Thursday, November 20, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 10

Aleeya merebahkan badan di atas tilam toto yang sedia terbentang. Penatnya, Tuhan sahaja yang tahu. Semesta baru telah pun bermula. Modul untuk semesta ketiga nampaknya semakin tough dan macam susah gila. Harap-harap, semesta ini janganlah ada subjek yang terkantoi. Mahu naya jadinya kalau ada satu subjek yang tak lepas. Tak pasal-pasal semesta yang berikutnya terpaksa repeat balik subjek yang kantoi. Itu belum kira kena sembur dengan emak sebab tak mahu belajar betul-betul. Nauzubillah min zalik. Hari pertama semesta baru pun dah start dengan kuliah. Dah tak ada masa nak lepak-lepak enjoy-enjoy lagi. Jangan buat-buat terkejut kalau dapat message dari lecturer jika kena datang kuliah pada hari biasa selepas office hour, walaupun untuk para pelajar separuh masa, kuliah hanyalah diadakan pada hari Sabtu Ahad sahaja.
Alunan irama Umbrella bergema. Segera Aleeya mengeluarkan Nokia 6500 Slide dari dalam bag. Dia melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbit. ‘Chikgu Chentaku’. Ini sudah masuk panggilan ketiga yang Aleeya terima dari orang yang sama sepanjang hari ini. Semuanya Aleeya buat tidak tahu. Aleeya mengeluh lemah. Panggilan itu dibiarkan sahaja tanpa bersambut. Bingit mendengar Umbrella dari Rihanna, telefon bimbit kemudian dimatikan. Lantas Aleeya terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Lagipun Maghrib semakin menghampiri.
Selesai mandi, Aleeya menunaikan solat Maghrib. Habis solat dia mencapai surah Yassin yang terletak di atas rak buku meja belajar. Ayat-ayat Yassin dibaca sementara menunggu masuk waktu Isyak. Selesai solat Isyak, Aleeya terus berteleku di meja studi. Bekerja sambil belajar memanglah memerlukan pengorbanan. “Orang lain, malam minggu sebegini sibuk bersuka ria bergumbira aku terpaksa mengadap buku. Tapi nak buat macam mana. Dah ini jalan yang aku pilih. At least jalan yang aku pilih ini jalan yang lurus bukan jalan yang bengkang bengkok.” Hati berkata.
Biasa malam-malam minggu begini, rumah memang akan menjadi sunyi sepi. Anis akan balik ke rumah emak abah dia di Sungai Buluh. Untunglah dia, rumah emak abah dekat. Aida tak tau mana lesapnya. Cuma Iwa bagi tahu tadi dia keluar dengan rakan sepejabatnya. Mungkin malam ini dia tidak balik rumah.
Dan seperti kebiasaannya, Aleeya dan Iwa setia menjadi penunggu rumah. “Elleeh.. Yer lah tu Cik Nurul Aleeya, Cik Mar Rozaiwa. Dua-dua sama ajer. Dua kali lima sepuluh. Lima kali dua sepuluh. Lapan campur dua sepuluh. Dua campur lapan sepuluh.” Hati Aleeya berkata. Sebab esok pagi-pagi ada kuliah kerana itu terpaksa berteleku duduk dekat rumah buat ulangkaji. Kalau tak, kita orang pun tak akan lekat dekat rumah. Paling-paling tidak pun lepas solat Isyak terus pergi lepak dekat mapley Pricint 9 ataupun tengok midnight movie di Alamanda. Aleeya masih lagi setia di meja belajar. Memanglah kalau nak buat benda yang baik ada sahaja yang datang mengganggu. Mata macam dah kena letak dengan batu sungai ajer. Berat semacam. Aleeya mengangkat punggung dari kerusi lalu menuju ke dapur.
“Buat apa?” Iwa menegur dari belakang.
Terkejut Aleeya apabaila tiba-tiba ditegur oleh Iwa sedemikian rupa. Sudahlah keadaan malam-malam macam ni senyap sunyi sahaja. Ya Allah.. Nasiblah aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tidak kat sini jugak aku kojol. Botol Nescafe di tangan nasib tidak terlepas. Kalau tidak mahunya aku kempunan malam ini nak minum Nescafe. “Buat air. Kau nak ker?”
Bagai orang mengantuk dihulurkan bantal. Iwa terus mengangguk laju apabila Aleeya dengan sukarela tanpa dipaksa-paksa mahu membuat air untuknya sekali. “Nak..Nak..” Iwa mengangguk.
“Pantang dipelawa. Cepat ajer mengangguk.” Aleeya berkata di dalam hati. Aleeya mengeluarkan sebiji mug lagi dari dalam kabinet dapur. Serbuk Nescafe dibubuh di dalam mug. Pasangan sehati sejiwa Nescafe, Coffemate pula dimasukkan. Air panas dari cerek elektrik dituang ke dalam ke dua-dua mug dihadapannya. Air Nescafe dikacau perlahan-lahan. Siap. Aroma bau Nescafe panas yang berasap nipis itu benar-benar membuatkan mata terasa segar semula.
“Leeya nanti tolong hantar masuk bilik aku yer.”
Amboi slumber sungguh Mar Rozaiwa berkata-kata. Siap minta tolong dihantar sampai ke dalam bilik. Ingat dia puteri raja dari kayangan ker. Nak dilayan sampai macam tu sekali. Terlupa diri ker yang sekarang ini dia dengan aku dekat rumah bukan sedap-sedap duduk melepak dekat mapley. “Kau ingat aku Anei dekat mapley Pricint 9 tu ker.” Balas Aleeya kemudian.
Iwa yang terasa nak melangkah ke dalam bilik terus tak jadi dan terus ketawa melihat Cik Aleeya pot-pet-pot-pet merungut seperti itu. Teringat pulak iklan U Mobile. ANEI!!, KASI TEH TARIK. BOLEH!!.. KASI SETENGAH GELAS. TAK BOLEH.. KENAPA??
Adalah sesuatu yang cukup melawakkan kalau Aleeya macam anei dalam iklan itu. “Yer lah.. Yer lah.. Aku teman kau kat sini.”
Tangan Iwa tidak berhenti-henti mengetuk-mengetuk kabinet dapur tak tau berirama lagu apa, sambil mata melilau mencari sesuatu yang boleh dibuat kudap-kudapan. Twisties peket besar dicapai. Iwa berdiri di balkoni dapur sambil makan Twisties.
“Nah.” Aleeya menyuakan Nescafe panas berasap nipis kepada Iwa.
Iwa menyambut huluran dengan senyum dibibir. “Mekacih.”
Aleeya mengambil tempat disebelah Iwa. Dua-dua sedang melayan perasaan menghadap ke langit yang nampak cantik dengan taburan bintang-bintang.
“Leeya.” Iwa memecah tembok kesunyian.
“Yup.” Aleeya menjawab ringkas.
“Nanti aku pinjam buku-buku masa kau semesta dua dulu ek.”
Aleeya tersenyum. “Ambiklah. Tapi pinjam ajer tau. Habis sem make sure pulangkan balik sebelum aku start mensumbangkan lagu Pulangkan. Aku sayang buku-buku tu semua. Tapi nak pinjam mesti kena ikut syarat yang telah ditetapkan.”
“Tahu. Jangan terkelepek, jangan terkoyak, jangan terkemek.” Iwa memotong sebelum sempat Aleeya meneruskan kata. Sudah faham sangat perangai Aleeya yang satu itu. Jika ingin meminjam buku-buku kepunyaan Aleeya, jangan sesekali diapa-apakan buku-buku itu. Jangan ada yang berani gatal tangan. Pasti mengamuk besar Aleeya jika ada yang mengingkari arahan. Bukan setakat buku pelajaran, koleksi novel kesayangan, kamus-kamus yang bermacam bahasa, bahkan sehinggakan majalah Remaja yang dibeli dua kali sebulan itu juga jangan cuba diapa-apakan. Di dalam setiap helaian pertama buku-buku, novel dan majalah milik Aleeya sudah sedia bertanda dengan kertas berwarna merah cili yang tertulis ‘BUKU INI ALEEYA PUNYA!!. TOLONG BUAT MACAM HARTA ORANG LAIN. JANGAN BUAT MACAM HARTA BENDA SENDIRI. INGAT!!!!!!! INI ALEEYA PUNYA. ALEEYA YANG PUNYA.’ Macam-macam perangai housemate yang seorang ini.
“Pandai pun. Tak payah aku sibuk buat ulang siaran cakap benda yang sama.” Kata Aleeya bersahaja.
“Yerlah. Dah berapa lama kita berkawan. Dari poli lagi aku dah kenal kau sampai dah kerja, buat PJJ sama-sama pulak tu.”
“Yerlah adik junior ku. Memang kita buat PJJ bersama-sama dekat UKM uni tercinta, tapi kau tu tetap junior aku. Jadi kau kenalah respect senior lebih.” Aleeya membalas dengan gelak tawa.
Iwa mencebikkan bibir. Ek..ena.. Ini apahal riak semacam ajer gayanya. Baru senior terlebih satu semesta dah berlagak tak agak-agak. “Elleh poyo betul kakak super duper senior aku ni.”
Pecah ketawa budak berdua ini. Aleeya meneguk perlahan Nescafe yang berasap nipis. “Iwa.”
“Ermm.” Pendek Iwa menjawab.
“Kenapa kau tak suka dekat Encik Izzat jiran depan rumah kita tu.” Aleeya bertanya. Terukir senyuman mengiringi soalan tadi. Soalan cepumas. Biar Iwa tak senang duduk nak jawab soalan aku ini. Tak sabar nak mendengar apa ayat dia mahu goreng aku kali ini.
Muka Iwa dah mula merona merah. Tersipu-sipu dia menahan rasa malu. Darah terasa sudah menyerbu naik ke muka. Panas. Apa punya soalan tengah-tengah malam Aleeya kasi dekat aku ini. “Entahlah. Malaslah aku dengan dia tu. Slow. Tak paham-paham.” Itu sahaja jawapan yang mampu Iwa bagi untuk soalan Aleeya itu tadi.
“Yerlah tu. Dah kau pun tak pernah nak bagi dia can.” Aleeya masih tidak mahu mengalah. Sebolehnya mahu dikorek sampai dapat jawapan dari mulut Iwa.
“Can amenda. Ada ker patut dia bagi bunga tahi ayam dekat aku. Kau pun satu, macam tak tau nak bezakan carnation dengan bunga tahi ayam tepi jalan nak masuk Precint 11 ni. Main bagi ajer pada aku.”
Aleeya ketawa. Teringat macam mana Encik Izzat buat muka macam tak ada apa-apa mintak aku tolong sampaikan bunga untuk Iwa. Macam gentleman dengan jambangan bunga diletakkan dibelakang. Sekali bila jambangan tadi dibawa ke hadapan, alangkah terperanjatnya aku apabila melihat sejambak bunga tahi. Aku yang macam kena pukau terus ambik dan bagi pada Iwa. Mengamuk besar Iwa malam tu. Katanya aku tak bermata tak berhidung, bunga tahi ayam disangka carnation pink calour. Aku ni masih sihat walafiat. Tak ada masalah deria melihat dan menghidu. Cuma saja nak buat jahat. Kenakan kawan sendiri, itu yang secara sukarela bersetuju mahu menjadi posman untuk Encik Izzat. Encik Izzat tu pun satu. Kalau nak buat cerita romantic komedi janganlah teruk sangat. Mana taman dia pergi rembat bunga tahi ayam tu, aku sendiri tak tau.
“Kau pulak.” Iwa pula bertanya kepada Aleeya apabila melihatkan Aleeya dari tadi tidak berhenti-henti tersenyum melihat dirinya.
Gulp.. Aleeya menelan air liur yang sedikit kelat. “Aku tak tahu.”
Iwa mencebik. “Macam tu pulak.”
“Susahkan nak lupakan orang yang kita pernah sayang.”
Iwa hanya mengangguk lemah. “Betul. Tapi kita kena kuat ke arah itu. Kena belajar untuk melupakan kenangan silam. Kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan terseksa. Jiwa merana. Hidup jadi kacau bilau. Takut nanti jadi sasau.” Bersahaja Iwa berkata.
“Aku tau. Aku pun tengah berusaha. Tapi aku tak tau. Kenapa payah sangat.”
“Cuba. Aku tau. Kau boleh. Kau kuat.” Iwa memberi kata-kata semangat. Benar. Bukan senang untuk melupakan insan yang pernah bertahta di dalam hati. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula orang yang kita sayang.
Aleeya memandang Iwa. “Chayok!!..Chayok!!..: Serentak mereka bersuara menyebut perkataan yang sama. Pecah ketawa kedua-duanya.
“Leeya, cerita dekat aku pasal Zain.”
Tiba-tiba ketawa Aleeya mati macam tu sahaja. Sah. Ini soalan untuk memerangkap dirinya. “Okey. Enough. Times up. Sessi layan jiwa-jiwa dah tamat. Jom masuk bilik sambung balik sessi pembelajaran sendirian berhad kita tadi. Kalau ada yang kau tak tau, tak paham ketuk pintu bilik aku. Jangan main redah ajer.” Aleeya terus berlalu meninggalkan Iwa yang terpinga-pinga. Soalan Iwa dibiarkan tergantung begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan.

Aleeya masuk ke dalam bilik dan kembali duduk berteleku di meja belajar. Mug Nescafe tadi diletak di sisi kanan meja belajar. Buku setebal satu inci setengah di buka. Telefon bimbit yang dari tadi diam membisu dicapai. Telefon yang tadinya mati tidak bernyawa dihidupkan semula. Aleeya melihat senarai panggilan yang tidak berjawab. Dia mengeluh. Kemudian melihat mesej yang masuk. Sekali lagi Aleeya melepas keluhan lemah. Arrgghh.. “Kalau sekarang aku buat keputusan nak baca buku, memang confirm tak akan ada satu benda pun yang akan masuk melekat dalam kepala. Adalah lebih baik aku buat nota yang meriah dengan macam-macam warna.” Aleeya bermonolog sendiri di dalam hati. Itu adalah yang terbaik.

5 comments:

-Ain-Dak In- said...

hahahaha...
adoi,,,sy dah gelak smpi
tergolek2 kat tangga ni..
klaka tol citer ni.
ader ke bg bunga tahi ayam..
atoi.....

nak lg,,nak,,

Ikie Omar said...

nak lg pleaseeeeeeeee.....

Khar said...

Salam

Jemput ke karya oline kami ya. Kalau ada cerita dark, gotik, thriller,fantasi, apa-apalah boleh le kot kalau nak sumbangkan kat tmpt kami. Terima kasih.

http://karyasidangpenulis.blogspot.com/
http://mekmulong.blogspot.com/

Anonymous said...

best......
bila nak sambung lagi?

NukSe said...

betul tu aleeya...bkn senang nk lupakan org yg kita sayang...hemmm ia ambik ms..