Monday, December 17, 2012

Kupilih Hatimu 18

Bab 18
Semenjak Amir pulang ke rumah banglo ini tidak ada satu hari pun keadaan rumah menjadi tenang dan tenteram.  Setiap hari pasti akan ada bunyi-bunyi bising yang konon-konon ceria.  Kadang-kadang Imran rimas.  Dia mahu membuat kerja pun terganggu apabila ada bunyi-bunyi bising yang mengganggu.  Imran turun ke bawah untuk melihat apa pula yang menjadi sebab untuk makhluk-makhluk di dalam rumah ini membuat bising.  Seperti berpesta sakan pula mereka.  Sudah lewat malam tetapi masih belum mahu tidur.  
Sebaik sahaja turun, Imran melihat Amir, Intan dan Nana begitu gembira bermain monopoly sehingga kehadirannya langsung tidak disedari.  “Kenapa bising-bising ni.  Tak tahu ker dah malam ni.”  Imran bersuara separa menjerit di atas anak tangga.  Semua mata terarah kepadanya. 
“Alah, kau ni Long.  Baru pukul berapa.”  Balas Amir bersahaja sebelum membaling buah dadu. 
“Intan, umi mana?”  Imran menyoal Intan pula.
“Dalam bilik dengan Mak Wan.”  Jawab Intan tanpa memandang wajah Encik Imran.  Matanya lebih tertumpu kepada tangan Amir yang sedang menggerakkan buah penandanya di atas papan monopoly.  Amir ni licik sikit. Jika leka dia akan suka-suka hati melangkau lebih dari bilangan dadu yang dia baling tadi.  Intan harus berhati-hati kerana tadi dia baru sahaja membayar denda akibat termasuk di dalam tapak rumah Amir. 
Imran menjadi geram apabila kehadirnanya seakan tidak dipedulikan.  Mereka masih lagi asyik bermain.  Lantas dia menghampiri mereka semua.  “Eh…  Kan saya suruh awak yang tengok-tengokkan umi bukan Mak Wan.  Ponteng kerja?”  Tidak semena-mena Imran memarahi Intan.
Intan berdecit.  “Mana ada.  Puan nak berborak dengan Mak Wan.”  Beritahu Intan polos tanpa memandang muka Encik Imran.
Imran bercekak pinggang.  “Habis kalau umi nak berborak dengan Mak Wan awak boleh main-main macam nil ah.”
Intan berdecit. Dia angkat wajah.  Memandang muka Encik Imran yang menjadi bengis.  “Encik Imran, Puan dengan Mak Wan nak berborak pasal orang-orang tualah.  Takkanlah saya yang muda belia ni nak join group warga-tua-teras-masyarakat.  Malaslah.”  Jelas Intan.
Mata Imran membulat. 
“Amir!!”  Intan menepis tangan Amir yang sudah mahu main tipu. 
“Apa?”  Soal Amir kurang faham.
“Awak ingat saya tak nampak.”  Getus Intan.  Buah penanda Amir diundur tiga tapak ke belakang.  “Sini!!”  Ujar Intan.
Amir mengekek ketawa.  Dahi Imran berkerut.  Dia rasa macam orang bodoh. 
“Yang korang semua ni pulak tak tahu nak masuk tidur dah ker.  Bising ajer malam-malam.”  Imran masih lagi mahu membebel.
“Alah… Macam orang dah kahwin pulak kau ni Along ajak tidur awal-awal.  Lepaklah.  Kita orang nak habiskan main Monopoly ni.”  Amir menjawab bagi pihak semua.
“Haahlah.  Kita orang tengah syok main ni.  Janganlah kacau.”  Sampuk Intan. 
Imran menarik nafas geram. Sejak kebelakangan ini dia seringkali melihat Intan begitu mesra dengan Amir.  Mereka boleh berbual bersama sambil bergurau-gurau.  Seperti dia, Amir juga seringkali menjadi mangsa gosip Intan dengan Mak Wan.  Bezanya cuma gosip tentang Amir semuanya baik-baik dan manis-manis belaka.  Jika dia yang digosipkan pasti tak ada yang baik melainkan yang buruk-buruk belaka.
Imran syak Intan sedang menggoda Amir.  Tidak pun Amir yang sedang menggoda Intan.  Ah.. Mereka tidak sepadan langsung!  Imran pegang dada.  Ada rasa sakit.  Cemburukah dia melihat kemesraan itu?  Gila sungguh perasaan yang tiba-tiba datang ni.  Tempelak Imran di dalam hati.
“Along nak join.”  Kata Imran tiba-tiba terus menyelit duduk di sebelah Intan dan Farhana. 
“Eh… Along kau pandai ke main.”  Kata Amir tidak percaya.
“Urus syarikat pun aku boleh takkanlah setakat main monopoly aku tak boleh.”  Balas Imran sedikit riak bunyinya.
“Tapi kita orang dah main lama dah ni.  Kalau kau masuk alamat kena mula dari awal lah.”  Ujar Amir.
“Tak apa. Tak apa.  Encik Imran geng dengan Nana lah.  Kesian asyik bankrap ajer daripada tadi.”  Kata Intan sambil ketawa melihat Farhana yang hanya tinggal beberapa keping duit tipu sahaja ditangannya. 
“Haah.  Nana, bagi Along tolong Nana.” 
Kata-kata Imran itu membuatkan semua mata tertumpu kepadanya.  Buat pertama kalinya Imran membahasakan dirinya Along dengan Farhana.  Imran yang tersedar diri diperhatikan membuat muka selamba.  “Mulai sekarang panggil Along, Along okey.”  Kata Imran sambil mengusap-usap lembut kepala Farhana.  Farhana mengangguk.  Dia tersenyum bahagia.  “Jom, kita kalahkan diorang berdua ni.”  Ajak Imran bersemangat.

Entry cinonit!
Terima kasih sebab masuk blog saya dan baca!


3 comments:

Aziela said...

Sweet, suka sangat. Tapi sikitlaaa Iela. Cerita nie, publish tak...? Oh yer, last weekend cari buku Baju Pengantin Mak Andam. Dah habis...sedihhh huhuhu

hk said...

sukernyer!! progress yg bagus...sweetnya moment tu...bonding time :)

kak ida said...

salam dik

E3 yg melihat betapa Imran dah berubah ..dapat menerima Farhana sebagai adiknya..tidak sesia semua org memboikotnya selama ini..ada hikmahnya kan..terasa yg farhana itu diperlu dan disayangi oleh keluarga tirinya walaupun berbelas tahun mereka tidak mengiktirafkannya kerana kesalahan ibu dan bapanya yg curang dan melukakkan hati famili tirinya ..sekurang kurangnya sekarang mereka telah dapat menerimanya..
Adakah Imran telah mula mentukai minah poyo tu ..tanpa dia sedar ..