Tuesday, October 26, 2010

Calon Jodoh Untuk Adik 1

Aku berjalan menonong masuk ke dalam bank. Keadaan lengang sedikit. Mungkin sudah merapati waktu rehat maka orang ramai lebih menumpukan perhatian pada gerai-gerai makan daripada berurusan di bank. Makan lebih penting kan?
Semua kakitangan di dalam pejabat ini memandang aku pelik. Aku buat tidak tahu. Janji aku masih ada sebatang hidung yang masih tegak di tengah muka dan bukan dah berganti dengan belalai gajah. Aku datang ke sini semata nak berjumpa pegawai yang bernama Khairil Izlan itu. Ada benda aku nak buat perhitungan dengannya. Yang pastinya bukan soal loan peribadi yang ingin dibincangkan oleh pegawai bank tersebut.
“Khairil Izlan ada?” Aku bertanya pada juruwang di kaunter nombor 1 yang kosong.
“Cik nak berjumpa dengan Encik Khairil untuk apa ya. Berkenaan pinjaman atau….”
“Saya kawan lama Khairil Izlan. Kami satu sekolah. Saya nak berjumpa dengan dia.” Aku laju memotong.
Juruwang yang memakai tag nama Hazean itu mengangguk-angguk. “Eh. Itu dia Encik Khairil Izlan.” Juruwang itu menunjuk ke arah seorang lelaki yang kemas berkemeja lengan panjang dan tali leher menjerut di leher.
Juruwang tersebut ku lihat pergi ke arah lelaki itu. “Encik Khairil. Kawan lama Encik nak jumpa. Katanya satu sekolah.” Beritahu Hazean kepada ketuanya. Telunjuknya menunjuk ke arah seorang gadis bertocang kuda yang agak serabai sedikit penampilannya.
Aku memandang sahaja lelaki itu dari jauh. Dan lelaki itu turut sama memandangku. Aku rasa sekarang dia sedang meneliti penampilan diriku. Aku agaklah. Biasa kalau ada orang memandangku dengan pandangan tidak berkelip adalah kerana mereka begitu kagum dengan mataku yang kuhiasi kelilingnya dengan celak berwarna hitam.
Khairil Izlan merapati ‘kawan lama’nya itu. Ah sejak bila pula disekolahnya punya pelajar perempuan. Setahunya MCKK semuanya lelaki. Mungkin juga ada antara rakan sekolah yang mengalami krisis gender. Barangkali.
“Hai..” Khairil menegur. Mesra.
Aku merenung tajam lelaki itu. “Jadi ini Khairil Izlan.” Bibirku menutur nama lelaki yang sudah berdiri dihadapanku.
Dia sekadar mengangguk sebelum menjawab. “Ya. And you?” Jawabnya ringkas dan bertanyaku dengan mesra.
“Sa…”
Baru sahaja aku mahu membuka mulut dia lebih cepat mencelah.
“Lunch hour. Apa kata kita pergi makan bersama.” Pelawa Khairil. Sesungguhnya mendengar suara lunak itu membuatkannya yakin yang ini perempuan tulen. Bukan luaran nampak macam Madhuri Dixit tetapi bila bercakap keluar suara garau yang parau.
Aku menimbang. Aku lihat jam ditangan. Memang waktu makan tengahari. Dahiku berkerut untuk menerima pelawaan lelaki ini. Akan tetapi masakan aku perlu membincangkan soal peribadi di tengah-tengah Maybank. Aku mengangguk jua. Mengikut lelaki itu pergi ke kedai mamak yang sederet dengan Maybank ini. Gerai mamak yang terletak di hujung sekali. Hanya selang 4 lot kedai sahaja.
“Saya ada perkara nak bercakap dengan awak.” Aku memulakan sebaik selesai mengambil pesanan dari mamat Indonesia yang mukanya sipi-sipi menyerupai actor seberang bernama Dude Herlino. Ohh. Pelik sebentar aku. Seorang Indonesia bekerja di kedai mamak. Pelik. Pertama kali aku berjumpa. Jika ku khabarkan pada teman serumahku yang sangat fanatic dengan pelakon itu, pasti hari-hari aku diajak makan ke sini. Percayalah. Kerana ianya benar.
“Berkenaan dengan loan ker?” Khairil bertanya. Tali leher yang menjerut di leher dileraikan longgar.
Aku focus kembali tentang tujuan asalku ke sini. Khairil aku pandang. Aku ke sini untuk membincangkan berkenaan hal aku, dia, Azizi dan dot-dot-dot (aku telah berjanji dengan diriku yang aku sudah tidak mahu menyebut nama yang terakhir itu). Bukannya mahu memancing Dude Herlino itu. Oh.. Sungguh mataku tidak berkelip memandang lagi muka jejaka Indonesia itu ketika dia menghantar the tarik dan Nescafe ais di meja sebelah kami. Aku jakun!! Arissa!! Sungguh tasteless!!
“Apa semua orang yang nak berjumpa dengan awak mahu membincangkan soal pinjaman ker?” Aku menyoal dia kembali. Tadi juga juruwang bertanya hal yang sama.
“Secara kebetulan, bank kami sekarang membuat promosi untuk kakitangan kerajaan. Jika buat pinjaman peribadi rm10k dank e atas interestnya akan jadi rendah. Tapi kena buat minimum 10 tahun.” Khairil memberi penerangan.
Aku garu tepi telinga apabila mendengar penerangan yang aku tidak pinta.
“Minta maaf lah Encik Khairil. Buat masa sekarang saya belum berminat untuk membuat sebarang bentuk pinjaman dengan bank tempat awak berkerja. Saya penganggur bukan kakitangan kerajaan. Payslip pun tiada, pasti belum apa-apa borang saya itu akan dibuang ke dalam tong sampah. Saya nak bincangkan soal lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan urusan bank.” Kataku.
Sekali lagi fokusku hilang apabila Dude Herlino itu menghantar pesanan kami pula. Aduh!! Benaran!! Dia benar-benar mirip Dude Herlino. Suhaila tidak patut tahu daya penarik yang ada di kedai mamak ini. Aku tak lalu jika diajak makan kedai mamak hari-hari. Mulut, tolong jangan bukak cerita apabila pulang ke rumah nanti. Aku berpesan pada mulutkan yang kadang-kadang terlalu lancang untuk bercerita. Tambah-tambah dengan cerita sensasi yang membuatkan aku teruja untuk ku khabarkan pada seluruh dunia.
“Soal lain? Soal apa?” Khairil bertanya dengan ketawa kecil. Dia rasa si gadis yang tidak tahu apa namanya ini sedang mahu mengorat dia.
Aku menaikkan kening apabila melihat Khairil sedang enak tertawa tanpa tahu apa sebab musababnya. Hairan aku. Dia ini manusia spesies apa. Datangnya dari planet mana. Aku sendiri hidup tidak keruan dia boleh pula bersenang lenang sambil makan meggi goreng bersama telur gegar dengan lahapnya.
Lantas aku keluarkan sekeping kad dari dalam beg sandangku. Kad yang penuh dengan kesan renyuk seperti mana renyuknya hatiku saat membaca isi kandungan kad tersebut. Kad itu aku lempar di depan Khairil yang rakus pula meneguk teh tarik yang berasap. Ok. Aku hairan lagi. Lidah dia spesies lidah biawak apa. Tahan panas. Tidak melecur meneguk teh tarik dengan cara begitu. Huhh!!
“What is this?” Tanya Khairil yang masih bersahaja.
Aku ternganga. Dia ini sedang berlagak macho atau memang jenis manusia tidak punya perasaan. Terfikir-fikir aku sendiri.
“Encik Khairil, cuba baca siapa nama pengantin perempuan yang tertulis pada kad itu.” Aku memintanya membaca nama yang ada di atas kad berwarna keemasan itu.
Aku mendengar dia membaca perlahan. Tapi wajahnya tetap beriak selamba.
“Encik Khairil, ini kan kekasih awak.” Aku cuba memberitahu kebenaran yang memang sudah jelas di depan mata kepadanya.
“Owhh… Kami sudah putus sebulan yang lepas. Jadi secara automatic dia adalah bekas kekasih saya.” Jawab Kharil mudah.
“Okey. Sebulan yang lepas dia kekasih awak. Takkan awak tak rasa apa-apa bila selepas sebulan menjadi bekas kekasih awak, sekarang ini dia sudah mahu berkahwin dengan lelaki lain.” Aku benar tidak tahu apa benda yang aku katakan ini. Tapi aku harap dia faham.
Khairil mngerut dahi. “Cik ni siapa. Sudahlah datang macam mahu menyerang. Sekarang mahu menyoal selidik saya. Agen FBI ke cik ini.”
Aku membulatkan mata. Jika niat lelaki ini untuk bercanda, minta maaf banyak-banyak kerana sejak aku putus dengan Azizi dengan siapa-siapa pun aku sudah hilang mood mahu bergurau senda. Suhaila sendiri sudah merungut kerana sudah lama tidak mendengar lawak bodohku yang bisa membuatkan rumah sewa kami itu menjadi gamat. Ya, sebelum ini aku memang juara dalam bab bergurau senda dan menjadi makcik lawak walaupun aku tidak dapat meneruskan ujibakat RL kerana sewaktu itu aku kelu tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat Afdlin Shouki yang kelihatan besarnya berganda dari dalam televisyen.
“Buat pengetahuan awak, saya adalah bekas kekasih bakal pengantin lelaki yang dalam kad tu.” Aku berkata geram.
“Owhh..” Khairil mengangguk-angguk. “Syed Azizi?” Dia menyoal. Kad tadi di lempar lembut ke arahku semula. “So…” Katanya lagi.
“Encik Khairil, sebab awak tak pandai nak menjaga kekasih awak dulu tu lah kekasih awak tu boleh mencaras boyfriend saya.” Kataku kasar. Kad itu aku ambil dan memasukkannya ke dalam beg.
Wajah Khairil berkerut. Cuba menafsir maksud gadis ini. “Maksud awak tu apa?”
Aku tepuk dahi. “Awak ni kan nak kata bengap tapi jawatan tinggi dekat dalam bank tu. Takkan awak tak faham. Kalau awak jaga gf awak dulu tu baik-baik pastilah dia tidak akan menggatal dengan bf saya.” Kataku keras tapi masih bernada terkawal. Sebagai seorang yang berpenampilan rock sepertiku ini aku harus bijak mengawal rasa marahku. Aku tidak mahu kerana bercelak tebal atas bawah alis mata orang-orang di dalam kedai mamak ini menganggap ianya cukup sinonim dengan sikap panas baran selain dari berperangai setan.
“Excuse me cik adik. Awak nak menyalahkan saya pulak. Awak tu pandai ker menjaga bekas boyfriend awak dulu tu. Kalau awak pandai jaga tak adalah sampai dia tinggalkan awak.” Kata Khairil cuba membalas kenyataan yang dikeluarkan si gadis bermata hitam ini tadi.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku sudah cukup menjaga perhubunganku dengan Azizi semasa kami masih berstatus pasangan kekasih tetapi awek dia tu yang memang menggatal. Aku terdengar dia ketawa. Ketawanya itu penuh dengan nada sindiran kerana telah membuat aku terdiam tidak menjawab. Ketawanya itu juga telah berjaya menaikkan rasa panasku. Untuk mengelakkan aku melakukan sesuatu yang bodoh dan memalukan diri sendiri aku bangun. Beg sandangku ku sangkut semula ke bahu. Aku berlalu pergi meninggalkan lelaki ini yang masih lagi ketawa. Terasa aku buat kerja bodoh dengan menemuinya hari ini. Patutlah aweknya dahulu pergi meninggalkannya dan mendapatkan lelaki lain. Jika aku pun pasti aku lakukan perkara yang sama. Bezanya aku tidak akan sesekali mencaras boyfiriend teman baikku sendiri. Tapi, Fazura, tega melakukannya walaupun tahu aku sahabatnya.



Projek baru. Layanlah kau kala bosan. :)

luvs,
eila

8 comments:

nadia said...

cerita k.iela semua best apa. baca mukhadimah pun dh best. tp kan kak..rindu kat ilham & yana la. tak nk smbung dh ke citer tu? huhuhu....

Unknown said...

wah! cite bru..best ni...mau yg selanjutnye..*tamak* muehehe...em..tp stil rndu yana n de bos lg..:)

MaY_LiN said...

ooo..cite br ya..
nak agi..

nacha said...

Dude Herlino sudah muncul. Baim Wong bila pulak?? hehehe..

Anonymous said...

something different..... ada ker orang buat mcm arisa buat didlm alam reality??? selamba badak punya action.....lol.

good start..... caiyok caiyok.....

Unknown said...

intro dah bes nie..suka baca..

Anonymous said...

knp x bleh nk klip pada bab utk calon jodoh untuk adik yeah?

Nur Fida said...

Saya dah beli n bace citer ni..best sgt3...really love the way u write the story...excited nk tunggu da next novel..