Monday, April 5, 2010

YESS BOSS!! BAB 6

Aryana mengerling kea rah jam dinding di dalam biliknya. Jam sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Arahan untuk dia dibenarkan pulang Encik Ilham telah berikan lima minit yang lalu namun dia tetap juga tidak berganjak dari tempat duduknya. Cuma pc sahaja yang sudah sedia dipadamkan. Dia pun bukanlah nak bermalam satu malam di pejabat tapi memandangkan waktu sudah pukul sepuluh malam amatlah payah untuk kaki dia melangkah seorang diri menuju ke stesen monorail yang berdekatan. Jarak pejabat dengan stesen monorail tidaklah jauh mana, dalam sepuluh minit sahaja jika berjalan kaki tapi, sekarang hari sudah gelap. Hantu memang tak ada. Tapi orang yang menjadi ‘hantu’ tu banyak sekali. Dia tak pernah balik selewat ini. nak minta Mak Ngah untuk tolong ambil dia di pejabat, mak Ngah pula berkursus di Johor Bahru. Harapanya satu. Hanya Encik Ilham sahaja yang boleh tolong. Tak hantar sampai rumah pun taka pa janji sampai ke stesen monorail tu pun dah kira okey. Jauh lebih baik dari dia kena berjalan kaki seorang diri.
Aryana masih menanti ditempatnya. Alahai…lambat pula bos ni nak keluar dari dalam bilik dia. Komited pulak bos berkerja hari ini. macam sudah tidak ada hari esok pula.
“Kenapa awak tak balik lagi?” Soal Ilham sebaik keluar dari bilik pejabatnya. Briefcase silver sudah tersedia dijinjit. Ikatan tali lehernya juga sudah dileraikan.
Aryana memerhati Encik Ilham. Dengan sedaya upaya dia membuat muka kesian di hadapan encik Ilham. Encik Ilham pun tidak patut juga. Sudahlah dia dikerah agar berkerja sehingga lewat malam lepas tu boleh pula selamba bertanya ‘awak tak balik lagi?’. Tak reti-reti ker nak hantar dia balik. Saat-saat macam ni baru terasa kehadiran abang Harun sangat penting. Sekurang-kurangnya jika ada abang Harun taklah dia segan nak menumpang. Paling tidak sebelum bos balik dia pasti akan cepat-cepat menyuruh abang Harun menghantarnya ke stesen terlebih dahulu. Abang Harun ni, dan-dan ni pulak nak mengambil cuti kecemasan.
“Bos…” Aryana memanggil panjang. tercari-cari ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Encik Ilham.
“What?” Soal Ilham. Wajah Aryana dipandang sekilas. Brifcase diletakkan di atas meja ARyana. Lengan kemeja lengan panjang yang dipakai dilipat sehingga ke siku sementara menanti apa benda yang ingin dikatakan oleh Aryana.
“Bos. Boleh tak kalau Yana nak tumpang bos sampai ke stesen. Sekarang dah lewat malam bos. Yana takut nak jalan kaki sampai ke sana.” Ucap Aryana sedikit gugup. Takut permintaannya ini tidak akan dilayan.
Ilham ketawa kecil. Dia melihat muka Aryana yang kelihatan cukup gelisah sejak dari tadi. Patutlah… Penakut rupanya budak seorang ni.
“Boleh yer bos…” mata aryana berkelip-kelip. Sehabis lembut, sehabis baik dia berkata-kata dengan Encik Ilham.
“Kata hari tu tengok Chandramuki. Takkan takut kut.” Sakat Ilham. Sengaja dia mahu menggiat Aryana. Hari itu bukan dia pekak tidak mendengar Aryana mengatanya hantu. Cuma hari itu keadaan kesihatan yang tak mengizinkan membuatkannya malas mahu ambil pusing. Ini alang-alang sudah ada peluang lebih baik dia jangan lepaskan.
Aryana menelan air liur. Ya Allah. Chandramukhi tu dia tengok bersama Mak Ngah di dalam keadaan rumah yang terang benderang macam acara pembukaan Sukan Komenwel 12 tahun yang lepas. Bukan dalam keadaan macam di tepi jalan yang gelap-gelap suram. Bos ni……
“Bos pleaselah bos.” Aryana merayu. Sepuluh jari dirapatkan dengan muka kasihan yang masih lagi terukir diwajahnya.
“Kalau takut, tidur ajer dekat office ni. Tapi kat sini keras sikit. Cuma perbanyakkan bacaan ayat kursi dan surah Yassin insyaallah.” Ilham masih tidak habis menyakat lagi. Bersahaja dia melangkah keluar dari pejabat dan membiarkan aryana yang terpinga-pinga.
Aryana membulatkan mata. Dipandang sekeliling pejabat. Encik Ilham tak gentleman langsung. Tak bagi tumpang satu hal. Pergi momokkan tentang kekerasan office yang dibina dengan konkrit dan simen yang memang keras ni satu hal. Aryana cepat-cepat mengekori langkah laju Encik Ilham yang telah ke depan. Mujur dia sempat memboloskan diri ke dalam lif sebelum pintu lif tertutup.
“Bos ni lelaki yang paling teruk okey. Kut yer pun bos tak suka dengan saya, janganlah buat saya macam ni. bos tahu tak, kalau tak sebab saya nak menolong bos siapkan paperwork untuk meating bos esok, saya dah lama boleh balik. Dahlah saya dah tolong bos, bos tak tau nak ucap terima kasih, ini nak mintak tolong hantar sampai stesen pun berkira. Saya tak berkira pun tolong bos, kenapa bila saya mintak tolong benda kecil macam ni pun bos jadi kemut sangat. Lagipun memang bos akan lalu jalan yang sama kan.”
Ting!! PIntu lif terbuka.
Aryana menyaingi langkah Encik Ilham yang ternyata sekadar buat tidak tahu sahaja dengan apa yang dia katakan tadi. Yer. Orang berlagak sombong macam tu, bebelah seribu patah perkataan pun ditepi telinganya pasti dia akan sentiasa buat pekak ajer.
“Ya Allah Ya tuhanku kau ampunkanlah dosa hambamu yang melakukan penindasan terhadap manusia yang lemah seperti aku.” Doa ARyana. Kuat!! Biar Encik Ilham yang sudah masuk ke dalam kereta tu dengar apa yang dia doakan. Huhh… Aryana melepaskan keluhan lemah apabila melihat kereta Encik Ilham sudah mengaum meninggalkan parking kereta. Dia memang tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa berjalan kaki juga.
Ilham menyanyi gembira di dalam kereta. Namun begitu dia tidak dapat mengelakkan diri untuk ketawa berdekah-dekah. Satu kerana dia Berjaya mengenakan Aryana. Memang sejak dari hari pertama dia ingin mengenakan gadis itu, tapi usahanya selalu sahaja menemui jalan gagal disebabkan sifat Aryana yang tenang sentiasa. Dua adalah kerana dia tak pernah tengok orang berdoa kuat-kuat macam tu. Sudahlah tu, doa Aryana tu lebih kepada menyindir dirinya. Haahaha.. MEmang boleh memutuskan urat ketawanya.

“Phewwiitt..Psst..Psstt…”
“Walawei…Cikaro jalan kaki sorang-soranglah derrr. Baju kurung derr……”
“Woooo….”
Aryana hanya melangkah laju ke hadapan. Dia tidak menghiraukan suara-suara sumbang yang datang menganggunya. Dia dah kata dah. Kat sini yang betul-betul hantu tak ada. Yang manusia jadi ‘hantu’ tu adalah. Tak pasal-pasal hantu-hantu ni menjelma pulak. Hantu yang menjelma dalam geng Adnan Sempit pulak tu.
Langkah Aryana terhenti apabila dua tiga orang mat motor tersebut menghalang jalannya. Mereka mengeliling Aryana dengan motor-cup-lampu-petak-cermin-bulat. Mereka semua bersiul-siul sambil beraksi dengan motor masing-masing. Aryana menelan air liur. Berdoa di dalam hati agar malam ini dia dijauhkan dari segala malapetaka. Dikepalanya sudah terbayang perkara yang bukan-bukan.
Bunyi hon dan lampu kereta yang menyala besar dari arah hadapan menyilaukan mata semua mat-mat rempit yang sedang beraksi. Begitu juga Aryana. Dibalik silau cahaya dia tercari-cari gerangan pemandu kereta tersebut. Macam kenal. Errrmm….
“Boss!!” Teriak Aryana apabila melihat Encik Ilham keluar dari perut keretanya. Dengan pantas cepat dia berlari mendapatkan Encik Ilham. Automatik tangannya memaut lengan Encik Ilham lalu berdiri di belakang lelaki itu.
“Alamak derr…Ada abang Long yang nak tolong lah derr.” Sahut suara dari salah seorang mat rempit tersebut.
Kemudian mereka ramai-ramai turun dari motor dan berjalan kea rah Aryana dan Encik Ilham.
Pautan tangan Aryana semakin dikuatkan. “Bos kita patut nak bukak bunga silat, karate, taek wan do atau kungfu sekarang ni bos.” Bisik Aryana di telinga Encik Ilham.
“Awak ni buat lawak pulak.” Bisik Ilham kembali.
Aryana mengetap bibir. “Betullah!!” Bisiknya lagi.
“Waa nak adik lu derr…” Kata Si Rempit yang berambut cacak dengan highlight paku karat. Gentleman sungguh gaya mat rempit ini meminta Aryana daripada Ilham. Direct. Langsung tak ada ironinya.
Ilham memandang Aryana yang masih lagi tidak melepaskan pegangnya atas bawah. Dia tersenyum.
Aryana membulatkan mata. Dia menggeleng laju. Bos cukup ajerlah buat bisnes hartanah dan pembinaan ajer. Janganlah nak buat bisnes jual orang pulak….
Ilham memandang kembali mat rempit yang berkata tadi. tangan diseluk ke dalam kocek slack yang dipakai. Kemudian dikeluarkan beberapa not RM50 yang memang sudah dia standby di dalam poket slacknya sebelum keluar dari kereta tadi. Kepingan not-not RM50 tadi diberikan pada mat rempit tadi. keningnya terangkat.
Mat rempit tersebut hanya ketawa. Dia mengangguk perlahan seperti faham apa yang lelaki berkereta besar ini inginkan. Lagipun not RM50 yang diberikan oleh lelaki ini sudah cukup banyak untuk time-time sekarang yang susah sangat nak berlumba haram.
“Sorry kak long..” Katanya kepada Aryana sebelum berlalu ke motornya. Mereka semua pergi meninggalkan Aryana dan Ilham dengan menunggang motor masing-masing mengikut gaya stunt yang berani mati.
Aryana memandang pelik kelibat mat-mat rempit yang sudah sayup-sayup meninggalkan mereka. Tak sanggup dia mahu menjadi kak long kepada mat rempit macam ni.
Eheemmm… Ilham berdehem.
Aryana tersentak. Matanya memandang Encik Ilham sebelum beralih kepada tangannya yang masih melekat dengan lengan Encik Ilham. Cepat-cepat rangkulan tangan dilepaskan. Terkulat-kulat Aryana menahan malu kerana dia baru sahaja mengambil kesempatan ke atas anak teruna orang.
Ilham hanya tersenyum nakal.
“Ini semua bos punya pasal. Kalau tak dah tentu saya….” Aryana tercari-cari ayat yang seterusnya. Malulah…pegang tangan bos kuat-kuat tadi. Patut terasa berderau darah dalam badan yang mana pengalirannya macam naik turun.
“Kena akikah.” Potong Ilham laju.
“Ngeee…Bos ni kan.” Aryana bercekak pinggang. Bagai mahu dicekik-cekik leher Encik Ilham. Yer. Dia pun dah terbayang kalau bos tak datang tadi dah tentu-tentu dia kena kenduri akikah. Malas Aryana mahu melayan Encik Ilham lagi. Dia laju berjalan menuju ke stesen. Sekarang ini dia berdoa pula semoga tren masih beroperasi lagi. Kalau tak, bermalam di stesen monoraillah pulak dia malam ni.
Pin!!
Pin!!
Aryana berhenti. Memandang Encik Ilham yang menongkat lengan pada cermin Harriernya yang diturunkan separuh.
“Masuk. Saya hantar awak sampai ke rumah.” Arah Encik Ilham sepatah.
Aryana memandang wajah Encik Ilham. Mencari keikhlasan diatas pelawaan lelaki tersebut.
“Masuk cepat….” Kata Encik Ilham lagi.
Aryana diam lagi.
“Okey. Kalau taknak naik saya balik dulu.” Ugut Encik Ilham akhirnya.
Aryana jadi kaget. “Nak…Nak..” Katanya sambil mengangguk laju. Terus dia menuju ke tempat duduk penumpang bersebelahan Encik Ilham. Semoga selamatlah dia tiba dirumah nanti.

14 comments:

MaY_LiN said...

amboi..
suke nye ilham ye..
seronokla tu kena kan org..

Unknown said...

comey,,,

nk lg bleh,,,??

Aishah Hamzah said...

best2....sambung lagi!

kaknOOr said...

Apsal boss bayar mat rempit tu???? bayar upah usik yana ke???? atau ni rancangan boss sendiri????

alreinsy said...

best2... sweet... smbg lagi

aqilah said...

heeheheeeeeeeee.........nak lagi......................

Anonymous said...

besh nyer..smbg cepat

areila sahimi said...

kak noor,
duit tu utk suruh mat rempit tu pergi main jauh2.. :)

Unknown said...

eee...geram kt ilham 2! kalu jd pape kt yana cmne? ish2..geram2..emo ni..ahaha

Anonymous said...

ade dialog adnan sempit...comel...suke~~~
hehehehhee...
cepat laa smbg g..

farAh manaf said...

keme da bce da 2x5..
lawak gile...
ske sgt2........

miznza84 said...

bila la cinta nk berputik di hati ilham ye.. mesti kelakar kalo ilham and yana bercouple...

pu3indah said...

bestttttt sambung cepat2 please please please

Anonymous said...

cepatttlaa smbungg .. best2 ! :)
tiap2 hari sye view kot2 da updte tp mlgnye tade updte bru pun :(
waitinggg !hee