Monday, July 20, 2009

2 X 5 Bab 4

“Aku rasa sejak seminggu yang lepas kau punya senyum meleret tu tak habis-habis lagi tau.” Tegur Fiqa ketika dia dan Syakirin sibuk memilih sayur untuk dijadikan stok makanan selama seminggu akan datang. Ini memang rutin wajib di pagi sabtu. Pagi-pagi akan bergerak ke pasar borong dekat Dengkil ini untuk membeli bahan makanan basah. Beli dekat pasar borong bolehlah dapat murah sikit. Nak jimatlah katankan. Jadi jangan ar jadi anak dara pemalas yang tau nak tapau nasik dekat luar ajer. Kenalah masak. Ringan-ringankan tulang tu. Syakirin yang masih tersenyum Fiqa pandang lagi. Angau melampau Syakirin ni bila dah berjumpa dengan buah hati merangkap kekasih-gelap-tak-ada-sorang-pun-tahunya itu. Timun yang sedang-sedang itu diambil lalu dikatuk pada tangan Syakirin yang sedang leka memilih sayur kangkung.
“Apa ni!!” Marah Syakirin. Apek jual sayur tu dah jelling semacam sebab budak ni nak main pukul-pukul pakai timun yang dia jual.
“Tokei kira ini.” Arah Syakirin pada apek jual sayur.
“Itu timun?” Apek jual sayur Tanya balik. Muka dia macam tak puas hati.
Hishh…”Yerla. Yerla. Kasi angkat. Kasi angkat.” Jawab Syakirin sambil meletakkan timun yang Fiqa gunakan untuk mengetuk tangannya tadi ke dalam bakul. Sambil-sambil tu sempat ajer dia mengajuk cara apek ni membebel sebab tak puas hati sayur timun dia ni dibuat main.
Selesai membayar harga semua sayur yang dibeli terus sahaja Syakirin berjalan meninggalkan Fiqa. Semua dah cukup dah tak ada apa yang nak dibeli terus ke keretalah jawabnya. Sementara menunggu Fiqa terkedek-kedek berjalan, Syakirin bersandar disebelah Kelisa bawah kuning atas hitam milik Fiqa itu.
“Kau apasal?” Fiqa menyiku Syakirin. Dia turut sama bersandar di tepi badan Kelisanya itu. Beg plastic yang sarat dengan bahan makanan basah diletakkan di bawah. Tangannya diberi regangan ringan untuk mengurangkan lenguh akibat membawa beg plastic yang boleh tahan beratnya ini.
Syakirin menoleh. “Tak ada apa-apa.” Dia cuba berselindung.
“Sengih sorang-sorang ni kau kata tak ada apa-apa.”
“Mana ada apa-apa.”
“Yerlah tu.”
“Fiq jom kita balik.”
“Selagi kau tak cerita dekat aku apa yang ada dalam kepala kau tu, selagi tu aku tak nak balik.” Fiqa memeluk tubuh. Buat-buat keras. Jadi macam batu.
Ek..eleh.. Main ugut-ugut pulak. “Jomlah balik Fiq. Aku nak qada tidur aku ni. Gila awal kau kejutkan aku pagi tadi.” Kata Syakirin. Mulut dia menguap luas cepat-cepat ditutup dengan tangan. Mata dah kuyu ajer ni. Stim semacam dah tak sabar nak panjat katil.
“Tak ada maknanya awal. Baik kau cerita dekat aku cepat.”
“Okey. Okey. Aku janji. Balik rumah nanti. Lepas aku bangun dari tidur balik nanti. Lepas kau dah siap masak semua nanti. Lepas kita habis makan nanti aku cerita.” Syakirin mengaku kalah. Dia angkat dua-dua belah tangan. Tak ker naya kalau datang angin Fiqa jadi batu terus menerus dekat sini. Aku mata betul dah tak boleh tahan dah ni. Silap hari bulan masuk dalam Kelisa comel ni terus ajer lebuh ke Bidor.
“Banyaklah kau semua benda aku kena buat. Jomlah.” Arah Fiqa. Beg plastic tadi dimasukkan ke dalam bonet sebelum mereka masuk ke dalam perut kereta.



“Kesan-kesan lukalah….Kesan-kesan lukalah..” Syakirin berkata sendiri dengan focus pada tapak-tapak yang salah di skrin televisyen. Epal hijau dicicah dalam garam pada piring kecil sebelum dibawa ke mulut.
“Kau ni kalau tengok tv tu tengok diam-diam boleh tak. Kalau pandai sangat kenapa tak kau ajer yang masuk.” Marah Fiqa. Epal hijau sebiji dia kokak penuh nikmat. Kirin ni menganggu kosentrasi orang nak menonton televisyen ajer.
“Aku kalau suara sedap dah lama aku masuk pertandingan ni tau.”
Fiqa ketawa kecil. Betul jugak tu. Buat hujan lebat ajer nanti kalau Kirin mula bukak suara ongkedekkedek dia tu. Hujan seminggu belum tentu boleh berhenti.
Mata Syakirin masih lagi setia di kaca tv. Fokus gila tu. Macamlah yang nak menang dua puluh lima ribu tu dia orangnya. Beberapa minit kemudian… Dia mengeluh kuat.
“Kan betul aku kata. Kesan-kesan luka. Punyalah terang-terangan Mila sebut perkataan tu peserta ni boleh salah nyanyi pulak. Gila terbang lima riban tu.” Panjang ajer mulut Syakirin menyebut tuuu.. Peserta dalam tv tu yang kalah dia pulak yang over mengeluh panjang.
“Musim ke tiga nanti aku rasa better kau pergi audition. Kut yer kau tu terror sangat nak menghafal lirik.” Perli Fiqa. Epal yang dah nak habis kena kokak itu dia letak di atas piring berisi garam halus.
Tamat JLL chanel tv dikalih pada siaran lain. hampa. Satu siaran pun tak kena dengan selera. Syakirin duduk mengadap cabinet tv. Mencari-cari dvd baru yang mana dia tak sempat nak tengok lagi. ‘Bride Wars’ lakonan Anne Hathway dan Kate Hudson dia ambil. File mini belum berkesempatan nak tengok lagi. Remote cotroller tv ditekan kepada fungsi video. Tray dvd player sudah terbuka. Kepingan dvd dimasukkan. Tutup kembali. Tunggu beberapa saat untuk cerita loading dan…layanzz…
Fiqa lepas habis makan epal sebiji dia bukak pulak kerepek ubi cap ‘Cikgu Hendon dan Suami’. Tengok dvd sambil mengunyah jajan memanglah best dan terlagi-lagi. Sementara menunggu gazet habis Syakirin ke dapur sekejap. Botol berisi Rebina yang sudah siap berbancuh dikeluarkan. Dua biji gelas yang tersangkut pada rak gelas diambil dan dibawa kedepan bersama-sama botol Rebina sejuk.
“Kirin…” Panggil Fiqa panjang.
“Apa dia?” Syakirin menjawab malas. Aku kalau dah mengadap dvd memang kosentrasi dua ratus peratus dekat situ ajerlah. Cakaplah apa pun memang tak akan ambil pusing.
“Aku dari tadi duk menunggu bila kau boleh bukak cerita yang buat kau senyum panjang tu.” Cucuk Fiqa. Kata Kirin lepas makan tengah hari baru dia nak bercerita. Ini dah sampai habis makan malam pun tak ada ura-ura nak updated stori ni yang tak boleh jadi.
Syakirin menoleh kea rah Fiqa sekilas. “Takkanlah time-time aku nak tengok dvd ni pun kau nak jugak aku cerita pasal benda tu. Postpone esok pagi ajer tak boleh ker. Lepas kau buatkan aku punya sarapan.” Selamba Syakirin berkata. Dia muka langsung tak rasa bersalah buat kawan sendiri macam orang gaji.
Kusyen yang melayang terkena pada kepala Syakirin. Tak agak-agak betul. Agak-agak Kirin ni nak kena kut dengan aku. Tadi kata lepas aku siapkan dia punya makan tengah hari. Aku ikut. Lepas tu beralih pula siapkan makan malam dia. taka pa. bertabah ajer. Aku ikut lagi. Ini dah nak terus menerus buatkan sarapan dia esok pagi dah masuk tahap melampaulah tu. Ingat aku ni Mak Jah ker. Suka-suka hati ajer.
Remote controller dvd player ditekan butang pause. Kat Hudson dengan Anne Hathway betul dah kena sumpah jadi batu. Syakirin pandang tepat muka Fiqa. “Aku rasa aku nak ikut cakap abah emak aku kali ini.” Katanya penuh yakin. Tak ada talian hayat buat masa sekarang pun tak apa. Memang dah habis tahap konfiden gila dah ni. confirm!!
Fiqa buat separuh muka pelik separuh muka tak faham. “Ikuta pa?” Dia bertanya.
“Kira on lah kahwin dengan Zaim.” Pengakuan berani mati dah terang-terang bagi Fiqa dengar. Tak salah terima lamaran orang depan rumah tu. Bukan tak kenal Pak Midi dengan Mak Ton satu family. Dah macam keluarga sendiri pun. Zaim tu pun memang dah berkenan dari kecil lagi. Kalau ikut frust dengan Zack tu tak ke mana. Katalah Zack tu dah berubah pun sungguh aku tak lalu nak balik pada dia semula. Itupun kalau Zack dapat petunjuk nak berubah. Tapi sampai sekarang tak ada sebarang tanda perubahan pun pada mamat sorang ni. baru dua hari lepas terserempak lagi dengan Zack masa tengah beratur panjang dekat mesen ATM Maybank. Kali ini Zack angkut perempuan tua. Sah itu lagi seorang janda kaya yang dia Berjaya jinakkan. Gelilah. Macam ubat batuk Cap Ibu dan Anak bila diperhatikan pasangan merpati dua sejoli ini.
Mata Fiqa sudah terbeliak. Sikit lagi ajer tu nak terkeluar dari soket dan tersembur keluar. “Betul ni Kirin?” Fiqa bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Syakirin mengangguk.
“Bukan minggu lepas kau kata kau tak sanggup ker nak berkahwin dengan Ahmad Zaim tu. Kenapa masuk minggu lain kata-kata kau tu dah berubah.” Tanya Fiqa lagi. Ini baru betul orang bilang ‘cakap tak serupa bikin’. Beriya-iya menidakkan perasaan hari ini dah lain jadinya.
Syakirin mempamerkan gigi sebaris yang cantik tersusun. Dalam masa seminggu ini dia sudah puas berfikir. Ini yang dia dapat putuskan. Ini yang dia dapat pastikan. Dia terima tanpa ada sikit pun rasa berbelah bahagi. Tekad sudah dihati. Pada emak dan abah dikampung telah dinyatakan yang dia sudah bersedia. Tetapkan sahaja tarikhnya. Dia bukan desperate hendak kahwin sangat pun. Tapi tak ada yang kurangnya pada lamaran orang dihadapan rumahnya itu. Apa salahnya diterima. Kecil tapak tangan, litar Sepang tempat F1 berlangsung hamba tadahkan. Yang kurangnya mungkin anak teruna dia orang itu ajer yang masih tak boleh nak melupakan bekas kekasihnya itu. Perkara kecil ajer tu. Dulu dia pernah ajer rela membiarkan Zaim bersama dengan perempuan yang Zaim suka. Dia pun nak buat bodoh boleh pulak terima Zack dalam hidup walaupun sebenarnya cinta itu sekelumit pun tak ada untuk lelaki itu. Tak ada yang lebih pun pada Sofea tu dengan dirinya. Kalau lebih pun mungkin ajerlah latar belakang pendidikan mereka tu ajerlah yang setara. Yang lain dia dan Sofea sama level. Banyak kelebihan jugak bila kahwin dengan jiran sendiri ni.

1. Jiran tu dah tentu-tentu kita kenal. Dah anggap macam saudara susah senang bersama dah pun. Insyaallah tak akan ada krisis latar belakang punyalah.

2. Kenduri sekali harung. Kenduri besar gitu walaupun tak adalah boleh challenge Wedding of TheYear macam Datuk Siti-Datuk K atau Mawi-Ikin tapi ‘Grand Sekampung’ tu haruslah. Bukan nak menunjuk tapi majlis sekali seumur hidup apa salahnyakan.

3. Best jugakkan kalau sekali balik kampong tu boleh merasa masakan dari air tangan mak sendiri dengan mak mertua dalam satu hari. Tengah hari makan rumah mak mertua. Malam makan dekat rumah mak sendiri. Kat mana nak dapat lagi tu kalau tak sebab rumah mak dengan mertua berdepan-depan.

4. Ini antara sebab yang penting dan boleh pakai dan tak mungkin ada yang berani nak sangkal lagi. Menguatkan point-point di atas tu. Kalau dah kahwin, tak payahlah terpaksa nak menempuhi fasa balik kampong ikut turn bila Hari Raya. Rumah dekat kan. Bahagia rumah tangga tak ada yang nak bermasam muka tang-tang nak dekat Raya. Bolehlah kasi meriah di pagi hari Raya hari yang mulia.

“Betul kau dah habis fikir ni Kirin?” Tanya Fiqa lagi. Dia susah nak percaya dalam sekelip mata Syakirin boleh mengubah fikirannya. Minggu lepas dia memang sokong habis kalau Kirin kahwin dengan Zaim. Masa tu dia bajet cerita antara Zaim dengan Sofea sudah jumpa jalan penamat. Sad ending. Masa tu pun ingat kalau buat sequal cerita baru, Nur Syakirin Abdul Majid jadi heroin harap akhirnya boleh jadi happy ending. Tapi tak sekarang ini. Tambah-tambah lagi Syakirin ada ajer mengatakan yang sehingga kini pun Zaim tu bukan boleh melupakan Sofea. Nak main dengan api ker Kirin ni. Soal nikah kahwin bukan boleh dibuat main-main. Janganlah nak samakan time main kahwin olok-olok masa kecik-kecik. Dia sayang Kirin. Dia tak mahu akhirnya nanti Kirin kecewa lagi. Sudahlah dulu agak frust menonggeng jugaklah member sorang ni bila sudah tersebar satu Chempaka Sari, Zaim buat skandal dengan budak Sri Kinta, walaupun tak pernah nak ditunjukkan secara terang-terangan.
“Sebab aku dah habis fikirlah aku berani cerita dekat kau.” Kata Syakirin bersahaja.
“Kahwin bukan benda main Kirin.”
“Siapa pulak yang nak main-main.”
“Zaim tu macam mana. Buatnya tiba-tiba Sofea tu muncul macam mana?”
“Tak ada yang macam mana. Hal Sofea kalau dia muncul nanti baru aku fikir apa nak buat. Sekarang ini kau kena tolong ajar aku macam mana caranya nak jadi isteri solehah ni. Aku semangat ni. Aura nak jadi pengantin baru.”
“Zack?” Kata-kata Syakirin tadi Fiqa buat tak dengar. Zack pulak yang dia pergi Tanya.
“Zack tu Zack lah.”
“Kira dah sembuh lukalah ni.”
“Bila masa aku terluka sebab dengan Zack.”
“Masa putus dulu. Menangis sampai kering air mata.”
Ketawa meletus. “Kau ingat aku betul-betul syok dekat Zack tu ker. Sorry la beb. Dia tu macam saja-saja ajer. Kau kawan aku. Aku rasa kau tau siapa sebenarnya yang aku suka. kes aku menangis sampai kering air mata dulu tu bukan apa. Aku menangis sebab aku clash dengan Zack sebelum sempat dia nak bayar komisen sepuluh orang client yang aku rekemen beli insurans dekat dia.”
“Kau ni gila punya mata RM sungguh. Hutang duit yang kau nangiskan.” Fiqa turut sama ketawa. Iya-iya ajer aku ingat budak ni frust sebab putus cinta rupanya. “Hutang perasaan tak ada ker?” Pancing Fiqa lagi.
“Sikitlah. Aku sayang jugak Zack tu. Tapi tak tau nak describe sayang lagu mana”
“Habis yang kau mengamuk sakan masa putus dulu tu apa.” Fiqa masih mahu menggali sedalam boleh apa sebenarnya yang dirasakan oleh temannya itu.
Lagi galak Syakirin ketawa. “Yang mengamuk dulu tu sebab terlebih emosi. Aku rasa macam tu aku tak dapat terima kenyataan kut kenapa aku yang agak-agak vogue da vass ni boleh tertewas di tangan perempuan-perempuan tua dengan lelaki-lelaki tua tu.” Mata Syakirin berair sebab ketawa tidak berhenti. Tercabar beb sebab kalah dengan saingan standard umur mak abah sendiri. Umur mak tu kira ada ampunnya. Ni kes umur abah ni saper nak jawab. Betul dunia nak dekat kiamat.
Fiqa menggeleng perlahan. Itu macam punya feeling pun ada ker.
“Tapi kalau kau nak tahu Fiq, seumur hidup aku pernah ar sekali aku gila frust menonggeng.”
“Aku tau.”
“Kau tau?”
Fiqa sekadar menarik senyum segaris. “Kalau pun masa kau frust menonggeng dulu tu kau tak nak kongsi dengan aku, aku dah tau. Aku kan ker kawan kau.” Fiqa menaikan kening.
Kusyen kecil Syakirin bawa ke muka. Cover malu. Aiyoo.. Malu gila tu. Fiqa boleh baca apa yang dia rasa saat tu. Malu gila sebab saat tu makan minum emak abah masih tanggung dah pandai nak bercinta-cinta sampai frust macam tu sekali. “Fiq aku nak peluk kau.” Syakirin berkata dari balik kusyen kecil.
“Yerlah. Tu ajerlah modal kau.” Kata Fiqa.
Dapat kebenaran terus ajer kusyen kecil dicampak ketepi. Fiqa dipeluk erat. Fiqa memang sahabat sejati. Benda yang tak bagi tau pun dia boleh tahu. Love you babe.

4 comments:

Anonymous said...

yea..
org 1st coment.....
bes citer ni.
smbung cpt
nk lg
nk lg

nacha said...

kopak-kopak, gubung-gubung.. hehehe.. dah terdengar bunyi pukulan kompang la. semoga hasrat Kirin nak kawin dgn Zaim akan terlaksana. amin...

keSENGALan teserlah.. said...

hahaa..
hope si zaim pon setuju..
hihi..
smbung2..

MaY_LiN said...

alololo...akhirnye..