Tuesday, July 14, 2009

2 X 5 Bab 2

Syakirin memandu laju Satria Neonya itu merentas lebuh raya utara selatan. Kepala dia picit-picitkan sedikit dengan tangan kanan yang ditopangkan pada tingkap kereta. Tangan kiri masih lagi setia memegang stereng kereta. Dia sebenarnya bukan pening tapi lebih kepada sakit kepala dibuat dengan abah. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Seketika kemudian dia menukar posisi tangan yang memegang stereng. Tangan kirinya mencari-cari cd lagu yang boleh dimainkan disaat kepala tengah serabut nak memikirkan apa lagi yang bakal terjadi selepas ini. Cd mengandungi lagu campur-campur yang diburn oleh Fiqa temannya itu dia pasangkan. Kuat-kuat. Bergegar Neo maroon 1.6 ini dibuatnya.
Dalam hingar bunyi lagu yang membingitkan telinga itu terdengar kuat Syakirin mendengus geram. Betullah apa ajer yang aku cakapkan sekarang ini sorang pun takkan ambil peduli. Tak akan ada yang nak ambil kisah. Emak dah senyap ajer. Abang lagilah memang tak akan masuk campur punya. Amir pulak budak bawah umur yang tak patut nak diajak involved sekali memandangkan dia tu pun masih dibawah tanggunggan emak dan abah. Syakirin mengomel sendiri. Lagu di radio dia buat macam tak dengar ajer.
Untuk kesekian kalinya Syakirin menghela nafas lemah. Hal abah malam semalam buat dia sudah tidak betah lagi nak duduk di kampong lama-lama walaupun cutinya masih berbaki dua hari lagi. Abah sudahlah jelas memaksa, siap bagi ugutan pulak tu. Kalau dia ingkar atas arahan abah, dia bukan anak abah. Ya ampun. Sampai ke situ sekali abah boleh cakap. Macamlah abah ada anak perempuan lain lagi selain daripada dia seorang ini. Dia inilah satu-satunya anak perempuan tengah yang abah dan emak ada. Malam tadi juga, buat pertama kali dalam sejarah dia memberanikan diri menelefon anak orang depan rumah tu. Zaim macam terkejut beruk ajer bila dapat tahu yang bercakap dengannya malam tadi anak jirannya sendiri merangkap bakal bini yang entahkan jadi entahkan tidak tu. Tapi apa yang pasti memang dia tersenyum panjang bila habis bercakap dengan Zaim di dalam telefon malam tadi. Bukannya apa pun terasa kecilnya dunia. Lelaki ini tidaklah jauh mana perginya. Dekat ajer. Dia tinggal menyewa di Serdang. Lelaki ini rupanya tinggal di Bangi ajer. Walaweii…dekat sesangat dah tu.
Malam tadi juga dia dan Zaim sudah puas berbincang. Tapi orang kata berbincang dalam telefon pun bukannya boleh nak selesaikan masalah. Tak bawak ke mana pun. Buat habis kredit ajer. Tak pun meningkatkan bil. Akhirnya dia dan Zaim ambil kata sepakat untuk berjumpa esok hari sahaja. Bersepakat membawa berkat. Tempat dah set. Dekat food court Rasa Alamanda. Situ paling sesuai. Tempat tengah-tengah. Tidak menghala ke Bangi yang lebih pun tak jugak berat ke Serdang yang lebih. Anggap ajer hal ini bakal diselesaikan bila mana Zaim pun dah bersedia untuk membincangkan hal ini dengan seriusnya esok hari. Lagi satu hal, macam mana nak bagi tahu Fiqa akan perkara ini. Adoyai.. Boleh baca macam mana riak muka Fiqa bila disampaikan cerita ini sekejap lagi bila sampai di rumah. Fiqa kenal ajer Zaim tu. Mana tidaknya, kita orang satu sekolah rendah. Dan nak ikutkan apa ajer rahsia hati semua Fiqa tahu. Fiqa tu sahabat yang paling dipercayai. Fiqa tu penasihat kiri kanan depan belakang. Fiqa tu merangkap juga pembantu peribadi.
Neo maroon yang dipandu dibelok ke kiri simpang dan masuk ke dalam kawasan rumah pangsa lima tingkat di belakang Minlon ini. Rumah pangsa yang memang dah season ajer rupanya ni. Ikutkan Syakirin dengan Fiqa tak pernah memilih nak duduk dekat mana. Tak ada hal. Asalkan bukan rumah setinggan. Sini murah kira okeylah tu walaupun dinding dah berkulat. Tak apa, rumah kita orang luar nampak memang macam flet kos rendah, tapi kat dalam macam kondo tu. Kondo pun tak macam rumah kita orang.
Syakirin menapak perlahan-lahan mendaki anak tangga satu persatu. Ini ajerlah yang paling tak tahan. Nasib rumah tingkat dua ajer. Nasib jugaklah dekat sini rumah pangsa dia hanya lima tingkat. Dibuatnya lapan belas tingkat. Dibuatnya lif rosak. Tak ker jenuh nak memanjat anak tangga.
Sampai dimuka pintu rumah, Syakirin membuka kunci mangga besar di pintu jeriji besi. Di sini tempat orang-orang antarabangsa jugak tinggal. Lebih kurang macam dekat Flat Hijau, Pricint 9 tu jugaklah. Walaupun bukan terletak di Bukit Antarabangsa tapi jolokan flat antarabangsa yang orang-orang di sini berikan memang kena dan tepat sekali. Ada dari Nepal, Madras, Indonesia, Bangladesh. Fuhhh.. Macam chanel Astro jugak. Macam-macam ada. Dekat Bukit Antarabangsa tu pun belum tentu ada golongan international macam dekat sini tau. Apa yang pasti memang kena berhati-hati. Tengok ajer Fiqa beli mangga besar gedabak ni pun dah boleh bajet tahap penjagaan keselamatan di sini.
Buka sahaja mangga dari pintu jeriji besi ini cepat-cepat Syakirin menguncinya semula. Dia memang takut kalau sorang-sorang macam ni. Sudahlah hari pun tenang ajer. Bukan nak berprasangka tapi tak salah kalau berhati-hati. Pintu rumah dia dibuka dan segera memboloskan badan ke dalam rumah.
Arrgghhhh!!!! Syakirin menjerit apabila melihat ada orang di dalam rumah.
“Kau ni Kirin nampak aku macam nampak pontianak tau tak.” Gumam Fiqa geram. Yer pun. Kirin punya suara tadi boleh buat bergegar rumah flat yang dah masuk umur orang pencen ni.
Melihat muka Fiqa yang sudah mencuka itu membuatkan Syakirin ketawa mengekek. Apahal lah kawan aku sorang ni. Menggeleng perlahan Syakirin melihat transformasi perubahan pada diri Fiqa. Baru empat hari dia tiada di rumah Fiqa sudah berubah sampai begini sekali. Mana tak terkejut, hari tu rambut memang hitam. Gaya Melayu habis. Hari ini mak oii.. macam kena paku karat. Very stylo. Tapi warnanya tu macam ada yang tak kena. Apasal tak rata. Nak kata highlight. Tu bukan.
Fiqa memandang Syakirin dengan geram. Aku memang pantang kalau ada yang ketawakan aku pasal rambut baru aku ini. sebab rambut baru inilah dah dua hari aku ambil EL. Malu punya pasal akibat tersalah teknik menggunakan pewarna rambut. Cubalah kalau aku tak termakan hasutan Jess minggu lepas pasti rambut aku tak jadi macam ni.
“Boleh aku tau saloon mana yang buat rambut kau jadi macam ni.” Tanya Syakirin bersama tawa yang masih lagi bersisa. Betul tak tahan tengok rambut baru Fiqa ni. Macam balung ayam pun ada.
“Aku buat sendirilah.” Bagitahu Fiqa rendah. Cermin yang dari dua hari lepas berada di atas sofa dia capai. Memang sejak dua hari lepas jugaklah dia sibuk membelek rambut yang dah macam badut ajer tu. Adoiii.. Apa aku nak buat ni.
Refleks tangan dibawa ke mulut. Sedaya upaya Syakirin melepaskan tawanya dibalik tangan yang kena pekup itu. Patutlah pun. Buat sendiri siapa suruh. Patutnya pergi ajerlah dekat salon Hairven Alamanda tu. Macam tak tau Kak Amy yang kerja dekat situ sangat pro dalam mewarna, meng’highligth’ dan memotong rambut orang.
“Apasalah kau tak pergi ke Hairven ajer.” Kata Syakirin lagi sambil menggeleng kepala. Dia bangun. rambut Fiqa dia selak-selak. Alah.. tak adalah terus sangat pun.
“Aku bukan tak nak ke sana. Kau pun tau kan. Ini first time aku nak warnakan rambut. Lagipun kat sana tu aku tak tau diorang pakai pewarna apa. Yang ini aku pakai inai yang aku beli dekat jalan TAR tu. Halal. Boleh bawak sembahyang.” Ujar Fiqa. Dia membiarkan Syakirin membelek-belek rambut barunya itu.
Syakirin mengerutkan dahi. “Yerker inai. Aku tengok karat semacam ajer ni. Jangan nak tipu akulah Fiq. Macam aku tak tau nak bezakan inai dengan betul-betul pewarna rambut.”
Fiqa tersengih malu. Kantoi. “Alah memanglah. Tapi kau jangan risau. Benda ni halal.” Kata Fiqa yakin.
Syakirin menjongket bahu. Dia pun tak berani nak jamin yang pewarna rambut yang ada dipasaran tu halal ke tidak. Dia mana tahu sebab dia tak minat langsung nak menukar warna rambut yang dah semulajadi berwarna hitam ini. biarlah. Dia suka. Nicole Prescovia Elikolani Valiente Scherzinger pun rambut hitam menawan macam iklan syampu Clear. Dia bukan pan Asian yang nak rambut berwarna perang. Perang macam mana pun dia tetap Melayu tulin. Takkanlah belacan nak jadi keju pulak. Dan nak cakap lebih-lebih pasal hukum mewarnakan rambut yang macam Fiqa buat ni…errmm… susah nak cakap sebab dia pun bukanya terror sangat pun nak cakap soal agama. Yang basic-basic tu taulah. Dia ni pun tudung tetap jugak terbang entah ke mana. Pakai tudung masa di sekolah ajerlah. Itupun sebab sebahagian dari peraturan. Kalau tidak memang lebuh. Sekarang ni kalau nak balik kampong ajer baru bertudung litup. Nak kena parang dengan abah kalau balik rambut mengerbang macam hantu langsuir tu. Jangan dibuat dengan abah. Pantang sungguh anak dara yang sorang ni buat perangai macam ni. tapi sekerat jalan nak balik ke KL tudung memang terbanglah. Susahnya hidup jadi orang hipokrit dan plastic semata-matanya ini. Abah dan emak tak pernah tahu semua ini. Maklumlah abah dan emak pun bukannya pernah nak datang melawat dia yang tinggal di sini. So buat ajerlah apa yang dia suka. Tak ada siapa yang nak pantau pun. Janji tak buat yang bukan-bukan. Pernah ajer dulu-dulu masa The Castle tengah bukak dekat Bangsar pergi mencucuk langit di situ. Adalah dua tiga kali masuk. Konon nak merasa keadaan malam minggu dipusat hiburan itu yang selalu sangat dikatakan happening. Tapi memang tempat tu tak kena dengan taste lah. baik taste dia ataupun Fiqa. Sesak dan menyakitkan telinga. Sakit mata jugak. Nak dijadikan cerita jugak kat The Castle tu lah dia berjumpa dengan Megat Zakuan. Patutlah hubungan tak berpanjangan. Dah berjumpa pun dekat tempat macam tu. Jadi sendiri mahu ingat. Lu pikirlah sendiri.
“Eh… Kata balik hari Rabu.” Kata Fiqa tiba-tiba. Cermin yang digunakan untuk membelek rambutnya itu dia letak kembali ke atas sofa. Pelik. Diberitahu hari itu katanya Kirin nak balik bercuti. Katanya bercuti sakan. Sombong sangat. Beriya-iya keluar dari bilik bos dengan hidung kembang ajer sebab cuti seminggunya itu sudah diluluskan. Hari ini, rasanya baru tiga hari bercuti, teman yang seorang ini dah kembali ke sarang apa hal.
Syakirin melepaskan keluhannya. “Aku ada besar punya masalah.” Jawab dia datar.
Giliran Fiqa pula ketawa. Alah.. Macam tak kenal budak seorang ini. Lampu rumah tak boleh menyala pun dia kata masalah besar jugak. “Apa masalah yang besar sangat tu. Aku tengok iya-iya ajer dahi tu berkerut. Masalah Negara ker.” Tanya Fiqa lagi.
“Lebih kurang gitulah.”
Fiqa laju menaikan kaki ke atas sofa. Dia duduk mengadap Syakirin. Bunyi macam cerita best ni. lagi-lagi cerita dari kampong. Dah lama jugak tak updated stori orang kampong. Akak suker.. Akak suker…
Syakirin memandang wajah Fiqa yang bertabah ajer tu nak tahu apa masalah dia ini. Fiq…Fiq… Kau dari sekolah sampai sekarang pantang kalau aku cakap ada cerita baru memang automatic terus jadi macam ni. excited semacam. “Abah aku paksa aku kahwin.” Jawab Syakirin lemah.
“What!!!” Fiqa separuh menjerit. Whaooo… Biar betul apa yang aku dengar ini. Aku yang sound trouble atau Kirin yang tersalah cakap.
“Fiq kau boleh tak jangan nak jerit kuat-kuat macam tu. Aku belum pekak lagi.”
“Abah kau paksa kau kawin?” Tanya Fiqa seakan tidak percaya.
Syakirin mengangguk lemah. “Haah!!”
“Habis kau terima.”
Syakirin angguk lagi.
Syakirin membuntangkan biji mata. “Babe apahal ini. Dulu kata lain. sekarang lain pulak jadinya. Kata dulu tak mainlah kahwin-kahwin orang tua yang tentukan. Kata nak pilih sendiri.” Kata Fiqa mengingatkan Kirin pada apa yang pernah dikatakan dulu.
“tu aku taulah. Tapi aku dah tak ada pilihan lain. kau tau abah aku kalau bercakap macam mana kan.”
Fiqa menaikkan mata ke atas. Yerlah. Faham sangat dengan Pak Majid tu. Dia pun bukannya berani sangat dengan abah Kirin yang garang semacam tu. Mengerikan…
“Habis saper calon yang abah kau berkenankan tu.”
“Ahmad Zaim.”
Ngehhh… Mulut Fiqa sudah terbuka luas.




“Nah!!” Fiqa menghulurkan dompet Syakirin yang tertinggal di dalam kelas. Bibirnya mengukir sengih nakal.
“Ini apahal sengih semacam ajer ni.” Tanya Syakirin lagi. Majalah Galaxie yang baru dibeli di Bright n Nobel semalam selamat diseludup masuk ke sekolah. Selamba ajer dia baca Galaxie tepi padang ini macamlah ini bukan benda salah. Kalau baca novel cinta pun adalah ampunnya juga. Ini baca Galaxie yang terang-terangan setiap muka surat ada gambar sexies dia bukak. Ini kalau terkantoi dengan pengawas memang sah bungkus macam nasi lemaklah jawabnya. Tapi tak ada hal. Bilik disiplin tu dah macam rumah ke dua. Cikgu disiplin tu dah macam bapak angkat pun yer. Ingat dekat rumah ada masa ke nak baca benda-benda ini semua. Tak ada maknanya. Ingat abah nak bagi ker tengok benda-benda yang merosakkan kepala otak ni. itu difinisi abah. Pada dia, alah sebulan sekali nak baca majalah buat release tension lepas baca buku ilmiah pun salah ker. Abah tu memanglah. Semua tak kena. Semuanya salah. Rumah tu dibuat macam kem PLKN ajer. Semuanya kena ikut peraturan. Abah tu macam Mejar Bersara ajer padahal abah pegawai gomen dekat pejabat tanah negeri ajer. Sangat dictator cara mendidik anak-anak. Tak lalu!!!
Fiqa sengih tak habis. Dia senyum penuh makna.
Pappp!!! Peha Fiqa kena pukul dengan Galaxie di tangan.
“Apahal kau. Tersengih macam kerang busuk.”
Fiqa sengih lagi.
Syakirin menggeleng perlahan. masuk air member sorang ni agaknya. Apa teringin sangat ker nak masuk Tanjung Rambutan sengih-sengih sorang-sorang macam tu. Fiqa dibiarkan sahaja. letih nak melayan Fiqa ni.
“Kau Kirin tak patut.” Kata Fiqa rendah. Senyumannya masih setia lagi dibibir.
“Apa yang tiba-tiba tak patutnya?” Tanya Syakirin tanpa mengangkat wajah. Matanya masih ralit membaca gossip-gossip terkini persada hiburan antarabangsa. Gaya baca macamlah ini yang akan ditanya dalam PMR nanti. Lalalala…
Lagi mahu tanya. “Apa makna kau simpan gambar Zaim dalam purse kau tu Kirin.” Tanya Fiqa straight to the point. Mukadimah panjang berjela siap sengih menyindir pun Syakirin bukannya boleh faham. Pending lama sangat. Terus terang ajerlah jawabnya.
Cepat Syakirin menoleh lipat maut. Matanya bulat. Cesss!! Sangat pantang bila barang peribadi orang selongkar tanpa izin. Tak tau ker apa-apa benda dalam purse seseorang itu termasuk dalam perkara privasi. Fiqa macam budak tak pergi sekolah main belasah ajer bukak purse orang. “Sejak bila kau pandai bukak purse aku ni.” Tanya Syakirin geram. Dia sudah menjeling tajam.
Sengih Fiqa terus mati bila sudah kena jelingan itu. tajam. Kalau tak pandai nak betulkan keadaan, tak mustahil dalam masa lima minit dari sekarang Kirin boleh jadi Incredible Hulk.
“aku tak….tak….tak sengaja.” Beritahu Fiqa gagap. Memanglah pun. Tadi purse Syakirin ni terjatuh. Terus terbukak. Isi dalam terkeluar. Macam-macam khazanah. Kad-kad nama kawana-kawan Syakirin yang ada macam-macam gambar itu habis berterabur. gilalah. Budak sekolah dah pandai buat name kad. Name card tu pulak macam-macam fesyen gambarnya. Ada Hello Kitty, Doraemon, Siti Nurhaliza dan macam-macam lagilah. Paling tak tahan, gambar Shah Rukh Khan pun ada jugak. Dalam sibuk nak menyusun semula ianya didalam purse Syakirin mata terpandangkan pada sekeping gambar yang memang dia kenal sangat orang dalam gambar itu. apa maknanya letak gambar jiran depan rumah dalam purse sendiri. itu yang timbul tanda tanya. Tanda soalan pun besar dah terpacak dalam kepala. Bila buat kesimpulan sendiri mulalah fikir yang maknanya tuttt…. Buat-buat faham sendiri.
Syakirin membuka kasar dompet duitnya. Kureng betul Fiqa ni. memandai ajer dia. Syakirin membelek satu persatu kad nama di dalam dompet duitnya. Betul dah tau nak cover malu macam mana dah ni. selama ini apa yang dia rasa dia simpan sendiri. mana pernah nak sharing benda-benda ni semua dengan orang lain hatta dengan Fiqa sekalipun. Malulah nak mengaku yang dia ni admire dengan anak jiran depan rumah tu sejak dari sekolah rendah lagi. Dia diam ajer. Lagipun Zaim tu anggap dia ni macam adik ajer. Tak pun Zaim anggap dia ni sekadar teman untuk main aci jengkek, main guli, main getah zero-point ajer kut. Dia ni yang melebih-lebih sampai boleh terbawak-bawak macamlah diri tu dah besar sangat sampai sudah pandai nak simpan pada anak teruna orang.
“Fiq kau janji dengan aku ini rahsia kita ajer tau.” Pesan Syakirin.
“Laa… Asal kau tak bagi tahu Zaim tu.”
“Eh.. Kau ni dah gila ker. Nak bagi tujuh keturunan aku malu ker. Dia kan ker dah ada Sofia budak RPS tu. Lagipun dia kan ker nak flight pergi oversea dah. Mananya nak layan budak kecik macam aku ni.”
“Ehh.. Kau ingat budak SMKKPPI macam kita tak ada kelas ker.”
Ngeee…. Fiqa ni. apa kelas-kelas. Ingat kelas memandu Ravi ker. “Janji dengan aku Fiq. Kalau dia tahu malu gila aku. Pindah rumah aku. Tak sanggup lagi nak berjiran dengan dia.”
“Kau admire ker atau kau memang betul-betul suka.”
“Admirelah.”
“Teori aku mengatakan yang ianya lebih macam suka ajer.”
“Aku nak masuk kelas.” Syakirin mengangkat punggung. Dia tinggal Fiqa dengan teori yang bukan-bukan. Teori Sains pun tak berapa nak pandai lagi, dah masuk teori suka apakemendanya tu. Blah lah kau Fiq.



“Ehh…Kau ni apahal” Kusyen kecil dibaling ke muka Fiqa.
Tersentak Fiqa sejenak. Dia senyum segaris. Tak temannya ini mendapat lamaran dari lelaki yang penah dia admire bagai nak rak zaman sekolah.
“Kalau dengan Ahmad Zaim tu aku pun setuju jugak.” Fiqa ketawa kecil.
Laju Syakirin bagi jelingan maut.
Lagi kuat ketawa Fiqa bila tidak semena-mena dapat jelingan free dari Syakirin.
“Kenapa kau ketawa Fiq.”
“Aku rasa macam kelakar gila pulak bila kau kata kau kena kahwin dengan Ahmad Zaim tu. Yerlah kan. Punyalah kecik-kecik dulu korang selalu main kahwin-kahwin. Kalau main mak-mak pun kau mesti volunteer nak jadi mak, Zaim tu jadi bapak.” Fiqa ketawa tak habis lagi bila terus mengenangkan zaman kanak-kanak mereka. Kirin memang suka Zaim sejak dari kecik. Itu dia tahu. Zaim tu berkubang air bomba masa nak berkhatan dulu tu pun Kirin jugak yang volunteer jadi tukang pegang tuala mamat tu. Zaim tu jatuh basikal jipang pun Kirin jugak yang jadi misi tak bertauliah tolong sapu minyak gamat dekat luka Zaim. Zaim tu main bola dekat padang sebelah surau, Kirin jugak jadi ketua pasukan sorak untuk pasukan Kg. Chempaka Sari. Banyak ajer benda yang Zaim buat Kirin pun ada sama. Cuma bila mana Zaim masuk asrama STAR terus ajer mereka masing-masing menjauhkan diri. Bila tahu Zaim buat skandal dengan budak RPS tu lagi ar dah bertegur sapa langsung. Masa tu cuba jugak korek apa yang Syakirin rasa. Tapi makcik ni kata dia admire ajer. Bukannya suka. alah. Itu ayat selamat. Macamlah tak tau.
“Fiq, ini bukan benda kelakar. Tak ada sebab pun kau nak ketawa sampai macam ni tau.” Kata Syakirin rendah.
“Kenapa?”
Syakirin menjongket bahu. “Entah. Cuma aku tak rasa ada feel nak kahwin sekarang ni. Gilalah. Aku baru ajer lepas frust dengan Zack abah aku pandai-pandai pulak adjust Zaim dekat aku.”
“Alah Zack tu tak boleh pakai. Aku tak fikir kau akan frust sampai macam ni. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor.”
“Aku kalau nak kahwin, nak kahwin dengan oranglah. Bukan dengan kumbang.”
“Habis tu Zaim tu bukan orang ker.”
“Memanglah orang tapi…” mata dijuling ke atas. Mencari-cari apa yang patut dikatakan kepada Fiqa sekarang ini.
“Tapi apa?” Fiqa bertanya sambil mengangkat dua-dua belah kening.
“Padan ker aku dengan dia tu. Dia tu orang baik-baik Fiq. Aku ni dah lah otak songsang. Hidup kelam kabut.”
“Kau tu orang jahat-jahat ker. Mafia? Pengganas? Penjenayah?”
Syakirin melepaskan dengusan geram. Ngok-ngek ar budak seorang ni. Takkanlah nak samakan aku dengan mafia, pengganas, penjenayah semua tu. Agak-agak la sikit.
“aku rasa aku sangat tak sepadan dengan dia wei.”
“Apa yang tak sepadannya. Dia lelaki. Kau perempuan. Kalau dia perempuan. Kau perempuan. Tu barulah tak sepadan dan kes sangat bahaya.”
Sekali lagi muka Fiqa jadi mangsa balingan kusyen kecil. Nak main-main pulak Fiqa ni. Eyyhh!!... Kalau itu aku pun tau lah.
Syakirin bangun dari duduk. terus menuju ke pintu bilik. Makin dilayan Fiqa bersembang makin jauh merapu pulak budak ni. Pintu bilik ditutup. Selang beberapa saat pintu bilik tadi dibuka sedikit.
“Fiq esok lepas office hour teman aku jumpa Zaim.”
Hahhh!!.. Fiqa muka sudah jadi blur.

12 comments:

Che Sue said...

huhuhu...rupe2 nyer si kirin tu memang admire gegila ya amat kat zaim year...!

ala kirin ikut jer la jodoh yang diaturkan oleh org tua mu itu. mungkin ada hikmah di sebaliknya. saper yang tahu kan..!

pape pun n3 nie menarik gak..!

Anonymous said...

wah, x sbr nk tgu diaorang jupe, tp cik eila, npe asyik jd org belah utara jer, npe x jd org pantai timur lak. meh la jelajah belah sini lak.

ha-ra said...

hehehehe..
ade ati gak upe nye c kirin 2 kat zaim..
cpat nxt n3...
nk taw pe jdi bla dorg jmpe...
xsbar nie...

nacha said...

part 'dlm hati ada cinta' masa zaman skola ni wat akak teringat kat adegan dlm drama Nur Kasih. si Nur tu suka kat Adam. tapi Adam x tau. hehehe...

ooo.. Kirin & Zaim nak dating kat Alamanda ek? nak itot..nak itot..

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
admire..?
ekekee..
besh2..
xsaba nk taw ape jd time dorang berjumpe..
smbung2..

kaypo said...

nacha...jom kita buat rombongan sekodeng zaim ngan kirin dating kat alamanda FC..hahaha.

Sha said...

besshh..
smbg agi =)

pembaca setia said...

nak dating ye.. cam ne agaknya penerimaan zaim ye..
best best nak tau lah apa jadi lepas nie.. hehehe

alreinsy said...

best gak citer nih.. smbg2

nacha said...

Kay.. jom kita skodeng. kita wat rombongan cik Kiah ye. pas tu kita gi main bowling, tgk wayang & karaoke.

Eila.. kita berduit lagu dangdut Inul ek. hahaha...

areila sahimi said...

aikkk!!!alamanda jom... 'Wayang, Bowling, Karoke'..*garu kepala, tgh pikir*

wayang~adoii..habit masuk panggung. lepas 10 minit musti tidor lena sampai abis citer *buat rugi wit tiket*

bowling~seumur hidup tak penah pegang bola boling apatah lagi nak main. *tak minat langsung!!*

karoke~setuju!!! *jerit kuat2* dangdut inul? :) eila okey jer...

Nemo^0^eriMo said...

RPS?
STAR?
RPS tuh raja perempuan schol erk?
kat epoh erk?
eiks?
aiyo~~~~

nemo penin