Wednesday, December 5, 2012

Kupilih Hatimu 14

Bab 14
Di atas katil Intan masih lagi mengulit telefon bimbit barunya itu.  Seronoknya bukan kepalang apabila hari ini Encik Imran begitu bermurah hati menghadiahkan dia dengan sebuah telefon bimbit mahal.  Bukan sebarang telefon bimbit.  Iphone 4S lagi tu…
“Tahulah dapat telefon baru.  Takkan tak habis nak godek lagi benda alah tu.”  Sindir Mak Wan yang baru masuk ke dalam bilik setelah habis berbual dengan Puan Rahimah.
“Mak Wan ni.  Ini bukan sebarangan handphone tau.  Ini Iphone 4S.”  Intan memberitahu untuk kali yang ke sepuluh dengan Mak Wan tentang kecanggihan telefon bimbit barunya itu.
“Apa phone pun mana Mak Wan tau guna.  Untunglah Intan, baru sebulan kerja dekat sini Imran dah belikan telefon mahal untuk Intan.”  Kata Mak Wan sambil melabuhkan punggung di atas katil.
Intan bangun dari baring.  Dia memicit-micit bahu Mak Wan.  “Bukan Intan minta, dia yang nak belikan.  Elehhh… Mak Wan dah berpuluh-puluh tahun kerja dekat sini.  Mesti dah Encik Imran dah pernah belikan macam-macam kan.”
Mak Wan sekadar tersenyum.  Semenjak Intan datang ke mari, hidupnya yang kadang sunyi sedikit terisi.  Intan gadis manis yang ceria.  Mak Wan yang hidup sebatang karang telah menganggap Intan seperti anaknya sendiri. 
“Mak Wan mari sini.  Intan nak ambil gambar Mak Wan.”  Ajak Intan.  Kamera pada telefon bimbit di halakan kea rah Mak Wan.
“Cantik kan.”    Ujar Intan sambil menunjuk skrin telefon bimbit yang dipenuhi dengan wajah Mak Wan yang sedang tersenyum-senyum malu.
“Sekarang kita ambil berdua pulak.  Peace!!!!!”  Ujar Intan lagi.  Dia merapatkan sedikit dirinya dengan Mak Wan.  Dua jarinya naik ke atas sebelum icon camera disentuh.
“Mak Wan tadi kan Intan ada tanya pasal Puteri Farhana tau.  Betul lah Mak Wan cakap, Encik Imran tu dengar jer nama Puteri Farhana terus hangin tak pasal-pasal.”  Intan membuka cerita tentang riaksi Encik Imran di restoran McDonald tadi.
Mak Wan membulatkan mata.  Lengan Intan dipukul perlahan.  “ishh…  Budak ni.  Kenapa pergi tanya macam tu.”  Nada Mak Wan seperti sedikit marah.
Intan terkulat-kulat.  “Intan sajalah.  Nak tahu dari mulut dia.”  Katanya polos.
“Intan…Kita ni kena sedar diri tau.  Kita ni orang gaji ajer dekat rumah ni.  Jangan cuba nak pandai-pandai menjaga tepi kain majikan.”  Ujar Mak Wan.
Intan mengeluh.  “Tapi Mak Wan…”
“Sudah.  Mak Wan tak nak dengar apa-apa alasan lagi.  Pokoknya jangan sengaja nak bangkitkan soal ni depan Imran lagi.”  Mak Wan memberi amaran tegas.
“Yerlah…”  Intan menjawab. 
“Jangan yerlah.  Yerlah.  Janji dengan Mak Wan.  Jangan tanya lagi Imran pasal hal ni.” 
“Janji Mak Wan.  Janji!”  Intan menaikkan semua lima jarinya apabila Mak Wan seperti ragu-ragu dengan cara dia menjawab tadi. 

1 comment:

ruli ruliah said...

ish...ish..ciput na...

~uly~