Wednesday, December 9, 2009

Yes Boss!!

“Awak paham?” Ilham bertanya.
Kepala yang ditundukkan dari tadi sekadar mengangguk perlahan.
“Saya tanya, awak faham ker tidak?” Suara Encik Ilham naik lagi.
Ariyana mengangkat kepala apabila mendengar suara berfrekuensi tinggi dari lelaki yang kini merangkap bos di tempat dia berkerja. “Faham Encik Ilham.” Suaranya terketar.
“Bukan encik. Tapi Bos. BOS.” Balas Ilham.
Ariyana menelan air liur. “Faham bos.” Jawabnya perlahan.
“Kuat sikit?”
“Faham bos.” Suara Ariyana naik sikit.
“Bagus kalau faham. Sekarang awak boleh keluar.” Kata Ilham.
Ariyana sekadar mengangguk sebelum dia mengangkat punggung untuk keluar dari bilik bos barunya itu. Bos konon. Bos taik kucing!!!

*****

Sebaik sahaja gadis itu keluar dari biliknya, Ilham ketawa sendiri. Senang hari ini, dia dapat mengenakan budak baru yang abah carikan untuk menjadi setiausaha peribadi dia. Abah memang sengaja mencari gadis seperti itu untuk dijadikan setiausahanya. Maklum sahajalah, gadis itu gaya polos dan kampong habis. Tidak seperti senarai calon yang telah diusulkan kepada abah beberapa bulan dulu. Mulan, Maya, Sofera semua abah tolak mentah-mentah. Last-last abah pilih gadis berbaju kurung ini sebagai setiausaha merangkap pembantu peribadinya. Sengaja abah ini.
Kring!!
Butang intercom ditekan malas.
“Encik Ilham…errmm..Bos..Cik Mulan line two.” Sedikit tersekat suara Ariyana kedengaran dari corong intercom membuatkan Ilham tersengih lebar. Dia tahu pasti gadis ini takut bila pagi-pagi tadi sudah kena briefing panjang lebar.
“Ermmm…” Ilham sekadar menjawab ringkas.
Ariyana memandang intercom di mejanya. Dia mencebek sambil mengajuk gaya Ilham berkata tadi.
“Kenapa ni Yana. Pagi-pagi lagi dah ada macam yang tak kena akak tengok?” Tegur Kak Mai yang kebetulan mahu ke mesen fotostat yang terletak berhampiran dengan bilik Ariyana.
Ariyana sekadar menjuihkan bibir kea rah bilik Encik Ilham.
Kak Mai sekadar tersenyum sebelum berlalu. Dia sudah dapat agak Encik Ilham pasti tidak akan serasi dengan setiausaha barunya itu. Ariyana pilihan Datuk Maarof. Bukan pilihan Encik Ilham. Pilihan Encik Ilham pasti sahaja perlu badan cutting model, pakai skirt pendek nampak lutut dan rambut copper blonde ala minah saleh celup. Bukan patern pakai baju kurung teluk belanga dengan berhias ala kadar macam yang ada di depan mata ini.
Ariyana mendengus perlahan. Sedikit kurang senang dengan sikap Encik Ilham yang agak melebih itu. Datuk Maarof sahaja boleh bercakap baik-baik tetapi tidak anaknya. Sudahlah pagi tadi briefing mengenai senarai tugasnya jauh menyimpang dari skop kerja yang sepatut dia lakukan. Antaranya:-
1. Aturkan temujanji dengan ahli fan club yang dianggotai oleh gadis-gadis yang konon suka sangat dengan Encik Ilham tu.
2. Jika perlu temankan ahli fan clubnya itu pergi shopping.
3. Tugas-tugas lain akan diberitahu dari masa ke semasa.
Dan apa yang paling penting untuk semua senarai tugas yang diberikan itu adalah, ‘Jangan Sesekali Sampai Datuk Maarof Tahu’. Itu yang dipesan awal-awal. Encik Ilham memang banyak agenda. Datuk Maarof mengajikan Ariyana di sini adalah untuk menjadi PA kepada anaknya. Tak pasal-pasal anaknya itu memandai-mandai menyuruh dia pula menjadi PA kepada ahli fan clubnya.
Duduk yang tadinya hanya bersandar malas segera ditegakkan bila mendengar bunyi tombol pintu dipulas dari dalam bilik Encik Ilham. Fail yang ada di atas meja cepat-cepat dicapai dan diselak. Dia sedang buat-buat buzy.
Ariyana mengerutkan kening bila melihat Encik Ilham keluar dari pejabatnya dengan hanya memegang kunci kereta ditangan. Bukan pakcik ni ada meeting ker sekejap lagi. Detiknya di dalam hati.
“Bos nak ke mana ni?” Soal Ariyana.
Ilham berpaling. “Owhh..yer. Saya nak keluar sekejap.” Beritahunya selamba.
“Tapi lagi sepuluh minit bos ada meeting dengan board of director. Datuk chair.” Beritahu Ariyana mengenai mesyuarat yang wajib dihadiri oleh semua ahli lembaga pengarah.
Ilham menepuk dahi. Dia terlupa mengenai mesyuarat itu hari ini. masakan dia boleh membatalkan temujanji dengan Dayana tengah hari ini sedangkan ini yang dia nantikan. Dah lama dia cuba masuk jarum dengan model terkenal itu. Takkanlah peluang indah di depan mata nak dilepaskan macam tu ajer.
“Awak gorenglah apa pun pada Datuk. Katakan saya ada hal di luar.” Ringkas Ilham berkata dan terus berlalu pergi.
Ariyana sedikit tercengang mendengar kata-kata Encik Ilham itu. Boleh pulak macam tu….
“Hahh.. Am nak ke mana. Meeting dah nak start dah ni.” Tegur Datuk Maarof yang kebetulan mahu berjumpa dengan Ilham sebelum meeting bermula bagi membincangkan urusan bajet yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat itu nanti.
Ilham terkulat-kulat bila abahnya menegur ketika dia baru dua tiga langkah melangkah dari meja Ariyana. Air liur ditelan terasa sedikit tersekat dicelah kerongkong. “Errmm…” Ilham kehilangan kata bila melihat muka abahnya sudah menjadi tegang bagai baru lepas disuntik botox.
“Ahli lembaga pengarah wajib masuk mesyuarat ini.” Kata Datuk Maarof tegas. “Ariyana,” Panggil Datuk Maarof kepada setiausaha Ilham itu.
“Saya Datuk.” Laju Ariyana menjawab.
“Ambil semua fail mengenai mesyuarat pagi ini di bilik Ilham. Bawak masuk ke dalam bilik meeting sekarang juga.” Arah Datuk Maarof.
“Baik Datuk.” Bergegas Ariyana masuk ke dalam bilik Encik Ilham untuk mengambil segala fail yang di minta oleh Datuk Maarof.
“Nak ke mana lagi tu Am.” Soal Datuk Maarof apabila Ilham bersedia mahu mengikut jejak Ariyana ke dalam biliknya.
“Am nak ambil kot abah.” Ilham menjawab malas.
“Errmm…” Datuk Maarof sekadar menjawab.

*****

“Apa yang awak senyum-senyum tu.” Tanya Ilham kepada Ariyana yang sedang menyusun fail yang akan dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Ariyana sedikit tersentak. Dia tidak perasan Encik Ilham mengekorinya dari belakang. Ingat Encik Ilham masih belum habis kena cuci dengan Datuk Maarof lagi. Dadanya berdebar hebat bila Encik Ilham perasan yang dia sedang tersenyum seorang diri. Dia tersenyum kerana insiden tadi tu macam lucu sahaja pada pandangan matanya. Mana tidaknya, Encik Ilham yang lantang berkata-kata pagi tadi, boleh menjadi ketar lutut sampai tidak terkata apa-apa bila Datuk Maarof memberi ceramah kepadanya tadi. Ah…Tipikal lelaki. Hanya menunjuk jaguh di hadapan kaum wanita sahaja.
“Tak ada apa-apa bos.” Balas Ariyana rendah.
“Cepat bawak masuk fail tu ke dalam bilik mesyuarat. Nanti tak pasal-pasal Datuk berasap lagi.” Gumam Ilham. Dia kurang suka bila abah suka-suka hati sahaja memberi arahan keras seperti tadi di hadapan staff bawahannya. Hilang macho!!!..
“Yes boss!!” Cepat-cepat Ariyana berlalu pergi. Ketika membelakangi Encik Ilham dia tersenyum lagi. Senyum mengejek yang pasti.
“Awak tak keluar lunch?” Soal Ilham yang sudah bersiap sedia mahu keluar makan tengahari. Hari ini dia hanya bersendiri sahaja. Malam tadi dia kena warning lagi dengan abah bila wajahnya terpampang di dalam URTV bersama seorang artis wanita yang baru mahu meningkat naik. Dia sedikit hangin dengan segelintir pihak wartawan yang gemar mencanang cerita yang tidak betul. Dia sekadar keluar sahaja dengan artis itu sebagai seorang kenalan tapi bila wartawan mula menulis memang bikin panas satu Malaya sahaja. Taubat lepas ni dia takkan keluar lagi dengan golongan artis. Biarlah dia keluar dengan model-model yang tak berapa nak ada nama ajer. Sekurang-kurangnya mereka ini bukan golongan yang selalu dikejar oleh pihak wartawan.
“Tak bos.” Ariyana sekadar menjawab. Jemarinya masih lagi menari rancak di atas papan kekunci bagi menaip laporan kewangan syarikat.
Kedua tangan Ilham menopang pada meja setiausahanya itu. Pandanganya jatuh pada seraut wajah milik Ariyana yang agak tekun meneruskan kerjanya.
Pandangan Ariyana di dongak ke atas. Melihat Encik Ilham yang sedang meneliti setiap inci perbuatannya. Cucuk biji mata tu karang!!
“Time rehat adalah untuk berehat. Bukan untuk berkerja.” Kata Ilham selamba.
“Sikit lagi ajer ni bos. Datuk nak cepat.” Sengaja Ariyana memberi alasan.
“Kalau ikutkan Datuk, semua benda dia nak cepat. Jom. Teman saya lunch.” Balas Ilham.
Ariyana membulatkan mata.
“Tak apalah bos.” Ariyana menolak secara berhemah.
“Cepat.” Arah Ilham.
“Saya ada bawak bekal bos.” Kata Ariyana polos.
Ilham ketawa kecil mendengarnya. “Awak bawak bekal?” Dia bertanya seakan tidak percaya. Jarang dia mendengar ada kakitangannya membawa bekalan sendiri dari rumah.
Ariyana hanya mengangguk.
“Baiklah. Kalau macam tu saya nak makan jugaklah bekalan yang awak bawak tu.” Bersahaja Ilham menuturkan.
“Hahh…” Ariyana sudah ternganga luas.

*****

“Cepatlah.” Jerit Ilham yang sudah jauh berada di hadapan.
Ariyana hanya berjalan lemah sambil memegang paper bag yang berisi bekalan yang dibawanya tadi. Di dalam paper bag tersebut turut sama mengandungi air meniral botol besar, pinggan kertas dan cawan kertas untuk mereka berdua. Hari ini tak pasal-pasal bekalan makan tengaharinya terpaksa dibahagi dua pula. Kena paw dengan bos sendiri. Sungguh tak senonoh bos ni tau!!!
Beg kertas di letakkan di atas meja kayu. Ariyana mengeluarkan isi kandungan beg kertas. Sambil-sambil itu matanya ligat melihat kawasan disekeling rooftop bangunan tempat dia bekerja ini. Tak tau pulak di atas bumbung ada pula ruang untuk beristerehat sambil menjamu mata dengan pemandangan indah di sini.
“Sini hanya lembaga pengarah ajer yang boleh masuk. Awak bertuah sebab hari ini dapat ke sini.” Kata Ilham ringkas sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu berhadapan dengan Ariyana. Dia seakan mengerti bila melihat pandangan jakun setiausahanya itu.
Ariyana sekadar mengangguk. Patutlah di sini juga tersedia hamparan rumput tiruan dan sebuah lubang golf. Ahli lembaga pengarah training main golf di atas rooftop rupanya. Port sangat cantik.
“Apa yang awak bawak hari ini. Tak sabar saya nak rasa.” Girang Ilham bersuara.
Ariyana membuka tudung Tupperware. Lemah sekali bila makanan tengaharinya bakal dicukai oleh Ilham.
Ilham memandang ketiga-tiga Tupperware yang telah pun dibuka penutupnya. Matanya bersinar. “Awak masak semua ini.” Soal Ilham bagai tidak percaya bila melihat nasi putih bersama ikan keli berlada dan peria goring bersama udang kecil sudah tersedia di hadapan mata.
Sekali lagi Ariyana mengangguk lemah.
“Semua ini favourite saya.” Tanpa perlu menunggu untuk Ariyana berkata-kata terus sahaja lincah tangan Ilham meletakkan nasik ke dalam pinggan kertas. Tanpa sedar ikan keli yang hanya ada seekor terkontang kanting di dalam bekasnya Ilham letak di dalam pinggan. Begitu juga sayur peria goring yang cukup laju disudu masuk ke dalam pinggan. Tanpa membaca bismillah laju Ilham makan.
“Eerrpp…” Ilham sendawa kenyang.
Ariyana sekadar memandang kosong tulang ikan keli dan Tupperware sayur peria yang sudah licin. Sayu hatinya saat ini. Encik Ilham ni betul tarak guna punya olang. Buat semua makanan ni macam sendiri punya padahal semua ni dia yang punya. Makan tak toleh kiri kanan. Main belasah ajer. Huhhh…
Ilham mengangkat pandangan mata ke arah Ariyana yang sekadar merenungnya dari tadi. Seketika baru dia tersedar yang dia sudah terlebih makan tanpa segan silu sampai habis licin bekalan yang dibawa oleh Ariyana.
“Sorry. Saya tak tahan betul tengok semua lauk yang awak masak ni.” Katanya bersahaja.
Ariyana sengih ajerlah. Takkan dia nak marah-marah, lepas tu baling semua Tupperware kosong ni ke muka Encik Ilham. Walaupun saat ini memang itu ajer tindakan yang sesuai nak dibuat pada Encik Ilham ini. Encik Ilham tu bos. Bos always right.
“Tak apalah bos.” Balas Ariyana. Dipaksa bibir menarik sengih terpaksa. Memanglah kalau bukan sebab titlenya lelaki dihadapan ini adalah ‘bos’ dah lama dia wachhaaaaa….ajer.
“Okeyla Yana. Saya turun dulu. Anyway terima kasih untuk bekalan yang sedap ni.” Bersahaja tanpa ada rasa bersalah sahaja Ilham menuturkan. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati. Itulah Ilham selepas berjaya mengsonglap ke semua bekalan Ariyana. Dia memang sedang bersenang hati sekarang ini.
Ariyana hanya tersenyum. Hilang sahaja Encik Ilham dari pandangan mata lancar sahaja mulutnya menyumpah seranah lelaki itu.
“Sebal. Sebal.” Ngomel Ariyana sambil tangannya ligat memasukkan semula Tupperware kosong ke dalam beg kertas tadi. Tupperware tadi di hempas-hempas kasar bagai menunjukkan tanda protesnya dan ketidakpuasan hati terhadap penindasan yang sangat melampau yang telah dilakukan oleh Encik Ilham tadi. Perutnya kala ini sudah berkeroncong hebat. Maha lapar sekarang ini. Hari ini terpaksalah dia menjamah biskut kering di cicah dengan teh panas sahaja. Esok dia takkan bawak bekalan lagi. Pasti!!!

*****

Ariyana melangkah lemah ke mejanya. Selesai mengemas tempat makan Encik Ilham tadi dia mengambil kesempatan untuk lepak-lepak sebentar di atas rooftop itu. Bukan senang orang bawahan macam dia nak dapat kesempatan untuk berehat di situ. Dah ada peluang dia memang takkan lepaskan. Lagipun turun awal-awal pun nak buat apa. Masa rehat masih ada. Nanti tak pasal-pasal bos kecil itu melakukan penindasan terhadap kakitangan bawahannya lagi. Dikerah buat itu ini diwaktu rehat.
Ketika masuk ke dalam biliknya, mata Ariyana tertancap pada bungkusan plastic McDonalds masih panas di atas mejanya. Isi dalamnya diperhatikan. Set Big Mac besar berserta sekeping kad di dalamnya. Kad dibuka.
Ini sebagai ganti untuk bekalan awak tadi. Enjoy ur lunch.
~Ilham~
Terbit senyuman kecil usai membaca kad tersebut. Dari luar Encik Ilham yang sedang tekun mengadap skrin laptop diperhati. Dan dia tersenyum lagi. Beg plastic McDonald dicapai dan dibawa ke pantry.

*****

“Hai bos.. Tegang muka. Kena cuci dengan Datuk ker?” Selamba Ariyana bertanya ketika dia senang menyusun file-file di atas raknya. Semenjak peristiwa bekalan makanannya diganti dengan berger Big Mac bulan lepas dia sudah boleh mesra dengan Encik Ilham. Encik Ilham juga. Tapi yang pasti, sejak peristiwa itu dia dah taubat tak bawak bekalan ke pejabat.
“Tau takpa. Kadang-kadang saya tengok abah saya tu gaya dictator habis dekat office padahal dekat rumah selembut-lembut umat. Tambah-tambah dengan umi saya.” Ngomel Ilham. Salah satu fail di dalam rak ditarik keluar lalu diselak-selak. Santai Ilham bersandar di tepi rak fail.
Ariyana sekadar tersenyum. Tidak berhajat mahu menokok tambah. Dia masih tahu tahap mahu bergurau dengan bos sendiri. Sikit-sikit sudah….
“Any call?” Soal Ilham setelah Ariyana hanya berdiam diri.
“Owhh..Ya.” Bergegas Ariyana ke meja. Tangannya mula membuka diari hitam yang memang sentiasa ada di atas meja.
“Tadi girls call.” Ariyana sudah mula membilang dengan jari senarai perempuan-perempuan yang cuba menghubungi Encik Ilham sepanjang lelaki itu bermesyuarat tadi. “Cik Dayana tanya kenapa bos dah lama tak call dia. Lepas tu Cik Mulan bising-bising sebab DKNY dress yang bos hadiahkan hari tu sama macam dress cokia dekat Uptown. Dia mintak bos belikan yang lain dia. Next, Cik Mulan pun mintak bos masukkan dua ribu ringgit dalam akaun dia sebab bajet shopping dia terlebih untuk bulan ini. Katanya tak cukup nak bayar kereta. Lagi…hah..Cik Masha..”
“Nanti…Nanti…” Laju Ilham potong setelah naik bernanah telinganya mendengar laporan yang disampaikan oleh Ariyana.
“Ariyana, awak tak ada kerja lain ker. Dari awak layan perempuan-perempuan tu semua lebih baik awak buat sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti syarikat. Yang boleh menguntungkan syarikat.” Ngomel Ilham kepada Ariyana.
Ariyana tersenyum sinis. “Betul ker ni bos. Macam tak percaya ajer.” Pen ditangan diketuk-ketuk perlahan pada bibir saat dia sudah mula menyindir.
Fail ditutup dan diletakkan semula ditempatnya. Pandangan Ilham jatuh pada wajah yang sudah tersenyum itu.
“Kita ni yer Ariyana….perlu berubah yer.” Ilham mula masuk mode penceramah bebas.
“Melakukan anjakan paradigm. Melakukan pembaharuan.” Ilham sudah bertukar cara macam Datuk Dr. Mohamad Fazilah Kamsah.
“Buat transformasi.” Macam pelik sikit bila Ilham termasuk aura Principal Tiara.
“Kita tak boleh nak jadi sama ajer setiap tahun. Mesti ada perubahan kea rah kebaikkan yang kita lakukan baik untuk sendiri mahupun untuk syarikat. Apa-apa pun stop dari melayan karenah perempuan-perempuan tu. Awak tak tau rimas ker. Lebih baik awak buat kerja awak. Bersama-sama kita memajukan syarikat bapak saya ni. Nanti kalau bisnes tak baik siapa yang susah bapak saya jugak. Nanti saper yang akan kena buang kerja? Awak….jugak. Jadi mari kita berkerja yer.” Bebel llham berpatah perkataan. Terus dia berlalu ke biliknya.
Ariyana hanya menjongket bahu.
“Tadi siapa yang call saya?” Dimuka pintu Ilham berpaling dan bertanya kepada Ariyana.
Hahh.. Ariyana buat muka pelik. “Cik Dayana.” Jawabnya.
Ilham menggeleng. “Tak…Tak….Lain..Lain..”
“Cik…Mulan.”
“Bukan. Yang last tu. Siapa namanya?” Ilham memetik-metik jari.
“Cik Masha.”
“Masha Sandana model iklan….” Dahi Ilham berkerut seribu ketika dia sedang memikirkan sesuatu.
“Sabun susu kamping Kampung Ara Payung.” Balas Ariyana senafas.
“Right.. Right… Line two okey.” Bersahaja Ilham berkata.
Hahh.. Mulut Ariyana melopong.
“Sekarang!!” Arah Ilham.
“Bos..anjakan…”
“Sekarang. Lepas tu pergi betulkan make up. Lipstik dah habis tu.” Terus Ilham masuk ke dalam bilik.
“Yes bos!!”
Huhh…Mata dijulingkan ke atas. Banyaklah Encik Ilham punya anjakan paradigm. Berceramah sebanyak seratus patah perkataan seminit tu sia-sia ajer. Hampeh!!... Laju jemarinya mendail nombor telefon Masha Sandana untuk Encik Ilham.

*****

“Bos saya nak cuti.” Teragak-agak Ariyana berkata.
“Berapa hari.” Soal Ilham tegas. Borang permohanan cuti Ariyana tidak dilihat. Dia lebih senang menalakan mata pada slide presention berkenaan belanjawan pertengahan tahun untuk mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah esok.
“Dua minggu.” Perlahan suara Ariyana keluar dari bibir manisnya.
“What?!!! Awak nak ke mana? Sorry saya tak boleh nak approve. Sekarang semua tengah sibuk pasal audit you pulak senang-senang nak bercuti berehat panjang.” Keras Ilham bersuara.
“Tapi bos…”
“No. Cuti semua kakitangan dibekukan.” Ilham bertegas.
“Mak saya sakit bos.” Mata Ariyana sudah mula berair. Semalam Angah menelefon memberitahu sakit jantung ibu menyerang kembali. Ibu telah dimasukkan ke hospital. Dia perlu bercuti untuk menjaga ibu dihospital. Angah perlu ke sekolah memandangkan SPM semakin hampir. Takkan nak harap orang lain pula menjaga ibu sedangkan ibu masih punya anak lagi.
“Mak awak sakit ker. Nenek awak sakit ker. Itu bukan alasan. Ambil file ni. Saya nak awak cek dengan Unit Kewangan berkenaan isu audit ini.” Kata Ilham keras.
“Bos, tolonglah. Saya betul nak cuti ni.” Rayu Ariyana.
“Baiklah kalau awak nak cuti. Cuti. Tapi jangan nak balik lagi ke sini.” Bentak Ilham.
Tersentak Ariyana mendengarnya. Bermaknanya dia dibuang kerja. Semudah itu gaya orang kaya seperti Ilham membuat keputusan. Buat orang lain macam tak ada maruah. Kalau iya pun Ilham berangin sebab kes Masha Sandana yang telah berjaya menipu wangnya sebanyak lima puluh ribu janganlah dilepaskan pada orang lain. Encik Ilham yang menggunakan wang syarikat untuk dihadapkan pada perempuan itu, dia pulak yang harus menerima segala kepayahan. Sudahlah dia teruk kena marah dengan Datuk Maarof sebab dituduh bersubahat dengan Encik Ilham berkenaan isu tersebut. Tak pasal-pasal dia turut sama terkena tempiasnya.
“Ambil file ni. Bawa ke Unit Kewangan.” Arah Ilham.
Ariyana mengambil file tersebut. Lemah dia berjalan keluar. Separuh perjalanan bagai ada suara menyeru semangatnya untuk melawan Encik Ilham. Dia sudah tidak sanggup dibuat bagai seorang kuli di sini. Encik Ilham langsung tak reti nak menghargai dia. Dia bukan nak harapkan semasa Minggu Setiausaha dibawa menyaksikan persembahan Mawi di Palace Of The Golden Horses atau persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Hilton saban tahun. Dia hanya ingin Encik Ilham hormat dia sebagai seorang manusia. Tak kiralah Encik Ilham tu bos ker apa ker. Dia nak cuti pun payah sangat nak diluluskan. Padahal sebelum ini pagi petang siang malam dia sedia berkhidmat. Bahkan semenjak dia berkerja dengan Encik Ilham hujung minggunya juga sering ke pejabat semata-mata nak membantu Encik Ilham membuat kerja. Kalau buat kerja pejabat okeylah, ini kerja diluar bidang tugas pun dia yang kena uruskan apa kes. Kadang-kadang rasanya bangku ahli lembaga pengarah yang Encik Ilham tu duduk lebih baik sahaja diberikan kepadanya. Sebab ahli lembaga pengarah yang ada tu langsung tak tau nak buat kerja. Hanya tahu berfoya-foya dengan perempuan berdahi licin sahaja.
Ariyana berpaling. File dihempas ke atas meja.
Ilham tersentak.
“Saya nak berhenti. Saya dah tak sanggup nak melayan karenah bos yang macam-macam ni.” Katanya senafas. Terus kaki melangkah keluar. Dia duduk di atas kerusi. Laju jemarinya menaip surat berhenti. Selesai menaip surat tadi dicetak dan terus diberikan kepada Encik Ilham.
“Ini surat perletakan jawatan saya. Bos cari ajerlah mana-mana perempuan yang boleh mengipas ego bos tu. Saya dah tak sanggup.” Ujar Ariyana.
Tas tangan dicapai dan Ariyana main cabut macam tu ajer. Manakala Ilham di dalam bilik sudah terpinga-pinga.


“Apa masalah Am lagi ni. Kes hari tu dah selesai. Jangan nak buat kes lain pulak. Nasib sahaja Am anak abah. Kalau orang lain dah lama abah seret masuk lokap. Bikin malu kampeni ajer.” Bebel Datuk Maarof.
Ilham hanya membuat muka sardine. Pen dipusing-pusing. Dia sudah cukup malu nak masuk ke pejabat semula selepas apa yang berlaku ini. Mana tidaknya, sudah heboh orang memperkatakan kegagalan dia dalam mengurus kewangan syarikat sampai akaun boleh tak selaras. Nasib sahaja cerita dialah kepala yang mengsonglap wang syarikat sebanyak lima puluh ribu itu masih tersimpan kemas. Kalau tak, dah tentu dia takkan masuk semula ke pejabat.
“Abah, Am dah tak ada setiausaha. Payah nak buat kerja sorang-sorang abah.” Ilham menjawab lemah.
Datuk Maarof membulatkan mata.
“Apa yang payahnya. Selama ini pun semua setiausaha kamu kerjanya hanya mengurus girlfrens kamu ajer.” Balas Datuk Maarof.
Ilham mencebek. “Tapi abah…”
“Susah-susah abah suruh Mai ajer yang jadi setiausaha kamu.” Usul Datuk Maarof.
“Tak apa abah. Tak ada setiausaha pun taka bah.” Laju Ilham mencelah. Abah pun satu. takkanlah Kak Mai beranak empat itu disuruh menjadi setiausaha untuk anak terunanya yang kacak lagi macho ini. Tak sesuai!!
“Tau pun.” Ujar Datuk Maarof.
“Tapi bah. Mungkin boleh dipertimbangkan kalau Am nak Ariyana kembali jadi setiausaha Am dekat sini. Am dah biasa kerja dengan dia. Kami ada chemistry.” Ujar Ilham perlahan.
Datuk Maarof mengukir senyum segaris.
“Itu kamu fikirkan sendiri. Kamu yang buat dia lari. Sekarang cari jalan macam mana nak bawak budak tu ke sini balik. Apa pun abah suka budak tu.” Terang Datuk Maarof.
Dahi Ilham berkerut. Abah pun suka budak tu. Abah ni biar betul. Mantera guru kat rumah kalau tahu ni habis ribut taufan jadinya.
“Jangan kamu nak buat muka macam tu Ilham Irfan. Pergi buat kerja kamu.” Beralas Datuk Maarof menghalau Ilham keluar. Bukan boleh dilayan budak ni. Makin naik lemak jadinya nanti.
Ilham sekadar tersenyum hambar. Sedar dia harus melakukan perubahan ke atas diri sendiri. Kali ini dia nekad. Dia tidak mahu jatuh terkulai lagi pada godaan gadis-gadis cantik. Cukuplah sekali dia terasa diri diperbodohkan. Dia mahu menunjukkan tauladan yang baik di hadapan staff bawahannya. Dia mahu menerapkan kepimpinan melalui tauladan yang selalu ditonjolkan oleh abah. Ketika melalui meja Ariyana, memorinya mengingati gadis itu. Hahhhh… Sungguh dia tiada teman berborak di pejabat bila Ariyana pergi. Yang penting dia kehilangan seorang kakitangan yang setia menjadi tukang cover line setiap kali dia buat perangai time office hour. Lemah langkah kaki diteruskan ke biliknya.



“Kak Long. Kak Long. Ada orang cari.” Teriak Sakinah dari muka pintu bila mendengar enjin motosikal kakaknya di halaman rumah.
Ariyana menanggalkan helmet di kepala. Tudung yang berkelepek di kepala dibetulkan sedikit. “Siapa?” Soalnya.
“Orang KL. Tu kereta dia.” Balas Sakinah.
Mata Ariyana menghala ke arah yang ditunjuk oleh Sakinah. Dia macam familiar sahaja Honda CRV ini.
“Ariyana.”
Ariyana berpaling ke belakang. Dia tergamam melihat Encik Ilham ada tegak berdiri di hadapannya kini. “Apa bos buat kat sini.” Katanya kasar.
“Ariyana baliklah ke sana semula. Semua orang nak awak kerja semula di sana.” Kata Ilham.
“Saya tak perlu nak ke sana semula. Lagipun saya dah selesa dengan apa yang saya buat dekat sini.”
“Tapi gaji di sana lebih baik dari awak kerja dekat restoran makanan segera tu.”
“Sekurang-kurangnya hati saya senang di sini.”
“Ariyana please. Datuk mintak awak kembali bertugas di sana.”
“Eheemm…” Datuk Maarof berdehem dimuka pintu rumah. “Bukan kamu ker yang nak Ariyana bertugas semula di syarikat kita tu.” Sampuk Datuk Maarof.
Ariyana sedikit terperanjat. Ingatkan Encik Ilham sahaja ada di sini. Rupanya Datuk Maarof pun turut ada sama.
“Yana, Tuan Ilham dan Datuk bersusah payah datang ke sini semata-mata nak suruh Yana kerja semula di sana. Tak baik hampakan perasaan orang nak.” Lembut Mak Nah bersuara.
“Tapi ibu…” Ariyana mencebek. Orang kaya punya perangai macam nilah. Bila mereka terasa susah, senang-senang menggunakan kekuasaan dan duit untuk buat golongan rendah seperti dia terkulai layu.
“Yana…” Panggil Mak Nah panjang.
Ariyana mengalih pandang pada Encik Ilham. Muka Encik Ilham macam orang penuh berharap ajer tu. Ahhh… Encik Ilham tu bukankah pelakon lelaki terbaik. Pasti setakat nak buat muka seposen macam tu tak ada hal punya. Dia kalih pula pada Datuk Maarof. Datuk Maarof hanya tersenyum sahaja. Yer. Kerana Datuk Maarof lah dia bertahan selama ini di pejabat tu.
“Baik. Saya akan kembali bertugas semula.” Putus Ariyana.
“Alhamdullilah.” Penuh aksi Ilham mengucap syukur.
“Tapi dengan satu syarat.” Sambung Ariyana lagi.
“Syarat??” Mata Ilham sudah terbeliak. Dia pandang abah disebelah. Datuk Maarof sekadar menjongket bahu.
“Satu, saya taknak menguruskan girlfriends bos yang mengada-ngada tu.” Kata Ariyana.
Datuk Maarof tersenyum mendengar syarat pertama Ariyana itu.
Ilham pula hanya mengangguk setuju.
“Good. Syarat yang ke dua, saya hanya akan melakukan kerja merangkumi bidang kerja saya sahaja. Kerja ahli lembaga pengarah bos kena buat sendiri. Saya hanya akan membantu apa yang boleh ajer.” Ujar Ariyana lagi.
Mata Datuk Maarof membulat memandang Ilham. Patutlah selama ini banyak benda yang Ilham tak tau. Sudah orang lain yang buat kerjanya. Huhh…
“Okey.” Ilham menjawab lemah.
“Syarat yang terakhir, saya tak suka bos songlap bekalan yang saya bawak.” Sambung Ariyana lagi.
Kali ini Datuk Maarof dah terasa mahu ketawa mendengar syarat terakhir Ariyana itu. Anak terunanya memang bukan lelaki yang gentleman. Ada ker bekalan setiausahanya itu pun boleh disonglap. Ni buat bikin malu keturunan sahaja.
“Tapi sekurang-kurangnya saya gantikan dengan berger Mc Donald tau.” Tukas Ilham. Nampaknya Ariyana sudah pandai mengungkit dan menggunakan kelembutan dia hari ini untuk meletakkan syarat yang bukan.
“Saya tak lalu nak makan McDonald hari-hari.” Balas Ariyana.
“Abah nampaknya Ariyana jadi bos hari ini.” Kata Ilham kepada abahnya.
“Abah tak masuk campur. Ini hal Am dengan Ariyana.” Balas Datuk Maarof.
“Kalau tak setuju tak apalah. Bos boleh cari setiausaha lain.” Ujar Ariyana terus berlalu meninggalkan semua.
Mak Nah hanya menggelengkan kepala. Sakinah muka sudah blur bila melihat Kak Long buat perangai pelik macam tu dihadapan bekas majikannya. Dan yang buat lagi pelik bila Kak Long boleh selamba jual mahal di hadapan lelaki setampan Tuan Ilham ini.
“Okey saya setuju semuanya.” Balas Ilham dengan muka yang kelat-kelat masam.
Ariyana hanya ketawa kecil sebelum dia berpaling. “Bila saya boleh mula kerja semula?” Soal Ariyana.
“Esok.” Jawab Ilham.
“Esok Ahad. Cutilah.” Balas Ariyana.
Ilham menepuk dahi. “Isnin…Isnin..” Katanya laju.
“Okey.” Jawab Ariyana pendek.
“Sudahlah tu Datuk. Tuan Ilham. Marilah kita masuk. Makan tengahari dekat sini ajer. Soal Ariyana saya sendiri akan pastikan dia kembali bertugas semula di sana.” Sampuk Mak Nah.
“Ibu….” Ariyana melirik pada emaknya.
Datuk Maarof dan Encik Ilham hanya ketawa. Kemudian mereka semua masuk ke dalam rumah untuk menjamu selera.


“Any calls Ariyana?” Soal Ilham sebaik sahaja keluar dari bilik abahnya.
“Nope.” Balas Ariyana bersahaja.
“Nope?” Soal Ilham tidak percaya.
“Tak ada.” Kata Ariyana dengan bola mata dijuling ke atas.
“Tak ada?” Ilham masih tidak percaya. Mustahil!!
Ariyana melepaskan nafas lelah. “Cik Lala Jamila.” Akhirnya Ariyana memberitahu gerangan pemanggil yang menelefon Encik Ilham tadi.
“Lala Jamila…”
“Yeah…yeahh..Juara Akademi Gemilang…” Ariyana dan Ilham berkata serentak.
“Yang bos paksa saya suruh AGUNDI budak tu masa final konsert minggu lepas.” Sambung Ariyana bila melihat Ilham sudah menarik sengih gatalnya itu.
“Line two please.” Bersahaja Ilham menuturkan.
“Bos!! Kata dah insaf.” Suara Ariyana sedikit meninggi.
Sengih Ilham masih tak mati. “Line two please.” Ulangnya lagi. Lembut menyapa telinga.
“Bos!!” Ariyana mengetap bibir.
“Line two please.” Ilham terus berlalu masuk ke dalam bilik.
Ariyana melepaskan keluhan geram. Bos ni insafnya hanya sebulan. Cepat sangat tanduknya itu tumbuh kembali. Bebel Ariyana sendiri.
“Ariyana line two please!!!” Teriak Ilham dari dalam bilik.
“Yesss bosss!!!!!” Balas Ariyana dari tempat duduknya. Segera dengan itu dia mendail nombor Lala Jamila. Kalaulah sudah namanya buaya memang susah mahu berubah. Selepas menyambung panggilan Lala Jamila ke talian nombor dua, Ariyana menyambung kembali tugasnya. Beberapa minit kemudian terpacul wajah Encik Ilham dimuka pintu.
“Saya nak lunch dengan Lala Jamila. Kalau Datuk tanya cakap saya ada meeting dengan client di luar.” Kata Ilham.
“Client or ke-la-in bos?” Sarcastik Ariyana bertanya.
“You know something Ariyana, kenapa saya suka awak. Sense of humor awak tu buat saya senang berkerja dengan awak.” Balas Ilham.
“Sudahlah bos. Pergi ajerlah. Nanti lama pulak Lala Jamila tu menunggu. Budak baru naik jadi artis lain sikit perangainya.”
“Ya saya tahu. Pergi dulu. Ingat kalau Datuk tanya awak jawab…”
“Yess boss!! I know..” Lemah Ariyana berkata.
“Gud girl.” Terus Ilham berlalu.
Ariyana hanya mencebek. Lelaki sangat payah nak berubah. What everlah boss!!!.. Janji kerja Encik Ilham dibuat dengan sehabis baik tu kira okeylah. Janji dia tak perlu nak mengurus hal-hal girlfriend Encik Ilham yang macam-macam tu kira okeylah. Janji dia kerja dengan selesa tu kira okeylah. Terus dia mencapai tas tangan untuk keluar makan bersama Kak Mai. Dan beginilah rutin sehariannya sebagai seorang setiausaha kepada lelaki yang macam Encik Ilham. Pasrah dan tabah hari-hari…………



**************************************************************

Salam..

Cerita pendek-pendek untuk melepaskan boring biler Awatif tgh stuck... Hope korang enjoy... Cerita biasa... Bukanlah cerita cinta...

Luvs,
Eila

17 comments:

MiZZy MaDie said...

kurg phm skit pasl name tuh..mmg nme yana tu ade byk ker cmne?
huhuhuuhu

kaknOOr said...

Weh kelakar arrr ni tension sbb nak minta coti takut x approve ek...bos soal jawab banyak sgt tu yg terbit ilham YESS BOSS ha ha ha memang sah kome hantu tgk TV... Yess Boss tu tajuk cite hindustan Sharukan and Jauhi Chawla berlakun

Che Sue said...

salam penulis..

ada harapan untuk buat sambungan ker cerita nih? cam tergantung jer ending tu... he3...!

Daz Dianza said...

kalo sambung mungkin lagi menarik?
hahaha

Cik Miza said...

sambung la cite ni.. wat dia kawin ngn secretary dia ni.. huhuhu terjatuh hati ke..

Bulanhijau said...

hahahahha..
gle lawak la cte ni.
;)

petite A said...

muah muah muah
funny gla citer nie even ending cm tergantung..
dah tu der plak sabun susu kambing KAMPUNG ARA PAYUNG.
ish3 femes gla kmpung nie yerk..
paper pon mmg klaka lar..
klo ley wat sambungan die tau..

areila sahimi said...

yang dari batu gajah jer tahu, ARA PAYUNG tu kat ner...hik3..

areila sahimi said...

mizzy madie ~ hik3..banyak salah biler banyak kali tukar name... maap!!

kaknoor ~ antara cerita hindustan yang kiter suker tgk tu...hik3..yg versi tamil nyer pun kiter layan gak tau!!! ahaksss!!!

sue + daz dianza + miza ~ kalo punyer masa dan idea...insyaallah..buat masa ini macam tu la ceritanyer..ringkas dan sempoi sahaja... :)

bulanhijau ~ tqvm dear..cerita kamu pun boleh tahan jugak!!! :)

blue skies ~ hanya dari batu gajah ajer tahu ARA PAYUNG tu diceruk mana.

petite A said...

saya tau kak eila.
tu kampung saya tu..
tp x ley blah ar..since bla pulak lar kg ara payung ader bela kambing
muah muah muah
~paper pun klo di wat sambung msti lagi masyuk

petite A said...
This comment has been removed by the author.
in_wired88 said...

eheh.. ingatkan lovey - dovey story yng bese tu.. but yg ni different.. got sequel ke?
like..

Anonymous said...

kampung ara payung yang dekat dgn skool bernadette's convent kn???

artikah0303 said...

wah....kelakar la citer ni..ikut ske dia je..letak2 syarat pd bos dia.nk bace lagi...

artikah0303 said...

suke arr pnlisan akak..t'msuk la yes boss!!!tu...jln cter yg akak tlis sume sempoi2...x la berat sgt cam sesetgh citer 2..smbung la lg citer ni..buar encik ilham 2 fall in luv ngan secretary dia..mesti best gilerrr!!!!!

Happy Mind said...

lala jamila...bulih buat makan tak??? hahaha. terbaik la areila

Happy Mind said...

lala jamila...bulih buat makan tak??? hahaha. terbaik la areila