Wednesday, November 5, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 2

“Leeya cek semua dulu Ya. Jangan sampai ada yang tertinggal. Pastikan semua cukup. Nanti kelam kabut.” Ngomel Kak Ana sorang-sorang.
Aleeya buat tak tau. Entah dengar entah tidak. Mata dari tadi bulat pandangkan selonggok baju pengantin, eksesori hiasan diri, beg peralatan mekap, payung, kipas untuk majlis esok dan hari-hari berikutnya. Fuhhh… Ini betul-betul kerja berat namanya ni. Okey. Betul. Memang aku kena andamkan pengantin esok. Tapi.. Kak Ana tak cakap pun sampai nak pakaikan baju-baju ini semua pun aku jugak yang kena buat. Kak Ana hantar aku seorang diri. Tak ada siapa excort. Assistant pun tak ada. Setakat songket gaun ni okey lagi. Main seluk ajer. Ini sari, cheongsam, baju Jawa, baju Korea segala jenis baju yang ada kat jajahan Asia Tenggara ni pun aku jugak ker yang kena hiaskan kena pakaikan. Adoyaii.. besar punya bala Kak Ana letak kat bahu aku ni.
“Akak ni biar betul kak. Takkan semua baju-baju ni nak kena bawak.” Aleeya mula tak puas hati.
“Yer la adikku. Semua tu kena bawak. Baju-baju solo tu pengantin perempuan nak pakai lepas majlis berinai besar. Akak dah siapkan dah. Aleeya cuma perlu cek semua eksesori complete ke tak. Nanti kalau ada yang tertinggal jenuh pulak akak nak cari feri dari Pulau Pangkor nak ke Lumut balik ke butik ni. Jangan dibuat Aleeya. Tak cukup tanah akak terkejar-kejar nanti. Majlis kat sana harap akak sorang ajer handle.” Panjang lebar penjelasan Kak Ana. Harap adik aku yang sorang ini boleh paham bahasa.
“Habis semua ni, oranglah yang kena pakaikan kena siapkan. Kak Ana kata jadi mak andam ajer. Ini dah melanggar perjanjian ni kak. Apa kes ni.”Aleeya bersuara lagi. Dia masih tidak berpuas hati. Kak Ana memang saja nak kenakan aku. Dah aku setuju nak tolong dia, macam-macam pulak yang dia suruh buat. Ini yang buat beta hangin ini…
“Lor… betullah mak andam kena buat semua tu. Takkan nak suruh pengantin perempuan tu buat sendiri. Jangan kasi malu Butik Seri Pengantin Aleeya. Macam tak pernah buat pulak. Dulu masa kerja kat butik ni selalukan ikut akak pergi andamkan orang kahwin. Baju-baju ni main seluk pakai ajer. Aleeya tolong pengantin tu pakaikan kat badan dia. Siap. Semudah ABC 123.” Kak Ana membilang-bilang jarinya hadapan muka Aleeya tanda semua itu senang untuk dibereskan.
Aleeya masih tak berpuas hati. Kalau iyer pun baju-baju ini semua main seluk pakai ajer tapi hiasan-hiasan ni pulak macam mana. Tak ker haru. Aku dah ler tak pernah pakai segala jenis hiasan ni semua. Setakat tengok Kak Ana pakaikan pada pengantin pernahlah. Itupun setahun yang lepas. Yang sekarang ini entah ingat entah tidak. Aleeya kau memang mencari bala sendiri.
“Hiasan kepala yang macam-macam ni macam mana.” Slumber Aleeya bertanya dengan wajah yang tidak beriak.
“Takkan itu pun akak nak ajar. Ni kalau pakai sari hiasan dia yang ini. Kalau cheongsam yang ni. Dan seterusnya.” Kak Ana mula menjawab dengan nada geram apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Aleeya itu sambil tangannya ligat meletakkan aksesori hiasan itu sepadan dengan pakaian yang hendak dipakai oleh pengantin pada malam berinai besar itu nanti. Soalan yang tak patut dan tak wajar diajukan.
Aleeya mendengus. Kak Ana memang. Ingat dia ajer ker yang boleh naik angin. Aku tengah hangin ada dia kesah. Dah suruh orang tolong, tapi bila orang bertanya jawab macam nak telan orang ajer. Dah memang aku blur tak tau nak buat macam mana. “Tapi orang tak pernah buat semua ni akak.”
“Memang tak pernah buat tapi pernah tengok filem Hindustan kan. Pernah tengok filem Korea kan. Cerita Indonesia pun selalu tengok jugak kan. Hantu cerita Cina kan. Dalam majalah pernah baca pernah tengok kan. So sekaranglah nak praktikkan. Jangan bagi alasan tak tau. Alasan tak tau tu tak diterima pakai time-time sesak macam ni cik adik oii…” Jenuh betui nak terangkan kat adik yang sorang ni. Dah berbuih bercakap dia buat dunno ajer.
Aleeya mengetap bibir. “Tapi…”
“No tapi-tapi. Akak percaya kat Aleeya. Dah lupa ker apa yang akak pernah cakap dulu. Orang yang gagal adalah apabila dia berhenti mencuba. Akak tau adik akak bukan orang yang gagal kan.” Kak Ana cuba memberi semangat. Bukan senang nak cairkan budak yang sorang ni. Kalau Rozy senang ajer. Ini Aleeya bukan Rozy. Si kepala batu yang kadang-kadang mak abah dia pun tak tau nak buat apa.
“Ish..akak ni. Pysco orang la tu. Okey. Try my best la.”
“Akak tau Aleeya boleh buat. Jangan malukan nama Butik Seri Pengantin. Chayok..Chayok…….” Bersemangat lagi…Semangat..
“Alah Aleeya.. Zie tau Aleeya mesti boleh punyalah. Aleeya bukan ker bersemangat kental pantang menyerah kalah sebelum berjuang. Kerja kecik ajer ni. Bukan Aleeya tak berpengalaman. Setahun Aleeya kerja dengan Ana.” Aleeya dongak kepala. Memandang sekilas kepada gerangan yang disangkakan sakit tekak tak boleh bercakap itu. Rozy yang dari tadi senyap kerana malas mahu masuk campur hal Ana dengan Aleeya tiba-tiba bersuara.
Rozy a.k.a Ridzuan Malek ini boleh bercakap rupanya. Ingat tak bersuara tadi. Lemas betul aku dengan Si Lembut yang seorang ni. Rozy ni member aku masa aku kerja di butik Kak Ana ini. Dia bisness partner Kak Ana. Kira shareholder dalam Butik Seri Pengantin inilah. Apaper pun Kak Ana tetap pemegang share paling besar dalam butik ni. Itu yang agak berkuasa tu. Lady boss Butik Seri Pengantin. Walaupun Rozy lebih tua bertahun-tahun dari aku, lebih tua dari Kak Ana yang aku panggil kakak tu, tapi dia lebih senang kalau aku bahasakan diri dia dengan Rozy ajer. Kadang-kadang dia bahasakan diri dia Zie sahaja. No abang-abang. Rozy ni special. Tak macam lelaki lain. Aku pun tak tau sejarah dia sampai boleh jadi macam ni. Katanya pengaruh dari adik beradik dia yang semuanya perempuan. Dia lelaki tunggal dalam family. Apaper pun Rozy ni cuma lembut-lembut macam tu ajer. Tapi masih lelaki lagi. Cuma minat dia tu ajer lebih cenderung pada kerja-kerja yang perempuan selalu buat. Yer la. Dia suka memasak. Kerja kat butik pengantin. Jadi pak andam. Dulu Rozy belajar fesyen di UiTM, Shah Alam. Cakap ajer fesyen apa yang customer inginkan, pasti semuanya menjadi. Itu Rozy. Mantan pelajar dalam bidang fesyen-fesyen design-design. Kak Ana belajar bisness. Itu sebab kepala otak dia kepala otak orang bisnes. Semua yang dibuat mesti kena dapat untung. Mana ada orang bisness nak rugi. Dalam kepala mesti fikir untung ajer. Hari-hari cari jalan cari idea macam mana nak buat bisness untung banyak.
“Orang tak pernah buatlah semua kerja ni. Lagipun sampai sekarang ni orang macam tak percaya yang Kak Ana suruh orang buat semua kerja ni. Dahlah tu, kena buat sengsorang pulak. Dulu tu Kak Ana ada. Orang cuma jadi pemerhati terhormat ajer bila Kak Ana andamkan pengantin. Kali ni semua kena buat sendiri. Macam tak berapa nak confident lah.” Sungguh. Memang aku tak confident. Takut sangat kalau pengantin yang hendak diandam itu sepatutnya menjadi secantik puteri dari kayangan tiba-tiba berubah rupa menjadi badut sarkas. Kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku tu pun patut diambil kira juga. Jangan sampai merosakkan majlis orang.
Rozy kerut dahi. Ana disebelah dipandang sekilas. Susahnya nak yakinkan budak kecik yang bernama Nurul Aleeya ini. Tiba-tiba terlintas idea yang tidak disangka-sangka masuk dalam kepala. Idea yang agak-agak nakal tapi macam bernas dan boleh pakai. Sekali-sekala kenakan Ana pun best jugak. Inilah masanya nak kenakan lady boss yang kadang-kadang ikut suka mengarahkan orang buat itu ini. Aku bisness partner pun dia suka-suka arahkan itu ini.
“Nak buat apa-apa pun kenalah ada condifen. Nope. I mean confident. Tengok sampai cakap pun tersasul-sasul.”
Ana hanya ketawa melihat Rozy yang yo yo oii ajer memberi nasihat buat Aleeya. Kepala yang tidak gatal digaru. Semangat sungguh mamat ini memberi kata-kata semangat buat Nurul Aleeya. Susah memang susah nak kasi nasihat dekat adik yang seorang itu. Kalau batu bata orang buat rumah tu dikatakan keras, rasa-rasanya kepala budak Aleeya ini lagi keras daripada itu. Tapi biasa perempuan yang keras hati keras kepala ini selalu diumpamakan seperti kerak nasi dan bukannya batu bata. Sekeras-keras kerak nasi pasti akan lembut jugak akhirnya kalau diremdam dalam air. Apa-apa ajer lah Rozy. Belasah ajer.
Rozy hanya memandang Ana yang ketawa. Paham. Mesti dalam hati berbakul-bakul dia kutukkan aku. Tak apa. Siaplah kau nanti. Rozy sambung bertitah.
“Untuk meyakinkan diri Aleeya, apa kata kita kita buat sesi amali praktikal bersama-sama. Ana jadi model Aleeya jadi mak andam. Aku macam biasa jadi pemerhati terhormat. Bolehkan Cik Ana Fariha.” Aleeya memandang ke wajah Kak Ana.
Kak Ana tersentak. Matanya bulat memandang Rozy yang berdiri disebelahnya. Amende punyer idea entah. Ini apa kes tiba-tiba nama aku naik pulak ni. Kenapa aku pulak yang kena jadi model tetiba ni. Belum sempat dia hendak bersuara Aleeya sudah mula potong bicara mengeluarkan patah kata.
“Briliant. Great idea. Wah!!!.. Kepala otak kau memang bergeligalah Zie boleh buat batu cincin. Kenapalah aku tak terfikir macam yang kau fikirkan ni.” Berseri-seri wajah Aleeya apabila mendengar idea yang kelua dari mulut Rozy itu. sungguh tak disangka-sangka. Dalam kepala duk sesak nak fikir apa malapetaka yang akan jadi pada esok hari tiba-tiba Rozy mengeluarkan buah fikiran yang agak bernas itu.
Kak Ana kerut dahi. Wah.. Pakatan besar-besaran nampak antara dia orang berdua ini. Hampeh punya Rozy. Sengaja nak kenakan aku. Suka-suka hati ajer menyuruh aku jadi model. Ingat dalam cerita American Next Top Model ker apa. Dia orang ni lupa ker yang aku big bos kat butik ni. Apa kes main arah-arah bos besar ni.
“Cup..cup..cup.. Ni apa kes akak pulak yang kena jadi model ni. Zie ni aper kes ko naikkan nama aku jadi calon model untuk amali praktikal budak Aleeya ni. Aku bos tau. Suka-suka hati sepupu sepapat engkau ajer nak suruh aku jadi model Aleeya pulak.” Nyaring suara Kak Ana meluahkan ketidakpuasan hatinya pada pakatan berdua itu. kes naya. Aku taknak.
“Kak Ana ni. Entah apaper entah. Kira okey la tue Kak Ana jadi model Aleeya kejap. Tau la bos besar.” Aleeya buat muncung sedepa. Ingat dia nak tolong support kita tapi boleh pulak awal-awal tarik diri. Ni yang aku berapa nak paham ni.
“Ana, awak just duduk diam-diam atas bangku ni. Bukan suruh buat kerja berat pun. Biar Aleeya solekkan muka awak tu. Lepas siap kita tengok hasilnya. At least esok budak Aleeya ni tak ada terkial-kial macam mana nak mulakan langkah pertama nak solek menyolek orang kawin ni.” Rozy bersuara. Bibir tak lekang dengan senyuman. Suka tengok muka Ana yang masam mencuka itu. Cute and sweet.
“Boleh lah Kak Ana. Boleh lah.” Aleeya cuba memujuk Kak Ana. Merengek-rengek macam budak umur tiga tahun mintak nenen ajer gayanya. Bab pujuk memujuk ni kena pakai skill yang boleh buat orang cair.
“Yer lah. Yer lah. Janji solek cantik-cantik. Jangan sampai muka akak jadi macam hantu momok sudah.”
Budak Aleeya ni bukan betul. Memang aku yakin dia boleh buat. Tapi, kalau niat dihati dia sengaja nak kenakan aku, maunyer aku yang tak ada persis macam sesaper ni secara tiba-tiba boleh bertukar rupa seiras wajah macam hantu dalam cerita hantu Indonesia dalam DVD yang melambak-lambak jual di pasar malam. Tambah-tambah lagi dengan pakatan hebat Rozy - Aleeya memang tak boleh pakai tak boleh percaya.



4 comments:

Anonymous said...

hmmm,,,,
makin bes,,,
huhuhuhu.,,,
igtkan rozi tu gurl..
wahahaha........

Anonymous said...

cite memang best..cm ala2 cite renjis lak...kekekekek...truskan karya anda!

ceritaku MEMORIKU said...

ahahah.cum citer renjis.
agaga.
suke2.
ble nk mncul hero die?
xsbr.
-na`dz

anA faRiHa said...

eh2,name sye ade lam ni.. hex3
pape pn,crite ni mantop..