dia bersembang hal Kak Nab dengan Zaim didapur rumah tangannya masih lincah mengemas barang-barang yang dibeli tadi ke dalam peti ais dan cabinet dapur. Ada masa barang-barang yang dibelinya tadi diketuk-ketuk sebagai melepaskan geram terhadap Kak Nab yang bermulut jahat itu.
“Awak buat bodoh ajerlah.” Zaim bersuara.
“Mana boleh. Takkan nak dibiarkan ajer dia pijak kepala kita.” Syakirin membidas. Aku ni fesyen kalau orang tak kacau, aku pun tak akan kacau orang. Tapi kalau orang tu yang mengacau, aku sama-sama akan buat kacau jugak.
“Sampai bila-bilalah awak tak akan boleh berbaik dengan Kak Nab tu.”
“Biarlah.” Syakirin mendengus kuat serentak pintu peti ais ditutup rapat.
“Suka hati awaklah. Janji jangan sampai bertarik rambut sudah.” Zaim sudah mengalah. Letih tau kalau bercakap dengan orang yang keras hati sikit ni. kita bagi nasihat bukan dia nak dengar. Ada ajer yang nak dibantah. Gasaklah.
“Tapi saya sukalah awak panggil saya sayang. Sweetnya bunyi.” Ujar Syakirin tidak semena-mena ketika membasuh tangan di sinki. Bibirnya menguntum senyum meleret. Layanzzz…..
Zaim yang sedang meneguk air sejuk hampir tersedak mendengar kata-kata Syakirin itu. Nasib tidak tersembur air yang baru sampai separuh kerongkong itu. Terbatuk-batuk dia jadinya. Dada ditepuk diurut perlahan-lahan. Statement maut betul tadi tu.
Syakirin cepat-cepat berpaling ke belakang. “Apasal awak ni. Tak senonoh betul.” Katanya seraya tangan turut mengurut belakang Zaim.
Zaim pantas menoleh bila tangan Syakirin mengurut belakang badannya. Buat seketika mata mereka berdua bertemu. Syakirin yang sudah terasa macam ada laser ajer panahan mata Zaim itu cepat-cepat melarikan pandangan.
“Saya main-main ajerlah. Jangan risau. Saya faham keadaan awak tu.” Katanya tenang. Terus dia menyambung semula menyusun barang-barang kering pula.
Zaim berlalu ke hadapan dengan sesak di dada akibat tersedak tadi. Sayang? Memang sweet pun kalau kena pada orang yang sesuai menerimanya. Syakirin? Sofea? Dua nama yang masih menjadi tanda tanya kerana dia masih tidak pasti yang mana satu yang dia sayang sekarang ini.

10 comments:

Anonymous said...

wahaha...sweetnye...
alahai zaim...jual mahal
yea..ahaks!

-ieja-

Anonymous said...

Heheehhe..
best,pe la yang ptut kirin 2 wat
nak tambat hati zaim yer..
"selamat hari raya "
maaf zahir batin..

~nyn~

keSENGALan teserlah.. said...

alololo...
so sweet..
hahaa..hambek ko kak nab..
men2 lagi ngn kirin...
zaim,,xkan x tebukak aty lagii kot..huhu..kirin cukop punye baik tuh..kang ade orng ngorat kirin,,baru nk ggt jari..huhu..
nk lagi kak..ganty duit raya..boley??huhu..

Sha said...

haha..trsdak zaim??
kirin nih mmg la..
nakal+ske btol mgusik..hee
zaim nih pn 1...
yg p igt kt sofea 2 g knp la..
kirin yg de dpn mate lg bgus ape..

MaY_LiN said...

ala..
zaim ni kan..
nmpknye kirin kena tingkatkan keseksian neh..
hahaha

nailofargurlz said...

sempoi jer kirin ngan zaim knakan kak nab..sweet r diorang nih..hrp2 zaim jatuh cinta ngan kirin..
iela citer nih mmg best giler,sempoi sesangat..cpat update n3 bru tau!!

nacha said...

rendang tok Mak Nik? hmmm.. balik Ipoh raya nanti nak kena carik nih. rindunya pada keenakkan rendang tok Mak Nik.

Eila.. bersedialah ye. nanti akan akan serang umah Eila utk beraya. hehehe...

alreinsy said...

nice n3... ketawa gak ari ni sbb baca citer ni... mmg kelakar la kirin nih... pdn muka dgn kak nab tuh... ambik ko... alahai zaim.. keras gak hati ko yea... x pe kirin, tingkatkan usaha dlm menggoda si zaim tuh... lama2 sure cair nyer mamat tuh... mana thn bila tgk kirin seksi tiap2 hari... huahuahua... ni x sbr nk baca next n3 nih... sure makin nakal kirin ni nyakat si zaim... hehehe...

slmt hari raya eila... akak dah beli BPMA dah... nice story... x de BPMA season 2 ke?

yunix77 said...

wah.....sweetnya
nak lagi

adakah kirin akan goda zaim lagi pasni?

Sogong said...

best la citer niem ..

x blh ker tls last eps0de ke .. x sempat nk beli la buku dye .. x de masa ...