Tuesday, November 4, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 1

BAB 1
Alunan suara Rihanna menyanyikan lagu Umbrella bergema memecahkan kesunyian. Potong stim. Gangguan teknologi dari saper-saper entah tengah malam buta macam ni. Baru nak masuk apa yang dibaca terus hilang entah ke mana. Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana. Ada apa hal akak sorang ni call aku memalam buta macam ini. Mesti ada hal urgent yang memerlukan perhatian dengan segera. Kalau tidak, jangan harap Kak Ana nak call adik terchenta. Setakat main miscall memang selalu, setiap kali dia tak ada kerja yang nak kena buat. Konon-konon katanya miscall itu tandanya rindu. Rindu dekat adik akak yang sorang ni. Yer la tu Kak Ana. Alunan suara Rihanna berhenti. Selang sesaat. Rihanna menyanyi kembali. Sah. Ini mesti urusan seri paduka baginda yang penting, minta diambil tindakan serta merta. Telefon diangkat.

“Leeya, apa kamu buat lambat bebenor jawab telefon ni. Dah start cuti semester kan. Minggu ni balik Ipoh. Akak ada job nak kasi dekat kamu ni. Balik Leeya. Jangan tak balik.” Senafas Kak Ana mengeluarkan kata-kata. Kemudian, terdengar suara tercungap-cungap macam orang mengah disuruh menyanyi lagu Ziana Zain ber’key’ tinggi pulak. Apakehernyer akak aku yang sorang ni. Aleeya berkata di dalam hati.

“Kak Ana. Assalamualaikum mana ni kak. Kalau yer pun nak kasi job tergolek dekat adikmu ini, kasilah salam dulu. Ni main redah ajer. Apa kes ni Kak Ana. Call Leeya memalam buta ni. Mengganggu kosentrasi orang mau studi ajer ni.”Turn Leeya bukak mulut.

“Yer la Leeya. Kamu nak jawab telefon pun punyer la lamer bebenor akak ni tunggu. Akak ni dah la tengah kelam kelibut nak cari orang tolong cover kerja akak. Tetiba terlintas kamu dalam kepala otak akak ni. Apa lagi. Teruslah akak dail nombor kamu. Assalamualaikum adikku.”

“Cit. Apa punya akak entah. Dah berjela-jela mukadimah baru nak kasi salam. Yer kak. Waalaikummussalam. Job apa akak nak suruh Leeya cover ni kak. Jangan-jangan nak suruh Leeya jadi bidan terjun. Jadi mak andam.” Aleeya cuba meneka.

Kak Ana yang aku kenali. Dia bekas majikan aku. Selepas habis SPM di sinilah aku mula berkerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin milik Kak Ana. Butik Seri Pengantin yang terletak di bangunan kompleks membeli belah Megoplex Ipoh. Selepas gagal menempatkan diri di mana-mana institute pengajian tinggi awam yang ada di Malaysia, aku mengambil keputusan untuk bekerja. Siapa yang tidak kecewa apabila semua permohonan aku untuk menyambung pelajaran di universiti tidak diterima. Kecewa beb!!... Memang result SPM aku tak adalah gempaq mana pun. Tapi kira okeylah. Lebih dari cukup-cukup makan. Time tu rasanya terlalu banyak persaingan. Result yang macam aku ni diorang main pandang sebelah mata ajer kut. Tapi ada jugak member-member yang result lebih kurang aku diterima masuk. Macam mana la aku tak kuciwa bangat. Nak sambung studi form 6 ambik STPM. Aku tak nak. Bukan aku tak cuba belajar Form 6. Aku dah cuba. Tapi belajar form 6 dalam aliran Sains memang tak boleh blah. Memang semasa SPM aku belajar aliran Sains. Result subjek Sains pun takat-takat lepas ajer. aku memang tak boleh bawak subjek Sains semasa di tingkatan 6. Aku ambik keputusan untuk cabut dari Form 6. Abah dengan mak tak tau. Aku cabut dari Form 6 tanpa pengetahuan saper-saper pun. Dari rumah complete aku pakai baju seragam sekolah. Kain biru turquoise dengan baju kurung puteh. Tak lupa Pallass Jazz puteh. Keluar rumah dengan penuh gaya kembang hidung, ala-ala student cemerlang nak pergi menuntut ilmu, tapi padahal aku jadi minah temberang yang melencong ke tempat lain. On time pukul dua petang aku balik rumah. Muka macam tak boleh blah, konon-konon penat studi dalam kelas. Rupa-rupanya penat tawaf satu shopping complex yang ada dekat Ipoh tu. Mana shopping complex aku tak pernah jejak. Boleh dikatakan semua shooping complex kat Ipoh tu aku masuk. Dan nak dijadikan cerita, aku terkantoi dengan abah aku. Ingat lagi dalam kepala otak ni macam mana abah mengamuk sakan bila dapat tau yang selama ini anak dara dia tak pergi sekolah tapi pergi melepak entah mana-mana.
“Abah tak sangka Leeya boleh tipu abah sampai macam ni. Abah bagi Leeya duit suruh pergi sekolah. Tapi Leeya tergamak tipu abah hidup-hidup. Abah kecewa sangat dengan perangai Leeya ni tau.”
“Leeya taknak pergi sekolah abah. Memang Leeya tak boleh bawak subjek Sains tu. Leeya nak kerja abah.”
“Kerja apa yang kamu nak buat. Cakap Leeya!!! Cakap!! Tak pergi sekolah satu hal. Kamu melepak kat pekan Ipoh tu dengan mana-mana jantan. Tak tau malu ker.”
Ni memang kes bawak fitnah. Memang aku tak pergi sekolah. Memang aku melepak kat pekan Ipoh. Tapi aku melepak kat pekan Ipoh tu sengsorang. Takda mana-mana jantan pun yang excort aku. Sialan betul la mulut orang yang bawak citer ni.
“Mana ada Leeya melepak dengan jantan abah.”
“Diam!! Kamu pergi masuk dalam bilik kamu skarang. Pergi!!.. sebelum abah hilang sabar.”

Berbirai-birai sana sini badan aku kena pelupuh dengan rotan. Bisa memang berbisa. Sebotol minyak gamat Langkawi habis aku sapu kat badan aku ni. Airmata dah habis aku keluarkan. Tak ada saper pun yang datang menghulurkan simpati. Sedihnyer.. bukan tak ada yang bersimpati. Mak nak tolong. Tapi paham-paham ajer lah. Abah tengah mengamuk besar masa tu. Angin ribut taufan tengah melanda satu badan. Tak ada siapa pun yang berani. Adik-adik lagilah. Semua duduk diam menikus tengok abah yang tengah berapi tu. Ini semua Si Din Mercun punya angkara. Mulut cabul. Aku dapat mandat, suka-suka hati bagi kurnia dekat orang. Memang kena aku labelkan mamat yang seorang ini dengan gelaran Din Mercun. Sekali bercakap. Berdentam dentum macam bunyi mercun Gong Xi Fa Chai ajer. Aku yang tak tahan, Din Mercun kalau bercakap bukan main lagi. Banyak yang auta dari fakta. Suka-suka hati mak ayah dia ajer cakap yang bukan-bukan. Sepuluh patah dia cakap, sebelas tak boleh pakai. Kata aku melepak dengan jantan la. Masuk kelab malam la. Apaper lah… Segala-gala yang keluar dari mulut mamat yang sorang ni memang tak boleh pakai. Sepuluh benda yang dia cakap, sebelas gerenti tak boleh pakai. Abah tanpa usul periksa main percaya ajer bulat-bulat.

Lepas kantoi dengan abah hari tu, aku hanya duduk dekat rumah ajer. memang aku dah berhenti sekolah secara rasmi. Abah tak tau nak kata apa. Aku nekad. Dekat tiga bulan jugaklah abah boikot taknak layan aku. Taknak bercakap dengan aku. Tiga bulan tu jugaklah aku jadi penganggur terhormat. Menambahkan bilangan belia menganggur di kawasan perumahan aku. Masa tu rasa diri dah jadi macam burung hantu ajer. Siang-siang aku tidur. Malam tolong abah dengan mak dekat kedai makan. Kerja aku kat kedai cuma ambil order hantar order dengan cuci pinggan. Abah sengaja pakai cara kejam nak mengajar aku. Satu sen pun dia tak bagi. Susahnya hidup jadi orang yang papa kedana ni. Bila angin ribut taufan abah tu dah surut. Aku beranikan diri minta kebenaran untuk mencari kerja. Aku tak boleh hidup lah kalau tak ada sen dalam purse. Fuhh…nasib abah kasi. Dan..akhirnya, aku diterima bekerja di butik pengantin milik Kak Ana.

Kerja dengan Kak Ana best. Kepala otak dia pun best. Di sini, macam-macam aku belajar dari Kak Ana. Selama setahun aku bekerja di butik Kak Ana sebelum melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah. Inilah kerja pertama yang aku lakukan dan aku enjoy sangat kerja di butik pengantin Kak Ana. Ikutkan hati aku malas mahu sambung belajar lagi. Dengan jurusan yang langsung aku tak minat dan tak pernah terfikir di kepala. Tapi aku terpaksa akur tunduk mengalah bila emak menggunakan taktik air mata memujuk aku untuk terus menyambung pelajaran. Sampai bila nak kerja menjadi kuli orang. Dengan berat hati, aku pun mengikut keputusan yang emak dan abah dah tentukan. Aku positifkan dalam kepala yang emak dengan abah buat itu semua untuk kebahagian aku dan bukannya untuk menghancurkannya.

“Aleeya…Aleeya…kamu dah tidor ker Cik Nurul Aleeya ooii…” Terdengar sapaan suara ngomelan dari talian sebelah sana.
Aleeya tersentak. Lamunannya terhenti. Apa kes la aku ni. Tengah on the line pun boleh mengalamun sampai ke langit. Memanglah aku ni dah penat sangat-sangat sampai apa yang akak sorang ni cakap aku main masuk telinga kanan keluar telinga kira ajer.
“Yer Kak Ana. Orang ada lah. Apa Kak Ana cakap tadi. I beg your pardon.” Hehehehe…Habi lah aku lepas ni kena sembur dengan Kak Ana. Dah la kakak sorang ni paling pantang dengan frasa “I beg your pordon.” “Repeat plz” “Apa dia kak”…Ngeee… Katanya macam mana nak berjaya kalau setiap arahan itu tak pernah nak diberi perhatian dengan sebaiknya. Yer la tu kakakku. Aleeya hanya berkata di dalam hati.
“Kamu ni Leeya. Apa tadi akak menceceh sorang-sorang ajer ker. Akak nak suruh kamu tolong cover akak ni. Akak kena jadi mak andam dekat rumah orang kahwin di tempat lain. Tolong yer Leeya.”
“Taknak ar kak. Orang tak pro. Karang customer akak complaint. Tak mau. Tak mau.” Aleeya cuba mengelak. Adakah satu wayar dalam kepala Kak Ana sudah tercabut? Dia berkata sendiri. Tak patut tolak kerja dia dekat aku. Lagi malapetaka sebab aku langsung tak pernah buat kerja yang disuruh itu.
“Alah Aleeya. Tolong ar. Akak dah tak ada saper nak mintak tolong ni.”
Aleeya terfikir-fikir. Siapa lagi calon yang paling sesuai untuk menolong Kak Ana yang tengah terdesak itu. “Rozy?” Dia bertanya.
“Rozy kena cover majlis yang lain.” Itu jawapan Kak Ana.
“Hamboi!!!...Semua majlis orang kahwin dekat Ipoh tu akak rembat sorang ker. Sampai Rozy pun kena cover kerja akak jugak ni.”
“Bisness Leeya. Selagi boleh sapu. Kita sapu bersihlah. Tolong ek. Kebetulan pulak hari tu akak ada kerja dekat Pulau Pangkor.”
“Haiseh.. Sampai ke tengah pulau pun akak belasah jugak ker kak. Akak yang sapu bersih. Sekali dengan Leeya dengan Rozy pun kena habuk ni apa kes kak.”
“Tak ada kes la. Akak kasi job pun nak bising. Nanti akak bayar la. Boleh buat top up duit belanja bulan ni.”
“Berapa?” Mata dah mula bersinar-sinar. Masuk soal bayaran ini yang tiba-tiba rasa bersemangat chayok-chayok nak mula kerja ni walaupun tau diri tak berapa nak mahir. Heheheh… Sungguh bermata duitan.
“Cit. Boleh tak buat kejar dulu baru tanya upah.”
“Akak ni. Kenalah tau jugak. Jauh kak. Nak drive dari Putrajaya balik Ipoh semata-mata nak tolong cover kerja akak. Dah la tu. Start dari majlis nikah, sanding bertandang bagai semua kena cover. Upah pun kena sedap Kak Ana.” Demand sikit tak apa. Bukan Kak Ana tak mampu nak bayar. Bisness butik pengantin dia kan terkenal, sekali masuk beribu-ribu tue…
“Ni sejak bila pandai demand soal upah ni. Jangan risau. Buat kerja dulu. Siap keja akak kasilah upah dia nanti. Tolong ek. Kalau Leeya tak tolong Kak Ana. Siapa lagi Kak Ana nak mintak tolong.”
Dia dah mula dah. Kak Ana ni memanglah drama queen. Suka buat sinetron sedih-sedih bagi aku simpati lepas tue terus setuju dengan cadangan dia tadi. Tue la akibatnya kalau suka sangat tengok sinetron-sinetron dari sebarang. Cakap ajerlah cerita apa pun yang ada di dalam Astro Aruna tu. Confirm. Kak Ana mesti tau. Siap boleh cerita balik. Mana tidaknya. Sambil attend customer, sambil sketch design baju pengantin, sambil ambil measurement pun dia boleh pandang-pandang jeling-jeling pada tv semata-mata taknak terlepas tengok sinetron yang melambak-lambak dalam Astro Aruna. Nasib baik tak penah jadi kes salah ambik measurement badan customer, tak penah salah design. Kalau tidak. Wasaalamu la Butik Seri Pengantin ni.
“Ok lah. Janji Kak Ana kena bayar best punyer ek… Nasib baik orang tengah cuti semester. Dan-dan pulak secara tak sengaja Jumaat tu cuti umum. Leeya memang nak balik Ipoh pun. Kalau tak sebab job yang Kak Ana nak kasi tu pun memang Leeya nak balik Ipoh. Lama tak jumpa mak abah adik-adik semua. Isnin Leeya cuti.”
“Cun sangat lah tu adikku.”girang suara Kak Ana apabila Aleeya bersetuju untuk membantunya.
“Alat-alat solek semua macam mana kak?”
“Pakai Leeya punya.”
Gila!!.. apa Kak Ana fikir aku ni tokei butik pengantin macam dia jugak ker. Yang simpan melambak-lambak alatan mekap. Aku ni kerja sebagai setiausaha. Pembantu peribadi. Orang goment. Bukan mak andam. Kes jadi mak andam ni pun terpaksa merelakan sahaja. Bidan terjun. Niat nak tolong Kak Ana. agak-agak ar sikit Kak Ana oiii…
“Leeya mana ada semua tue. Macam ni orang tak nak tolonglah.”
“Ececeh… sejak bila pulak adik akak yang sorang ni cepat merajuk ni. Cepat sangat melatah. Pakai Kak Ana punyalah sayang. Leeya balik malam Jumaat kan. Nanti, sebelum balik rumah, datang singgah butik akak. Ambil semua alatan mekap yang rasa nak guna, baju pengantin, eksesori semuanya. Sebab hari Sabtu dengan hari Ahad akak dah tutup kedai. Akak dah ada di Pulau Pangkor menguruskan majlis resepsi tepi pantai ala-ala cerita omputeh tu.”
“Ok lah. Orang tau. Macam-macam ar Kak Ana ni. Dah la bagi tau last minute. Hari ni dah Rabu. Kena start studi nak hias wajah pengantin start malam ni la. Alamatnya nak buat revision semester akan datang kena postpone lagilah...”
Hehehehehe… terdengar suara kak Ana ketawa. Hatoii!!... Ini yang tak berapa nak paham I am not understand ni. Sejak bilalah cik adik sorang ni dah pandai membebel macam makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap.
“Apa gelak-gelak? Suka lah tu orang dah setuju nak tolong dia.”
“Bukan tolong ajer tau. Akak bayar tau. Bukan kerja free tau. Semua ada upah tau.”
“Yer. Tau. Sedia maklum.”
“Kalau sedia maklum, bagus!!.. Pergi studi. Majalah Pengantin banyak kat dalam rak buku Leeya kan. Studi sikit-sikit. Lepas tu suruh housemate jadi model sekejap. Pinjam muka dia orang jadi bahan eksperimen. Try mekap kat muka dia orang. Bagi refresh balik kepala tue. Basic nak pakai foundation macam mana, nak sapu blusher macam mana, nak macth’kan eye shadow macam mana, segala macam akak dah pernah ajar dulu kan. Yang lain just use your creativity sahaja. Okey.”
“Yer.. Yer.. Tau. Okey. Set Kak Ana. Line clear punya..”
“Good. Okeylah. Akak nak tidur ni. Penat kerja di butik tadi. Nanti jangan lupa singgah butik akak. Ambik barang-barang tue semua.”
“Okey. Jumpa malam Jumaat nanti. Dalam pukul lapan malam Leeya sampailah. Leeya bertolak dari Putrajaya after office hour.”
“Deal!!.. Babai baby. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.” Talian dimatikan.

Haru blue jadinya. Kak Ana mintak aku tolong cover kerja dia pulak dah. Dah lama aku tak buat kerja yang dia suruh buat ni. Adoyaai… Sah-sah nak plan buat revision untuk modul semester depan kena postpone. Kena studi majalah Pengantin yang dah tersimpan elok dalam kotak bawah katil ini. Hushh… Punya haru. Isnin sampai Jumaat start dari pukul lapan pagi sampai pukul lima petang itupun kalau bos tak ada dekat office baru boleh balik on time tapi kalau bos ada alamatnya pukul 6.30 petanglah baru boleh punch card keluar office. Kerja.. Kerja… Kerja... Sabtu Ahad, orang sibuk beristirehat bercanda ditepian pantai dengan family menghiburkan hati, aku sibuk masuk kuliah start dari pukul lapan setengah pagi sampai ke petang ikut suka pensyarah terakhir nak bersyarah, baru boleh balik rumah. Lepas tu, confirm penat. Confirm tak larat. Layan tv sekejap. Lepas tu masuk bilik teru tidur. Nak studi pun biasanya weekday after office hour lah baru berpeluang pegang buku. Itupun kalau keadaan mengizinkan. Buat kerja banyak melambak-lambak kena diselesaikan alamatnya tak mengulangkajilah aku. Inilah yang kena tanggung bila terpaksa jadi pekerja and at the same time terpaksa jadi student. Baru masuk tahun ke dua bergelar student part time Universiti Kebangsaan Malaysia hidup dah jadi kacau bilau. Tapi sekali dah melangkah, takkan nak patah balik. Biar bersusah dahulu, senangnya kemudian. Ingat kata orang bijak pandai. Orang yang berjaya adalah orang biasa, yang berusaha dengan cara yang luar biasa untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Manusia yang gagal itu adalah apabila dia berhenti mencuba. Aku tak nak jadi orang yang gagal dalam hidup. Cukup dulu sekali. Jangan biar sejarah dulu berulang.
Tapi, ini kes lain. Kak Ana buat spoil kasi haru. Baru ingat nak bercuti honeymoon sempena cuti semester. Dah ada kerja kena buat. Citt!!... Dah boleh dengar Juruhebah Radio Taman Temara bersuara. Biasanya macam inilah…
Acer balik kampung tak pernah melekat kat umah. Hari ni jumpa orang ni. Esok jumpa orang ni pulak. Hari ni jumpa Nana, esok Julia, lusa Kak Ana, tulat Abab. Dah macam Senah Senator yang hidupnya sibuk semedang.…bla..bla..bla..bla..
Siapa lagi juruhebah radio di rumah aku tue. Emaklah. Abah rilek ajer. Cuma kalau balik lambat tu berdesinglah telinga kena sound. Boleh cair tahi telinga kalau dengar syarahan percuma dari abah. Biasanya…
Ushh…dari orang dah jadi burung hantu ajer upernyer.. Malam baru ingat nak balik rumah. Keluar tak nampak matahari, balik pun tak jumpa matahari jugak. Nama ajer bercuti nak balik rumah mak abah, sampai sini Kinta City tu jugaklah yang dah jadi macam rumah nombor satu. Rumah mak abah jadi rumah nombor dua kamu…
Tadah ajerlah telinga. Dah sendiri cari pasal. Buat macam biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Janji keluar rumah tak buat benda yang bukan-bukan. Cukup time masuk waktu sembahyang cepat-cepat pergi masjid atau surau. Alah..shopping complex sekarang ni semua ada surau. So soal sembahyang memang tak ada hal punyalah. Ayat biasa mak abah macam tu ar. Adinda- adindaku yang berdua tu pulak. Dia orang tak cakap banyak. Cuma sebelum keluar sampaikan amanat..Lebih kurang macam ni…
Akak nanti balik jangan lupa tapaukan apaper ajer yer…KFC ker, McD ker, Pizzahut ker..
Bila balik dah setia menanti macam satu hari tak makan nasi kat rumah. Itu cerita ahli keluarga aku. Hal Kak Ana ni tak settle lagi ni. Ngee… Nak mekap macam manalah nanti nie. Segala majalah dah habis selak ni. Majalah Pengantin, Wanita, Remaja semua dah habis selak. Tapi idea tak masuk jugak ni. Nak mekap ala-ala masa Datuk Siti kahwin, ermm..Wah gitu!! Advancextravaganza. Hahahha… Belasah ajer lah. Macam Kak Ana cakap tadi. Semua yang basic dia dah ajar. Just use your creativiti. Hentam sajalah laboo…. Janji nampak cantik. Walaupun aku tak mungkin dapat ubah muka pengantin tu nanti jadi macam Datuk Siti ker, Maya Karin ker tapi kalau berjaya ubah dari wajah yang biasa-biasa jadi lain dari yang biasa kira okey la tue... Tunggu dan lihat ajerlah apa akan jadi nanti.

12 comments:

lolipop said...

chayok,,chayok...

citer nmnpk menarik...keepitup...

x sbr tggu n3 strusnyer...

syabas cik bintang...

harakiriyakuza said...

chayok,,chayok...
keepitup lg cik star...

citer menarik ni...

syabas bete,,syabassss...

puteri_mukhriz said...

cita nie mcm best...c'yo...adikku! sis sentiasa bg sokongan!

akubintangbiasa said...

thanks sis... ni yang wat i lap u sok mat ni...hahaha... chapter 2 bakal menyusul..

sepi2_indah said...

yea.cite menarik..real ajer ....syabas..truskan hasil penulisan anda..sebelum post novel , cek spelling error lu k..

gd luck...

ceritaku MEMORIKU said...

permulaan yg best.
good job.
suke2.
-na`dz

Anonymous said...

best....x sabo nk baca bab 2 lak ni... gud luck...

Anonymous said...

salam,.. kak eila,.. hurm,.. sy mira,.. fom 4 meyh,.. hurm,, cter nie mmg bez,.. br bc 1st bab,.. dataw da yg cter ni sure masyuk ah,.. esp. bler bc cre n gayer penulisan akak yg sempoi n gile2 2,.. hehe,.. nway,.. keepitup ea kak,.. wsalam,..

kia said...

kwn sye ade novel ni..sye pinjam..novel ni best sesangat..kalau leh novel iman suraya ni ade jual ke??

adeehah minha said...

kak..bju pngntin mak andam ni memg fav bku sye...memg syok tahap bima sakti cter ni..tp nak tnyer lah kak...takpe ke akak upload cter2 akak sume kat blog???tkot nanti org duk bce online je..tak nak beli yang buku nyer??sye sah2 lah prefer beli buku..nmpak skit depan bijik mata

eyra said...

wah.......dah der buku....best

noni said...

novel yang paling best