Friday, May 8, 2009

Gitar Akustik

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Kaki Azam melangkah sedikit ke hadapan dari tempat dia berdiri ketika menyanyikan bait-bait lagu Aizat itu tadi. Merapati seorang gadis sunti yang ditemani oleh kakaknya barangkali.

“Hai..” Azam menyapa ramah. Kepala dicondongkan sedikit. Gadis itu buta. Patutlah dari tadi cik kak kat sebelah ni tak pernah lepas pegangan tangannya.

Suria menguntum senyuman. “Hai.” Balasnya sepatah.

“Suria, hari dah petang ni. Nanti ayah Suria marah kalau kita balik lambat.” Farizah berbisik di telinga Suria.
Hari ini dia dipertanggungjawabkan oleh majikannya itu untuk membawa anak gadisnya keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Kata Tuan Malik, Suria sudah lama tidak mengambil angin di luar selepas peristiwa setahun yang lepas yang membuatkan Suria kehilangan deria penglihatannya. Hampir setahun juga Suria hanya terperap duduk di rumah. Pergaulannya juga sudah terbatas. Farizah tidak kisah. Dia sedia berkhidmat bila masa diperlukan. Perkara ini dia telah bersedia dari awal lagi. Dari awal dia menerima jawatan sebagai pembantu peribadi Tuan Malik lagi. Seawalnya Tuan Malik telah memberi peringatan yang kerjanya tidak hanya terbatas di pejabat, tetapi dia juga perlu bersedia andai diminta untuk melayan karenah Suria yang satu itu. Asalnya memang agak mengerikan. Mahu melayan seorang gadis buta yang dulunya amat-amat bermasalah. Yang hidup lintang pukang tunggang langgang berkawan dengan manusia yang berperangai tidak semenggah. Itu apa yang dia tahu dari staff-staff di pejabat mengenai sikap dan perilaku Suria Az Zahra. Apalah sangat dengan pandangan pertama. Kali pertama dia ditugas untuk menjaga Suria, gadis ini tidaklah sesusah mana pun untuk dikawal. Mungkin disebabkan Suria sudah hilang penglihatannya menyebabkan gadis itu boleh berubah secara total. Itu cuba anggapan dia sahaja.

“Nantilah kak. Suria nak dengar abang ni nyanyi lagi.” Mendatar Suria berkata.

“Macam mana adik tau abang yang nyanyi?”

“Sebab suara abang. Saya boleh cam.”

Azam ketawa kecil. Ya gadis sunti ini memang buta. Tapi mata hatinya jelas celik dan terbuka.

“Suria jom balik. Akak takut nanti ayah Suria bising.” Farizah berkata sedikit tegas.

“Tak mau.” Suria keras di situ. Sikit pun dia tidak berganjak dari tempat dia berdiri walaupun ditarik oleh Kak Izah.

“Suria jangan degil.” Farizah sedikit hilang sabar. Kalau tak sebab mamat gitar kapak ni, mesti keadaan tak jadi macam ni. Ni semua mamat ni punya pasalah.

“Cik kak apa salahnya cik adik ni nak dengar suara saya.” Azam berkata. Sarkastik sekali.
Farizah menjegilkan anak matanya.

Azam buat-buat tak tau. Sikit pun dia tak takut, atau terasa nak lari menyorok dalam tandas lelaki bila cik kak sorang ni buat mata macam tu.

“Adik nak dengar abang nyanyi lagi?” Azam bertanya sambil mata memandang wajah kakak cik adik ni.
Suria mengangguk laju.

Azam tersenyum bila melihat muka kakak cik adik ni tadi dah jadi merah bila adik kecilnya itu mengangguk laju.

“Okey. Abang akan nyanyikan satu lagu khas untuk adik.” Ujar Azam. “Dan untuk kakak adik sekali.” Dia seakan berbisik untuk ayat yang nombor dua itu.

Farizah mencebek. Sorrylah. Tak layan lagu-lagu macam ni. Aku layan lagu omputeh ajer.

“Jom. Ikut abang.” Tangan gadis sunti itu ditarik lembut. Alah. Bukan nak ambil kesempatan. Dia sekadar nak bagi pertolongan. Nak suruh si gadis ini duduk di kerusi hadapan temapt dia bermain gitar di sini. Kalau yang cik kak tadi dia pergi tarik tangannya memang sengaja tempah tiket nak kena katuk dengan kasutlah jawabnya.

Farizah tiada pilihan. Sama ada nak atau taknak memang dia kena ikut jugak kehendak Cik Muda kat depan ni. Dia turut sama melabuhkan punggung disebelah Suria.

Azam mula memetik gitar akustiknya. Mengalunkan irama indah dengan bait-bait kata yang sungguh syahdu. Telinga yang mendengar pasti tangkap lentok jadinya. Ini lagu baru. Lagu yang dia baru cipta. Ikutkan dia mahu perdengarkan pada semua yang lalu lalang di Pasar Seni ini minggu depan sahaja. Tetapi, disebabkan kehadiran gadis istimewa ini, dia mainkan juga pada hari ini.

Suria menepuk tangan usai sahaja penyanyi yang dia tidak nampak itu mengalunkan lagu.

“Macam mana?” Azam bertanya. Cik kak disebelah dipandang sekilas. Amboi… dari tadi muncung duk menjuih macam tu. Tak krem ker bibir buat macam tu.

“Best.” Suria menjawab dengan yakin. Memang petikan gitar dan alunan suara abang ni sedap. Masakan dia ingin menipu. Seninya halus. Lagunya punya makna yang terselindung. Betullah orang kata. Bila dah jadi macam ni, banyak benda yang dilihat dari mata hati. Mata hati tak pernah menipu.
Farizah menjuling mata ke langit. Sudah-sudahlah tu Suria. Jangan dipuji orang ni melambung-lambung. Bernanah telinga aku ni mendengarnya.

“Suria jom balik.” Farizah bingkas bangun. Hari betul-betul sudah nak lewat petang ni. Owhhh yer.. Cik abang main gitar ni tak tau nak balik ker. Tak tau nak ke masjid ker. Maghrib makin hampir ni. Sarkastik Farizah berbahasa sendiri di dalam hati.

“Okeylah abang. Minggu depan orang datang lagi.”

Azam mengangguk. Gadis ini tak nampak apa yang dia lakukan. Mungkin juga anggukkan ini untuk cik kak yang kat sebelah ni.

“Okey. Nanti ajak akak temankan. Nama abang Azam. Panggil Abang Azam.”

“Orang Suria. Ini Kak Izah.” Suria meraba-raba Kak Izah disebelah.

“Next week abang tunggu Suria dengan Kak Izah datang. Standby la lagu request apa-apa pun. Abang boleh nyanyi untuk Suria dengan Kak Izah.”

Izah mencebek lagi. Please ar mamat… Panggil aku Kak Izah pulak. Apa dia tak cermin diri atas bawah ker. Atau kat rumah memang tak ada cermin muka ker. Tak nampak ker yang dia tu yang sudah tua ada hati panggil aku kakak. Kak Izah konon.

“Betul ni?” Suria bertanya. Sedikit girang.

“Betul.”

**********

“Kak Izah….”

“Apa dia.”

“Abang Azam tu pandailah kan main gitar. Suara dia pun boleh tahan.”

“Yer ker. Akak rasa biasa-biasa ajer.”

“Alah akak ni. Buta seni betulah.”

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia layan sendiri dengan alunan irama radio yang Pak Man pasang. Apaper ajerlah Suria. Akak dah penat ni. Dah tak larat nak layan karenah awak.

“Kak Izah…” Suria memanggil manja.

“Apa dia..” Suria itu bos. Dia ini hanya pekerja yang diamanahkan untuk menjaga cik muda itu sahaja. Dia terpaksa jugalah melayan karenah cik muda sorang ni.

“Tidur rumah hari ni. Boleh kita berborak. Orang boringlah. Tak ada kawan. asyik-asyik dengan ayah dengan Mak Ton, dengan Pak Man ajer.”

Pak Mat yang sedang memandu tersengih memandang Farizah disebelah.

“Mana boleh. Akak ada rumah sendiri.”

“Boleh lah kak. Lepas Suria jadi macam ni, dah tak ada pun kawan-kawan yang rajin datang melepak kat rumah. Dulu masa semuanya okey, dia orang ada ajer keliling orang. Sekarang bila jadi macam ni, dia orang semua hilang. Semua tak nak kawan dengan orang buta macam Suria.” Suria berkata datar.
Memang dia bengang sangat dengan kawan-kawan dia yang dulu. Hampeh. Semasa bersuka ria, time jolly sakan, time merempit, time clubbing dulu bukan main lagi. Semua pakat sama-sama. Sekarang, bila dia jadi macam ni akibat kemalangan malam itu, semua buat tidak kisah ajer. Itulah lumrah. Teman ketawa memang ramai. Tapi teman menangis bersama satu dalam sejuta pun susah untuk kita jumpa. Nasib ada Kak Izah. Kak Izah tidaklah tua mana. Kalau tua pun. Dalam tua empat tahun ajer daripada dia. Sebab itu dia senang bercerita itu ini dengan Kak Izah. Pendek kata, Kak Izah dah jadi kawan dia semenjak dia jadi macam ni.

Farizah menggaru kepala yang tak terasa gatal. Ayoyoii dik.. Janganlah buat drama televisyen swasta tak berbayar kat sini. Budak dah merayu. Boleh ker aku nak kata taknak. Buat dia mengadu pada ayah dia. Mahu aku kena potong gaji. Aku memanglah pembantu peribadi serba boleh. Memang sungguh-sungguh sedia berkhidmat siang dan malam. okey. Isi borang kerja overtime.

“Yerlah.” Farizah menjawab lemah. Hushhh…

************
“Kau dah makan ubat.”

Azam menganguk. Dah tak lalu nak telan ubat yang macam-macam bentuk, yang macam-macam warna ni. Kalau dah tau diri tu tak boleh hidup lama, tak bolehkah kalau tak payah nak telan semua ubat-ubat ni. Makan ubat pun, dia tetap akan mati. Dia ingin mengelat. Tapi tak boleh. Menyesal pulak duduk serumah dengan Dr. Asyrik ini.

“Azam.” Panggil Asyrik.

“Yup.” Azam menjawab sepatah. Dia masih lagi memetik-metik gitar akustiknya itu. Sesekali tangan kanannya menulis sesuatu pada buku muzik di hadapan. Idea sedang dicerna did dalam kepala. Idea datang tak kira masa. Tiba tang satu pagi ni dia dapat ilham nak buat lagu, memang dia akan terus bangun capai gitar, pen dan buku muzik. Tak tidur sampai ke pagi pun tak apa.

“Kau patut jadi composer. Sebab kau ada bakat. Aku pun pelik macam mana dulu kau boleh studi engine sedangkan kau memang cenderung dengan benda-benda ni.” Asyrik berkata.

“Kau tak tidur ker. Esok tak kerja ker?” Azam tidak menjawab. Sebaliknya dia pulak yang mengajukan soalan kepada Asyrik. Patutnya time tak dapat oncall la doctor ni boleh pergi berehat sepuas-puasnya. Ini yang baik sangat nak temankan aku apa hal.

Asyrik menggeleng. “Aku belum nak tidur. Ehh.. Kau tak jawab lagi apa aku Tanya tadi.”

Tanpa memandang Asyrik, Azam selamba menjawab. “Apa ajer orang yang dah tahu ajal dia ni boleh buat.”

Azam berkata lemah. Selemah petikan gitarnya sekarang. Dia sendiri sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Kerana itu, jawatannya sebagai jurutera system di sebuah syarikat terpaksa dia lepaskan bila mana dia tahu ajalnya hanya tinggal buat beberapa waktu sahaja. Lagipun, orang sakit barah otak macam dia, manakan boleh melakukan kerja-kerja begitu lagi. Dia akur dengan takdir tuhan. Tapi sebelum dia pergi untuk selama-lamanya, biarlah dia buat apa yang dia suka. Muzik dan lagu. Itu jiwa dia yang sebenarnya. Dia sudah tidak kisah mengenai wang ringgit. Biarlah seni dia seni free, dia tidak kisah. Janji dia puas. Janji yang mendengar terhibur. Itu sudah cukup.

“Kita bukan tuhan Zam yang boleh tentukan hidup mati.” Asyrik berkata datar.

“Kau jugak cakap macam tu dulu. Sekarang kau nak suruh aku buat apa. Letak angan-angan tinggi melangit. Macamlah aku boleh hidup seribu tahun lagi.” Bentak Azam keras. Dia memang sering emosional bila Asyrik membangkitkan hal penyakitnya itu. Tak bolehkah aku hidup macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Aku bercakap macam tu sebab aku kawan kau. Bukan sekadar doctor yang merawat kau Zam. Kita sama-sama membesar kat Darul Hikmah. Kita tak ada saper-saper. Kita sama-sama menyokong satu sama lain.” Sela Asyrik. “Seni kau boleh jual. Ada value. Rugi dibiarkan macam tu ajer.” Sambung dia lagi.

“Aku dah tak fikir soal duit dah Rik. Biarlah aku macam ni. Aku happy. Aku bahagia.” Suara Azam sudah mula kendur. Dia tahu. Apa yang Asyrik katakan itu benar. Dia sendiri pernah menerima tawaran untuk merakamkan album. Dia terpaksa menolak. Dia tidak terdaya untuk semua itu. Dia mahu berseni cara dia sendiri. Dia tidak tamak harta. Biarlah dia macam ni. Sekurang-kurangnya dia masih punya masa untuk beribadat pada tuhan dari sibuk mencari duit tak ingat dunia.

Asyrik melepaskan keluhan lemah. Mungkin Azam ada sebabnya yang tersendiri. Dia sekadar teman yang membesar bersama di rumah anak yatim Darul Hikmah itu. Walau apa pun yang Azam lakukan, dia tetap akan menyokong. Macam Azam dan dia selalu ungkapkan. ‘Kita kawan sampai mati.’

*******

Mereka duduk di satu sudut medan selera Pasar Seni itu. Suria yang beriya-iya benar mahu mengajak Abang Azamnya itu untuk keluar makan tengah hari bersama-sama. Izah sekadar menurut sudah yang bagi arahan tu anak bos sendiri. Janji makan free. Janji semua bil Tuan Malik yang setlekan.

Bukan main lagi Suria bersembang dengan Azam. Itu ini. Pot-pet-pot-pet. Dari sejarah silam dia sehinggalah kepada fasa dia bertukar menjadi manusia seperti ini. Azam pula hanya menjadi pendengar setia, yang sesekali mengangguk dan sesekali tersenyum bila mana ada cerita Suria yang dirasakan mencuit hati. Farizah pula dari tadi memang hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia perlu menjaga keselamatan Suria. Satu lagi kerja yang tergalas dibahunya. Jadi pembantu peribadi kepada ayah Suria. Jadi pengasuh kepada Suria. Hari ini dia jadi pengawal peribadi pula buat Suria. Dari gaya Azam ni, nampak macam menakutkan. Dengan snow cap yang menutup kepala, dengan seluar jeans yang koyak dilutut. Siapa yang tak takut. Dia sendiri rasa gerun untuk duduk semeja dengan Azam. Macam mana Suria boleh layan mamat ni pun dia tak tau. Mungkin Suria dulu tergolong dalam golongan begini kut yang membuatkan dia boleh masuk sekepala dengan Azam. Astagfirullahulazimmm.. Beristigfar dia di dalam hati bila terlintas perkara itu. Tak baik Izah. Budak tu dah berubah seratus kali lebih baik dari yang dulu. Kenapa mesti dibangkitkan soal itu lagi.

“Nak apa?” Farizah bertanya perlahan bila lengan bajunya di tarik Suria. Dirapatkan telinga ke mulut Suria. Adalah benda nak suruh aku buat tu.

“Nak kencing.” Bisik Suria perlahan.

“Jom akak teman.”

“Tak payah.”

“Betul ker ni?”

Suria mengangguk. Tongkatnya dipanjangkan. Dia bangun. Berjalan menuju ke tandas. Ini sudah kali ke tiga dia masuk ke toilet. Tadi Kak Izah temankan. Bila sudah dua kali berjalan ke tempat yang sama dia pun sudah boleh hafal jalan mana yang harus dia tuju.

*******

“Izah dah lama kerja dengan ayah Suria?” Azam membuka mulut. Memecahkan sunyi sepi yang membelenggu mereka dari tadi.

Farizah hanya mengangguk.

“Kesian saya tengok Suria. Muda-muda dah terpaksa menjalani hidup macam tu.”

Farizah hanya mendiamkan diri.

“Saya rasa Suria memang minat pada muzik.” Azam masih lagi bersembang sendiri walaupun dia tahu orang kat depan ni bukan nak layan pun. “Saya rasa dia boleh belajar muzik. Di sekolah muzik yang popular. Lagipun ayahnya orang berada, tentu tak ada masalah.” Sambung dia lagi.

Farizah memandang Azam. Wajah lelaki itu tenang. Cuma snow capnya sahaja yang sedikit terkebelakang. Lah. Botak berkilat rupanya kepala pakcik ni. Patutlah bulat ajer snow cap yang dia pakai. Pandai-pandai betul Azam nak mengatur hidup Suria tu. Ayahnya sahaja ingin gadis itu menjadi ahli perniagaan kerana Suria waris tunggal untuk perusahaan yang diusahakan. Yang Azam ni pulak yang buat-buat pandai suruh budak ni belajar muzik apa hal.

“Jangan pulak awak usulkan benda ni pada Suria.” Akhirnya Farizah bersuara jua.

“Kenapa?”

“Encik Azam, Suria pewaris tunggal untuk syarikat ayah dia. Masakan pewaris tunggal syarikat besar macam tu kena belajar muzik. Jadi ahli muzik.” Kata Farizah keras. Azam kena tahu siapa Suria. Suria bukan anak orang sebarangan. Dia anak ahli perniagaan yang berjaya.

“Awak pandang hina ker pada kerja saya.”

“Tak cakap apa-apa pun.” Farizah menggeleng kepala laju. Takkan golongan macam ni pun cepat tersentap.

“Awak jangan pandang orang tak pakai mata Cik Izah.”

Farizah diam. Ada orang pandang orang pakai hidung ker, pakai telinga ker, pakai mulut ker kalau tak pakai mata jugak.

“Saya tahu apa yang Suria suka. apa yang dia minat. Awak yang saban minggu dengan dia pun takkan tak boleh perasan.”

“Saya cuma bekerja untuk dia. Dah saya tahu apa yang ayah dia inginkan untuk Suria. Tak perlulah awak pandai-pandai mengatur hidup budak tu pulak.” Suara Farizah mula meninggi. Mamat ni lebih-lebih pulak. Siapa dia nak mempertikaikan kerja aku. Aku taulah apa yang aku buat.

“Apa yang bising-bising ni.” Suria bersuara dari belakang.

Farizah terus jadi senyap. Azam jugak. perang mulut tiba-tiba berhenti walaupun tak ada yang menyarankan untuk melakukan gencatan senjata.

“Macam besar ajer isunya.” Suria menyambung. Dia kembali duduk di tempat asalnya.

“Tak adalah. Isu semasa dik.” Azam membalas. Cover line.

Tersengih Suria mendengarnya.

“Suria minat muzik?” Azam bertanya dengan sengaja.

“Minat.”

Farizah mengetap bibir bila melihat Azam tersenyum gaya orang baru menang main galah panjang. Dia mengacah gelas air tembikai yang tinggal separuh itu ke muka Azam. Ini kalau lost control ni mahunya mamat ni aku mandikan dengan jus tembikai. Sudah dipesan jangan dibangkitkan hal ini. lagi dibuatnya. Ketegak tak bertempat.

“Nak belajar muzik. Main gitar?”

“Nak..Nak..”

Farizah menggenggam penumbuk.

“Abang ajarkan nak tak?”

“Nak..Nak..”

Berapi makcik..aku tengok mamat ni. Dia menang bagi sebab Suria setuju. Orait. Tak ada hal. Suria setuju. Tu belum ambil kira kenyataan Tuan Malik lagi. Tunggu dan lihat ajerlah.

**************

“Belajar muzik?” Tuan Malik bertanya.

“Yer ayah.”

“Dengan saper?”

“Abang Azam.”

“Siapa Azam, Farizah?” Tuan Malik bertanya tegas. Matanya memandang Farizah disebelah.
Punyalah dingin air cond dalam pejabat ni tak beri kesan apa-apa pun pada dia sekarang ni. Kenapalah Suria datang ke sini hari ini. Kenapalah hari ini, dekat pejabat, Suria pergi mintak izin dengan ayahandanya. Tak bolehkah hal anak beranak bincang di rumah. Tak bolehkah dia yang berstatus orang luar bukan ahli keluarga tak masuk sekali dalam kes ni.

“Ermmm…A…A…” Farizah tergagap-gagap. Apa kes ni. Tuan Malik punya mata macam nak telan orang ajer.

“Abang Azam tu, pandai main gitar ayah. Semua alat muzik dia tau main.” Sampuk Suria.

Farizah menghela nafas lega. Pandai pun cover. Tapi bila masa Azam tu pandai main semua alat muzik.

“Kat mana dia mengajar muzik?” Sekali lagi Tuan Malik bertanya kepada Farizah.

“Errrmmmm….” Awatlah jadi gagap ni.

“Suria mintak Abang Azam tu mengajar kat rumah kita.” Pantas Suria memotong.

Sekali lagi Farizah menghela nafas lega. Gud answer.

“Rumah kita?” Tuan Malik angkat kening.

“Rumah kitalah. Kan senang ayah.”

“Baiklah. Ayah izinkan. Farizah akan teman Suria semasa sesi pembelajaran tu nanti.” Putus Tuan Malik.

Hahh!!... Izinkan? Dan aku jadi peneman. Bukan. Jadi pengawal pemerhati Suria. Tak ker sepatutnya Tuan Malik kena cakap Tak Boleh kat anak dia ni. Kenapalah aku selalu jadi mangsa keadaan dalam situasi macam ni.

******

“Suria ada impian?”

“Ada.”

“Apa dia?”

“Kalau boleh, Suria nak melihat semula.”

Azam terdiam.

“Abang Azam.” Tangan Suria meraba-raba. Mencari Azam disebelah.

“Yer.”

“Abang suka kat Kak Izah ek…”

Azam tersengih. Dia sukakan makcik yang garang tu? Tak betul. Dia anggap Izah sekadar temannya sahaja. Lagipun sekarang Izah tak adalah garang macam dulu lagi. Cuma ayat dia tu agak-agak berbisa dan tak boleh blah.

“Mana ada. Kita orang kawan ar.”

“Yer ker…” Suria menduga. Senyum sinis.

“Kita orang kawan okey. Jangan fikir yang bukan-bukan pulak.” Sampuk Izah dari belakang. Dia memang pasang telinga ajer tadi masa membantu Mak Ton mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari tadi.

“Kawan ajer..”

“Kawan!!” Serentak Izah dan Azam berkata memandang tepat ke muka Suria.

******

“Taknak masuk dulu.” Azam mempelawa.

“Gila apa nak masuk dalam rumah awak. Taknaklah.”

“Ajaklah Pak Mat sekali.”

“Jangan nak mengada. Pak Mat nak hantar saya pulak lepas ni.”

Azam tersenyum. Makcik ni lah. Nasib kepala dia jenis senang masuk jugak walaupun mula-mula dulu garangnya macam singa betina ajer. Tapi tu lah, bila dah kenal lama-lama tak lah teruk sangat singa betina ni.

Azam memegang kepala. Tiba-tiba dia rasa pandangannya berpinar. Jadi hitam.

******

“Macam mana kawan saya doctor?” Farizah bertanya. Dia pun tak tau apa dah jadi. Tadi tiba-tiba Azam pengsan. Nasib dia dan Pak Mat belum pergi lagi.

Asyrik memandang wajah gadis dihadapannya. “Cik ni siapa?”

“Kawan dia?”

“Saya doctor Asyrik. Teman serumah Azam. Sekarang masa rehat saya. Ikut saya ke kafe. Saya akan ceritakan perkara sebenar.”

Farizah mengangguk. Doctor muda itu dia ikut dari belakang.

*********

“Kenapa tak bagi tau awak sakit?” Farizah bertanya. Sudah lama berkawan, hari ini baru dia dapat tahu yang Azam mengalami penyakit yang serius. Baru hari ini dia dapat tahu siapa Azam itu. Itu pun setelah lama dia dan Doktor Asyrik duduk berborak di kafe hospital sementara menunggu Azam sedar.

“Malaslah.”

“Malas?”

“Bagi tau pun keadaan tetap sama.” Kata Azam lemah. “Izah, awak kawan yang baik. Sentiasa ada dengan saya saat-saat macam ni. Saya malas nak besar-besarkan perkara ini.”

Farizah mengetap bibir. “Suria cari awak.” Tidak bernada dia berkata.

“Awak cakap apa?”

“Saya cakap awak ada show. Sebab tu tak dapat datang ajar dia?” Farizah bersuara datar. “Tuan Malik dah tau.”

Azam mengangguk. “Janji jangan sampai Suria tahu.”

Farizah melepaskan keluhan. “Awak tak boleh buat macam ni. Awak inspirasi dia. Yang buat dia ketawa balik lepas apa yang terjadi.”

“Biar keadaan terus macam ni. Saya keluar wad nanti, saya akan mengajar seperti biasa.”
“Baguslah tu. Buat orang macam tu.”

Azam hanya diam. Sakit-sakit pun kena ceramah free. “Izah…”

“Apa dia.”

“Kalau saya mati nanti, saya nak dermakan mata saya pada Suria.”

Farizah tersentak.

******

Suria masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu dengan pandang mata luas ditebarkan disegenap ruang. Sungguh dia rindu untuk melihat keadaan di dalam rumah ini. terima kasih yang tidak terhingga pada orang yang begitu mulia itu kerana sudi mendermakan sepasang mata kepadanya. Dia menghampiri piano yang terletak disatu sudut ruang tamu. Tangannya menekan lembut piano tersebut. Beralih pula dia pada sofa tiga seater. Dia tersenyum. Sini tempat dia belajar bermain gitar.

“Akak.”

“Yer saya.”

“Mana Abang Azam. Dia tak pernah datang melawat Suria pun selama kat hospital.”

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia memandang Tuan Malik. “Suria penatkan. Apa kata masuk bilik. Berehat.” Itu ajer yang mampu dia luahkan. Biarlah Suria tahu sendiri.

*********

Mata tertancap pada sebiji gitar akustik dan sampul surat berwarna merah hati di atas katil. Suria duduk di atas katil. Gitar itu dipegang. Dipetik sekali. Kemudian dia diletak semula. Sampul surat dikoyak cermat. Isi dalam dikeluarkan. Warkah dibaca.

Buat adik abang,
Assalamualaikum. Semasa warkah ini adik baca, abang sudah tiada lagi di dunia ini. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat mengajar Suria bermain muzik lagi. Suria punya bakat. Teruskan usaha. Pasti Berjaya.
Suria tentu sudah boleh melihat sekarang. Jagalah mata yang abang berikan ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah apa sahaja perkara yang Suria impikan tapi ingat jangan kembali kepada sikap lama.
Abang sudah tiada apa ingin dikatakan lagi, mengenali Suria, mengenali Izah, mengenali Tuan Malik perkara yang cukup indah dalam hidup abang. Abang tidak ada adik. Suria telah abang anggap macam adik abang sendiri. Tuan Malik, Izah seperti saudara abang sendiri kerana mereka-mereka ini setia bersama abang sehingga ke akhir hayat abang.
Gitar ini abang hadiahkan buat Suria. Doakan abang sejahtera di sana.

Salam sayang,
Azam.

Warkah dilipat kembali. Berjujuran air mata jatuh ke pipi.

“Kak…” Lirih Suria memanggil Farizah. Segera dia memeluk Farizah yang sudah menahan sendu.

******

Suria merebahkan badan di katil. di satu sudut kamar tidurnya bersandar tegak sebuah gitar. Sudah hampir tiga tahun gitar itu bersama-sama dengannya. Suria kembali bangun. dia menghampiri gitar tersebut. Dibawa ke atas katil. di situ dia duduk. Memainkan kembali lagu yang pernah diajar oleh Abang Azam dulu. Lagu yang dia suka. yang dia minat. Dia mengalunkan irama muzik lagu itu dengan mulut turut sama menyanyikannya.

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Ini lagu kita. Lagu dia. Lagu Kak Izah. Lagu Abang Azam. Petikan gitar ini yang membawa dia kepada seorang insan seni yang berjiwa cekal seperti Abang Azam. Yang membawa dia sama-sama merasa nikmat ada seorang yang bernama abang. Yang membawa dia melihat kembali dunia ini.

Suria tersenyum sendiri. Dia bahagia dengan apa yang dia ada kini. Dia bangga dengan apa yang dia lakukan kini. Dia bukan sahaja salah seorang ahli lembaga pengarah di syarikat ayah, malah dia juga merupakan seorang composer yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu yang boleh dikatakan popular jugak. Ini semua kerana tunjuk ajar dari Abang Azam.

Kak Izah juga berbahagia. Kak Izah sudah punya keluarga sendiri. Dia ada Dr. Asyrik. Mungkin dua-dua saling jatuh cinta semasa sama-sama menjaga Abang Azam dulu kut. Itu andaian. Tapi sudah jodoh mereka. Betul cakap Kak Izah. Berkawan tidak semestinya bercinta. Memang semasa hayat Abang Azam dulu mereka hanya kawan sahaja.

Pada Abang Azam, terima kasih untuk semuanya. Doa Suria sentiasa menemani abang disana.

*******************************************************************************************************
Assalamualaikum... Siap satu lagi cerita pendek. Sekadar hiburan semata-mata. Maaf kalau cerita ini tidak memenuhi kehendak pembaca sekalian (kenaper ayat sangat skema) Okey. straight ajerlah. Kalau korang rase cerita ini bosan sampai tahap tak tau nak cakap aper, sorry sesangat. Kalau korang rase cerita ini macam melampau sebab sampai 2x copy-paste lagu budak Aizat ni, sorry sesangat. Kalau korang rasa penceritaannya sangat serabut, sorry sesangat. Kalau korang rasa cerita ni tak ada adegan-adegan romantika de amor yang boleh buat korang nak gelak+senyum+khayal, sorry sesangat. Cerita ini dikarang tanpa sebarang plot, tanpa sebarang perancangan. Main belasah ajer apa nak tulis dan apa yang terlintas. Biasalah orang barukan. Masih banyak kena belajar. Kalau suka terima kasih. Kalau tak suka pun terima kasih. Hehehe... Salam.

pesanan penaja: Saya peminat lagu ni...(hhehehehe..)

Mata Pen,
akubintangbiasa.

11 comments:

Unknown said...

ila.. cite ni bes je bagi wani..
keep it up a gud work! wani ske penulisan ila.. hohoho..
p/s: wani pon ske lagu aizat..hohoho

misz nana said...

best la cite ni..
patut pun sampai 2x copy paste lagu tu..
peminat rupanya..

Unknown said...

walaupun pendek tapi best...
so truskan je menulis..

si kure-kure said...

mana ada cite ni tak best..boleh buat saya nanges...menyentuh kalbu...

sepi2_indah said...

'GITAR AKUSTATIK'.Jln cite yg bgus.de le gak rse sdih coz abg azam mati.tp tak ckp tangkap leleh ler..hehe..pe2 pn slmt berkarya

miss nina said...

ades,,, termenangis lak :)
sedih dengan cter ni
cuma tak minat dengan karektr izah, garang sangat!

areila sahimi said...

cik waniey - thanks a lot.. aizat da best!!

misz nana - hehehe..jom kita same2 layan lagu ni..lalalalaal...

Maria - tqvm

si kura2 - thanks ya..janganlah nangis..serba salah saya jadiknya..

sepi2_indah - thanks lalink [she's my rumate]

miss nina - hehehe...miss nina jangan ar nangis..tak chumel lor...

♥corcraze♥ said...

sumpah,kite 1st time nanges bace cerpen nih..xpenah sblm ni..
even citer korean yg superb sedayh pon..

wpon mcm video clip Kiss but best gile..thx yeah!!

umairah said...

bess...

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

la....cte nih besh la...!!

Anonymous said...

best cter ni. lain dr yang lain. menitik air mata saya bila azam tu mati.gud luck eila!