Wednesday, October 7, 2009

2 X 5 Bab 15

“Eh!!!” Tegur Fiqa dari belakang.
“Kau Fiq kalau tak kejutkan aku macam tu tak boleh ker. Kalau aku ada lemah jantung dah lama kojol dekat tengah kafe ni tau.” Marah Syakirin. Cukup tidak gemar dengan perangai Fiqa yang satu itu. suka betul mengejutkannya tak kira tempat. Nasib tak berterabur dia melatah bila dikejut sebegitu. Kalau tidak mana nak letak muka ni.
Fiqa sekadar tersengih sumbing. Kerusi dihadapan di tarik sebelum punggung dilabuhkan. “Kau ni lepas kahwin makin sensitive. Tak boleh diusik langsung. Mulalah nak tarik muka.” Kata Fiqa.
“Banyaklah kau. Aku rasa aku akan automatic naik bengkek setiap kali kau buat perangai macam ni. tak kiralah masa dah kahwin ker. Atau pun masa belum kahwin.” Ngomel Syakirin. Kuah mee sup dia hirup perlahan. menyambung kembali makan tengah harinya yang terganggu dengan kedatangan Fiqa.
“Selamba gila kau keluar setengah jam awal.” Kata Fiqa sebelum membuat isyarat tangan kepada adik ambil order di food court berhadapan dengan bangunan Telekom ini. Melihat kenikmatan yang jelas terpancar di muka Syakirin yang sedang menghirup kuah sup panas ini seleranya sedikit terbuka untuk makan benda yang sama walaupun hakikatnya dia dari semalam duk teringin nak makan bihun kari. Alah. Belasah ajerlah. Kari ker. Sup ker. Sama ajer.
“Bihun sup satu dik.” Pintanya ramah.
“Asal kau keluar awal. Suka-suka hati ajer mintak budak baru tu cover counter kau.” Kata Fiqa lagi.
“Adatlah tu. Nama pun budak baru. Kena ragging tu benda normal. Macam aku tak pernah kena dulu.” Jawab Syakirin acuh tak acuh. Kesian jugak dengan budak Naemah yang baru hari ini masuk bertugas. Teruk Naemah kena dengan dia selaku senior yang sangat-sangat garang dan straight gila. Nasiblah Naemah dapat aku jadi dia punya mentor. Aku ni cikgu yang garang. Ala-ala Mas Idayu mengajor Black jugak. Dia menaip macam ayam patuk dedak pun aku marah.
“Budak tu ngadu kat aku tadi Kirin. Kata kau tu garang sangat mengajar.” Beritahu Fiqa. Bukanlah sengaja nak mengapi-apikan tapi Kirin ni tak patut jugak. Budak tu baru first day masuk kerja sudah teruk kena bambu dengan Kirin. Pantang silap mulalah kedengaran suara Kirin memarahi Naemah. Macamlah dia tu dulu bagus sangat masa mula-mula masuk kerja. Slow. Lambat pick up jugak. Mentang-mentang sekarang sudah cukup senior, nak tunjuk eksen tak bertempat pulak.
“Aku tau.” Syakirin membalas rendah. Kalau dah buat gaya mak tiri Cinderella dengan budak baru macam tu memang sah akan jadi bahanlah. Kalau budak Naemah tu nak mengadu dengan Tuan Manjit pun dia tak rasa apa. Dia ada alasan. Dia dulu pun kena macam tu jugak. Bila flashback balik macam mana Kak Hajar yang garangnya mengalahkan misi hospital bersalin tu memang ketar lutut. Tapi ada kebaikannya. Kalau Kak Hajar tak transform jadi ala-ala misi hospital bersalin yang sangat garang macam Incredible Hulk tu tak adalah dia boleh jadi antara juruwang yang terbaik jugaklah dekat cawangan TMPoint di sini. Ingat senang nak menjaga kaunter. Nak pegang duit. Duit short tak pasal-pasal kena potong gaji. Kalau potong gaji benda boleh setle tak apalah. Ini tak pasal-pasal kena tuduh pecah amanah siapa nak jawab. Yang kes menaip macam kura-kura terkemut-kemut tu, kalau tak di tegur, kalau tak di marah, sampai bila nak pandai menaip. Nak bagi pelanggan yang datang untuk membayar bil tu berbaris sampai ke pintu masuk ker. Semua tu bersebablah. Budak sekarang ini manja sangat. Marah macam tu sikit sudah mahu disensasikan satu kedai.
“Slow-slowlah kalau kau nak mengajar budak tu. Ini macam nak lepas geram kau ajer.” Kata Fiqa seterusnya cuba menasihati Syakirin. Semenjak berumahtangga, makin lain macam ajer angin Kirin. Kejap okey. Kejap KO. Serba tak kena. Bila ditanya dia kata tak ada apa-apa.
Syakirin mengangkat muka memandang Fiqa yang sedang sedap menghirup kuah sup. “Lepas geram apa pulak ni Fiq.” Syakirin bertanya rendah. Nampak sangat gaya dia mengajar budak Naemah tu macam orang yang melepas geram. Nampak sangat ker sejak dua menjak ni angin dia tak berapa nak betul dan boleh jugak di katakan sejak empat lima enam bulan lepas dia memang berkeadaan macam ni. Macam orang tak habis angin senggugut. Ribut taufan tak semena-mena. Pernah ajer apek yang selalu lepak nak merasa ekon kedai dia pergi marah. Siap sound sekali dia bagi pada apek tu. Tapi tu memang salah apek tu pun. Sesedap rasa ajer nak amik ekon free. Lepas tu duk nak mengorat Tuty budak cleaner tu. Memang sajer cari penyakitlah.
“Kau ada masalah dengan Zaim ker.” Fiqa bertanya lembut. Kirin dengan dia mana pernah berahsia. Tapi dari apa yang dia perhatikan semenjak Syakirin berkahwin dapat dirasakan temannya itu ada menyimpan sesuatu yang dia sendiri tidak dapat mengagak. Nak kata rumah tangga berantakan mereka baru sahaja enam bulan sah bergelar pasangan suami isteri. Tak mungkin. Zaim dengan Kirin bukankah okey ajer.
“Kita orang bilik asing Fiq sejak kita orang kahwin.” Rendah Syakirin menuturkannya. Langsung tidak bernada. Mendatar sahaja. Dia malu untuk menyatakan perkara ini dengan Fiqa. Dengan umi dan emak pun dia cuma katakan yang dia bahagia ajer menjadi isteri Zaim. Tapi hakikat di dalam hati siapa yang tau. Lagi dia pendam, lagi dia merana. Luaran dia nampak sangat happy. Tak rasa apa-apalah konon. Tapi dalamnya hanya Tuhan sahaja tahu. Zaim tu dalam pandai ada bodohnya jugak. Buat apa nak kahwin kalau tinggal bilik asing-asing.
Fiqa membuntangkan mata. “Apa dia?” Soalnya agar Syakirin dapat mengulang semula apa yang telah dikatakannya sebentar tadi. Syakirin yang salah cakap atau dia ni yang kurang pendengaran sekejap tadi.
“Kita orang bilik asing sejak kahwin.” Syakirin mengulang semula.
“Maknanya sejak enam bulan lepas.” Suara Fiqa sedikit menekan.
Syakirin mengangguk lemah. “Aku nak marah Zaim pun tak boleh Fiq. Dia tu layan aku baik sangat. Tanggungjawab dia tak pernah nak abaikan. Bulan-bulan elaun aku tetap masuk. Separuh Neo aku tu pun dia jugak yang tolong bayarkan. Duit makan, bil api air semua cukup. Tapi tanggungjawab yang satu tu aku rasa dia gagal nak lunaskan.” Syakirin mula bercerita perihal rumah tangganya yang dia simpan kemas selama ini.
“Enam bulan dia tak sentuh kau? Dia tu normal ker tak Kirin.” Soal Fiqa geram. Entah-entah Zaim pun spesies Zack jugak. Kurang normal kalau ikut bahasa nak jaga hati. Kalau main cakap tak bertapis mamat tu gay ikut omputih kata.
“Aku tak suka kau mengutuk Zaim macam tu okey. Tak baik betul kau ni. Ada ker doakan laki aku tu gay. Mintak simpang.” Marah Syakirin. Fiqa ni main redah ajer apa yang terlintas dia nak cakap. Langsung tak tau nak jaga hati kawan baik sendiri.
“Sorry.” Ujar Fiqa selepas tersedar kelancangan mulutnya bersuara. Bukannya dia sengaja. Dah terrr…lajak tadi kan. Mana boleh nak undur kebelakang balik. Mintak maaf ajerlah ubatnya.
“Sorry naik lorilah.” Gumam Syakirin rendah.
“Ceritalah lagi. Kau ni tahan betul tak cerita dengan aku yer. Kata kawan baik. Kata kawan kamcing. Ini lepas enam bulan baru kau cerita dekat aku.” Giliran Fiqa pula bersuara rendah. Terasa jugak. Macamlah dia ni jenis mulut tempayan tak tau nak simpan rahsia. Macamlah rahsia Syakirin yang selama ini dia pernah pergi jaja merata-rata. Mana pernah.
“Aku bukan taknak cerita dengan kau tapi aku malulah nak bercerita hal rumah tangga aku dengan orang luar.”
“Aku orang luar. Maknanya lepas kau kawin kau betul-betul buang aku dalam hidup kau lah yer Rin.”
Isshhh… Fiqa ni. Aku dahlah stress sebab hal Zaim. Dia pulak nak merajuk tak bertempat dan tak kena masa ni apahal. “Kau janganlah salah anggap Fiq. Aku taknak membebankan kau dengan masalah aku ni.”
“Wei…Kata member. Mana ada member yang terasa terbeban kalau best friend sendiri bercerita masalah yang ditanggung. Kalau cerita masalah kewangan tu lain hal lah. Memang terbeban gila sebab aku pun jenis sengkek semendang jugak.”
Syakirin ketawa kecil. “Macam-macamlah kau ni Fiq.”
“Aku pelik jugaklah sebab Zaim tu boleh tahan tidur berasing dengan kau.”
“Tau takpe. Aku ni dah enam bulan memikirkan apa yang tak kena dengan aku ni sampai Zaim tak terasa apa pun bila duduk dua-dua dengan aku.”
“Manual cakar harimau tu dah khatam ker?” Fiqa bertanya nakal.
“Banyaklah kau. Tiga kali aku khatam.” Syakirin berkata sambil tersenyum. Bila Fiqa membangkit hal buku yang satu tu dia mulalah rasa nak tergelak. Ingat lagi ayat ‘hari-hari mau’.
“Tanggungjawab kau tip-top tak.” Fiqa cuba mengorek lagi. Post morterm la konon-kononnya. Kali ini dia dah mula masuk sikit-sikit aura kaunselor rumah tangga tak bertauliah.
“Makan minum, gosok baju basuh baju, kemas rumah semua aku buat.” Beritahu Syakirin.
“Yerker kau buat semua tu. Macam tak boleh caya ajer.” Gurau Fiqa.
Syakirin membulatkan mata. Dia mendengus geram. “Eyhh.. Aku pun taulah tanggungjawab jadi bini orang.” Katanya seakan merajuk.
“Yerlah. Yerlah. Kau memang dah makin baik pun. Makin elok. Tapi aku musykil gilalah hal Zaim tu.” Fiqa memandang ke atas. Tangan kanannya mengosok-gosok dagu. Dahinya pula berkerut seribu.
“Kau tak payahlah fikir sampai macam tu sekali Fiq.” Kata Syakirin datar. Iya-iya sungguh cara Fiqa berfikir hal rumah tangga orang. Dia sendiri belum kahwin ada hati mahu jadi penasihat hal aku dengan Zaim.
“Something was goes wrong somewhere.” Fiqa bersuara perlahan tapi masih boleh di dengar oleh Syakirin. Dia paling suka menyebut frasa Mak cik Marry kalau ada yang tak kena pada fikirannya.
“Sofea.” Syakirin menjawab sendiri.
“What!!” Fiqa sedikit terkejut. Sofia menjelma kembali ker. Kalau betul Sofia menjelma kembali ini berat punya masalah.
“Zaim tu pantang aku duk terlepas mengutuk bekas awek dia tu mulalah bersuara tak puas hati. Membela sangat perempuan tu. Geram aku.” Syakirin melepaskan rasa geramnya.
Dia bukan boleh kalau Zaim tu membela Sofia. Tambah-tambah lagi hal dekat padang masa berjogging minggu lepas. Sakit hati ni bila nama Sofia tu jugak disebutnya. Patutnya Zaim kena join semangkuk bersama-sama marahkan Sofia sebab perempuan tu yang buat hidup dia lintang pukang. Ini lagi mahu menyebelahi Sofia yang terang tang-tang yang membuat onar. Lepas ajer peristiwa tu dia boikot taknak bercakap dengan Zaim. Dah seminggu. Tapi yang tetap rasa boring dia jugak. Dia yang merajuk last-lastnya hari ini minta tolong pada Fiqa jugak untuk tolong kurangkan sikit rajuk di hati. Zaim keras ajer. Sofia satu hal. Ini hal buzy tiga puluh enam jam tu pun buat dia bengang jugak. Buat kerja macam ruang tamu rumah tu office dia. Kadang-kadang terfikir jugak yang patutnya Zaim ni dikahwinkan ajer dengan pelan, pensel, pemadam dan pembaris yang dia gunakan untuk dia buat kerja. Benda-benda tu ajer yang boleh buat Zaim tu lupa sikit dekat Sofia.
“Sofia datang balik ker?” Fiqa bertanya.
“Kalau Sofia tu datang balik bagus jugak. Tahulah aku macam mana nak mengajar. Ini dibela orang yang tak tau mana dah lesap. Entah hidup entah dah mati. Aku yang ada di depan mata dibuat dekk ajer.” Lagi sekali Syakirin melepaskan rasa amarah yang berbuku di hati. Dah lama dia pendam. Hari ini baru dia berkesempatan nak luahkan.
“Macam nilah. Aku rasa Zaim tu gurau ajer kut.” Fiqa Cuma menenangkan keadaan.
“Tak ada maknanya bergurau nak sebut nama perempuan tu. Aku lagi rela kalau Zaim nak bergurau pakai nama Harun Salim Bachik ker, Apek Senario ker.”
“Harun Salim Bachik dengan Apek Senario tu ada kena mengena ker dengan korang.” Fiqa berkata geram. Dalam tengah hot-hot pun boleh buat lawak bodoh jugak Kirin ni. Fuhhh…
“Fiq apa aku patut buat untuk bagi Zaim tu cair dengan aku ek.”
“Jumpa Mak Esah.”
“Gila.” Syakirin terus bangun. Hangin ajer mendengar idea Fiqa tu. Mak Esah lah. Mak Munahlah. Mak Itamlah. Dia ingat aku ratu mandremkan orang ker. Dulu tu masa tanya macam mana nak bagi cantik kulit muka selamba ajer Fiqa suruh pergi jumpa Degawan. Biar Degawan cucuk tang sini- cucuk tang sini. Idea gila. Macam tak tau itu idea gila yang sangat khurafat dan memesongkan akidah. Ingat cerita aku macam Perempuan, Isteri dan dot-dot-dot ker.
Fiqa hanya ketawa sahaja melihat muka Syakirin yang sudah mencuka. Zaim. Zaim. Apalah yang kau dah buat pada kawan aku yang sorang tu.



“Seminggu macam ayam berak kapur. Asal kau?” Hairi bertanya kerek.
“Aku ada rupa ayam ker.” Zaim bertanya kembali.
“Bapak ayam tu adalah sikit.” Gurau Hairi bersahaja. Alah. Gurau sikit-sikit ajer. Agak-agak tak boleh nak bergurau pergi lepak belakang suraulah.
“Wah kau ni. Mengata aku face to face.” Balas Zaim. Dah terasa ajer nak simbah sisa kuah kari kepala ikan ni ke muka Hairi. Suka-suka hati ajer menyamakan aku dengan bapak ayam. Kalau tokei ayam goreng dekat pasar malam tu pun okeylah jugak. Tau tak bapak ayam tu apa maknanya. Cetttt!!!
“Apahal kau.” Hairi masih lagi bertanya soalan yang sama tadi.
“Kirin kelat semacam minggu ni.” Beritahu Zaim. Dia perasan perubahan Syakirin minggu ini. Kalau tak ada yang perlu Syakirin tidak akan bercakap. Selalu sampai sudah letih telinga menadah butir bicara yang kadang-kadang merapu itu. Tu belum masuk lagi bila Syakirin mula buat review novel terbaru yang dia baca. Belum masuk cerita Kak Nab dekat sebelah rumah. Belum masuk cerita pelanggan yang datang di TMPoint. Memang selalu Syakirin banyak ajer ceritanya. Tapi dalam minggu ini senyap ajer. Lepas makan terus masuk bilik. Langsung tak bertegur. Dia mengaku jugak. Minggu ini semuanya sepi. Minggu ini semuanya sunyi. Si mulut murai itu diam tak berkutik menimbulkan gusar di dalam hati.
“Datang bulan kut.” Selamba ajer Hairi menuturkannya. Nama pun perempuan kan. Bila tiba ‘masa’ tu memang confirm hormone tak stabil punyalah. Kalau setakat kelat seminggu tu perkara biasa.
“Dulu-dulu tu hormone dia stabil ajer. Tak kiralah bulan yang datang ker atau bintang yang datang.” Sela Zaim.
“Entah-entah kau ada buat salah kut?” Teka Hairi. Manalah tahu isteri temannya itu sentap kut. Boleh jadi jugak. Zaim mulut bukan boleh blah sangat pun. Kalau agak-agak nak menyedas tu memang dia kasi pedas-pedas punyalah.
Zaim terfikir-fikir apabila mendengar kata-kata Hairi tadi. Salah? Tak perasan pulak kalau dalam minggu lepas dia ada buat salah. Sofea? Sebut nama Sofea tu pun benda salah ker? Bukan selama ni Kirin tak kisah ker kalau nama Sofea yang menjadi sebutan. Cemburu? Maknanya Kirin cemburu dengan Sofea. Ya Allah. Apalah kau ni Zaim. Perempuan mana tak cemburu kalau setiap masa suami sendiri tak habis-habis menyebut nama perempuan lain. Hati Zaim mengutuk dirinya sendiri. Yang gatal-gatal sangat dah berbini tapi masih lagi mahu terkenang-kenang bekas kekasih siapa suruh. Tak ker dah merajuk Kirin tu. Kirin merajuk? Biar betul. Susah nak percaya. “Zaim, Kirin tu perempuan. Otak letak dekat lutut ker. Perempuan merajuk pun tak boleh nak agak.” Lagi sekali hati Zaim mengutuk tuan punya badan itu.
“Eh nak ke mana?” Tanya Hairi bila tiba-tiba Zaim sudah bangun.
“Balik office lah. Masa rehat dah habis.” Zaim terus berlalu ke kaunter pembayaran. Selesai membayar harga makan tengaharinya dengan Hairi terus dia menuju ke kereta Hairi di seberang jalan. Dia ingin segera sampai ke pejabat. Dia ingin cepat-cepat menyudahkan segala tugas. Yang pasti malam ini takkan ada kerja yang dibawa pulang ke rumah. Dia ingin betulkan keadaan yang tegang antaranya dan Kirin kerana dia tak suka keadaan macam ni berterusan sebab di dalam hati sudah ada rindu pada Syakirin!!

23 comments:

Nadiah said...

hehehe...bestnye...sambung la lagi ye....

pu3indah said...

best best best.... zaim dah mula rindu.

biar si zaim tu gila bayang kat kirin.

Anonymous said...

yahoooo...1st komen....
ok kirin kasai jual mahal2
kat zaim yea...biar dia
rasa...hehehe..

-ieja-

yunix77 said...

haa kau....rasakan Zaim!
ingat pompuan brutal ni tak reti merajuk ke?
sekali merajuk....memang terkesan sampai tulang sum-sum

eila
n3 kali ni terasa sikit momentum cerita nih meningkat
kalau 2-3 n3 yang lepas...macam senada jer
habis baca takde perasaan
tapi kali ni baru rasa wahhhhhhhhh .....

bagus 3x....

Anonymous said...

bestnya ep kali nie...zaim dah mula rindu-rinduan pada kirin...

itulah setuju wat zaim pulak gile bayang ngan kirin...buatlah zaim berusaha tuk tawan hati kirin...

sian kirin..ada suami tapi suami asyik teringatkan sofea je...

sambung cepat2 ye...jgnlah wat kami tertunggu-tunggu..

leesa

nacha said...

ganbatte Zaim...

wat la candle light dinner ke apa ke? kasi kezzuutttaannnn utk Kirin. hehehe...

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa..
ske bangat..,
majok lagi kirin..
majok..
nk tgk smapai ble zaim ble pujok kirin...hehe..
sekeras2 kirin,,ade gak lembutnye taw zaim..
whoaaaa..
dah ader rindu dihati zaim..comey2..
nk lgi kak eilaa...
xsaba nk tggu rabu next week..
hailaaa...cptlaa rabu...ngeeee

alreinsy said...

best2... kirin majuk... he3.. smbg lg...

LadYBird cOnfeSSiOn said...

ok jom kita bg zaim plak mkn hati... ksian tau kat kirin tu... btol momentum crt dah tgi skit.. ceh tp xsampai klimaks lg rr.. xsbar nak tgu n3 seterusnya...

arlia sweet said...

akhir nya timbul juge rindu yer... jual mahal sikit kirin biar zaim tu plak yg tergila2 kan kirin...

arlia sweet said...

best3... zaim dah mula rasa apa yg dia patut rasa... hai.. lama nyer nak tunggu next n3... tak sabor dah ni...

arlia sweet said...

best3... ha..... zaim dah mula rindu lah... hai.. zaim baru nak rasa, apa yg patut dia 'rasa' dulu lagi... tak per.. tak per... lagi lame tunggu lagi mendalam perasaan zaim kat kirin tu nanti...

miSz cHa said...

cepat la sambung agy...huhu

Anonymous said...

zaim mula rindu-rinduan....hahaha... iela buat kirin jual mahal sikit ek....bagi padan sikit muka zaim tu....emo lak aku nie...

ha-ra said...

AKHIR NYA!!!!
sdar jgak....
klu x ade je si zaim nie nk kna ktuk ngn ak...
cpat la pjuk kirin...
cian kirin mkan ati...

Che Sue said...

ahaks..! zaim dah pndi rindu-rinduan kat kirin...

biler la zaim nk reveal perassan dier kt kirin yer...?

aqilah said...

akhisrnya...................... berkat kesabaran seorang isteri.................

nin said...

tu la zaim jual mahal sgt ngan kirin..la ni pe kes...

Anonymous said...

rasekn Zaim dh rndu kt Kirin...
nnt klw Zaim pjk Kirin jual mahal cikit biar Zaim tu rase rndu sngt kt Kirin biar dia smpai tk ingt kat Sofia tu...
dia ingt Kirin tu x ada ht ke...

MaY_LiN said...

hahaha..
tahu pun kamu yea zaim..

in_wired88 said...

waa.. cane die pujuk nnt yer?

Farah Shamsudin said...

wargh..
zaim da mle rindu2 neh..
huk3..
ske2..
smbung lgo ye kak..
he~

Miss142 said...

Ala..zaim...xtau...kirin dah majuk..cepatla pujuk..hehe

**minta2 zaim knows how to solve marajuk2 nih with very interesting+funny+romantic tactics...