Monday, October 19, 2009

2 X 5 Bab 16

Jam di dinding di tala untuk kesekian kalinya. Jarum pendek sudah menginjak ke angka sebelas malam. Perasaan resah, gelisah, risau bercampur baur menjadi satu. Syakirin masih belum pulang dari pejabat. Berkali dia cuba menelefon tetapi tidak jugak berangkat. Betul-betul merajuk gayanya budak seorang ini. Memboikot sampai tak nak balik rumah. Mana nak dicari. Mustahil TMPoint beroperasi sehingga pukul sebelas malam. Kaki Zaim melangkah mundar mandir di sekeliling ruang tamu rumah. Dia tawaf mengeliling meja kopi dihadapan televisyen. Sekejap-sekejap tingkap rumah dipandang. Namun bayang orang yang ditunggu tetap tidak kunjung tiba.
Akhirnya dia merebahkan badan di atas sofa three seater. Lengan tangan kiri dibawa ke dahi. Kipas siling yang ligat berputar dipandang sepi. Mata yang baru terpejam terbuka luas apabila telinga menangkap bunyi kereta dari garaj rumah. Sah. Itu bunyi Neo maroon milik Syakirin. Sebaik sahaja pintu rumah terbuka, Zaim pantas buat-buat tidur. Matanya dipejam rapat.
Syakirin yang baru pulang terus sahaja menuju ke bilik. Tombol pintu dipulas.
“Lambat balik?”
“Arggghhhh!!!” Astagfirrullahulazim. Dia nil ah. Bisa lemah jantung aku dibuatnya. Syakirin memandang Zaim yang sudah duduk di atas sofa. Tidak sedar bila masa pulak Zaim bangun dari tidurnya. Tadi rasanya macam nyenyak gila mamat ni tidur. Tiba-tiba tak sampai beberapa saat terus duduk tegak macam tu pulak. Takut. Macam kena sampuk ajer gayanya.
“Saya tanya. Kenapa balik lambat?” Soal Zaim sedikit tegas.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Ni apasal malam-malam jadi cikgu disiplin merangkap warden asrama pulak ni. “Saya ada kerja tadi.” Jawab Syakirin jujur. Memang dia ada kerja yang perlu diselesaikan tadi. Tak pasal-pasal tadi tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Sama ada rela atau tidak dia dan semua budak-budak kedai terpaksa berkampung di kedai sehingga bekalan elektrik disambung semula. Mana boleh main balik selagi penyelarasan bayaran tak di buat. Habis sahaja kerja, terus budak-budak TM tu ajak pergi makan dekat Putrajaya. Perut pun dah lapar. Jadi ikut ajerlah. Kalau dah melepask dekat mapley tu kan, alamatnya memang tak sedar dirilah jawabnya. Layan pulak Arsenal vs Chelsea malam ni. lagilah lupa diri. Ini pun nasib ajer mintak kebenaran untuk gerak pulang dahulu sebab fikir Zaim ada di rumah. Kalau tidak memang wassalamulah jawabnya. Ikut Fiqa lah. Tidur rumah dia.
“Kerja apa sampai malam-malam macam ni. mana awak merayap?” Soal Zaim lagi. Suaranya sudah semakin keras. Melampau ni. sudah pandai keluar malam. Ingat dia dirumah ini tunggul kayu. Yang kena menunggu kepulangan tuan puteri.
“Kenapa awak ni?” Syakirin menyoal kembali. Ewah..ewah… sedap-sedapnya nak marah-marah orang. Eyhh!!! Macam dia seorang ajer tahu apa makna sibuk bekerja. Macamlah aku ni tak pernah sibuk bekerja. Macam dia tu seorang ajer boleh buat overtime. Aku tak boleh nak OT.
“Awak tak jawab lagi soalan saya. Mana awak pergi.”
Keadaan semakin tegang. Syakirin mengetus geram. “Saya kerjalah.” Suaranya terkeluar antara gigi-gigi yang terkatup rapat.
“Jangan nak tipu.”
“Tipu apa pulak.”
“Saya call kenapa tak angkat.”
“Bateri kong.”
“Tak tau nak cas.”
“Charger dekat rumah.”
“Alasan.”
“Awak ni kenapa ni?” Syakirin memeluk tubuh. Tadi macam warden asrama. La ni dah macam polis dekat Bukit Aman. Tensionnyer. Sudahlah penat. Sampai rumah sendiri dah kena soal siat macam dekat balai polis pulak ni. Dia tak buat salah pun kenapa mesti disoal macam penjenayah baru buat jenayah.
Zaim hanya mendiamkan diri. dia tidak menjawab. Syakirin direnung tajam. Menjawab ajer kerjanya.
“Zaim saya penat sangat ni. kalau awak tak percaya awak boleh tanya Fiqa esok. Saya letih ni. nak mandi. Nak tidur.” Syakirin mengendurkan intonansi suaranya. Kalau nak ajak bertekak ker bergaduh ker esok-esok ajerlah. Malam ini kirim salam banyak-banyak. Tak larat!! Terus Syakirin masuk ke dalam bilik.
Zaim pula masih diam di sofa. Bukan ker sepatutnya mala mini dia berbaik-baik dengan Syakirin ker. Big Mac di atas meja makan dipandang sepi. Dari petang tadi Big Mac itu setia di meja makan. Dia lapar. Tapi terpaksa bertahan kerana ingin makan sekali dengan Syakirin. Ingat bila sudah dipayungkan dengan berger kegemaran Syakirin itu bolehlah menjernihkan keadaan. Tapi plan tidak menjadi. Akibatnya sebu perut sebab terpaksa berlapar. Big Mac di atas meja langsung tak lalu hendak dijamah. Dia masuk ke bilik. Tidur adalah perkara balik baik sekali untuk sekarang ini.




Mata digosok-gosok terlebih dahulu sebelum jam digital pada skrin telefon bimbit ditala. Pukul dua pagi. Bunyi pintu pagar dari luar rumah sangat-sangat menyeramkan. Selimut ditarik menutupi seluruh badan. Namun bunyi pintu pagar masih tidak berhenti. Ya Allah. Janganlah time-time macam ni jembalang datang mengganggu. Syakirin berdoa-doa di dalam hati.
Bunyi pagar semakin kuat. Syakirin pejam mata kuat-kuat. Malam ini malam?.... Errrmmm.. Sunday, Monday, Patolo, Patanday. Aduhh!!! Malam Jumaat. Kecik-kecik dulu abah selalu sahaja memomokkan malam Jumaat ini sebagai malam hantu jembalang memunculkan diri. Itu mitos untuk budak-budak yang kuat merambu tengah-tengah malam. Takkan dah besar panjang macam ni pun mitos tu masih relevan lagi untuk diguna pakai. Yang dulu tu keluar pergi ke Castle tak kira malam Jumaat ker malam minggu ker tak ada hal pun. Eyyyhhh!!... Dulu tu lain. Dulu tu dia pun lebih kurang hantu jugak. Hantu jumpa hantu tak ada maknalah nak takut. Mitos malam Jumaat dia tak percaya. Tapi yang ketar satu badan ni apa kes. Kesnya dan-dan ini pulak terbayang filem Indonesia Jumaat malam keliwon menerjah ke dalam kepala. Keliwon? Tidak!!!!
Perlahan-lahan Syakirin bangun dari katil. Dalam keadaan mata terpejam di meraba-raba mendapatkan pintu bilik. Tombol dipulas. Dia menapak keluar secara senyap-senyap.
“Ouchhh!!!”
Refleks mata terbuka. Tangan pula menggosok-gosok dahi yang sedikit perit berlanggar dengan sesuatu. Ni sah baru berlanggar dengan makhluk bertulang besi berurat dawai. Zaim ni. badan kurus. Tapi keras.
“Awak tak nampak ker?” Marah Syakirin. Kepalanya masih terasa sengal akibat berlanggar dengan Zaim.
“Awak ni nak ke mana?” Zaim menyoal kembali.
Sekali lagi bunyi pintu pagar mengejutkan keduanya. Serta merta tangan Syakirin merangkul erat lengan Zaim. Dia takut bukan sengaja mahu mengambil kesempatan.
Zaim memandang wajah Syakirin disebalik samar lampu jalan yang menembusi ke celah-celah langsir yang sedikit terbuka. Dalam hati dia tersenyum lucu. Eyhhh!!! Dulu bukan main kata tak takut langsung dengan anasir sebegini. Ini baru dengar orang ketuk pintu pagar sudah menggigil satu badan apa cerita.
“Bu…bu…bunyi apa tu.” Syakirin bertanya terketar-ketar. Lemah lutut dah ni.
“Takkan tak tau itu bunyi pintu pagar.” Balas Zaim bersahaja.
Ngeee… Tahulah itu bunyi pintu pagar. Maksud aku siapa yang tengah-tengah malam macam ni nak pergi ketuk pintu pagar rumah orang. “Awak malam ni malam Jumaat.” Syakirin cuba mengingatkan Zaim.
Jelas telinga dapat menangkap Zaim sudah ketawa kecil. Tu nak cari point membahankan akulah tu. “Zaim jangan gelaklah.” Hinggap cubitan halus pada lengan Zaim.
“Ouchh!! Sakitlah.”
“Awak sa..sa..saya takut ni.”
“Jom kita pergi tengok siapa pulak yang ketuk pintu pagar rumah orang malam-malam macam ni.” Ajak Zaim.
“Hahhh!!!” Syakirin melopong luas. Terus dia mengikut jejak Zaim dari belakang.
“Ouchhh!!!” Sekali lagi terdengar suara Syakirin menjerit halus. “Zaim awak boleh tak kalau nak gostan tu bagi signal dulu. Kita ni dalam-dalam gelap tahu tak.” Suaranya mengetus geram selepas kali kedua dahinya menjadi mangsa akibat berlanggar dengan Zaim. Betulah Zaim ini tulang besi urat dawai. Badan kurus tapi boleh tahan keras jugak tulang-tulang dia. yang tadi tak habis sengalnya lagi dah ditambah dengan sengal yang baru. Sakit gila.
“Tu yang saya nak tanya awak tu. Kenapa kita berjalan dalam gelap sedangkan letrik dekat rumah kita ni belum kena potong lagi.” Automatik tangan Zaim menekan suis lampu di ruang tamu rumah. Kebetulan mereka sekarang ini betul-betul berdiri disebelah suis. Dua kali lima. Dua-dua minda gagal berfungsi di malam hari. Nasib ajer aku terlebih alert dapat perasan dari awal.
Menyala sahaja lampu kalimatang Syakirin dipandang. Dahi Syakirin sedikit merah. Itu sebab bahana kena langgar dua kali tadi. Mukanya masih lesu. Penat agaknya. Owhh.. Balik lambat sebab buat OT lah katakan. Dan… Syakirin dipandang atas ke bawah. Budak nil ah. Takkan nak keluar rumah pakai macam ni.
“Pergi tukar baju.” Arah Zaim. Cik adik agak-agak sikit nak keluar rumah pakai macam ni. setakat aku ajer yang memandang okey jer. Kalau nak keluar rumah selamba redah pakai spegetty dengan short ketat macam ni memang sengaja nak cari penyakit.
“Saya takutlah.” Syakirin merengek perlahan. dia buat muka kesian.
“Takkan nak keluar pakai macam ni.”
“Zaim please….” Lagi teruk muka kasihan Syakirin kali ini.
“Saya teman.” Syakirin terus ditarik masuk ke dalam bilik.
Syakirin akur jugak mengenakan sweater dan seluar track. Itu ajer yang sempat dicapai. Kira okeylah tu. Mereka keluar semula ke ruang tamu rumah.
“Agak-agak takut pegang saya kuat-kuat.” Selamba Zaim menuturkannya. Dia bagi offer baik punya.
Tangan yang memang dari tadi sedia memegang erat lengan Zaim semakin dieratkan lagi. Dalam hati tetap bergetar hebat. Ini first time tau. Pegang-pegang kuat macam ni. bukan dia rela. Zaim yang kasi offer.
Pintu dibuka perlahan.
“Kak Nab!!!”
Dua-dua berkata serentak. Dua-dua saling berpandangan. Dua-dua jelas terpinga-pinga.


“Nescafe.” Zaim menghulurkan cawan polistren berisi Nescafe panas yang dibeli dicafetaria hospital tadi. Walaupun jam sudah menginjak ke angka tiga keadaan di sekitar bilik kecemasan masih lagi sibuk. Barangkali ada kejadian kemalangan kut. Sebab itu keadaannya agak sibuk dan hingar.
Dengan segaris senyuman Syakirin menyambut huluran cawan polisterin dari Zaim. “Thanks.” Ucapnya perlahan.
“Saya tak sangka awak baik macam ni. sanggup nak tolong Kak Nab walaupun dia banyak mengumpat belakang awak.” Zaim memulakan sessi bual bicara sementara menunggu Kak Nab keluar dari bilik rawatan. Alangkah terkejutnya dia dan Syakirin tadi apabila melihat Kak Nab yang mengetuk pintu pagar rumahnya pukul dua pagi. Punyalah Kak Nab merayu-rayu meminta bantuan untuk menghantar Afiq ke hospital kerana terkena serangan asma yang teruk. Agak teruk jugak keadaan Afiq tadi. Mujur cepat dihantar ke hospital. Kebetulan Abang Zainal kerja diluar mala mini. Di atas kesedaran hidup bermasyarakat, sesame jiran tetangga harus hidup tolong menolong dengan seikhlas dia dan Syakirin menghantar Kak Nab dan Afiq ke hospital.
“Hari ini hari dia. mana tahu esok lusa hari kita. Saya bukan jenis berdendam pun.” Syakirin bersuara perlahan. Nescafe dihirup perlahan. Nikmatnya dapat minum Nescafe berasap nipis tengah-tengah keadaan sejuk macam ni.
Zaim yang mendengar terasa sejuk ajer hati. Syakirin dipandang sekilas. Kelihatan gadis ini masih keletihan. Mana tidaknya. Tangan kanan memegang cawan polisteren. Sebelah kiri pula acap kali dibawak ke mulut akibat mahu menutup mulut yang menguap luas. Sekejap-sekejap Syakirin tersengguk-sengguk akibat menahan rasa mengantuknya. Kasihan pula apabila dilihat keadaan yang letih semacam itu.
“I’m sorry.” Ucap Zaim perlahan.
Syakirin terpinga. “Sorry amenda pulak ni.” Tanyanya polos.
Zaim sekadar ketawa mendengar soalan dari Syakirin. Tengah mamai Kirin ni. “Pasal hal tadi. Saya tahu saya tak patut prasangka pada awak.” Katanya kemudian.
Syakirin memandang Zaim. Mata Zaim direnung. “It’s okey.” Jawabnya bersama senyuman yang mekar dibibir.
“Marah?” Soal Zaim lagi.
Syakirin menggeleng perlahan.
“Kecik hati?”
“Sikit.” Syakirin menjawab jujur.
“Awak dendalah saya apa sahaja janji boleh hilangkan rasa kecil hati awak yang sikit tu?”
Syakirin sedikit ternganga. Amboi. Ini baik punya tawaran ni. so apa lagi. Masa nilah pun nak mengena Ahmad Zaim ni. “Awak tak menyesal nanti kalau saya denda awak buat benda yang bukan-bukan.”
“Kalau itu boleh buat rasa kecil hati awak tu hilang saya terima ajer.”
“Pinjam bahu. Saya nak tumpang buat alas kepala saya. Ngantuk ni. nak tidur sementara nak tunggu Kak Nab dengan Afiq.” Pinta Syakirin.
Meletus tawa Zaim apabila mendengar permintaan Syakirin itu. ini sejak bila pula sudah insaf dari menjadi perempuan yang sangat demand dan bercita rasa tinggi. Ingat apa lagilah benda yang Kirin nak ketuk. Rupanya ingin meminjamkan bahu sahaja. “Okey.” Jawab Zaim ringkas di atas permintaan Syakirin itu. Tangan kanannya menolak lembut kepala Syakirin yang berselubung dengan hood sweater yang dipakai. Kemudian dia menepuk-nepuk perlahan lengan kanan Syakirin.
“Tak payahlah tepuk-tepuk. Saya dah besarlah.” Ngomel Syakirin. Ingat aku ni budak kecil aper. Nak tidur main tepuk-tepuk macam ni. mulutnya menguap lagi. Matanya dipejam rapat. Satu. Dua. Tiga.. krohhh… Krohhh…
Zaim hanya tersenyum. Dia turut sama memejamkan mata sambil bersandar malas pada belakang kerusi hospital.


kata eila:
sorry lambat masuk n3...gegege..kebizian pulak sepanjang minggu lepas...hope enjoy...harap maaf di atas kelewatan yg tak disengajakan ini...untuk semua minggu ni n3 nyer tetap 1 okey...hehehe..

20 comments:

Anonymous said...

~~best nyer..
~~xnk buku kan ker?
~~em, rabu ni ade msk n3 baru or nxt wek?
~MizLoo~

ha-ra said...

ala sweet nye...
tdo b'alas bhu...
hehehe
psangan bhgia...
kak nab,ni btol pye bhagia nie...
no buat2 da...
cpat la baik...huhuhu

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaa....
sgt sweet..
bunga2 bahagia sudah berterbangan..
haha..
nk lgi rabu nieh..
please???

pu3indah said...

best best best

ini n3 untuk minggu lalu tau, jadi minggu ni sepatutnya ada lagi 1 n3 hehehe

Anonymous said...

hai... best ni.. sikit sangat lah... nak lagi... tak puas pun...

Mimi Nurisya said...

best2...sweeeet sgt dorang ni...

igt minggu ni leh dpt 2 sebab lewat...hehe...
tp minggu ni punya rabu ada n3 kan3??

Farah Shamsudin said...

hu~
sweet nyer dorang neh..

mau lgi...
gee~

saadiah~~ said...

waahhh..sweetnyeeerr...
kirin tido beralas bahu zaim..huhuhu..

Anonymous said...

eila...
ala mcm tak sabar je tggu n3 baru..takleh dipertimbangkan ke untuk satu lagi n3 hehehe!

kaknik

siti87 said...

so sweet... cepatla sambung ek...

Anonymous said...

nice..
but ada typo error...
nnt check lik yea..

-ieja-

Anonymous said...

thanks c.eila sayang, rindunya kt kirin ngan zaim, lg rindu pada aleya ngan zain, best2, x sabar weiiii

Terubuk said...

HEHEHEHE...bestnye...ila xnk bukukan ker? Mesti menarik mcm Baju Pengantin Mak Andam....

areila sahimi said...

as-salam semua,
2x5 ni tak berani nak jamin apaper sama ada akan ada versi cetak atau aper. tunggu ajerlah. setakat ni kalau saya post di sini maknanya ada lagi ar citer nyer...tp jangan risau..kalau 2x5 stop.."Terbang Tinggi2" dah tak sabar nak take over...gegege...

salam sayang,
eila

miss nina said...

hehehe..sweetnya zaim ni :)

p/s: kak eila, tak jumpa pun buku BPMA dari Seremban sampai Balakong,sob..sob..sob

aqilah said...

ingatkan malam jumaat ni jadi mlm yg pertama buat kirin dan zaim, tapi kak nab dah kacau daun. apapun, kedua2nya dah berbaik

nin said...

sweetnya....

Miss142 said...

ssweeeeettttttttt...

Miss142 said...

sssweeeeeettttt.... ;-)

MaY_LiN said...

yea yea..da baik..